A Very Bad, Bad Kindie!


Ini adalah kisah di mana seorang anak kecil berusia 3 tahun dibiarkan kelaparan dan keseorangan di luar tadika oleh gurunya apabila dia menangis pada hari pertama tadika.

Salam, bila baca kisah naurah ingat anak saya umur 3 tahun this year hantar kat taska macam ok je masa tengok tu, hari pertama anak saya excited nak pergi sekolah , siap bawa beg dia jalan masuk sekolah, bila sampai dah takut,budak-budak ramai , ramai jugak yang nangis cikgu tak boleh nak handle, dia pun nangis sama bila saya ada ok je, then cikgu suruh parents balik, saya pun balik tinggal anak dengan harapan dia orang akan pujuk dia masuk kelas, masa tu pukul 9 lebih, pukul 11.30 pagi saya pergi balik , nak tahu apa yang saya nampak anak saya duk kat luar sorang-sorang. bila nampak saya terus dia peluk, bila tanya cikgu dia depa kata dia duk kat situ dari saya pergi tadi sampai masa tu (pukul 11.30 lebih) .cikgu tak pujuk , tak layan biar je dia duk kat situ, paling sedih bila dia kata mama adik lapar, maksudnya dia tak makan , budak-budak lain makan, cikgu tak pedulikan dia sebab dia nangis. terus saya tak hantar , biarlah habis duit pun, suami saya kata bayar duit mahal untuk orang denda anak kita. sekaran ni tengah fikir nak hantar kat mana pun tak tau..dia macam fobia je.

Kisah di atas merupakan salah satu komen yang saya terima tentang prasekolah di dalam artikel saya bertajuk No More Smart Reader.

MasyaAllah, sedih, marah, geram, tak percaya, semuanya ada di dalam hati saya. Dan saya betul-betul berharap, ianya tidak pernah berlaku.

Tetapi, ianya benar-benar berlaku!

Kenapa “para pendidik” ini sanggup perlakukan anak kecil sekejam ini? Mereka hanyalah syaitan yang bertopengkan manusia! Ini satu penderaan mental dan fizikal.

Dan mengapa kita tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka? Ini bukannya suatu denda untuk anak kecil. Kita ibu bapanya pun tidak sampai hati untuk melakukan sedemikian rupa kepada anak kita sendiri. Ini adalah satu kesalahan undang-undang, yang tidak boleh dianggap remeh oleh semua orang. Ia sama beratnya dengan kesalahan rogol, dera dan bunuh anak-anak kecil.

Mereka yang melakukannya, wajib diperbetulkan agar tiada yang akan terseksa lagi. Perkara ini wajib dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Kalau saya yang memeriksa anak ini di hospital dan didapati beliau mengalami trauma atau dehidrasi disebabkan kelaparan, sudah pasti saya akan adukan kepada pihak polis.

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Bahagian VI Kesalahan Berhubungan Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak-Kanak Seksyen 26: Penganiayaan, Pengabaian, Pendedahan atau Peninggalan Kanak-Kanak:

Mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, yang menganiaya, mengabaikan, meninggalkan atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi, atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiaya, diabaikan, ditinggalkan atau didedahkan sedemikian, adalah melakukan kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Saya merayu kepada semua ibu bapa, tolonglah jangan biarkan anak anda dizalimi sebegini. Jikalau anda berdiam diri dengan perkara seumpama ini, bermakna anda bersengkongkol dan bersetuju ia diperlakukan kepada mereka. Tidak cukup dengan anak anda, anak-anak lain juga akan menjadi mangsa.

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

39 thoughts on “A Very Bad, Bad Kindie!

  1. kakak saya mengalami situasi yg sama. dia menghantar anaknya yg baru mencecah 4 thn ke taska (yg agak mahal) krn meyakini kualitinya.
    namun,
    anak buah saya diambil dalam keadaan badan yang berbau busuk dan kelaparan.
    sekarang ini dihantar pula ke ABIM. alhamdulillah, baik shj

  2. i think we should ban 3 and 4 years to enter the kindie. Bukan je budak2 tu stres tapi cikgu2 dia jugak takde kemahiran psycology utk deal dgn mereka. Lbh baik cikgu2 ni fokuskan masa, tenaga, number of class kepada anak2 5 dan 6 tahun.

    3 and 4 years old hanya layak masuk playschool or nursery dan bukannya tadika.

  3. Kadang-kadang, cikgu yang jadi ‘cikgu’ tu tak berminat nak jadi ‘cikgu’ pun. Terpaksa saja, sekadar nak cari makan dengan kelulusan yang ada. Maka, pelajar pulak yang jadi mangsanya. Psikologi mesti sangat-sangat penting utk kawal budak tadika…

    Saya setuju yg budak 3 dan 4 tahun tak sesuai ke tadika. Itu masih zaman ‘teroka’ dan nak ‘explore’ semua benda. Tentu tak boleh tumpu perhatian bila cikgu mengajar. Lagi pun cara belajar mereka ketika itu tentu melalui permainan.

  4. Saya pernah tengok seorang cikgu PASTI mengajar kids umur 4 tahun.. dia mengajar..dan budak2 jgn la harap nak duduk diam.. tapi cikgu ni masih mengajar dan sekali sekala memanggil nama anak2 murid dia.. yang saya dan suami (kami sama2 pendidik) kagum bila anak2 murid dia boleh absorb apa yg dia ajar dlm keadaan macam tu.. dia tak pernah paksa pun budak2 ni dudk diam dgr apa yg dia nak ajar.. budak2 ni pulak panjat meja la..masuk bawah meja la.. kejap2 nak kencing la… kejap lagi nak minum la..tapi cikgu ni relax je.. memang keibuan..walaupun kita yang ibu2 ni pun kadang2 tak sesabar dia ni…bila dia jumpa anak2 murid dia di luar..dipeluk cium anak2 ni mcm anak sendiri…keikhlasan dia Allah balas dgn anak2 dia yg pandai2 belaka.. keikhlasan cikgu ni memberikan saya inspirasi utk terus berjuang dalam dunia pendidikan…

  5. bab taska ni memang saya sensitif sebab umar di hantar ke taska sejak umur 4 bulan..huh memang berat sangat nak hantar dan menswastaskan penjagaan anak2 kita..bukan saja ke tadika tapi kena prihatin bila hantar anak dibawah jagaan orang lain..

    ada juga anak kecil yang berusia 3 tahun di serang gastrik sebab kat taska tak makan dan diberi susu…

    umar pun masuk “taska anak manja” ni adalah taska yang ke tiga…kalau ada je yang tak kena pada mata saya, saya akan cari alternatif tukar. Umar kat taska sebelum ni asik cirit birit..kalau hantar taska mesti cirit birit..tapi alhamdulillah so far taska yang baru ni ok…

    betulla ummusaif, orang takkan jaga anak kita macam dia jaga anak dia, cikgu yang tak ikhlas takkan nak didik sebetul betulnya..kita ibu bapa ni kena prihatin .jangan dek kerana penat kerja, kita lansung lepas tangan…sampai balik kerja lansung tak cek anak kita ada luka2 ke, lapar ke, dah mandi ke….

    susah kan nak cari pngasuh yang betul2 baik…kalau saya pi opis, perkara yang penting saya minta pada allah agar anak saya hepi hepi dan selamat di taska….huh hantar anak ke taska pun di landa ketakutan…tapi nak wat camana semua ni bukan kes terpencil…dah banyak sangat jadi dan malangnya ada yang sampai mati….

  6. assalamu’alaikum

    haa… I shall remember that clause when my kids enter the kindergarten.. thanks ummusaif, i thought such things doesn’t exist in Malaysia, since there’s no strict enforcement by the ‘pihak berwajib’, is there any awareness campaign anyway? if not, patutlaa macam-macam cerita pasal penganiayaan budak2 kat negara kita.

    Right now, my kid is still in the nursery.

    Sekadar berkongsi cerita, saya sekarang berada di Germany, dan menghantar anak saya yang 2 tahun itu ke Daycare Centre. Dia sangat seronok dan tak mahu balik rumah! menangis melalak2 bila ajak balik rumah. (pulak dah!!) Anyways, apa yang saya tahu, caretaker di situ semua lulusan early childhood education. In fact apa2 pekerjaan di Germany ni pun, mesti skillfully trained, even if you’re going to be a butcher! I think at least a year kot. Back to the story, kadang-kadang pergi ke daycare tu, nak tinjau2 keadaan, the worst that i encountered was that the caretakers were trying to take off the children’s clothes (kat sini, tanggal baju waktu naptime sebab selimut tebal sangat), and they were laughing because the children wouldn’t want to follow their orders and still running around. And my kid, mmg sgt suka dengan care takers dia. Agaknya sebab caretakers dia layan je dia, dia nangis dipujuknya, dia babbling, dilayannya. And, walaupun dengan cara yang sangat relax tu, main2 lompat, tables and chairs are for meals only (there are no study tables), my kid can now identify numbers and letters. I don’t know how good is that, but to me it’s good😀

    saya rasa pernah ada satu artikel abu saif mengenai seorang ayah yang layankan sahaja apa yang anak dia cakap, jawab sahaja semua persoalannya, scene dia di airport tak silap. sejak baca artikel tu, saya pun layankan sahaja anak saya yang dua tahun tu. Taknak balik rumah, ok, ummi tunggu sampai habis masa. dah keluar daycare, tanak balik gak, ok ummi bawak gi jalan-jalan. Adalaa 1-2 jam gak melayan kerenah dia taknak balik rumah tu.

    What I’m trying to say is:
    1. seperti puterikalimah4 said, caretaker & cikgu tadika must be trained and taught the ‘0-7 years of life ; development, psychology etc etc etc.
    2. Bukan setakat trained & taught, kena sabar senantiasa. dengan ilmu sedikit sebanyak boleh kurangkan tahap “tak tahan dengan perangai budak” tu…

    Panjang pula ya… perhaps my writing is not a fair comparison, because i was writing about daycare centre. Anyways, just sharing. Hopefully balik malaysia nanti, i can avoid these nightmares!!

    wassalam.

  7. alhamdulillah nursery dan tadika yg mak saya hantar saya dan adik2 semuanya ok dan xberlaku perkara2 begitu. saya ingat lagi masa saya 4 tahun setiap hari datang nursery saya akan menangis dan suruh mak beratahu cikgu saya tak nak tido siang. lepas mak beritahu cikgu dan cikgu cakap ‘ok, nanti cikgu x suruh tido’ baru saya berhenti nangis. haha. saya tak nak tido sebab nak main je.tapi memang last2 akan tido jugak sebab kwn2 semua tido.

    adik saya yang sekarang 4 tahun pergi tadika amal. kelas dia ada la dalam 5-6 orang je. kat kelas cikgu ajar2 dan ada mase mewarna.cikgu cerita kat mak minggu lepas, murid 4 tahun termasuk adik saya memang main dalam kelas keluar masuk meja..etc.. kebanyakan masa belajar secara x formal. adik saya sangat suka pergi tadika sampai bile suruh mandi petang dia cakap ‘tapi nak pakai baju tadika…’ haha.pulak dah kena pujuk2 suruh tukar baju.cakap esok nanti boleh pakai baju tadika. tadika 12- 3petang, balik memang dia nampak penat. ngamuk2 sikit, tidur. then lepas bangun dengan excited akan cerita pasal tadika tadi buat ape, makan ape….sangat cute!hehe

    harap2 tadika n nursery yang x bertanggungjawab dan kes2 dera berlaku dikenakan tindakan dan pihak yang teraniaya membuat laporan. kanak2 wajib dan mesti belajar di tempat yang selamat dan gembira. kan?🙂

  8. sy pemilik tadika dan taska di kota bharu,kelantan.dah byk peristiwa sy tempuhi spjg 5 thn menguruskan kedua2 institusi yg byk memberi khidmat kepada ibubapa.pd pendapat saya,ibubapa perlu selektif dan periksa kelulusan pemilik tadika dan taska. seorang pemilik tadika dan taska yg bertanggungjawab perlu ada kelulusan(lulus peperiksaan asuhan kanak2).buat pilihan bijak dengan membuat survey.walau tempat itu mahal dan jauh dari tempat kerja atau rumah, jika hati anda berkata ini pilihan yg paling tepat utk anak saya, pilihlah tempat tersebut. Ibubapa saya mula menghantar adik beradik saya ke tadika seawal umur 2 tahun kerana semasa umur setahun adik beradik saya dididik untuk tidak memakai lampin lagi.jadi pihak tadika dapat menerima adik beradik saya. Selain daripada didikan di tadika, saya juga bertuah kerana ibu saya seorang guru yang banyak mengajar saya membaca,menulis dan mengira dan selalu melayan karenah saya yg suka pada penyiasatan. Seawal 4 tahun saya sudah boleh membaca buku bahasa Melayu dan English. Alhamdulillah selepas saya graduate dalam diploma kej awam serta pendidikan saya menolong ibubapa saya mengurus tadika dan taska. Saya menjadi seorang yang mampu berdikari dan mampu membaiki kebanyakan kerosakan di tadika(mainan, lampu,kerusi, meja, sharpener, kelambu bayi dll) saya suka kerja saya dan saya harap dapat latih lebih ramai guru yg dpt beri didikan yg sempurna pd anak2 di tadika dan taska saya.semua guru tadika dan taska saya perlu menghadiri kursus asuhan kanak2 selepas tamat tempoh percubaan 6 bulan.saya agak selektif dalam memilih guru dan menjalankan ujian personaliti sebelum menjalankan temuduga.hanya guru yg punya peronaliti ceria dan periang akan diambil.pernah dengar little ones eduworld preschool system?ia kaedah pembelajaran yg mengutamakan konsep explore,experience,explaining and exemplify.sy mendapati kaedah ini dekat dengan jiwa saya seperti didikan ibubapa saya kerana ibubapa saya pernah menyertai kursus parenting oleh pengasas sistem ini, Puan Wan Roslina.saya berazam untuk mendidik anak saya(belum ada lagi masih bujang tapi anak2 tadika dan taska stakat 5 tahun ni rasanya sudah beratus2 org) dengan kaedah ini kerana dengan adanya penerokaan dan penyiasatan, anak2 dididik supaya mencintai Sunnah Allah dan Sunnah Rasulullah.saya sukakan pendidikan dlm semua tahap tetapi umur 0-6 tahun bagi saya adalah umur yg masih boleh dibentuk dan dibajai dengan kasih sayang, Smoga Allah merahmati perjuangan saya dan guru2 saya. Selagi saya dan guru2 mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan, insyaAllah perkara buruk tidak akan berlaku. Smoga Allah melindungi ahli -ahli syurga ini.

  9. salam,
    nak tanya, cikgu tadika, mereka ni ada seisi latihan ke sebelum jadi cikgu tadika..? tak patut budak 3 tahun dibiarkan camtu!. bukan nak banding, tapi di negara barat pun, ada masalah anak2 takut pergi sekolah, tapi saya tenguk mereka banyak gunakan kaedah psikologi dan memujuk.Hmmm….

  10. assalamualaikum

    Salam perkenalan dari saya di Canada .Sedih teramat sedih apa yang berlaku ke atas anak ummusaif.Kebetulan sekarang saya menetap di Canada penjagaan anak – anak amat jauh berbeza dgn negara kita.Walaupun negara ini bukan negara Islam tetapi penjagaan anak-anak seusia ini amat baik.Itulah jika saya bercuti ke Malaysia boleh saya tolong jagakan anak ummu saif tuu. Hajat memang nak balik bercuti dengan anak saya yang kini berusia lima tahun.

  11. Teringat dua adik yang bongsu. Pernah satu hari mak ngan ayah cari tak jumpa sampai petang. Rupanya sembunyi bawah tangga taknak pergi sekolah tadika sebab cikgu sangat garang. Masa tu bukan adik2 saya yang sembunyi bawah tangga, ada gak anak2 cikgu yang lain pun sembunyi bawah tangga sampai tak makan dan tertidor sampai malam…

    * rumah saya dulu perumahan guru yang bertingkat tingkat tu..jadi port paling baik memang bawah tangga untuk sembunyi…mak ayah hantar kat bawah je sebab taska dok tingkat satu, alih2 pandailak bila mak ayah dah pergi patah balik rumah sembunyi bawah tangga….

  12. tak perasan tulis panjang pulak luahan perasaan.latihan ad banyak di mana-mana.menjadi ibu,ibu saudara,kakak adalah latihan pertama seorang perempuan.tapi tentulah asasnya kursus asuhan kanak-kanak.as a suggestion every parent should go to this kind of course or this kind of course shud be taught in kursus perkahwinan.dlm kursus ini ajar secara terperinci penjagaan anak-anak dari segi kesihatan,keselamatan,pendidikan awal.saya juga banyak membaca buku seperti ‘meransang minda anak2’, ‘early education for infant and toddler’.mainan d taska dan tadika banyak yang saya beli berdasarkan buku ini dan saya minta guru-guru saya banyakkan membaca buku2 penjagaan amak2 selain daripada kursus yang dihantar oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa.pihak tadika juga akan menganjurkan kursus keibubapaan dari masa ke semasa berdasarkan modul puan wan roslina.saya suka pendekatan positif yang ditekankan oleh pengasas sistem ini.suasana di tadika lebih harmoni dan kurang pekik lolong dari guru-guru dan pelajar kerana kita cuba mendengar setiap luahan hati.

  13. Saya teringat pada adik saya yang hantar anaknya at a daycare somewhere at Jalan Dungun and I can’t remember the number of times my niece had to be hospitalised for viral fever. Keadaan daycare kotor dan time makan, sorang penjaga kene suap dua tiga budak at one time. Tak kotor ke tu?

  14. insyaAllah..kem.papduan akan wujudkan INTAN yg menggunakan silibus PERMATA untuk mengasuh kanak-kanak seawal umur 4 tahun bg menggantikan KEMAS…tq

  15. sedihnya saya membaca kisah ini
    bukan kes macam ni sahaja, Alhamdulilah budak tadi mendapat ibu yang baik, tapi bagaimana kalau dapat ibu seperti tenaga pengajar tadi.
    Baru-baru ni saya baca dalam akhbar tentang budak 6 bulan koma didera ibubapanya, sedih betul. Lepas tu saya baca tentang ibu, rindukan anaknya yang dikhuartiri lemas terjatuh ke dalam longkoang ketika bermain bersama bapa saudaranya. anaknya berumur tiga tahun dan bermain bersama bapa saudaranya yang berumur 5 dan 7 tahu, ibunya keluar bersama datun dan neneknya ke pekan. HUH tergamak meninggalkan anaknya.
    saya pernah ke pasara melihat seorang ibu memukul anaknya kerana anaknya mahukan aiskrim, teresak-esak budak tu menangis. sedih, ibu tersebut nak anknya faham keadaan ibunya, kalau yer pun tyak dak belikan aiskrim usah dipukul….pujuklah.. kenapa ibu yang berusia 25 keatas menyuruh anaknya yang berusia 6 tahun memahami keadaan ibunya.

    bagi saya kanak-kanak adalah insan yang palin jujur dan mudah untuk berbicara, mengerti apa yang kita katakan kalau dengan cara yang betul, usah dipukul mintak difahami……

    sekadar pendapat

  16. sadari anith soffiyah-blh saya dptkn maklumat lanjut ttg kursus anjuran pn wan roslina….?

  17. Slm. Ank2 yg belum mumayyiz adlh ahli syurga. Mereka, bak kain putih. Kitalah yg mmbntuk mereka. Didikan awal, bak ukir atas batu. Kekal selama2nya. Berilah peluang, bagi 7 thn yg pertama ini, dgn limpahan kasih sayang, seblum ke 7 tahun kedua yg berperaturan. Ank2 di pringkt pra ini blum dpt beza yg mana mahmudah & yg mana mazmumah. Malah kiri-kanan pun ada yg bertukar lagi! Kita, sbg pendidik pertama & utama perlu bersabar dgn kerenah THE LITTLE ONES ini. Mcm tarik rambut dlm tepung. Nk bg faham ‘when’, ‘how’, ‘why’, kn satu persatu menuntut kesabaran tinggi dr ibu/ayah serta caregivers. Adab, manners & discipline diajar, dididik & dibentuk supaya sebati dlm dirinya. Ini semua mesti ada dlm lesson plan guru tdk secara detail. Dirancang rapi. Bukan ajar secara I.S.A (Ikut Suka Aku). Mereka yg mempunyai ESQ yg tinggi & mantap akan lebih mampu mengharungi zaman mendtg yg serba mencabar. Itulah yg kita nak anak2 kita miliki, in sya Allah.

    Sy tertnya2, adkah SR kids berdaftar sbg pra sekolah dgn KPM? Sbbnya, kita perhati, ada SR kids tletk dibangunan kedai, tingkat 1. Tiada tangga keselamatan! Kemungkinan bukan pra sekolah, cuma sekadar learning centre, spt mana Kumon ataupun e.nopi. Pra sekolah mesti patuh pd kurikulum i.e sukatan pelajaran KPM. Peraturan baru, mesti sekurang-kurangnya 4 jam sehari. Semua mata pelajaran secara bersepadu & bahasa merentasi kurikulum. Wallahu a’lam. Mohon maaf. TQ.

  18. Salam..saya setuju dengan cikgu tadika yang sarankan Ibu bapa cek juga kelulusan pemilik dan pendidik yang ada di tadika. sekarang ni di kolej2 swasta dah ada kursus Islamic Early Childhood Education..lepasan2 kursus ini insyaAllah tahu bagaimana layanan psikology kanak2 dari 0-8 tahun..pendidikan special need children juga di dedahkan..
    kasihan baca cerita ni, pengajaran penting buat ibu bapa! jgn hanya melihat prestasi lama tadika, tapi prestasi semasa dan kualiti care takers pun penting utk di selidik

  19. salam puan

    tak pasal-pasal saya teringat masa saya tadika 25 tahun lalu
    ada sekali tu kami budak2 ni buat bising masa cikgu takde (tak ingat pulak masa tu cikgu pegi mana)
    seingat saya memang bising dan haru biru yang luar biasa juga la
    bila cikgu balik masa tu time makan
    dia hukum kami2 yang buat bising ni dengan tak bagi makan
    siapa yang memang senyap je dapat makan
    saya salah seorang yang tak dapat makan tu la
    masa tu saya menangis senyap2 dan ada juga yang menangis kuat sebab tak dapat makan
    tapi cikgu boleh buat bodoh je
    huhu sebak pulak hati saya ni bila ingat balik
    the point is, berbaloikah menghukum begitu sampaikan rasa luka di hati tu sampai tua masih ada

  20. salam..sy brada dlam kem.plajaran.. bmula thn ni ambilak KDPM KEMAS di istitut perguruan telah dihentikan kerana kem.plajaran sudah ada program prasekolah dan menurut pensyarah sy, kursus ini akan digantikan dengan program INTAN. itu sj yang sy taw..mungkis ade sape2 yang terlibat dengan program intan boleh memberi penerangan lebih lanjut.

  21. yang terbaru dalam kem plajaran dan isu skg ni ialah KSPK (kurikuluk sepadu prasekolah kebangsaan). kanak2 akan msk skola start umo 4 thn and keep on going. sblm masuk st 1 die mst pandai bace. coz, silibus di tadika x kan diteruskan di tahun 1. masa di tadika mst pastikan studen da bole baca dan mengira…
    cos nk kurangkan plajar yang x bole membaca walaupun da msuk sekola. pendidikan hari ini sangat mencabar. bukan guru sahaja berperanan tetapi ibu bapa sangat2 perlu mamainkan peranan penting…

  22. @shafiqa

    akademik dah lama dipertekankan. Cuma character builder je belum. tu pasal dah byk pelajar (hatta graduan U yg robotik).

    baru2 ni Tun Mahathir suggested character building dlm silibus sekolah. Taktau setakat mana perbincangannya?!

  23. sy stuju sgt la kalau itu akan ditekankan…
    tp yang pasti mmg banyak pembaharuan yg akan dilakuakn dlm pendidikan. dan ibu bapa mesti alert dgn semua perubahan ni, perubahan arus perdana… character builder mmg bagus, hatta di uni pun akan diwujudkan sudut pidato..ini memang bagus, para raduan kita nanti pandai la promot diri…

  24. insyaAllah nt sy jika ada perubahan apa2 sy akan maklumkan..
    skg ni KPM sibuk dgn perangkaan kurikulum baru…
    x diwar-warkan lagi…

  25. assalamualaikum,

    jauhilah perkara sebegini berlaku terhadap anak-anak kita..kita sbg ibu bapa haruslah pastikan tenaga pengajar di taska tersebut bertauliah dan bertanggungjawap..saya pun turut menghantar anak saya ke taska pada usia 3 tahun supaya dia dapat lebih banyak menimba ilmu, bersosial dan mempunyai ramai kawan. Alhamdulillah banyak perkara positif yang anak saya pelajari seperti pelbagai doa harian, rukun Islam,Aliff Ba Taa membaca dan menulis.Rakan-rakan boleh lihat di sini http://www.bondamama.com. Anak saya begitu menyukai pergi ke taska sehinggakan waktu cuti pun dia nak pergi ke taska🙂

  26. salam..
    anak saya juga dihantar ke taska. Alhamdulillah, ketika dihantar ke taska ini, anak saya sudah berusia satu tahun (dah besar), sudah mampu memahami persekitaran dan berkomunikasi.
    apa yg tidak enaknya, bayi2 newborn: 2 bulan to 10 bulan sering dibiarkan menangis tanpa dipujuk. Alasannya, kalau asyik dipujuk (dukung) nanti asyik nak kena dukung je…
    risau juga kalau tetiba kena sawan plak. ikutkan hati, rasa nak g angkat je budak2 tu..

  27. untuk kepuasan hati kite, biar mak ayah sendiri yang mendidik dan menjaga anak..disebabkan mak ayah yang bz dengan kerjalah terabainya mase untuk bersama dengan anak2. majoriti remaja yang bermasalah sekarang datang daripada keluarga yang mana mak dan ayahnya tidak mempunyai mase yang cukup untuk bersama2 dengan anak2..mak ayah sibuk tempat kerja pastu anak2 pulak bosan duk umah, mula la cari kawan2 dekat luar… pada mak ayah, berilah mase yang secukupnya untuk bersama anak, jangan asyik duk sibuk kerja sampai tanggungjawab pendidikan agama yang sepatutnya mak ayah berikan sampai serah kepada pihak berkenaan untuk didik anak kite, pastu bile ada yang x kena mulalah x puashati lah apelah…come on, ubah sikap kita..kalau nak duit mane2 boleh cari, hidup ini hanya la sementara untuk menempuhi alam satu lagi…BUKA MATA TANYA IMAN…

    saye adalah remaja yang berusia 21 tahun..ini luahan hati saye kepada ibu bapa dan remaja yang bermasalah…

  28. as-salam,
    sebagai isteri dan ibu, anda harus berhenti kerja dari mengejar harta keduniaan..! atau carilah pembantu rumah atau pengasuh persendirian sahaja dimana anda mempunyai peluang untuk mencorak halatuju bimbingan anak anda sendiri dari melemparkan kata2 yang kejam dan persamaan dengan jenayah berat kepada para pengasuh…mungkin ada kesilapan dari pihak pengasuh tapi adalah tidak adil dengan melabelkan para pengasuh seperti manusia bertopengkan syaitan dan menyamakan kesalahan seperti merogol, membunuh dan sebagainya. adlah lebih baik jika perkara ini dilaporkan sahaja kepada JKM daripada melemparkan kata2 hinaan dan amat keji. pernyataan ini adalah amat berat untuk diterima muslimah islam. perlu diingat, taska/tadika juga mempunyai persatuan seperti persatuan taska negeri selangor /kl yang pada bila2 masa boleh menyenaraihitam nama anda dari menghantar anak kemana2 cawangan tadika/taska dibawah naungan.

    • salam.

      apa yg saya tulis adalah kisah benar ttg salah laku yg berlaku di sstgh tadika. saya juga ada terlibat dgn kes2 rogol dan sexual assault yg berlaku di tadika/taska. malah saya juga tahu ada tadika/pusat jagaan yg benarkan ahli keluarga merka merokok di dalam tempat mereka (DI HADAPAN KANAK2). Dan kes2 ini kebanyakannya telah dilaporkan kpd JKM.

      Anda tak perlu rasa marah/takut/bersalah kalau anda melaksanakan tugas anda dgn betul.

      Kerana itulah yg saya lakukan, melakukan tugas saya sebagai “pencegah kemalangan/salah laku/kecemasan kepada masyarakat.

      Saya adalah seorang ibu/ bakal pakar kecemasan/ ahli masyarakat yg prihatin. Itu sahaja.

  29. Salam.saya mempunyai baby yg br berumur 6bulan..dan cerita2 mcm ape yg diceritakan oleh ummusaif n mereka yg lain byk berlegar dlm masyarakat kita..tp kita xada pilihan sbb most of parent nowadays have career..mengenai guru2 tadika ini, sy terfikirkan sesuatu utk anak sy di masa depan.sy ingin mencari pra skolah yg menekankan ttg agama lbih dr segalanya2.kerana apa?sbb waktu mereka ini kecil adalah waktu di mana otak sgt segar dan mudah mengingat.sbenarnya ini dr pengalaman kami suami isteri sndiri.kami dihantar ke PASTI n every single doa, nasyid, nama2 nabi, dan lain2 ilmu itu kekal smpai skrng.n seolah2 masih terngiyang2 di kepala ttg susasana waktu tu..bagi saya itu yg penting.sbb bile mereka ni masuk ke skolah agama smakin dikurangkn.semua skolah adalah exam oriented.hanya beberapa skolah agama yg masih segar budaya agamanya.jika asas mereka waktu prasekolah xde, maka sgt susah di kala itu br nk tekankan ttg doa2 dsbgainya..itulah pentingnya asas agama waktu kecil..saya sbgi bkas ‘graduan’ PASTI tanpa segan silu mengaku itulah tmpt sy dididik kenal agama dgn pnuh kasih syg.n yet sy msih boleh berjaya dlm bhs inggeris & lain2 plajaran n bekerja dlm multinational company.. yg penting asas, kmudian mereka akan struggle utk berjaya di waktu skolah nanti..pernahkah kita terfikir bagaimana ibu bapa kita dulu yg xde ape asas akademik boleh melahirkan anak2 yg berjaya? asas yg mereka bg itu yg penting iaitu kasih sayang dan ilmu agama..ini yg mkin terhakis dlm masyarakat n skolah2 hari ini.

  30. sy br teringat kata Ray Barone dlm sitcom Everybody Loves Raymond..”we’re too curious about their future but we sacrifice their present.”.. biarkan mreka membesar dgn fitrah mereka tanpa kita perlu terlalu memaksa..let they enjoy their time..

  31. “Saya adalah seorang ibu/ bakal pakar kecemasan/ ahli masyarakat yg prihatin”. Itu sahaja.

    itu sahaja? bukan itu sahaja, tapi anda juga adalah seorang yang bersifat terkeji dengan melemparkan kata2 jahat tohmahan yang paling hina dimata seorang islam kepada para muslimah yang bekerja sebagai PENGASUH di TASKA. hanya dengan sedikit kesilapan terus mereka dilabel sebagai manusia bertopengkan syaitan/perogol/pprmbunuh dan sebagainya..

    sebagai ibu adakah diakhirat nanti kamu akan ditanya apakah jasa kerjaya kamu sebagai pakar kecemasan? tapi yang ditanya nanti apakah yang kamu lakukan sebagai isteri dan ibu untuk keluarga/anak2 kamu? nanti jawablah saya hantar anak ke TASKA je, saya bz sbg pakar kecemasan!

    memang sesiapa pun yang bekerja secara langsung/tidak langsung dengan TASKA/TADIKA walau[pun tidak pernah ada apa2 kes sblm ini dan alhamdulillah, pasti akan tersentap dengan pernyataan zalim seperti ini. jika kamu seorang bakal pakar didalam kerjaya kamu yang mungkin sekurang2nya mempunyai master didalam bidang kamu tetapi jangan terlalu tinggi mendongak ke langit dengan sewenang2nya melabelkan pekerja seperti PENGASUH yang hanya berkelulusan SRP/PMR dengan gaji yang cukup2 makan je dgn kata nista yang terkeji. ingatlah Allah itu maha adil dan pemurah juga maha pengampun..takut suatu hari nanti diterbalikkan semua kepada kamu..

    • errr, apa masalah cik/encik?

      saya cuma bagitau dan kutuk kesalahan/salah laku2 yg benar2 berlaku dan pernah kami pihak hospital adu pd JKM.

      Saya tak komen yg salah.

      Kalau baca akta Kanak2 di atas pun sudah jelas, terang dan nyata.

      Saya hormati semua guru TASKA yg baik. saya juga ada seorang bestfriend, owner sebuah TASKA, n she’s very excellent as a teacher.

      Persoalannya, kenapa nak marah2 kalau tak buat silap apa2?
      Kalau cik/encik marah saya kerana saya kelihatan sombong dgn mengatakan saya ni bakal pakar kecemasan, utk pengetahuan cik bukanlah tujuan saya bermegah2 apabila memberitahu ‘title’ saya itu. Ia sekadar memberitahu saya layak memberitahu peringatan ini memandang saya bercakap ttg fakta dan kebenaran since saya memang terlibat secara terus dgn kes2 sebegini di tempat saya bekerja. Saya bukan bercakap kosong.

      Kalau ada buat silap sekalipun, bertaubat dan berubahlah. Dan kita sama2 bersyukur dgn perubahan diri kerana itu semua hidayah dpd Allah.
      Tak perlu doakan orang lain dgn keburukan.

      Wallahu a’lam.

Comments are closed.