Bagaimana Rasulullah Menangani ‘Populariti’nya? -Versi BM


Adakah Rasulullah pernah kehilangan privasi?

Apakah ada konflik antara sahabat, isteri-isteri, anak-anak?

Apakah ada isu Rasulullah SAW melayan sahabiyyat dan menimbulkan kecemburuan isteri?

Apakah Rasulullah SAW letih dengan kerenah manusia, dan crack down?

Mungkin kita boleh ringkaskan bahawa soalan di atas sebenarnya ingin mengetahui bagaimana keluarga Rasulullah khususnya para ummul mukminin mengendalikan ‘populariti’ Rasulullah.

Saya sendiri tidak begitu pandai dengan ayat Al Quran,dengan itu saya tidak mengetahui mana-mana ayat yang menceritakan buruk laku para isteri Rasulullah kepada mana-mana wanita lain. Walau bagaimanapun, kita semua tahu akan cerita bagaimana para ummul mukmini terbahagi kepada 2 kumpulan dan ianya disebabkan oleh faktor cemburu. Cerita ini jelas menunjukkan walau para isteri Rasulullah sendiri tidak dapat menafikan sifat semula jadi wanita iaitu sifat cemburu.

Hadis atau seerah tidak pernah menyembunyikan sifat cembru para ummul mukminin daripada pengetahuan masa hadapan. Malah Rasulullah sendiri hanya sekadar menegur sifat para isteri ini tanpa memperlekehkan mereka. Malah di dalam kisah Siti Fatimah tatkala beliau menyatakan rasa sedih beliau kepada Rasulullah apabila Saidina Ali ingin berpoligami, Rasulullah menunjukkan rasa simpatinya kepada Siti Fatimah lantas meminta Saidina Ali membatalkan hasratnya. Moral daripada kisah ini (bukan niat untuk membenci poligami) ialah, Rasulullah acknowledge sifat cemburu wanita itu kerana mungkin Baginda tahu tatkala itu kebahagiaan sebuah keluarga adalah lebih penting daripada dakwah Islam (meminang anak perempuan ketua Quraisy).

Bagaimana Rasulullah mengendalikan sebarang ragam dan perangai para isteri?

Yang pastinya dengan pelbagai cara, lagi berhikmah.

Namun para suami zaman sekarang mudah lupa bagaimana Rasulullah melayan rajuk ragam para isterinya, tidak hanya menggunakan hujjah dan bahas, tetapi dengan sentuhan lembut, lawak jenaka dan Baginda begitu sangat sabar dengan mereka.

Para pendakwah, pergi berceramah dan berdakwah di medan. Tetapi apabila mereka pulang, mereka terus ‘berceramah’ kepada isteri dan keluarga sehingga lupa apa yang keluarga mereka perlukan kekadang, hanyalah belaian dan kasih sayang, pelukan dan cumbuan.

Berbalik kepada isu populariti, tidak dilupakan di zaman Rasulullah, ada wanita yang berebut-rebut menawar diri sebagai isteri Rasulullah. Tetapi, Allah sentiasa memberi panduan kepada Rasulullah lalu Baginda memilih hanya yang terbaik. Dan jelas, sehingga kini, wanita masih begitu, mereka berani menawarkan diri kepada lelaki yang sudah berumah tangga.

Privasi..

Di zaman Rasulullah, wanita lebih malu dan tidak ke hadapan. Sebarang perbincangan agama dilakukan di sebalik tabir. Malah para ummul mukminin memakai niqab apabila berjumpa muslimin lain. Para wanita juga hanya bertanyakan permasalahan agama melalui para isteri Rasulullah.

Lagi satu, para Ummul Mukminin sangat terlibat dengan kerja-kerja dakwah Rasulullah. Mereka menyampaikan ajaran kepada para wanita Islam dan juga para lelaki Islam selepas Rasulullah wafat. Tidak lupa, para ummul mukminin tidak mempunyai anak kecil (tidak ada yang hidup). Maka mereka tidak mempunyai sebarang ‘gangguan’ atau kerisauan untuk berdakwah di mana-mana. Rumah mereka =kerja = dakwah. Maka, kerana demikianlah daripada seerah, kita dapat mengetahui banyak kisah kehidupan Rasulullah dan isteri kerana mereka begitu dekat dengan mad’u.

Selebriti

Sesetengah pendakwah yang diminati ramai diangkat menjadi selebriti oleh peminat atau pendokong mereka. Adakah ini satu fenomena baru atau ianya sudah pun berlaku di zaman Rasulullah yang mungkin berbeza di dalam bentuk terminologinya sahaja? Bagaimana kita perlu bertindak untuk melihatnya ke arah yang lebih positif dan membawa semua peminat-peminat ini kepada amalan dan budaya yang lebih baik (sekira perlu diubah)?

Bersangkut dengan isu selebriti dan privasi ini, kadang-kadang pendakwah disapa di tempat awam untuk bertanya khabar, bertanya soalan dan juga untuk bergambar bersama.

Mengambil gambar..

Secara personalnya, jika kenalan lelaki yang ingin bergambar dengan suami saya, saya tidak merasakan sebarang masalah. Tetapi jika ianya wanita baik berseorangan ataupun beramai-ramai terutamanya tidak pernah kami kenali  dan beliau tidak ditemani mahram, maka saya rasa ianya sangat tidak wajar. Bayangkan, anda pergi ke shopping complex atau ke mana sahaja, kemudian anda melihat beberapa wanita tersenyum sipu lantas ingin bergambar dengan suami.

Teringat semasa saya masih bujang suatu ketika dahulu. Saya juga pernah meminati dan mengagumi ustaz-ustaz dan tokoh agama negara. Tetapi seingat saya, kami palajar-pelajar perempuan pada zaman itu tidak biasa atau mudah untuk bergambar dengan tokoh-tokoh tadi kecuali bertemankan mahram atau pasangan yang sudah berkahwin.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…”

Saya teringat semasa kami para pelajar Malaysia di Ireland belajar mengatakan “No” kepada para pesakit tempatan, rakan sekelas dan pensyarah tentang hukum haram bersalaman dengan bukan mahram.

Pada mulanya, ia sangat sukar. Namun selepas sautu ketika, mereka mudah menerima dan memahami. Tetapi adakalanya di hari ini, saya tidak mengatakan tidak kepada lelaki bukan Islam jikalau saya merasakan masa tidak sempat atau tidak sesuai untuk menerangkan kepada beliau. Ada masanya dengan menunjukkan reaksi yang menyenangkan adalah lebih baik daripada memberi mesej yang salah.

Tapi yang pastinya situasi ini berbeza bila kita ingin katakan “tidak” kepada muslim yang lain. Kerana, semua orang Muslim dan Melayu sepatutnya tahu bahawa adalah haram bersalaman dengan bukan mahram.

Maka, sama dengan isu mengambil foto tadi. Jika wanita itu muslim, sepatutnya adalah mudah untuk ustaz berkata “tidak” kepada mereka. Lakukan dengan mudah dan dengan senang hati. InshaAllah, dipermudahkan. Dan ianya harus bermula di satu titik permulaan.

Ianya tidak ada kena mengena dengan faktor takut isteri cemburu tetapi cukup kerana kita menyayangi mereka sebagai saudara se Islam. Maka, kita harus berdakwah kepada mereka bagi menjauhkan mereka dari seksaan api neraka.

Adakah Rasulullah pernah sedih dan lemah semangat?

Ya, sudah tentu. Maka, sebab itulah ayat Quran diturunkan sebagai panduan, peringatan, amaran dan teman bagi Rasulullah SAW. Oleh itu, jangan sesekali berdukahati sekira diuji. Yang penting sentiasa bermuhabah dan koreksi diri.

Akhir kata, buat para suami, sayangi isteri kamu sebagaimana Rasulullah mencintai para isterinya. Jangan sakiti dia, peliharalah dia kerana sifatnya yang begitu rapuh dan perlu dilindungi. Dia sebahagian daripada rusuk mu…

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

5 thoughts on “Bagaimana Rasulullah Menangani ‘Populariti’nya? -Versi BM

  1. Salam ummusaif,

    persoalan di atas tidak mudah dirungkai @ diberi pandangan dalam ruang yang terhad ini.

    Cuma seperti yang pernah di nasihatkan pada saya, setiap individu yang berdakwah samada terlibat secara lansung atau tidak adalah mata rantai dari mata rantai membawa mesej dan makna yang sama. tauhidkan Allah.

    ianya sama seperti kerjaya seorang doktor, hanya doktor benar benar memahami situasi dan kaedah untuk menangani sesuatu isu yang dapat dikongsi melalui organisasi @ berkumpulan.

    Dalam berdakwah itu bergerak adalah secara berjemaah, dan setiap pendakwah itu ada Murabbi @ MUrabbiah? atas segala rujukannya, yakni guru. Pandangan Sahabiah perjuangan pun ana percaya sangat membantu.

    Berbicaralah dengan isteri para pejuang, bukan sedikit diluar sana, ana percaya mereka ada sedikit sebanyak jawapan untuk persoalan untuk perkara diatas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s