Just Do It!


Jemputan sudah pun diterima seawal sebulan sebelum itu. Tanpa berfikir panjang, saya terus mengatakan “Ya”.

Akhirnya!

Namun di dalam persetujuan awal itu, kesediaan saya masih lagi samar-samar.

Ok kah?

Bolehkah?

Layakkah?

Beranikah?

Sanggupkah?

Untuk kali ini sahajakah?

Saya tidak tahu jawapan bagi semua soalan-soalan di atas.

Semuanya terus bermain-main di kepala saya hinggalah ke saat pengerusi majlis memperkenalkan diri saya di slot program yang terakhir itu.

Yang pastinya program muslimat Bandung anjuran Islamic Malaysian Association (IMAN), adalah program julung saya sebagai penceramah utama.

Setakat pengisian untuk usrah kawasan semasa di Galway dan juga kuliah-kuliah untuk pelajar-pelajar saya di Universiti Kebangsaan Malaysia, apalah sangat apabila dibandingkan dengan program seharian yang diusahakan oleh pelajar-pelajar Universiti Padjadjaran ini.

Susah dan penat mereka menganjurkan program ini haruslah dibalas dengan impak yang berbaloi.

Risau.

Mampukah saya mengisi setiap harapan dan expectation mereka?

Namun, saya tidak mengambil masa yang panjang dan lama untuk berkata ‘Ya’.

Saya rasa, sudah sampai masanya saya ‘memberi’.

Saya rasa inilah ‘petunjuknya’. It is a sign.

Saya tidak ada sebab untuk berkata ‘Tidak’.

Layakkah Saya

Tajuk yang diberi tidaklah hightech atau power mana. Tajuknya agak biasa dan typical.

Muslimah As Agent Of Change, persediaan untuk ke alam kerjaya serta tarbiyyah di luar kampus.

Kebanyakan pelajar-pelajar di Bandung mengambil jurusan perubatan, pergigian dan farmasi.

Mereka amat sinonim dengan alam kerjaya kerana kembalinya mereka ke tanahair kelak tidak lain tidak bukan adalah untuk menunaikan fardhu kifayah di bidang masing-masing.

Maka dengan itu, persediaan dan pemahaman sebagai muslimah ejen perubah masyarakat dan ummah amatlah penting.

Tetapi tajuk hanyalah tajuk. Yang penting ialah isi dan cara penyampaiannya.

Apakah yang ingin saya sampaikan kepada adik-adik ini?

Mengapa saya? Mengapa tidak yang lain?

Saya bukanlah seorang pakar motivasi seperti suami.

Saya bukanlah seorang ustazah walaupun bersuamikan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Saya bukan ‘Wardina’.

Saya juga bukan ‘Prof Muhaya’.

Bukan juga ‘Prof Harlina’.

Saya hanyalah Muna.
Seorang isteri, ibu, anak dan yang terkini seorang doktor pakar kecemasan.

Namun, bak pesan suami tercinta, “Yang penting usaha dan keikhlasan kita.
Kita adalah kita. Kita tidak akan mampu menjadi orang lain. Penerimaan mereka adalah secondary. Kita sudah cuba yang terbaik, selebihnya urusan mereka dan Allah untuk mendapat dan menerima ilmu dan hidayah.”

Ya, itu yang saya mesti lakukan.

Membuat persediaan yang sebaik mungkin dan akhirnya bertawakkal.

Yang pastinya kita semua ada perkara yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan bersama.

Usia dan perjalanan memberikan pengalaman dan kematangan. Saya yakin saya mampu berkongsi dengan mereka. Kalau tidak banyak, inshaAllah dengan sedikit yang baik itu saya mampu berkongsi dan Allah akan membantu.

Teringat sembang-sembang saya dengan sorang kenalan. “Saya amazedlah dengan husband you yang banyak pengalaman tu.” Padahal, kenalan saya itu adalah seorang ibu yang berusia 50an, seorang profesor universiti yang mempunyai 4 orang anak-anak yang sudah berjaya.

Hairan, seorang profesor dan seorang ibu yang berpengalaman banyak terasa begitu teruja dengan pengalaman orang muda  yang mungkin apalah sangat jika dibandingkan dengan pengalaman beliau.

Sebagaimana refleksi saya bersama suami, kadang-kadang kita lihat orang lain sangat berpengalaman, hingga kita lupa kita juga ada pengalaman. Ini berlaku kerana kita gagal mengambil ibrah daripada sekecil-sekecil peristiwa yang berlaku di dalam hidup kita. Lantas, kita merasakan kita hanya orang biasa-biasa dan orang yang lain itu orang luar biasa.

‘Content’ VS ‘Container’

Alhamdulillah sejak saya lulus peperiksaan Emergency Medicine hampir setahun yang lalu, saya bernekad untuk ‘membalas dendam’ bagi menggantikan semua kerugian masa akibat kurang dan tidak mengikuti program dan ceramah-ceramah suami.

Bukan sahaja ceramah, malah usrah pun saya tidak lagi ikuti seperti semasa saya di Ireland dahulu.

Alasan yang saya berikan ialah sibuk serta saya terpaksa mengutamakan suami yang lebih diperlukan di luar. Suami yang sering berpemergian, membuatkan saya serba salah serta gagal untuk mengimbangi masa di antara anak-anak dengan keperluan berprogram.

Namun, tidak berprogramnya saya sama sekali tidak menjauhkan saya daripada sebarang pengetahuan semasa, pengisian, diskusi dan perbincangan.

Mailing list, social networking, perjumpaan dengan rakan dan sahabat menjadikan kita sentiasa updated. Dan yang paling penting sentiasa berbincang dengan suami membuatkan saya tidak lari dan jauh daripada dakwah. Mungkin inilah antara hikmah besar, berkahwin dengan lelaki yang ‘sekufu’. Siapa suami kita tidak penting tetapi apa pendirian dan fikrah kitalah yang lebih utama..

Yang penting ‘content‘ dan bukan ‘container‘nya.

Persediaan

Maka, berkat dengan mengikuti ceramah-ceramah suami secara intensif akhir-akhir ini, saya banyak membuat ulangkaji pengisian-pengisian lama serta terkini di dalam menyediakan saya untuk ke Bandung.

Hinggakan suami saya terasa sedikit pelik dan lucu apabila saya pertama kalinya berbincang topik dakwah kampus bersama beliau secara intensif dan terperinci.

Berbincang secara khusus tentang dakwah kampus bukanlah topik kebiasaan kami walaupun sering sahaja kami ber’gossip’ tentang urusan adik-adik di kampus.

Untuk membuka kembali tajuk dakwah yang saya pelajari lebih 15 tahun yang lalu adalah sesuatu yang agak baru dalam rumah tangga kami yang hanya berusia 11 tahun.

Tersenyum suami saya apabila pada satu malam seusai balik ceramah, saya bertanyakan soalan betubi-tubi kepadanya.

Habis poin-poin utama Sheikh Hassan al Banna, Syed Qutb dan Sheikh Fathi Yakan saya keluarkan kembali.

Bayangkan sudah sekian lama usrah asas saya terkubur.

Alhamdulillah isi-isi seminar ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’ sangat banyak membantu. Antara buku teks utama di dalam usrah asas lebih 15 tahun yang lalu.

Dan selepas lebih 15 tahun, barulah saya memahami kandungan sebenar buku tersebut!

Ujian Ke Dua

Ujian pertama iaitu diri saya sendiri, telah pun saya lepasi. Tidak dilupakan pula persediaan keluarga yang tidak pernah kecil dan tidak penting di dalam hidup saya.

Bagaimana dengan anak-anak?

Bolehkah mereka ditinggalkan?

Selalunya saya sering membawa mereka apabila outstation. Tidak pernah tinggal.

Adakah kami sudah bersedia?

Saya yakin ada penyelesaiannya.

Saya menyakinkan suami. Saya tidak mahu suami serabut kerana selalunya dia akan pening memikirkan hal remeh temeh sebegini. Kebiasaannya inilah tugas PA.

Alhamdulillah abang sulung saya di Bangi sudi menjaga anak-anak kami selama 4 hari itu.

Namun, perancangan hanyalah perancangan manusia, Allah juga yang menentukan segalanya.

Tiga hari sebelum berangkat, abang saya mendapat severe chest pain dan dimasukkan ke SJMC. Beliau disahkan mendapat Unstable Angina dan doktor menasihatkan agar prosedur Angiogram dilakukan segera. Angiogram mengesahkan satu saluran koronari beliau sumbat 100% dan dua lagi saluran sumbat sebanyak 90%.

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun!

Emergency Angioplasty mesti dilakukan segera.

Alhamdulillah abang saya selamat dan stabil semasa dan selepas prosedur tersebut.

Saya amat kasihankan abang saya.

Maka, saya terpaksa mengambil jalan alternatif untuk menempatkan anak-anak kami.

Alhamdulillah sahabat kami iaitu Linda dan Shidane serta Waty Hamid dan keluarga sudi menumpangkan anak-anak kami.

Terima kasih kalian.

Jasa kalian tidak cukup kami balas hanya dengan souvinier dari Bandung. Pahala dan syurga Allah lah sebaik-baik balasan.

Tidak dilupakan jua, bibik Sari yang setia dan penyayang terhadap anak-anak kami. The most reliable bibik so far. Better common sense than many people nowadays.

Alhamdulillah, syukur ya Allah dengan kehadiran insan-insan biasa yang luar biasa ini.

Sampai Jua

Akhirnya hari yang dinantikan tiba.

Alhamdulillah segala urusan persiapan berjalan dengan lancar.

Anak-anak telah pun dihantar ke rumah Aunty Linda.

Kedi dan Siber juga telah dihantar ke klinik haiwan.

Dan driver kami iaitu anakanda saudara Farhan datang menjemput kami untuk ke LCCT.

Perjalanan ke Bandung sedikit terlewat disebabkan cuaca yang agak buruk.

Kami tiba di Bandung pada pukul 2 am waktu tempatan.

Suami segera mengisi kad Imegresen untuk kemasukan ke Indonesia.

Alamak, tiada alamat di Bandung!

Biasanya PA suami yang akan uruskan perihal begini. Saya lupa sungguh tentang keperluan alamat di negara yang dilawat.

Kali ini saya yang dijemput, bukan suami. Maka segala urusan adalah diemelkan kepada saya, dan bukannya kepada PA saya yang tidak pernah wujud itu. Maka, saya sama sekali terlupa tentang perkara ini.

Bagaimana ya?

Satu-satunya alamat yang kami tahu ialah residen kampus Universiti Padjadjaran.

“Ahh.. takpe lah, asalkan ada alamat”, bisik hati saya sambil melihat suami menulis kad tersebut.

Dalam pada masa saya, saya terus menenangkan diri agar tidak menambahkan keserabutan suami.

Antara peranan isteri ialah jangan sesekali menambah kekusutan suami sekiranya tiada apa yang boleh dibantu. Bak kata suami, “Sometimes, doing nothing is doing something (for your husband).”

Alhamdulillah, mungkin kerana itu flight terakhir serta delay, maka pegawai imegresen tidak terlalu strict kepada kami.

Alhamdulillah!

Adik-adik di Bandung sudah pun tersedia menunggu kami di Arrival Hall. Kasihan mereka kerana terpaksa menunggu lama di airport.

Namun begitu, sambutan tetap dengan kemesraan dan senyuman walaupun flight kami sampai sangat lewat di awal pagi.

Tiba-tiba memori sampai di Kaherah pada musim panas tahun 1997 dahulu menjengah diri. Pihak akhawat ditemani ikhwah ketika ingin menjemput tetamu muslimat dari airport. Protective. Saya senang dengan fenomena ini.

Kami sampai ke hotel sekitar jam 3 pagi.

Subuh pula masuk pukul 4.30 pagi.

Esoknya program saya dijangkakan bermula pada pukul 8.30 pagi.

Ahh…kepenatan…

Kami tidur-tidur ayam. Takut terlepas Subuh dan juga program!

Keesokkan harinya, kami berangkat ke tempat program agak terlewat sedikit. Namun, tidak mengapa, santai dan kasual adalah konsep yang saya dan suami akan tekankan di sepanjang program hari itu.

Antara sembang-sembang awal saya bersama Amirah IMAN, adik Mahirah ialah “Mengapa saya dijemput? Sebab saya Ummusaif aka isteri Ustaz hasrizal ke? Kakak-kakak twinning UNPAD yang cadangkan ke?”

Dan jawapan adik Mahirah ialah, “Mmm, rasanya memang kami yang nak jemput. Dah tiba masanya kami perlukan pengisian daripada akak.”

Alhamdulillah…jawapan yang cukup menenangkan hati saya.

Tersenyum saya mendengar jawapan itu…

Sehingga bersambung lagi…

UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

2 thoughts on “Just Do It!

  1. Alhamdulillah kami pun happy yop and the gang ada. sama2 main, sama2 solat, sama2 makan. duduk chit chat and tengok movies sama2. Paling tak boleh lupa, imad yg nak beli payung dkt zoo. imad..imad🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s