Alhamdulillah, sekali lagi saya dan sahabat-sahabat dapat menghadiri usrah bulanan Papisma.
Usrah sesi baru ini kami memilih untuk mengupas buku Apa Erti Saya Menganut Islam (AESMI) oleh Dr Fathi Yakan. Buku yang tidak asing lagi daripada silibus usrah para penggerak Islam. Tajuknya berbunyi ringkas dan mudah namun kupasannya belum tentu lagi bagaimana kerana ianya bergantung kepada cara olahan dan kefahaman naqib serta ahli sesebuah usrah tersebut.
Pertemuan kali ini, naqib mengupas bab pertama buku ini iaitu AESMI dari segi akidah.
Bab pertama ini mengajak semua pembacanya betul-betul faham kenapa kita mesti mulakan segala-segalanya dengan keyakinan kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Betapa setiapnya bermula dengan keyakinan kita, kepercayaan kita serta baik atau buruk sangka kita ke hadrat Allah SWT serta segala kehidupan kita.
Dengan memahami dan memasuki Islam dari segi akidah, kita akan faham setiap tindak tanduk kita, keluarga kita, sahabat kita dan semua manusia sejagat.
Dengan membersihkan hati kita daripada sebarang penyembahan atau kepercayaan yang salah, bab pertama ini mengajak para pendakwah agar bersih dari segala salah tanggapan, pesimis, buruk sangka, benci, ria’, ujub serta kegala keburukan yang ada dalam diri.

Continue reading →