KESAN BURUK BABY WALKER


Baby_Walker

Semakin terbukti baby walker tidak bagus untuk anak kita malah ianya hanya membawa mala petaka.
Mari kita sama-sama lihat bukti yang telah ditunjukkan oleh kajian barat (ringkasan di dalam Bahasa Malaysia disediakan).
New Walkers Safer, but Pediatricians Still Want Them Banned
By Daniel J. DeNoon
WebMD Health News
Reviewed by Louise Chang, MD

March 7, 2006 — Baby walker injuries are way down — but the walkers should be on the way out, a new study concludes.

Invented some 250 years ago, baby walkers make infants mobile — too mobile, pediatricians say. From 1990 through 2001, baby walker injuries sent nearly 200,000 U.S. babies to emergency rooms. Three out of four of these babies fell down stairs. Most suffered head wounds. Some died.

In 1994, parents got an alternative: stationary activity centers that let kids bounce and swivel and tip without going anywhere. And in 1997, all U.S. walkers had to meet new design standards. Either they had to be too wide to fit through a standard doorway, or they had to have a braking feature that stops the walker at the edge of a step.

Both strategies worked, find Brenda J. Shields and Gary A. Smith, DrPH, of the Center for Injury Research at Children’s Hospital in Columbus, Ohio.

“There was a 76% decrease in the number of infant-walker-related injuries that were treated in U.S. emergency departments from 1990 through 2001, with a marked decrease occurring between 1994 and 2001,” Shields and Smith write.

The study appears in the March issue of Pediatrics.

Most New Injuries From Old Baby Walkers

The drop in injuries beginning in 1994 shows that parents were turning away from walkers in favor of stationary activity centers, Shields and Smith say. Until then, there had been some 23,000 baby-walker-related injuries each year.

And after 1997, a lot fewer babies were falling down stairs in their walkers — suggesting that the design changes had an effect. In fact, most of the recent stairway falls happened with older walkers that did not meet the new standard.

But why take any risk?

“Infant walkers serve no essential purpose,” Shields and Smith write. “Infant walkers do not help a child learn to walk, and, in fact, they can delay normal motor and mental development.”

The researchers note that Canada now bans baby walkers. Canadian consumers face fines of up to $100,000 or six months in jail if found in possession of a baby walker, they note.

“Therefore, the U.S. government should follow the lead of the Canadian government and ban the sale, importation, and advertisement of mobile infant walkers in the United States to prevent additional infant-walker-related injuries from occurring to young children,” Shields and Smith argue.

In this, they have powerful support. The American Academy of Pediatrics continues its call for a baby-walker ban.

http://www.webmd.com/parenting/news/20060307/baby-walker-injuries-drop

Ringkasan

1. Daripada tahun 1990-2001, sebanyak 200,000 kecederaan kanak-kanak dilaporkan di AS berkait dengan baby walker. 3/4 daripada kes-kes ini disebabkan jatuh tangga.

2. Pada tahun 1997, AS menetapkan garis panduan kepada ciri dan reka bentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya tidak boleh melepasi pintu atau tangga, dan mempunyai alat penahan (brake) apabila hendak terjatuh. Selepas tahun 1997, semakin kurang bayi yang terjatuh dari tangga. Malah, kebanyakan kejadian jatuh tangga hanya melibatkan reka bentuk walker yang lama (tidak menepati garis panduan). Adakah baby walker anak anda mempunyai ciri-ciri garis panduan ini?

3. Tetapi, mengapa ingin mengambil risiko? Kerana padahal, walker tidak mempunyai sebarang kegunaan. Malah, ia tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan dan ia juga melambatkan sistem tumbesaran motor, otot dan mental.

4. Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker. Di AS juga, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker.

Satu lagi artikel menarik daripada Eropah:   http://www.capt.org.uk/pdfs/factsheet%20baby%20walkers.pdf

1. Garis panduan reka bentuk walker di Eropah telah diperbaharui pada tahun 2005. Walker direka agar tidak bergerak laju dan ianya sepatutnya berhenti (brake) apabila hendak terjatuh.

2. Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi dan alkohol).

3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal.

4. Walaupun sesetengah ibu bapa mengatakan walker selamat digunakan semasa kehadiran ibu bapa, tetapi kebanyakan kecederaan berlaku dengan pantas di depan ibu bapa dan anak mereka tidak dapat diselamatkan (70% daripada kes di AS).

5. Di Kanada, penjualan baby walker telah diharamkan sepenuhnya.

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

68 thoughts on “KESAN BURUK BABY WALKER

  1. Pingback: Adakah Baby Walker Selamat Untuk Anak Anda? Bahagian 2 | UmmuSaif.Com « penggaram

    • @me,

      WHY TAKE THE RISK??

      http://www.ehow.com/about_5452661_baby-jumper-safety.html

      Ignoring any safety instructions can put your baby at risk when using a baby jumper or any other baby product. Always make sure doorframe jumpers are securely attached to the doorways. Some doorframe baby jumpers have been recalled over issues with their suspension springs.

      In 2005, there were 80 reports of springs snapping in the Fisher Price Hop, Skip jumper before it was recalled. According to the U.S. Consumer Product Safety Commission, injuries from faulty doorframe jumpers have included head lacerations, black eyes, bumps, bruises and a dislocated tailbone.

      Test the jumper and double check any clamps or hardware before placing baby in the seat.

  2. Interesting. Sangat menarik!

    Saya jarang membaca blog Ummu Saif, tetapi pagi ini pemikiran saya sudah berubah apabila membaca 3 post yang terbaru. Banyak entri yang bermanfaat yang berkaitan dengan kekeluargaan. InsyaAllah berguna pada masa yang akan datang kelak apabila saya sudah berumahtangga.

    Maaf jika comment ini agak janggal. Saya hanya sekadar blog-walking. 😀

  3. syukran..entry yang menarik..baby saya baru berusia 5 bulan..ibu saya dan mertua cadangkan beli walker, sbb dia dah semakin aktif dan taknak bermain sambil baring..kebanyakkannya nak main sambil berdiri atau didukung..entry ni membuatkan saya berfikir dua kali untuk beli walker..saya bersetuju bahawa bermain sambil baring,berguling,dsbgainya lebih membantu perkembangan minda bayi..kerana ini memang fitrah yang Allah telah kurniakan pada bayi..mungkin para ibubapa patut lebih memilih untuk setiap barangan yang nak diberi pada bayi anda..terima kasih ummu saif,saya amat menghargai info artikel ini..(saya boleh terangkan pada ibusa ya dan mertua nanti)

  4. salam, anak saudara suami pun pernah jatuh tangga masa duduk dalam walker. Tangga rumah mertua agak tinggi kalau kita yang besar ni pun hati-hati nak turun. memang terkejut besar lah kita semua…..kalau ikut logik boleh bawa kecederaan yang teruk. Alhamdulilah doktor periksa tiada kecederaan. Tapi saya jadi susah hati bila balik rumah mertua….kena lihat anak setiap masa takut jatuh tangga. Nak pakai walker lagilah risau….tapi selalunya mak mertua dan mak saya sendiri bising kalau tak bagi anak pakai walker mahupun buaian…..senang kita nak buat kerja katanya, senang anak nak tidur…tak tahulah nak buat camna…

  5. terima kasih atas informasi di atas, begitu bernas luahan pandangan dari setiap masing2… saya hargai pendapat kaum2 ibu ataupun sape2 je yang berkongsi dlm entry ni.. great info

  6. salam…
    tak ape..tak pakai walker dan buaian pun saya boleh buat kerje…jgn risau.. dulu2 tak ada pun benda2 ni… boleh je nenek moyang buat keje… insyaallah..Allah akan mudahkan urusan ibu2 mcm kita ni…nak bagi byk pahala kan.kena la susah sikit…

  7. ‘3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal.’

    Setuju sangat-sangat dengan point ini

    Teruskan ummu saif untuk berkongsi ilmu bermanafaat sebegini.

    Saya anak dah tiga. Semuanya tidak diwalkerkan. Saya biarkan saja mereka explore.

    Kalau ada pun di rumah neneknya dan pengasuh yang lama.

    Kalau sayalah, lebih baik invest dengan pagar2 utk menghalang ke tangga atau bilik air dsb nya.

  8. slm ummsaif,

    alhamdulillah saya jumpa artikel ni. mmg tgh contemplate nak bagi ziyad naik walker atau tidak, memandangkan akan mencecah umur 6 bulan very soon iAllah.

    ikut sejarah budak2 kecik dlm family kami, semua di walker kan. mmg ada incident jatuh tangga, terbalik ke blkg etc.

    so iAllah sy kensel niat nak beli walker…and biarkan dia guling2, merangkak2 etc. in other words, bermain/explore naturally mengikut perkembangan/kemampuan dia sendiri 🙂

  9. salam..seronok baca entry ummusaif ni,sbb saya rasa ramai yang berkesedaran tinggi untuk menghalang penggunaan walker.
    saya pun penah ulas di blog saya,dan alhamdulillah ramai kawan yang sokong..salah seorang tu sebab dia mangsa patah hidung masa kecil kerana walker,jadi die bermati-matian halang saya guna walker.

    walker tak menyebabkan bayi cepat berjalan..bagi saya ia cume mempunyai fungsi minima -sekadar tempat duduk atau bermain permainan yang attached pada walker tersebut..

    semoga ummusaif akan come out dengan entry tentang keibubapaan yang merujuk pada medical view..sebab saya rasa kekurangan utama kite adalah terlalu banyak dengar cakap orang lama..tanpa sebarang research samaada benda tu betul ke tak..
    pasal susu ibu pun banyak mitosnye..apelg hal-hal penjagaan anak ni..

    • syukur sangat2 dapat jmpa blog ni….bnyk info yg sy dapat disini…baby sy dlu pnh jtuh walker tp nsb la tiada apa2 yg brlaku…lpsa ni bby no dua sy elaknla dr pkai walker….thank ummusaif..

  10. A’kum..
    saya pernah mengikuti kelas psikologi semasa di UKM..
    Roughly apa yang saya ingat, pensyarah tu bagitau walker tidak begitu bagus bagi perkembangan psikologi kanak- kanak. Kanak- kanak memerlukan merangkak, bergulinng dsb untuk perkembangan minda. Dan ada satu kes di mana seorang budak yang mengalami masalah perkembangan otak, dan tidak pernah merangkak , dan di terapikan dengan merangkak.
    Hanya sedikit pandangan.

  11. slm…
    sy bru tbaca artikel ni ari ni. tp smlm abahnya Audi beriya-iya sgt nk belikn walker. ank perempuan sy ni 5 bln lbh. dh nmpk aktif Audi skrg. so dibelinya…
    smlm abahnya Audi ada kt rmh utk tgk2kn… ari ni dh start keje. sy pn keje. tggl lah Audi ngn nenek dia kt rmh…
    lps baca artikel ni, gerun lak sy bile memikirkn walker ni x brape bgus utk baby..

    • @mazila,

      betul, 5 bulan terlalu awal. biarlah anak merangkak sendiri. takde masalah kalau takde anak2 kecil lain yg blh kacau bby bila bby berguling atau merangkak.

      dan kebanyakan kemalangan berlaku di hadapan ibu bapa, kerana kemalangan berlaku pantas.

      anak sy pun berumur 5 bln setengah. kita sgt teruja bila lihat di suka melompat guna kakinya bila di dukung. tp bila sy tahu info ini, sy kensel terus niat utk beli.

      sy doakan puan kuat utk membuat keputusan.

  12. salam..dah beli dah walkernye..huhu actually my MIL yang ajar my baby pkai walker ,lagipun sy selalu outstation, byk juga benda yg sy taknak buat, dah dibuat dulu tanpa consult sy..(just consult my hubby je)…eg: tido buai, makan bubur nestum masa umur 4 bulan..kat rumah ade walker, tapi tak pakai sgt, my baby lagi suke merangkak n meniti…kat umah pengasuh ade juga, other baby punye,so jarang2 pakai sbb guna bergilir2…

  13. @catlina

    hmm… ni semua sindrom bby lg banyak diasuh oleh nenek daripada ibu sendiri.. classic example.

    Taktau nk kata apa since mak pun selalu outstation. nk ubah, kita lak takde utk membantu neneknya. cuba la perlahan2..

    Semoga Allah pelihara…

  14. Alhamdulillah..waa..mujur belom nyempat beli walker lagi..memang tgh dok berkira2 ngan Abu Syifa’ nak belikan dia walker..hihi..thanx a lot sis, very gud post 😆

  15. anak2 saya pakai walker.pakai buai jugak..puting pon sama..complete set yg tak elok2 ni..tapi abang dah stop semua bila adik datang.masa tu umo dalam 1yr plus.. skrg adik 10 mths..tdo buai, naik walker.puting dah lama stop.. bila baca entry ni, terus angkat anak dari buaian…erk!

  16. Apa alternatif lain daripada menggunakan semua alat-alat ini selain daripada secara ‘natural’?

    Contohnya ketika nak buaikan bayi ataupun nak bagi budak-budak jalan tanpa walker saja?

  17. Walker mmg bahaya, sbb tlalu bebas, boleh k mana2 tnpa kawalan. Sekirany tpksa guna, ikat dgn tali kukuh ke tiang y gagah y tk akan tumbang. Ini pengalaman sy: Sy guna kurungan seluas katil single bertayar y boleh dilipat. Ia diprbuat dr kayu bulat. Kurungan boleh dipindh2. Guna tilam/toto sbg alasnya. Jadinya, anak bebas tapi terkawal di dlmny. Anak boleh berlatih menyulur, merangkak, berguling, berdiri, bertatih seterusnya berjalan. Mainan slmt d beri. Tk bli pun. Ap y ada kt rumah, aslkan kita fikir selamt. Sy guna dr awal kelahiran lg. Itu adlh sedikit pengalamn utk d kongsi. Suami buat utk anak pertama 27 thn y lalu serta diperturunkan k adik2ny.

  18. itu ummi saya che maziah.masih ingat kurungan tu.ciptaan inovasi abah saya seorang jurutera digunakan sehingga adik bongsu saya.apapun yang penting adalah pemantauan.itu hak setiap kanak-kanak untuk mendapat perlindungan dari penjaga.rujuk laman web ini http://www.scribd.com/doc/21550181/Panduan-Keselamatan-Kanak-kanak. contoh hari ini ad kanak-kanak umur 3 tahun dihempan televisyen 24 inci semasa menonton berseorangan.Semalam berita kanak-kanak umur 4 tahun mati terjatuh dari balkoni(pintu gelongsor ditutup dari dalam.kanak2 mampu membukanya) semasa ditinggalkan bersendirian kerana ibu berkerja. Jangan ambil mudah. Pengalaman saya di tadika dan taska walaupun bersendirian kanak-kanak mampu mencederakan diri sendiri.Kita sebagai penjaga bertanggungjawab memantau keselamatan mereka.

  19. Suami dan saya juga tidak bersetuju penggunaan walker terhadap tetapi ibu mertua dan ibu cukup bertegas agar anak kami menggunakan alat tersebut.

    Saya tidak mempunyai pilihan lain kerana ibu mertua dan babysitter yang menjaga mereka. selagi boleh sekiranya saya berada dirumah, penggunaan walker aadalah amat minima.

  20. @nurul majdi

    kalau bby lagi apa kata puan beli playcot. ada byk yg portable eg brand mothercare or graco. at least kalau kita dah beli, blh dijadikan alternatif. depa tu paksa guna walker bcoz depa tak larat nak monitor anak all the time.
    so kita kena cari alternatif kalau depa taknak dengar penjelasan kita.

  21. ini saya copy sdikit tentang penggunaan baby walker drpd ‘panduan pencegahan kecederaan kanak-kanak’ m/s 10.
    Alat bantuan berjalan kanak-kanak adalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya.Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya. Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius seperti jatuh, terbakar dan melecur. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas.

  22. Pagi tadi saya ke HSdg. Ke Unit Fisioterapi. Saya lihat ada pelbagai jenis walker. Walker tsb digunakan sbg alat kpd kanak-kanak yg belum mampu berjalan lagi. Ianya sbg alat supaya kaki jadi gagah. Apapun, pemantauan yg penting. Anak tidak boleh dibiarkan sendirian. Kanak-kanak perlu lalui setiap proses pertumbuhan. Dia perlu angkat kepala, berguling, heret dada, menyulur, duduk, merangkak, bertatih seterusnya berjalan. Setiap proses itu bersesuaian dgn perkembangan fizikal & kognitifnya. Tertinggal satu proses, dia akan rugi. Itu menunjukkan betapa melimpahnya kasih sayang Allah swt kepada kita makhluk ciptaanNya. Alhamdulillah. Ameen

  23. Assalamualaikum..

    Post yang menarik dan bermanfaat. Selain risiko jatuh, baby walker juga melambatkan anak berjalan.. pengalaman saya, anak saya yang sulung di baby walkerkan, boleh jalan pakai baby walker tapi bila luar baby walker dia lebih suka mengesot.. sampai umur 1 tahun lebih..

    tapi anak no 2, saya dah tak bagi baby walker.. proses dia cantik je.. mengesot, merangkak dan bertatih terus berjalan pada umur 9 bulah sahaja..

    lagi pula kalau kat UK, dah diharamkan rasanya penggunaan baby walker ni..

    Biarkan je anak-anak melalui proses berjalan tu tanpa baby walker dan saya sangat bersetuju dengan pandangan che maziah dan anith soffiyah

    Zubaile Abdullah
    http://www.mystormreaders.com

  24. salam wbt..

    Saya bukan hendak tidak setuju 100%, tapi bg saye sume bende utk baby perlu ade keseimbangan/keserhanaan/wasatiahnye…hehe…

    2 pernyataan yang menarik perhatian saya disini:

    “Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi dan alkohol).”

    saya tak tau ibu bapa mana yang susah nak berfikir yang letak walker di tempat yang bertangga tu..adoi ai…where our mom placed our walker, takde langsung perhiasan atas meje, siap buat border gune meje2 kecik jadikn kawasan yg agak luas utk budak gerak dlm area tu. takde langsung barang yg boleh dicapai kecuali permainan2 dia sndiri..

    mungkin ada rumah yg mmg ade je tangga, so yg ni, takperlu la gune walker..tp kalo persekitaran selamat, takde salahnye saye rase…dan bukan bermakne bile baby pakai walker, diorg boleh dibiarkan je kat depan tu…

    pernyataan kedua:

    “Infant walkers serve no essential purpose,” Shields and Smith write. “Infant walkers do not help a child learn to walk, and, in fact, they can delay normal motor and mental development.”

    tertarik sy dengan ayat di atas. bukan utk membangge diri, tetapi kami enam beradik semua pakai walker ketika kecik. 2 org sudah bergelar doktor ijazah luar negara tajaan jpa. seorang sedang belajar medic juge di luar negara.seorang pensyarah dengan master luar negara juge tajaan. 2 org masih bersekolah asrama.

    ada adik yg sudah boleh berjalan ketika 10 bulan, ada yg 11 bulan, tetapi ada juga ketika 13-14 bulan.

    again spt yg sy mention di atas, jangan la pakai all the time walker tu. mak saya guna dulu masa sambil buat kerja, tapi anak dijage dpn mate.lps habis kerja rumah dia, dia keluarkan anak dari walker letak bawah bagi anak tu meniarap, merangkak, main dll…dan perkembangan kami normal je smpi ke besar, Alhamdulillah..kalo ade kesan utk mase tua, tatau le plak…

    semua bende ada bahaya nye..sume bnde ade risk nye…letak bwh pun ade juga masalhnye kekadang….bukan sy tidak bersetuju dgn kajian2 diatas, tp mcm sy cakap, sume tu boleh dielakkn. tanak bg jatuh tangge, jgn la ltk walker area bertangge (siyes yg ni mmg tak dpt trime..sori…huhu)..

    rasenye masalah2 ni jadi sbb ibu bapa rely 100% pd walker tu n tinggalkn anak2 gi dapur ke..kalau namenye pun baby, mane la boleh nak tinggalkan2 tanpe pengawasan…dengan adenye pengawasan, insyaAllah, bnde2 buruk boleh dielakkan (tp ketentuan Allah utk apa2, tak leh la nak dielak)…

    jadi bg saya, janganlah disebabkan salah ibu bapa yang tidak mengawasi anak, teknologi & ciptaan yg digunakan untuk memudahkan kerja ibu bapa (memudahkan ye, bukan ‘menggantikan’ ibu bapa) dianggap tidak elok…semua perkara perlu ada keseimbangan dan kesederhanaan..

    maaf umi saif, ter’emo’..hehe… =)

    • salam,

      terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
      Bbrp poin yg ingin saya perjelaskan..

      1. lain kes lain citer.

      2. artikel ini ditulis di atas kajian yg mereka lakukan ke atas sampel yg besar iaitu beratus2 subjek. Kalau saudari pernah buat kajian dan belajar statistics, saudari mesti tau istilah statistically significant.
      subjek yg besar, metod kajian yg betul adalah sangat penting.
      Now, is the era of evidence based medicine. ie semua fakta berdasarkan kajian. Tanpa kajian, ia hanyalah pendapat, cerita dan pengalaman.

      3. yes, kajian bukan membuktikan ia berlaku kepada semua. Tetapi kajian menunjukkan ia BOLEH berlaku kepara ramai.

      4. kajian ini juga membuktikan majoriti kemalangan berlaku di hadapan dan di dalam pengawasan ibu bapa/penjaga. Menunjukkan accident happens fast, anytime and anywhere and unexpected. That’s why it is called accident.
      Meaning that kebannyakan parents dalam kajian sedang ‘mengawasi’ anak mereka semasa kemalangan berlaku. Namun disebabkan namanya manusia (walaupun sedang mengawasi), kemalangan tetap berlaku diluar jangkaan.

      5. artikel ini ditulis utk:
      -educate people
      -gives info to people
      -prevention of accidents

      A country (Canada) has banned walker. Which i think a very huge, big decision decided by a stable country like Canada.

      so terpulang.. if people still want to use walker, up to them. again, lain individu lain cerita, kesan, penggunaan dan komplikasi. Bagi yang bernasib baik, alhamdulillah. Yang tidak bernasib baik… bagaimana pula?

      The main point is EDUCATION.

      • saya setuju 100% entri ni…mak n mertua pon ckp baby walker ni bagus….letih dh nk xplain kt depa ni….hati seorg ibu tuhan saje yg tahu….kita nak everything yg terbaik tuk anak kita kan…biar dia blajar secara semulajadi n dari situ kite leh tau cam mn pekembangan anak kite….bekorban masa n tenaga tuk anak time kecik ni x salah…

  25. Sorry if i’ve offended anyone here with my previous comment. Mungkin kerana saya tak sebut untuk siapa saya memberikan komen terdahulu menyebabkan ada hati yang terasa.ampuunnn..
    Hehe. Yup, understood that this article written mainly for the purpose of educating the public, the readers of this blog particularly.
    And yes, saya juga faham the articles were extracted from extensive studies from journals regarding the use of baby walker.
    Dan again, saya juga faham apa yang ditulis di dalam research journals di mana banyak accident berlaku di hadapan ibu bapa (ade kajian tak mengatekan mata ibu bapa ketika itu pandang tv atau bace surat khabar tau mungkin tgh mabuk? hehehe)
    Apa yang ralat nye bagi saya adalah apabila melihat KEBANYAKAN (x semua) comment pembaca lain yang terus membuat kenyataan untuk cancel beli walker bilamana kajian menunjukkan 80% kemalangan menggunakan baby walker di US adalah disebabkan jatuh tangga (Rodgers & Leland, 2005). In Australia, more than 500 reported anually & half of the serious cases (requiring admission to the hospital) juga disebabkan jatuh tangga dan kerana mencapai hazardous punye bende (Thompson, 2002).
    However, in a scientific research, it is not clear whether similar findings in different countries yg stable ke maju ke can be replicated randomly untuk di apply di negara lain. Mungkin pemikiran orang Malaysia lebey maju and bijak dari satu segi (tak letak walker dkt tangge or hampir dgn bnde senang capai) compare to those stable countries.
    And for a ‘stable’ countries such as Canada and US, what on earth did the parents think by placing anak dalam walker dekat dgn tangga dan bende merbahaya yg senang dicapai? Mcm tak logik je.common sense je rasenye. Tapi mungkin la agaknye disebabkan design rumah negara2 stable tersebut yang memang ada tangga so kene juga letak, tapi bayangkan kalau baby walker tak diletak di kawasan bertangga, 80% of the accident gune baby walker in US boleh dieliminate sepenuhnye, dan tinggal 20% je accident disbbkan oleh baby walker (ni pun x tolak lagi accident disbbkan mencapai bende2 merbahaya spt air panas sume; rasenye boleh tinggal less than 10% je accident sbb baby walker).
    There are few studies regarding babies’ injuries disebabkan STROLLER. Tidak la sebanyak kecederaan guna baby walker, tp tu pun disebabkan oleh tak lock betul belt dia (boleh dielakkan). Suka sangat saya jika dapat baca reaksi orang ramai kalau ada pula yang kata nak cancel beli stroller.comel je kan.. ;p
    Saya hanya ingin menyatakan bahawa sebab anak kemalangan gune baby walker di negara2 stabil tersebut adalah sangat boleh dielakkan. Spt komen sy sebelum ni, yg rumah bertangga, byk sgt perhiasan ke, dapur n ruang tamu bersambung ke, tak yah lah guna. Lagi elok kalau dapat jaga anak sendiri, gilir-gilir dgn maid or suami jaga tanpa perlu gune alat-alat lain, lebeh bagus dan amat digalakkan.
    Article tersebut memang bagus untuk public awareness. Cuma comment saya adalah luahan pendapat terhadap mereka yang tersentap dan gelabah dengan hanya membaca satu article. Maaf zahir batinUmmu Saif dan pembaca lain jika ada yang terasa atau tersentap dengan kelemahan diri saya yang suka suki nak komen mcm2 yg mungkin la tak logik kot.ampun ye.. =)

    • Pd pndapat saya,bkn slh baby walker tu.tp slh manusia yg berakal tp x guna.hehe
      Kn kite ni yg buat dia..so kene la pandai berfikir..kalau ada walker tu jgnla pkai smpai 24jam dok kn baby dlm tu..pastu dh tahu ada anak kecil,kene la peka..benda tajam,panas,senang cite yg bhaya kene la letak di tempat selamat.senang crita,kita ada akal,so guna..tq

  26. Pingback: Iman Berjalan Pada Umur 8 Bulan 24 Hari

  27. sy ada belikan walker untuk baby sy berusia 6 bln,setakat ni alhamdulillah x ada lg perkara2 yg x diingini berlaku tp risau pulak bila dah baca artikel ni…sy seorang ibu yg bekerja dan merasa kan masa untuk anak2 sngt kurang.bagaimana caranya untuk sy memastikan baby sy membesar seperti baby lain???sy juga mempunyai anak yg berusia 4 thun..malah anak sy yg pertama juga pernah terjatuh semasa menggunakan walker….

  28. walker tak salah…salahnya penjaga klu kmlngn berlaku.klu merangkak baby mengutip,klu berjln wayar cerek terjuntai sana sini ,kmlgn tetap berlaku. yg penting PEMANTAUAN!!! betul tak?

  29. sy setuju dgn pendpt ummusaif…smua ibu nk terbaik utk ank2kn.jd aper salahnyer kt berkorban lbih untuk dia..wlau pn susah skrng tp ganjaran pahala akn kite dpt dgn menjaga ank..lbih baik kt ajar ank dr kecil ni berusaha sendiri,dr suatu hr nti hnye pandai meminta.ikuti lah sejarah asuhan dan pendidikan anak2 zaman RosullAH saw..dulu.sy pn da byk melaluinyer.krn smuanyer ikut kte org,walhal itu ank kite jd sepatutnyer kite yg mencorakkan nyer.orng len pndai ckp jer,tp kite yg menanggung nyer..

  30. saya terima pendapat ramai…mgkin ia tidak berlaku pada semua bayi tp kebanyakannya…. tp anak sedara saya 9 bulan boleh berjalan walaupun telah menggunakan ‘walker;… saya baru bercadangmembeli walker untuk anak sendiri… tapi bila baca artikel ni cam nak pikir 2,3 kali lak.. 🙂

    • salam…

      ya betul, artikel ini juga membuakan saya berfikir byk kali.

      mmg tak dinafikan testimoni yg baik kelihatan baik. adik beradik saya juga ramai yg naik walker semasa kami kecil.
      tetapi, kajian tetap kajian yg sah dan blh pakai kerana ia merangkumi majoriti.
      Saya yg berkerja di wad kecemasan pun byk handle kes kanak2 cedera disebabkan oleh walker.

      Wallahu a’lam 🙂

  31. salam…

    Ya, memang betul fakta tentang keburukkan baby walker ni. Ianya seperrti kita mempercepatkan tumbesaran anak kita apabila menggunakannya. Apabila sudah pandai merangkak, dipaksa untuk belajar berjalan pula menggunakan baby walker. Bukankah tumbesaran anak-anak berlaku secara gradually ?

    Sekadar perkongsian, saya juga ada berkongsikan antara info-info yang menyebabkan baby walker ini membahayakan anak-anak di laman web saya dan segala perkongsian tentang early childhood ini.

    Boleh lawati di http://www.excelqhalif.com / FB Fanpage Excel Qhalif. Terima kasih.

    Wasalam 🙂

  32. Hem saya baru dapat anak 1st da 6bulan lebih..ms sy check up bb kat klinik for monthly cek up…ade satu kes bb punya tulang blakang xlurus..punca terlalu awal di msukan ke dlm walker..bila turn bb sy msuk jumpa doc..trus dr pesan..no walker..coz the previous bb may or could be paralyze or har to walk when grew up..seram gak..tp tula mak metua asik suh hubby beli walker sebb ank sy kalo nampak sy bediri nangis mintak dukung..so diorg kata seng kalo ank kat walker..xde la nangis slalu..Tensen je saya dgr..pastu hubby ckp diorg ms kecik semua walker..sebb tu laju je jln sebelom stahun..rata2..8bulan da jalan..belah saya adik bradik 4org tak pkai walker sebb mak kata xnak miss every stage anak dia nyer dev..so sweet even mak skolah takat darjah 3 je sebb mak takut anak2 dia jatuh or kena pape kalo dalm walker..terng kat metua pon mesti kena sngkal..ckp ala anak dia dulu 5org xpape p0n..sy hanya mampu mkn n pendam kan je la..sabar itu indah (@@~

  33. Salam, baby saya 11 bulan, dah suka memanjat & explore sampai ke dapur. Pendapat sy, walker boleh guna pd masa2 tertentu. Contoh bila saya nak buat kerja rumah (supaya dia tak memanjat sofa & lain2 tempat yang dia boleh panjat) & bagi baby makan (senang tak sepah2). Tapi bila dah selesai semua sy akan tolak walker ketepi (walker tu pulak jadi bahan panjat dia).

    Jika ada yang bercadang nak beli walker, pilih yang betul2 berkualiti. Walker anak sy (turun temurun dari adik ipar), sgt sturdy & stable. Walaupun baby sy pijak & panjat tepi2 dia, walker tu tetap x terbalik. X ingat brand apa.

    Bila dah ada walker jgn selalu letakkan dalam walker, ya saya percaya terlalu bergantung pada walker boleh melambatkan perkembangan motor dia, berbeza kalau kita biarkan dia tanpa walker, secara semula jadi.

    apa2 pun tanpa atau dgn walker kena selalu perhati baby kita. Guna walker bila perlu sahaja & kalau nak beli walker, melabur duit sikit beli yg berkualiti, yg ptg selamat digunakan.

  34. Lupa, lagi satu pendapat sy walker tak membantu baby cepat atau lambat jalan. Bergantung pada baby jugak. Anak buah sy, 1 tahun 3 bulan baru boleh jalan (terlalu guna walker). Ada yg x setahun dah boleh jalan, pun guna walker jugak.

  35. Saya ada jgk walker ni, tp ltak skejap2 je baby kt situ, dan d bwh jgaan sndiri tdk mmbiarkn baby sndirian ats walker…ape pun normal step diutamakan, klau xde sbrng kerja baby akn dletakkan di lntai so dia akn pantas merangkak, tp klau praktikkan utk berjalan kakinya akn dijongkitkan mngkn sbb pnggunaan walker jgk, lama kelamaan dia akn terbiasa, bleh guna walker tp hndklah sntiasa baby di awasi stiap masa…Wallahu a’lam…

  36. saya stuju dgn artikel ni..saya sendiri tak pernah gunakan walker utk ank saya..
    boleh jer dia berjln dgn baik..tak membantu ape2 pun walker ni..stkt nk buat kerja tu,mintak la tlg hubby kita tgkkn anak sekejap..tu lebih baik n menambahkan keharmonian rumah tgga.. 🙂

  37. as a mother of twins…. i did a lot of research before buying new things for my twins. org lain puji walker ni memudah kan mereka jaga anak. hmm.. I have twins and I have NO WALKER in my house. susah x jaga anak? mmg susah bila ada 2 anak kecik yg aktif bergerak. tp lepas baca all the articles and research papers, sy rela SUSAH daripada risk kan anak saya. jgn mendabik dada dgn mengatakan “anak saya pakai walker tapi berjalan ok je… anak saya xpernah jatuh pun… anak saya tak jadi apa pun… anak saya selamat je…” you can make the statement because nothing happens to your kids. kalau anak something happens dan anda termasuk dalam 80% yg berlaku kemalangan tu… you wont make the statement.

    research is being done for a reason. bukan semata2 utk publications. sorry to say… rasanya utk org yg still nk guna.. they should say ” i’m willing to take the risk of using walker because the walker helps me a lot” rather than mengatakan “anak saya guna selamat je… keturunan saya guna semua ok je, semua berjaya masuk univ etc2…” kemudian encourage org lain guna dengan reason anak dia guna and nothing happens. saya kecewa bila tgk entry mothers yang bangga anak2 xde apa2 jadi bila guna walker..and condemn the issue of walker safety. wallahualam….

  38. Assalamualaikum UmmuSaif, soalan saya mungkin sedikit off topic. Anak saya berusia 13 bulan dan mula mengesot sejak berusia 8 bulan. Kadang-kadang ada di perlihatkan posisi seperti mahu merangkak tetapi dia hanya mengesot ke depan. dan sekarag dia sudah mampu berdiri dgn sendiri tetapi masih tidak mampu untuk balance kan bdn untuk berdiri. Soalan saya, adakah saya patut berasa risau memandakan anak saya tidak melalui stage merangkak?

  39. apa salahnya bbay walker nie.. buat masa nie saya guna ok je… rumah x de tangga. mungkin baby walker yg lama kut yg x selamat.. baby walker yang sekarang dh moden.. mcm2 ciri keselamatan yang ada dan permainan utk dia belajar sambil duduk dalam walker.membantu saya klu nk buat keje.kdg2 saya tgk dia suka main2 permainan yg ada pd baby walker 2. saya guna baby walker dr gb. sory kalu pendapat saya salah

  40. Pingback: Perhiasan Kepala Baby - Fashion dan Belanja Jadi Satu

  41. Assalamualaikum WB,
    Pengalaman saya menggunakan (BW) Babby Walker
    1).untuk anak laki th. 1984 tidak masalah dan umur 10 bln udah bisa jalan 2).Th.1986 untuk anak perempuan saya baru umur 12 bln bisa jalan karena umur sepuluh sudah bisa bicara.
    3) Th.1996 untuk anak laki saya juga umur 12 bln.bisa jalan.
    4) Th. 2014 untuk cucu saya perempuan dan laki-laki juga aman dan umur 12 bln bisa jalan.

    SARAN;
    – BW adalah alat yang diciptakan untuk memudahkan gerak bayi dan cari yang titik beratnya ditengah jadi seimbang dan tidak mudah guling. Cari tumpuan roda dibawah melingkar agak ketengah agar kalau BW terbentur benda yang yang kena dahulu adalah tumpuan lingkaran yang dibawah (cari BW yang aman);
    – Anak yang duduk di BW lebih bebas geraknya dapat maju, mundur, gerak kiri dan kanan. Sewaktu berhenti anak akan berusaha keseimbangan berdiri dan kalau sudah mulai telapak kaki tegak ketinggian duduk dapat di setel naik/turun untuk menyesuaikan kaki anak;
    – Walaupun anak duduk di BW, orang tua wajib menjaga anak. Kesemuanya adalah untuk monitor perkembangan sianak.
    – Khusus untuk anak yang sangat aktif, kalau duduk di BW perlu pengawasan khusus karena BW bukan untuk kendaraan yang dipacu dengan kecepatan tinggi.

    Demikian pengalaman saya menggunakan BW, karena semua alat adalah untuk memudahkan pemakaian kita asal benar-benar bisa menjaga keselamatannya.

    Sby, 1 April 2016
    Wass.eyangkung Djoko Suwasono

Leave a reply to tim Cancel reply