Tahukah Anda?


Tahukah anda, sebenarnya…

  1. Tahukah anda panggilan kecemasan negara kita telah diselaraskan kepada angka 999 (112 untuk telefon mudah alih)?
  2. Tahukah anda semua telefon kecemasan kita akan ditapis oleh operator TM Berhad?
  3. Tahukah anda panggilan anda akan disambungkan kepada hospital yang terdekat dengan kawasan anda?
  4. Tahukah anda hospital di negara kita dibuka 24 jam setiap hari dalam tempoh 365 hari?
  5. Tahukah anda perkhidmatan ambulans adalah percuma (kecuali ambulans swasta seperti St John)?

Oleh itu…

Tiada lagi alasan untuk seorang isteri terpaksa menunggu suami pulang ke rumah dari outstation untuk membawa anak yang mengalami demam sawan (a true emergency)!

Didiklah ahli keluarga anda mengenal ambulans.

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

14 thoughts on “Tahukah Anda?

  1. Salam…
    Owh..panggilan kecemasan di tapis?
    Tapi, mengapa ada yang berkata panggilan kecemasan sia-sia kerana tindakan yang lambat akibat daripada jutaan panggilan palsu? herm ataupun penapisan ini masih usaha baru?

    Kasihan saya melihat tragedi kemalangan yang berhampiran dengan sebuah hospital swasta. Kemalangan jalan raya betul2 berlaku di hadapan hospital tersebut. Namun, pihak hospital tidak menerima orang yang cedera parah (patah tengkuk) dengan alasan kerana tiada siapa yang akan membayar.

    Terpaksa pula di kejarkan ke hospital kerajaan yang hampir 1 jam perjalanan.
    Kejam sungguh pihak hospital sebegitu.

    Bagaimana doktor boleh sikap sedemikian rupa?
    Sy yakin ummusaif tentu bukan doktor sebegitu. Doktor di hospital berkenaan kebanyakkannya non-muslim.
    Moga-moga akan datang tiada lagi doktor yg mementingkan wang ringgit semata dan khidmat seikhlasnya.

    *Memang berguna info ini.

  2. salam

    Rasanya puan dah mention pun jawapan di dalam soalan puan.

    ethically, mmg semua doktor mesti merawat pesakit apabila pesakit dtg ke pintu kliniknya.

    tp when it comes to sistem malaysia ni yg memeningkan plus realiti masyarakat kita yg begitu, baik doktor atau pesakit, logik je akan ada masalah bila menghadapi situasi macam ni. Doktor private taknak rawat dan pesakit taknak bayar bcoz charges mahal di hosp swasta. Kerajaan kita sendiri takde polisi utk lindungi kebajikan pesakit apabila pergi ke hosp swasta dan juga tiada polisi utk lindungi hosp swasta apabila pesakit taknak bayar.

    so actually, it is the fault of the whole system (kerajaan) and not individually or the race.

    but at least, bukan semua sektor diswastakan, Alhamdulillah..

  3. Puterikalimah4 :
    Salam…
    Owh..panggilan kecemasan di tapis?
    Tapi, mengapa ada yang berkata panggilan kecemasan sia-sia kerana tindakan yang lambat akibat daripada jutaan panggilan palsu? herm ataupun penapisan ini masih usaha baru?
    Kasihan saya melihat tragedi kemalangan yang berhampiran dengan sebuah hospital swasta. Kemalangan jalan raya betul2 berlaku di hadapan hospital tersebut. Namun, pihak hospital tidak menerima orang yang cedera parah (patah tengkuk) dengan alasan kerana tiada siapa yang akan membayar.
    Terpaksa pula di kejarkan ke hospital kerajaan yang hampir 1 jam perjalanan.
    Kejam sungguh pihak hospital sebegitu.
    Bagaimana doktor boleh sikap sedemikian rupa?
    Sy yakin ummusaif tentu bukan doktor sebegitu. Doktor di hospital berkenaan kebanyakkannya non-muslim.
    Moga-moga akan datang tiada lagi doktor yg mementingkan wang ringgit semata dan khidmat seikhlasnya.
    *Memang berguna info ini.

    @Puterikalimah4

    susah juga jadi doktor ni.

    policy makers di hospital yang punya keputusan, doktor yang dipertanggungjawabkan. nanti masalah parking limited di hospital pun doktor yang dipersoalkan. susah tu.

    tapi cerita puterikalimah4 tu memang selalu kita dengar. pada pandangan saya, buat sementara ni, pejamkan mata dan anggap sahaja hospital swasta tu tak wujud. pedulikan ia. anggap sahaja ia muzium ubat dan terus bertindak menuju ke hospital kerajaan

  4. hospital di negara kite buka 24 jam setiap hari dalam tempoh 365 hari? hurm… ni valid pada semua hospital besar sahaja ke?

    sebab ada sekali tu ayah saya nak buat check up jantung dia sehari sebelom saya fly ke uk. pastu tgk2 hospital besar tu tutup. adakah sistem 24/7 ni baru sahaja dilancarkan?

  5. @lili

    salam lili. sepatutnya govt hosp buka 24-365. Tetapi hanya applicable utk emergency department dan wards.

    utk klinik pesakit luar or outpatient department iaitu klinik susulan, still opens office hours ie Mon-Fri, 8am-5pm.

    Kalau the whole hosp tutup taktau la pulak, maybe ada kecemasan seluruh hosp seperti kebakaran, kebocoran, wabak, etc, etc.

    Maybe ada hospital2 kecil atau daerah yg tutup certain hours (kerana kekurangan staff). Tp itupun, very very small hospital yg hulu. But oncall doctors still available sama spt klinik kesihatan. Klinik tutup sebelah malam, tapi HA atau MA atau AMO blh dihubungi di rumah staff utk kes2 kecemasan.

    Utk cek jantung tu sounds like a follow up clinic and not emergency. And sometimes these clinics (at the hospital) close on Public Holidays, kalau ada construction at the place, tak cukup staff atau byk lagi sbb lain bcoz it is not emergency. And usually they will inform the patients that r supposed to come for follow up prior to that day. Ada kes2 yg depa tak dpt call pesakit atas sebab macam2. then by the time patient dtg, dah terlambat bcoz clinic pun tutup dan takde org nak tanya kat situ.

    Tapi, emergency department (ED) takkan tutup unless atas sebab di atas spt kebakaran or sebab yg betul2 major.

    Dan kalau your father’s problem tu emergency/sudden heart problem on that day, then ED is the place and not cardiology clinic.

  6. Salam ummusaif,

    Sori, maybe apa yang nak dicakapkan ni off topic sikit tapi i think that i need to ask, sebab saya betul-betul nak tahu dari sudut kacamata doktor sendiri.

    Bolehkah seseorang yang mempunyai degree dalam bidang yang tidak ada kaitan dengan bidang sains (contohnya degree dalam bidang business management) untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan? Kalau boleh, mintak jasa baik ummusaif untuk kongsikan caranya (secara simple pon boleh).

    Apa pandangan ummusaif terhadap seseorang yang sudah berusia tetapi masih mahu menyambung pengajian dalam bidang perubatan? Contohnya macam seorang yang berusia 25 tahun tapi belajar di tahun 1 dalam bidang perubatan? Adakah itu sesuatu yang taboo dan sangat pelik? Mintak jasa baik ummusaif untuk beri pandangan.

    Apa nasihat ummusaif untuk golongan sebegini?

    Terimakasih!

  7. Salam..
    to sarah: pd pdgn saya, ok je nk sambung kalau ada kemahuan dan juga semangat yg tinggi.Kat uni saya study skrg ni, ada jg pernah nmpk sorg ni yg dh umur 30+ sambung degree medic.
    Ada jg yg dh grad jd pharmacist, lawyer.Tp dek kerana minat dgn medic, diorg sambung study medic.

    Insha-Allah, yang penting niat sdr Sarah.Usah fikir soal2 cakap2 orang. All the best;)

    -4th yr med student-

  8. @sarah

    Salam. mmg kita blh sambung medic at any age. Tp mungkin ada limitnya ie yg pencen, maybe tak blh kot.

    dulu, senior saya pun start medic after he had degree in pharmacology ie masa dia 25 y old.

    tp whaever it is kena tanya dgn lbh detail pada universiti.

  9. Salam ummusaif,

    Tahukah anda perkhidmatan ambulans adalah percuma (kecuali ambulans swasta seperti St John)?

    saya tertarik dengan artikel ummusaif hari ini,
    saya teringat semasa saya belajar dulu, ada kawan saya terkena penyakit denggi, apabila di bawa ke kilinik kerajaan berhampiran(agak besar juga klinik nye kerana terletak di satu kawasan di shah alam), pihak klinik menasihatkan agar beliau di hantar ke hospital besar tetapi pemandu ambulan enggang kerana AMBULAN TIADA MINYAK!

    i really pissed off at that moment….tp mengenangkan kawan saya yang langsung tak bermaya, kami berusaha pinjam kereta kawan dan menghantar nye ke hospital…

    info dari ummusaif hari ini, really help in d future in case berlaku lagi kejadian sebegini.

  10. kalau pasal akta, saya pun taktau. kena tanya haziq pillay tu la.haziq pillay tu peguam. dia ada cakap kat TV 3 suatu masa dulu.

    asasnya sebab dasar kemanusian dan melibatkan nyawa. sebagai doctor dan hospital, kena terima. etiknya pun memang doktor kena selamatkan pesakit kan? dan selamatkan nyawa lebih utama dr duit…

  11. sarah :
    Salam ummusaif,
    Sori, maybe apa yang nak dicakapkan ni off topic sikit tapi i think that i need to ask, sebab saya betul-betul nak tahu dari sudut kacamata doktor sendiri.
    Bolehkah seseorang yang mempunyai degree dalam bidang yang tidak ada kaitan dengan bidang sains (contohnya degree dalam bidang business management) untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan? Kalau boleh, mintak jasa baik ummusaif untuk kongsikan caranya (secara simple pon boleh).
    Apa pandangan ummusaif terhadap seseorang yang sudah berusia tetapi masih mahu menyambung pengajian dalam bidang perubatan? Contohnya macam seorang yang berusia 25 tahun tapi belajar di tahun 1 dalam bidang perubatan? Adakah itu sesuatu yang taboo dan sangat pelik? Mintak jasa baik ummusaif untuk beri pandangan.
    Apa nasihat ummusaif untuk golongan sebegini?
    Terimakasih!

    salam. pendapat saya: umur x jadi hal. ada universiti (swasta terutamanya) yang sanggup terima pelajar janji ada ongkos dan minat. umur 25 untuk 1st year bukanlah tua sangat, malahan bukan juga taboo dalam dunia medic. saya ada senior berumur 25 tahun (final year medic student) tapi patients ingatkan dia baru 1st year.🙂 [sebab awet muda kot] rasanya sama juga dengan kes kalau student medic yang asyik kena repeat. walaupun umurnya ketika pertama kali jadi medic student lebih kurang 20-21, tapi sebab selalu kena mengulang, jadilah umurnya mencecah 25 juga. kan? no worries. when there’s a will, there’s a way. insyaAllah.

    wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s