Superwoman


Ummu Saif masih sibuk.

Abu Saif ambil alih seketika. Mengisi ruang di ummusaif.com ini.

Kebelakangan ini, saya semakin merasakan bahawa pilihan Ummu Saif untuk membuat specialization di dalam Emergency Medicine adalah pilihan yang semakin tepat. Saya teruja melihat pelbagai kursus yang perlu Ummu Saif hadiri. Cuma, sedikit bimbang dengan keadaan dirinya yang berbadan dua.

Tempoh hari, Ummu Saif pergi ke Hospital Lumut untuk mempelajari teknik-teknik rawatan dan pengendalian hyperbaric chamber.

Kemudian, Ummu Saif mengadap ahli forensik patologi di HKL. Atau dalam bahasa komersil yang lebih mudah, crime scene investigation (CSI).

Terbaru, semasa saya berceramah di Pejabat Angkasawan Negara di Agensi Angkasa Negara (MOSTI) Putra Jaya, Ummu Saif pergi berkursus dengan pihak bomba pula. Wah, teruja melihat gambar-gambar di bawah.

dsc00254

Ummu Saif semasa melawat bomba udara di Subang, mempelajari teknik-teknik pengendalian kes mereka, kaedah operasi calling centre dan lain-lain, sebagai sebahagian daripada pengetahuan yang mesti diketahui oleh pakar Perubatan Kecemasan

dsc00255

Ini pula adalah motor berkuasa tinggi yang digunakan oleh pihak bomba untuk meninjau lokasi kejadian sebelum pasukan utama tiba. Terlalu besar untuk Ummu Saif!

dsc00259

Ini pula foto Ummu Saif di dalam ambulance udara yang digunakan oleh pihak Bomba untuk operasi menyelamat. Boleh memuatkan lebih 20 buah stretcher!

Pagi ini, saya mencari dua ekor ayam hidup untuk disembelih. ‘Mereka berdua’ dihantar bersama Ummu Saif ke Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras untuk mempelajari kesan peluru tembakan. Asalnya semua merancang mahu menembak anjing. Tetapi ramai pula yang tak sampai hati. Maka dua ekor ayam itulah yang menjadi mangsanya. Supaya tidak terlalu tragis, ayam itu disembelih pagi ini terlebih dahulu.

Hari ini adalah pelajaran untuk Ummu Saif mengenal perbezaan di antara pistol dan revolver, jenis-jenis peluru, bagaimana mengeluarkan peluru dari tubuh sesuai dengan definisi mudahnya, polis menguruskan peluru di dalam senjata, pakar perubatan kecemasan dan pembedahan menguruskan peluru di dalam tubuh badan.

Standby Superman, Iceman, Spiderman, Batman, Robin too…

She’s my truly Superwoman!

ABU SAIF @ http://www.ummusaif.com
68000 Ampang

62 thoughts on “Superwoman

  1. susah juga kerja2 tu…
    tetapi ummu saif tetap super woman…
    dlm sarat2 mengandung pun masih mampu berjalan sana sini…
    hehehe…

    sudah lama diam sahaja dari ummu saif….

  2. Assalamualaikum Ustaz & Dr Muna [minta tumpang lalu sebab tuan punya blog :)], rasa perlu perbetulkan sikit… Pejabat Angkasawan Negara di Agensi Angkasa Negara (MOSTI)…🙂

  3. amazing!~

    wajah ayu ummu saif yang motherly.. could confront and deal wif all those thing. Bittaufeeq.iA fi amanillah

    =)

    -i got approximately 4 yrs more to finish my degree.. extremely hope to be one of ED experts.. –

  4. salam k muna. semoga sihat wlp sibuk. pernah bersua muka dgn k muna di Doolin tahun 2004 dulu rasenya. masa jumpa k muna saya baru jek first year. sekarang tgh buat internship kat Letterkenny. kagum saya dgn k Muna. sekarang saya tgh dalam dilema nak balik msia atau nak teruskan kerja di Eire. kalau k muna ada masa, harap boleh beri pandangan tentang baik buruk kerja di Msia dan pendapat k muna ttg bekerja di Eire..

  5. zhk, wsalam wbt. kak muna jarang cek blog dia lately…

    anyway, kalau nak kerja di eire, make sure ada target dan bekerja keras untuk mencapai target tu. meaning, nak tackle masters program ke, mrcp ke etc. kalau sekadar kerja biasa, dan satu hari nanti nak balik msia, maka setiap tahun kelewatan menyertai sistem di sini akan mengundang banyak kerugian dari segi financial (tangga gaji, entitlement loan rumah dll), ruang mengembangkan kerjaya, dan banyak lagi…

    So, if you want to delay the return, make sure masa balik nanti, balik as somebody and not just dr nobody.

    Letterkenny… argh, pastry di kantin hospitalnya sedap sekali… doctor rest juga banyak makanan dan buah-buahan… one of my favourite places especially the scenic route to Londonderry…

    sorry ustaz menyibuk on behalf of kak muna

  6. salam ummusaif..
    sy nk further my study kt uk but kalau boleh nak di area yg ada ceramah2 or kuliah2 utk sy hadiri.igt nk minta pandangan ummusaif area2 mana yg sesuai.

    neway,cograts ummusaif!!
    still b’tenaga eventhough b’badan dua.
    😉

  7. Di UK, kat mana2 pun blh hadiri ceramah.
    Tapi kalau nak lagi mudah, yg ramai komuniti Islam spt Manchester, London, Glasgow, Lampeter, Liverpool dll.

    Tp duduk dgn org Islam pun tak menjamin kaki kita utk ke tempat2 pengisian.
    Yg penting, sentiasa mencari dan istiqomah walau di mana kita tercampak.
    Transport, no problem..

    -ummusaif.

  8. superwoman n superman..
    abu saif, mengendali 2 blog!
    hehe..

    hm..menariknye EM.. kirenye ada kaitan dengan Forensik jugak la ye? ke sama? huhu..

    -bukan doktor..hu

  9. salam…sangat beruntung ummusaif dapat hubby yg sangat2 menghargai isteri…kan bagus semua suami begitu…pasti semua isteri akan cuba menjadi isteri yg terbaik ( solehah) untuk suaminya…alhamdulillah… doa moga segala nikmat disyukuri…

  10. Perspektif baru dalam dunia kedoktoran, bagi saya la🙂

    Sebelum ini, saya fikirkan doktor hanya dengan buku sahaja. Tapi bila fikirkan balik even nak jadi engineer pun dengan buku juga!

    Engineer ber’field trip’, doktor pun ber’field trip’ juga ye.

    All the best ye Ummusaif🙂

    PS: bercita-cita nak jadi superwoman gak satu hari nanti, insyaAllah🙂

  11. salams ziarah ummu saif,
    bila membaca entry kali ini hati ni berkata, “fulamak ustaz! cayalah. saya tabik!”.

    Semoga dipermudahkan Allah segala urusan tambahan pula tengah berbadan dua ni.
    😀

  12. teruja plak dgn kegiatan ummusaif ni..hehehe

    mmberi inspirasi utk mnjadi supergirl=p

    (err, sy nak specialize A&E tu x sure lg, he, maybe geriatrics ke^_^)

  13. wah ummu saif bagi inspirasi kat saya untuk tuntut ilmu selagi boleh..keadaan ummu saif yang tgh pregnant bukan halangan….
    nothing is imposibble!!!

  14. Eh kenapa geriatrics kena banyak bersabar ek Ummu Saif? Musykil sebab saya menyimpan minat nak buat Geriatrics nanti insyaAllah. Hehhe.

    -4th year medical student

  15. salam ummusaif!

    best of luck and barokallah fi kulli hal=)

    in my opinion geriatrics deal with old people so we must be in a lot of patients..!just my thought.

    i am thinking of pediatrics specialization..also 4th year medical student

    ok x ummusaif?

  16. Salam.

    Betul, geriatrics means u deal with elderly.

    These patients mostly are chronic cases, demented, parkinson, stroke, homeless patients and sometimes with lots of social problems. They have multiple diseases and it’s a multidisciplinary tasks. These includes Public health, social welfare, nursing homes, rehab, physicians, etc, etc.

    In malaysia, rasanya our nursing home and public health services are still poor. This is due financial support, govt support, people’s stigma on nursing homes and others.

    It’s not a straight forward job. Patience, caring, concern and willing to change the systems must be at your heart most of the time. And not just a mere office hours physician at the hospital.

    Tak ramai yg minat. Rasanya, kat PPUKM pun cuma ada sorang specialist Geri.

    Nevertheless, all the best in whoever choose this field. We definitely need lots of Geriatrics.

  17. Salam ummusaif sekeluarga,

    Semoga berjaya dalam bidang yang sungguh menarik perhatian ini..
    Wanita lebih teliti, sabar dan ditambah sedikit MEMPUNYAI keupayaan lelaki terhadap penganalisaan..
    hmmm… sungguh teruja..

    memang superwoman, insyaALLAH..

  18. salam ummualya,

    Tq for the wishes.

    Sekarang ni saya tgh sibuk elektif di luar. InshaAllah, next week, saya akan kembali ke medan sebenar iaitu di A&E. Hampir setahun saya tak resusitasi pesakit bcoz saya baru habis semua posting di luar jabatan.

    Tahun akhir yang mencabar ini memerlukan sepenuh perhatian saya dan keluarga yang menyokong.

  19. dr nak specialize in emergency medicine ke.bagusnya.saya student ukm kl.kat sini ada kos emergency medicine ni.=)

  20. Subhanallah, cekalnya ummu saif! Pengajaran untuk orang muda trang tang tang yang asik dok tak larat nak bekerja aau fieldwork, sedangkan ummu saif berbadan 2 pun ada kekuatan. Tahniah.

  21. salam rindu, kak muna.. menarik betul kerja kak muna ek.. hehehe.. saye dulu minat nak buat Forensic Medicine tapi my parents reluctant.. bile kak muna cerita pasal EM mase kite same2 kat wad Med 4 dulu, macam minat pulak ke situ.. at least, dapat rase manage all sorts of patients kan.. Nway, right now I’m in Paeds in HTAA Kuantan. Not bad, dealing with all those small and cute fellas..🙂 doakan saye success macam kak muna ye. Lupa pulak.. Insya-Allah, bulan 5 nanti jemput datang ke walimah saye ye.. nanti saye kirim kad. jaga diri ye..

  22. Salam rindu buat hanin juga..

    seronok dengar khabar dr hanin. Semoga cemerlang seperti biasa. Baguslah kalau nak buat EM. Ramai yg pilih specialization bcoz dah lama sgt kat satu2 jabatan tu. Akak tak lama kt ed b4 decided utk buat EM. Sebelum ni akak di paeds dan medicine. Tp akak terasa berpuas hati bila kerja di ED. So, elok try semua dulu b4 decided.

    Anyway, all the best and looking fwd for ur invitation card.

  23. assalamulaikum ummu saif..
    sy sentiasa mengikuti cerita ustaz hasrizal dan dr sejak membaca buku aku terima nikahnya.
    syahdu..hingga menangis sy dibuatnya…
    btw,sy junior ustaz..tp di taayah..

  24. Assalamu3laikumwbt,UmmuSaif.

    Maaf ingin bertanya,specialist utk A&E ni,camna ye?nApa bezanya dgn Forensic? Sbb,bla baca cerita dalam entry ni,macam Forensic pun ada jugak. Saya skrg pun tgh study Medic,insyaAllah,lagi 3 tahun kembali ke Msia🙂. Sy minat pada forensic,tapi bila baca ttg A&E ni pun,mcm best. He he. Kalau A&E,masa bekerja xtentula ye? forensic pun mcm tu ke? Maaf byk bertanya. Kalau boleh,nak tahu perbezaan ant A&E dan Forensic.
    Jazakumullah khairan kathiran.

    Wslmwbt.

    • @aniss,
      forensics lbh kpd bedah siasat mayat,so pesakit awak adalah mayat.ikut keadaan,mungkin kene pegi court selalu utk bagi keterangan etc..
      A&E as d name suggests,for patients w trauma/accidents..sgt adventure,tiring,kene ade thp kesabaran yg tinggi,dan kene pandai control emosi..sbb keje xtentu masa dan sgt stress kalau xpandai kawal..tapi best sbb kita akan jumpa byk jns patients..

  25. betul2..mmg kene byk besabo fer those y nak bt speciality in geriatrics

    tp ikut pengalaman sy y cket ni, laen lah perasaannye tu bile dpt berkhidmat utk org2 tua

    entahla, ssh nak terangkan..sy rs extra happy^_^

    ~supergirl

  26. Assalamualaikum buat kalian berdua..my husband is also pursuing Emergency Medicine..he is ED Selayang now..doa agar dimudahkan perjalanan kalian dan juga suami saya..
    Saya masih belum lagi bertemu dengan ‘Aku Terima Nikahnya’..can’t wait..

  27. assalammualaikum wrt wbt buat kak muna dan keluarga

    semakn teruja saya tengok kak muna dah nak tamat EM course ni,,,
    saya pun tengah consider dua bidang,,,sama O n G atau EM….

    sama-sama kita doakan kebaikan dan keberkatan pekerjaan ini insyaAllah

    semoga kak muna sentiasa kuat dan terus berjuang di samping Ustaz dan anak-anak akak yang comel itu … =D

  28. ED memang menarik,,tapi mungkin tak kena sangat dengan jiwa saya..mm..kat malaysia ada palliative medicine tak?

    • @itnay,

      palliative medicine specific takde rasanya. tp dia masuk bwh oncology. cuma tak sebagus di uk/ireland bcoz kt sini takde proper hospice, palliative service yg dtg visit rumah pesakit.

  29. salam aleik..hope kak muna sihat di samping ur beloved family..
    i am a 3rd year medical student and currently doing medicine at Cairo University..just wanna have ur opinion about this statement-people usually said that studying medicine in Egypt is out of quality due to main issue-lack of practicality,lack of facilities and using conventional method as our technique of learning here(means that we have to study the normal part of human body for 2 years and followed by pathology studies then)..this is common expectation from the several doctors in Malaysia toward us ( this is what i hear when i have a conversation with a doctor in HUSM when i did my attachment during my last summer)..sometimes,i feel upset and humiliated..i dont deny that we’re confront with practical issue but for me..it is better to say that theoritically must come first and practicality is not the second..we cannot change the system here that has been well-established before..but we change ourselves-trying to work harder rather than the others,struggle to face with the hospital challenges in Malaysia, learning about common sense and soft skill..dare to be different with the others..

    So,just wanna ask you,what do you think about the graduated doctors from Egypt especially when they’re doing their HO at Malaysia? What about the big side( cabaran dan dugaan) that we (doctors graduated from Egypt) will face one day? Really need ur answer Kak Muna..huhu

    Finally,a warmful appreciation to Dr Muna..really glad to know u..(even through this network)..May Allah bless u and your family..
    Pray for us here..

    Salam dari Perlembahan Nil..
    Cairo,Republic Arab of Egypt.

    • @fatnul,

      Salam fatnul.

      Terus terang saya takde komen ttg student dari tmpt lain khususnya dari Mesir.
      As long as ur clinical knowledge is good and can communicate well esp in English, dah cukup.
      Saya kenal 2 org yg sebaya saya (1975) grad mesir, both of them are good even in English.

      So, as long as u know what u r best at and ur weakness plus how to improve them, nothing to worry about bila buat HO nanti. Sama aje semua org. Masa HO semua org tak reti. After few months, pandai le.

      ok, all the best.

      • Salam..setuju ngan ummusaif…

        Your performance during housemenship does not determined by which medical school you’re from, but you knowledge and attitude.

        Jadi, janganlah risau dengan penilaian mereka.. buktikan adik boleh melakukannya…

      • syukran jazilan kathiraa..

        dpt top-up semangat lagi..syukran once again..by the way,we’re actually struggling for our next final paper for grade 3(3rd year)..can’t wait to finish all of them since after that,teringin nak amik arabic class and other ‘tafakkuh’/talaki dinniyah here..

        sesungguhnya..Mesir tersohor dr segi ketinggian ilmunya yg lain dr yg lain..so,peluang dah terbentang kat dpn mata..why not we just grab it?hehe..

        InsyaAllah,doakan moga hati sentiasa tenang dan tabah mngharungi liku2 perjuangan di Perlembahan Nil ni..

        Syukran skali lg kpd Suluh Hati..
        “Journey to become Muslimah Doctor”

  30. salam wbh kak,
    bestnye dgr cite akak. saya yg Ho ni pun tak larat dah.Kak, nak tanya pendapat. Getting married during HO, is it the right decision? Dgn penat, stress, is it possible? Tq kak. U r superwomen, hehe.

  31. Salam nafisah.

    Akak pun kawin masa HO. 2 bulan lps kawin pregnant & duduk separated daripada suami selama hampir setahun. Muntah, pengsan ntah berapa kali sepanjang tempoh tu. Pernah gak masa first trimester tu kena eod call (selang sehari) selama sebulan. Mmg lembik. Nak tak nak, kena gak survive kan diri.

    Kalau dah ada jodoh, tak elok dilewat2kan esp kalau bakal suami bekerja di hospital yg sama. Kalau blh plan pregnancy pun tak salah. Byk method blh guna eg guna barrier method.

    Mmg penat, masa HO, kena sesuaikan diri sebagai doktor, then sebagai wife dan seterusnya sebagai ibu. Ada yg tak tahan. So, plan eok2 dgn tunang esp pasal merancang keluarga.

    Tp whatever it is, it will be the right decision if only a proper discussion and planning has been made together by both sides.

    Wallahu a’lam.

  32. Salam akak, tq kak, ni pun baru eod call, lembik dah, penat….Syukran kak.Sekarang cuba mengisi dari segi rohaniah n mental sebagai preparation. Once again, tq akak.🙂

  33. assalamualaikum akak superwoman…

    saye interested nk deliver baby kt ppukm..but not in tingkat 7 la..tp kan kak..kite boleh request ke supaya doctor yg sambut baby kite m.o perempuan muslim? ni pun menjadi harapan husband saye..k akak arigato gozaimas..

    • salam.
      kalau normal delivery, selalunya midwife blh sambut. dan selalunya midwife melayu.
      Tp kalau assisted vaginal delivery atau c section tu tak blh nak janjilah doktor apa. unless follow up kt tingkat 7 dgn mana2 prof perempuan islam.

  34. quote:
    Standby Superman, Iceman, Spiderman, Batman, Robin too…
    She’s my truly Superwoman!

    zalizabrina:
    sweetnya ustaz..alangkah indahnya ummusaif dpt husband mcm ni..kak muna jaga diri leklok ye..slalu tgk perkembangan baby akak kat tepi tu..
    nak tny, nape kat babystrology.com dier kata 105 hari, and baby countdown jd 104 hari?huhu pelik2

  35. memang best Ummu Saif dapat suami macam ustaz dan yg paling best macam satu kepala ja suami isteri. Alangkah baiknya kalau saya pun macam tu….

  36. alhamdulillah….i’m also want to be superwoman to my husband but……i’m infected hepatitis C…..i feel no hope

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s