Teka Teki Tentang Nyamuk

image

Kelmarin, saya telah melakukan sedikit survey tentang kefahaman orang ramai mengenai penyemburan asap atau fogging nyamuk di laman Facebook saya.

Pelbagai bentuk jawapan yang saya terima. Ada yang betul dan ada yang salah.

Mengapa jawapan berbeza-beza, padahal ianya hanyalah perihal nyamuk?

Tidak sangka haiwan sekecil nyamuk amat sukar untuk kita fahami. Mungkin itulah tanda-tanda betapa kecilnya kita dan betapa besarnya Maha Pencipta nyamuk tadi.

Di dalam al Quran, terdapat beberapa haiwan kecil yang Allah jadikan perumpamaan agar kita manusia menjadi hamba-hambanya yang berfikir dan diberi petunjuk.

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; .. ” (QS2:26) Continue reading

Seawal Manakah Anak Boleh Mula Berpuasa?

Tahun ini Imad berumur 6 tahun.

Seperti abang dan kakaknya, kami bercita-cita untuk mengajar Imad berpuasa pada usia 6 tahun.

“Imad, tahun ini Imad nak puasa tak? Imad puasa ye nanti. Nanti boleh buka sama-sama”, kami mengindoktrinkan idea berpuasa sejak beberapa bulan yang lalu.

Sekitar bulan Syaaban kami mula mengingatkan Imad tentang Ramadhan. Sekolah tadika Brainy Bunch Islamic Montessori juga bercerita kepada Imad dan kawan-kawannya tentang amalan berpuasa di bulan Ramadhan.

Imad nampaknya begitu teruja untuk berpuasa. Tidak sedikit pun nampak kerisauan di mukanya. Ini adalah kerana kami tidak pernah menakut-nakutkan Imad serta adik beradiknya tentang ‘kesan sampingan’ berpuasa. Continue reading

Nyamuk Bala Ke Atas Manusia?

Semalam saya berpeluang mengikuti mesyuarat kes kematian penyakit denggi di peringkat negeri Selangor.

Sangat mengejutkan kes denggi telah menjadi doubled sejak 2 bulan ini, iaitu sebanyak 12 kes kematian di dalam tempoh 2 bulan berbanding 6 kes pada tempoh yang sama tahun lepas. 7 kematian di Selangor, 2 di Kuala Lumpur dan 1 di Putrajaya.

Dan yang paling sedih kebanyakan kes datang dari penempatan rumah-rumah pangsa atau flat. Continue reading

Geram di pagi Jumaat…

The superior man is modest in his speech, but exceeds in his actions – Confucius

u jgn cakap mak saya jadi mcm ni sbb gula high…dia jatuh itu hari tak mau bagi masuk ward…kalau melayu mesti gerenti sudah masuk ward punya…itu hari kata specialist, tak perlu masuk ward. itu specialist, ¬†bullshit…sekarang kalau u berani saya record apa u cakap…saya benci tengok org UKM…tgk saja saya mau lempang sorang2.

saya mau ambik ini record xray…hantar pergi gleneagles,kalau u punya orang salah saya cakap sama saya punya lawyer saman u semua kena…pointing fingers towards us. Continue reading