Kenapa Rumah Kita Tiada Tetamu?


image

Cuba cek rumah kita ramai tetamu atau tidak?

Soalan saya di atas adalah sekadar trigger to make it catchy.
Namun, mungkin itu yang sepatutnya kita tanya di dalam hati.
Mungkin kita tak ramai tetamu, sebab baru pindah ke kawasan baru.
Mungkin juga sebab kita selalu tiada di rumah.
Atau mungkin kita tiada ramai kenalan atau sanak saudara.
Atau mungkin juga kita kurang melayan tetamu apabila mereka datang berziarah.
Atau, kurangnya Rahmat Allah di rumah kita.

Maka, mari koreksi diri. Rendahkan ego dan elakkan sifat defensif.
Muhasabah diri adakah diri kita disenangi ramai hingga mereka ingin menziarahi kita?
Adakah akhlak kita lemah lembut dan mesra sesama tetangga dan keluarga?
Adakah amalan yang kita lakukan hingga mengundang Rahmat Allah itu semua?

Jika tidak, maka jangan mempersoalkan mengapa kita tidak menerima tetamu.
Kerana kurangnya tetamu mungkin tanda kurangnya Rahmat Allah.

Apa yang kita perlukan di dalam rumah kita untuk mengundang Rahmat Allah? Supaya lebih mudah untuk kita membuat check list.

Ada 4 elemen yang perlu kita periksa:

1. P – physical (fizikal): yakni rumah yang bersih dan kemas. Poin ini sangat penting. kita mesti faham bersih tidak memerlukan rumah yang besar dan cantik.

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (H.R. Muslim)

2. I – Intelectual: ilmu yang berkat sama ada di dalam minda atau bahan bacaan. Boleh juga perkara yang menjadi tajuk bualan di dalam rumah itu, iaitu yang baik atau lagha.

3. E – Emosi: rumah yang tenang. Tiada porak poranda atau kemelut pergaduhan. Akhlak yang baik. Bersabar dan berlemah lembut dengan rakan tetangga.

4. S – Spiritual: amalan-amalan soleh oleh tuan rumah.

Maka, marilah kita memakmurkan rumah kita sebagaimana makmurnya rumah-rumah Allah agar dapat mengundang Rahmat Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Firman Allah bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Ummusaif.com

Ipoh.

2 thoughts on “Kenapa Rumah Kita Tiada Tetamu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s