Mewarna Rambut- Bolehkah??


hair

Terlalu ramai muslimat yang bertanyakan kepada saya tentang hukum mewarna rambut.

Yang bertanya, kebanyakannya kerana mereka ingin bercantik-cantik di dalam rumah khusus buat suami tercinta. Masakan tidak terdetik keinginan di dalam hati, jikalau wanita-wanita tidak bertudung di luar sana seolah-olah ‘menggamit’ suami mereka. Tidak dinafikan juga, ada para suami suka dan meminta isteri mereka untuk mewarnakan rambut untuk tatapan diri sendiri.

Dulu, saya juga tertanya-tanya di dalam diri, apakah hukumnya. Memandangkan saya bukan ustazah yang mendalami pelajaran shariah dan hukum hakam, maka pada asalnya saya cuma ikut rasa hati sahaja iaitu hukumnya boleh asalkan pewarna tersebut waterproof dan kita tidak menunjukkan rambut (aurat) kepada yang tidak berhak iaitu bukan muhrim kita.

Tetapi, yang pastinya itu tidak mencukupi. Setiap pegangan kita mestilah berlandaskan Al Quran, Sunnah dan ijmak ulama’. Maka, di sini untuk informasi dan kemudahan semua, saya ambil petikan dari http://www.zaharuddin.net berkenaan hukum mewarna rambut.

Saya sangat tertarik dengan entri Ustaz Zaharuddin ini terutama berkenaan hukum mewarna uban. Tidak disangka sama sekali akan penerangan mengenainya. Ternyata akan kecetekan ilmu di dada saya ini. Saya terfikir sejenak bila mengenangkan makcik-makcik tua yang selalu menginai rambut bagi menutupi uban mereka. Adakah mereka sedar hukum di sebalik menginai uban ini..?

Dipetik daripada http://www.zaharuddin.net

SOALAN
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?

JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram

Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003

Semoga bermanfaat.

UMMUSAIF
68000, Ampang.

51 thoughts on “Mewarna Rambut- Bolehkah??

  1. assalamualaikum ummu,
    tertarik dengan artikel ini. memandangkan suami saya mempunyai penyakit uban dari kecil (uban terlalu banyak, hampir keseluruhan rambut). Jadi setiap kali selesai menggunting rambut, saya menginaikan rambutnya dengan inai hitam.umurnya 26.adakah ianya dikategorikan haram?

  2. Rasulullah sendiri meninggikan taraf uban. Maka sebab itulah diterangkan secara terperinci hukum mewarna rambut kerana utk menutupi uban.

    Bila saya baca balik artikel Us Zaharuddin itu, mmg ramai yg bertanya kerana mereka mempunyai uban di usia muda. Dan hukumnya jelas seperti di dalam artikel, iaitu haram jika utk niat menipu usia atau utk menutupi uban utk ‘menipu’ pandangan org lain kecuali uban yg tidak normal ie beruban di usia yg muda. Tetapi, masih tak blh dengan warna hitam walaupun utk apa2 niat. Sila rujuk artikel semula. Wallahu a’lam.

  3. mak saya selalu cakap, uban ni nanti jadi cahaya kat padang masyar..ntah la betul tidak..tapi dari satu segi mak ajar cara halus supaya jangan malu bila dah beruban dan tak risau bila dah ada uban kita dah semakin tua…

    Umar ada uban sehelai (rambut rosak agaknya)..hihi.
    sengaja tak di cabut sebab rasa unik…:)

  4. rasanya pewarna rambut yg ada d psrn skrg smuanya jenis ‘surface-coating’, menyalut, menyadur rambut dari luar. kalu gitu, air mmg tak lut ke rambut..camne nak mandi hadas? so saya rasa mmg tak perlulah warnakan rambut kalu rambutnya dah cantik berwarna hitam.

    bagi yg ada mslh rambut skt, umo muda2 tapi dah beruban, mungkin boleh guna inai biasa sebab inai biasa mmg berkesan bila disapu ke rambut putih (kalu rambut hitam mmg tak jadi apa). dan nanti rambutnya jadi perang so sesuailah sbb mengikut apa yg ummusaif tulis, warnakan rambut jd hitam mmg tak digalakkan

  5. masih tak jelas walaupun dh byk baca artikel…sy mmg teringin nak mewarnakan rambut tapi bukan nak tunjuk kat bukan mahram (sy bertudung)…sy nak sbb sy rs cantik..bukan la nak warna blonde tapi warna coklat gelap (skrg rmbut hitam)….boleh ke?

    dan sy dh byk jugak cari artikel pasal pewarna rambut dan bertanya sendiri pada org2 di salun (islam dan bukan islam) dan semua mengatakan bahawa pewarna dia bertindak seperti inai…bukan ‘coating’ yang slalu kita dengar. dan pewarna rambut ade pelbagai jenis dari sementara ke jenis kekal.

    • @nexy,

      sejauh mana org2 di salon memahami benda kimia(teori dan praktikalnya) dan adakah mereka bertudung? jika tidak, maknanya ada kecenderungan utk mereka ‘tidak kisah hukum agama’. melalui pengamatan terhadap kwn2 yg mewarna rambut, kelihatannya rambut mereka jadi lebih kasar dan tebal. kenapa ye?

      alhamdulillah…syukur ALlah dah jadikan rambut kita warna hitam. Allah beri apa yg terbaik dan paling sesuai dgn kita.tentu ada hikmahnya. bersifat redha itu lebih utama.

      benda2 yg tak perlu diubah, tak payah laa susah2 nak ubah. mungkin lebih molek kita ubah benda2 yg dlm lingkungan boleh diubah, cthnya sikap, tabiat,amal ibadah,khidmat. ia lebih bermakna.

      *adakah dgn memakai contact lens hazel dan rambut berwarna brunnet, wajah tampak lebih anggun berseri? saya percaya wajah yg sering dibasahi wuduk dan kerap tunduk sujud di hamparan sejadah lebih bersinar auranya. tak percaya…cubalah.. 🙂

      • Tak semestinya pakai tudung automatically cenderung dalam bab agama dan vice versa, tak semestinya tak bertudung tak cenderung. Saya tak bertudung tapi saya masih tak mahu melanggar hukum. Komen ni dah kira menyakiti sesetengah orang. Kadang2 cara yang kononnya cara baik sudah berbaur riak sebab.. renung2 kan lah.

    • ya setuju..masih tak jelas…kebanyakan yang mempersoalkan hukum ni meninggalkan hujah dengan tanda tanya…saya ingin mewarnakan rambut..kerana suami saya pernah berkata dia gemar wanita yang bergaya dan berhias..apatah lagi di luar sana begitu ramai wanita yang tidak bertudung, mewarnakan rambut dan berhias.. jadi boleh sesiapa meringkaskan apakah hukumnya. Saya tidak pandai soal hukum agama..tidak jelas pada saya hujah yang level tinggi begini.. boleh sesiapa tolong jelaskan dengan bahasa yang lebih mudah tak…terima kasih..

  6. Pada pandangan saya, jika kita yakin pewarna rambut tidak menghalang air ie not water proof, dan kita ingin mewarna rambut kita, maka hukumnya harus. Lagipun hukumnya jelas dan sudahj dibincangkan oleh ulama’. So, jgn kita haramkan sesuatu yg harus jika ianya dibenarkan.

    Tp, kalau kita tak yakin, maka kita elakkan utk ketenangan diri.

    Wallahu a’lam.

  7. kembali muhasabah tujuan kita mewarna rambut. benar, ia tidak haram secara umum tetapi harusnya itu melalui kesimpulan hukum yg ditulis ustaz zaharuddin di atas adalah utk mereka yg berperang bagi menggerunkan musuh dan juga utk merawat rambut yg berpenyakit. selain dari 2 sebab itu, tiada keperluan utk mewarna rambut.

  8. Apabila sesuatu dihukumkan harus, didiklah manusia untuk memanfaatkan keharusan itu sebaiknya.

    Jangan dihalang apa yang sudah harus hukumnya. Khuatir nanti, terjebak dalam kelakuan mengharamkan apa yang Allah halalkan, yang mana ia sama celanya dengan menghalalkan apa yang Allah haramkan.

  9. salam ummusaif. adakah mcabut uban haram? saya b’umur 22. selalu ada bbrapa helai uban. dan ia mndatangkan gatal. jd saya cabut.

    • salam…
      uban tak boleh dicabut sebab kalau di cabut akan bertambah banyak…ini bukan mitos..
      dulupun saya ingat ni mitos.tapi satu hari saya tengok rancangan temubual di tv, ada pakar (doktor) dalam bidang ni bagi tau, secara biologikalnya, jika kita cabut uban tu ia akan mengaktifkan sel (uban) dan lama kelamaan keseluruhan rambut mula beruban. daja nak share info ni… salam..

  10. sebenarnya saya tak berhasrat utk jadikan entri ini sebagai tempat bertanya hukum.
    Saya bukanlah ustazah pakar dalam hukum hakam.
    Niat asal sekadar utk berkongsi entri ustaz zaharuddin ini.
    Maka, saya meminta kepada mereka yg musykil ttg sebarang persoalan hukum berkenaan entri ini utk bertanya kpd mereka yg lbh arif atau lawati sendiri website us zaharuddin.
    Maaf..

  11. saya berpendapat, bukan mudah utk memastikan produk2 pewarna rambut di pasaran yg benar2 tidak ‘water-proof’. tambahan pula yg menjalankan xtvt mewarna rambut di kedai2 salon tu byknya non-muslim dan muslim tidak bertudung. jadi sejauh mana kebenaran kata2 mereka ttg produk pewarna rmbt yg tidak ‘water proof’ amatlah meragukan.(jadi benda syubhah pulak).

    benar, ada juga pewarna yg tak kekal lama, spray je boleh laa tahan dalam 3, 4 jam. tapi kan nampak mcm membazir je. lagipun apa tujuan kita.nmpk mcm tiada keperluan. tak berniat langsung utk mengharamkan perkara yg harus (saya tak berani).cuma saya berpandangan, lebih baik kita ubah/upgrade benda yg lebih wajar diubah i.e sikap, tahap perkhidmatan, amal ibadah. then tujuannya nmpk lebih jelas.

    apapun, terserah pada tafsiran msg2.bagi saya, warna rambut asal itu lebih menarik dan istimewa (sbb ALlah yg jadikan ia begitu pd awalnya).

    * mujur suami tak penah minta saya dye rambut. pening pulak nnt nak fikir warna dan produk ape yg sesuai 🙂

  12. so saya just wondering
    if sy bertudung dan nk colour rambut just saje2..i mean saje nk try, apekah hukumnye
    terima kasih

  13. salam ummah. saya dah jawab soalan cik/puan di dlm entri di atas.
    cuma advise saya, pastikan pergi ke kedai saloon muslimah di mana pendandan dan pekerjanya semua wanita muslim serta pewarna tu ada cop halal jakim.

  14. salam ummusaif…saye nk tnye soalan sket,,,maybe terkeluar dr topik mewarna rambut, tp still about rambut laa..saya nk tnye psl teknik rebonding..bleh x kalo nk wat teknik rebonding…bukan niat nk menunjuk2 kat org lain n saye sendiri mmg bertudung…tp, utk keselesaan diri sendiri apabila berada di umah…rambut saye jenis mengerbang n nmpk x kemas bile dh kering…so, dgn harapan, bile wat rebonding, akan lebih kemas laa..

  15. i’ve just got back from a saloon..the hairstylist is actually a middles-aged,educated,and of course a muslim..
    what i found out was..according to what she said, we cant used non-permanent hair dyes..because, it cover the hair or only coat the hair.make it easy to remove when we shampoo or wash the hair..that is why it is called non-permanent hair dyes..means, it could only stays for several hours,until the hair is washed..
    then..she also mentioned about permanent dyes..it actually absorbed by the hair, like henna.but unfortunately, people that doesnt hve grey hair (uban), cnt wear henna..bcause it wont stick on black hair..
    and she shown a poster of EXCELLENCE CREME from WELLA..that sounds like “excellence creme meresap ke dalam rambut..jadi, boleh digunakan,wlopon untuk b’wuduk or mandi wjb”..
    not in the exact words..but thts the meaning…
    so…its the facts actually..
    not 2 comment on hukum..
    because,fatwa chnges according 2 times n conditions..we might not knw, the latest one..
    so..just sharing sum info there..tenq..

  16. kalau isunya ialah untuk air sampai ke rambut, sampaikah air ke rambut yang disudah diminyak? (we know from sunnah that the prophet always keep his hair clean and oiled)

  17. sya keliru, adakah hukum mewarnakan rambut itu haram, kerana sya mewarnakan rambut untuk mendapatkan keyakinan diri, kerana selalu di hina kwn2 kerana mempunyai uban yg byk pada usia 12 thn, dan sya mengunakan perwarna yang di cop halal.

  18. bukan hendak menyoalkan hukum hakam, just ingin menyatakan kepada semua nama yg ada disini. saya tidak pasti kenapa ummusaif berani membuka blog seperti ini dan kemudian lari dari segala risiko mengakibatkan wujudnya satu peresilisihan pendapat.. saya juga peminat ust zaharuddin dan selalu membuka blog beliau. Diharap ummusaif tidak lagi membuat satu perkara yg sebegini lagi. jikalau setakat nak berkongsi hal yg sensituf sebegini, cukuplah sekadar pada kawan dan sahabat terdekat. jgnlah di pamerkan sebegini rupa lagi. saya berasa kecewa walaupun saya ni bukan orang mewarnai rambut.

    • kenapa kasar sangat bercakap sesama Muslimah ni?

      Bukankah Ummu Saif ada tulis di artikel di atas petikan berikut:

      Memandangkan saya bukan ustazah yang mendalami pelajaran shariah dan hukum hakam, maka pada asalnya saya cuma ikut rasa hati sahaja iaitu hukumnya boleh asalkan pewarna tersebut waterproof dan kita tidak menunjukkan rambut (aurat) kepada yang tidak berhak iaitu bukan muhrim kita.

      Tetapi, yang pastinya itu tidak mencukupi. Setiap pegangan kita mestilah berlandaskan Al Quran, Sunnah dan ijmak ulama’. Maka, di sini untuk informasi dan kemudahan semua, saya ambil petikan dari http://www.zaharuddin.net berkenaan hukum mewarna rambut.

      Saya sangat tertarik dengan entri Ustaz Zaharuddin ini terutama berkenaan hukum mewarna uban. Tidak disangka sama sekali akan penerangan mengenainya. Ternyata akan kecetekan ilmu di dada saya ini.

      Dia dah cakap dia bukan ustazah.

      Selama ni dia ikut rasa.

      Tetapi dia jumpa artikel Ustaz Zaharuddin (dia bukan ‘peminat’, tetapi murid online yang belajar) lalu kongsikan artikel itu di di sini.

      Itu sahaja.

      Kenapa timbul isu, lari dari diskusi malah persoalkan pulak ‘berani membuka blog seperti ini’?

      Agak biadab untuk seorang perempuan bercakap seperti ini sesama perempuan.

      Mungkin sebab itu di Turki, makcik-makcik datang masjid pukul 10 pagi untuk lap masjid sebagai amal kebajikan. Itu lebih baik daripada dok mengaji kemudian berbalah sesama sendiri.

      • assalamualaikum..
        saya ingin tahu, adakah pwarna rambut yg di pasaran negara kita smuanya HALAL wlupun de logo Halal? sy pernah memakai pwarna rambut, & sy dapati owg islam dlarang memakai pwrna rambut… soalan sy, adakah slat serta ibadah sy yg len sah? saya wanita, adakah saya perlu memotog rambut yg bwarana itu krana trlalu byak rambut yg dah diwarnakan… bagaimana saya hndak truskan ibadat saya sdangkan saya xmpu utk hilangkan waran tsebut?

      • Assalamualaikum Ummusaif!

        First time singgah sini.. So browse2 kejap baca artikel ni.. Kelakar pula rasa orang dok tanya kak Muna hukum itu ini walaupun dah berulang kali ditegaskan bahawa ini bukan bidang akak..
        Mereka kirim soalan tu pada Ustaz agaknya.. hehe 🙂

        OK keep on writing!

  19. Assalamualaikum

    ummu saif, maaf mencelah di tgh2 topik
    nk tny, org perempuan uzur (didatangi haid)]
    boleh ke membaca/menghafal AQ
    Jzkk 🙂

  20. Pingback: HUKUM MEWARNAI RAMBUT MENURUT ISLAM « KELUARGA NIGARA

  21. salam. saya tidak jelas dgn kenyataan ini …”maka pada asalnya saya cuma ikut rasa hati sahaja iaitu hukumnya boleh asalkan pewarna tersebut waterproof dan kita tidak menunjukkan rambut (aurat) kepada yang tidak berhak iaitu bukan muhrim kita”…

    bukan ke kalo waterproof nnti kalo kite uzur dan perlu mandi wajib, air tidak dapat mengalir ke bahagian rambut tersebut, sudah tidak kira sah mandi wajib kita (sbg perempuan)? apa yg dimaksudkan dengan pewarna yg halal? dari segi pembuatannya atau halal kerana tidak menghalang air sampai ke rambut?

    jazakillah.

  22. salam…(sekadar hendak tahu)….sy nak tahu,ble x org lelaki mewarnakan rambut ?dr sumber smulajadi spt batu kiwi(perkataan dr kampung)..atau juga dikenali batu bukit (b’asal dr bukit)yg berwarna merah?sy dpt tahu dr org tua2 yg mna batu itu baik untuk mrawat rambut yg rosak…m’cantikkn rambut….dll.

  23. saya ada seorang adik perempuan, dia warnakan rambut dia (red color) dgn bahan yang menyekat air mengalir, mengikut hukum syarak, wuduk dan mandi hadas besarnya tidak sah, bagaimana cara utk mengatasinya? adakah rambutnya perlu dipotong atau bagaimana?

  24. salam…sy agak keliru,,,sy lelaki..masih muda…
    uban sy selalu ada n sy slalu warna kan warna hitam(kalu warna lain takowt org kata bukan2..maklum la muda g)…sy nk kepastian sama ada warna hitam yg sy pakai ni bole kew x???itu ja..
    trima kaseh..:)

    • Kalau mengikut jawapan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) tu, beruban di awal usia merupakan penyakit rambut.
      “Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.”
      Maka diharuskan untuk mewarna rambut berwarna hitam.

  25. saya telah mewarnakan rambut sya mengunakan product mewarnakan rambut yang mempunyai logo halal yang telah dijamin suci&bersih..
    saya tertarik untuk mewarnakan rambut ekoran product tersebut mempunyai khasiat yang tersendiri&mampu mengurangankan kesan UV pada rambut.
    pada pendapatan saudari..
    apakah hukum saya mewarnakan rambut saya??

  26. assalamualaikum…sy dh bace entry sebelumnie psl hukumnya harus kalau nk warna rambut suke2 untuk encik suami yg berkeinginan melihat kelainan pd wajah sang isteri..tambahan pula sang isteri pon same2 trigin..huhu..(utk makluman sy bertudung)..tp sy risau sbb pernah dgr org kate kalau pewarna rambut yg disahkan jakim halal tp bile dipakai ia jd haram??cam ne lak tu??peningla..sy pon xtau nk elaborate camne..sbb dengar2 je org ck..

    • Salam,

      yang pastinya saya bukan ustazah atau arif dalam memberi semua jawapan.

      Macam ni la, kita rujuk semula entri ustaz Zaharuddin tersebut.

      Plus saya rasa, fatwa dah dikeluarkan dan hukumnya harus. Maka personally saya tak faham kenapa ada orang nak mengharamkannya pula??

      Kalau mmg ada penjelasan yg terang, then tidak mengapa tapi kalau semata2 tidak suka mewarnakan rambut then adalah tidak adil mengharamkan apa yg harus.
      Yang penting pewarna tersebut mengikut syarat2 di bawah:

      1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
      2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
      3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
      4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

      Dan haram sekiranya niat utk menjadi muda bagi menutup uban.

      Wallahu a’lam.

  27. mcm mana pula kalau saya, saya ni bertudung and baru form 3. Tapi uban sangat banyak . Mak saya kata better colour. Sebab dah betul-betul mcm orang tua punya rambut. Apa hukum dia pula?

  28. Salam.. maaf la.. saya nak tegur sikit orang yang asyik memberi comment dan soalan yang sama.. Ummusaif awal2 dah kata dia bukan pakar dlm bidang ni.. dia tak belajar dgn lbih dlm bhgn hukum2..
    sy faham niat nya baik hnya nak share apa yg dia dapat from blog lain.. mnta saudari2 jangan la asyik tanya soalan dan comment bnda sama.. dan juga tak perlu la bertanya tanya perkara yang melibatkan hukum2.. sebab takut nnt tersalah pula..
    tnya la pd yang lebih arif.. pls.. take note

  29. Saya ada terdengar yg org islam tidak boleh membiarkan kepalanya beruban penuh tanpa diwarnakan supaya tidak sama dengan kaum yahudi.. betul ke.

  30. Saye nie masih remaja dan bersekolah lagi,tp rambut saye makin banyak tumbuh uban..apakah haram klau saya menghitamkan rambut saya???plss help me 😭

  31. Maafkan saya jika bertanya .
    Adakah mewarnakan rambut dengan warna kekelabuan atau selain dari warna (hitam, kemerahan,&warna inai) adalah dibolehkan atau makhruh?
    Dan adakah boleh jika sesorang wanita itu mewarnakan rambutnya atas kehendak sendiri kemudian dipotong rambutnya itu ?

Leave a comment