14 April 2010: Hari Yang Istimewa


Alhamdulillah, sudah genap 35 tahun rupanya.
Dia, suami ku terus bersama diri ku dan anak-anak ku. Masih ada roh di dalam jasadnya untuk terus bersama kami. Alhamdulillah, Ya Allah, suami ku masih bersama kami.

Semalam aku menunggu di ruang tamu, menunggu suami ku balik kerana ingin menjadi orang pertama yang menyampaikan ucapan “Selamat Hari Jadi” tepat pada detik 12 malam. Namun, suami ku tidak kunjung tiba. Lewat pulang dek kerana perjumpaan sahabat sekerja. Aku tertidur…

Terbangun daripada tidur sahaja, aku terus mengucapkan ucapan itu tatkala suami ku masih lagi terkebil-kebil kebingungan kerana lewatnya tidur pada malam tadi.

Suami ku terus bersiap-siap untuk menghantar Saiful Islam ke sekolah. Aku hanya menunggu di rumah, terus berfikir apakah yang harus aku lakukan pada hari ini demi menyambut tarikh istimewa ini. Aku tahu, suami ku tidak pernah menyambut birthday nya semasa bujang, malah tidak juga semasa kecil. Begitu juga aku. Cuma pada umur remaja, rakan-rakan mula mengajarku bagaimana menyambut birthday.

Ya, ianya bukan sepatutnya untuk disambut atau dikendurikan. Namun, ianya sekadar meraikan insan tersayang agar mereka berasa diingati dan dihargai, itu sahaja. Malah kita juga dapat merasakan kemesraan dan perasaan itu dengan meraikan mereka. Itu sahaja. Tidak ada yang ekstrim mengenainya.

Akhirnya kami setuju untuk pergi ke The Curve untuk hidangan makan tengahari. Pada tahun lepas, saya membawa suami untuk late supper di Menara Kuala Lumpur. I would say, it was such a romantic dinner. Di The Curve, tiada apa yang extra special, cuma sekadar spaghetti olio, sandwich, french fries dan juga sepasang kasut Clarks untuk suami. Kami berjalan dengan santai dan relaks…Alhamdulillah untuk petang yang indah.

Pulang ke rumah, kami tak terfikir untuk belikan kek untuk anak-anak. Apabila diberitahu kepada mereka, hari ini birthday abi, mereka bagaikan tidak percaya malah macam biasa-biasa aje. Kasihan… tetapi tidak mengapa.

Abi, pula kemudiannya sibuk bersiap-siap untuk ke kuliah maghrib di TTDI. Hari yang indah tadi, bertukar semula kepada hari yang rutin. Inilah kehidupan, life goes on…

Buat suami ku, izinkan daku menyampaikan ucapan…

Abi, maafkan kami kerana tiada apa yang istimewa daripada kami di hari yang istimewa ini. Namun, anggaplah ianya masih istimewa kerana kami masih di sini bersama abi, insan biasa yang istimewa di mata dan hati kami…

Ummi.
14 April 2010
68000, Ampang.

14 thoughts on “14 April 2010: Hari Yang Istimewa

  1. Tidak pernah ada satu hadiah berupa harta benda pun yang berjaya hinggap di hati ini kecuali senyuman, ketawa, keceriaan dan perjuangan untuk mengekalkan senyuman, ketawa dan keceriaan isteri dan anak-anak ketika pelbagai keadaan mudah meragutnya dari kehidupan.

    Bersamalah kita senyum, ketawa dan ceria, kerana itulah tanda kita sentiasa menghargai setiap detik kita bersama.

    “When You Say Nothing At All”

    It’s amazing how you can speak right to my heart
    Without saying a word, you can light up the dark
    Try as I may I could never explain
    What I hear when you don’t say a thing

    The smile on your face
    Lets me know that you need me
    There’s a truth in your eyes
    Saying you’ll never leave me
    The touch of your hand says you’ll catch me
    Whenever I fall

    You say it best when you say
    Nothing at all

    All day long I can hear people talking out loud
    But when you hold me near you drown out the crowd
    Try as they may they could never define
    What’s been said between your heart and mine

    You say it best
    When you say nothing at all

  2. baraqallahufikum.

    gembira dan terharu melihat dr.muna dan ustaz saling menghargai antara satu sama lain.moga dr.muna dan ustaz diberi pahala atas mmberi contoh yg baik kpd pembaca blog.
    sy berkongsi kebahagiaan dgn dr.muna pada 14 april[hari jadi ibu kesayangan sy].tak dapat nak peluk dan cium dia hampir 4 tahun,sebab terpaksa berjauhan.tp,bila baca post dr.muna untuk ustaz,sy terfikir,banyak cara untuk menunjukkan kita menghargai orang yg tersayang.

    moga Allah berkati kalian dan keluarga kalian.^^

  3. selamat ulangtahun buat ustaz.dr.muna jaga ustaz baik-baik ramai peminattu gurauje

    Ummusaif replies:
    “All day long I can hear people talking out loud
    But when you hold me near you drown out the crowd
    Try as they may they could never define
    What’s been said between your heart and mine..”
    By Abu Saif

  4. Salam ziarah lagi Ummu Saif…harap benarkan saya untuk letakkan link blog ini ke laman blog saya.

    Itulah kita…pasangan suami isteri yang pasti selalu mahu menghargai dan dihargai…yang penting biar dipandang mulia di sisi Allah.

    Semoga Ummu Saif, suami dan anak-anak berada dalam lindungan Allah SWT selalu…insyaAllah…

  5. Dear Ummu Saif,

    This post made me teary eyes.

    BarakALLAHulakum. Semoga Allah memelihara dan melindungi Ummusaif sekeluarga. I felt a deep love.:)

  6. Ya, hidup kita tidak akan sempurna tanpa kitaran hidup yang pelbagai warna. Gembira, bahagia, sedih dan kecewa sentiasa menemani kita.
    Barulah kita seakan sempurna di dalam segala kelemahan kita.

    Yang penting, rasa syukur kita yang tiada hadnya…

  7. Dr. Muna…Semoga sentiasa bahagia dan diberi kelapangan waktu utk bersama.

    tarikh tersebut juga merupakan tarikh istimewa kami suami isteri…tarikh kami diijabkabulkan.

  8. Dr. Muna…Semoga sentiasa bahagia dan diberi kelapangan waktu utk bersama.

    tarikh tersebut juga merupakan tarikh istimewa kami suami isteri…tarikh kami diijabkabulkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s