Kekalkan Dirimu Sentiasa ‘Teachable’


Sebenarnya walaupun program di Bandung hanyalah selama sehari, namun terlalu banyak yang saya dapat daripada ‘perjalanan’ kali ini.

Tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya saya dengan pengalaman yang sangat berharga ini.

Program di Bandung hanya merupakan program anjuran adik-adik undergrad di Universiti Padjadjaran. Bukan persidangan universiti, bukan konvensyen antarabangsa atau liqa’ asatizah. Hanyalah seminar satu hari anjuran adik-adik kampus.

Namun, saya merasakan sesuatu yang sangat istimewa telah berlaku.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (3:190-191)

Seni Yang Mendamaikan

Di sepanjang keberadaan kami di Bandung, adik-adik melayan kami dengan sangat baik. Tiada sedikit pun cacat cela atau keserabutan yang tercerna di wajah dan tindak tanduk mereka.

Dalam Islamiknya, mereka kekal kasual dan bersahaja. Tidak kaku atau ekstrim.
Mereka berlemah lembut sesama mereka hatta hubungan di antara pelajar-pelajar muslimin dan muslimat.

Saya sukakan itu.

Dalam kasual itu, mereka masih lagi menjaga adab-adab dan akhlak di dalam Islam.

Apa yang ada di sana?

Salah seorang muslimat bertanyakan soalan ketika slot Muslimat dan Kerjaya,

“Kak Muna, mengapa senior-senior kami yang sudah berada di Malaysia berkata pensyarah-pensyarah di Malaysia sangat garang dan sombong berbanding dengan pensyarah atau doktor di Indonesia? Pensyarah di Indonesia kebanyakannya sangat merendah diri dan biasa-biasa sahaja”.

Hmmm… agak lama juga saya cuba mencari jawapan bagi soalan itu.

Saya hampir bingung seketika.

Akan tetapi, ada sesuatu di Indonesia yang berjaya mendidik jiwa mereka.

Mengapa di sana lain?

Nak salahkan jem, Bandung juga tidak kurang teruk jemnya. Malah, rasanya lebih teruk daripada Kuala Lumpur.

Nak kata tekanan kemiskinan, rasanya Indonesia lagi miskin.

Nak salahkan korupsi, mereka lagi corrupt.

Nak kata mereka lebih Islamik, rasanya mereka sama sahaja.

Ntah, saya tidak pasti akan jawapannya.

Namun, saya dapat merasakan ada beberapa kelainan yang jelas di Indonesia berbanding Malaysia.

Sampai sahaja di airport Bandung, saya amat teruja dengan seni ukiran dan elemen eksotik yang terdapat pada bangunan dan architecture. Bayangkan sesampai di airport sahaja kita sudah tahu tempat itu adalah Indonesia dan bukannya Pakistan atau Bangladesh.

Mereka ada signature.

Saya dan suami memang suka akan seni nusantara atau eksotik yang ada pada bangunan dan perabot. Tidak futuristik dan terlalu moden seperti di KLIA dan LCCT.

Saya senang dengan seni itu. Ia mampu mendamaikan dan menghilangkan sebarang keresahan.

Begitu juga dengan bahasa dan budaya yang ditunjukkan oleh orang-orang Indonesia di Bandung.

Sungguh lembut dan bersopan santun.

Hatta, pengawal keselamatan mereka sentiasa tidak lokek dengan senyuman sambil mengucapkan, “Silakan Pak”. “Ya silakan..” Bayangkan, pengawal keselamatan di tempat kerja anda…!

Peminta-peminta sedekah yang menyapa di tepi tingkap kenderaan kami juga begitu berbahasa.

Sambil berhenti sewaktu lampu merah, Awang, pelajar tahun akhir perubatan yang menjadi driver kami, membukakan tingkap kenderaan sambil memberikan beberapa keping syiling kepada peminta sedekah yang sedang mendukung anaknya di tepi kereta kami.

MashaAllah, Alhamdulillah….

Suatu pandangan yang sangat jarang di Malaysia.

Berseni dan berlemah lembut. Tidak berkira dan ikhlas memberi.

Mengapa perlu berseni?

Kerana seni, manusia berlemah lembut.

Kerana seni, manusia tidak pentingkan diri sendiri.

Kerana seni, manusia tidak keras atau rigid.

Kerana seni adalah perhiasan.

“Perhiasan ialah apa yang mencegah seseorang itu daripada kelihatan hodoh sama ada di dunia mahupun di akhirat”
– Al-Imam Al-Raghib

Remain Teachable

Adik-adik di sini sentiasa penuh dengan program.

Bak kata adik Mahirah yang sentiasa nampak sibuk itu, mereka kadang-kadang terpaksa berebut tarikh dengan persatuan-persatuan pelajar lain untuk menetapkan tarikh program.

Syabas saya ucapkan dengan kesibukan itu.

Saya di Ireland dulu tidak pernah sesibuk itu. Kami biasa-biasa aje.

Malah usrah kami juga biasa.

Di awal tahun-tahun pengajian saya di sekitar tahun 1995-1998, kami tidak mempunyai mana-mana ustaz atau ustazah di kalangan kami. Pelajar Malaysia yang sudah berkeluarga juga boleh dikira dengan jari.

Maka, pengisian usrah dan program biasanya tidaklah high impact.

Kami tidak mempunyai ramai ulamak atau ilmuan agama seperti di Bandung. Dengar cerita, pelajar-pelajar bisa sahaja menjemput mana-mana ustazah atau ustaz untuk menyampaikan pengisian.

Buku-buku agama dan bahan bacaan juga sangat mewah dan melimpah ruah di Palasari. Bukan sahaja banyak tetapi juga murah.

Kerana banyaknya program dan pengisian serta sumber ilmu yang mewah, adik-adik di sini cepat matang dengan ilmu dan pengalaman. Ditambah pula dengan sistem pembelajaran di universiti yang lebih banyak program-program kemasyarakatan, mereka lebih well exposed.

Namun dalam pada masa itu, adik-adik di sini gusar mereka akan hanyut apabila pulang ke Malaysia kelak. Mereka takut apabila di Malaysia nanti, mereka akan kosong daripada program-program.

Yang ada hanyalah ibu bapa dan adik beradik. Bukan lagi sahabat-sahabat yang sering menjadi cermin diri.

Mereka sudah terbiasa dengan program, tamrin, seminar dan usrah.

Mereka sudah terbiasa dengan masa yang teratur.

Mereka sudah terbiasa dengan well structured time table.

Mereka seolah-olah berada di dunia yang ideal.

Mereka takut untuk pulang.

Mengapa ini berlaku?

Ini mungkin kerana kita sudah terbiasa dengan kehidupan yang ideal dan perfect. Perfect dengan ilmu dan suasana. Maka kita mudah kecewa dengan sekeliling kita. Kita benci dengan ‘perubahan’ itu.

Pesan saya kepada mereka,

Kadang-kadang kita tidak perasan apa yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya sangat siknifikan. Kita cuma nampak yang besar-besar sahaja. Kita gagal mempelajari sekecil-kecil ibrah di dalam kehidupan.

Keluarga kita dan aktiviti seharian kita sangat bermakna.

Dari bangun subuh sehinggalah kita tidur di malam hari, mustahil tidak ada satu pun Allah jadikan sebagai panduan dan peringatan.

Kita harus bijak mencari.

Kita bukan sekadar berzikir tetapi juga kita harus berfikir.

“Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.” (24:44)

Sebenarnya, ahli keluarga kita adalah jihad kita. Mereka adalah sasaran dakwah kita. Mereka adalah mad’u kita.

Daripada semudah senyuman di awal hari kepada adik beradik yang mungkin menjengkelkan atau ibu bapa yang sering menyuruh kita membuat tugasan-tugasan rumah, itu semua jihad dan tarbiyyah.

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!”

Kita juga ada tuntutan dakwah dengan jiran dan saudara mara yang lain. Melayan tetamu juga suatu tuntutan.

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya kita bukan sahaja mesti Islam dari segi akidah, tetapi juga dari aspek ibadah dan juga akhlak.

Sebagaimana suasana di Indonesia telah mendidik kamu, maka Malaysia juga mampu memuslimkan kamu.

Di Malaysia juga, kita mempunyai priviledge dan kemudahan kerana internet ada di mana-mana. Kita bukanlah negara dunia ke tiga yang jauh daripada sebarang social networking dan informasi.

Dengan kehebatan internet di era ini, segala-galanya reachable dan tiada batasan.

Dengan mudah, kita dapat mengikuti sebarang pengisian atau online ceramah yang beribu-ribu di youtube atau di mana sahaja.

Maka, kita tidak mempunyai sebab untuk rasa ketinggalan atau tidak berprogram.

Kadang-kadang kita hanya perlukan ‘content‘ dan bukan ‘container‘nya.

Saya pinjam kata-kata seseorang yang tidak asing dalam hidup saya iaitu,
“Kita mesti pastikan diri kita remain teachable tak kira di mana sahaja kita berada. Teladan ada di mana-mana. Daripada kisah tayar kereta meletup hinggalah ke penjara.”

UMMUSAIF.COM

43000, Kajang.

10 thoughts on “Kekalkan Dirimu Sentiasa ‘Teachable’

  1. Well said doc. Alhamdulilah banyak pengajaran membaca artikel ini.
    Abah saya juga selalu pesan sentiasalah belajar hatta dengan alam… Katanya lagi begitulah orang Jepun berjaya. Original quoted by Konusuke Matshushita.

  2. masyaAllah! tersenyum-senyum saya membaca entri ini.
    betul-betullah saifulislam versi perempuan.
    memang secocok betullah ummu saif dengan saifulislamnya! :)))

  3. jazakillah kak muna atas perkongsiannya..jadi segan nama disebut2 dlm blog ni..🙂 maaf atas silap dan salah sepanjang akk di bandung..free2 dtg la lg!! *boleh tambah koleksi ^_^

  4. Tambah koleksi dari PB mungkin, ustaz?

    Jazakillahu khayran kathira kak Muna dan ustaz.. Sangat bermakna kehadiran kalian walaupun cuma sehari dua kerana mutiara-mutiara daripada kak Muna dan ustaz sangatlah kami perlukan. Cuma agak terkilan tak dapat ikut sesi pagi..

    “Ahli keluarga kita adalah jihad kita..”
    Sangat sukakan ayat ini ^_^
    Benda-benda yang ‘kecil2’ itulah yang sering kita remehkan..

    Farhana (yg banyak tanya tu)🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s