Bertolak Ansur Dengan Pasangan…


Peringatan buat diri dan semua. Semoga kita semua mengambil pengiktibarannya, agar mendapat keredhaan Ilahi. (walaupun coretan ini mungkin seolah2 berpihak sebelah, namun kita semua tahu, setiap kisah Rasul dan Nabi serta firman Allah itu adil untuk kedua-duanya…) 

Suatu hari, seorang lelaki ingin berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu mengenai isterinya yang sering membebel.

Namun, ketika beliau mahu bertemu Saidina Umar di rumahnya, beliau terdengar dari luar, isteri Saidina Umar sedang membebel. Namun, tidak terdengar pula suara Saidina Umar ‘membalas’ bebelan isterinya itu.

Melihat keadaan itu, lelaki berkenaan membatalkan hasratnya untuk mengadu masalahnya kerana memikirkan, khalifah seperti Umar pun dibebel isteri. Apatah lagi lelaki biasa seperti beliau. Kemudian, apabila bertemu semula dengan Saidina Umar, beliau bertanya, mengapa membiarkan isterinya membebel kepadanya.

Lalu, Saidina Umar menjawab, “Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku, rumah tangga kami. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku,”.

Ini menggambarkan betapa kesabaran harus menjadi sifat yang perlu ada pada seseorang suami dalam memastikan kebahagiaan rumah tangga. Hendak menegur kesalahan isteri juga perlu dilakukan secara berhikmah.

“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak,” (4:19)

 UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

One thought on “Bertolak Ansur Dengan Pasangan…

  1. salam,
    saya suka baca artikel ustaz/ustazah dalam usaha membina keluarga profesional & islamik.

    tetapi baru2 ni sy berhadapan dgn situasi yg jarang dibincangkan pendakwah/ustaz2ah. boleh ustazah/ustaz beri pandangan mengenai hak ibu mertua (suami) ke atas suami? sejauh manakah dia boleh campur tangan hal keluarga & bergantung (sedangkan suaminya masih hidup dan kuat) dan mengarahkan anak lelakinya. setiap kali ibu ini akan menggunakan ayat ‘tak redha dunia akhirat’ untuk memaksa. sgt berterima kasih kalau ustaz/ustazah boleh kupas isu yg jarang dibincangkan ini. jzkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s