Nyamuk Bala Ke Atas Manusia?


Semalam saya berpeluang mengikuti mesyuarat kes kematian penyakit denggi di peringkat negeri Selangor.

Sangat mengejutkan kes denggi telah menjadi doubled sejak 2 bulan ini, iaitu sebanyak 12 kes kematian di dalam tempoh 2 bulan berbanding 6 kes pada tempoh yang sama tahun lepas. 7 kematian di Selangor, 2 di Kuala Lumpur dan 1 di Putrajaya.

Dan yang paling sedih kebanyakan kes datang dari penempatan rumah-rumah pangsa atau flat.

Kebanyakan flat-flat ini sangatlah kotor dan penuh dengan sampah sarap serta barang-barang tidak terpakai yang dilonggokkan di satu atau merata tempat. Parit-parit dan longkang juga didapati tersumbat penuh dan tiada pengaliran air yang baik.

Sangat menyedihkan..

Ada juga kes denggi yang mempunyai co-infection dengan penyakit berjangkit yang lain seperti Leptospirosis.

Leptospirosis merupakan demam virus bawaan kencing tikus. Salah satu kes yang mati tersebut ialah pelajar sekolah rendah yang meninggal dunia selepas meminum air di Sungai Ulu Yam.

Saya menasihatkan orag ramai agar jangan meminum air dari sungai-sungai terutama sunga-sungai yang berhampiran dengan kawasan penempatan atau kampung.

Kematian denggi sepatutnya boleh dicegah ie preventable.

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah pastikan kawasan tempat kita bersih dan jauh dari takungan air yang terdedah.

Apabila mendapat demam yang melebihi 48 jam, orang ramai dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor.

Sekiranya anda mempunyai DEMAM DAN simptom-simptom ini:

1. Sakit kepala atau sakit belakang mata
2.  Sakit sendi atau tulang
3.  Muntah
4. Cirit birit
5. Sakit perut
6. Pening atau pitam
7. Pendarahan seperti gusi,  haid yang tiba-tiba atau berpanjangan

anda adalah disyaki mengidap demam denggi.

Maka, sepatutnya ujian darah saringan full blood count harus dilakukan selepas 48 jam demam bermula.

Jika dilihat daripada simptom-simptom di atas, demam denggi juga boleh merupai penyakit yang lain seperti cirit birit dan demam virus yang biasa. Maka, kerana itulah pemeriksaan awal selepas 48 jam tempoh demam amatlah kritikal.

Selepas mendapat rawatan doktor, amatlah penting untuk pesakit minum air dengan banyaknya untuk menampung kadar dehidrasi yang ada dalam badan. Anda perlu minum sekurang-kurang 2-2.5 Liter air sehari.

Dalam masa yang sama, pesakit atau orang ramai boleh memeriksa atau monitor amaun kencing dalam tempoh sehari. Iaitu sama ada ianya sama atau kurang dari hari-hari biasa.

Pesakit juga perlu pastikan rawatan susulan dilakukan (sebaik-baiknya di klinik atau doktor yang sama) agar progress atau perkembangan pesakit dapat dimonitor dengan betul dan teratur.

Bagi pesakit yang mempunyai tanda-tanda bahaya (warning signs) seperti pendarahan, sakit perut, cirit birit dan muntah, adalah dinasihatkan untuk dimasukkan ke wad pemerhatian sementara di mana-mana jabatan kecemasan (A&E).

Di wad pemerhatian, pesakit akan diawasi untuk melihat perkembangan warning signs tersebut serta memberikan rawatan Intravenous  fluids.

Akhir kata, janganlah sesekali kita memandang rendah kepada demam denggi (underestimate), kerana pastinya Denggi Mampu Membunuh!

UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

4 thoughts on “Nyamuk Bala Ke Atas Manusia?

  1. ustaz kazim pernah sebut dalam ceramahnya..dalam hal mencegah denggi ni selain dari mencegahnya dgn jaga kebersihan dia ada kaitkan dengan kisah namrud, kenapa boleh jadi denggi dan walaupun dibuat pencegahan denggi masih berulang..Ustaz kata bila maksiat banyak Allah hantar nyamuk untuk kita..macam dengan kisah namrud dan rakyatnya yang mati kerana nyamuk tu..

  2. Assalamu’alaikum… juz nak berkongsi pengalaman ketika berada di bumi matahari terbit. Seperti yang semua sedia maklum, jepun merrupakan negara yang padat dengan penduduk. Memang pada kebiasaannya, orang jepun duduk di flat flat atau apartment TETAPI hendak dikongsikan di sini WALAUPUN padat dengan rumah flat TETAPI keadaan persekitaran adalah sangat bersih. Ini mungkin kerana tahap displin yang tinggi orang jepun dalam menjaga kebersihan. Memang sangat seronok mempunyai persekitaran yang bersih dan marilah kita bersama doa supaya penduduk di negara kita juga diberi kesedaran yang begitu satu hari nanti..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s