Kerana Naif, Susu Sejuk Untuk Anak Ku…


Sebagai seorang yang bakal bergelar ibu muda, ilmu pengetahuan dan apatah lagi pengalaman tentang kehamilan dan penjagaan anak teramatlah cetek. Walaupun sudah bergelar seorang doktor perubatan pada ketika itu, semuanya masih samar-samar. Ditambah pula keadaan yang jauh daripada sanak saudara terutamanya ibu kandung sendiri membuatkan saya lagi risau untuk menjadi seorang ibu.

Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk bergelar seorang ibu. Kerana azam ingin berjaya menempuhi alam kehamilan, proses kelahiran dan pengalaman membelai serta memelihara cahaya mata pertama, segala jenis bahan bacaan seperti buku dan majalah saya berusaha perolehi. Walaupun saya secara teorinya sudah pun mempelajari ‘semua itu’ melalui subjek Pediatrik dan Obstetrik semasa di universiti, namun ianya tetap kekal sebagai teori.  Antara buku yang banyak membantu saya dalam memahami tentang selok belok keibuan ialah buku yang ditulis oleh Dr Miriam Stoppard. Beliau adalah seorang doktor British yang banyak menulis buku tentang kesihatan wanita dan kanak-kanak. Pendek kata, hampir pada setiap minggu saya akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli buku atau majalah kesihatan ibu dan anak.

Mungkin ada yang mengatakan, “Ah, buat apa nak baca itu semua, mak saya kan ada..” terutama bagi mereka yang tinggal bersama atau hampir dengan orang tua mereka. Hmm, bagi saya apa-apa pun kita tidak boleh bergantung seratus peratus dengan orang tua kita. Semua tanggung jawab dan persediaan masih jatuh di atas bahu kita sendiri. Sebagai contohnya, semasa saya berada di Ireland Utara, saya tidak tahu apa makanan yang saya boleh makan atau tidak semasa berpantang. Saya dengan selambanya tidak menjaga pantang larang berpantang seperti mengelakkan makanan-makanan yang sejuk. Ibu mertua yang melawat kami pada ketika itu sedikit pun tidak menegur saya kerana menyangka saya sudah tahu semuanya memandangkan saya seorang doktor. Setelah 9 tahun berkahwin, barulah saya dan suami tahu akan rasa hati beliau pada ketika itu. Antara kesan besar akibat mengambil makanan dan minuman sejuk ketika itu ialah, saya kekurangan susu badan sehingga menyebabkan anak saya kehilangan berat badan yang teruk.

Baru-baru ini, saya mendapati salah faham tentang penyusuan bayi sepenuhnya atau “Exclusive Breastfeeding”. Rupa-rupanya, ramai yang mentakrifkan penyusuan bayi sepenuhnya itu adalah sehingga bayi berumur dua tahun, tanpa sebarang tambahan makanan atau minuman lain. Ini adalah pentakrifan yang sangat salah. Istilah “Exclusive Breastfeeding” ini telah diperkenalkan oleh WHO. “Exclusive” bermaksud seratus peratus susu ibu tanpa makanan atau minuman lain termasuk air kosong. Dan ia hanyalah terhad kepada tempoh enam bulan pertama usia bayi. Selepas umur enam bulan, makanan seperti bubur boleh diperkenalkan secara perlahan-perlahan kepada bayi. Pada masa yang sama, pemberian susu ibu boleh diteruskan sehingga umur yang disarankan oleh Islam iaitu dua tahun.

Ada juga kisah seorang rakan doktor yang memberi bayinya susu perahan ibu yang sejuk. Setelah anaknya berusia 6 bulan, barulah beliau tahu mengapa bayinya sentiasa kembung perut selepas meminum susu perahannya. Akibatnya, beliau ‘terpaksa’ memberhentikan penyusuan badan seawal bayinya berusia satu bulan. Kasihan..

Tidak lupa juga kisah di mana ibu berpantang tidak dibenarkan meminum air yang banyak kerana dikhuatiri akan ‘kembang’. Secara saintifiknya air yang banyak sangat diperlukan untuk penyembuhan luka, melancarkan pengeluaran darah nifas, memberikan tenaga dan memperbanyakkan susu ibu. Tetapi, kuantiti bukanlah isunya kerana air yang dikatakan itu bukanlah air sejuk biasa. Ianya adalah air suam atau sup panas serta air jamu yang dapat menjalankan fungsi-fungsi tadi. Tanpa ilmu yang betul juga, kita tidak mampu menangkis ajaran atau pengetahuan yang salah.

Pengajaran daripada kisah saya ini, saya ingin menasihatkan para ibu dan bakal ibu di luar sana, agar rajin menimba ilmu kesihatan diri dan keluarga dengan membaca. Jangan sesekali malu bertanya walaupun sekecil-kecil perkara. Tidak semestinya anda seorang doktor atau bekerja di sektor kesihatan, anda tahu segalanya. Para nenek atau bakal nenek juga memainkan peranan besar di dalam membimbing anak-anak perempuan mereka. Gabungan ilmu sains perubatan moden dan amalan-amalan nenek moyang adalah kombinasi yang seimbang dalam mematangkan akal dan mental seorang ibu muda.

Ohya! Tidak lupa, para nenek juga mesti rajin membaca 🙂

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

39 thoughts on “Kerana Naif, Susu Sejuk Untuk Anak Ku…

  1. Salam..Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tunggu ummu saif ini menghidangkan post terbaru akhirnya muncul jua. Entry yang bagus. Saya nak tnya pendapat, tetapi agak lari dari tajuk persiapan kehamilan ini. mengenai kes ovary cysts. adakah dia penyebab kepada kemandulan? kakak saya mengalaminya dan dia sgt stress kerana masih belum dikurniakan anak. Bagaimana kes senggugut teruk?

  2. sungguh lama penantian ..🙂 sekarang baru dapat baca tulisan ummusaif..

    pengalaman saya bersalin pula semasa anak yang sulung saya memang tak berpantang..saya tak bertungku,tak berbengkung, minum air banyak tapi air suamla, dan tidak makan jamu. Saya cuma elak makan makanan sejuk. alhamdulillah anak sulung pada masa tu sihat. susu sangat banyak. sampaikan kalau balik kerja kul 5, walaupun sudah perah di office payudara penuh dengan susu sampai terasa macam ada pisau menghiris2 kulit..kalau solat asar tu, kena perah dulu kalau tak tak boleh nak rukuk dan sujud.

    tapi bila saya amalkan perkara yang sama buat anak kedua, anak kedua memang kalah sedikit. dekat sebulan lebih jugak dia alah…alhamdulillah sekarang dia dah ok…saya ingat anak kedua akan ok juga tapi rupanya betullah anak2 ni lain2 peelnya..cumanya takda bengkak susu sebab tanderm nursing…payah juga nak cerai susu umar..sekarang dalam proses..bagi BF bila dia minta saja..yang lain2 minum FM dan makan nasi/lain2.

    apa yang org tua cakap ada betol..cuma kalau dari penglaman saya, saya sendiri culas atau kadang2 terpaksa baikan sebab kedua2nya berpantang sendiri. memang ada kesan..salah satunya cepat letih…

    mmm..bestnya dapat baca tulisan ummusaif..dah lama sangat rasanya…

    • …jus to share, my baby payah nak cerai susu wlupun dah 2tahun. LastX2 kami calit skit “getah akar seruntun” kat puting maknya. Alhamdulillah, trus dah Xnak BF. Then Xda masalah bg FM. Coz depa still nak minum susu.

      • paed Umar larang wat macam tu.saya pun serba salah juga..semalam ada try tak bagi susu badan pada umar. ya allah besar nya ujian..lagi tak bagi lagi dia merengek dan nangis..walaupun lapar tetap takmau susu botol. dekat 24 jam asik menangis saja..

        sebenarnya kasihan sangat. tapi perlu jugak ceraikan susu. Cuma kalau boleh biarlah berlaku tanpa paksaan. harapnya bolehlah diceraikan dalam masa terdekatnya.

    • Saya juga pengidap ovary cyst tapi Saya Ada 2 org anak perempuan tapi sblm mengandung anak yg sulong Saya perlu menjalani ovarian drilling iaitu tebukan pd pusat Dan insisi kiri Dan kanan tleh dilakukan selepas sebulan Saya bernikah .saya juga pengidap endometriosis ,cubalah berusaha Insyallah .

  3. salam, entri yang bagus dan berinformasi.

    “Gabungan ilmu sains perubatan moden dan amalan-amalan nenek moyang adalah kombinasi yang seimbang”. Saya sangat setuju dengan ayat ini.

    oh ya, ibu saya antara nenek yang rajin membaca. Alhamdulillah!🙂

  4. salam..sekali lagi nak bertanya..

    kawan saya ada menceritakan.katanya sebenarnya bayi tidak perlu mengambil injection untuk rubella, hipetitis dan sebagainya. kerana injection tu sebenarnya perancangan yahudi untuk merosakkan bayi2 muslim sejak kecil.. kesan injection itu membawa kepada menjerumuskan hormon2 bayi kearah seks. saya ingin mencari fakta mengenainya. dan kawan saya minta bertanya kpd doktor yang btl2 concern mengenai penjagaan bayi menurut islam, kerana dia juga dengar dari orang lain. saya inginkan respon ummu saif.

  5. cik/puan shida dan ruiza : ya ini yang saya btul dgr dari kawan saya tu, pengamal meditasi. dia dgr dari ceramah pemakanan islam.. saya juga sdg mencari fakta yg sahih. jika search di internet sumber kata penting. cuma spt biasa, perancangan yahudi mereka akan mencipta fakta sehingga kita percaya akannya..

    mohon respon ummu saif…

    • saya tak penah dengar pasal ni. Dan frankly speaking, saya takde isu dgn imunisasi. Anak2 saya semua dapat vaccination.
      Jangkitan penyakit lagi teruk jika tak dapat vaccination. sebagai contoh, turunnya kadar batuk kokol, TB, Rubella dll, antaranya sebab besarnya ialah dgn kewujudan vaccine.

      Wallahu a’lam.

  6. saya ada search kat internet juga..memang sudah tersebar luas tentang imunisasi agenda yahudi..mungkin untuk membuktikannya perlu ada kajian tentang isi kandungannya…

    tau pun sebenarnya ia adlah dakyah yahudi yang menyebarkan imunisasi tu dakyah mereka untuk mengelirukan org islam pula..

    mm, payah juga internet ni..maklumat tersebar luas tanpa ada kesahihan..

    • sekalipun ianya ‘ciptaan’ Yahudi, rasanya banyak lagi barang kat dunia ni ciptaan or invented by Yahudi. Itu belum masuk ciptaan anti hadis, christian or atheis.

      So what??

      Rasanya byk lagi benda kat dunia ni yg menjerumuskan manusia kepada free sex dan hedonism eg hiburan yang tiada batasan, fast food, alcohol, cigerettes, TV, internet dll. Itu belum yg gi shppoing kat marks & spencer, Tesco dan Makan McDonnald, Nestle..

      tetapi imunisasi mmg telah terbukti telah mengurangkan all violent infectious diseases yg saya mention di atas. Tanpa imunisasi, anak2 kita free2 aje blh dapat TB, Rubella, dll. Dengan ramainya pendatang asing dari 3rd world country la ni, anytime aje kita blh dapat. Dan sekarang ni pun dah meningkat balik bcoz of these people.

      the point is, not all scientific items are bad. Remember sunnatullah dan syariatullah.

      • oh, saya dah google pasal isu ni. dan byk yg kata sebab ianya mengandungi babi.

        buat masa ni, saya tak dapat nak komen byk. kena buat homework dulu.

        But the best thing ialah info ni kena digabungkan dgn ilmu bidang pharmacology.

  7. kalau di klinik kesihatan dimaklumkanmkan rupanya sesetengah orng islam memang tak amik imunisasi. Kalau di parit raja ni, nurse akan buat lawatan dan menerangkan pasal kepentingan imunisasi.

    dengan tersebarnya maklumat diinternet bukan saja maklumat tapi gosip, fitnah dll, jangan kita terus percaya sehingga mendapatkannya dari sumber yang betul2 sahih.

  8. Salam Dr Muna. My father, a pharmacist; has spent many years studying porcine in drugs & vaccines dan hukum hakamnya dalam Islam. If you’re interested to get in touch with him, just drop me an email🙂

  9. salam dr. muna..
    ape pendapat dr tentang imunisasi rotavirus dan pneumococcal?
    vaksin utk baby 3-4 bulan.
    sy disarankan oleh paed utk mengambil vaksin ini..dn dimaklumkan rotavirus mengandungi enzim babi.

  10. Salam Dr Muna,

    Pertama sekali, good luck utk final exam Dr. Mudah2an semuanya berjalan dgn baik n sy doakan agar Dr. dpt buat yg terbaikdlm exam ni. InsyaAllah, Dr Muna bakal menjadi Doktor Pakar Perubatan Kecemasan.

    Sy dh lama mengikuti blog Dr. n Ustaz Hasrizal di saifulislam. Ini pertama kali sy post comment di blog Dr.

    Sy juga spt yg lain2 sering tertunggu-tunggu entry terbaru dr Dr. Alhmdlh, dh ada yg terbaru. Tq.

    Maaf kerana post sy ni lari benar dr topik yg dibincangkan. Harap maaf ye.

  11. sebelum ni saya pun ada baca pasal dakyah yahudi tu dan agak percaya sbb cikgu kat sekolah dulu pn penah cakap suntikan vaksin tu xelok. Tp baru-baru ni seorang kawan baik saya telah disahkan pengidap penyakit TB. dia baru berumur 24 tahun. Menurut doktor, puncanya adlah sbb dia xcucuk vaksin masa kecik2 dulu. Dia pun ada cakap ayah dia seorg ustaz dan xbenarkan anak2 dia cucuk vasin. entahla saya xpasti mana satu fakta yg betul..tp setakat kebiasaan keluarga saya semua ambil vaksin secara lengkap dan alhamdulillah setakat ni xde masalah..

  12. DAh lama tertunggu-tunggu jugak. All the best utk Exams dr. Muna.

    Pengalaman saya berpantang pon sama macam dr Muna. Saya pun gigih membaca buku-buku ttg pregnancy, penjagaan baby dan byk tuunjuk ajar daripada doctor2 dan bidan2 di Jepun. Bila saya tanya apa nak pantang bila lepas bersalin, katanya…jgn ambik ubat-ubatan tanpa pengesahan doc, jangan ambik caffein, jangan makan makanan berlemak., berminyak,. makan la makanan berkhasiat, supaya susu yang diberi kepada anak lebih berkualiti. Di Jepun, mana lah ada tungku-tungku ke, urut nak naikkan rahim ke, pilis ke cuma lepas 2 jam bersalin, nurse akan balut perut dgn waist nipper utk mempercepatkan proses pengecutan rahim dan disuruh pakai sampai la sebulan. Ala-ala kita berbengkung la ni ek.

    Alhamdulillah, bila makan makanan berkhasiat, cukup air, zat vitamin…saya tk cepat letih bila berpantang. LUka pun cepat sembuh, nifas pun cepat kering tanpa perlu nak ambik jamu-jamu.

  13. mmg benar apa yg ummusaif tuliskan. Pengalaman akan memperkayakan kita dlm bertindak dlm pengurusan anak ni. Betul ilmu sgt penting dgn pembacaan, perkongsian dgn org senior dlm penjagaan anak. Saya juga bersetuju dan rakan yg respon bahawa setiap anak perangai mereka berbeza. yg nak tangani mereka pun berbeza apatah lagi jika berbeza jantina. Saya dan rakan ibu muda yg lain pun ada share pendangan iaitu kehidupan kita dlm meladeni anak-anak ini sebenarnya ‘gamble’ sebab masa zaman mak kita tangani kita berbeza, zaman skrg pula berbeza.. cuma pandai2lah kita blend dan gunakan ilmu melalui pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya.. cuma saya rasa bertuah kerana byk dpt pengalaman utk meladeni anak ni dari suami sendiri. Good sharing ummusaif.. saya pun dah lama tak menulis bab persediaan kehamilan nie.. tertangguh lama dah di http://ummuanis.blogspot.com

  14. Salam puan,

    nama saya syariffah hannan, boleh panggil ifa saja, saya baru berkahwin dalam seminggu, cuma nak tanya sikit, bila waktu yang sesuai untuk buat pregnancy test ? adakah ada tempoh masa contohnya selepas seminggu dari hari melakukan hubungan kelamin dengan suami? maaf jika soalan saya kurang sopan, mohon bantuan dari puan. TQ.

    • kebiasaannya,
      pregnancy test blh dilakukan selepas ada tempoh tiada period selama 5-6 minggu. iaitu kalau puan due period pada 1 november, tapi tak dtg period, maka blh test lebih kurang 7 hari (paling awal) selepas itu. provided masih tak period masa tu.

  15. jazakillah atas ilmu yg boleh dikongsi semua. Pengalaman berada di rantauan, saya juga banyakkan membaca dan telah menggabungkan kaedah tradisional & moden. Pengalaman melahirkan 2 anak secara pembedahan dalam situasi musim yang berbeza ( musim panas dan sejuk), banyak pengalaman yang diperolehi. Saya guna kaedah cuba dan kaji atas diri sendiri. Sering membaca, bertanya dan berbincang. Alhamdulillah, dapat dikongsikan bersama teman2 di rantauan.

  16. terimakasih Dr Muna kerana berkongsi ilmu yg sangat berguna. boleh saya tau makanan apa yg dapat mengurangkan pengeluaran susu spt yg Dr cakapkan di atas? Kebanyakan Dr yg saya jumpa sebelum ini tidak menggalakkan berpantang, tapi kadang2 petua org2 lama pun sgt berguna utk diikuti. terima kasih ye😀

  17. Salam…

    Menarik perbincangan di atas. Saya sokong kenyataan ummusaif bahawa byk lg perkara2 yg menyebabkan manusia hari ini terjerumus dalam masalah sosial, seks bebas dll. Jika benar pon kandungan vaccine yg ada mengandungi apa yg disebutkan, kajian2 sains sosial telah membuktikan bahawa gejala sosial hr ini dipengaruhi oleh banyak perkara terutamanya faktor persekitaran dan bukan shj faktor biologi. Lg pun belom ada kajian yg menunjukkan bhw gejala sosial atau seks bebas yg terjadi hr ini dipengaruhi oleh vaccine yg diambil.

    Hmmm…menarik juga untuk dibuat kajian lbh2lg nk membuktikan benar atau tidak pemberian vaccine ada m’beri kesan ke atas kelakuan seks manusia terutamanya kanak2. Tp saya hanya kaji dr sudut sosialnya shj. Dari segi perubatan, tunggu n lihat apa hasil kajian ummusaif sendiri.

    Opss..jauh benar menyesong dari apa yg ingin diucapakan untuk ummusaif. Selamat berkenalan dan tulisan-tulisan Dr amat bermakna. Byk tips2 yg diberikan terutamanya dr segi perubatan ttg kehamilan n kesihatan ibu n bayi yg boleh dipelajari di sini. Dari anak pertama sehingga yg ke-2, saya tidak melalui tempoh berpantang dengan betul dan teratur. Sehingga hari ini kdg2 terasa benar kesannya. Jika berkelapangan diharap tulisan berikutnya boleh lah share mcm mana Dr membahagikan masa antara belajar, anak, suami n diri sendiri kerana saya sendiri pon sedang dlm proses tersebut. W/pon sblm ini 2 kelahiran tersebut dilalui semasa degree, kini bebanannya agak terasa kerana perlu bahagikan ms utk research, kuliah n mengajar.

    Untuk mencapai kejayaan, benar2 memerlukan mujahadah yg tinggi..

    Wallahua’lam

  18. salam,saya seorang ibu pada ank dara yg berumur 22 th this year…masalah yg saya nak tanya ialah mengenai ank saya smpi skrg tak datang haid lg..since form 1..3 th lepas saya telah membeawa dia berjumpa dgn pakar perbidanan di PPUM,SJMC n SDMC..tp jawapan nya sama n lebikurang juga…apa kah faktor kegemukan boleh menghalang dr pegeluaran haid?ank saya tu boleh dikatakan badan besar senang nak cakap gemuk la..berat badan pun da cecah 83kg…
    bila doktor buat scan kata pasal bdan gemuk so ada gangguan dgn pengedaran hormon…
    saya makin risau bila doktor bg pil hormon badan dia lg bertambah naik….
    apa harus saya buat tuk membantu ank saya itu???
    terima kasih
    wasaalam
    pn noorsitie

  19. Liza tgh google pasal susu sejuk ni… Kes saya lain sket. Ank saya baru bercerai susu. Jadi, saya sediakan susu formula tapi dia tidak mahu minum susu suam… Hanya susu sejuk atau yang diletakkan ais sahaja yang diminum. Ada tak kesan sampingan kepada kesihatan anak saya?

    Harap doctor dapat kongsi maklumat berkaitan..🙂

  20. Salam Dr Muna,
    Saya pelajar perubatan thn 5 dkt Univ of Western Australia. Kalau boleh dr Muna bg email pada saya kerana sy nak tanya beberapa soalan tentang emergency medicine di malaysia. TQ.

  21. Salam…thankx dr muna ats perkongsian… mmg betul kita kena byk menimba ilmu. sy baru dpt anak perempuan, dh 4bulan…susu bdn xbegitu byk. mgkin ada kaitan dgn pemakanan sy semasa hamil (cth makan mknn sejuk2 mcm dr cakap..). tp pengalaman mmg mengajar kita.harap2 nya kita dpt ambil iktibar dpd nya.. mohon share ye..🙂

  22. Slm. Ummu Saif, Terima kasih atas coretan yg sgt bermakna..
    saya pun sedang menyusukan anak skrg.. (anak kedua)
    usia anak baru shj masuk 7bulan
    telah mula makan usianya sejak 6 bulan yg lalu.

    umur saya 30tahun
    saya ade sdikit persoalan & ingin minta pandangan Ummu Saif
    saya sangat risau pertambahan berat badan saya sekarang
    18 kg lebih berat dari berat asal sblm mengandungkan anak k2

    sblum ini, saya berazam utk berdiet & bersenam
    tapi saya jadi cepat berasa sgt lapar
    mudah pening & 2minggu kebelakangan ini kerap sakit tumit (rasa mencucuk)

    hasrat saya utk mula amalkan spt berikut pd minggu ini
    1. bfast & mkn mlm dgn oat & epal/pisang
    2. minum susu atau susu soya (500g) sehari
    3. makan nasi (1/2 pingan) utk lunch (+ikan &sayur)
    4. amalkan skiping & senaman erobik
    5. minum air 2L sehari

    Q 1: adakah amalan ini akan membantu saya kurus & sihat?
    Q2 : adakah amalan ini akan memberi kesan kpd kuantiti & kualiti penyusuan kpd bayi saya

    mohon pandangan & Nasihat.

    Terima kasih & wslm

  23. salam doc,
    saya baru jer abis pantang..sy menyusukan bby saya.boleh kah sy minum kopi dan makan makanan pedas.kalau ikut mak, katanya tak boleh lah mkan pedas takut bb tak tahan.betul ker?
    satu lagi, betul ker kalo kita fully breastfeed atau pump breast milk boleh memabntu kembalikan berat badan asal…huhu…tapi macam tak boleh jer..sbb selalu lapar bila dah pam susu or feed bb..camana diet yg sesuai utk fully BF and return to normal@asal size nshape.:) dan sihat.
    Satu lagi sy dah 33 thn and dah tiga kali c-sect, and dah pun buat “ikat’…apa hukumnya. ikat sbb previous scar tak elok sgt or tak cantik…huuhu..
    harap dapat membantu sy.thanks.

  24. Salam, anak saya sekarang suka sangat nak minum EBM sejuk. Dia tak nak yang dipanaskan. umo skrg 14bulan+. Pening saya. Tapi dia x da masalah kembung perut pulak. Tak pa ker camtu? Sekarang saya jarang bagi dia minum EBM, biasanya dia pun tak nak minum banyak and tunggu saya balik kerja baru direct latch. Still on full bf.

    jemput lawat blog saya kongsi tips penyusuan yang saya amalkan http://mizurasvitashop.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s