Selamat Tinggal 2011…


 

Akhirnya tiba jua tahun 2012.

Tak sangka tahun 2011 ku yang penuh dengan suka duka itu telah pun berlalu.

MashaAllah..

Alhamdulillah..itu sahaja yang mampu ku ucapkan di dalam diri.

Bukan diri ini seperti mereka yang sedang menyambut tahun baru itu, tetapi aku bersyukur ‘buku’ lama itu telah pun aku tutup.

2011 yang penuh bersejarah..

Tahun 2011 ku telah dimulakan dengan kisah duka.

Aku telah menduduki peperiksaan akhir Sarjana Perubatan Kecemasan pada November 2010.

Malangnya aku telah gagal di dalam peperiksaan itu. Ntahlah mengapa aku gagal dan apa hikmahnya.

Namun, impaknya sangat besar ke atas ku dan keluarga.

6 bulan homework anak-anak tidak diperiksa. 6 bulan beg anak-anak tidak diperiksa. Naurah memasuki darjah satu dengan tidak pandai membaca satu perkataan pun.

Permulaan tahun 2011 yang sangat menyedih dan memilukan buat aku dan suami apabila memikirkan anak-anak yang ‘terbiar’. Dengan kata lain, sekali lagi aku terpaksa mengabaikan anak-anak untuk 6 bulan seterusnya kerana peperiksaan ulangan akan berlangsung pada bulan Mei 2012.

Semester akhir tersebut (Disember 2010-Mei 2011), ku lalui dengan payah dan susah.

Pengorbanan demi pengorbanan.

Suami yang terus menjadi tulang belakang tidak pernah mengeluh atau berkata dua. Tidak pernah ‘ah’ atau ‘ih’. Suami yang sangat memahami sentiasa berkorban demi keluarga walaupun sibuk berceramah ke sana ke sini.

Walaupun sentiasa stres dengan Jalan Ampang yang sentiasa menguji iman, suami tidak pernah gagal menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah apabila aku lewat ke tempat kerja.

Mei..

Akhirnya peperiksaan akhir tiba.

Kali ini ianya berlangsung di HUSM, Kubang Kerian, KB. 10 hari bermusafir di sana.

Bibik pula tiba-tiba terpaksa pulang ke Indonesia kerana anaknya harus memulakan sesi pembelajaran baru di kolej. Pelbagai urusan harus dilakukan, katanya.

Maka, dengan berat hati kami terpaksa merelakan pemergian bibik.

Sanggupkah suami ditinggalkan dengan anak-anak?

Persoalannya bukan kesanggupan tetapi kemampuan.

Kerana kasihankan suami, kami berpakat untuk meminjam bibik bonda suami di kampung serta dengan kata lainnya membawa bonda di KL sewaktu ketiadaan aku.

Alhamdulillah bonda bersetuju.

Maka, aku pun berangkat ke HUSM.

Alhamdulillah, peperiksaan kali ini terasa agak mudah berbanding peperiksaan yang sebelumnya.

Aku yakin berjaya melakukannya.

Pulang dari HUSM, suami tercinta dengan penuh setia mengambilku dari Lapangan Terbang Subang. Muka itu yang ku tunggu-tunggu dan rindu selama 10 hari itu.

‘Outstation’ ku yang paling lama di dalam sejarah. Tidak pernah ku berjauhan daripada famili selama itu kecuali satu malam sewaktu lawatan elektif ke TLDM Lumut suatu lama dahulu.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Akhirnya keputusan sudah pun berada di dalam tangan ketua jabatan ku.

(Akan bersambung…)

UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

One thought on “Selamat Tinggal 2011…

  1. warghhh.kenape bersambung?? wuwuwuwu. story yg tacink sbb anak-anak terbiar.memang besar betul pengorbanan seorng ibu . Y_Y

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s