Kelmarin, saya telah melakukan sedikit survey tentang kefahaman orang ramai mengenai penyemburan asap atau fogging nyamuk di laman Facebook saya.
Pelbagai bentuk jawapan yang saya terima. Ada yang betul dan ada yang salah.
Mengapa jawapan berbeza-beza, padahal ianya hanyalah perihal nyamuk?
Tidak sangka haiwan sekecil nyamuk amat sukar untuk kita fahami. Mungkin itulah tanda-tanda betapa kecilnya kita dan betapa besarnya Maha Pencipta nyamuk tadi.
Di dalam al Quran, terdapat beberapa haiwan kecil yang Allah jadikan perumpamaan agar kita manusia menjadi hamba-hambanya yang berfikir dan diberi petunjuk.
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; .. ” (QS2:26) Continue reading