Alhamdulillah Atas Segala Nikmat


IMG_0100

Hari ini seperti yang ditetapkan, saya telah pergi ke rawatan susulan sakit puan di PPUKM. Sebelum berjumpa dengan doktor pakar, imbasan ultrasound (ultrasound scan) ke atas kandungan saya telah dilakukan.

Sementara menanti giliran, saya dan suami berbual-bual mengisi masa. Bercerita tentang keseronokan beliau membaca novel Laskar Pelangi.

Hairan juga saya melihatnya, hubby bukanlah seorang pembaca novel. Namun dek penangan Laskar Pelangi yang sesuai dengan jiwanya, khusyuk benar beliau membaca.

DRAMA SWASTA

Sempat juga melihat gelagat sepasang suami isteri di sebelah kami yang bergaduh. Ya, bergaduh… di hospital.

“Hisyy… lambatnya. Orang nak beli barang ni!” kata si suami.

Mengeluh menunggu giliran isterinya dipanggil masuk.

“Hah, kalau dah jemu, pergilah balik. Tak payah ikut sekali. Biar orang mati ke, apa ke kat sini, tak payah peduli. Pergi la. Hospital kerajaan memang macam ni. Kalau malas tunggu buat apa ikut? Pergi le. Biar orang balik sendiri. Tak payah tunggu!!!” kata si isteri, macam popcorn gayanya.

Suami yang agaknya berasa malu dengan leteran isteri, terus bangun mencapai topi keledar.

“Hah, nak pergi mana tu?” tanya si isteri.

“Dah awak suruh balik, saya baliklah!” kata si suami dan terus berlalu pergi.

Saya dan suami hanya menggelengkan kepala. Laskar Pelangi diletak ke tepi dan suami mengajak saya bermain Inspector Gadget di iPHONE beliau.

Prof. lambat memanggil saya kerana sedang mengajar student barangkali.

Kata suami, salah satu cara Allah mengazab ahli maksiat di Padang Mahsyar nanti ialah dengan membiarkan mereka menunggu.

“Perbuatan menunggu itu secebis dari azab”, kata pepatah Arab.

SETELAH SEJAM LEBIH

Alhamdulillah, scan menunjukkan uri (placenta) saya telah naik ke upper segment, dengan kata lain tiada lagi placenta praevia. Kepala bayi juga telah berada di bawah (cephalic presentation), di samping berat bayi dianggarkan kira-kira 2.82kg. Untuk minggu ke 35 ini, anggaran berat berkenaan adalah normal untuk bayi.

Alhamdulillah, segala-galanya telah menjadi normal. Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih di atas doa kalian semua.

Insha Allah, saya akan kembali bekerja seperti biasa mulai esok. Namun, saya cuma akan bekerja 8-5pm Isnin hingga Jumaat dan bukannya bekerja syif di Jabatan Perubatan Kecemasan.

Bilakah cahaya mata keempat kami akan tiba?

Saya menantinya dalam rutin kerja, dengan penuh debaran.

UMMUSAIF.COM
68000 AMPANG

26 thoughts on “Alhamdulillah Atas Segala Nikmat

  1. Askum

    Semoga Ummusaif dimudahkan kelahiran, diberi kesihatan memuaskan dan diberi ketenangan menghadapi saat-saat menyambut kelahiran permata yang ke-4.:)

    Take care

  2. Ustaz pun suka Laskar Pelangi, hehe. Memang best, rasa mcm menonton filem pulak. Sekarang tengah nak habiskan buku ke-3 Edensor.

  3. Salam…

    buat ummusaif… Alhamdulillah.. semoga Allah memudahkan segala urusan akak…

    hmm… ustaz suka baca buku laskar pelangi tu yer… cuba tengok cd laskar pelangi juga… memang seronok… perjuangan untuk menaikkan taraf pendidikan biarpun berada di dalam kesempitan dan kekurangan.. namun dengan semangat laskar pelangi segalanya dapat diatasi…

    pengetua sekolah dlm cerita laskar pelangi tu suka cakap… hidup perlu banyak memberi bukan menerima.. sama macam kata2 ustaz… erti hidup pada yg memberi…

  4. Suspen juga menunggu baby..
    Kawan pejabat saya juga menunggu kelahiran anak; sama date due dengan ummu..juga diuji ALLAH dengan komplikasi peringkat awal dengan mengandung luar rahim.

    Semuga ALLAH swt. memudahkan dan memberi keselamatan dan kemudahan kepada ummusaif dan staf saya juga.. hanya doa dari jauh.

  5. salam ummu saif…alhamdulillah..moga di mudahkn urusan…

    nak mnta..bole tak tlg elaborate..

    “Perbuatan menunggu itu secebis dari azab”, kata pepatah Arab.

    ummu saif or abu saif..either one laa..

    • @Alang,

      Salam.

      just imagine kita semua menunggu di padang mahsyar yg tak tahu ada ke siang malamnya. Jika tiada siang atau malam, berapa pulak hari, minggu atau bulan. Sesuatu yg tidak pasti tempohnya itu cukup mengazabkan. Begitulah sebahagian azab Allah sebelum azab neraka bg mereka yg berdosa.

  6. Salam Ummu Saif.

    Semoga dpt melahirkan dlm keadaan yang baik. Saya juga sedang menunggu kelahiran… bayi kedua/5 x hamil🙂. Now 30 minggu. Semoga Allah permudahkan urusan kelahiran saya juge🙂

  7. salam ummusaif..

    alhamdulillah..syukur juga saya mendengarnya…

    dulunya placenta previa & breech presentation…dan kini sudah normal..
    ummusaif ada buat ape2 ke yg jadi normal blk..?(dah lama x bertandang,xtau cerita..maaf)
    segalanya dgn izin Allah kan..Allahu akbar~!

    laskar pelangi mmg best..tp bru tgk filem,bkunya belum..he.malas pula rsanya nak baca:)

    may Allah bless u~

  8. Salam Ukhuwah

    Semoga Ummu Saif Selamat Melahirkan Baby Yg ke 4 dan DiLimpahi Dengan Kasih Sayang Yang Berkekalan Dari Allah S.W.T….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s