You Are what You Believe

Alhamdulillah, sekali lagi saya dan sahabat-sahabat dapat menghadiri usrah bulanan Papisma.

Usrah sesi baru ini kami memilih untuk mengupas buku Apa Erti Saya Menganut Islam (AESMI) oleh Dr Fathi Yakan. Buku yang tidak asing lagi daripada silibus usrah para penggerak Islam. Tajuknya berbunyi ringkas dan mudah namun kupasannya belum tentu lagi bagaimana kerana ianya bergantung kepada cara olahan dan kefahaman naqib serta ahli sesebuah usrah tersebut.

Pertemuan kali ini, naqib mengupas bab pertama buku ini iaitu AESMI dari segi akidah.

Bab pertama ini mengajak semua pembacanya betul-betul faham kenapa kita mesti mulakan segala-segalanya dengan keyakinan kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Betapa setiapnya bermula dengan keyakinan kita, kepercayaan kita serta baik atau buruk sangka kita ke hadrat Allah SWT serta segala kehidupan kita.

Dengan memahami dan memasuki Islam dari segi akidah, kita akan faham setiap tindak tanduk kita, keluarga kita, sahabat kita dan semua manusia sejagat.

Dengan membersihkan hati kita daripada sebarang penyembahan atau kepercayaan yang salah, bab pertama ini mengajak para pendakwah agar bersih dari segala salah tanggapan, pesimis, buruk sangka, benci, ria’, ujub serta kegala keburukan yang ada dalam diri.

soal iman

Continue reading

Nak Sembang Atau Nak Diam, Mana Yang Lebih Baik Untuk Saya?

ukhuwwah fillah
Diam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.
Kata-kata di atas bukan bermakna kita kena diam setiap masa.

Yang baik tetap kena disampaikan, kerana itulah tuntutan dakwah.
Dan dakwah bukan bermaksud kita kena pergi ceramah pada orang.
Tetapi mengajak orang kepada kebaikan, silaturrahmi, berukhuwwah itulah berdakwah.
Pendek kata, bermuamalat sesama manusia itu tuntutan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Continue reading

Berfikiran Positif VS Menafikan Negatif: Dua Yang Berbeza.

Alhamdulillah, sampai juga saya ke Transformasi Ramadhan 2.0. Transformasi Ramadhan 1.0 tidak saya hadiri di atas sebab yang saya sendiri tidak ingat.

Namun kali ini saya nekad, awal-awal lagi Transformasi Ramadhan sudah saya book di dalam kalendar.

Alhamdulillah, persediaan mental dan fizikal saya tidak sia-sia. Pada hari pertama sahaja, saya sudah mendapat banyak mutiara ilmu yang tidak disangka-sangka.

MashaAllah!

Rupa-rupanya al-Quran sudah lama mengajar kita berbuat baik kepada semua termasuk orang yang kita benci atau musuh kita.

Kata-kata Prof Muhaya siang tadi sungguh benar. Continue reading

Kuala Yang Semakin Panas…

Sungguh panas cuasa dua tiga hari ini.
Setiap kali musim panas begini, seperti biasa saya akan mudah mendapat migrain. Terutama jika selepas saya memandu kereta. Ditambah pula dengan kurangnya meminum air kosong, kepala saya berdenyut-denyut dibuatnya.

Sebenarnya, saya baru sahaja mengalami sakit kepala migrain sejak pulang ke Malaysia. Semasa berada di luar negara, saya amat jarang sekali mendapat sakit kepala.

Di sini, pantang sahaja hari panas atau hari pertama berpuasa, otak saya bagaikan tidak dapat menahan kekeringan yang sangat menguji itu. Mungkin inilah sebahagian penangan heat exhaustion.

Namun, panasnya cuaca tidaklah seteruk panasnya keadaan manusia di tengah Kuala Lumpur dan di Facebook kelmarin.

Sekurang-kurangnya panasnya cuaca, ada tempat berteduh. Panasnya badan, boleh juga dilap atau mandi. Panasnya tekak, boleh juga saya minum.

Namun, panasnya internet, facebook dan laman sosial yang lain, Tuhan sahaja yang tahu bagaimana untuk ‘menyejukkannya’…

Panas, memang panas… Continue reading

Kekalkan Dirimu Sentiasa ‘Teachable’

Sebenarnya walaupun program di Bandung hanyalah selama sehari, namun terlalu banyak yang saya dapat daripada ‘perjalanan’ kali ini.

Tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya saya dengan pengalaman yang sangat berharga ini.

Program di Bandung hanya merupakan program anjuran adik-adik undergrad di Universiti Padjadjaran. Bukan persidangan universiti, bukan konvensyen antarabangsa atau liqa’ asatizah. Hanyalah seminar satu hari anjuran adik-adik kampus.

Namun, saya merasakan sesuatu yang sangat istimewa telah berlaku.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;¬†(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (3:190-191)

Continue reading