Pahit Manis Alam Pertunangan


 

Alhamdulilah setelah semua selesai, semua jelas. Kami sepakat bertunang baru-baru ini. Sebelum itu, tunang telah memberitahu bahawa dia tidak suka jika kami kerap berhubung lantaran tiada ikatan yang sah. Tunang juga berkata, jika tiada apa-apa tak perlu lah ber”msg”..

Sepanjang Jun hngga Oktober ..ana dan tunang cuma bertemu sekitar 3 kali. Itu pun di rumah keluarga ana. Ana sangat kagum dengan akhlak tunang. Mak dan Abah pun suka apabila dia mengimamkan solat ketika di rumah kami.

Sejak pertemuan kami Jun lalu, tunang tidak pernah menelefon. Namun, ana faham mengapa tunang tidak menelefon. Telah diterangkan kepada ana pada pertemuan yang kedua.

Pendek kata, ana tidak gusar dan bimbang dengan dia. Namun, sejak akhir-akhir ini, sangat bimbang di hati ana. Ana pun tak tahu kenapa.

Alam Pertunangan Yang Menguji

Tahniah saya ucapkan kepada setiap pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan. Sama ada sudah melangsungkan majlis pertunangan atau belum, pokoknya setiap pasangan yang telah mengikat janji setia itu sudah pun bertunang.

Seperti mana-mana perhubungan sesama manusia, tiada bezanya alam pertunangan dengan persahabatan atau sesama suami isteri, sentiasa penuh dengan ujian dan perasaan. Bezanya sepasang yang bertunang dengan sepasang suami isteri ialah mereka terbatas sebagai pasangan yang bukan muhrim.

Perasaan sayang yang terbina dan terkumpul selepas ikatan janji dimeterai adalah lumrah alam ataupun sunnatullah. Amat mustahil sedikit perasaan pun tidak ada di dalam hati. Ia hanya dapat disyariatkan dengan akad nikah.

Di sinilah Islam menggalakkan agar dipercepatkan alam pertunangan itu.

Apa yang boleh dilaksanakan semasa di alam pertunangan ini ialah kedua-duanya harus sentiasa berbaik sangka. Dibuangkan segala prasangka yang buruk yang merugi lagi melalaikan.

Tujuan Berkomunikasi

Tidak salah berkomunikasi jika tujuannya betul. Perbincangan seperti tempoh pertunangan, urusan perkahwinan, perancangan tempat tinggal selepas perkahwinan , perancang keluarga itu perlu.

Kita bukan sahaja hanya dibenarkan berjumpa di rumah perempuan, kita juga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki. Saya rasa ini tidak salah lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai lelaki (dan juga perempuan) yang bertopeng. Seorang lelaki mungkin sudahpun beristeri semasa melamar seseorang perempuan. Tunang perempuan dan keluarga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki bagi merapatkan hubungan asalkan mendapat persetujuan keluarga lelaki. Kalau keluarga lelaki setuju tetapi mendapat tentangan dari tunang (lelaki), maka mungkin ada udang di sebalik batu!

Pada budi bicara saya, hadiah dibenarkan sebagai tanda peringatan. Maka, tidak salah kita berberi bagi merapatkan hubungan. Mungkin di sini hikmahnya cincin pertunangan itu walaupun setakat ini saya belum lagi menjumpai hukum sebenar pemakaiannya.

Berikut sedikit petikan perihal pertunangan yang saya ambil daripada http://saifulislam.com/?p=1261

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.

Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama.

“Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan”, saya menyambung peringatan.

Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.

Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.

Telefon, email, sms… tanya khabar.

Cuma bersederhanalah.

Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah… dan kemaskan sistem kawalan diri.

Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.

Akhir kata dari saya, tenangkan diri dengan doa dan solat. InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau jodoh tetap jodoh. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.

Wallahu a’lam.

UMMUSAIF.COM
56000, Cheras

59 thoughts on “Pahit Manis Alam Pertunangan

  1. aslmkum ummusaif….
    artikel ni yang lama ke yang dah dikemaskinikan? macam dah pendek je? ke saya yang salah? hehe….anyway,congrats for new baby, new blog, new house, n pokoknya, everything yang new lah. (walaupu tak semua yang new tu bagus-eg masalah hormon tu) hehe…

  2. Salam kak muna.. artikel yg menarik.. em, saya dengar alam pertunangan banyak dugaan.. betul ke?? saya jadi takut utk nak bertunang, dan mengharapkan utk terus kahwin.. tapi disebabkan pihak keluarga lelaki menghalang utk membenarkan dia berkahwin ketika belajar, membantutkan niat kami.. saya nak tanye kak muna, niat kahwin ni kene betul kan?? niatnye macam mane?? takut niat saya yg salah.. mintak maaf.. mungkin soalan yg kurang cerdik sikit..

  3. salam..
    ukhti Nurul, setiap masa ada dugaan, bukan sahaja di waktu bertunang sahaja. sewaktu berkenalan, bertunang malah dugaan di alam perkahwinan lebih besar. tetapi, kita perlulah menghadapi semua dugaan itu dengan bijak disamping sebenarnya ia mengajar kita sesuatu yang sebelumnya kita tak tahu mengenainya.. seperti kelemahan-kelemahan kita yang selama ni kita tak perasan, tapi selepas melalui dugaan itu, kita baru perasan yang kita kekurangan perkara itu. insyaAllah, kita akan cuba perbaiki diri kita selepas itu.. itu namanya pelajaran di dalam dugaan atau ujian..

    hanya sekadar perkongsian.🙂

    wallahu a’lam

  4. Thanks al-misk.. yelah, sebelum kahwin, banyak sangat dugaan sehingga dibenarkan utk bertunang.. jadi, sebelum tunang pun saya dah banyak dugaan, takut mase bertunang lagi banyak dugaan.. tapi ye lah, betul kate ukht.. setiap dugaan mengajar kite lebih matang dalam hidup..

  5. terima kasih kembali.. actually, saya tak layak nak cakap tentang ni.. tp dugaan itu datang dalam semua perkara malah ada yang lebih besar daripada hanya hubungan antara lelaki n perempuan.. dugaan dalam keluarga, masyarakat dan sebagainya.. so, jangan terlalu risau dengan dugaan yang mendatang sebab kita memang tak tau apa yang akan jadi pada masa akan datang dan jangan datangkan andaian2 yg buruk sehingga menyesakkan pemikiran kita dengan masalah dunia.. tetapi perlu merisaukan dengan masalah-masalah akhirat.. ok, maaf jika ada yg tak kena..

    wallahu a’lam

    wassalam

  6. salam alaik ummu saif….
    saya nk tnye pendapat sikit.ape pendpt ummu saif kalu bertunang awal, kahwin selepas 3thn bertunang. soalan:buat tanda dan bertunang itu berbeza ke?jika kita sudh berpunya adakah baik kita bertunang@ tunggu masa nk dekat kawin baru mandi.

  7. Salam nurul. Dalam Islam, tiada istilah tanda, cuma ada bertunang sahaja.
    So, tak kisah le nak bertunang awal, lama atau sekejap asalkan dapat jaga batas2 bukan mahram sebelum nikah.

    Mandi apa pulak ni?

  8. mandi hujan. sekarang dekat melbourne hujan selalu walaupun summer. So ana terpaksa petik buah cherry dlm hujan

  9. salam ummusaif..
    ana dah nak abih baca buku ‘aku terima nikahnya’ oleh ust hasrizal..
    banyak pedoman..ana harap ana berpeluang untuk melalui proses yang terjaga seperti kalian berdua..ana x pernah bercinta tapi selalu menghadapi masalah hati..hehe..harap2 ana istiqomah dalam menjaga pandangan mata yang merupakan ant azam baru ana..doakan ana ye..

  10. Assslamualaikum Ummu Saif,

    Saya tertarik dengan artikel ini. Saya ada beberapa soalan mengenai zaman pertunangan.

    Bolehkah pasangan bertunang berbincang mengenai CARA merancang keluarga? Tunang saya kadang-kadang ajak saya bincang samada nak guna pil perancang ataupun kondom atau teknik azal. Naik segan saya dibuatnya, tapi cara dia tu macam dia serius nak ajak berbincang. Boleh ker macam tu?

    Lagi satu, saya betul-betul keliru apabila tunang seperti mahu tahu my sexual knowledge and my sexual preferences. Kadang-kadang dia akan tanya samada saya akan suka kalu dia buat dot dot dot apabila dah kahwin. Dan kadang-kadang dia akan tanya adakah saya faham kenapa apabila sudah kahwin nanti dia akan mahu buat dot dot dot….

    Saya betul-betul keliru. Adakah normal bagi pasangan bertunang utk berbincang perkara-perkara begitu tapi dalam keadaan serius (bukan secara buat lawak lucah). Dan kadang-kadang saya terfikir adakah tunang saya ni ada masalah nafsu.

    Saya berminat nak dengan pendapat Ummu Saif dan pembaca yang lain. Terima kasih.

  11. Salam Elisa.

    Personally, saya rasa untuk bincang family planning tu mmg blh. Tapi tak perlu spesifik. Maybe setakat tahu sama ada nak diawalkan proses mendapatkan cahaya mata atau tidak. Bcoz ini mungkin perlu jika selepas berkahwin nanti, suami isteri duduk bersama atau berpisah. Ataupun mungkin kalau ada masalah dengan kesuburan seperti mandul atau seumpamanya, kenalah berterus terang awal.

    Cara nak guna apa, itu blh diskas selepas bernikah.
    Begitu juga ttg sexual preference. Ianya tidak blh didiskas sebelum bernikah.

    Saya pun risau tunang saudari “advance” sangat dengan this knowledge. Org bujang yang virgin selalunya malu dalam hal2 sebegini.

    Maybe abu saif atau yg lain2 juga turut membantu.

  12. Mak aih Elisa… terkejut badak saya dibuatnya…

    The type of discussion is good. Tapi kalau baru bertunang dah sembang seks nak buat cara yang macam mana bla bla bla… ada dua kemungkinan. Sama ada dia lurus bendul dan bergegas-gegas mengaplikasikan nasihat orang supaya pasangan berbincang, hingga tak kena masa. Atau pun something wrong somewhere… Hati-hati!

  13. Salam,
    Sorry ummu saif..
    Menyampuk kat Elisa punya pertanyaan.

    Erk..Tak kira lah siapa tunang you ni.. melainkan dia doktor Gynae.. bolehlah tanya preference bagai.. Oh tidak.. Kalau saya yang open dan hu ha ni pun dengar macam ni , rasanya larikkkkk ..

    Ada ke orang yang really innocence akan tanya bende bende tu semua? Buat apa? Relax lah, dah kahwin nanti bolehlah slowly belajar dan explore sama sama, baru lah indah rumahtangga.. ini, ada ke tanya bende bende pelik kat orang yang tak pernah tahu apa ke bondo nye tu? Kalau tahu dan agak agak tahu pun melalui bacaan etc, takkan tu pun nak discuss sebelum kahwin?

    Senang cerite.. Memang pelik lah tunang u ni..
    Agreed with last word Abu Saif, berhati hati..

  14. salam ummusaif….erm saya nk tnya satu persoalan….saya bakal bertunang, insyaallah tp masalahnya sekrg saya rasa serba salah nak bertunang or tak…erm saya xtau nk ckap macam mana tp terus terang jelah saya banyak dengar cerita yang tak elok tentang bakal tunang saya nie…kami xpernah berhubung,berjumpa dan sebagainya.kami dipertemukan oleh orang tengah dan permulaannya kami berjumpa keluarga masing2..itu sahaja coz dia sendri ada ckp yg dia dia xsuka call n msg apatah lagi jumpa…ok mula-mula sya terima dan sya bngga coz dipertemukan dengan org mcm dia…tp tb2 sekrg saya xyakin dengan perasaan sya dkat dia coz sya dpt berita yg bkl tung sya nie gay..saya cuba nk tnya dia tp sya tkut n malu nk hubungi dia lgpon dia pernh ckp jgn dgr ckp org juz percaya dia…masalh sekrg mcm mana sya nk percaya dia klo dia sendri xpernh bg saya knl dia lgpon da mcm2 bnda org ckp pasal dia cume sekrg sya xde bukti je nk tnya dia…masalhnya sekrg sepatutnya saya da bertung bulan lepas tp ditangguhkan…erm rakan2nya semua dri kalangan lelaki shaja…
    erm ntahlah sya xtau nk buat ape sekrg nie..teruskan hubungan kami or saya putuskan…klo betul dia gay sya boleh trima dia tp….erm ntahlah sya harap ummu saif boeh tlg sya….insyaAllah….

  15. Assalamualaikum,
    saya ingin bertanyakan pendapat ummu saif dan lain2. saya telah bertunang (belum scr rasmi) dlm bbrp bulan dgn seorg lelaki utk berkahwin. kami hanya berhubung melalui emel. pada mulanya dia nampak bersungguh dan mahu menghubungi keluarga saya tapi bbrp minggu slps itu, bila saya bertanya (melalui emel) ttg perancangan2 pada masa depan, dia tiba2 senyap dan tidak membalas emel saya seperti biasa. saya ada menghantar lagi satu emel tp tetap tiada balasan. skrg dah berminggu2 saya menunggu balsannya namun tiada juga dan saya tak tahu dah nak fikir apa lagi. saya dah cuba untuk bersangka baik, mungkin tak dapat emel saya, mungkin sibuk dsbgnya. tapi to be honest kalau org dah tak sudi, saya pun tak nak terhegeh2. kenapa dia perlu mengabaikan pertanyaan saya macam ni. apa yg patut saya buat skrg?

    sekian,
    Tak larat

  16. sambungan: Adakah patut saja saya membawanya berbincang secara depan2 kerana dengan tulis2 ni banyak yang boleh salah faham. lagipun kami tinggal berdekatan di bandar yang sama?

  17. Salam Tak Larat,

    Pesan ringkas saya ialah banyakkan berdoa dan berbaik sangka. Kalau mesejnya sampai dan jelas, rasanya tak perlu berjumpa pun bcoz selama ini pun tak bersua dan semua mesej sampai. Kenapa lak kali ni tak sampai?

    Berdoa untuk yang terbaik. InshaAllah Allah tahu yang terbaik buat kita. Redha dengan apa jua kesudahannya.

    -ummusaif

  18. salam alaik…

    ana just nk tnye pendapat.. skg ni ana dah bertunang.. ana kat malaysia, medic UIA. tunang ana kat universty melbourne, biotech.. pointnye kat sini.. ape pendapat ukhti jika ana kawen tp lepas kawen kami akan berjauhan.. dlm kes ana ni… kami berjauhan, si die balik jarang2… n kami x sedap ati nk berjumpa even kat umah si die.
    dats y kami pilih untuk berkahwen supaya if she come back to malaysia, kami boley jumpa n hati pun jadi tenang(xde lg perasan rindu n syg yg palsu). ape pendapat ukhti?
    al faqir ilallah…

  19. salam..nk mintak pandangan ummusaif sikit..ada seorang lelaki penah nyatakn perasaannya pada sy..sy terima sbb sy pn mmg simpan perasaan pada dia..umur saya masih terlalu muda.dia kata akn tunggu saya paling lama pn 3 thn je..mungkin kerana umurnye.mgkin dia x mahu kahwin di umur 30-an.kadang2, sy rasa kesian kt dia sbb dia jugak manusia biasa yg ada perasaan bila tengok kwn2nya berumah tangga.beza umur antara kami ialah 9thn..sy masih ada 4thn lg untuk habiskn ijazah di jordan..sebolehnye sy mahu habiskn study sblum tumpukn fmily sendiri..nk buat mcm mana ni?? fmily sy xtahu pn tentang lelaki tu dan rasanya fmily lelaki tu pn x tahu tntang sy.. mungkin masih awal lg..saya rasa mungkin dia akn cari org lain kalau sy mntak tggu smpai habis belajar.adakah kalau dia mencari orang lain,bermakna dia x ikhlas cintakn sy?? x tahu sy nk selesaikn mcm mana…sy mmg jarang sangat2 berhubung dgn dia..jadi jauh sekali untuk saya yg mulakn dulu untuk bincangkn masalah ini dgnnye.. mcm mana ni?? skrg ni sy cuma pasrah je dan selalu berdoa agar ada jalan penyelesaiannye sbb sy mmg mahu hidup bersama nya..apa2 pun,sy percaya janji Allah..

    tolong bg pendapat, terima kasih.

  20. Salam buat adik Iman.

    Sebenarnya keputusan muktamat, iman seorang sahaja yg blh buat. Org lain hanya bagi pandangan.

    Terpulang kalau iman nak berkawan dahulu dgn lelaki tersebut. Masih ada tempoh 3 tahun lagi kan? Too early to tell now.

    Kalau jodoh kekal dalam tempoh itu, alhamdulillah.
    Kalau takde jodoh pun tak pe, redha..

    Berkawan dahulu pun salah satu usaha utk mendapatkan jodoh selagi mengikut batas2 syarak.

    Tak salah bagitahu keluarga plan iman buat sementara waktu ini iaitu utk berkawan dahulu. InshaAllah keluarga akan faham.

    Tapi, yg penting kedua2 iman dan lelaki tersebut kena berbincang dengan terang dan telus awal2 ni ie kena bagitahu palnnya macam mana dan lama mana. Barulah dua-dua faham dan tak terasa seperti bergantung tak bertali.
    Kalau iman tak bagitau apa-apa pada sidia mungkin dia pun akan loss hope dan give menunggu kemudian cari yg lain.

    Yang penting, good communication.

  21. salam ummusaif dan para pembaca budiman…
    tertarik dgn artikel nih..x semena2 rase nk mntak pndpt ummusaif dan juga pmbaca lain yg sudi mmberi pandangan…mgkn gerak hati dariNya kot..wallahu a’lam..

    sy ad brkwn dgn sseorg guy ni..kalo nk dkre da dkt berbelas thn jgk tmpoh kami berkwn..smpilah skrg ni..alhamdulillah kami msih mnjg batas2 yg dtuntut dlm Islam..jupe pun xsmpi 5kali…kmi pn xprnh luahkn scr trus trg tntg hati n prsn..msg2 mcm fhm2 sndiri je..n same2 berserah akn pngakhiran hbgn kami ni…
    xtahulah..mgkn sbb da lme sgt brkwn..prshbtn kami ni mcm da brtukar jd ‘cinta’..yela..shbt llki ngan pmpuan kan..tp sbnrnye sy pun x pst sme ad kami ni brcinta ke x..sbb xd pun istilah ‘declare’ dlm hbgn kami slama ni..

    kalo iktkn…mmg die mnepati ciri2 llaki idmn sy..n sy pun x pk nk cari llaki len tuk djadikan tmn hdp..cme mslhnye..sy xtau cmne nk brtrs trg dgn die…bhw sy bole tggu die…sbb die msh bljr sdgkn sy da mule bkerja..so mgkn fktor kwgn jd hlgn tuk kami ke prgkat strusnye…

    jd..since die pun xleh nk janji ape2 pd sy skrg ni….sy xnakla mghrp sgt pd die..sementelah tahu sume jodoh ketentuanNya kan..sbolehnya sy nk sgt lupekan die..sbb sy jd brslh pd prsn sndiri….itula azam sy tiap thn..tp stakat ni..azm tu lum trcapai lg…n kami msih bersahabat…

    yg jd mslh n problemo nye…sy xtaulah knape…wajah die slalu sgt dtg dlm mmpi sy…wpun sy xd la wat istikharah..ataupun ingt pd die ke…mmpi tu plk slalu je over…leh smpi thp sy n die brtunang…or sy n die bernikah…padehal sy n die xslalu pun jupe…

    tu yg jd mslh sy tu..sbb dlm alm realiti sy nk cbe lpekan die..tp die slalu je dtg dlm alm mmpi…camne yek…

    ssiapa yg sudi bg pndgn…ddahulukan ucpn trima kasih……

  22. salam k.muna..
    nak jugala minta pndapat akak camne..
    ana ada berkawan dengan seorang muslimin2..kenal pun cz kitaorang sama-sama study dalam satu kuliah yang xrasmi..so,apa2 yang berkaitan dengan ugama kitaorang akan discuss..jadi agak rapat sedikit..kitaorang xpernah luahkan perasaan masing-2 tapi faham2 jela..sekarang die dekat overc & saya kt U sini sahaja..asalnya kitaorang plan nk pegi sama2 dan kahwin dalam jangka masa terdekat tapi disebabkan ada prob so saya xjadi pergi..masalah sekarang kitaorang dah saling berjanji tapi bila ada jarak macam ni hati rasa xsedap..dan saya semakin hari rase makin berdosa bila teringatkan mase kami cntct dulu..ada shbt kata berdosa msg dengan laki bukan muhrim..walaupun kami hanya msg pasal ugama tapi bila sama-2 ada perasaan akak fahamla cmne..wlupun xckp bnda mgarut tp hati2 camne..kdg-2 sy rase sedih sgt n selalu bertya kenapala sy d pertemukn dgnnya..mmg die seorg laki yg bek dan warak xdpt sy nafikan..saya igt nak putuskan tapi keliru..

  23. salam k.muna..
    sy bkawan dgn seorang lelaki yg baru bergelar duda dan mempunyai anak yng berusia 3 bulan… sy berbeza umur sbnyak 8 tahun…die sgt serius berkawan dgn sy, dan sy juga mengaharap mempunyai pengakhiran yang baik bersama dia..tp, sy masih ada 3 tahun untuk menamtkan pengajian dan sy ingin 2 tahun lg untuk sy mencari pengalaman.. bila sy bgtaw, die ckp die boleh tunggu kerana dia faham yg saya mempunyai cita2 dan impian. sy selesa berkawan dengan dia, sepanjang berkawan, die terlalu menjaga batas kami dan sy sangat menghargainya. akak, sy bingung samaada untuk terus bersama dia, atau hanya berkawan….

  24. @akhlima

    Salam.
    saya pun tak nampak apa2 problem di sini. Blh je kalau nak bertunang dulu. Then, bila dah grad baru kawin, which is more terjamin utk kita org pompuan at least dah ada kelulusan.

    Berkawan blh jadi macam2. Tp better utk menjurus kepada perkahwinan. so blh je bertunang 2 tahun. saya dulu pun bertunang tahun masa belajar.

  25. @humaira

    salam.

    saya pun pening bila org kata tak blh berhubung dgn ‘tunang’.
    apa salahnya?
    kalau dah niat nak kawin, cepat2le bertunang dan kemudian kawin. kalau tanya khabar sekali sekala ok, tp jgn meleret dan merapu2. itu aje. jgn buat pilihan A atau B. Tp pilihlah antara A dan B, asalkan tidak meleret2 hingga daring semasa bersembang dan membazir duit telefon atau internet.

  26. assalamualaikum…
    akak, sy berkawan dengan seorang lelaki. dia memang istimewa di hati saya.. tapi selepas setahun berkawan dia melanjutkan pelajaran di uk. dan sy masih di malaysia mneruskan pngajian. kami sama2 bertemu semasa di uia, sama2 dlm bidang undang2. tetapi kini, sy sedang belajar di salah sebuah ipg di malaysia. sudah setahun dia di sana tetapi dia tidak pernah menghubungi sy..cuma baru ni dia menghubungi sy dan menuntut kata2 terakhir sebelum dia meninggalkan malaysia “tunggu sy balik”.. sy sebenarnya bingung samaada dia menyayangi sy atupun tidak. jika benar dia menyayangi sy, mengapa dia tidak menhubungi sy??
    siapa sy pada dia..thn lepas dia pulang ke malaysia, tetapi dia tidak menghubungi sy….sy takut untuk terus berharap kepada dia…

  27. assalamualaikum akak..

    selepas sy fikir berulang kali, tanya pd diri saya dan mintak pertunjuk drAllah s.wt…sy rase, diri sy masih blom bsedia untuk mempunyai hubungan dengan mane2 lelaki..sy belum bersedia untuk mempunyai komitmen lain selain dari seorang pelajar buat masa sekarang..dan saya juga belum mempunyai perancangan tentang berkawin or tunang…itu juga bukan matlamat sy lg buat masa skrg…tetapi, sy takut untuk berterus terang dgn dia.. bila sy tny kwn, kwn sy ckp, agak susah untuk sy berterus terang sbb sy dah terjerumus dlm soal hati dan perasaan…sy juga memikirkan yang sama..sy harap, bila sy berterus terang nt die bole faham..dan sy meletakkan urusan jodoh ini hanya kepada Allah s.w.t…

  28. salam…ummu saif saya ingin mndapat jawapan ummu saif..apa pandagan ummu saif tentang prhubungan lelaki n perempuan y bukan muhrim untuk berhubung dgn sms n tpn…ibaratakn mereka seorang y couple..ana kehausan ilmu tentang ni..

  29. @abdulullah

    salam.

    bagi saya, kalau tunang sendiri (ataupun sudah niat utk bernikah), blh kalau nak berhubung. byk yg perlu dibincangkan sblm majlis walimah itu. dan kalau utk bertanya khabar sekali pun blh tetapi jgn lebih2.
    Sekali sekala kena tanya khabar tp bukan utk tujuan lagho. SMS atau email pun cukup, kalau taknak telefon.

    Kadang2 komunikasi perlu utk jelas atau terangkan apa yg kurang jelas.
    Byk kes yg kami handle di mana pasangan sudah niat utk berkahwin, ttp hubungan terputus selama berbulan2 kerana takut utk berkomunikasi atas dasar takut berdosa. Sehinggakan ada sebelah pihak yg gusar ‘statusnya’.

    Maka, di sini, amat penting utk kedua2nya clearkan apa2 yg tidak jelas.

    Kalau dah setuju utk tidak berhubung, sekurang2nya bagilah tempoh utk selama mana. Kemudian berhubung semula utk update status.

    Di sinilah isu, jgn berkawan atau bertunang lama2. Kerana hati sentiasa diuji malah kadang2 berburuk sangka dgn ‘tunang’.

  30. @akhlima

    salam.

    kenapa lak susah nk berterus terang??
    sooner or later dia akan tahu gak. lbh baik bgtau awal2 sebelum perasaan dia semakin mendalam terhadap awak. Nanti lg teruk nk bagitau bila dah lama2.

    nk tak nk, dari awal, kita dah libatkan hati dan perasaan seseorang bila kita berkawan dgn dia. so, kesannya sama bila awak nk bagitau dia cuma lagi teruk bg dia jika dilewat2kan.

  31. salam akak…

    sy sudah tiada apa2 hubungan lg dengan die.. kebetulan, die aakan uruskan projek di Vietnam slama 7 tahun. dan isterinya ingin kembali semula kepada dia… sy lepaskan dia, dan sy x nak jd org ketiga. biar masa yg tentukan semuanya. sy berdoa semoga dengan pengorbanan yg sy lakukan ini, akan ada bahagia buat sy…. xkira, samaada die kembali bersama isterinya atau tidak, sy tetap mendoakan kebahagiaan dia, dan tiada dendam antara sy dan dia… jika dtakdirkan jodoh sy dgn dia, sy akan bertemu juga dgn dia sutu hari nanti…

  32. Assalaamualikum puan UmmuSaif.

    Saya adalah salah seorang pembaca blog tuan AbuSaif.

    Baik juga berkongsi pendapat tentang alam pertunangan ini….Memang kata orang tua-tua, masa bertunang darah manis.

    Kalau berbicara benda manis, gula atau madulah ertinya. Memang kalau air gula dan madu, kita tidak bertangguh-tangguh menghirupnya. Demikianlah manisnya darah ketika bertunang. Orang tua-tua memang bijak…

    Maka tidaklah disebut “orang bertunang darah masih…” Mana orang tidak bertangguh menghirup air laut…

    Sekadar sembang dari kaum abu lak.

    Wassalam

  33. assalamualaikum..saya ada beberapa masalah di sini…saya bru berusia 23thn, akan menamatkan pelajaran dlm thn ini..tetapi saya lebih senang untuk meluahkan masalah saya melaui email sahaja…bolehkah saya beremail dgn puan,harap puan tidak keberatan.saya hanya ingin mendapat pendapat daripada org lain selain keluarga..saya benar2 bingung sekarang..

  34. salam..ummu saif…jika ade kesempatan leh tak respon sket permasalahan sy di atas….sket pun jadila…syukran!

  35. @miss_sagit

    salam. kalau dah suka, suruh lah dia masuk meminang dan seterusnya bertunang. bagi tempoh berapa lama nak bertunang. bukan takde org berkahwin sambil belajar. terpulang..ikut penerimaan dan kesesuaian ke dua pihak dan keluarga.

    yg penting ke dua pihak capai kata sepakat. org luar tak blh buat keputusan utk saudari. kalau akhlak baik, buat apa nak cari org lain. syukran!

  36. syukran ummusaif..
    tulah..sy pun x pk da nk cari org len..die pun pernah ckp bnd yg same..cme mslh skrg die yg blm hbs bljr tp sy da pun bekerja..
    insyaAllah dlm thn ni sy akn wat kptsn ape perlu..nk bykkn istikharah n tahajjud dlu…btl kate ummusaif..org luar xleh nk wt kptsn tuk kami….n kalau btl kmi ad jodoh,x kemana kan…

  37. salam…
    wktu pertungan ni mmg byk dugaan…tp kne sbar dan slalu think +ve pd psngn…sy sorg stdnt dn tungan sy sdh bkerja…kami jrng kluar sma…sblm b’tungn ni kami slalu gak kluar mkn2…tp slps b’tungn ni smua ny brubah…alhamdulillah….mybe Tuhan msih sygkn prhubungan kami…bsyukur sgt dpt psngn yg sgt sbar dgn karenah sy ni…apa pun,bg psngn yg ingin bertunang..jgn rasa tkt…yakin pd dri sndri dan sentiasalah berdoa dan bersbar….i.allah kami akn diijab qabul…doakan kami….

  38. Salam
    saya berumur 23 thn..sedang berkawan rapat dgn seorg lelaki yg sebaya dgn saya..pada awal perkenalan kami,dia ade bercakap tentang hubungan kami. Dia menyatakan sekiranya ada jdoh,lagi 2 tahun kami menikah. tp sekarang ni,dia tak pernah bercakap mengenai perkara itu lagi..saya jadi keliru,sama ada dia ikhlas dengan saya atau tidak. saya pernah mengutarakan pendapat untuk kami mengikat tali pertunangan dahulu,kerana bagi saya jika berkawan macam2 boleh jadi. lebih baik ada ikatan,hubungan lebih terjamin dan terjaga. Tp jawapan yg diberikan ialah…dia akan memikirkan. dan hingga kini tiada jwpn lagi. untuk pengetahuan ummusaif, kami dahulu belajar di ipta yg sama dan terlibat dengan persatuan islam. tp xpernah bertegur sapa. cuma apabila tamat pengajian,baru kami berkawan kerana terlibat dalam program alumni. kami berdua sudah bekerja tp kewangan masih blum stabil..adakah itu menjadi salah satu punca dia xberminat untuk bercakap soal pertunangan atau perkahwinan? apa yang perlu saya lakukan,keluarga pula sudah berulang kali bertanya tentang hal ini tetapi tidaklah di tahap mendesak… harap dapat membantu..=)

  39. salam ummu saif….saya baru bertunang selepas kami saling suka dan menyintai..dan saya dapat rasakan chemistry bahawa dia jodoh saya setelah dia bertandang beraya di rumah, setelah ramai wanita yang ibu sy perkenalkan, tapi saya tidak merasakan tarikan magnet tu, ….kami saling berbalas sms dan dia juga menyatakan ada hati pada saya lalu menyatakan bahawa dia merasakan saya ialah lelaki yg dapat memberikan dia one life dalam kehidupan ini. jadi kami mengikat tali pertunangan dan kedua2 belah keluarga bersetuju.. semuanya bergembira dgn ikatan ini….saya bekerja di perantauan….masalahnya sekarang, selepas seminggu bertunang, tunang saya sudah mula tidak mahu melayan sms dan panggilan saya….akhirnya suatu hari, dia menyatakan maaf kerana dia tiada perasaan pada saya….jiwanya kosong…saya memang sayangkan dia setulus hati…..tapi lama kelamaan setelah saya tidak berbalas sms dan call dia….lama2 perasaan sayang dan rindu pada dia semakin pudar….kami merancang untuk bernikah 8 bulan dari tarikh pertunangan tu….bagaimana ummu saif…apa pendapat anda? adakah ini disebabkan godaan syaitan untuk meruntuhkan masjid yang akan dibina? saya yakinkan hati, kalau kedua2 belah keluarga restu, pasti ada kebahagiaan menanti….

    • errr..ya i can say what ever i like cautiously since i did not mention about hukum hakam. yes, before this i did not find hukum on cincin tunang, but i didnt mention any detail on it.
      Plus i did not use any harsh or ‘laser’ words that meant to hurt others.

      -by the way, it is not always clear. there’s always a grey area.

  40. Assalam,
    Izinkan sy berbicara sedikit di sini. Saya telah bertunang. & harapan saya, slps pertunangan, maka saya akan dpt mengenali bakal pasangan hidup sy dgn lebih dekat.. Saya telah cuba melakukan yg terbaik, berbaik dgn keluarganya, menjaga hubungan dgnnya, mendoakan agar kami berjaya dlm phubungan ini.. Namun, atas beberapa sebab, saya jd tawar hati, rasa ‘jauh’ dari tunang sy.. Sy tidak lagi segembira dulu apabila menerima msg2nya… Saya tidak lg spt dlu, selalu teringatkan dia…skrg ini, kami tidak lg semesra dlu sblm bertunang..

    Sy faham dia elakkan utk bertemu saya dlm keadaan berdua2an… Tetapi sy kecewa sy, bila diajak bersama keluarga saya, pun ditolaknya..bukan itu saja, malahan ada lg prkara2 yg buat saya jauh hati…satu demi satu & kemuncaknya berlaku baru2 ini….Sedangkan saya gagahkan diri, utk bersama2 keluarganya, kerapkali menziarahi org tuanya, adik beradiknya semata2 utk merapatkan perhubungan, tetapi itu tidak berlaku kpd saya…. Dia jrg dtg menjenguk org tua sy, keluarga saya, apabila diajak makan bersama2 keluarga saya, ditolaknya… sedangkan saya sanggup batalkan program2 saya andai org tuanya dtg ke tempat saya semata2 menghormati keluarganya & ingin mengeratkan perhubungan kekeluargaan… Saya jauh hati dgn apa yg berlaku…

    …sy sedaya upaya berusaha utk menjadikan impian kami satu kenyataan…skg saya telah jatuh smgt, saya tdak lagi mahu membincangkn hal2 slps perkahwinan, hal2 persediaan perkahwinan, masa depan & seumpamanya.. & boleh dikatakan, saya jadi tawar hati utk berjumpa tunang sy sendiri..saya cuba mengelakkan utk bertemunya….saya bukan seorang yg mudah didekati wanita, saya seorang yg agak x pedulikan wanita, mgkn krn kisah hidup saya yg lampau..

    Saya serahkan segala2nya pd Allah…niat saya utk mengenali tunang sy sblm berkahwin mungkin hanya tinggal impian….saya tidak menangis di luar, tetapi hati saya sedang bersedih & berduka dgn apa yg berlaku.. barulah saya sedar & nmpk,inilah yg dinamakan dugaan bertunang… Selama ini, saya cuma mendengarnya..tetapi skrg, sy sedang mengalaminya.. Hati sedang merintih, sesekali terkenang dugaan & pernah jua bgn bersujud di malam hari memohon kejayaan dalam perhubungan ini, dariNya…sesungguhnya saya sedang berada dalam kedukaan..

    Andai perhubungan ini berjaya, syukur pd Allah..andai sebaliknya, maka saya redha dgn apa yg telah disusunNya utk saya…saya tiada tempat utk mengadu, hanya Allah shj yg memahami isi hati saya…tunang sy seorang yg baik, cuma mungkin krn terlalu malu, maka saya juga berasa dilayan sprt “org asing” olehnya…mgkn ini cuma perasaan sj, namun ia benar2 memilukan.. Sampaikan skrg ini, saya teragak2 utk msg tunang sy, bayangkan betapa ‘jauhnya’ perhubungan kami disebabkan kegagalan berkomunikasi.. saya telah mencuba sblm ini, tetapi nmpknya kurang berhasil….Hasrat utk mengenali tunang saya sblm berkahwin, bagi saya, tidak mencapai kejayaan..

    Apapun, saya doakan tunang saya sentiasa dlm perlindunganNya, dalam rahmatNya, hatta apapun yg berlaku.. Tunang saya byk mengubah hidup sy menjadi lebih baik dari sblmnya….& perasaan saya padanya masih sama, cuma ada berasa sedikit tawar hati dgn apa yg berlaku…Saya redha atas apa yg berlaku.. Mungkin ini ujian Allah pada saya.. Sy redha, dlm tangisan….

    Wslm.

  41. Salam,

    saya mempunyai masalah yg sama seperti Hamba Allah, tetapi yg menyebabkan ia lebih parah saya berjaya menjejaki account email tunang saya, yang membuatkan saya terkejut semua blog yang tunang saya masuki adalah blog untuk kaum sejenis. Mula-mula saya cuba berprasangka baik dgn berfikir kemungkinan ada org cuba kenakan tunang saya atau main2, tetap makin saya kaji makin pelik…saya sudah bertunang tetapi tunang saya sedikit pun tidak menunjukkan tanda untuk berjumpa dan kami memang jrng berjumpa..saya menyangka mungkin krn larangan agama, masih b’prasangka baik tetapi dia makin kurang sms saya..sedikit pun tidak terdetik untuk b’jumpa walaupun jarak rmh tunang dengan rumah sewa hanya 1 jam..tolong saya, saya bakal berkahwin, apa patut saya lakukan?keluarga dia terlampau baik dengan saya, dan perjumpaan kami adalah aturan keluarga..saya tak nk lukakan hati ramai org hanya kerana 1 masalah..tolong mintak nasihat daripd sesiapa pun…

    • Alamak , pikirkan baik2 … Kawin ni sekali je .. Sggup ke lepas kawin dye pergi kt kaum sejenis .. Nnti dpt penyakit pulak

  42. Assalamualaikum ummu saif..
    Camne cara sy nak contact ummu saif secara private?
    Maksud sy secara email atau pm mungkin..
    Sy perlukan sedikit consultation dr ummu saif
    Jzkk

  43. Assalamualaikum.. jazakillah sngt atas peringtan buat diri yang serba kekurangan.. kadang2 ana sendiri belum jelas mcm mana jalan yang syariat tetapkan dalam batas pertunangan ini. Allahmdulillah kini ana nampak apa yng perlu di perbaiki.

    • Salam… Sy mhu brtanya, sy bru shj mghbiskn diploma dan kini brusia 21 thn. Sy brcdang utk mlgsungkn prtunangan tdk lame lg ttp niat utk brkhwin sgera tdk mndpt prstujuan drpd kluarge kcuali slps sy tmatkn dgree n mndpt keje dhulu. Prsoalanye btol kah kputusan sy utk brtunang sdgkn sy tahu proses prtunangan ini akn mgmbil mse y lame utk sy n psgn. Hrap dpt mmberi pndgn…

      • Boleh kot , tp org tu kate tunang lama2 nnti jemu dipandang org .. Tunang ni darah manis … Mcm2 ley jd .. Kalo sgup hadapi semua nye teruskan .. Mcm sy mase bercinta lain , da tunang jd lain lak perangai die ..

  44. An impressive share! I have just forwarded this onto a co-worker who had been doing a little homework on this.
    And he actually bought me lunch because I stumbled upon it for him…

    lol. So allow me to reword this…. Thank YOU for the meal!!

    But yeah, thanks for spending time to talk about this subject
    here on your web page.

  45. Herm , sejak akhir2 ni sy slalu curiga dgn tunang .. Sbb kami berjauhan .. Jpe hanye sekali seminggu , itupun sejam dua jam je .. Sy slalu bertengkar smpai mintak putus .. Pdhal taun ni kami kawin … Cmne nk hilangkan perasaan curig dn cemburu yg meluap tu !

  46. assalamualaikum
    sy baru bertunang selama 3 bulan.. dalam tempoh 3 bulan sy bertunang nie..tunang sy dh 2 kali nak pinjam duit tp sy xpenah bg.. sy serabut setiap kali msg asyik bgtau duit xda je.. mcm mane nk kawen kalu duit asyik xda je..
    sy bertunang pun atas pilihan keluarga..hati sy xpenah nak selesa ngan tunang sndiri.. nk berkongsi mslh pun susah ngan tunang sndiri.. ape ptt sy buat ??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s