Anak-Anak Tidak Mahu Buat Homework: Marah Atau Biarkan?


anak2

 

Memarahi atau push anak-anak adalah kesilapan besar yang biasa dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak seawal tadika dan darjah satu tidak menyiapkan homework.

Setakat berdasarkan pengalaman dengan dua orang anak pertama, itulah yang selalu berlaku. Saya akan pastikan anak-anak menyiapkan homework.
Ada masanya, tension berlaku sehingga anak mengamuk dan menangis.

Tetapi itu dulu…
Alhamdulillah kami tersedar selepas pelbagai pembacaan, pengalaman mengendalikan program pelajar dan melihat sendiri produk-produk hasil paksaan membuat homework ini.

Antaranya saya sendiri.
Saya sering dimarahi oleh ayah apabila tidak menyiapkan latihan Matematik pada waktunya. Menyebabkan saya ‘benci’ subjek Matematik. Saya juga percaya saya tidak pandai Matematik. Sehingga ke matriks pun, saya masih tidak berapa suka Matematik.

Saya hampir membuat kesilapan dengan anak-anak saya.
Contohnya apabila membantu saiful Islam membuat homework, saya selalu berkata Saif pandai di dalam subjek Islamik dan Sains tetapi tidak Matematik. Sehinggakan beliau percaya dan tidak minat dengan Matematik.

Saya mengubah cara.
Saya katakan pada Saif, dia pandai Matematik. Nah, sekarang dia suka membuat homework matematik tanpa disuruh.

Semenjak televisyen tiada di rumah dan penggunaan komputer dihadkan, beliau amat minat membaca. Hampir setiap waktu lapang, beliau akan membaca. Akhir-akhir ini beliau kelihatan berminat dengan homework karangan.

Sama ceritanya dengan anak saya yang ke 3 iaitu Imad.
Sekarang Imad di dalam darjah 1.

Beberapa minggu lepas, Imad mengamuk tidak mahu ke sekolah kerana beliau terlalu penat dengan homework yang terlalu banyak.
Kami pun berkata, “Takpe, Imad rehat hari ini, esok kita sambung sekolah ye.”
Kami juga meminta izin daripada guru kelas beliau agar Imad dicutikan.
Bibik kata, Imad cakap, “Cukuplah Imad rehat satu hari, esok Imad sekolah lah”.
Alhamdulillah sejak dari hari itu, Imad tidak lagi mengamuk tidak mahu ke sekolah.

Dua hari lepas, Imad mengamuk sebab homework Matematik susah dan tidak siap.
Saya hanya mendiamkan diri, tidak memarahi beliau.
Saya tahu betapa sukarnya seoarang anak yang berusia 6 tahun 2 bulan untuk menyelesai dan melogikkan satu olahan Matematik.
Bayangkan, 6 + ? = 11.
Sukar untuk melogikkan semuanya pada satu malam.

Seingat saya semasa di sekolah rendah dulu, cikgu akan menggunakan bantal-bantal pasir kecil atau pun guli untuk mengira. Bantal-bantal pasir itu semua berwarna-warni. Murid-murid gembira mengira.
Murid-murid juga tidak ‘dipaksa’ untuk belajar sesuatu bab dalam tempoh yang segera kerana para guru tiada tekanan di dalam menghabiskan silibus.

Bibik ditugaskan untuk menyejukkan Imad dengan ‘mandian’.
Saya berfikir, lebih baik saya jauhkan diri saya sebelum menyesal.
Selesai ‘mandi’, Imad terus menangis mencari saya. Saya pujuk dan izinkan Imad tidur sebilik memandangkan Abinya pun di Turki.

Keesokkan harinya, Imad segar bersedia ke sekolah seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku pada malam sebelumnya. Beliau juga tiada swollen eyes.
Sehingga hari ini, Imad kelihatan secara automatiknya membuka homework tanpa disuruh.

Naurah juga pernah mengalami tantrum sebelum pergi ke sekolah seperti Imad pada sekitar umur 6 dan 7 tahun.

Saya fikir, pada usia inilah yang paling kritikal dan penting bagi menanam perasaan suka ke sekolah dan membuat homework.
Anak-anak akan lebih suka dan sedia belajar di dalam keadaan gembira serta tiada paksaan.

Mereka juga yakin mereka sebenarnya bijak dan tiada masalah pembelajaran.

Berikan pandangan yang positif tentang diri mereka dan kurangkan memberi tekanan serta ekspektasi/harapan tinggi yang menakutkan mereka.

Anda tidak mahu anak anda stres atau takut akan ‘pancaroba’ kehidupan seawal itu.
Mereka mesti ceria dan gembira!

imad

P/s: Mana nak cari bantal-bantal pasir kecil yang berwarna-warni ye?🙂

UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

13 thoughts on “Anak-Anak Tidak Mahu Buat Homework: Marah Atau Biarkan?

  1. Assalam Ummu Saif
    Saya sebagai guru berpendapat bahawa homework adalah salah satu cara guru membantu pelajar untuk study di rumah,tanpa homework jarang mereka mahu study,kecuali ada guru tuisyen disebelahnya.Setengah parent beria-ia mahu anaknya diberi homework,adakalnya disebut dalam mesyuarat PIBG,dibanding dengan guru sekolah lain. Takanan juga tu. Penyelesaiannya sekarang bila saya bagi homework saya tidak akan marah jika mereka tidak menyiapkan,yang buat sahaja saya periksa. Namun kadang-kadang ianya bukan homeworkpun tapi kerja dalam kelas yang tidak siap dengan disengajakan.

    Perkongsian Ummu Saif dalam menghadapi kerenah ana-anak sangat bermunafaat,semoga menjadi panduan pada ibu-ibu muda lain.

    Semoga Ummu Saif sentiasa dalam kerahmatan.

    • Waalaikumussalam cikgu,
      Ya, saya setuju.
      Memang kebanyakannya adalah kerja sekolah yg tidak sempat disiapkan di sekolah.
      Saya boleh rasai dilemma para guru.

      Dan saya yakin, anak2 yg ceria ialah anak2 blh terima dan fokus ilmu di sekolah dengan smartnya dan tak perlu jadi bookworm atau over studious utk bijak.

      Saya lebih risaukan anak2 yg dull dan pasif.

    • INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT.

      INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT.

  2. Assalamualaikum Ummu Saif,
    Terima kasih atas perkongsian. Saya juga bersetuju yang paling utama anak-anak mesti gembira dan mengaitkan belajar itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Saya teringat pada ‘teknik hadis nabi’ yang dijuangkan oleh Puan Ainon Mohd, yang menyatakan (antaranya), kita puji pada usaha yang dia buat baik, daripada memarahi kesalahan yang dia buat.
    Bantal-bantal pasir kecil saya belum pernah jumpa, tapi bagaimana kalau mengira menggunakan blok-blok Lego? Berwarna-warni juga, dan boleh lekat-lekat pula🙂

  3. saya setuu dengan pendapat ummusaif.
    Anak2 tak perlu dipaksa untuk buat sesuatu sebab mereka akan memberontak jika kerap dipaksa. Suasana yang ‘happy’ akan membuatkan anak2 senang menerima pembelajaran:)

  4. Salam puan. Saya ada mslh ttg anak.saya sgt risau ttg kesihatan anak lelaki yg berusia 4thn apabila baru2 ini dia tlh jatuh dr ketinggian 4 kaki lbih kurang.dia trjatuh kerana terlepas dr dukungan seorang murid prmpuan di atas pdg sek tmpat saya mengajar.ms mula2 jatuh tu anak saya spt xsdr dlm ms kurang 3minit dan keadaannya terus pucat.slps sy kejutkn brla dia tersedar dan menangis.keadaannya slps 24 jam dia aktif seperti biasa.perlukah saya buat scan utk memastikan kesihatan anak saya baik.dia tiada sbrg tanda2benjol atsu bengkak di kepalanya.saya hrp puan dpt memberi sedikit penerangan kpd saya.terima kasih

  5. Assalamualaikum Ummu Saif,

    Untuk pengetahuan puan saya mempunyai 3 orang anak yg masing2 berusia 7, 9 dan 3 tahun yang dijaga oleh ibu saya yang tinggal bersama saya. Ibu saya seorang yang sangat rajin dan cerewet orangnya manakala anak-anak saya pula ialah anak-anak yang sangat aktif. Boleh dikatakan setiap hari anak-anak saya terpaksa mendengar leteran yang panjang daripada ibu saya akibat dia tidak berpuas hati dengan perangai cucu2nya. Saya difahamkan anak2 tidak elok selalu dileteri, sedangkan saya menghadapi situasi itu setiap hari. Bagaimanakah caranya saya hendak mengelak situasai ini kerana apa yang saya nampak anak2 saya sudah jemu dengan leteran tersebut dan kadangkala sampai ke tahap dia tidak hairan dan tidak endah langsung dengan leteran tersebut.

  6. Assalamualaikum Ummu Saif,
    Saya sebenarnya dalam dilema dan tidak tahu cara terbaik untuk mendidik anak2 menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Saya rasa satu cabaran yang cukup besar kepada saya dalam mendidik anak2. Saya mempunyai masalah anak yang tidak mahu kesekolah dan tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. Saya terpaksa menyuruh anak saya menyiapkan kerja sekolahnya setiap hari kerana apabila kerja sekolah tidak siap anak saya akan menggunakan alasan tersebut untuk tidak mahu ke sekolah,akibat daripada itu saya seringkali merotan anak saya bagi tujuan tersebut. Selepas membaca komen daripada puan berkenaan anak-anak yang tidak mahu menyiapkan homework baru lah saya sedar yang tindakan saya selama ini adalah tidak betul dan tidak sesuai sama sekali kepada anak-anak saya. Saya ingin bertanya pendapat puan bagaimana untuk menarik minat anak-anak saya untuk suka belajar karana apa yang saya nampak, anak2 saya kurang berminat terhadap pelajaran. Masalah itulah yang amat merunsingkan saya .Harap dapat bantuan daripada pihak puan.

  7. Memang betul cara me didik anak2 zaman skrang tak sama dengan zaman kita dulu..bila guru atau ibu bapa marah anak2 disebabkan homework tak siap, ini lagi menjauhkan dan mengarakkan minat mereka untuk belajar.

  8. Saya setuju dengan pendapat guru dan ibu bapa dengan tidak memaksa anak2 menyiapkan kerje sekolah. Saya juga suka dengan pendekatan guru yang memberikan homework tetapi tidak terlalu menekan murid sekiranya tidak siap. Apatah lagi dengan anak2 yang darjah 1, 2 dan 3 (tahap 1).
    Tetapi ada guru yang tidak sependapat dengan kita (terutamanya guru non-muslim). Anak saya yg sedang dlm darjah 2 menghadapi masalah besar dalam subjek English sebab dia tak minat. Jadi, dia menjadi sangat pasif dalam kelas, dan rasa sangat rendah diri. Kerja di sekolah selalu tak siap, homework pun tak siap. Teacher tu pula jenis yang tegas …mesti siapkan. Tadi techernya call saya dan beritahu tentang prestasinya yang teruk. Saya beritahu dia tentang kelemahan anak saya, dan harap dia boleh tarik minat anak tanpa menakut-nakutkannya. Tapi yerlah, saya pun sedar tugas guru sekarang pun sangat banyak, jadi mereka pun mesti tertekan.

    Selain banyakkan membaca buku English, apa lagi kaedah yang dapat membantu saya? Mungkin rakan-rakan boleh beri petua atau share pengalaman yang serupa. – Ummi buntu –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s