Kenapa Rumah Kita Tiada Tetamu?

image

Cuba cek rumah kita ramai tetamu atau tidak?

Soalan saya di atas adalah sekadar trigger to make it catchy. Continue reading

Advertisements

Seawal Manakah Anak Boleh Mula Berpuasa?

Tahun ini Imad berumur 6 tahun.

Seperti abang dan kakaknya, kami bercita-cita untuk mengajar Imad berpuasa pada usia 6 tahun.

“Imad, tahun ini Imad nak puasa tak? Imad puasa ye nanti. Nanti boleh buka sama-sama”, kami mengindoktrinkan idea berpuasa sejak beberapa bulan yang lalu.

Sekitar bulan Syaaban kami mula mengingatkan Imad tentang Ramadhan. Sekolah tadika Brainy Bunch Islamic Montessori juga bercerita kepada Imad dan kawan-kawannya tentang amalan berpuasa di bulan Ramadhan.

Imad nampaknya begitu teruja untuk berpuasa. Tidak sedikit pun nampak kerisauan di mukanya. Ini adalah kerana kami tidak pernah menakut-nakutkan Imad serta adik beradiknya tentang ‘kesan sampingan’ berpuasa. Continue reading

Berfikiran Positif VS Menafikan Negatif: Dua Yang Berbeza.

Alhamdulillah, sampai juga saya ke Transformasi Ramadhan 2.0. Transformasi Ramadhan 1.0 tidak saya hadiri di atas sebab yang saya sendiri tidak ingat.

Namun kali ini saya nekad, awal-awal lagi Transformasi Ramadhan sudah saya book di dalam kalendar.

Alhamdulillah, persediaan mental dan fizikal saya tidak sia-sia. Pada hari pertama sahaja, saya sudah mendapat banyak mutiara ilmu yang tidak disangka-sangka.

MashaAllah!

Rupa-rupanya al-Quran sudah lama mengajar kita berbuat baik kepada semua termasuk orang yang kita benci atau musuh kita.

Kata-kata Prof Muhaya siang tadi sungguh benar. Continue reading

Cinta Buta Tu Apa?

“Ummi, cinta buta tu apa?”, Imad anak saya yang berumur 5 tahun setengah itu tiba-tiba bertanya.

“Cinta buta tu, orang tu sibuk sangat bercinta sampai dia tak nampak jalan. Lepas tu dia berlanggar sebab buta”, jawab saya.

“ooOOOooo…”, begitu serius Imad ternganga mendengarnya.

Hmmm… Imad, Imad, begitu advance dek penangan media televisyen.

Beberapa jam kemudian… Continue reading

Ilmu Itu Pembawa Rahmat

Minggu-minggu di sekitar April dan Mei 2011 itu saya lalui dengan hambar.

Untuk memujuk hati yang lara, kami membawa diri ke utara Semenanjung Malaysia.

Percutian yang tidak dirancang itu sedikit sebanyak menghilangkan duka yang mencengkam.

Tanpa berfikir panjang, Batu Feringgi menjadi lokasi penginapan. Syukur bibik masih di Indonesia ketika itu, maka kos hotel berkurang separuh daripada biasa.

Alhamdulillah cuti tanpa rekod yang diberikan sangat membantu. Satu perkara yang saya amat bersyukur tentang Jabatan saya ialah sikap perihatin serta sifat empati Ketua Jabatan dan kakitangan lain apabila menghadapi situasi seumpama ini.

Continue reading