Penjualan Arak Secara Terbuka Oleh Carrefour

Beberapa minggu lalu, seperti biasa saya dan keluarga pergi membeli belah di Carrefour berdekatan dengan rumah kami. Kami sangat biasa dengan Carrefour memandangkan ia berdekatan dengan rumah, serta barang-barangnya yang murah serta senang dicari (handy & convenient). Namun, pada hari itu, saya dan suami agak kecewa dengan pemandangan di Carrefour sempena menyambut Pesta Bola Dunia 2010.

Berikut adalah salinan emel saya kepada pihak Carrefour Malaysia dan balasan daripada pihak Carrefour.

Continue reading

Advertisements

Ramadhan dan Permasalahannya

ramadhan

Subuh kali ini, seperti biasa saya akan menjengah internet buat seketika sebelum mata terlena untuk berehat dalam tempoh lebih kurang setengah ke satu jam. Ah, nampaknya hubby sudah ada menulis artikel baru malam tadi. Artikel yang cukup releven, yang sering ditanya ramai kepada kami. Malah, ia juga sangat releven dalam hidup saya sendiri.

Tiba-tiba di shoutbox SIO, kelihatan seseorang sedang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama. Biasanya saya dan hubby kurang gemar untuk menjawab sebarang kemuyskilan fekah di shoutbox kerana kebanyakannya sudah pun diketahui umum (easily available on the internet) dan ruang di shoutbox itu tidak sesuai digunakan untuk menjawab kemusykilan tadi kerana ianya terlalu sempit. Kadang-kadang, si penanya sudah pun tahu akan jawapannya. Namun, dia bertanya sekadar untuk mengetahui pandangan Abu atau Ummu Saif, itu saje.

Tapi, kali ini soalan yang ditanya adalah berkenaan penggunaan inhaler di siang ramadhan. Memang , ia merupakan isu yang saintifik lagi kontemporari dan ulama’ di seluruh dunia juga saban tahun membincangkannya. Saya juga setiap tahun, akan membaca sebarang informasi terkini untuk kegunaan sendiri memandangkan saya dan hubby merupakan pengidap asma yang kronik. Saya sendiri menggunakan inhaler pada setiap hari terutama di waktu subuh.

Saya teringat hubby pernah berdiskusi dengan Ustaz Zaharuddin berkenaan isu inhaler ini semasa kami tinggal di Ireland dulu. Dan nampaknya isu inhaler ini masih asing buat kita semua.

Alhamdulillah, di dalam blog Ustaz Zaharuddin, beliau ada menulis dengan terperinci tentang fatwa mengenai inhaler di siang ramadhan. Di dalam entri beliau tersebut juga diterangkan kemuyskilan-kemusykilan fekah yang lain yang bersangkut paut dengan ramadhan. Masih tidak terlambat lagi untuk kita update ilmu dan informasi tentang permasalahan fekah walaupun sudah berada di hujung ramadhan. Continue reading

Mewarna Rambut- Bolehkah??

hair

Terlalu ramai muslimat yang bertanyakan kepada saya tentang hukum mewarna rambut.

Yang bertanya, kebanyakannya kerana mereka ingin bercantik-cantik di dalam rumah khusus buat suami tercinta. Masakan tidak terdetik keinginan di dalam hati, jikalau wanita-wanita tidak bertudung di luar sana seolah-olah ‘menggamit’ suami mereka. Tidak dinafikan juga, ada para suami suka dan meminta isteri mereka untuk mewarnakan rambut untuk tatapan diri sendiri.

Dulu, saya juga tertanya-tanya di dalam diri, apakah hukumnya. Memandangkan saya bukan ustazah yang mendalami pelajaran shariah dan hukum hakam, maka pada asalnya saya cuma ikut rasa hati sahaja iaitu hukumnya boleh asalkan pewarna tersebut waterproof dan kita tidak menunjukkan rambut (aurat) kepada yang tidak berhak iaitu bukan muhrim kita.

Tetapi, yang pastinya itu tidak mencukupi. Setiap pegangan kita mestilah berlandaskan Al Quran, Sunnah dan ijmak ulama’. Maka, di sini untuk informasi dan kemudahan semua, saya ambil petikan dari http://www.zaharuddin.net berkenaan hukum mewarna rambut.

Saya sangat tertarik dengan entri Ustaz Zaharuddin ini terutama berkenaan hukum mewarna uban. Tidak disangka sama sekali akan penerangan mengenainya. Ternyata akan kecetekan ilmu di dada saya ini. Saya terfikir sejenak bila mengenangkan makcik-makcik tua yang selalu menginai rambut bagi menutupi uban mereka. Adakah mereka sedar hukum di sebalik menginai uban ini..? Continue reading