Selamat Tinggal 2011 (bahagian 2)


Akhirnya tiba jua tahun 2012.

Tak sangka tahun 2011 ku yang penuh dengan suka duka itu telah pun berlalu.

Alhamdulillah..

Itu sahaja yang mampu ku ucapkan di dalam diri.

Bukan diri ini seperti mereka yang sedang menyambut tahun baru itu, tetapi aku bersyukur ‘buku’ lama itu telah pun aku tutup.

2011 yang penuh bersejarah..

Tahun 2011 ku telah dimulakan dengan kisah duka.

Aku telah menduduki peperiksaan akhir Sarjana Perubatan Kecemasan pada November 2010.

Malangnya aku telah gagal di dalam peperiksaan itu.

Mengapa aku gagal dan apa hikmahnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Namun, impaknya sangat besar ke atas ku dan keluarga.

6 bulan homework anak-anak dibiarkan. 6 bulan beg anak-anak tidak diperiksa. Naurah memasuki darjah satu dengan tidak pandai membaca satu perkataan pun.

Permulaan tahun 2011 yang sangat menyedih dan memilukan buat aku dan suami apabila memikirkan anak-anak yang ‘terbiar’. Dengan kata lain, sekali lagi aku terpaksa mengabaikan anak-anak untuk 6 bulan seterusnya kerana peperiksaan ulangan akan berlangsung pada bulan Mei 2012.

Semester akhir tersebut (Disember 2010-Mei 2011), ku lalui dengan payah dan susah.

Pengorbanan demi pengorbanan.

Suami yang terus menjadi tulang belakang tidak pernah mengeluh atau berkata dua. Tidak pernah ‘ah’ atau ‘ih’. Suami yang sangat memahami sentiasa berkorban demi keluarga walaupun sibuk berceramah ke sana ke sini.

Walaupun sentiasa stres dengan Jalan Ampang yang sentiasa menguji iman, suami tidak pernah gagal menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah apabila aku lewat ke tempat kerja.

Mei..

Akhirnya peperiksaan akhir tiba.

Kali ini ianya berlangsung di HUSM, Kubang Kerian, KB. 10 hari terpaksa bermusafir di sana.

Bibik pula tiba-tiba terpaksa pulang ke Indonesia kerana anaknya harus memulakan sesi pembelajaran baru di kolej. Pelbagai urusan harus dilakukan, katanya.

Maka, dengan berat hati kami terpaksa merelakan pemergian bibik.

Sanggupkah aku meninggalkan suami dan anak-anak?

Persoalannya bukan kesanggupan tetapi keperluan.

Kerana kasihankan suami, kami berpakat untuk meminjam bibik bonda suami di kampung serta dengan kata lainnya membawa bonda di KL sewaktu ketiadaan aku.

Alhamdulillah bonda bersetuju.

Maka, aku pun berangkat ke HUSM.

Alhamdulillah, peperiksaan kali ini terasa agak mudah berbanding peperiksaan yang sebelumnya. Aku yakin berjaya melakukannya.

Pulang dari HUSM, suami tercinta dengan penuh setia mengambilku dari Lapangan Terbang Subang. Muka itu yang ku tunggu-tunggu dan rindu selama 10 hari itu.

‘Outstation’ ku yang paling lama di dalam sejarah. Tidak pernah ku berjauhan daripada famili selama itu kecuali satu malam sewaktu lawatan elektif ke TLDM Lumut suatu lama dahulu.

Mereka Yang ‘Terkorban‘…

Malam itu aku bermunajat ke hadrat Ilahi ntah untuk keberapa kalinya.

Tuhan sahaja yang tahu betapa pasrahnya aku. Peperiksaan besar kali ke dua yang mesti diambil, yang bakal mengubah 6 bulan atau seterusnya perjalanan hidup keluargaku. Yang pastinya, aku tidak mahu lagi melalui penderitaan itu.

Kasihan anak-anakku.

Kasihan suamiku.

Walaupun aku tidak pernah mengabaikan tanggung jawab ku sebagai isteri namun aku tahu kebanyakan makan minumnya diuruskan oleh bibik. Itu sahaja yang terpaksa aku subsidikan kepada bibik. Lain-lain aku setia menunaikan.

Itulah janji kecil ku di dalam hati sepanjang tempoh 5 tahun pembelajaran Masters ini.

Buat isteri-isteri di sana, macam mana sibuk pun kita tanggung jawab isteri masih kena ditunaikan. Apa-apa, kita tetap seorang isteri dan ibu.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata.

Takut, risau, debar semuanya menyapa fikiran.

Suami setia di sisi untuk mendengar keluhan dan ragu ku.

Ya Allah tolonglah hambaMu ini.

Sesungguhnya aku telah berusaha.

Aku telah berkorban. Suami ku telah berkorban. Anak-anak telah ‘terkorban’.

Namun, lewat malam aku tertidur jua…

Esok yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Khabar angin mengatakan ada beberapa pelajar telah gagal sangat menakutkan. Maka dengan itu, aku meminta suami menghantar aku ke hospital kerana aku takut kalau-kalau aku gagal dan sesungguhnya aku tidak akan mampu pulang keseorangan.

Akhirnya pada pukul 10 pagi kami dipanggil berjumpa ketua jabatan seorang demi seorang.

Dup dap dup dap…

MashaAllah sangat menakutkan. Namun aku tetap kelihatan tenang.

Ntah..tenang dalam takut.

Takut, mungkin aku masih trauma dengan keputusan yang lalu.

Dan tenang, mungkin kerana aku telah pun melaluinya dahulu dan kali ini aku lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Cumanya sanggupkah aku untuk melalui semua itu?

Sanggupkah aku berjalan di koridor tempat kerja ku sambil tenang menatap wajah mereka semua?

Kuatkah aku menepis perasaan negatif sekiranya aku masih gagal?

MashaAllah… Allah.. berikanlah aku kekuatan…

Akhirnya…

“Muna, I am sorry you failed again.”

Allah…. lemah… aku tak mampu berkata-kata.

Aku hanya mampu katakan, “Boss, I am tired… I am so tired..”

“Muna, you ok. Clinical you sangat ok.”

“Malah markah clinical you second highest among all. Markah keseluruhan pun sebenarnya you dah lepas jauh dari markah lulus. Cuma MCQ sahaja you lemah. But again a lot better than the last exam.”

Ntahle…

Sekali lagi masalah ku adalah MCQ. MCQ adalah Multiple Choice Question, soalan objektif yang sangat memeningkan. Bukan kerana soalannya sangat tetapi kerana teknik negative marking yang dengan mudah sahaja mampu menggagalkan sesiapa sahaja.

One wrong will cancel the next question (even though the next question is correct). Antara pesan senior-senior kami ialah MCQ is considered fail until proven otherwise!

Peperiksaan Sarjana Perubatan Kecemasan terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian A teori dan bahagian B klinikal. Bahagian A terdiri daripada kertas Esei, MEQ dan MCQ. Manakala bahagian B terdiri daripada kertas OSCE, Clinical dan Viva.

Untuk lulus, pelajar mesti lulus ke dua-dua bahagian A dan B. Malangnya, aku telah gagal untuk kertas MCQ dan MEQ. Dan gagalnya aku hanya dengan 0.1% kurang daripada markah lulus bahagian A. Manakala bahagian B pula agak cemerlang.

Ntahla..bukan tak belajar.

Bukan tiada study group.

Bukan tak diskas. Bukan tak membaca.

Aku pun tak tahu macam mana lagi harus aku belajar? Penat, sangat memenatkan..

Allah…. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.

Namun, aku tetap tenang.

Suamiku mengambilku di foyer Jabatan Kecemasan dengan senyuman. Dia senyum namun aku tahu dia sangat sedih.

Suamiku terus menulis update di facebooknya tentang keputusan peperiksaan aku yang begitu tipis itu. Dia sangat kecewa dengan sistem yang ‘mengarut’ itu katanya.

Aku menenangkan suami.

“Sabar….pastinya Allah lebih mengetahui..”, aku pula yang menenangkan suami…

Gagalnya seseorang pelajar di dalam peperiksaan Sarjana Perubatan bukanlah menunjukkan doktor itu tidak kompeten di dalam kerja sehariannya. Peperiksaan adalah sangat superficial dan ‘mengikut nasib’. Ada orang yang berjaya di dalam peperiksaan tetapi mereka mempunyai masalah attitude dan tidak kompeten sewaktu bekerja. Malah ada yang tidak berapa bagus bahagian klinikalnya tetapi disebabkan markah keseluruhan lulus, maka mereka tetap lulus di dalam peperiksaan.

Maka, peperiksaan adalah rezeki daripada Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang tahu akan hikmah lulus atau gagal seseorang itu.

Akan bersambung…

UMMUSAIF.COM
43000, Kajang

5 thoughts on “Selamat Tinggal 2011 (bahagian 2)

  1. terharu tgk pengorbanan DR…saya ingat saya lagi kuat diuji..saya nak sambung amik master…tetapi tetiap kali membaca slalu perasaan malas menguasai diri…saya perlu ambil MFDS before sambung master…tetapi saya letih sgt2..selalu hilang motivasi bila nak belajar…nak plak sifat malas….saya penat nak menentang seme tu…..baru 1st step dah rasa gagal…tu belum lg betul2 amik master

  2. ummusaif,

    masalah kita sama rupanya. Org selalu memperkecilkan saya sebab org kata mcq la senang. Saya juga fail MCQ negative marking ini di Sheffield. Namun semangat nak belajar tetap kuat! Harus tebus nya dengan kejayaan yang lain insyaAllah

  3. Soalan panel temuduga di PPUM enam tahun yang lalu banyak benarnya. Mereka tidak bertanya soalan-soalan akademik dan klinik. Hanya soalan sosial….

    Bila toleh belakang, nampak kemusnahan rumahtangga, nampak keguguran semasa mengandung, bukan mudah untuk melahirkan seorang doktor pakar. Kepada Allah jua dipulangkan segala Pujian selayaknya.

    Teruskan menulis, sayang!

    Ia penting untuk merakam perjalanan hidup kita dan teladan buat yang menyusurinya

  4. I have gone thru apa yg K Muna telah lalui. Failure really hurt. It does not only hurt us, but also our spouse and our children. We have sacrifice a lot during the Master but at the end havent achieve what we want and the cycle continues endlessly. Perancangan Allah Maha Hebat. Allah telah merancang dgn teliti yg terbaik utk kita. Alhamdulillah setelah melalui pahit maung duka lara, now i am a lecturer in PPUKM. Expelled from a junior institution to be accepted into a Research University. Allah Maha Kaya. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s