Antara makanan kegemaran suami yang saya masak ialah lasagna tuna.
Saya kerap memasak lasagna ketika berada di Dublin, Ireland kerana kemudahan oven yang ada di rumah kami. Begitu juga bahan-bahan ramuan yang ‘affordable’ membuatkan saya tidak jemu membuatnya pada suatu ketika dulu. Untuk pengetahuan semua, lasagna (singular, disebut [laˈzanyia]; plural lasagne disebut [laˈzanyie]) berasal dari negara Itali.
Kini, saya cuma memasak lasagna hanya untuk special occasions sahaja. Sesekali saya akan makan lasagna di Secret Recipe walaupun rasanya tidaklah seperti yang saya harapkan iaitu too much minced meat and less lasagna noodle.
Apa-apa pun, saya sukakan lasagna sebab saya boleh letak apa sahaja yang saya suka di dalamnya dan tak perlu ikut mana-mana resepi ‘warisan’. Tidak seperti masakan tradisional.
Pendek kata, campak sahaja.. 🙂
Bahan-bahan: (untuk 4-6 orang)
Lasagna noodle
Tuna (in brine)- 2 hingga 3 tin kecil
Sos Domino (original atau spicy – ikut citarasa)- 1 botol besar
Lada bulat (pepper)- 1 biji
Cendawan bulat- 10 biji
Keju Chedar/Mozarella (grated)
Bawang besar- 1 labu
Daun sup
Italian seasoning (tak kisah yang mana, mixed herbs pun ok)
Cara Memasak
Panaskan oven kepada 200ºC.
Rebus pasta lasagne di dalam air panas sehingga lembut.
Sementara menanti oven sampai ke suhu yang dikehendaki, siapkan bahan-bahan yang nak digaul iaitu tuna yang telah ditoskan airnya, sos Domino, lada bulat yang dah dipotong kiub, cendawan yang juga sudah dipotong serta bawang besar dan daun sup. Tambah juga Italian seasoning mengikut selera masing-masing.
Gaul… pastikan jangan terlalu kering. Kalau takut kering sangat, kurangkan sikit bahan-bahan yang nak dicampak tu.
Susun lasagne noodle sebagai lapisan pertama. Kemudian diselang selikan dengan bahan gaulan tadi. Pastikan lapisan teratas juga adalah lasagna noodle.
Bubuh cheese di atas lapisan lasagna noodle yang di atas sekali tu, boleh juga ditambah dengan white sauce. Tapi kalau nak bubuh white sauce, jangan tanya Ummu Saif. Cari sendiri kat mana-mana.
Masukkan ke oven selama sejam ke sejam setengah. Sambil-sambil menunggu siap, bacalah artikel terkini hubby di saifulislam.com!
Selamat mencuba!
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang
salam ummu saif, mabruk sebab telah menceburkan diri dalam alam maya@blogging ni. Semoga semua pengunjung dapat mendapat manfaat daripada tulisan ummu saif yang telah lama ditunggu2.
p/s:harap dapat letak chatbox, utk ucapan ringkas daripada pengunjung. sekadar cadangan
slm ummu saif.smga sihat n ceria sll bersama suami n ank2..
sy kenal akak dr ust.has,senior suami sy di izzuddin shah,batch riyadh..tp yg psti akak mmg xkenal sy..:)
hmm nice blog!!keep it up!!
mcm best je lasagna tu,,blh sy cuba nnti..
jmput ziarah ke blog sy : http://dinaluzriq.blogspot.com
wsalam dinaluzriq … ni isteri ustaz nizam ye? sori akak tak join bukak puasa rumah riyadh tahun lepas. kalau tak, mungkin kita dapat bertaaruf. ramadan ni, jemputlah datang ke rumah.. boleh makan lasagna 🙂
TK muslim sejati.
p/s: ustaz tak bagi saya letak chat box bcoz dia takut mengunjung SIO beralih arah… hihi
Kalau nak bubuh chatbox, kena bayar 1 sen sehari kepada wordpress.com supaya boleh edit CSS 🙂
anyway ahlan wa sahlan dinaluzriq… kirim salam kat ustaz nizam ye. misai dato’ k masih on lagi ke?
salam, nmpk bestla, simple and sedap. teringin nk cuba buat.thx ummusaif.=)
salam..lasagna tu nampak sedap..tapi saya kurang yakin dgn chesse yg dikatakan menggunakan bahan dr kh……harap dapat beri penjelasan.or ada tak chesse dr bahan yg diyakini..
penyelesaiannya mudah sahaja. cari sahaja cheese yang ada logo Halal. banyak di merata tempat, kan.
Assalamualaikum
wah, ummusaif dah menulis, tahniah! Semoga lebih ramai muslimah menghangatkan medan blogging ini demi dakwah Islamiah. Lasagna? nak cubalah…
Salam akak,
Wahhh..best betul akak dah ada blog.Tahniah!!!
best sikit nak ‘borak-borak’,macam face to face.Biasalah bercakap dengan orang
perempuan ni mesra sikit 🙂
Akak, nak tanye soalan pertama hehehe..
Gambaran tak jelas, tentang menu tu.
Kalau akak dapat snap gambar sebahagian
bahan-bahan tu ok jugak..sayanggggg akak 🙂
Salam ummu saif,
First time masuk blog ummu saif..n after bace post ummu, tringin plak nak makan lasagna..
xpelah..nnti saye nak rase lasagna r..
n best of luck for blogging.. harap segala ilmu dapat dicurahkan kepada pembaca blog..
Salam ummu Saif.
wah dah ada blog sendiri.thaniah.n lasagna tu nampak sedap.rasanya nak try lah buat.Abu Sarah tentu suka…
Wah Ummu Sarah pun dah rajin online. Boleh la buat bisnes kek lapis online? Amacam?
Salam Ummu.
Baca artikel ni time posa mmg la kecur.. time posa, semua makanan nampak sedap. even, air paip pun rasa best & ‘nyaman’ kalau dapat diteguk terutama time wudhuk..
hehehe.. hanya taqwa buat sempadan antara “telan atau luah” balik air wudhuk tu..
p/s: tp kalau betul2 tertelan, i-allah dimaafkan. Kalau “tertelan” lasagna kerana lupa pun x pe jugak.. rezeki dari Allah..
kalau nak tertelan pun, biar la sekadar tertelan nasik sejuk ke, roti keras ke… ni tertelan lasagna.. amboi2
i like lasanga! and thanx for tip on how to pronounce the plural as well
hehe u learn somthing new evryday
first of all, welcome to blogosphere!keep on writing
i think its cool that ure a doctor, and a mum n a wife n a daughter n an inspiration to all us budding young doc here!maybe u could write about that aspect of ur life?
Thanks daisy.
by the way, how can i assess your blog?
hehhe kek lapis online…nak cari modal le dulu…kek lapis yg simple boleh lah sue buatkan.ada nak tempah ke?
wow ni menu menarik! kat umah apak rasanya belum penah ada lagi. more apak 12 ramadhan ni boleh la kami sekeluarga nak merase……
kena la bagi sampel dulu Ummu Sarah Aina 😀
abu ahmad… rasanya banyak kali jugak kak uda buat lasagna untuk apak 🙂 anyway, kami cuba sampe ipoh sebelum maghrib sebab jumaat tu muna kerja.
oo i have to invite u. can u pls email me? then ill send the invite
and wow, ure doing emergency medicine! we had a chance to meet dr ismail saibon n team when we did our electives in cyberjaya. it was a disaster n relief medicine course. we learnt the basics: triage and how to carry ppl! heh
alright all the bes in that
Owh, Ustaz guna domain SIO untuk create lagi satu dotcom buat Ummu Saif kan, tu sebab kena cas 1sen sehari dengan wordpress..yeke? Baru bertatih buat blog dengan wordpress ni..huhu
Erm, sedap lasagna tu..lama duk UIA baru makan 2,3 kali jer..makan waktu panas sedap, tapi yang dijual selalu dah lama sejuk
Daisy, u may email me via Abu Saif link EMAIL ME at Saifulislam.com.
Appreciate it.
Saya dah lama tertarik dengan lasagna ni. Tapi tak pernah jumpe sekali pun..
Dah tak jumpe lasagna, kawan2 saya offer ‘laksa nak??’.. Huhu..
Syukran ummusaif ajarkan ana utk add comment.
ummu najah org bt gjh, perak..tp b’khidmat as teacher kat SMK pekanbaru muar,johor..
siru ala barakatillah
wahh.. tenkiuu sbb bg resipi ni..
sblm ni tau makan je..
pasni insyaAllah sy buat~ 🙂
p/s: Dr mesti tau wat macaroni cheese cake kan? (sy pn tak ingt ape name btul die)..
kak long teringin nak masak resepi ni,emmm tapi esok la kot.Sebabnya hari ni dah ada resepi lain in list..Nway, tq ummu saif bagi idea…
sedap pulak nampak.tapi kat umah takda oven lak.sepnjang ramdhan ni masak je kat rumah.kul lima terus balik,5.30 sampai rumah..masak yang senang dan ringkas.sib baik hubby tolong2.kalau tak, nak hilang gak kesabaran.kiki.kuih pun wat yang senang macam agar2 dan cucur je..wat malam tu siap2 jadi siang dah tak kalut….
nanti dah cukup budget nak beli oven..dah ada oven leh la wat lasagna…
salam ummu saif. wow u’ve got a blog too. cool. i’ve always been reading SIO passively. i was with daisy at hukm. i only knew u were there after reading ustaz’s book. we would definitely have made the effort to meet u while we were there.
i’ll definitely try out ur recipe inshaAllah 🙂
salam ummu saif.tahniah dh ade blog sendiri..saya yakin kejap2 lagi ramai la yg view blog ni..sbb pandangan ummusaif sgt menyeimbangi pandangan abusaif.benar..sgt melengkapi..so keep on writing..mari jadikan venus semeriah mars..:)
Mars dan Venus yang wujud secara berasingan di bumi hanyalah tandas lelaki dan tandas perempuan.
a’ah wife u.nizam..insyaAllah ada rezki blh pi try yg akak buat,tp yg lbh pntg dpt kenal dgn akak..:)
insyaAllah abu saif..hhmmm misai dato’k??masih..masih on..misai mahai tu..:)
http://www.lastprophet.info/en/?lang=en
salam kak muna…
nanti saya nak cubalah resepi ni.. risau tak menjadi je… yelah first time i will be make western food.. jgn plak nanti lasagnanya tak menjadi, tapi yang jadinya laksa plak… 🙂
berkenaan ngan chatbok tu…ade yg free…depends on kehendak dan org yg datang..
lasagna tu insyallah saya akan try…thanks akak..
chatbox memang free. tapi nak masukkan ke sidebar wordpress ni yang kena bayar 🙂
Salam UmmuSaif…
Ramadahan Kareem!
Tahniah dan seronoknya Ummusaif dah ada blog sendiri. Boleh share views which close to woman..
Sedapnya lasagna, ana pun suka sangat.
Cuma nak tanya, ummusaif ada tak resepi untuk lasagna yang lain?
Jazakillah!
Happy Iftor!^^
Maksudnya adakah selain lasagna noodels the step still similar to lasagna noodels?
Shukran!
Salam alqasam.
Tq 4 visiting my blog. Sorry, i dont really understand ur Q. Did u mean how to improvise lasagna? U can change the tuna with minced meat. U can add other veges. Unfortunately, u cannot omit the lasagna noodle otherwise it wont be called lasagna. But the brands for it in the market are varies. Happy trying. 🙂
Salaam
from an Italian anthropologist’ s prospective, they look a kind of very very interesting lasagna!! :-)) ….ok is Ramadhan, it is better that I do not indulge in watching too much until the Scottish iftar arrive (which is soooo late this Ramadhan!) :-p
wa-salaam
1st time here. cool!
moga2 dpt diupdate selalu!
🙂
Salam Ziarah~
assalamualaikum.
(i’m an A-Level student. will b doing dentistry if and only if i pass my A-Level. mungkin blh dpt sedikit sebyk gmbaran seorg bekas pljr medic drpd ummusaif. thnx a lot.)
That’s Italian! And even an anthropologist 😀
wah ummu saif!! ana first time masuk blog enti nampak lasagne dulu tgh2 perut kosong berpuasa ni!! sedapnya!!
Salam alaik kak Muna,
Wahh memang seronok dpt baca blog ummu saif 😉 Alhamdulillah, akak dpt melahirkan medium utk wanita muslims berinteraksi.
Tak pernah try lagi lasagna.. mcm susah je nak cari some of the ingredients nye.. (“,)
tapi teringin gak nak cuba buat..
Askm Ummu Saif…:)
Yummy…sdpnye lasagna tuu…:) em…hari ni wt moreh ape utk fmly…?:)
Pingback: Lasagna Mania! « Leokid’s Life
hi
xyy6cy90qptwd3ew
good luck
Assalamualaikum ummu saif,
Salam ramadhan,
Saya kenal ummu saif melalui blog saiful islam. Sy adalah peminat setia saif islam.
Saya ada pertanyaan buat ummu saif, harap dapat membantu.
Petang tadi saya dan isteri telah beli supplement untuk isteri yang sedang mengandung di sebuah farmasi. Jenis supplement yang dibeli adalah Obimin Pluz. Apabila sampai dirumah saya dapati ada tertera gelatin bovine. Saya semak di internet gelatin bovine ini berasal dari haiwan.
So, sy tidak benarkan isteri mengambil supplement tersebut kerana ragu-ragu dgn gelatin tersebut.
Apa pendapat ummu saif mengenai gelatin tersebut?
Harap dapat membantu saya dan isteri.
Wassalam.
salam
obimin plus adalah sejenis supplement semasa mengandung. tak silap saya dia mengandungi kebanyakan vitamin B dan C. Plus mungkin juga ada zat besi (iron). blh cek kandungannya.
Gelatin ada byk jenis. Bovine bermaksud lembu. Mmg ada banyak ubat yg berasaskan bovine ini, Dan ubat2 ini digunakan di KKM (kementerian Kesihatan Malaysia). Ubat2 ini halal selagi ia ada tanda halal. sebab lembu2 yg digunakan telahpun disembelih mengikut cara Islam.
Semoga membantu.
Assalamualaikum,
Brother Shaf kalau nak more info on the Obimin supplement bole cuba check website ni:
http://obimin.info/index.php?option=com_content&view=article&id=3&Itemid=3
Saya pun sedang ambil supplement Obimin yang diberi oleh Dr. kat PUSRAWI. Currently in second trimester, so far so good, alhamdulillah. 😀
Salam, obimin is basically a supplement but it’s a common practise that doc will prescribe that during pregnancy… just that what will happen if i skip this obimin.. it’s just a supplement rite? 😉
Harap doc boleh comment… thanks.
terima kasih di atas penjelasan ummusaif.
Wassalam.
NYAM..NYAM
kenapa nampak macam lazat jer bila kat blog ummu saif nih..
malam nanti try bukak page ni lagi.. masih ‘terasa’ atau tidak kelazatannya
nak order bole?
nak buat macam tak reti je..mesti tak jadii…
saya sangat suka lasagna…taknak dah makan pizza hut punya..
kat mana lagi ada jual?
nampak sungguh sedap..ni harus mencari lasagna ni
salam ummusaif.. lasagna nih nampak super sedaplah, macam kene try jer…
anyway, saya kagum.. sempat lagi doc sorang nih update blog, siap boleh share resipi lagi.. keep it up!
my favorite!