26 thoughts on “Sitemap

  1. assalamualaikum dr…..

    saya begitu meminati keluarga dr…saya ingin menanyakan soalan
    bagaimana untuk menjadi cantik dari segi rohani dan luaran…
    saya ada mengamalkan doa dan masih mencari product yang baik sebagai supplement….sebagai seorang dr,mesti dr lebih arif dalam soal ini….harap dr dapat berkongsi bersama saya.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa…semoga dr sekeluarga sentiasa diberkati-NYA.

  2. @delima

    salam.

    err, utk cantik luaran dan dalaman??

    saya pun tak pandai sgt. kalau dalaman tu.. maybe blh pegang ini, cuba latih diri jgn bongkak dan sombong.

    kalau luaran, maybe blh banyakkan minum air mineral.

    selamat mencuba ๐Ÿ™‚

  3. salam..

    Dr. saya ingin menanyakan satu soalan…saya sedang mengandung anak pertama 7 mggu…dan sekarang saya mengalami mual/muntah2 teruk…klu satu hari kadang 2 3 kali muntah…malam pun sama…rasa seram sejuk…kadang2 rasa tak larat hendak ke pejabat …sbb dah 2 mggu saya ke pejabat tapi tak buat kerja sangat…selalu baring jer di surau…Tidak lama lagi kite akan berpuasa…dan saya ada 4 hari lagi puasa yang tidak digantikan….tetapi masalahnya saya tak larat sangat nak berpuasa ganti ni Dr sbb rasa lagi loya n muntah klu perut kosong…saya buntu Dr..suami saya asik tanya2 saya bila nak ganti puasa sedangkan saya rasa tak larat sangat…saya takut tak dapat nak gantikan puasa tuh Dr….macam mana klu saya tak dapat nak ganti puasa Dr…saya takut….suami pula seolah2 tak memahami….

    • kalau tak larat, esp kalau membahayakan diri, maka diharuskan tidak berpuasa.
      Dan sekiranya masih tak sempat ganti sehingga masuk ramadhan, maka wajib ganti dan juga bayar fidyah mengikut hari yg perlu diganti. 1 hari bersamaan 1 portion makan seorang miskin (blh ikut rate zakat). atau blh anggar lbh kurang RM7-10 utk seorang miskin sekali makan.

      dan sekiranya masuk ramadhan, dan puan masih tak blh berpuasa ramadhan, diharuskan membuka puasa. Dlm bulan ramadhan,
      sekiranya dikhuatiri membahayakan diri, tak perlu fidyah.
      sekiranya hanya risaukan kandungan, maka kena fidyah.

  4. aslkm.wbr
    Doktor, sukacita ingin saya meluah rasa. Jika dpt andainya doktor menitipkan tinta pena. Buat tatapan panduan yg amat berguna.

    Dilihat, dicari tiada berjumpa. Ditanya, dibicara baru ku dapati ia. Namun semuanya hanya cebisan cuma. Rasanya blum cukup & tidak mampuku hadirkan dlm masa. Rasanya mungkin pada yg empunya lebih bergaya. Mungkin punya lengok & rujukan d minta.

    Doktor, cadangan saya jika dapat kiranya doktor nukilkan pena tinta ilmu kepada para bakal ayahanda & bonda. Dijilidkan dibukukan. Sebuah buku mengenai “Bagaimana Pengurusan Ibu & Bapa dlm menyambut Bayi dlm islam & Adat” @ “Alamak! Babyku” bla bla bla.

    Pengalaman saya sbgi sewaktu kali pertama menjadi bapa & sehingga kini,
    1] – Xda buku yg menerangkan apa persediaan yg perlu dibuat kpd istri & sebelum kelahiran bayi
    2] – mcmana cara nak basuh uri nie. Ke kena buang jer dlm tong sampah? Klu nak tanam lak mcmana
    caranya. kaki bawak tanah kerr atau camner? ada org kata basuh pakai garam & asam jawa. Tanam
    plak elok kat dlm kwsn masjid. Lps tanam, bahagaian atasnya kena letak sabut kelapa & bakar.
    Supaya binatang X gali makan. ada yg kata lak, elok tanah uri nie dgn paku, duit syiling, bawang, dll
    3] – mcmana nak buat bila bayi lahir. Azan @ Qamat. Macamna kedudukannya?
    4] – mcmana nak mandikan bayi nie?
    5] – mcmana nak lipat bedung? Kenapa bayi nie nak kena bedung? perlu ke bayi dibedung?
    6] – wf blh mkn aper yea. Klu dia kena operate blh mkn aper yea?
    7] – wf nak kena mandikan ker atau biaq p dia mandi sendiri
    8] – wf nak kena pakai barut kerr?
    9] – wf nak kena tuam (mcm org tua pki batu sgi) kerr?
    10] – bayi blh mkm aper yea?
    11] – ada org kata bayi kena jaga & tgk bila bagi minum susu (tetek @ botol). coz lps dia minum
    kena usap belakang badan. Spi dia sedawa. Klu dia tertidurpun buat jerr. Coz nanti klu dia
    terbelahak (coz Xsedawa) susu yg terkeluar tu blh masuk hidung (block pernafasan) & tersekat
    kat kerongkong. Blei mati woo baby tue.
    12] – klu baby dah terbelahak apa perlu dibuat (ada org kata tepukX2 belakang baby [bukan kuat sgt la]
    sambil terbalikkan muka & badannya kebawah
    13] – blh kerr baby ditidurkan dlm buaian la ni. pratik lg ker?
    14] – lps mandikan baby nie kena wat aper yea?
    15] – blh ker sapu minyak angin kat baby. Sapu kat nerr? Kat hidung kerr, kat dahi ker, kat tapak kaki ker,
    kat dada kerr atau dimana-mana sajerr?
    16] – mcmmana cara yg betul nak dukung baby nie?
    17] – ada X menu/ cara nak masak mknn utk wf yg baru lps bersalin
    [ikan msk stim kunyit & halia] [ikan bakar lada hitam cicah kuah asam] perghhh menu best punyerr
    18] – kenapa hubby klu blh ada kat istri bila nak bersalin. Nak wat camnerr? Nak cakap aper?
    19] – blh X wangian utk baby?
    20] – blh X bersama dgn istri sewaktu dia tgh boyot (mak buyung) dlm dah 7 bulan. Spi bila bulan berapa
    blh bersama.
    21] – X mudarat kerr klu istri tgh boyot kita bersama dgnnya? (coz ader org kata klu istri boyot kita Xblh
    bersama) And sebab tue jugak ada istri yg X bagi bila suami X bersama. Katanya nbahaya utk baby.
    Klu mcm tue suami kena posa lerr setahun (9 bulan mengandung + 3 bulan berpantang). Lama siot.

    dll info lagi yg berkaitan.

    Coz sehingga ke hari nie saya jumpa buku ilmiah persoalan nie. CebisanX2 flyers & other info yg terpisah. Yg glamerr, surah-surah pilihanutk ibu mengandung jerr. Walaupun ibu bapa nak masuk anak no. 2 – 3. Ibu & bapa Xtau nak bedung anak. X tau kenapa (tujuan) nak bedung. Kenapa nak pakai baby minyak angin. Jenis mcmana elok (ada mcmX2 kat psrn). Uri nak basuh camner? KLu X basuh blh kerr?

    Klu dapat doktor sertakan gambar samaada live (original punyerr), atau kartun & juga sedutan video bagi beberapa perkara tersebut lagi bagus. Seperti mcmna nak basuh uri, cara yg betul nak azan baby, cara nak bedung & bekung, cara nak mandi babby & nak urut baby lps mandi dsb.

    “Baby & Mama – Islam & Adat” Cara Uruskannya
    – Saya nantikan nukilan tinta ilmu (perkongsian bersama abie – hubby) bab nie dr doktor d pasaran. Klu dpt habaq kat abie, buku tue klu ada skit skit gambo mcm kat dlm web kan bagus. best gak klu ada gambar. Kartun (ilustrusi) ker, betoi nyerr kerr X kisahlah. Klu blh RMnyerr pun biarlah berpatutan. Klu dipecahkan kpd jilid 1 & 2 pun blh gak jika tebal & byk infonya serta agar ianya murah. Kira klu dpt dlm satu RM19.90 pun ook gak kot. RM 19.90 lagi berminat org nak beli berbanding RM RM20.00. Coz yg nak beli nie kbykkanya golongan pendapatan pertenganhan & bawah. Yg profesional tue, byk kengkwn yg bijak pandai. Xpun blh bertenet internet. He he he

    Sekian.

  5. salam…harap xsalah jk sy mmanggil dr. akak….sy ingin meminta pendapat dri akak…sy seorng plajar dri sebuah IPTA…sy skang ni dibebani dngn satu masalah yg slalu mmbuat sy tak tenang..sukar untuk sy ceritakan dsini…secara ringkasnya masalh ni mlibat kn dua org kwn baik sy….blh dkatakan sy amt mngenali hati budi mereke…tp salah seorng dari mereke memaksa sy untuk berbuat pilihan yg sngt berat…dua kwan baik sy in tidak sehaluan n tidak dpt menerima antara satu sama lain…sy skang d tengah2…sy tdk tahu untuk memilih siapa..tp skang ni fikiran sy dibebani dgn keadaan mereka bdua…sy perlukan seseorang untuk sy menceritakan masalah ni…tp sy tk tahu siapa..yang pasti bkn ibu bapa atau ahli kluarga sy….blh akak cadangkan pd siapa sy ptut menceritakan masalah sy ini…sy bkn nk cri kwn untuk mngumpat..ttp untuk mendengar luahan hti sy…sy tdk blh mnceritakan pd kwn sy yg lain…sy tdk mahu mereka bersangka buruk pd dua orng kawan baik sy in…

  6. salam dr… sy nk tnye…

    sy br brumur 19 thn…tp ai tu dktor gg sy dpt dtect sy ade chronic periondontitis….
    sy nk tnye…..

    1. perlu x sye amek supplement vit c n calcium sndri? ape akn trjadi kalo trlbih amek supplement ni?

  7. Salam doktor,
    Saya ingin memohon jasa baik doktor untuk tulis satu post berkaitan BABY TERCEKIK SUSU..
    langkah pencegahan, sebab, bagaimana menangani & apa langkah pertama perlu dilakukan kalau ibu berada dalam situasi tersebut.

    TERIMA KASIH.

  8. Salam dr muna. Saya nak tanya, kalau suami isteri melakukan hubungan intim hanya SEKALI. kemudian, pada bulan seterusnya isteri datang haid, bulan kedua seterusnya turut datang haid, adakah besar peluang untuk si isteri mengandung pada bulan ketiga.?

  9. Assalamualaikum wrt. wbt.

    Dr.,

    Saya meminati bidang perubatan. Umur saya sekarang 23 tahun. Saya pernah menduduki peperiksaan SPM (aliran sastera) dan STAM. Alhamdulillah, kedua-duanya cemerlang.

    Setakat info yang saya tahu, kebiasaannya pelajar medic ialah dalam lingkungan umur 18 – 20 tahun dan dari aliran sains. Soalan saya adalah adakah saya terlalu lewat dan tidak sesuai untuk mengambil course medic?

    Saya juga maklum bahawa pengajian perubatan berbeza dengan course lain sama ada dari segi cabaran mahupun karier. Walaupun begitu, insya Allah jika umur saya tidak terlalu “tua” dan sesuai untuk ambil course ini, saya akan membuktikan saya adalah antara yang terbaik didalam bidang perubatan.

    Kalau tidak keberatan, saya ingin mohon respon daripada Doktor Muna berkenaan 3 soalan saya dibawah ni :

    1. Apakah beza antara ambil course medic melalui SPM dan STPM? -Aliran sains-
    2. Apakah beza lokasi pengajian antara IPTA tempatan, Mesir & lain2?
    3. Anggaran kos pengajian & sumber kewangan mana yang boleh dipohon?
    4. Berapa lama tempoh pengajian wajib termasuk housemanship dll..

    Semoga doktor dapat respon terhadap soalan saya dengan beberapa info tambahan yang doktor fikir berguna terhadap saya. Wassalam.

  10. dr,

    saya disahkan mengandung 4 minggu dan merupakan kandungan pertama pada usia 31 thn sering mengalami rasa seram sejuk dan kadang2 mengigil terutama semasa mandi dan apabila terkena aircond.. adakah saya mengalami jangkitan kuman atau ini adalah simptom biasa..bagaimana saya boleh mengatasinya

  11. assalamualaikum…sy t’cari2 mklmat berkaitan kecederaan kepala bayi, alhamdulillah sy dpt di sini.sy ingin b’ tanya lebih lanjut ttg perkara ini. ank ke-2 sy bumur 40 hr dn sihat serta G6PD normal.ape yg merisaukan sy kdng2 ank sy menangis t’lalu lma dan kuat seolah2 menahan kesakitan.slps menangis lbh kurang setengah jam, dia akan t’lena.bila sy bca simptom2 pendarahan/kecederaan kpla tiada pula ciri2 tu pd ank sy.cuma munth2 lebihan susu itu b’laku pd ank sy,itupn slps menyusu…
    soalan sy 1)apakah penyebab lain yg menjadikan byi menangis kuat?
    2)berapa cm kah perkembangan kpla byi yg normal dr lahir hingga 1 bln?
    3)jika situasi ank sy (menangis lama) b’terusan, adakah akn m’bwa kpd maslah
    lain spt epilepsi?
    4)adakh rawatan2 khusus utk mslah spt ini?
    itu shja dr, trima kasih ats mklmt yg sungguh b’manfaat……

  12. assalamualaikum dr muna..
    saya azierah,pelajar perubatan tahun ke3 di india
    baru2 ni ade baca post dr mengenai dr hadiri ACEM tu.
    boleh ke kalau sy nak tanya pendapat dr pasal emergency medicine.
    dan macam mana sy boleh hubungi terus dgn dr selain d sini contohnya emel atau seumpamanya.
    jazakillah khair dr.muna.
    wassalam

  13. salam dr,
    saya sudah lama mencari alamat email untuk menghubungi doktor secara peribadi.boleh sekiranya doktor memberi alamat untuk dihubungi seperti email,selain fb dan twitter?sebb saya tak ada fb dan twitter.

    mohon doktor dapat membalas secepat mungkin.terima kasih.

  14. salam dr
    sebenarnya saya nak tanya ttg my baby umor 3 bulan pada 8hb yg lepas.sepatutnya mendapatkan vaksin pada 8hb iaitu genap umurnya 3 bulan.tetapi atas beberapa faktor (bukan kesihatan) saya terpaksa menangguhkan suntikan 3 bulan tu dan postpone kepada isnin 16hb iaitu lewat seminggu dari tarikh genap dia 3 bulan.adakah perkara ni blh dtgkan pape efek pd anak sy.boleh ke suntikan tu dilewatkan?dan bagaimana dgn suntikan pd umur anak sy 4 bulan?tarikh apa yg sesuai untuk diberi suntikan 4 bulan tu?sangat konfius๐Ÿ˜ tq

    • salam baby saya pun masa 3 bulan tak amek suntikan ni sbb berat baby kecik sangat nurse cakap so, masa dia umur 4 bulan baru suntik yg untuk 3 bulan tu

  15. Assalamu’alaikum Dr Muna,

    Apa khabar Dr? Saya berharap Dr sihat2 selalu dan semoga sentiasa di bawah rahmat & lindungan Allah SWT.

    Dr, saya ada satu kemusykilan. Saya sebenarnya lebih suka nak ber-emel dengan Dr tapi saya tiada akaun emel Dr. Untuk itu, saya ajukan pertanyaan saya di sini sahaja, boleh? Harap Dr dapat membantu.

    Begini, ibu saya sedang dalam proses rawatan untuk pembuangan air kecil kerana menghadapi masalah air kecilnya tidak lawas. Doktor yang merawat beliau di Hospital Selayang telah membekalkannya dengan set tiub untuk dimasukkan ke dalam urethra beliau bagi memudahkan proses pembuangan air kecil dilakukan. Ibu saya terpaksa melakukannya setiap hari.

    Soalannya, adakah prosedur ini membolehkan ibu saya berpuasa dan tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa? (memasukkan sesuatu ke dalam badan?)

    Mohon pandangan Dr bagi perkara di atas.

    Perhatian dan maklumbalas Dr bagi perkara ini amat dihargai.

    Terima kasih,

    • Assalamu’alaikum… menurut saya itu tak membatalkan puasa aini… yang membatalkan puasa disebabkan memasukkan sesuatu ke dalam badan adalah dengan makan dan minum dengan sengaja… ibnu hazm berpendapat injection ke dalam badan pun tak membatalkan puasa… Allah berfirman dalam ayat puasa ” innamaa yuriidu bikumul yusro walaa yuriidu bikumul ‘usro ” … wallaahu a’lam

  16. Salam DR Muna, saya seorg doktor gigi tahun pertama di klinik kerajaan. Dlm ‘akujanji’ ada menetapkan bahawa pegawai tahun pertama tak dibenarkan locum ( kerja sambilan luar waktu pejabat). Namun ramai yang melakukannya. Pada pendapat DR, adakah halal sumber pendapatan locum tersebut? Terima kasih..

  17. Saya just nak berkongsi pengalaman, sekiranya anda ada masalah dari segi kesihatan ….kalau dah cuba perubatan moden, tradisional dan masih belum ada perubahan, cepatlah berikhtiar menggunakan produk sne…..insyaallah………dan yg masih mengamalkan pengambilan ubat2 dari hospital juga digalakkan menggunakan produk ni…yg mana produk ni adalah supplement….yg mana menggunakan cara perubatan holistik iaitu keseluruhan…yg menggabungkan 5 teori iaitu teori sitologi, teori imunologi, teori radikal bebas, teori endokrinologi dan teori genetik……..byk keajaiban telah berlaku depan mata saya sendiri….termasuk anak saya sendiri dan sekarang saya rasa rugi sgt kalau saya tak share dgn anda semua…………sebarang maklumat boleh hubungi sy
    0192225004

  18. Assalamualaikum Dr. Sy berminat dgn buku yg Dr ada mention sblm ni ~ “Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan” kat malaysia ada ke buku ni d mna nak cari?new or used is fine.. trma kasih byk Dr post entry tu very empowering..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s