Kuala Yang Semakin Panas…


Sungguh panas cuasa dua tiga hari ini.
Setiap kali musim panas begini, seperti biasa saya akan mudah mendapat migrain. Terutama jika selepas saya memandu kereta. Ditambah pula dengan kurangnya meminum air kosong, kepala saya berdenyut-denyut dibuatnya.

Sebenarnya, saya baru sahaja mengalami sakit kepala migrain sejak pulang ke Malaysia. Semasa berada di luar negara, saya amat jarang sekali mendapat sakit kepala.

Di sini, pantang sahaja hari panas atau hari pertama berpuasa, otak saya bagaikan tidak dapat menahan kekeringan yang sangat menguji itu. Mungkin inilah sebahagian penangan heat exhaustion.

Namun, panasnya cuaca tidaklah seteruk panasnya keadaan manusia di tengah Kuala Lumpur dan di Facebook kelmarin.

Sekurang-kurangnya panasnya cuaca, ada tempat berteduh. Panasnya badan, boleh juga dilap atau mandi. Panasnya tekak, boleh juga saya minum.

Namun, panasnya internet, facebook dan laman sosial yang lain, Tuhan sahaja yang tahu bagaimana untuk ‘menyejukkannya’…

Panas, memang panas…

Bukan Sebarang Ujian

Ujian ‘kecil’ kelmarin rupa-rupanya sangat besar. Ianya benar-benar menguji tahap kekuatan fizikal, intelektual, emosi, dan spiritual seseorang.

Emosi saya teruji ketika bertugas di hospital kelmarin. Mengenangkan ahli keluarga dan para sahabat yang pergi menegakkan kebenaran di luar sana, akal saya berusaha keras untuk menguatkan kewarasan di atas semua yang bakal dan telah berlaku. Panas fizikal pula benar-benar menguji setiap makhluk yang berada di bawah sang mentari.

“Sabar itu matahari” – HR Muslim

Saya optimis dengan semua kebaikan.

Saya cuba menyampaikan dan berkongsi kebaikan kepada semua melalui bidang kepakaran saya. Melalui Facebook, Twitter dan SMS, saya nasihatkan kepada mereka yang keluar di sana agar mengambil segala langkah berjaga-jaga seperti memakai cermin mata hitam, memakai topi bagi mengelakkan kesan sampingan panas yang melampau atau heat exhaustion. Saya juga berpesan agar orang ramai tidak terlalu agresif serta minum air terlalu banyak lalu mendapat water intoxication.

Dalam masa yang sama, saya masih tenang sambil melakukan ward round dan melihat pesakit di hospital. Hati sentiasa berdoa agar semuanya selamat dan baik.

Namun, apa yang tidak sepatutnya berlaku tetap berlaku.

Keganasan fizikal, kesan sampingan mentari tetap berlaku. Tidak kurang juga, salah laku, pertikaman lidah dan kebencian yang tiada berasas.

Mengapa ini berlaku?

Kita tak perlu lantang untuk buktikan kepada dunia. Cukuplah hati dan diri sendiri menjadi saksi tahap akidah dan akhlak kita.

Setakat mana kefahaman kita.

Setakat mana praktikaliti usrah asas kita.

Setakat mana  pemprosesan kuliah maghrib kita.

Setakat mana penggaraban Seminar Muslim kita.

Setakat mana usaha dakwah kita.

Usaha Yang Masih Kurang

Secara personal, saya dapat merasakan kurangnya perlaksanaan amanah dakwah umum. Kita masih kurang berusaha. Kita masih jauh lagi. Sejauh kemenangan Constantinople daripada para Sahabat.

Masih ramai yang kurang fahamnya.

Masih ramai yang kurang mantap akidahnya.

Masih ramai yang tidak cantik akhlaknya.

Masih ramai yang jauh daripada kebenarannya.

Maka dengan itu, saya tidak boleh berhenti. Saya tidak boleh bermimpi. Saya tidak boleh termakan benci. Saya tidak boleh kalah dengan caci.

Mereka ‘buta’ dan perlukan kita untuk terus memimpin.

Mereka ‘jauh’ dan perlukan kita untuk terus mendekati.

Mereka ‘lalai’ dan perlukan kita untuk terus mengingatkan.

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (31:17)

Persiapan dan gerak kerja mesti diteruskan. Sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sama ada secara umum atau secara khusus.

Setiap langkah mesti dengan tujuan dan tanggung jawab.

Saya mesti terus sedar dan mampu mengawal emosi. Serta dalam masa yang sama, proaktif serta persiap diri.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (3:102)

Dan sesungguhnya tanyalah iman masing-masing, setakat dan sedalam mana kita sudah benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT?

UMMUSAIF.COM
56000, Cheras

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s