Berfikiran Positif VS Menafikan Negatif: Dua Yang Berbeza.


Alhamdulillah, sampai juga saya ke Transformasi Ramadhan 2.0. Transformasi Ramadhan 1.0 tidak saya hadiri di atas sebab yang saya sendiri tidak ingat.

Namun kali ini saya nekad, awal-awal lagi Transformasi Ramadhan sudah saya book di dalam kalendar.

Alhamdulillah, persediaan mental dan fizikal saya tidak sia-sia. Pada hari pertama sahaja, saya sudah mendapat banyak mutiara ilmu yang tidak disangka-sangka.

MashaAllah!

Rupa-rupanya al-Quran sudah lama mengajar kita berbuat baik kepada semua termasuk orang yang kita benci atau musuh kita.

Kata-kata Prof Muhaya siang tadi sungguh benar.

Prof Dr Muhaya Mohd telah dijemput oleh Akademi Sinergi bagi mengisi slot Transformasi Diri.

Beliau sangat berinspirasi dan bersemangat. Setiap kata-katanya penuh positif. Saya seolah-olah mengenali seorang penjual minyak wangi. (Maksud hadis)

“Jangan sesekali kita membenci orang. Jangan sesekali kita memikirkan yang jahat tentang orang.  Fizikal kita akan lemah bila hati dan akal kita lemah dan negatif. Yang negatif akan terus akan jadi negatif jika kita terus negatif tentang mereka. Maka teruskanlah berfikiran positif.”

Namun ingat, optimis atau berfikiran positif tidak sekali sama dengan menafikan yang negatif.

Ianya sekadar mempositifkan pandangan agar hasilnya positif.

Optimis bukan bermaksud terima semuanya baik secara buta. Sesuatu perkara itu masih buruk atau negatif contohnya salah laku kepada kita eg kecurian, rompakan. Maka kita tidak menafikan ianya negatif. Namun tindakan kita selepas itu ialah mempositifkan kejadian tersebut agar kita tidak sedih atau terlalu negatif hingga melemahkan diri dan pegangan kita.

Surah Fussilat ayat 34: “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

Kesedaran dan pengajaran ini saya bayangkan aplikasinya kepada diri sendiri khususnya sebagai seorang anak, isteri, ibu, pensyarah, daie dan juga rakyat Malaysia.

Peranan kita terlalu luas maka sudah tentunya ayat di atas bukanlah untuk single tasking.

Aplikasi saya yang paling utama ialah sebagai daie.

Saya nampak kata-kata dan ayat di atas amat sesuai dan wajib untuk kita amal dan sebatikan di dalam diri agar sesiapa yang bersama kita benar-benar dapat merasakan kesan positif (positiveness) itu.

Tambah Prof Muhaya lagi, “Akal akan mempengaruhi hati. Hati akan mempengaruhi perbuatan. Lantas perbuatan akan membuahkan hasil. Maka, jika negatif yang difikirkan maka negatiflah hasilnya. Jika positif yang difikirkan, maka positiflah hasilnya.”

Padanlah teguran kita kepada insan lain tidak menjadi apa-apa. Kerana hati kita busuk dan penuh dengan kebencian.

Kita menegur anak-anak dengan kebencian.

Kita menegur junior atau pelajar-pelajar dengan kebencian.

Kita menegur staff dan colleague dengan kebencian.

Tiada perasaan kasih sayang di dalam hati kita.

Hati hanya akan mendapat hidayah bukan sekadar dengan keikhlasan tetapi juga dengan kasih sayang. Atau adakah kita benar-benar ‘ikhlas’ semasa menyampaikan?

Mungkin benar kata-kata pepatah English ini, “Which one is more important, ‘Giving’ or ‘Giving your way’?

Azam saya kali ini, saya kena pastikan saya lebih positif dan berkasih sayang ketika menyampaikan pengajaran semasa CME dan ward round di Jabatan saya. Begitu juga semasa bersinergi bersama rakan-rakan setugas.

Saya akan lebih menyayangi suami dan anak-anak. Menjaga bahasa dan tingkah laku dengan mereka.

Juga dengan para sahabat, mad’u serta kenalan. Terutama menjaga bahasa penulisan saya media sosial khususnya di Facebook.

Tidak dilupakan keluarga yang dikasihi. Siapalah kita tanpa ibu bapa dan adik beradik.

Dan yang paling utama, mereka yang membenci Islam dan tidak mahu Islam bangkit di negara kita. Mungkin sudah tiba masanya kita ubah cara dakwah kepada mereka. Buangkan segala kebencian dan celaan. Tegurlah mereka dengan kebaikan dan kesabaran. Jangan biarkan negatif mereka terus bermaharajalela, kesan sampingan kesan negatif daripada dakwah kita.

Sesungguhnya, marilah kita kembali memahami ayat Allah yang nampak ringkas namun Maha Besar kesan serta impaknya iaitu Surah al-Asr.

UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

About these ads

3 thoughts on “Berfikiran Positif VS Menafikan Negatif: Dua Yang Berbeza.

  1. Alhamdulillah..Muna..thanks for the share..meh..sama-sama..kita bertransformasi..tegur dan ingat mengingati ok..especially kat workplace..yang penting istiqamah..

  2. Pingback: Berfikiran Positif VS Menafikan Yang Negatif? | JAGABADAN.NET

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s