Cuti Sekolah Orang Dulu-Dulu


Cameron Highland

Ahh cuti sekolah datang lagi…

Pastinya anak-anak saya sukakan cuti seminggu ini.

Malah bukan mereka sahaja, Abi mereka pun sama. Tak perlu bergegas awal-awal pagi untuk menghantar mereka. Heaven..

Apa pula plan cuti kali ini?

Tiada plan!

Kami tidak sempat untuk fikirkan tempat untuk bercuti. Ini gara-gara kerana kami berdua agak sibuk dan baru sahaja pulang dari Bandung. Semuanya jadi kelam kabut dan tidak terancang.

Pulang sahaja dari Bandung pada Isnin yang lepas, kami terus mengambil anak-anak di rumah Aunty G di Wangsa Maju.

Sampai-sampai di rumah G pada pukul 5 petang, kelihatan Muiz sedang bermain keseorangan di ruang tamu.

Ah, Muiz memang begitu, boleh survive tanpa orang lain.

G kata yang lain sudah di’paksa’ untuk tidur. Kalau tidak, mereka tidak akan rehat selepas satu pagi di zoo negara.

Saya memeluk rindu badan yang gebu itu.

Eh, ada bintik-bintik merah di lengan Muiz.

Dan ada beberapa lagi di badannya.

“Kak, G rasa depa alergik pada air masa swimming semalam bcoz Khubayb pun ada.”

“Eh, ini bukan alergik, ni chicken pox”, saya membetulkan G.

“Ye ke kak. Eh bukan kot.”

“Ye betul. Lagipun minggu lepas, sepupu depa Haziq datang dari kampung ‘bawak’ chicken pox. Naurah dan Saif dah kena, so depa maybe takde ruam macam ni.”

Kasihan…

Khubayb yang belum berusia 2 tahun itu telah dijangkiti chicken pox daripada anak-anak kami. Tak pasal-pasal…

Vaksin Untuk  Varicella Zoster AKA Chicken Pox

“Iman dah ambik vaksin chicken pox, agak-agak Iman boleh kena tak kak?”, tanya G.

Hmm…saya tidak berapa pasti.

Sebabnya, itu adalah kali ke dua saya diberitahu chicken pox ada vaksin. Agaknya saya yang ketinggalan zaman.

Rupa-rupanya, vaksin untuk virus varicella zoster ini telah ditemui pada tahun 1995 di Amerika Syarikat. Namun, hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja ianya diperkenalkan di Malaysia.

Di United Kingdom juga, ianya tidak dijadikan salah satu daripada program vaksin nasional.

Vaksin varicella hanya mempunyai 70-90% imuniti. Ini bersama hanya 7-9 daripada 10 orang sahaja dijangkakan tidak akan mendapat chicken pox selepas divaksin. Namun, sekiranya mereka masih mendapat chicken pox, mereka hanya akan mengalami sindrom yang ringan (mild disease).

Secara personalnya saya percaya, imuniti secara natural (daripada jangkitan chicken pox) adalah lebih berkesan daripada vaksin.

Ramai ibu bapa juga percaya sedemikian.

Begitu juga ada beberapa kajian menunjukkan imuniti natural adalah lebih baik daripada imuniti vaksin.

Namun, WHO lebih menekankan kesan komplikasi chicken pox itu sendiri.

Walau bagaimanapun, komplikasi bahaya sangat jarang berlaku. Simptom chicken pox juga biasa-biasa sahaja. Setakat gatal-gatal, inshaAllah saya masih mampu menenangkan anak-anak dan diri sendiri.

Kerajaan Malaysia juga belum mewajibkan vaksin varicella.

Maka, saya mengambil jalan pertengahan. Jika diwajibkan, saya ambil. Tiada, saya berlapang dada.

"Ummi, Imad kena Ciken Pops."

Tidak Ke Mana-Mana

Oleh kerana chicken pox sangat mudah berjangkit, maka kami mengambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja.

Imad sudah pun kami ‘cuti’kan seminggu awal dari yang sepatutnya.

Selama seminggu, Imad dan Muiz seharian main bersama. Dari pagi hinggalah Yop dan kakak pulang di sebelah petang.

Alhamdulillah Abi juga sudah mengosongkan hujung minggu pertama cuti sekolah.

Kami cuma duduk di rumah sahaja.

Anak-anak tidak dibawa berjalan.

Taman, shopping, Kidzania semuanya terpaksa ditunda.

Kenduri reunion Sekolah Izzudin Shah hanya untuk kami suami isteri sahaja.

Anak-anak terpaksa melakukan aktiviti rutin yang yang membosankan iaitu menonton tv dan ‘bergaduh’ sesama mereka.

Hari-hari gaduh.

Hari-hari menjerit.

Hari-hari menangis.

Itu memang sebahagian daripada lumrah kehidupan kami.

Kerana kasihankan anak-anak yang tidak ke mana itu, saya mengambil keputusan untuk mengambil Annual Leave selama dua hari.

Masih tidak ke mana-mana. Cukuplah sekadar menemankan mereka di rumah.

Memadailah dapat melihat wajah Ummi dan Abi di rumah, anak-anak sudah bahagia.

Baru sahaja Ummi ingin meneman Abi ke kuliah di KMS pada malam Isnin kelmarin, anak-anak sudah bertanya, “Abi nak pergi mana? Ummi pun nak ikut sekali ke?”

“Yop, Naurah, Imad dan Muiz, tak boleh ikut. Imad dan Muiz ada chicken pox. Bahaya, nanti kanak-kanak lain boleh dapat chicken pox. Ummi pulak tak boleh bawak Yop dan Naurah sebab nanti adik-adik nak ikut.”

Anak-anak terpaksa akur…

Cuti Dulu-Dulu

Bercuti di rumah ialah suatu yang menyeronokkan bagi saya.

Tak perlu berkemas-kemas atau menyiapkan anak-anak dan juga suami. Tak perlu pening-pening atau tension memikirkan duit yang akan ‘terbang’ apabila bercuti.

Hanya duduk di rumah. Membaca, membuat assignment, menulis blog, mengemas rumah, memasak, melayan anak-anak at my own pace.

Tapi yang paling seronok ialah, saya tak perlu mereka dan merancang apa-apa game atau aktiviti untuk anak-anak.

Anak-anak boleh buat apa sahaja sesuka hati selagi mereka tahu batasan dan waktu solat.

Bagi saya anak-anak kena pandai explore dan mereka permainan sesama mereka. Mereka kena pandai adventure.

Saya juga tidak percayakan jadual waktu di rumah terutama di awal usia mereka. Cukup-cukuplah jadual di sekolah. Asalkan mereka dapat menhabiskan kerja sekolah sebelum sekolah dibuka, sudah memadai bagi saya.

Tugas ibu bapa hanyalah menyediakan tempat yang selamat dan selesa bagi mereka. Kita tidak perlu rasa tertekan apabila mereka bercuti di rumah.

Permainan dah banyak.

Tanah dan laman sudah tersedia.

TV dan astro pun ada.

Buku dan bahan-bahan bacaan juga banyak.

Bilik tidur untuk berangan juga ada.

Semuanya seperti zaman saya sewaktu kecil.

Bila cuti sahaja, saya dan adik beradik selalunya tidak ke mana-mana.

Kami jarang bercuti.

Sepanjang zaman kanak-kanak saya, paling jauh pun mungkin kami berkelah di Teluk Batik. Itupun ada lah dalam sekali dua.

Di awal sekolah rendah, saya banyak mengikuti arwah opah untuk bercuti di kampung.

Namun, selebihnya banyak dihabiskan di rumah.

Seperti anak-anak saya, saya dan adik beradik juga banyak bermain di sekitar kawasan rumah.

Rumah tanah lot seluas 100 >< 100 kaki persegi sangat membahagiakan kami. Di hadapan rumah kami juga ada klinik kesihatan yang mempunyai sebuah taman kecil.

Di sinilah kami bermain dan berhibur.

Beberapa orang rakan dan jiran yang merupakan anak kakitangan klinik tersebut sering menjadi teman sepermainan.

Adventure

Panjat pokok, main aci kejar, aci buaya, main lawan lari, galah panjang, main masak-masak, main basikal, main kemah-kemah dan macam-macam lagi.

Yang pastinya permainan kami itu tiada orang dewasa yang mengajarnya.

Kami sendiri…

Ayah saya seorang yang sangat sibuk. Beliau seorang imam dan Tok Kadi yang kerjanya tidak menentu masa. Ayah selalu tiada di rumah. Musim cuti lagilah, kenduri kahwin menjadi-jadi.

Tetapi emak sentiasa di rumah.

Emak yang hanya seorang suri rumah, tidak pernah melayan kami bermain. Jauh sekali mengajar atau membantu membuat kerja sekolah.

Emak cuma pastikan kami solat sebelum habis waktu dan masuk ke dalam rumah sebelum gelap.

Di dalam gembira kami bermain, tidak kurang sedih dan geramnya. Masakan tidak, setiap hari bergaduh dengan adik beradik dan kadang-kadang dengan rakan.

Saya dan adik beradik sering bergaduh. Satu fenomena yang tidak asing di depan mak.

Bila ayah balik sahaja, ayah saya akan dapati rumah kami semak dan lintang pukang sama ada disebabkan oleh pergaduhan atau permainan pondok-pondok kami.

Biasanya ayah akan memarahi atau memukul kami sekiranya terlalu tidak dapat dikawal. Itu biasa.

Namun, dalam gaduh-gaduh kami, kami tidak serik bermain.

Kami belajar bermain.

Kami belajar bertoleransi.

Macam manapun, mereka tetap adik beradik. Air yang dicincang tidak akan putus.

Kami tetap ‘bersabar’ dengan kerenah masing-masing.

Walaupun menyampah dengan muka masing-masing, permainan, perbualan dan pergaduhan kecil bersama yang bertahun-tahun itu mengajar kami erti toleransi dengan pelbagai ragam dan kerenah.

Tiada siapa yang meleraikan kami kecuali kalau dah sampai keluar sepak terajang.

Kami juga diajar untuk bersabar dengan segala kekurangan yang ada di rumah.

Tidak dibawa bercuti ke mana-mana.

Tidak diberi permainan yang mahal-mahal.

Tidak dilayan oleh ibu bapa setiap masa.

Tidak overly monitored oleh ibu bapa.

Namun di dalam kekurangan itu, kami terus berkreativiti.

Kami tidak perlukan Kidzania untuk berkreativiti dan beraktiviti.

Kami terus berangan seperti Laskar Pelangi.

Kami terus bermain.

Generasi Y dan Z

Alhamdulillah dalam ramai-ramai anak kami, nampaknya Naurah yang paling adventure dan kreatif. Dia suka menangkap haiwan-haiwan kecil dan serangga yang berada di kawasan laman rumah. Dia suka bermain khemah-khemah di dalam biliknya. Sambil-sambil berangan di dalam biliknya, dia akan menyusun permainannya menjadi struktur atau design rumah.

Naurah juga tidak obses dengan TV atau komputer.

Yang paling bagus, Naurah pandai mengajak adik-adiknya bermain dengan dia. Dan sekarang adik-adik juga sudah pandai menghayati alam dan sekeliling.

Cuma Saiful Islam sahaja, yang agak terkesan dan terbeban dengan computer games dan TV.

'rumah' Naurah

Namun, saya tidak akan putus asa. Saya akan terus berusaha dan berdoa agar anak-anak saya terus kreatif dan berdikari.

Semoga generasi Y dan Z ini terus sabar dan mempunyai tahap toleransi yang tinggi dengan kehidupan mereka.

Semoga mereka mampu bersabar dengan dunia yang semakin maha cepat dan mencabar ini.

Semoga kita sebagai ibu bapa dan pendidik, tidak terus memprogramkan mereka.

Graduates emerging from the national education system are failing to meet the expectations of prospective employers due to a lack of critical thinking skills and poor communication. – Kuala Lumpur, The Star

UMMUSAIF.COM
Cheras, 56000

7 thoughts on “Cuti Sekolah Orang Dulu-Dulu

  1. Yup..sama la k.muna..zaman saya membesar, kite yg kreatif cipta permainan sendiri. Makbapak xde duit utk beli mainan,yg mahal2..tapi BEST🙂

  2. sekali sekala jadi silent readers, sekali2 nak komen juga..huhu
    tergelak juga baca bila ummusaif tulis walaupun menyampah dengan muka masing-masing……terus teringat adik2 saya juga..perkara biasa bergaduh adik beradik masa kecil2 dulu…tapi dalam gaduh2, sayang tetap ada..gaduh2 gak tapi bila kena pukul atau gaduh dengan kawan adik2 pula jadi tukang backup…sekarang dah takda apa nak digaduh..semua dah ada haluan sendiri..rindu je nak jumpa..:)

    semoga imad cepat sembuh..insyaallah..

    cakap pasal mendepani cabaran membesarkan anak dan memikirkan bagaimana mereka berdepan dengan dunia ni memang tak lari dari perasaan takut…semoga kita selalu kuat dan bersemangat untuk besarkan anak2…insyaallah..

  3. Salam kak…

    Macam2 rasa bila baca artikel ni.
    Seronok, teringat zaman dulu2..
    Risau, bila fikir zaman sekarang…

    Rasa bertuah sangat bila akak cerita pasal naurah. Yes, teknologi ada kebaikan. Tapi banyak sangat nampak keburukan dia.

    Bila ada anak yang ‘bebas’ dari beban teknologi, alahai rasa gembira sangat..

    Back to nature..increase creativity..

  4. Alhamdulillah iman rupanya bukankena chiken pox. wallahua’lam apa penyakitnya sbb no fever dan iman pun ok sj. probably allergic to certain things sbb before that he had dinner di KLCC dgn my parents. .Alhamdulillah by today dah hilang..Alhamdulillah khubayb pun free from it. yg hari tu just red dots sikit and then gone.Tertarik dgn doa supaya anak2 mjadi kreatif dan bdikari. Iman pun sama selalu nak ke computer sj. Right now tengah mencari2 games yg sesuai dimain bersama selain jogging petang, main chess, dam and saidina.Time kami adik beradik dulu pun mcm tu. tak ada cuti2 mcm org lain sgt. kami dulu panjat pokok sini sana. habis buah letup, bunga dimakan🙂 miss the good old days.

  5. menarik… kena marah, dirotan, bergaduh – semua tu akan menjadikan anak-anak belajar dan berlatih untuk menghadapi kehidupan di masa depan. Mereka akan menjadi individu yang kuat jiwa, boleh menahan perasaan (kerana kadang-kadang kita dirotan padahal bukan salah kita pun..), boleh bersabar dan bertoleransi dengan kerenah manusia yang pelbagai……

  6. Salam kak Muna,
    Hakeem pun ada kena chicken pox tapi sikit sangat yang keluar..boleh kira red dots dia. Parut pun kecil sangat. Mungkin sebab dia dah terima vaccination lebih kurang 2 tahun lepas kot…? Wallahualam…
    Apepun, cuti sekolah adalah waktu yang ditunggu-tunggu dulu sebab boleh balik rumah nenek dan main dengan sedara-mara yang sebaya. Sekarang semua dah ada family sendiri. Memori indah zaman kanak-kanak…=))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s