Geram di pagi Jumaat…


The superior man is modest in his speech, but exceeds in his actions – Confucius

u jgn cakap mak saya jadi mcm ni sbb gula high…dia jatuh itu hari tak mau bagi masuk ward…kalau melayu mesti gerenti sudah masuk ward punya…itu hari kata specialist, tak perlu masuk ward. itu specialist,  bullshit…sekarang kalau u berani saya record apa u cakap…saya benci tengok org UKM…tgk saja saya mau lempang sorang2.

saya mau ambik ini record xray…hantar pergi gleneagles,kalau u punya orang salah saya cakap sama saya punya lawyer saman u semua kena…pointing fingers towards us.

Sabar, memang saya bermujahadah untuk menyabarkan diri di pagi Jumaat itu. Saya telah oncall pada hari Khamis malam Jumaat. Oncall yang tenang dan tidak ramai pesakit pada malam itu. Resus room lengang sama sekali,  sehinggakan saya dapat tidur dari pukul 3 pagi hingga 6 pagi.

Selepas solat Subuh, akhirnya loceng siren resus berbunyi untuk kali pertama dan terakhir untuk oncall malam itu. Saya bergegas ke resus room. 61 years old female, dikatakan telah pengsan di dalam tandas rumahnya. Dia dibawa oleh 2 orang anak lelakinya.

Daripada pemeriksaan awal, kami dapati beliau mengalami Diabetic Ketoacidosis atau dengan bahasa mudah paras gula yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan beliau sangat kekurangan air dan lemah. Kami segera memberikan rawatan kepada beliau. Cepat dan efektif.

Tak lama kemudian anak lelakinya muncul dalam keadaan marah-marah. Katanya ibunya sakit kerana PPUKM tidak admit ibunya beberapa hari lepas. Setelah disiasat, didapati masalah ibunya yang sebelum ini tiada kaitan dengan masalah yang terkini.

Beliau terus marah dan tidak memperdulikan sebarang penerangan kami. Malah dia dan ahli keluarganya menuduh-nuduh kami dengan baur perkauman. Sambil memegang handphone untuk merakam setiap butir kata-kata kami, beliau tidak malu-malu untuk semakin celupar dan kurang ajar.

Hmmm, dilemma…

Hendak sahaja ditegur, diperbetulkan atau hatta dimarah perangai yang begitu. Namun, saya tahu, natijahnya mungkin lebih buruk daripada baik. Meraka bukan Islam dan mungkin juga bukan berpendidikan tinggi. Saya beranggapan mereka sukar diperbetulkan kerana mereka tidak ada “gold standard of ethics”. Mereka tidak ada kitab sebagai panduan. Yang mereka tahu cumalah duit dan kekayaan di dunia ini. Maka, kami tidak melawan balik di pagi yang ‘mulia’ itu. Kami sekadar meneruskan usaha murni kami untuk merawat ibu beliau.

Bagaimana bisa kita mampu mengubah mereka? Ntah le… Ada sesiapa yang boleh membantu??

Cuma pesanan saya, saya harap semua orang, tolonglah jangan buat perangai buruk macam ini. Tak guna jadi orang yang beragama dan berprinsip, kalau bodoh dan sombong sebegini!!

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

22 thoughts on “Geram di pagi Jumaat…

  1. Salam Dr.

    Tindakan Dr mendiamkan diri daripada terus melayan kerenah dia amat saya puji. Orang sebegini tidak dapat dilawan dengan kata-kata nasihat. Mereka hanya bergantung pada fakta & bukti. Dan jika itu yang mereka mahu, saya rasa itulah yang patut kita bagi pada mereka. Tapi dalam kes Dr, orang tu dalam keadaan marah2. Tak mampu berfikir dengan betul. Nak lawan dengan fakta pun tak guna. Paling baik, berdiam sahaja.

  2. sian kak muna..hurm, when it comes to theory, everything seems so perfect n nicely sounded..Kita kene itu, kita kene ini..kita patut begitu kita patut begini..but when it comes to practical, mcam2 kes ye yang timbul.saya yang baca pon dah rasa kesian..apatah lagi kak muna yang berdepan..Moga Allah permudahan stiap liku2 kehidupan kak Muna sebagai doktor..

  3. Salam Dr,

    Biarkan saja org tu nak bawa gleneagles ke SJMC ke, saman ke yang penting you dah buat apa yang sepatutnya seorang dr patut buat. That way you can protect yourself from any litiguous suit against you. mana2 profession pun terdedah dgn litiguous suit , so no point layan org yang ‘low mentality’. Selamat bermujahadah semua dr muslim.

  4. assalamualaikum,

    susah jugak sebenarnya nak diam.sebab kekadang,bila marah dan start bercakap,cakap memang jadi tak rasional.alhamdulillah,dr.muna diberi kekuatan ntuk bertahan.teringat saya, `law of garbage trucks`.mungkin anak lelaki makcik tu ada masalah lain yg menekan dia.peristiwa[ibu dia jatuh pengsan] menjadi point dia untuk menghamburkan segala yg terbuku. sy bakal menjadi seperti dr.muna[insyaAllah],setakat ni,saya belum pernah encounter masalah mcm tu,tapi saya pernah menjadi `pihak keluarga` itu.salah seorang ahli keluarga saya menengking seorang doktor pakar hanya semata pihak hospital tak menyediakan bilik personal untuk datuk saya yg merupakan bekas askar[diberi privilage untuk rawatan].permintaan tu tak dpat dipenuhi lantaran bilik personal telah penuh.dan ahli keluarga saya mengungkit menyatakan pesakit yg berada dlm bilik personal tu bukanlah kronik sangat sakitnya.

    sy memandang hal tu,dlm keadaan saya diam.memerhatikan apa yg perlu.sy kasihan melihat doktor yg bertugas tu,lantaran saya sedar,berkerja dengan manusia,bukan satu pekerjaaan yg harus dipandang enteng.segala sudut fizikal,mental dan rohani pesakit harus dipandang berat.pernah saya bercakap dalam hati semasa awal pengajian,`aku bakal menghadapi perkara yang sama yg telah berlaku,bezanya aku berada di tpt doktor itu,bagaimana cara untuk mengendalikan?`.

    menjadi doktor satu hal,menjadi pesakit satu perkara,menjadi keluarga pesakit juga adalah satu hal.perkara yg dr.muna hadapi ni,banyak berpunca dari masalah individu tu sendiri dan apa yg boleh saya katakan-segala yg berlaku,berlaku dengan izin Allah.mungkin ada hikmah yg boleh dipelajari.

  5. Salam Dr. ummusaif,

    Itulah dia, karenah keluarga pesakit yang sama susahnya untuk ditangani. Agaknya ‘panic’ atau stress apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Natijahnya, doktor, jururawat atau warga-warga hospital yang dijadikan mangsa. Mereka (keluarga pesakit) seolah-olah lebih tahu dari doktor yang merawat. Biarlah jika dirujuk kes yang sama pada hospital lain pun. There’e no harm in getting a secong oppinion. Moga akhirnya mereka tahu bukan salah ‘kita’.

    Budaya saman menyaman ni jangankan orang yang bukan Islam, bahkan SESETENGAH org ‘kita’ sendiri juga telah beransur beralih ke cara ini.

    You win in keeping silent as there was nothing to hide.

    Semoga Dr. ummusaif terus tabah dan sabar untuk menyumbangkan tenaga kerana Allah.

  6. salam..itulah dilemanya bila menghadapi orang yang tidak ada pegangan, tak ada panduan, agama cuma dalam mykad..contoh sbg pendidik susah sgt nak handle pelajar2 begini..dahla bahasa tidak faham..kadang2 kesian bila tgk gelagat mereka datang sekolah hanya semata paksaan dari ibu bapa..matlamat mereka cuma bila habis sekolah, nak cari duit sahaja..moral macam hampas pun tak kisah..

  7. His attitude may cause things getting worse. But as ‘professionals’, doctors must be well trained spiritually, mentally and physically to tackle the situation.

    We shouldn’t blame him, as he was stressed enough regarding her mother. Am i right?

      • ;p hmm, i didnt see that at first when i learned about professionalism. You’re right, professional not always perfect!

        And lay person cannot do whatever they like.

        p/s ; im still student, we are always being stressed about professionalism mainly towards the attire we wear. Not much on attitude ;p

  8. Salam Dr, saya juga bekerja di hospital, di jabatan x-ray untuk lebih tepat. Saya turut merasa betapa ‘seksa’ bersabar dengan saudara mara pesakit yang selalunya cuba untuk campur tangan dalam pengurusan pesakit. Kita faham dengan masalah sakitnya pesakit tu dan lelah menguruskan ibu nya (bagi anak lelakinya), tapi itu bukan justifikasi untuk berlaku kurang ajar kepada orang yang cuba untuk membantu ahli keluarga kita!

    Saya akui, untuk mengubah mereka memang sukar. Apatah lagi orang yang seperti dr. katakan: orang yang tiada panduan agama, etc.

    Tapi, untuk kita yang beragama, jadikan lah pengajaran buat kita semua!

  9. Salam ziarah..

    Tahniah ummu kerana berjaya mengawal api amarah… Apa yg boleh dikatakan… bangsa ini sekarang sudah besar kepala di negara kita. Iktibar dari kisah ummu ini , jgn kita tunduk pada mereka kerana kita punya hak di negara kita . Kebiasaanya org yg mcm ni akan malu dengan kebodohan diri sendiri.

  10. salam wrt

    hmm.. mungkin gara-gara rakyat malaysia yang terlalu “dimanjakan”…
    satu benda yang saya dpt perhatikan di russia (walaupun baru 3 thn belajar medic di russia), rakyat di sini mmg di’train’ utk menghadapi hidup susah dan sgt2 respect pada doctor, even sanggup beri peluang kpd student2 medic di sini utk belajar dan beri cooperation.

    haritu, sy nampak sorg makcik ni terpaksa duduk di atas sofa leather kerana hospital penuh selama beberapa hari. hm, amat kesian tapi makcik tu redha je.

    kalau di m’sia, semuanya akan disediakan di katil patient, tapi kalau di sini, patient sendiri yang kena pergi ambil ubat sendiri, ambil injection pun kena jalan sehingga ke hujung corridor dan ambil tiang yang guna sangkut infusion bottles tu sendiri dan bawa ke bilik mereka.

    wallahu’alam, mungkin ada yang melihat itu sebagai satu keburukan, tapi pada pendapat saya, banyak membantu patients di sini untuk cepat sembuh.

  11. Salam Dr.

    Memang la tak patut kan bila dia marah tak tentu pasal macam tuh.. tapi kan Dr. I ada pengalaman dengan doc kat hukm, masa anak i admitted sebab hernia.. saya datang hukm sebab memang deliver kat situ (premature son, 32 weeks).. masa dia umur 2 bulan, dia kena hernia, so pergi sana and admitted.. malam tu dia demam sikit, and morning tu dah tak demam.. u know what, another doc bila tengok record anak i demam malam tu, terus transfer my son to ward lain, untuk those yang H1N1 suspected case.. I jadik marah lah, sebab the doc is exposing my son to H1N1 for no reason.. hanya sebab satu spike in temp malam tu, and siang tuh dah tak demam pun.. my son tak selsema pun…. 2 hari dok kat ward to, tengok2 orang katil depan tu positive H1N1.. lagi la i histeria.. sebab dah sah2 lah we are exposed… memang I marah lah Doc kat situ masa tu.. sebab udahlah Hernia anak i not treated, gi letak my son dalam ward tu..memang sakit hati sangat masa tuh… not to HUKM lah, but to that doc in particular… even specialist yang visiting us that day, pun angry dengan doc yang admit kita orang.. .

  12. Salam Dr. ummusaif

    Tahniah Dr. kerana kesabaran yang ada dalam diri Dr. dalam situasi begini saya puji sekali. Sifat kesabaran inilah yang boleh di jadikan contoh untuk saya sendiri yang berkerja di kaunter pendaftaran hospital. Tahniah sekali lagi.

  13. Salam

    I think you have responded very appropriately and professionally in such situation having to confront difficult patients and family members and I applaud you for that. However, I’m sorry if this comment might be unpleasant but i think that there are slightly inappropriate usage of words in describing their actions as follows :

    “ Meraka bukan Islam dan mungkin juga bukan berpendidikan tinggi. Saya beranggapan mereka sukar diperbetulkan kerana mereka tidak ada “gold standard of ethics”. Mereka tidak ada kitab sebagai panduan. Yang mereka tahu cumalah duit dan kekayaan di dunia ini. ”

    I would understand that some individuals might have less critical judgement than the others especially in such distress and critical moment but i dont think religion is to be blame in return. With respect to all other religious believes, i think all religion promotes respects and some ethics in interpersonal relations. Same goes to Muslims, despite having a perfect model of teaching and complete way of life, how many of us actually adheres closely to that teaching? Nevertheless, Islam by all means should not be blamed for any behavorial corruption of certain muslims. Thanks and keep up the excellent duty Dr Muna. InsyaAllah, i wish in the future, i wish could manage my response just like you do in the face of such situations.

    Med Student Year III

    • As u can see, this article is merely my personal thoughts and opinion. I am not perfect i should say.

      but i thought people who don’t believe in any agama they don’t have a good teaching. Unless they really hold on a good teachings like Confucius, Mahatma Buddha etc. Same goes with Muslim, if they don’t hold on to al-Quran. Because these people dont have guidance. All they based on their own opinions and logic judgement.
      Sama macam civil law. it changes over time and people. Plus nowadays, lots of people say they have religion (in their ID), but how many of them/us really practise the religion??

      Nevertheless, thank you for your reminder.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s