Penjualan Arak Secara Terbuka Oleh Carrefour


Beberapa minggu lalu, seperti biasa saya dan keluarga pergi membeli belah di Carrefour berdekatan dengan rumah kami. Kami sangat biasa dengan Carrefour memandangkan ia berdekatan dengan rumah, serta barang-barangnya yang murah serta senang dicari (handy & convenient). Namun, pada hari itu, saya dan suami agak kecewa dengan pemandangan di Carrefour sempena menyambut Pesta Bola Dunia 2010.

Berikut adalah salinan emel saya kepada pihak Carrefour Malaysia dan balasan daripada pihak Carrefour.



Hi there,

My name is Dr Muna Ahmad. I am staying in Ampang Selangor with my husband n 4 kids. We r one of Carrefour Ampang regular customers. We love shopping there as it is very near to our house (5 min) and very handy.

Yesterday, i went there with my family. As i passed along the main corridor, i notice that the hallway is a bit crowded than usual due to the World Cup promotion items. However, my husband and i was shocked looking at certain items that were not supposed to be located along the main hallway. We were frustrated with the insensitivity as my kids were pointing at cans of Tiger beers that being arranged nicely at the centre of the hallway. My kids were asking, what are these new drinks? Not just as muslim, but as a Malaysian, i am having problem in explaining that to my small kids. As i think we shouldn’t show bad examples to our kids. What Carrefour is trying to imply? Is World Cup synoname with beers party?

And i think Carrefour should know better that liquors and alcoholic drinks should be located in a proper designated area (according to the Malaysian alcohol Act). If u go to the Jusco Maluri, they even have a proper corner/segment for the alcoholic drinks. Please, i really love shopping at Carrefour, but i cannot accept this wrong message to my family and other Malaysian.

Sincerely,

Dr Muna.

Tidak sangka emel saya akan dibalas dengan begitu cepat serta isinya juga menunjukkan sifat-sifat keprihatinan mereka  🙂

Balasan daripada pihak Carrefour Malaysia:

Greetings From Carrefour Malaysia..

First and foremost , please accept our sincerest apology for your unpleasant experienced.

We take your feedback very seriously, we are in the midst of discussion with our merchandisers to resolve this issue not only in Carrefour Ampang but nationwide outlets. We will reply to you on the action plan taken on this matter in a very soon future.

We would like thank you for your kind feedback, which we believe is a positive tool for us to improve in our business.

Once again please accept our apology and truly hope this incident will not stop you from supporting us.

Sincerely,

T. Thachanalingam
Customer Service
Carrefour Head office

Saya amat berterima kasih dan berpuas hati dengan balasan emel berkenaan. Namun, saya masih menunggu tindakan yang bakal diambil oleh mereka.

Syabas kepada pihak Carrefour. Semoga mereka mengambil tindakan yang berpatutan lagi wajar.

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

30 thoughts on “Penjualan Arak Secara Terbuka Oleh Carrefour

      • saya faham,maksudnya,pasaraya Carefour juga termasuk dalam senarai syarikat yahudi..maknanya perlu diboikot..kan? gitu ke..? saya pun ada dengar juga..wassalam..

      • salam ustaz, boleh terangkan sedikit pasal boikot adalah selemah-lemah iman. saya kurang faham di situ.
        terima kasih.

      • salam..

        maaf ustaz.. saya pun kurang faham.. iman saya memang masih lemah, masih banyak perlu dilakukan dan tidak banyak yang boleh dilakukan untuk Palestin, hanya solat hajat doa dan sumbangan wang yang entah dapat membantu atau tidak. jika boikot adalah selemah-lemah iman, jadi adakah iman kita berada di bawah tahap lemah andai boikot pun xmampu dilakukan?

        Sedih mengenangkan mereka yang sanggup bergadai nyawa menyertai freedom flotila sedang kita, iman kita masih berada rendah di bawah tahap selemah-lemah iman. Sedih melihat adik-adik baling batu ke arah kereta kebal israel sehingga rosak dan kita pula ‘menjana dana’ untuk mereka membaiki kereta kebal itu. Sedih mengenangkan di Palestin sehingga kini sudah hanya makan rumput sahaja.

        Ustaz saya pesan, boikot selagi mampu, jika ada perkara tak mampu lagi nak dihindari maka boleh guna tapi sekadarnya sahaja. Sama seperti darurat. Ini sekadar satu pendapat, boleh terima dan boleh dibuang jauh…

        Wallahua’alam

      • Kami menyokong tindakan boikot.

        Tetapi kami pastikan apa yang diboikot itu benar-benar memenuhi kategori penjenayah. Misalnya Marks and Spencer. Boleh juga masukkan Tesco. Demikian juga McD dan Burger King.

        Akan tetapi, kami tidak pasti sejauh mana kebenaran Carrefour dimasukkan dalam senarai. Kalau semata-mata ia milik Yahudi, ia belum memenuhi kriteria penjenayah, berdasarkan apa yang kami faham pada ilmu yang terbatas ini.

        Justeru kami tidak boikot Carrefour.

        Kami boikot M&S, McD, Burger King dan yang seumpama dengannya.

        Oleh kerana kami tidak boikot Carrefour, maka kami membeli belah di Carrefour. Dan apabila Carrefour membuat onar dengan menjual arak secara terbuka, sekurang-kurangnya apa yang kami boleh buat ialah menegur secara formal mengikut saluran yang ada.

        Itu sahaja.

        Mohon jangan kecam kami menyumbang duit membeli kereta kebal Zionis di Palestin. Ia sangat merobek hati kami (saudaramu seaqidah)

      • Maaf, saya tidak mengecam ukhti. Bahkan, ayat saya menggunakan perkataan ‘kita’ di mana, saya yang bercakap juga mungkin ada membuat kesalahan dengan mengabaikan isu boikot ini.. Isu yang terkadang dipandang remeh oleh masyarakat Islam sendiri, sedang ulama’ tersohor yusuf al-qardhawi ada mengeluarkan fatwa, 1 riyal untuk produk israel bermakna kita menyumbang 1 peluru untuk membunuh saudara kita di palestin..

        Seharusnya, kita sebagai seorang muslim, memandang segalanya dari sudut positif dan benar, saya amat gusar memperkatakan sesuatu yang saya sendiri belum melakukan, justeru saya menggunakan perkataan ‘kita’ sebagai tanda saya juga terkadang alpa dan terkadang lalai dalam memperingati saudara di Palestin.. Sungguh, tulisan ini bukan untuk mengecam melainkan sebagai satu peringatan dari seorang saudara kepada saudara yang lain.. Sedangkan Umar Abdul Aziz ketika mengetepikan pendapat seorang kanak-kanak dengan ingin mendahulukan pendapat seorang dewasa, telah ditegur oleh kanak-kanak itu “Wahai khalifah, jika lah umur menjadi sandaran, maka banyak lagi orang yang layak menggantikan tempatmu sebagai khalifah.”

        Itu katanya, bermakna, satu pendapat.. boleh saja didengar, boleh saja dibuang, tapi satu pendapat itu jika dihayati dan diperhalusi semuanya merupakan ingatan untuk semua. Jika Allah menguji kita melihat kekurangan insan lain, bermakna Allah menampakkan kekurangan diri kita, kerana sebagai seorang muslim, kita tidak mampu lagi mengambil sudut positif saudara kita yang lain.

        Dengan penuh berlapang dada, saya menerima pendapat doktor, insyaAllah dan maaf dipinta andai ada tersalah faham, mungkin juga kata-kata saya yang sukar difahami. Maaf ya …

        salam dari saudara seaqidahmu…

  1. salam dr…saya juga sangat berpuas hati dengan maklumbalas pihak carefour…..
    suka juga membaca bait 2 emel yg dr tulis…kerana dari hati, mungkin mereka menerima baik sepebuh hati dan memohon maaf….bagi saya tulisan dr penuh hikmah, mudah diterima baik oleh pihak carefour….syabas sekali lagi buat dr….

  2. agak menarik memboikot selemah2 iman sbb sy dlm dilema nk guna brg2 yg d katakan perlu boikot..tp mtk ustaz perjelaskan lg boleh?tanx

  3. great blog you have here. I am from nigeria and can read in english. i hope some of your posts could have translations in english. i met a few malays when i went for hajj and they are nice people. the women wear beautiful hijabs and my wife got a gift of one from a malay woman she befriended inside the holy mosque at mecca. i met some one from bandung and i told him how i came to know the city from a speech by malcolm x. quite a coincidence so i asked him several questions about the place.

  4. salam doktor….

    Kuasa menegur ada pada kita sbg pengguna, kalau kedai makan KFC yg kecik2 ada saham u zionist wht about carrefour?Seluruh dunia tu…selemah-lemah iman boikot..sekuat-kuat iman g beli..aduhai..Dalam dunia Islam dipijak oleh yahudi dan sekutunya…belilah barang dikedai Islam biar jauh ada pahalanya…biar lah tidak branded tp krn ekonomi ISLAM..jom beli belah kat halal mart ada kat selangor dah..

    • wsalam wbt.

      sebenarnya sangat mudah untuk memutar belitkan atau terbelit sesuatu yang jelas.

      “selemah-lemah iman, boikot. sekuat-kuat iman pergi beli” <- perkataan ini sangat fitnah.

      bagi kedai-kedai yang kita boikot sebab ada saham zionist – then kita boikot. apa lagi yang boleh kita buat lebih besar daripada itu? kita boikot dan konsisten dengan boikot.

      tapi kalau kedai yang tiada dalam senarai boikot, macam mana?

      saya pun tidaklah kemaruk sangat nak shopping di carrefour hingga bermati-matian mempertahankannya. tetapi apa yang saya belajar, kebinasaan agama-agama terdahulu bukan hanya pada MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN ALLAH, malah juga MENGHARAMKAN APA YANG HALAL.

      Sebab itu pada nak melabel haram pada mana-mana pihak, kena lebih berhati-hati. Otherwise orang Islam jadi juara fitnah. Syarikat besar je sikit, ni mesti Zionist punya!

      Of course, membeli barangan Muslim, adalah afdhal.

  5. Langkawi , kampung halaman yang tercinta, lagilah terbuka penjualan araknya. Malah murah, sebab bebas cukaila katakan.Kalau pergi langkawi bukan saja dalam supermarket tapi deretan kedai yang murah atau ekslusif menjual arak… Masa sekolah dulu, ada beberapa pelajar islam yang meminumnya secara terbuka tapi mengaburi mata cikgu dengan memasukkan air tersebut ke dalam plastik. Tapi cikgu dapat tangkap. Bila terbuka terbuka ni senang gakla pengaruh orang. Tambah2 orang yang jahil dan buta hati…nauzubillah.

  6. (sy terpost dkt atas pulak, so sy post sekali lagi dekat bawah)

    Salam. About boycotting product yahudi yg menyumbang kepada peperangan di palestin boleh lihat list brand di sini. Betul kata Dr Muna, ia belum betul2 memenuhi kriteria penjenayah, jadi masih tak clear statusya. Plus kena tengok jugak dari segi hukumnya. Boleh baca:

    1) http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php – untuk list barangan yg betul2 confirm menyumbang kepada menghancurkan palestin

    2) http://www.zaharuddin.net/content/view/572/100/ – untuk perspektif boikot yg sebenarnya.

    Yang penting kena faham kenapa kita boikot dan ikhlaskan hati buat kerana Allah TANPA prejudgements pada org lain yg mungkin tak boikot jenama yg sama.

    -yg betul2 sokong pemboikotan brand yg sponsor rejim zionis-

    ps: sorry, mcm takde kaitan je dgn topik? hehe.

  7. I’m amazed, I have to admit. Seldom do I come across a blog that’s both equally
    educative and amusing, and without a doubt, you’ve hit the nail on the head. The problem is something which not enough people are speaking intelligently about. I am very happy I found this in my search for something regarding this.

Leave a comment