Bayi Saya Jatuh, Tapi Ok..


Baby aku jatuh. Wife tergelincir semasa mendukung baby. Baby nangis straight away selepas jatuh. Cuma ada benjol di kepala tapi baby aku ok je. Doktor dah periksa, cuma kata perhati 24 jam di rumah aje.”

Contoh cerita lain,

“Baby saya jatuh dari buaian lebih kurang setinggi 2 kaki. Baby saya kuat, tak nangis pun. Tak bawak pun gi klinik sebab nampak ok.”

Ini adalah cerita yang biasa kita dengar di sekeliling kita. Mungkin juga pernah berlaku di dalam keluarga sendiri. Begitu juga keluarga saya.

Ada banyak isu yang boleh saya bincangkan di sini:

1. Pengetahuan perubatan (medical knowledge) di kalangan ibu bapa dan sejauh mana mereka tahu untuk memeriksa tahap kesedaran bayi mereka.

2. Definisi “Ok” oleh ibu bapa serta apa siknifikannya bayi yang tidak menangis selepas jatuh.

3. Panduan terbaru tentang keperluan imbasan CT otak ( Brain scan) di dalam isu kecederaan kepala di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun.

4. Keperluan CT scan serta kesan radiasi imbasan otak.

Dalam seminggu ini, terdapat 3 kes di mana bayi kurang dari umur 3 bulan terjatuh telah datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM. Kesemua tidak mengalami kecederaan dan mereka boleh diklasifikasikan sebagai Mild Head Injury.

Bayi pertama dan kedua tidak kami lakukan CT brain tetapi mereka telah dimasukkan ke dalam wad Neurosurgery untuk pemerhatian. Semasa saya mengendalikan 2 kes ini, saya sekadar berdiskusi dengan pegawai perubatan yang senior di Jabatan Neurosurgery.

Kes ke 3, bayi berumur 2 bulan jatuh dari sofa setinggi 2 kaki. Bayi hanya diam dan tidak menangis sejurus jatuh. Bayi cuma mengalami lebam biru di dahi (bruises). Kemudiannya bayi menyusu dan tidur seperti biasa.

Pada mulanya, kami mengambil keputusan untuk tidak melakukan CT Brain. Tetapi semasa ward round bersama pakar kami iaitu Dr Faizal Amri, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT Brain scan walaupun pemeriksaan bayi nampak normal.

Penerangan yang diberi oleh Dr Faizal ialah, bayi kurang dari 6 bulan pada kebiasaannya akan tidur banyak. Memang sukar untuk memerhatikan tahap kesedaran mereka (GCS monitoring) pada sekitar umur ini.

Ketinggian itu juga adalah 2 kali daripada ketinggian atau panjang bayi. Maka ia adalah ketinggian yang siknifikan.

Bayi juga tidak seperti orang dewasa, otak mereka tersangat sensitif lagi fragile dengan sebarang hentakan.

Bayi ini juga dikatakan tidak menangis selepas jatuh, dia hanya terdiam seketika. Dengan bahasa perubatan, bayi tersebut telah mengalami hilang kesedaran sementara (loss of consciousness).

Sebarang tanda-tanda neurologi adalah simptom yang lewat.

Radiasi CT Brain hanyalah sekali dan tidak memberikan impak yang besar berbanding keperluan utama untuk memastikan tiada kecederaan otak.

Bath seat for baby prevents babies from fall-available at Mothercare

Untuk memastikan lagi kata-kata Dr Faizal tadi, maka di sini saya nyatakan kajian terkini oleh pakar kanak-kanak di London di mana mereka mengambil 347 kajian (research studies) yang pernah dilakukan kemudian mereka banding dan membuat kesimpulan daripada kesemua kajian-kajian ini.

http://www.bestbets.org/bets/bet.php?id=238

Kesimpulan daripada perbandingan semua kajian ini ialah:

The emergent imaging of children with minor head trauma remains conflicted between the need to differentiate ICI versus minimisation of radiation exposure to a large number of young brains. The consequences of ICI in otherwise clinically normal children who have had a head injury remain unclear. Up to 8% of children with a GCS of 15 following head injury will show radiographic ICI on brain CT (Boran), up to almost half of these may receive neurosurgery or be offered prophylactic anti-convulsant therapy. Ten prospective studies representing more than 10,000 children with minor or mild head injury clearly demonstrate that intra-cranial injury occurs in the absence of altered GCS and/or focal neurology. It is also clear that an improvement of GCS to 15 does not mitigate against ICI (Murgio). Interestingly LOC of less than 5 minutes or amnesia with no other findings has been shown to be low risk for ICI (Palchak) Two papers show those infants who have no focal signs and no altered mental state but have a significant scalp haematoma are at increased risk of ICI. There appears to be a stronger association of ICI with non-frontal haematoma and the younger end of this age spectrum. Clinical or radiological evidence of skull fracture is also shown to significantly increase the risk of ICI. Direct evidence supporting mandatory scanning in coagulopathic children is limited.

There is no study which adequately differentiates on clinical grounds those children with mild head injury who require intervention from the majority who can be managed conservatively. All head injured children who have a GCS of < 15 should undergo cranial CT. In order not to miss surgically important brain injuries all children GCS 15 with a head injury and a history of >30 seconds of LOC or clinical findings of amnesia, drowsiness, persistant vomiting, skull fracture or focal neurology should also have a brain CT. Asymptomatic infants less than two years of age who have head injury and a scalp haematoma or are suspected to have recieved NAI should also undergo cranial CT. Although the evidence is limited there should be a low threshold for imaging children with coagulopathy and head injury.

1. 8% dari kanak-kanak yang mengalami kecederaan kepala yang mempunyai tahap kesedaraan yang penuh menunjukkan Intra cranial injury (ICI) di dalam CT scan. Separuh dari jumlah ini memerlukan pembedahan otak. 8% ini bersamaan dengan lebih 10,000 orang kanak-kanak.

2. 2 kajian menunjukkan kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) yang mengalami lebam atau benjol di kepala walaupun pemeriksaan yang lain termasuk tahap kesedaran adalah normal, berisiko untuk mengalami intra cranial injury (kecederaan otak).

3. Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan perbezaan di antara keperluan 24 hour observation vs CT Brain. Namun, untuk tidak terlewat mengambil tindakan, adalah disarankan semua kanak-kanak, mestilah dilakukan CT brain apabila pemeriksaan menunjukkan tahap kesedaran yang normal tetapi mempunyai hilang ingatan (loss of consciousness) lebih 30 saat, kelihatan mengantuk atau muntah-muntah.

4. Ct brain mesti dilakukan kepada semua kanak-kanak kurang dari umur 2 tahun yang mengalami benjol di kepala walaupun pemeriksaan neurologi yang lain normal.

Akhir kata dari saya, sebagai ibu bapa, anda ada hak untuk meminta Ct brain dilakukan (if  Ct Scan facility is available in the hospital) setelah mengetahui hujah informasi ini walaupun doktor yang memeriksa tidak mahu melakukannya!

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

277 thoughts on “Bayi Saya Jatuh, Tapi Ok..

  1. Salam

    Mungkin sy tak bersetuju CT dikenakan keatas semua kanak2 disebabkan tahap radiasi yg tinggi. (Do no harm to patients 1st ethic) Kebanyakan kanak2 yg masuk dlm paed emergency service akan di tahan untuk observation selama 6 jam. Pentingnya kanak2 bawah umur ie bwh 1 thn perlu di ‘observe’ secara detail lagi mungkin di masukkan di dalam wad kerana utk memastikan kes ini bukan ‘non accidental injuries’. Doktor semestinya berhati2 mengambil jalan yg terbaik utk pesakit tersebut. Yang pasti sejak saya bekerja di emergency setting, hanya umur 1 thn akan di masukkan disebabkan suspicious of NAI, atau mana2 kanak yg menunjukkan neurological signs atau symptoms.

    • @Fahisham,

      Salam fahisham.

      terpulang nk guna approach yg mana as long as u have a strong back up guidelines. Most guidelines pun kata if no LOC but later on ada episodes of vomitings, warrants CT Brain. But the one that i took is from comparison of 347 studies updated 2008 done by a Paediatric Consultant of St Mary’s A&E, London.

      But again, most important is the mechanism history. If significant impact, i think it warrants CT. By the time symptoms show probably hours later.

      Maybe Paediatricians have to seat together with Emergency Physician for A best solution.

      • assalamua’laikum dr muna yg dihormati…

        1. sy pernah membawa bayi saya yg berusia hampir 2 tahun ke hospital ampang kerana jatuh yg memberi kesan lebam. sy meminta ct scan tetapi doktor enggan menjalankannya kerana kesan buruk.

        jika perkara yg sama [jatuh n lebam] berulang lagi, bagaimanakah harus sy tangani krn doktor tidak membenarkan ct scan?

        2. adakah bayi yg kerap jatuh [terlentang/terhantuk] berisiko menghidap barah otak selain sawan? melalui pengalaman doktor, adakah kerap jatuh memberi kesan kpd perkembangan kognitif bayi?

    • Nak tanya,kalau baby jatuh pastu dia muntah2 bahaya x? muntah tu sebnyk 5 kali,pastu ok…sekarang dia kembali aktif,perlu x pergi chck hospital? terima ksh.

  2. Banyak bayi yang mati kerana terjatuh. Kebanyakkannya, bayi yang jatuh di rumah asuhan kanak-kanak. Penjaga tidak memaklumkan kepada ibu bapa bahawa anak pernah terjatuh. Setelah lewat dan menunjukkan simptom yang teruk, barulah ibubapa sedar bahawa anak mereka ada masalah, lalu di bawa berjumpa dengan doktor.
    Memanglah ajal-maut itu di tangan tuhan dan telah di tetapkan.

    Tapi, bagaimana nak tahu bayi ada kecederaan pada kepala akibat terjatuh sekiranya di perhati secara kasar dari luar tanpa berjumpa dengan doktor?

    • @Puterikalimah4,

      Salam puan.

      Kalau kemalangan tidak diketahui (tidak diberitahu oleh yg memerhati), mungkin sukar utk kita nampak sebarang tanda2/simptom kecederaan melainkan simptom yg obvious seperti benjol/luka yg besar. Maka, mungkin kita tak akan perasan apa2 perubahan.

      Tetapi jikalau kemalangan tersebut diperhatikan oleh ibu bapa sendiri atau keluarga atau carer, maka kita akan lebih prihatin dan fokus dgn sebarang perubahan fizikal anak.

      Simptom2 blh dibahagikan kepada local atau general.
      Local symptoms are:
      lebam, benjol atau luka pada bahagian yg terkena kemalangan

      General symptoms:
      Lebih mengantuk daripada biasa
      Tidak aktif
      Muntah2, tidak mahu minum susu
      Hilang ingatan
      Lemah tenaga
      And worst are, sawan dan koma

  3. ummu saif..
    anak saya baru-baru ni terantuk dan menyebabkan benjol besar di kepala/dahinya…kami telah membawa dia dirujuk ke doktor GP sejurus selepas dia terantuk (di dinding batu) menurut doktor tersebut dia tidak nampak sebarang kecederaan yang serius dan menyuruh kami pantau..kemudian esoknya sekali lagi kami bawa ke GP untuk dirujuk semula dan dapatkan referal letter untuk dirujuk ke pakar..anak saya sejurus selepas terantuk di menangis kemudian termuntah (tapi muntah air) kami tidak tahu sama ada dia muntah sebab cedera atau sebab dia menangis..kerana memang adakalanya dia akan menangis sampai muntah(dalam keadaan biasa tidak terantuk atau terjatuh) namun sepanjang malam memang dia ‘monyok’ sahaja, tidak mahu bercakap(banyak angguk dan geleng shj bila ditanya) dan tidak mahu minum susu..setelah kami rujuk ke pakar surgeri (kerana doktor GP bagi referel letter agar dirujuk pada pakar surgeri) doktor tersebut telah buat pemeriksaan secara fizikal mengikut penerangan beliau mata anak saya ok tidak menunjukkan sebarang kecedaraan yang serius..kami ada tanya doktor perlu scan tak? doktor kata bagi pandangan dia tidak perlu sebab anak nampak ok muntah tidak berlanjutan, sudah makan dan mahu minum…seterusnya dia ada katakan dia tidak mahu scan kerana ada side effect..dengan scan boleh mendedahkan kanak-kanak ini pada bahaya kanser dll kalau betul2 perlu baru dia scan…alhamdullilah sekarang anak saya tidak ada menunjukkan perubahan dari segi keaktifan dll…tetapi setelah baca artikel ummusaif membuat saya berfikir dua kali sama ada perlu scan atau pun tidak…apa pandangan ummusaif pada side effect scan? secara peribadi ummu saif sarankan agar kami scan ke tidak?

    p/s anak saya lelaki berusia 2 tahun 6 bulan, berat badan 12 kg..kemalangan berlaku 2 minggu yang lepas

    • @ulfa,

      salam puan.

      ada bbrp poin di sini:

      1. kes akan dinilai/assess mengikut kepakaran doktor. dan setiap kes adalah berbeza antara satu sama lain.

      2. i strong believe semua kes kecederaan kepala di kalangan kanak2 mesti dimasukkan ke dlm wad utk pemerhatian 24 jam kerana para ibu bapa tidak ada knowledge how to assess tahap kesedaran dan kecerdasan anak secara klinikal.

      3. utk ct scan or not still ianya bergantung assessment oleh doktor. Tak salah buat ct scan walaupun ada kesan radiasi jikalau ct scan itu diperlukan. in otherword, if it is proven patient needs ct scan, then it has to be done.

      4. radiasi mmg berlaku cuma ianya bukannya blh terus jd kanser straight away. tak ada pun kajian yg menunjukkan dgn satu ct scan terus dpt cancer.

      5. memandangkan kemalangan 2 minggu berlaku, saya rasa dh tak perlu buat ct scan KECUALI kalau keadaan fizikal dan kesihatan anak merosot dan juga mengadu simptom2 yg merbahaya seperti sakit kepala, kabur pandangan, tidak aktf, kurang makan.

      6. kalau sekali pun beliau ada kesan drpd kemalangan tadi mungkin sekadar concussion iaitu kecederaan otak yg ringan.

      7. mungkin sesuai utk persiapan puan di masa hadapan. prevention is better than cure.

      wallahu a’lam. semoga mmbantu.

      • Salam…

        ummu saif…saya ada soalan ingin diajukan…now,anak saya sekarang berumur 1 thn 6 bln..anak saya dh 5 kali jatuh yg menyebabkan benjol di belakang kepala setakat ni…kali pertama semasa dia berumur dlm 6 bulan terjatuh katil..2 kali terlentang di lantai semasa dia bertatih..paling teruk semasa dia berumur 1 thn 3 bln dia jatuh terlentang di pintu toilet terkena bucu lantai..n last seminggu lps dia jatuh terlentang di lantai dapur..terlalu kerap dia jatuh terlentang dengan benjol di belakang kepala..dan susah utk sy kenalpasti benjolan di kepalanya kerana permukaan kepala yg tidak sekata..sy telah berjumpa dengan doktor selepas dia terjatuh di toilet n doktor arahkan utk lakukan x-ray..dan mengesahkan yang tiada kecederaan..soalan saya : adakah kaedah x-ray ini cukup utk mengesahkan tahap kecederaan yg dialami oleh anak saya?dan perlukah sy rujuk utk lakukan ct scan terhadap anak saya?setakat ni tiada symptom yg dialaminya kecuali dia de demam lps jth..n plg last dia jth pn..dia demam jugak..terima kasih..

  4. salam..ummu saif, my 9 months baby baru je jatuh dari baby cot hari ni..tinggi jugaklah about 3 kaki (lantai mozek), accident yang mmg tak disangka2…in 1 sec je berlaku..rasa cam terkilan sgt tak sempat sambut dia,..dah bwk gi klinik, dr suruh observe dlm 24 jam, so sy sanggup amik cuti utk jaga baby.hmm…my baby nmpk normal except a bruise kat bwh mata kanan, tapi perasan juga masa balik dr klinik dia mengantuk n tido atas riba sy, cuma nak kata drowsy sbb jatuh, itu mmg time dia tido.Sampai je kat rumah, dia aktif dan bermain dlm sejam sebelum menyusu dan tido….ummu saif ni paed ye?Sy link ye…

    **sy ada bc kat internet yang kalau baby kita penah jatuh, elakkan aktiviti lasak utk elakkan jatuh lagi sbb takut jatuh kali kedua akan worsen the first fall..

  5. @catlina

    as i said earlier, polisi a&e tempat sy bekerja ialah kami akan warded bby selama minimum 24 hours. Garis panduan hampir kebanyakan hosp.

    Sy pun hairan kenapa GP tak refer ke hosp. Tujuan warded bcoz most parents are not doctors or medical personel. So how do u know for sure bby is CLINICALLY ok. The word clinically means to be assessed by clinician.

    Lagi satu bby r not same as adult. Esp to young or first time parents, perubahan fizikal anak2 amat sukar utk diperhatikan kerana simptom mereka tidak sama dgn org dewasa serta mereka tidak blh/pandai mengadu apa2.

    Brain CT scan or not, is another issue. But, 24 hours hospital admission is mandatory (wajib) especially if significant impact (ketinggian lbh 2 kali daripada tinggi bby dan ada benjol besar). Dah la pulak, jatuh atas lantai mozek lagi tuh..!

    Nasihat saya, teruskan observe anak betul2 dlm sehari 2 ini. Make sure sendiri yg observe. Kalau ada perubahan aktiviti atau fizikal, terus bawa ke hospital dan bukannya klinik.

  6. Salam ummu saif, i’ve just read thru this post as well as da comments. erm..cam risau la plak..

    my7 1/2-months baby da pernah jatuh. yang major 2 kali, satu jatuh katil bout sekaki tinggi and from her baby cot, bout 2 kaki tinggi.for both cases, she fall and landing dengan dada instead of jatuh kepala dulu (keadaan seperti meniarap)..n ada jugak few times terantuk kepala atas lantai (though da alas ngan comforter, still ada impact bila terantuk). fyi, now she’s started to crawl and sit and stil unstable of doing those.

    i did risau yet didn’t take any action of doing CT scan wut not. so far alhamdulillah, everything seems normal..tade la showing any symptoms like u’ve mentioned above.

    please advise me wut shud i do ya.

    worry ummi 😥

  7. @MamaSyifa’

    salam puan.

    setiap bby adalah berbeza. namun ada sebilangan bby yg tidak bernasib baik. dan alhamdulillah saya rasa bby puan kemungkinan besar tidak tergolong dlm mereka yg tidak bernasib baik ini.

    saya rasa for now tak perlu buat CT BRAIN bcoz kejadian pun dh lama berlaku dan alhamdulillah bby kelihatan normal.
    (usually kalau bby ok after few days kejadian berlaku, means ok.). kalau ada impak selalunya perubahan fizikal akan berterusan dan kita akan nampak.

    Pendekatan di atas mainly utk bby yg jatuh within FIRST 24 HOURS (urgent/emergency management).

    Last but not least, PREVENTION IS BETTER THAN CURE (rasanya anak dh tak sesuai dok dlm cot kalau dah blh berdiri atau memanjat).

  8. salam,

    best jugak discuss on tihis topic..byk sgt benda yg kita tak tahu..
    saya nak tanya la..actually which part yg dikatakan kepala baby..adakah seluruh bhgn dr muka hingga belakang dan ke atas kepala atau bhgn face is not include.. anak saya memang byk kali dah terhantuk sejak dia boleh jalan tapi most part yg selalu benjol sebesar bola pingpong ialah dahi dia sbb terhantuk kerana terjatuh..budak ni lasak skit..tp stakat ni tak pernah bwk hospital or klinik coz kami hanya tuam dgn ais utk kurangkan benjol n diapun nangis sekejap je lepas tu lasak balik.benjol tu amik 2 3 hari jugak br surut. org tua cakap yg bahaya bila terhantuk bhgn belakang kepala sbb bhgn tu yg berfungsi utk kecerdesan dan kepintaran budak..ye ke dr ? anak sypun ada jugak la jatuh kerusi ms main dgn abang2 dia yg lasak tu tp tak pnh ada kesan serius such as bengkak or muntah2..tp kalo byk2 kali jatuh terhentak boleh ada long term effect jugak yer dr?
    lagi satu kalau dh dr warded for 24 hours apa tindakan yer in case kalo confirm mmg ada injured pd kepala ke apa ke..i mean selalunya apa endingnya kalo case yg terhantuk seriously..smpi boleh bwk maut..ada ke dr operate..?..tq

  9. @ummu nouha

    salam puan.

    secara bahasa layman nya, kepala adalah dari dahi, merangkumi seluruh atas kepala, ke paras leher di belakang dan tepi telinga.

    semua bahagian kepala penting kerana fungsi2 punya. so jgn la pulak sebab benjol besar di dahi, kita tak kisah bcoz org tua2 kata cuma bahagian belakang yg penting (right fact but wrong interpretation).

    Poin yg saya perhatikan ramai org masih tak faham di sini ialah IMPAK YG SIKNIFIKAN iaitu cara dan mekanisma kejadian jatuh/terhantuk kepala itu.
    Kalau sgt tinggi, tengkok tergeliat, benjol yg besar, saya rasa mesti bawak berjumpa doktor sekurang2nya ke klinik.

    So, sama ada masuk ward atau tidak, saya nasihat biarlah doktor yg tentukan selepas diperiksa DAN BUKANNYA AWAL2 KATA “NAK BAWAK KE TAK BUDAK NI?”

    Kes mmg byk. Mmg ada yg meninggal dunia. Sy pernah lihat seorang ibu yg lewat membawa anak ke hospital walaupun anak beliau penuh luka dan darah di badan setelah di langgar kereta. Alasan di beri “anak nampak ok” walaupun penuh luka di badan.
    Hairan saya, mengapalah ada sesetengah parents yg ‘buta’ benda2 camni??

    Lagi satu jgn biarkan anak selalu terhentak kepala. Bcoz simptom ni byk peringkat. Dan ada yg tak perasan. Mungkin satu2nya simptom atau gejala ialah anda dapati anak tidak pandai belajar bila masuk sekolah kelak.

    So, nasihat saya dari seseorang yg byk melihat kematian disebabkan kecuaian ibu bapa ini ialah, TOLONGLAH BAWAK ANAK ANDA DIPERIKSA DOKTOR APABILA KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN. DAN JGN PANDAI2 SENDIRI KECUALILAH ANDA SEORANG YG BYK MEDICAL KNOWLEDGE.

  10. my cousin, (15yr old).. lumpuh..takleh buat apa dah…doktor ckp masa effect selalu jatuh, terhantuk kepala etc masa kecik2.. sgt aktif masa kecik a.k.a lasak… sgt baik perangai dgn org tua tapi sayang dah tak boleh buat apa2..setiap kali kawan2 dtg melawat, (klu yg dia masih boleh re-call) air mata sure meleleh..

  11. tak tau la, tapi saya memang paranoid ngan sesetengah doktor..sory la ummusaif..maksud saya bukan semua doctor. ni sebab pengalaman saya saja.

    ummusaif kata walaupun benjolan kecil tu bahaya..kita sebagai first timer parents pun memang cuak…tapi kalau pi hospital kalau takat benjol kat dahi dctor tak check detail pun. dia buta buta suh balik dan suh tunggu kalau ada apa-apa baru datang semula,,,,selalunya pengalaman saya la, kalau sakit2 biasa takkan dapat detect apa penyakit tapi bila dah takleh gerak dan telantar baru la nak wat full health screening.

  12. @rulza
    Ha’ah….betul tu.
    Doktor pulak yang ambil ringan bila kita segera tindakan.
    Akhirnya, cuaklah bila jadi apa-apa kemalangan kalau effect tak teruk.

    Alahai doktor…

    (Kebanyakkan doktor di klinik @ hospital swasta takkan buat macam ni pada pesakitnya. Klinik@ Hospital kerajaan selalu kena macam ni…sedih3…)

  13. @ummusaif
    biar betul mak ni..ada darah bagai masih cakap ok..kita anak jatuh kusyen pun berderau darah..rasa cam nak pecah jantung…hish…tak patut..

    bukan bahagian kepala saja..betulla rasa concern ummusaif bab jatuh2 ni..kalau jatuh macam mana pun kena prihatin..anak kakak kawan saya kena asma yang teruk jatuh terhempap dada semasa dia masih bayi…

  14. @Puterikalimah4

    cuma nak citer sikit la.

    doktor ni lain mengikut individu. ada yg competent dan ada yg tidak. kat mana2 pun cetu, cikgu, polis, peguam, ustaz dll.

    cuma nak citerla apa beza private dgn govt hosp yg kita semua kena faham. Private hosp, your money matters. Selagi ada duit, depa akan admit dan buat semua sampai yg tak perlu pun kadang2 depa buat.
    Tapi kalau takde duit, itu yg accident depan pintu pun depa tak buat apa2 (berbeza dgn hosp govt!)

    Govt hosp pulak, the bed situation matters. Beds are very limited. So hanya kes yg betul2 admit sahaja yg kita admit.

    But, we have observation ward iaitu wad sementara di bawah jabatan kecemasan. Antara fungsi wad pemerhatian ini ialah observe pesakit2 utk tempoh kurang dari 24 hours (when they r not admitted by the primary team eg medical, surgical or paediatrics).

    so kadang2 relative/parents risau keadaan pesakit, maka kami akan observe. kalau semua ok, kami akan discaj.

  15. salam.
    saya masih tak faham.apa kelebihan CT brain ni?
    saya ada adik kurang upaya.
    kata doktor manegitties(xtau mcm mana nak eja)
    jangkitan kuman pd otak xsilap.
    adik saya jadi mcm ni sebab jatuh buai masa umo 3bulan.
    lepas jatuh dy dmam then hantar klinik.
    dlm dy dmam tu ada terkena sawan.
    tp doktor kata sawan biasa.normal.
    tp bila makin teruk ayah sy hntar hospital.(kepala adik sy membesar)
    bila kna tahan wad dy trus nak amik air tulang belakang sebab nak tau penyakit apa.
    tp da amik air tulang belakang banyak pulak efect dy.
    adik sy jadi hilang pendengaran dan hampir2 buta.
    sistem saraf dy rosak/xdpt berfungsi dgan baik
    perkembangan otak dy jd lambat dan xmampu berjalan pn.
    so apa kelebihan brain scan tu?
    kalau wat mende uh xyah amik air tulang belakang ke?
    kemungkinan untuk tak kena jangkitan kuman tinggi?
    adik sy memang xdpt dipulihkan mcm dulu
    tp sy nak tau untuk masa akn dtg.

  16. salam ummi,

    smlm, anak saya umur 1 tn 7 bulan terjatuh dari kerusi. kepala terantuk ke lantai.masa tu die nangis kuat dan terus muntah, lepas di pujuk, dia diam. dalam satu jam kemudian, dia aktif semula dan mula bemain-main dan memanjat semula seolah2 tak ada apa2 berlaku. dalam pkl 10, saya buatkan susu dan dia tidur. bangun semula pagi tadi, senyum, aktif dan ceria seperti selalu. saya buatkan susu dan dia minum macam biasa. saya belum bawa die ke hospital untuk pemeriksaan. perlu tak saya bawa die ke hospital? ada apa2 kesan sampingan tak akibat terjatuh?

  17. salam ummi,

    mlm td anak sy jatuh dari katil. not sure brapa ketinggian dia. tapi agak tinggi jugak la sbb katil tu dah tinggi, ditambah lak tilam jenis tinggi tu.

    mlm td jatuh je dia terus nangis sekuat hati. pastu sy tuam2 kat dahi dia sbb ade bunyi kelekuk lepas dia jatuh tu..atas lantai (tiles)

    pagi ni dia nampak ok..cuma ade muntah sbb tak berrp (dia mmg jenis kuat muak/muntah)

    cam mana ye..sy tak pegi spital lagi ni..biasa sy refer paed kat PPUM..

    should i go to PPUM instead of dia looks normal?

    help…help….

  18. Salam Ummu Saif,

    Saya ada 4 orang anak lelaki. Anak lelaki saya yang no 2 (sekarang berusia 6 tahun) pernah terjatuh dari sofa pada usianya 2 minggu (tidak pasti macammana jatuhnya) dan tidak menangis. Saya tidak membawanya ke klinik atau hospital kerana mendapati dirinya ok tanpa sebarang simptom setelah membuat pemerhatian sendiri di rumah untuk tempoh 24 jam berikutnya. Sehingga ke hari ini setiap apa yang berlaku kepada dirinya, akan saya perhatikan kerana saya takut ianya merupakan kesna akibat dari peristiwa jatuh tersebut.

    Sepanjang pembesarannya, saya boleh katakan dia kerap mengalami benjol di kepala akibat dari jatuh, terantuk, dsb berbanding dengan adik dan abangnya. Sebagai seorang ibu, saya risaukan keadaan itu memandangkan sejarah jatuhnya sebelum itu tetapi dari pandangan mata kasar dan setelah pemerhatian dibuat selama 24 jam ke atas kesan jatuh tersebut, dia ok dan tiada sebarang perubahan luar biasa, maka saya tidak merujuk ke klinik atau hospital.

    Walau bagagaimanapun, setelah 6 tahun berlalu dan berdasarkan pemerhatian saya,
    a) Dia masih lagi terkencing malam biarpun sudah berusia 6 tahun. Adiknya yang berusia 4 tahun tidak menghadapi masalah ini. Adakah ini merupakan antara kesan jatuh tersebut?

    b) Dari segi pembelajaran, dia cepat dalam Matematik tetapi menghadapi masalah dyslexic di dalam pembacaannya (b,d,p). Adakah ini juga merupakan kesan jangka panjang jatuh tersebut?

    Apakah yang harus saya lakukan? Saya ingin merujuk kepada pakar perkembangan kanak2 tetapi tidak tahu untuk ke mana dan kepada siapa.

    Terima kasih.

    Halle Othman

    Terima kasih

    Halle Othman

  19. Salam anak saya berumur 1 tahun 10 bln….terjatuh dan terhantuk bahagian belakang kepala di lantai mozek….kali pertama jatuh umur kurang setahun mungkin 8-9 bln….kalai yang kedua umur 1 tahun 10 bulan…tiada kesan muntah dan deman selepas jatuh….tapi saya risau akan kesan jangka panjang….bole ka ct scan ni dibuat keatas anak saya untuk mengetahui keadaan kpla di bahagian dalam?

    • salam @ummusaif..
      lega bila mmusaif ckp begitu sbb anak saya selalu sgt jatuh dan benjol dekat dahi..masa mula2 saya selalu hantar ke hospital dan seperti biasa doc akan suruh observe dalam 24 jam…sejak daripada tu saya dah x hantar ke hospital bila anak saya jatuh tp semakin risau bila tgk dia kerap jatuh dan benjol..
      alhamdulillah sampai sekarang tak nampak la benda yg pelik pada anak saya…
      cuma satu je saya nak tanya doc…selau jatuh tp tak ada efek ni bole bg kesan x in future?

      harap ummusaif dapat berikan penjelasan…

  20. Salam Alaikum,

    Artikel yang sungguh menarik daripada Ummusaif.

    Saya ingin berkongsi sedikit info.

    Tujuan utama CT scan otak dibuat adalah untuk melihat samada anak/bayi itu mengalami kecederaan serius, terutamanya pendarahan dalam otak atau keretakan di tulang kepala.

    Kebanyakan kesan daripada jatuh yang menyebabkan kecederaan otak akan berlaku dalam masa terdekat (terutamanya dalam 24jam yang pertama).

    Ada juga kecederaan kepala yang hanya menunjukkan simptom setelah beberapa hari, malah boleh setelah minggu2 lamanya, namum amat2 jarang berlaku. Saya pernah melihat kes bayi jatuh yang hanya mengalami simptom setelah 5 hari jatuh, (bayi ini kena sawan)

    Sekiranya bayi jatuh, salah satu keadaan2 yang tersebut di bawah ini akan menyebabkan bayi itu MESTI ditahan di wad untuk observation atau rawatan selanjutnya:
    1. Hilang kesedaran (sekejap atau lama)
    2. Menangis ‘irritable’ (berbeza dengan menangis sebab sakit, yang selalunya sekejap2 dan dapat dipujuk)
    3. Muntah2
    4. Tidak aktif, selalu tidur sahaja atau tidak mahu minum
    5. Sawan
    6. Benjolan yang besar, pendarahan dari hidung/telinga/mulut, atau lebam di mata, atau lain2 kesan fizikal yang signifikan.
    7. High impact fall
    8. Bayi yang masih belum boleh berpusing (<3 bulan) – boleh disyaki kesan penderaan.
    9. Apa2 penemuan yang tidak normal semasa pemeriksaan oleh Doktor.

    Sekiranya sudah lebih 24 jam dan anak anda terus tiada simptom/benjolan besar, perhatikan saja di rumah. Sekiranya ada simptom baru, terus bawa ke hospital, bahagian kecemasan (bukan ke GP/klinik kesihatan).

    CT scan tidak perlu dibuat kepada anak2 yang sudah lama jatuh dan tiada apa2 simptom.

    Berkenaan tentang perkembangan anak pada masa akan datang, tidak akan dapat dipastikan secara langsung melalui CT scan. Kesan perkembangan anak yang tidak normal pada masa sekarang juga tidak dapat dipastikan samada ia secara langsung berkaitan dengan jatuh yang dulu, atau berkaitan dengan faktor2 lain.

    Apa2 pun, seperti Ummusaif yang katakan 'mencegah lebih baik daripada merawat dan menyesal'.

    Sedikit panduan:
    1. Bayi yang belum pandai berdiri/memanjat MESTILAH diletakkan dalam 'cot'. Walaupun yang baru lahir, sebab risiko untuk jatuh masih ada. Sekarang bayi 3 bulan pun sudah pandai berpusing. Sekurang2nya, letakkanlah bantal sebagai penghadang.

    2. Bayi yang pandai memanjat, elakkan daripada diletakkan di dalam cot atau di tempat tinggi seperti high chair tanpa pengawasan orang dewasa.

    3. Pastikan anak anda yang aktif tidak dibiarkan tanpa pengawasan orang dewasa.

    4. Pastikan rumah anda bebas daripada ancaman berbahaya terhadap kanak2.

    5. Terangkan kepada 'maid' berkenaan tentang bahayanya kecederaan kepala dan pentingnya untuk diberitahu dengan segera. (kerana banyak kes, maid diamkan saja kerana takut dimarahi)

    Wallahu'alam.

  21. salam.sya ad anak sedara skarang umur 9 bulan..die susah nak tgak kepala n kaki..dah byak kali pgi urut..pengurut mengatakan kmungkinan jatuh mse lahir.jd akak saya(mak bayi),mengiyakan n mgatakn bhwa die klam kabut mse brsalinkn anak die(anak prtama la ktakan),n mrasakn bhwa pgung diangkat tinggi mse brsalin.n jga msalah kpala trjatuh mse lhir..baby 2 jga ad dbawa brjmpe doktor,dr mgtakan ntuk xray,mak sya xbnrkn krn dr mnx sgnature, so tkot risiko…so,nk tye ummusaif,apakah sbnrnyer pyakit anak sedara sya,n adkah wajar di’xray’ n apakah pnrgn trhadap pyakit ini..syukran,,,

  22. salam.bolehkah ummi mmberi no fone ntuk akak sya hubungi demi kebaikn anak dye in order 2 make sure that akak sy can tell da actual prob dgn mndgr dr mulut ummi sndri.klu boleh,bgla d alamat email sya.insyaAllah sya akn mnyimpan num dgn baik(tidak mnyebrkn)..syukran

  23. maafkn sya..tertinggal info about da prob anak sedar sya…akak sya x risau sgt sbb anak dye kuat minum susu n kuat tido,sbb biasanyer baby yg sakit x slera ntuk mnum(adkah bnar fact ini?)..bdan baby jga berisi,n brat bdn brtambah..klu nk dukung, mesti kna pgang kpala dye sbb xleh tgak,jd kpalanyer nti,akan lemah n senget…

  24. Salam..saya ada seorang anak berumur 1 tahun 8 bulan. Kelmarin anak saya jatuh terlentang dan terhentak kepala di atas lantai mozek yang licin.Apa yang perlu saya lakukan???Ini kerana selapas jatuh dia menangis dengan kuat dan kemudian bermain seperti biasa.Cuma semasa hendak tidur agak merengek mungkin akibat kesan hentakan tersebut. Untuk pengetahuan ummi anak saya selalu terhentak (4-5 kali hentakan sejak lahir) sejak dari kecil dan pernah alami benjol sebesar telur di dahi ketika jatuh bermain.Saya risau dengan keadaan anak saya takut kalau berlaku gegaran otak??Adakah saya perlu merujuk doktor??

  25. @Amy

    salam. nasihat saya, kalau anak nampak ok, observe dulu. kalau ada simptom atau puan risau, bawalah berjumpa doktor.

    cuma saya nak tahu, kenapa byk sgt kali terhentak? umur dia baru 1 tahun 8 bulan..

  26. Salam ummusaif
    Anak saya baru berusia 4 bulan.ini anak pertama saya. Semalam baru ja mendapat suntikan kali ke 2.paginya dia di suntik,saya terus bagi ubat takut dia demam.petangnya pula, ntah mcmana,buaian dia tercabut dan dia jatuh.tinggi buai dalam 2 kaki.dia jatuh ke lantai..kepala dia ada alas bantal.saya terlelap masa 2.sangat terkejut n panik bila dengar baby saya menangis dgn kuat.saya angkat dan kendong,pujuk2 dia..
    Dia berhenti nangis,lepas 2 dia aktif lagi..cuma saya tak dapat bezakan kesan cucuk atau jatuh 2.malam semalam badan dia panas dan dia kurang mimum susu.saya jelum badan dan kepala di samping bagi ubat yang saya dpat dari klinik.
    pagi ni,saya check panas badan dah kurang,dia minum susu n tido..arini saya datang keja dgn ati yang sangat risau.balik ni saya akan check ada x lebam n tanda2 yang pelik.apa cadangan doktor..saya runsing..tolong la doktor

  27. @unknown

    nasihat saya, jgn pergi dah tukang urut tu. Merbahaya sungguh mengurut budak kecik. tolong bwk anak tersebut utk susulan di hosp pakar dgn SEGERA eg PPUKM, ada pusat tumbesaran kanak2 (child development care) under jabatan paediatrik.
    blh minta mana2 doktor klinik berbayar/klinik kesihatan utk buat surat rujukan tersebut.

    atau kalau risau, terus bawa ke mana2 jabatan kecemasan yg ada khidmat doktor pakar.

  28. salam…
    anak saya baru2 ni terjatuh dari buaian..dan menyebabkan kepalanya terkena besi buaian dan berdarah sedikit serta benjol.lalu dia menangis..kemudian itu saya telah bawanya berjumpa doktor pakar kanak2.dan dari pemeriksaan dktr tersebut anak saya tidak mengalami sebarang masalah atau kecederaan dalaman..anak saya kini berumur 2 thn 2 bln dan beratnya 12 kg.

  29. salam…..
    tetibe je rase risau sgt2 n nk bwk bb g ct scan la….aritu kt taska die kene cakar dgn bb 6 bln..(ms tu anak saya 4 bln)…bhg kanan dahi anak saya merah..2 hari gak la br hilang…n then saya ade t’langgar ampaian kain..kene bhgian atas telinga die..masyaAllah…die nangis jp….bile bc n3 ummu saif ni,nk pg wat ct scan la…just to know whether it’s ok or not…

  30. anak saya baru3 bln.. jatuh katil mlm tdi… mula2 nangis ligat.. tapi pastu pujuk2 ok.. dia menyusu pas tu.. tk nmpk lebam.. tp pastu main2 mt dia mcm mengantuk.. saya masukkn dlm buai coz kebetulan 1 hr ni dia memang kurang tdo kt umh pengasuh tu.. esok pg ni baru ingt nk bwk g GP. pndapat ummu, tindakan saya tu btol x?

  31. salam ummu saif
    Terima kasih atas pandangan Doktor.
    Bagaimna ya jika kepala anak saya ada bengkak seperti biji angin. Dia kadang-kadang mgadu ‘akit’ dan minta saya urutkan.Umurnya sekarang hampir 2 tahun.Saya tak pasti kenapa kepalanya ada biji angin.
    Semasa dia masih bayi, dia di bawah penjagaan pembantu rumah. Saya pernah mendengar anak saya menangis di bilik air seperti dia jatuh, kuat bunyinya,semasa dia berumur 4 bulan semasa dimandikan pembantu. TQ

  32. Salam ..
    dr, anak saya yg berusia 7 bln 3 hari telah jatuh dr katil semlm ketinggian 1′ setengah.jatuh tertiarap di atas lantai. menangis dengan kuat hidung bhgan dalam berdarah tp x meleleh klua..terus bawa ke klinik dan telah dirujuk ke hospital. di hospital telah lakukan xray bhgan dahi dan hidung. alhamdulillah tiada yg retak atau patah. dr benarkan pulang dan dibekalkan ubat tahan sakit dan selsema. sepanjang di hospital anak aktif spt biasa. senyum dan gelak bile die sapa org.pulang rumah saya x berikan ubat yang dibekalkan hospital krn saya rasa xde keperluan. apa pandangan dr?
    terima kasih krn melapangkan masa membaca dan menjawab persoalan saya.
    wassalam.

  33. salam puan,

    yang penting puan terus me’monitor’ anak puan.

    2. saya rasa tak perlu bagi ubat selsema tu. ianya hanya akan membuat anak puan mengantuk, lalu akan menyusahkan puan mengawasi kadar kesedaran dan keaktifan anak puan. Lagipun adalah tidak digalak dan dinasihatkan utk memberi ubat selsema kepada kanak2 di bawah umur 2 tahun.

    3. ubat sakit berkenaan (jikalau syrap panadol) hanya blh diberikan jikalau anak kelihatan sakit. tapi kalau tak sakit, tak perlu bagi.

    4. langkah pencegahan utk masa hadapan. Jgn letak bayi yg sudah blh merangkak di atas katil tanpa pengawasan. Elakkan jatuh yg berulang

  34. salam ummu saif
    seperti kes ummumasyita, anak perempuan sy berumur 8months,
    terdapat bengkak kecil (mak saya cakap; biji angin) di belakang kepalanya
    adakah ini tanda2 biji angin dan bagaimana rawatannya?
    ini kerana sy telah pergi berubat secara tradisional, tetapi tiada perubahan
    perlukah saya berjumpa doktor
    terima kasih

  35. salam..sy nk tnya la..ank sy bru msk 1 tahun pd 17.4.10..die ni girl..xblh ddk sndri n jln..merangkak pon x buleh..cuma meniarap je..adakh ank sy normal..risau la..adakah normal dgn umur mcmtu>>tolong!!!

  36. salam.

    Pada ilmu yg saya ada (selama training 6 bulan lbh di wad kanak2), saya dapati development anak encik agak lewat esp merangkak tu dan duduk tu. kalau jalan tu ok lagi sampai setahun lebih.

    nasihat saya, minta mana2 doktor klinik kerajaan atau bayar (GP) utk buat quick assessment dan kemudian surat rujukan ke mana2 hospital pakar. jika encik tinggal di KL, blh rujuk kepada pakar kanak2 di Child Development Centre (Klinik Pediatrik), PPUKM, Dr. Juriza.

    Saya juga berharap encik tidak lewatkan usaha membawa anak encik utk berjumpa doktor pakar, kerana masalah ini dikhuatiri serius.

    Semoga membantu.

  37. salam.
    Terima kasih pd UmmuSaif.Com kerana membincangkan info yg sy mmg kurang arif ..actually anak kedua sy bru sahaja jatuh katil semalam..sy juga penah ada pengalaman serupa dgn anak pertama sy..dia jatuh katil masa umur dia 7 bulan..bila sy bawa ke kecemasan, doc chck n nasihatkan sy lain kali kalo jd hal2 sebegini, tidak perlu bw ke Kecemasan…dia siap bagi template ttg tindakan yg perlu di lakukan sekiranya anak terjatuh ..SEgan sngt masa tu sbb sy blom ada pngalaman macam tu sebelum ni..
    Bila perkara yg sama terjadi kpd anak kedua sy(5 bulan)..sy takk bw ke kecemasan kerana yakin tindakan yg sama di lakukan oleh doc di kecemasan.so sy amik langkah berjaga2..observation for 24 hours..alhamdulillah..anak sy tak muntah..tak demam..tak benjol..takde luka2..takde sawan dan she’s fine..and sy berdoa agar takde ape2 kesan pd dia..
    saje nk kongsi cerita n tq again to UmmuSaif.Com..

  38. salam..ummu..thanks coz discuss topik ni..
    anak saya berusia 8bulan, dua hari lepas anak sy terhantuk kepalanya (bahagian depan) dekat dinding.esoknya dia demam tapi etelah diberi makan ubat,tengahari dia dah ok.tp mlm td sekali lagi die terhantuk kepala(tp bahagian belakang).lepas kene terus die menangis dengan kuat.bila saya pujuk barulah die diam.selepas itu, dia ok,makan pun ok dan aktif seperti biasa.yang merisaukan saya pagi ni dia dia demam lagi…adakah ni kesan daripada terhantuk…pada masa yang sama sy dan suami juga mengalami demam, batuk dan selsema dalam 2 dan 3 hari ini.sy masih belum bawa anak sy ke klinik lagi.hati tengah risau ni..

  39. Salam doktor, anak saya baru berusia 8 bulan, baby girl. Pagi ni dalam jam 6.45am anak saya jatuh dari katil setinggi 2 kaki. saya tengah mandi…terus berkejar ambil dia disebabkan tangisan yang kuat..sejurus saya dukung dia terus senyap. Apa pandangan doktor, adakah saya harus bawa dia jumpa doktor? saya mmg risau…thank doktor…

  40. salam.

    nasihat saya, kalau risau..blh pergi mana2 klinik dulu utk buat quick assessment. Unless ada luka yg besar atau tanda2 merbahaya yg serius spt muntah yg berterusan, demam yg berpanjangan, maka pergi ke hospital. Mana2 demam melebihi 48 jam sepatutnya kena ambil ujian darah di klinik yg blh ambik darah atau di hospital.

  41. Demam, batuk, selsema, sakit kerongkong yang berpanjangan kena cek utk pastikan bukan H1N1.

    Sekarang ni H1N1 dah mula balik. Esp kalau ada risiko spt travel, hantar ke nursery, pergi tempat sesak dll.

  42. salam..
    anak saya 1 thn 5 blnn trjatuh dia bilik air,,kepala terhentak skit..kebetulan dia batuk.smlm ada muntah.dh g cek doc tp kata ok jer..just risau sbb dia demam n batuk2..x sure muntah sbb batuk atau hentakan tu..x der pulak kesan lebam atau benjolan..

  43. raihan .. kalau anak jatuh berhati-hatilah .. anak saya sebelum disahkan epilepsi sawan memang ada jatuh 2 minggu sebelum tu…

  44. salam..

    pagi tadi anak saya yang berumur 6 bulan jatuh katil bt kali kedua. kejadian pertama pada 11/4/2010. saya telah membawa anak saya berjumpa doktor klinik swasta, dan doktor mengatakan insya-allah tiada kecederaan serius kerana anak tidak muntah, tiada tanda2 lebam/ benjol , masih aktif dan menyusu elok..tetapi saya nampak anak saya seperti banyak termenung.. adakah ini juga salah 1 kesan jatuh?? lg 1, memandangkan anak saya telah jatuh 2 kali dlm masa 1 bulan, kedua-duanya dalam keadaan meniarap, saya juga risau sekiranya dada atau organ dalamannya yg lain serta tulang rusuknya cedera.. bagaimana boleh saya ketahui melalui pemerhatian sekiranya anak saya mengalami masalah di bahagian2 tersebut??

    tq

  45. slm…anak saya baru 9 bln 2 mggu.Pagi tadi dia terjatuh dari sofa ketinggian 1 1/2 kaki.pas jatuh tu dia menangis kuat dr biasa(maybe sakit sgt kot).pastu ada benjol kat dahi n my sis in law asked me to give ubt demam.actually bolehke bagi ubat demam without prescription from doc?then tuam dahi dia dgn air suam, bagi susu n terus tido(sbb mmg time dia tido)…an my question is, should i bring my baby to GP or to the nearest hosp?
    tq

    • semua jenis ubat (termasuk ubat demam), wajib diberi mengikut kiraan berat pesakit utk elakkan salah dos – overdose n under dos. Overdos-merbahaya, underdos, demam tak kebah.

      utk tuam benjol (darah beku di bwh kulit), 1st 24 hours ialah dengan tuam ais batu (balut dgn kain lampin) dan bukannya tuam panas.
      Ini bertujuan utk berhentikan pendarahan dan mengurangkan bengkak menjadi lbh teruk. (tuam panas hanya akan bykkan lagi pendarahan).

      • askm.anak sy skang 8bln lbh.4ari yg lalu dia jth bendul rumah kira2 1 anak tangga la dgn walker.ms tu nenek n adik sy yg jaga.baby jth ats lantai mozek sblh sisi badan n kepala. adik x pasti kepala baby thantuk@ X.Tp sy rs pasti thantuk. dia nangis dgn kuat n kmdian tmuntah. sy pujuk2 n bg susu bdn. dia nyusu ngan elok. kmdian dia aktif cm biasa. sy cek xde benjol. lame lps tu dia nyusu lg n tdo. bl dia bgn aktif cm xde ape2 tp sy ttp bw ke kcmasn krn rsau. dia muntah skali lg masa nk smpai A&E tu. M.A yg cek just suh sy observe bby kt rmh dlm 28jam cz bby aktif n nyusu elok. br je blk dr rmh, bby thantuk kepala kt lantai ms tgh meniarap.kt sblh kanan kepala yg jth pd sblh pgnya. shari lps tu pd sblh mlm, bby sy demam.2ari jgk
        la demam tp x truk n dia aktif cm biasa.yg sy perasan skang ni, bby sy time nyusu n tgh mlm ms tdo nafas laju n bunyi hembusan nfas kasar dr dadanye. sy rsau jgk la. xpasti sbb jth@tmsk air dlm hidung ms mandikn dia. pliknyer time siang ok je xde bunyi pe2 pn. dia mmg bby y aktf. tq. hrp ummusaif dpt melegakan kerisauan sy.

  46. salam ummu saif… thanks for sharing this precious info…
    hm, betul ke ape yg sy dgr ttg ini?

    1. if baby jatuh, then ade kesan benjol, lebam or luka, it is ok, means takde kecederaan dalaman.

    2. if baby jatuh, tp takde benjol, luka, lebam, etc and takde muntah, aktif seperti biasa, maksudnya baby tu sihat n nothing to worried.

    3. if baby jatuh, takde benjol, luka, lebam, etc, then muntah, demam, tak aktif, means something is going wrong n baru perlu bawak ke hospital.

    i’ve read thru this entry, i dh mula faham ttg clinically observation… thanks a lot. hm, curious jgk ttg ini… after tempoh 24 jam tu and doktor dh diagnose baby kita sihat, means takde seriously injured la ek?

    dlm 3 situasi yg sy berikan kat atas, which situasi yang ummusaif rasa baby perlukan CT Brain?

    thanks for your time…

    • hmmm..saya sebenonya heran dgn semua soalan org. rasanya saya dah byk explain dlm soalan2 sebelum ni. tapi ramai yg tak faham dan tak blh applykan dgn situasi masing2. masing2 nak personalise punya jawapan. hmmm :p

      macam ni lah, yg penting takde obvious injury, luka atau lebam atau benjol yg besar, blh monitor kat rumah.

      tp kalau ada benjol dan luka, kena bawak jumpa doktor.

      tapi kalau mekanisma siknifikan contohnya tinggi lbh 2 kaki atau lbh 2 kali tinggi bby, maka bawa jumpa doktor.

      persistent vomiting (muntah berterusan), tidak aktif dan mengantuk ialah tanda2 merbahaya dan perlu di CT scan.

  47. salam ummu saif
    Puan saye nak bertanya malam sabtu iaitu 24 april,anak saye jatuh katil,katil saye tu tak tinggi sgtler..mase jatuh tu dia menangis..kuat jugakle dia menangis..lepas menangis tu dia ok..main mcm biase ..minum susu pun mcm biase..takde lebam bengkak atau pun benjol..takde muntah atau demam..i observe dia dlm 24 jam..everythung is ok..saye ade bawa gi klinik mase hari ahad tu..doktor kata takde ape2..so far le…dia ckp kalau nak detail kena wat ct brain..dlm kes saye nie perlu tak saye buat ct brain

  48. Assalamualaikum,
    saya ada beby berumur 6 bulan, setakat ini dah 7 kali dia terjatuh.
    1-2 kali masa umur 2 bulan lebih, sebabnyer saya letak di tepi katil, letakkan bantal..tetapi mungkin saya pun mamai semasa saya menyusukan dia saya tertolak hingga jatuh, tetapi dia terjatuh atas bantal penghadang tu(mengiring), dia menangis pastu ok..

    kali ketiga saya keadaan yang sama semasa 3 bulan lebih (mengiring)

    kali keempat selepas saya mandikan dia, masa tu berumur dalam 4 bulan, saya alas dengan tuala tetapi semasa nak ambil baju dia, saya tertarik tuala tersebut, dan dia terjatuh dari katil (terlentang) dia menangis kuat lepas tu ok..

    kali kelima masa berumur 5 bulan lebih semasa saya letakkan atas sofa, saya letakkan bantal penghadang. masa tu saya niat nak letak kejap sebab nak pergi letak botol susu anak di dapur, tetapi mungkin sebab sofa tu licin, dia berpusing, dia terjatuh (mengiring)

    kali keenam dalam 3 hari lepas, dah nak masuk 6 bulan, saya dah letakkan dia di tengah katil semasa tido, tetapi tak tahu kenapa (mungkin saya terlampau letih kerana perjalanan jauh kelantan kl, dan pergi persiapan kawin sedara) saya antara sedar dan tak sedar alihkan anak saya ke tepi katil, untuk senang menyusukannya, dan saya tertidur..saya terbangun semula kerana saya merasakan saya ada meletakkan anak saya di situ tetapi tiada…(saya masih mamai ketika itu).tetapi apabila satya tertidur balik, saya terdengar bunyi kuat, dan anak saya menangis kuat…terlentang..
    Ya Allah… saya sampai sekarang trauma sehinggakan saya mengigau banyak kali kerana ingatkan dia jatuh lagi…saya merasa cukup bersalah…kenapa saya alihkan dia pada malam tu…

    yang lain, jatuh atas lantai kayu alas tikar getah tapi yang ke 6 jatuh atas lantai simen atasnya parquet (kayu tetapi tetap simen)..

    semalam, trauma saya belum berakhir, anak saya jatuh lagi dari buaiannya, nasib baik di aberpegang dengan kelambu buaian, jadi jatuhnya tak kuat sangat
    dan tidak menangis…

    semua tragedi di atas, tiada perubahan ke atas dirinya…tiada muntah, merah atau benjol pada kepala, demam, atau sawan…

    tetapi adakah akan ada kesan jangka panjang pada dirinya..adakah dia mengalami pendarahan dalaman atau gegaran otak?

    mungkin ada yang di luar sana menganggap saya seorang yang cuai tetapi saya cukup menjaganya…saya tidak sengaja..sedangkan dalam 2 bulan pun saya tidak letakkan dia dalam buaian takut mengalami gegaran otak…

    saya masih trauma…apa yang perlu saya buat?

    • 7 kali jatuh pada usia 6 bulan pertama bayi, comfirmed 100% bahawa puan CUAI.

      adakah kecuaian itu hanya pada bayi atau memang dalam hidup, selalu berlaku kemalangan? Misalnya terpercik minyak masa menggoreng, kaki tersepak meja, tangan tertepis pinggan… jika semua ini rutin kebiasaan, ada sesuatu yang mesti dilakukan, malah mungkin rawatan psikiatri untuk merawat kecuaian tersebut.

    • salam puan,

      saya betul2 simpati dgn anak puan, baru 6 bulan dah 7 kali jatuh!

      hmmm…Maaf, cuma saya rasa puan kurang berfikir panjang sblm buat sesuatu, dan tidak cuba elakkan perkara yg sama berulang (jatuh katil dah byk kali dah ni!) Puan dah tahu bby dah byk kali jatuh katil, tp puan masih letak dia atas katil??

      terus terang, saya sendiri tak pernah tinggalkan anak saya atas kerusi atau sofa, bcoz sofa tu sempit. atas katil pernah, tapi sbb anak saya belum merangkak dan selalunya atas katil double. Plan saya bila dia dah pandai merangkak ialah saya akan tidur atas tilam di lantai dan bukannya di atas katil.

      maka, dari sekarang saya rasa puan kena ambil langkah pencegahan yg serius. LETAK ANAK DI ATAS TILAM DI LANTAI SAHAJA. ATAU DI DLM BABY CARSEAT(blh guna dlm rumah. saya guna dlm rumah). Carseat sesuai kerana baby blh duduk sambil melihat sekelilingnya. Kita juga blh menyuap makanan kepada bby semasa dia duduk di carseat.
      Puan juga blh rapatkan katil ke tepi dinding.

      Utk mandi di dlm basin, puan blh beli tempat letak bayi di Mothercare. ada 2 jenis, satu jenis baring dan satu jenis duduk. Good investment walaupun mahal (utk anak2 seterusnya).

      Akhir kata, berazamlah utk lakukan perubahan kerana kita tidak akan tahu bila Tuhan akan uji kita dgn ujian yg sebenar (kecederaan / kegegaran otak yg serius)-Nauzubillah.

      All the best dan jgn putus asa.

    • pengalaman kita hampir sma cuma anak saya asyik terjatuh di atas tile yang keras dan tidak beralas. saya berasa sangat bersalah dan cuai, saya rasakan diri tidak mampu menjadi seorang ibu yang baik dan melindungi anak dgn sebaiknya…apa yg perlu dilakukan? perlukah pemeriksaan secara menyeluruh dan mendapatkan khidmat dr pakar?

  49. salam…

    bayi saya yg berusia 7 bulan mengalami 2 kali jatuh semalam.
    dua2 melibatkan kepala.
    semalam lepas minum susu dia muntah
    tapi, pagi ni ok jer..
    perlu ke saya berjumpa dgn doctor?
    jatuh yg kali pertama tu kuat sbb tergolek dari seat kereta jatuh ke lantai kereta.

    stk

  50. salam……..

    baru2 ni anak saya 3 tahun jatuh dari kerusi …..muka pucat…..dalam perjalanan nak ke hospital terus muntah…..kena tahan wad 1 hari….kemudian keluar wad…. muntah balik….terus kena hantar ke hospital tunku jaafar seremban……doktor berbincang terus buat ct scan…….mmg risau sangat dengan demam panas 39 suhunya…….3 hari duduk wad…..ct brain dah di buat tgk alhamdulillah x der apa2…..tetapi bila keluar anak jadi pasif….anak sememangnya aktif…..3 hr asyik tidor jer…ingat kesan dari ct scan…tetapi sekarang alhamdulillah dah okay…..adik nya pula demam….dan muntah2..mcm2 dugaan….bila anak jatuh cepat2 bawa ke hospital terutama bila jatuh terus muntah…..

    pengalaman mengajar segalanya….penyakit sekarang mcm2

  51. salam
    ank saya telah jatuh berulang kali. pertama ketika dia berumur 6 bulan jatuh dari katil, 8 bulan jatuh dari stroller dan ketiga ketika 11 bulan jatuh dari katil jga. saya sedaya upaya telah cuba memerhatikan dan menjaganya tetapi entah kenapa kemalangan tetap berlaku, saya dan suami tinggal berjauhan dan ini sedikit menyukarkan saya dalam menjaga bayi secara berseorangan. ketika bawa berjumpa doktor, dia myatakan tiada apa2, tp saya ttp berpuas hati kerana pemeriksaan tidak dijalan dgn menyeluruh(sekadar suluh lampu ke dalam hidung) apa yang harus saya buat? ct scan? (walaupun kemalangan telah lama berlaku) bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman dan kepakaran sya minta jasa baik tolong berikan pandangan. tq.

  52. slm… ank saya selalu terhantuk pd lantai kerana dia sedang belajar duduk.umurnya dlam 7 bulan.setakat ini dah 2 kali jatuh dr katil yg ketinggiannya 5 kaki. sy amat risau memikirkan hal ini. takut2 bg kesan pd kepalanya.jatuh yg pertama tu sy bwk ke klinik dan doktor suruh observe je.nampak ok tp kadang2 sy risau

    • so far kalau ok, inshaAllah takpe.

      Cumanya saya tersangatlah gerun dgn katil setinggi 5 kaki itu!
      Tolong tidurkan anak puan di atas tilam di lantai. 5 kaki itu terlalu tinggi utk anak puan. Dikhuatiri kemalangan buruk yg sepatutnya blh dielakkan.

  53. Salam….bayi saya telah terjatuh katil sebyk 2 kali dgn ketinggian 2 tilam spring ditindih. Kali pertama 2 minggu lepas..ketika itu dia jatuh bersama bantal. Pada masa jatuh dia meniarap dan menangis tetapi apabila saya dukung dia diam. Tiada sebarang benjolan dan muntah…dia minum susu dan aktif seperti biasa. Kali kedua dia terjatuh tadi dlm keadaan meniarap juga…terdapat lebam di dahi dan merah di pipi. Dia menangis dan diam apabila saya mengambilnya…..dan juga tiada muntah dan aktif seperti biasa. Slps 1/2jam dia minum susu dan langsung tidur, krn waktu itu mmg waktu tidurnya.
    Adakah perlu membawanye ke hospital utk ct scan? Utk pengetahuan doc bayi saya berusia 5 bln 2 minggu shj…Thanks

  54. salam…semalam anak sedara saya jatuh dr kerusi makan ketika dia sedg berdiri..usianya setahun lebih..selepas jatuh,dia hanya menangis seketika dan berhenti menagis..dia seakan2 x sedarkn diri, dan matanya lali dan mukanya pucat..terus dbawa ke klinik dan sampai saje di klinik dia trus menangis..doktor check dia dan ckp die ok sebb biji matanya x kecil sebelah..n doktor tue hanye suh observe 24 jam same ade die munth or x…apa pendapat ummu saif?tolg..

    • kalau dah observe dia more than 24hours (provided, sentiasa ada bersama dia), dan nampak dia aktif dan makan macam biasa..inshaAllah ok.

      Tapi pastikan cont obsebe utk bbrp hari.
      Kalau risau gak, blh bawak ke A&E.

  55. aslkm. ya ummu saif.
    salam kemaafan dihulur kerna coretan tinta soal bicara seterusnya ini tdk menepati tajuk bualnya. isu SR telah ditutup tampa blh sya bertanya lanjut. Bg sesetengah ibubapa, they r very proud when te kids been sending to tis SR. I’m agreed that not all SR r lously & worst. Evebdy hev their right. Te funny part is when people argue with ya right. He he. Earlier sya do thought 2 sent my kids to tis SR. Coz tgk my sistr nyer anak blh ckp skit engglish. My environment durings tat time pun rasanyer pengaruhi gak kot. Kot waktu koje kat Petronas & lps tue GLS big compny, kawan sekerja semuanya ckp engglish. althought we all malays. Konon konon masih lg kat europe.

    Hidayah tampil tampa disangka. Evebdy kata, ko giler aper. Even my very te close friend pun kata, apa ada kat saner. Ko sedara pun bukannya ader. Coz, me from kyeL & wf org JB accept offer koje d Utara (Png). Incharge 4 State Png, Kedah & Perlis. Wlupun my wf Xkoje dah, tp alhmdlh dpt concentrate jaga anak. Sambil memasak, sambil membasuh. AnakX2 yg berumur 3, 4 & 5 tahun sudah boleh menyanyi lagu sejarah nabi. Sudah boleh bernasyid Asmaulhusna & mengenal bahasa arab. Sudah boleh mengira & mengenal huruf 1-10. Sudah blh mengaji. Ada kala pembelajaran melukis. Ada kala menonton TV. Rancangan TV adalah menerusi VCD @ DVD. Nasyid mahupun kartun (indon) bg sejarah nabi & ikhwan (mari belajar bahasa arab). Tiada undang-undang masa utk hari nie, masa nie depa belajar itu & ini. As long as depa got something to do. So no 2 SR 2 4 me as well. Kuang kuang kuang…

    Yg umur 5 tahun akan dihantar ke tadika @ prasekolah. Saya lebih berminat utk htr ke tadika. Wf kata dia lebih suka ke Pra. Setelah ditanya dgn kengkwn & pendapat cikgucikgi (termasuk mama guard) kat sekolah keputusan saya, ok la lebih baik htr dia kat prasekolah.
    Tk juga wat ustaz (abbie) kerna penulisan & komen beliau mengenai pengahantaran anakX2 ke sekolah bg mahir bahasa dlm usia kecil kanak-kanak telah membuatkan saya memutuskan utk tidak terlalu mementingkan anakX2 utk mahir bahasa enggeris sedangkan kengkwnnya semua cakap melayu. Jus wf jer yg stand that wat ever dia Xnak terikut ckp utara. He he. Wat ever. Me, kelantan, terengganu, melako, utara should be no pblm. Wlupun asalnyer frm KyeL. Jus Xdpt & Xtau camner nak belajo ckp Jawa (wf) & Banjar (my arwah abahnyer sedara).

    Lastly, if both of ya dont’ mind. Nak tanya pendapat skit. Klu sya nak hantar anak utk tadika & sek ren nanti ke sek cina ok X? Supaya depa bercampur dgn org cina. Budaya semangat kerja & bahasa (he he he) ok X? Depa (anakX2) nie ok X? Ke htr ke sek tahfiz (asrama). Kat utara nie byk utk budakX2. Hujung minggu blh ambik. Nak ambik tiapX hr pun blh. So camnerr ummusaif/ abbie?

    • salam… 🙂

      Ttg nak hantar anak ke mana tu.. terpulang ikut kesesuaian masing2.

      Tapi bagi kami berdua, kami prefer PASTI atau mana2 islamic school, bcoz bagi kami preschool age sangat penting utk ajar akidah dan akhlak islam.
      Ianya pendidikan awal. Jika pendidikan awal tidak mengajar ttg Islam, maka tersangatlah rugi, kerana pada usia ini mereka seumpama sponge yg menyedut semuanya.

      Kami juga merasakan sekolah Cina agak keras utk anak2 kecil kerana biasanya sekolah2 sgt tekankan akademik dan kurang character shaping. Kalau semata2 nak bercampur dgn chinese, pada peringkat usia mana2 pun mereka blh bercampur dgn chinese.

      Akhir kata, ini semua preference dan kepercayaan kami, tetapi terpulang kepada encik utk memilih mengikut kesesuaian masng2.

      All the best in parenting. 🙂

      • salam ummusaif,

        tqsm again 4te comment. really appreaciate it. i do make-up my mind. Insyallh akan d propose kpd wf. besides sekolah tadika biasa better htr ke PASTI ye dak.

        tk skali lagi.

  56. he he he. nak tergelok bergulingX2 den. Nak leleh ayaq mata pun ader bila baca komen Tuan./Dato’/Tan Sri/En bla bla bla yg namanyer errr En.Rahman nie dlm post A Very Bad/ Bad Kiddie! (sambung komen kat sini blh kut ummusaif. maaf yerr bu.kat situ jln dah tutup. hi hi hi)

    mcmna lerr dia blh sesat dlm blog org then sesuka hati kutuk (masyallah! ader jugak makhluk perosak hari dlm seisi diskusi).

    Bila lontaran pandangan tdk diperhati & diteliti maksud yg tersirat & tersurat, maka inilah hasilnya nukilan rasa (En.Rahman). Atau mungkin En.Rahman rasa jealousy sebab satu lontaran nukilan pendapat yg ikhlas dilontarkan dr kombinasi pasangan yg menerima byk pujian & kataX2 semangat.

    Walaupun pasangan tersebut telah menyatakan yakni mereka juga ada melakukan kesilapan & mengakuinya serta berkongsi pengalaman bersama. Dlm erti kata lain mereka bukanlah satu pasangan (saifulislam.com & ummusaif) yg senantiasa melayari bahtera dilautan tampa gelombang mahupun ribut taufan. Bahtera mereka dan kita bukannya belayar di air tenang. Kerana sesungguhnya itulah diciptanya Allah sbn syurga & neraka.

    buat paraX2 sahabat (muslim & muslimat mahupun teman seperjuangan non-muslim) yg melayari blog yg bukan milik kita, pandang, lihat, perhati, teliti & fahami dulu coretan nukilan. bukan “hentam somborono”. anak-anak muda kini akan kata ek’eleee (meanings – ntah aperr aperr ntah @ nonsense). jagalah ayat bicara. sopanlah dlm mencoret lontaran tinta.

    salam.

  57. Salam ummusaif,

    suka sgt bila ada info mcm ni. sy ada kemusykilan.ank lelaki sy sekarang berumur 1 tahun 23 bln. dia ada habit suka mengetuk kepala atau dahi dari umur 6 bulan…dulu x kuat mana..tp sejak dia umur 1 thn lebih pukulan tu memang kuat sehinggakan sy pun rasa sakit kl cuba menahannya dengan lengan sy. beratnya kini hampir 14 kilo.dia akan kerap buat begitu pd waktu mlm apabila dia x selesa atau mamai.kami telah bertanya kepada paeditrician tentang isu ini tp tiada jawapan yg memuaskan hati kami.katanya x perlu untuk Ct scan.ank sy juga pernah terjatuh dan berdarah hidung.bagaimana cara terjatuh x dpt dipastikan sebab pada masa itu dia sedang bermain dan sy berada di dapur.ank sy kerap berdarah hidung terutama kl cuaca terlalu panas.

    sy memang risau tentang habit ini.apa nasihat ummusaif?

  58. Salam…

    Saya gembira bial ada info detail seperti ini…dappat berkongsi ilmu….saya nak tanya mengenai anak saya. lahir pada 28.10.2008 (sekarang berumur 1 tahun 8 bulan). Semasa anak saya berumur 50 hari, dia pernah terjatuh. ini berpunca dari kecuaian saya. Saya yang telah terlepas dari pegangan tangan saya dan dia jatuh ke lantai. lepas tue dia menangis dan saya terus bagi susu badan, saya telah refer pada klinik biasa dan tiada masalah cuma perlu pantau dari segi perkembangan semasa anak, cuma yang menjadi kebimbangan saya ialah, sampai sekarang saya dapat melihat dengan jelas “vein” mean urat berwaran biru di tepi dahi anak saya. saya sangat risau dan traumua apabila mehat vein itu kerana saya terbayang kesilapana saya dulu, namun oergerakan anak saya aktif. dia telah tumbuh gigi dan juga berjalan, cuma tidak menunjukkan perkembangan dari segi percakapan, apa yang patut saya buat dan pantau mengenai perkembangan anak saya…

    Saya perlukan nasihat dan pandangan ummusaif? Saya amat menghargai pandangan ummusaif..

    Salam

    • salam puan,

      saya rasa vein di tepi dahi tu normal. Semua baby ada vein macam tu.

      Ttg kelewatan bercakap tu, masih boleh dipantau sehingga paling lewat umur 2 tahun 6 bulan. kalau dah reach 2 tahun setengah dan masih belum ada vocabulary/butir perkataan, blh rujuk kepada pakar speech therapist di mana2 hospital besar/teaching hospital.

  59. Salam..
    Anak saya berumur 6 bulan. 9 hari lepas anak saya terjatuh dari katil setinggi paras lutut. Tiada muntah atau lebam. Cumanya kepala lembik dibahagian kiri sebesar tiga jari dan di belakang kepala sebesar 2 jari. Doctor Paed menyuruh kami mengawasinya selama 24 jam supaya tiada tanda2 atau kesan2 yg membimbangkan.Setelah 9 hari kesan di belakang kepala sudah surut dan kembali keras, cuma di bahagian kiri kepala tersebut bertukar pada benjol. Anak saya aktif dan minum susu seperti biasa.
    Saya amat memerlukan pandangan serta nasihat ummusaif.
    Terima kasih.

  60. salam,
    Anak sye berumur 5mth ++ semalam 5.07.2010 terjatuh dari katil setingi (paras lutut) ..selepas terjatuh bayi sye menagis dengan kuat .. setelah dia tenang kan sye memberi kan nye susu (b’feet) minum ok tk de masalah.. then my baby aktif semula (meniarap, senyum ,gelak) seperti biasa.. periksa dia kepala nye tak de sebarang benjolan atau luka.. tuk pengetahuan doc.. sye cuma dpt melihat bayi sye dah terjatuh telentang sahaja cara ia terjatuh sye tk nampk kerana kejadian tersebut bayi membelakangi sye, lantai rumah tiles.. tiada muntah . .. cuma sye risau akan berlaku nye nnti pendarahan otak ke atas bayi sye.. buat pengtahuan doc.. sye tidak pergi ke klinik or hospital kerana keadaan look like ok.. soalan sye : patotkah sye memantau ia bayi sye sahaja kerana melihat keadaan nye ok tiada syptom yg dia bentang kan as above.. or should i go to the clinic or hospital to get any advice from doc? this is my 1st child.. i so worried if there any problems in my baby future.. (brain) hope u can explain on that doc.. tq so much…

  61. beb bulan lepas anak saya berusia 1++thn jatuh tangga..ketinggiannya lebih kurang paras pinggang saya, bergolek2 la dia di anak tangga.gigi hampir tercabut 2 batang.of course kami terus memecut ke hospital daerah yg berdekatan(ms tu di kg).HA yg attend tanya ada muntah, well my bb still concious.then about the teeth dia pegi balik hospital on monday(it occured during weekend nite)..i said it is 2 days to wait, plus gigi tu hampir2 tercabut, tp takleh cabut sendiri,sib baik there was an MO suggest suh saje contact dentist on call..dentist tu pun datang dgn penuh tanggungjawabnyer…rupernyer gigi tuh bukan leh senang cabut jugak, it will cause bleeding, kat spital bleh la ada additional medicine n etc..itupun dentist ltk glue kalo tak jln katanya nak jahit the gum.
    tp sedih tul cara assesment awal tuhh…grrrrr….sekarang neh trauma dah..mmg balik kg bertangga2 terpaksa mengekor jek bdk kecik neh.kalo kat umah takde tangga tp cepat jek manjat sampai ke meja, naper la anak umi ni nakal sangat..

  62. Salam.
    Ummu Saif, Saya nak bertanya mengenai kebaikan botol susu free bpa. saya nak tau mengenai kebaikan dan kelebihan apabila kita menggunakan botol susu yang free bpa, selain itu, berapakah jangkamasa maksimum botol susu bagi kanak-kanak berumur 1 thn++.
    Soalan ke 2, saya berminat untuk memberi suntikan tambahan untuk anak saya selain dari suntikan biasa yang disediakan oleh klinik kerajaan, saya nak tanya maklumat mengenai jenis suntikan dan juga umar yang sesuai untuk suntikan tambahan, anak saya kini berumur 1 thn 9 bulan. (maaf, saya x tau nak masuk column mana untuk soalan ini). “selamat ulangtahun pertama untuk anakanda tersayang”.

  63. salam ummusaif, saya nak bertanya.
    anak saya berumur 7bulan dan sedang mula belajar untuk duduk sendiri.
    semalam, ketika duduk, anak hilang kawalan dan terlentang ke belakang.
    lantai marmar, tiada karpet. anak menangis sekejap, barangkali terkejut. dan ada sekali muntah.
    apakah bahaya keadaan tersebut? doktor minta pantau anak selama 24jam.
    selepas kejadian tersebut dan dalam masa 24jam, anak saya bermain, menyusu, tidur seperti biasa.

  64. salam ummusaif..

    ader persoalan disini ..anak saya 1thn 10 bulan.terjatuh dari atas sofa dlam keadaan die berdiri diatas kepala sofa. ketinggian lebih kurang 6 kaki.
    lepas je jatuh die nages sgt kuat dan saya terus bawak mandi tiada bonjolan sbb die jatuh kehadapan. cuma merah didahi kanan. lpas mandi bagi susu die tertidur. bgn je dr tidur die nages lagi pastu muntah berkali kali kondisi die moody seharian dan asyik nak tidur je. sampai ke malam pon muntah lagi i xder bagi sebarang ubat pon. pas mandi malam die macam pening sambil pegang kepale die dan x aktif.keesokan paginya bagun tidur muntah sekali lagi dan kembali aktif sedia kala..(makan + minum susu) saya masih x bawa die ke klinik.

    adakah sebarang kemudaratan pada tahap muntahnya yang berkali kali selepas jatuh. hari ni masuk hari ketiga adakan sebarang tindakan susulan seperti scan wajar dilakukan?

    • Salam puan,

      seperti yg saya terangkan di dalam artikel dan komen2 sebelum ini, semua kalau muntah2 byk kali selepas jatuh, wajib CT scan brain. kalau dia mengantuk lebih daripada biasa pun, dah wajib kena ct scan.

      tapi kalau dia dah lepas semua fasa muntah2 tu semua dan sekarang dah ok. ada 2 kemungkinan:

      1. mungkin hanya ada mild traumatic brain injury. kecederaan pada otak yg minimal. mungkin lepas ini dia akan mengadu sakit kepala. atau mungkin tiada simptom langsung

      2. mungkin ada pendarahan otak yg minimal lalu ,menyebabkan simptom yg tidak ketara

      3. mungkin ada pendarahan otak yg besar tetapi membesar dengan perlahan. dan simptomnya mungkin lewat.

      TAPI, sepatutnya kalau dah muntah2 dan nampak lembik tu, terus bawak ke kecemasan utk CT scan.

  65. salam UmmuSaif….anak saya berumur 4 bulan…pagi td jam 8.30…tergelongsor jatuh dr buai..tinggi lbh kurg 1 kaki…kemuadian dia menangis, tp senyap kembali setelah di pujuk… setelah itu, dia kembali bermain aktif seperti biasa sambil ketawa…..tiada sebarang bonjolan pada kepalanya… minum susu dan tidur seperti biasa.. perlukan sy membawanya ke hosp… memandangkan setakat ini tiada sebrg simptom seperti yg di nyatakan oleh UmmuSaif??
    Syukran jazilan….

  66. salam ummusaif…sy pun mengalami masalah bby (8 bulan) jatuh dr katil (2 kaki) malam kelmarin..jatuh terlentang dan menangis dgn kuat lebih kurang 5 minit. selepas pujuk, dia kembali seperti biasa. sy belum pegi jumpa Dr kerana dia kelihatan seperti biasa..selepas dia jatuh sy try dirikan dia, dia blh berdiri spt biasa, dan bila masukkan dlm walker pun leh bergerak spt biasa..then sy cuba baringkan dia..pun ok..still boleh berpusing/berguling/meniarap
    tiada tanda benjol or lebam kt badan or kepala, and tak muntah…bagaimana sy nk pastikan dia tak mengalami kecederaan dalaman? pls bantu..

  67. salam Dr.
    Anak saya berusia 4bln. mula meniarap ketika berusia 2bln 2mgu. apa yang saya musykilkan, dia selalu menyengetkan kepalanya ke sebelah kiri. (macam teleng). kadang2 dia boleh tegak…saya dah berjumpa dgn 4 org Dr. (termasuk pakar kanak2), tetapi semua mengatakan ia normal kerana belum cukup kerana. tetapi saya masih risau. boleh Dr. jelaskan tentang hal ini. untuk pengetahuan, proses kelahiran bayi saya ini adalah normal dan mudah (tanpa bantuan vacum@forceps).
    saya amat harapkan penjelasan dari pihak Dr.
    Terima kasih.
    Salam

  68. salam Dr..
    saya ada ank kembar yg berusia setahun 5 bulan…dr kembar saya berusia 5 bulan keluar biji-biji kecil dan ada yg besar didalam kulit di belakang tengkuk dan di tepi telinga..sesetengah kata biji angin ade juga yg ckp sawan tangis..dh byk kali bwk berurut namun biji2 2 tetap x hilang.kembar saya sememangnya suka menangis sehingga sekarang bole dikatakan hari2 pasti dengar mereka menangis tanpa sebab terutama sekali si adik.saya pn dah buntu klu betul2 mereka ada sawan tangis..diharap Dr dpt membantu…terima kasih

  69. Salam Dr,
    hari jumaat lepas(24/92010) anak saya terjatuh dari pegangan kakak dia yg berusia 6 tahun dan kepalanya terhentak ke lantai. semasa jatuh dia seperti tidak sedarkan diri tp cuma sekejap…selepas maid saya kejutkan baru dia menangis. Selepas itu dia tertidur dan bila bangun dia dalam keadaan lemah. Saya meminta jiran untuk menghantarkan anak ke klinik berdekatan memandangkan saya ditempat kerja tapi kebetulan hari jumaat, klinik semua tutup yg ada klinik 24 hours buka pun tak berguna sebab doctor tiada.(ini saya tak faham apa function klinik buka 24 hours). Saya bergegas balik dan 1 jam baru sampai kerumah(rumah jauh dari tempat kerja). Semasa bawak anak keklinik anak saya jaga dan dalam bilik doctor dia kelihatan aktif dan doctor check dia punya mata and ubun2. Doktor kata anak saya ok sebb ditambah pada keaktifan dia. Doktor suruh saya monitor anak 24 jam dan dalam waktu tersebut anak saya tidak ada sebarang simptom muntah atau keletihan.
    Hari ke tiga dia demam. Apakah demam tu kesan jatuh atau disebabkan selsema dan batuk yg telah ada sebelum dia jatuh lagi? Saya bawak ke klinik lagi untuk check demam dia dan doctor bertugas mengatakan ‘mungkin’ kesan jatuh…Apa yang perlu saya buat doktor? Perluke saya bawak berjumpa pakar? atau hanya merawat seperti biasa saja?

  70. Salam Dr,

    Mlm tadi selepas saya tidurkan anak saya berusia 8 bulan sy kedapur. Dalam masa 15 minit sy terdengar tangisannya saya terus ke bilik saya lihat dia sdg dlm keadaan tertiarap di lantai. Dalam keadaan menggelabah saya angkat & susukan dia, dia terus diam. Menyesal sungguh saya kerana tidak meletakkan bantal sebagai penghadang seperti biasa. Selepas itu dia kelihatan seperti biasa boleh tersenyum dan ketawa. Tiada tanda2 lebam ataupun pendarahan di kepala & badannya. Walaubagaimanapun saya tetap risau & tidak tidur malam memikirkan keadaan dia. Sehingga ke pagi ini bila dia bangun dari tidur dia masih seperti sediakala. Apakah yang perlu saya lakukan sekarang. Perlukan saya menunggu hingga ada tanda2 yang membimbangkan.

  71. Salam…

    stlh dibaca-baca semua post dr ibu2 semua…sy lihat ramai jugak yg tido di atas katil dgn baby masing2…kalau boleh elakkan la utk keslmtn anak masing2. kecuali tido di katil n ibu2 sekalian sentiasa boleh memerhatikan anak n pastikan anak tak jatuh. sy n husband dh lama tak tido katil sejak anak lahir…smpai skrg anak dh nak setahun umur. alhamduliLlah dpt elakkan kejadian jatuh2.
    Cume jatuh2 sikit masa anak belaja nak duduk n berdiri2 je. tak tinggi…dia duduk atas lantai sdr, excited sgt bergoyang2, terjatuh la. alhamduliLlah tak de sign2 yg disebutkan.

    TQ to ummusaif yg share info n sy tgok begitu gigih menjawb soalan by kes2 yg ditanya oleh ibu. kekalkan smgt sharing begitu ye…jgn jemu.

    cuma nak tnya sikit…kepala baby bentuk dia mmg tak sama ye? kiri n kanannye? sbb tido slalu di sblh side je ke? bentuk tak sama ni boleh kekal ke slps fontanel baby bercantum nanti? klu sesuai, blh jwb kat cni…klu tak sesuai, nak buat entri lain pun o.k. hehe…
    TQVM ye.
    waslm.

  72. salam..
    saya nak tanya mcm mana yg dimaksudkan muntah selepas jatuh, smlm anak saya panjat kerusi dan sebelum dia duduk tegak dia menggelungsur kepala dahulu ke lantai, menagis sekejap dan menyusu, selepas tu terus aktif mcm biasa, suami saya mendukungnya dan menghayun2kan badan dia kiri ke kanan, selepas dibiarkan bermain sendiri, saya nampak ada tompokan susu dilantai seperti termuak, adakah itu dikira kesan muntah akibat terjatuh? t kasih.

  73. anak saya sekarang dah 3 tahun lebih,yang membimbangkan saya umur di dalam satu tahun lebih selalu aje jatuh baik dahi@belakang kepala,kat dahi selalu ada lebam kebiruan selepas terhantuk,bawak pg jumpa doktor,doktor suruh pantau reaksi dia,tp reaksi baby ok je,apa yang membimbangkan saya takut ada effect dia dewasa kelak..sampai sekarang saya masih risau..anak saya girl,sekarang ni dia memang seorang yang cukup aktif

  74. 1)kesan jatuh sampai lebam tu berlaku masa umur dia 1 tahun lebih ,banyak kali jugak dia jatuh,skrang umur dia dah 3 tahun dah makin membesar ni kuranglah sikit jatuh ,masa baby tak dapat saya nak elakkan selalu aje jatuh tp masa dia jatuh takde menunjukkan reaksi yg berbeza,cuma ada lebam kebiruan laa..masih boleh ke saya bawak baby pg jumpa doktor,,buat scan ,risau pulak rasanya..2)kalau ada gegaran otak yang berlaku atau sebaliknya bolehkah dia pulih dngan ubat,apakah ubatnya or kn operation…doktor please terangkan….saya risau sangat..

  75. salam Dr..
    Semalam, anak saya jatuh katil..kepala jatuh dulu…umur anak saya 7 bulan…ketinggian katil tu lebih rendah dari ketinggian anak saya(67cm). Anak saya menangis tak berenti lebih kurang 20 minit selepas terjatuh…ada benjol di dahi kanan. Saya dah pergi ke klinik, Dr kat klinik tu check mata dan telinga, tapi takde pulak Dr tu syorkan ke hospital untuk observe. dalam masa 24 jam selepas terjatuh, takde pulak anak saya menunjukkan sebarang simptom seperti muntah, lemah etc. Perlukah saya terus pergi ke bahagian kecemasan di hospital? saya tak dapat surat dari Dr kat klinik smlm…

  76. salam..

    Kelmarin anak saya berumur 9bln terjatuh dari katil. Xtahu la jatuh mcm mana tp dia ada menangis skjp. Then, aktif mcm biasa. Semalam bby terhentak kepalanya ( kena pada belakang kepala ) pada sofa. Walaupun berlapik, tapi bleh terasa keras kayunya. Bunyi hentakan kepala tu pun agak kuat. Lepas tu,anak saya terus menangis dengan kuat .Lama jugak la saya kena pujuk baru anak saya berhenti. Then, baby mcm biasa. 3 jam lps tu, saya menyusukan anak saya. Stgh jam kemudian, dia muntah sbyk 3 x. Sya bagi pula jus kurma. Muntah juga.

    Sya bawa dia ke klinik pakar kanak2. Dia insist sya bw terus ke hospital milik kawannya dan mula bercakap pasal bedah otak. Saya nak pegi ke hospital lain yg lebih dekat, tp dia kata jgn, Lbh baik pegi ke hospital kawannya tu.Sya heran juga, anak saya dia x check lgsg tp dia bercakap mcm dia dh check sepenuhnya. Then, dia sumbat ubat thn muntah pd anak. Just for that, saya kena chrge rm 30. Mls la sgt nak pk pasal tu wlpun ada rasa sedikit terkilan kerana dia xtgk pun anak saya, cuma dgr apa yg saya cerita je. At least, tlg la tgk2 kan sikit. Terasa mcm dia ni jenis doc yg pentingkan duit shj.

    Balik dr klinik, saya menyusukan lagi anak. Dia terus tido. Pastu dia terjaga, then mengamuk. Saya tidurkan dia dlm buaian. Bila dia dh tido smula, saya alihkan dia tido atas katil. Ari ni, dia nampak ok. Dah lbh 24 jam Aktif mcm biasa. Tp bila saya bg dia mkn benda2 lain selain susu, dia muntah. Bila minum susu, dia x muntah pun. Perlukah saya bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjutan?

  77. salam doc..mlm td anak sy terjatuh katik..sy tersedar dia menangis n dlm keadan meniarap..xboleh nak pasti macam mane dia jatuh…risau sangat takut ade kesan kat otak dia..bila sedar angkat baby n ajk dia main2..bby tetap aktif n minum susu.cuma yang saya risau bila baby nak didukung n bila kita letak dia akan menangis..adakan itu disebabkan baby saya sakit kesan daripada jatuh???

  78. salam doc..mlm td anak sy terjatuh katil..sy tersedar dia menangis n dlm keadaan meniarap..xboleh nak pasti macam mane dia jatuh…risau sangat takut ade kesan kat otak dia..bila sedar angkat baby n ajk dia main2..bby tetap aktif n minum susu.cuma yang saya risau bila baby nak didukung n bila kita letak dia akan menangis..adakan itu disebabkan baby saya sakit kesan daripada jatuh???tp bila menjelang petang baby nampak aktif….

  79. Salam dr,

    saya nak bertanya, semalam anak perempuan saya yang berumur 1thn 9 bln dng berat 10kg jatuh terlentang dari kerusi makan. masa saya angkat tgk kepala dia berdarah koyak. sya bawak ke kelinik. dr glue bahagian koyak and dia kata dah ok. tapi masa tidur malam saya tgk hidung dia keluar darah. sebelum tidur dia active, tak muntah and boleh minum susu. cuma saya risau tengok darah keluar dari hidung dia..macam mana ya dr..ibu yang risau..ju

    • Salam, saya cadangkan puan bawak anak ke hospi utk periksa. esp hidung berdarah blh byk sebab. paling risau kalau ia berkaitan dgn tulang kepala retak lantas menyebabkan pendarahan.

  80. saya setuju ct scan dikenakan kepada bayi yg terjatuh.bayi saya berusia 4 bln sawan dan di hantar ke sebuah hospital di ampang.hasil pemeriksaan bayi saya tidak mengalami demam panas.3 hari bayi saya di tahan di ward untuk pemerhatian.ujian darah dijalankan menunjukkan anak saya tidak mengalami jangkitan kuman di dalam otak seperti yg disyaki oleh dr.sepanjang di ward anak saya mengalami muntah yang teruk.sebelum kejadian bayi saya sudah boleh meniarap.tetapi selepas itu bayi saya kurang aktif.selepas keluar ward dr hanya memberi temujanji 4 bln utuk bayi saya.soalan saya bagaimana anak saya boleh sawan juga tidak dapat dijawab oleh dr tersebut.dr tersebut hanya meminta saya memerhati keadaan bayi saya sahaja.dr tersebut juga mengatakan tekak bayi saya merah menyebabkan dia muntah.alternatif sendiri dan pendapat orang lain, saya membawa bayi saya menjalani CT SCAN.keputusan ct scan mendapat anak saya mengalami keretakan pada tengkorak dan pendarahan dalam kepala..nasib baik saya bertindak cepat..sehingga kini setelah berusia 9 bln bayi saya pulih seperti biasa..Alhamdulillah..

  81. baby sy berumur 4 bln jatuh katil.trus terbaring atas lantai…menangis kuat tp sekejap jer..pas tu ok jer….selepas dipujuk dh xnangis….apa perlu buat…takut2 ada kecederaan dalaman….

  82. salam.. baby umur 4bulan jatuh katil.. menangis lama juge nak pujuk.. dalam 5jam lepas jatuh die muntah sekali banyak… saya bawa g klinik pakar kanak2.. dr check telinga, mata kepala , kaki .. dr kata ok xde pape yg perlu dirisaukan lagipun baby ader respon.. tapi sya risau baby kurang menyusu pada hari ke 2.. susu botol msti x abis.. nak bagi susubadan je .. tepaksa pam sbb luka..apa pandangan dr…?

  83. Alhamdulillah setelah membaca n3 dan komen2 di atas, sedikit sebanyak dapat mengubat kerisauan saya sebagai ibu. Terima kasih doc. Nasihat saya kepada pengunjung, sila baca semua komen kemudian anda boleh buat penilaian sendiri. Tak perlulah bagi soalan yang berulang. Kesian kat doc nak jawab..:)

  84. Salam,

    Saya nk tanya,anak saya,lelaki penah terjatuh buaian ms umur br sebulan..tp tak ade kesan luka atau bengkak,cuma anak menangis sekejap then ok…anak saya memang jenis muntah lepas minum susu until sekarang dh umur 6 bln…yang saya risaukan,tinggi anak saya tak banyak naik,cuma 1 or 2 cm je sebulan,sekarang baru 62 cm..tapi tingginya ok..adakah kesan jatuh boleh melibatkan ketinggian anak saya tak naik? harap dapat beri penjelasan..

    Terima kasih..

  85. Salam dr muna,

    Sy baru dapati ada benjolan pd blkg kepala anak sy. Benjolan ini mcm gelem bong, lembik.sy tny taska katanya x jatuh,jd sy assume benjol dh lama cuma sy x perasan!

    Anak sy sht,xmeragam malah aktif bermain.die ada muntah tp bukan yg menyembur.ada juga mcm biji kecil dblkg kepala bayi sy yg boleh diusik2.

    Bayi sy umur 8 bln. Mohon nasht doc, dan apa kemungkinan yg terjadi?

    Harap dpt doc reply sy. Terima kasih.

    Yuha

  86. Pingback: aite…no hal!

  87. Salam Dr.
    Anak saya berumur 11 bulan dan perkara yang saya x mau berlaku tetap berlaku juga atas kecuaian saya sendiri. Pada hari sabtu yang lepas (22/1/2011) anak saya telah terjatuh dari trolley TESCO. Saya letak anak saya kat tempat baby kat trolley tu yang kaler biru tu. kira ketinggian dia jatuh dari paras dada. benda berlaku sekelip mata. mungkin dia berpusing dan terus terjatuh.. masa jatuh dia terus menangis dan ada saksi yg nampak kata jatuh kepada dulu.. memang ada sedikit lebam di dahinya tapi x benjol.. Saya pun seorang ibu yang amat risau terus membawa anak saya ke unit kecemasan Hospital Pantai ipoh.. Dr. tanya anak saya muntah tak.. saya kata x and saya bagi minum susu pun ok n x muntah pun.. so dr tu just suruh saya observe in 24 hours. If dia muntah, x aktif and kena sawan kena cepat2 bawak hospital.. x de pulak dia warded or buat ct scan. So far dah masuk hari kedua nie saya tengok anak saya normal dan aktif cuma malam td masa tido kalau terjaga dia nak saya dakap dia. bila saya letak dia nangis.. adakah ini kesan daripada jatuh itu? saya pun seperti ibu lain sangat risau kesan akibat jatuh ini. Adakah anak saya betul2 OK… apa nasihat ummu saif.. adakah perlu saya membawa anak saya untuk ct scan?

    TK

  88. Bayi saya yang berumur 30 hari jatuh dari rocker dgn ketimggian sejengkal.bagaimana saya mahu mengetahui sesuatu yang tidak kena padanya impak dari jatuh tersebut atau perlukah juga saya bawa ke doktor utk tujuan ct scan?

  89. salam, smlm baby sy jatuh katil..br umor 5 bln, takotya sy dia jatuh…so far sy tgk dia myusu dn main cam besa…benjol xdela plak…tp risau ttp ad, so arini sy ct nk monitor keadaan dia…..pas jatuh dia nangis, lama jgk nk pujuk dia…nmpk saya lgla dia nangis, mgadu sakit ngan mama nya kot..nmpk ok tp ttp risau,.nk mtk advise utk kes anak saya…

  90. salam ummu,

    Anak saya lelaki berusia 1 tahun 4 bulan, seorang yang aktif , semalam 13/2/11, anak saya telah terjatuh dr katil dalam keadaan kepala terhantuk terlebih dahulu di lantai mozek. Dia menangis dgn kuat dan saya memujuk nya agak lama sambil menuam benjol di dahinya. Benjolannya agak besar dan nampak lebam kebiru-biruan. Saya agak risau keadaannya, risau sekiranya berlaku apa2 yang buruk seperti luka dalaman di otaknya serta leher terseliuh. Setelah anak saya diam, saya lihat dia aktif semula dengan berjalan ke sana sini, ketawa dgn mulutnya yang agak bising seperti kebiasaanya. Saya membawa dia tidur dgn menyusukannya.

    Pada pukul 3 pagi dia bangun merengek2..lalu saya bawa dia ke ruang tamu sambil memujuknya..rupa2nya dia bangun untuk bermain2..saya melayaninya serta memberinya minum susu botol sehinggalah jam 5 pagi. Kemudian anak saya tidur semula sehinggalah jam 10 pagi. Apabila dia bangun, keadaannya seperti biasa tersenyum, dan aktif bermain tanpa sebarang tanda2 akibat terjatuh malam tadi. Dia tidak muntah. Benjol di dahinya sudah surut cuma lebamnya yang agak besar masih kelihatan. Saya meminta kakak ipar saya memantaunya dari masa ke semasa memandangkan saya bekerja.

    Walaupun anak saya nampak seperti biasa, tetapi saya masih dalam keadaan risau yang amat sangat, memandangkan sebelum ini dia pernah beberapa kali terjatuh, ada kala dahinya lebam sehingga lah malam tadi. Saya risau sekiranya kesan terjatuh ini menyebabkan dia akan menjadi kanak2 yang lambat, memandangkan anak saya seorg yang cukup bijak kerana dia mudah mempelajari perkara baru sehinggakan permainan IQ untuk kanak2 berusia 3 tahun dia boleh lakukannya.

    Saya ingin mendapat nasihat dari ummu, perlukah saya membawa anak saya ke hospital untuk pemeriksaan atau memantau keadaannya 24 jam dengan hanya membawanya setelah tanda2 seperti yang telah dibincangkan berlaku kepada anak saya?

    Terima kasih.

  91. Salam ummu,
    Saya dah baca smua post diatas. Ada 2 post berkenaan topik yg sama yg rasanya ummu terlps pandang.

    Berkenaan BIJI ANGIN. Tempat yg sama iaitu di bhgn leher berhampiran bwh telnga.
    Semasa saya memicit2 bdnnya (dia demam) saya baru perasan yg anak saya juga ada biji angin ini. Dalam 3 biji berdekatan dgn besar yg berbeza. Saya takpasti apa dn adakah ia normal? Maksud saya ia dtg dan pergi?

    Anak saya aktif sblm demam. Tp dia agak kerap jatuh ketika bermain berlari. Umur sethn 6bln. Selama saya observed bila dia jatuh mmg menangis. Tiada simptom yg spt ummu nyatakan diatas.
    Cuma berkenaan biji angin ini shj.

  92. salam semua & ummusaif..

    semalam 18/02/11 anak sy ( 1thn 10bln) jatuh depn bilik air dan terlentang . depan blik air pula ada bonggol jadi kepalanya diatas bonggol…sy risau takut dibahagian leher n bhgian belakang kepala mengalami luka.. tetapi sy lihat tiada kesan luka @ benjol..tp ms dia nangis dia mcm nak tido sambil nangis.. tp sy tetap memggil takut dia tak sedar diri pula.. selepas itu baru aktif semula dan minum susu…tp hari ini 19/02/2011 (ahad) sy kerja,sy xdpt nak jga & tgk perkembangannya hanya berpesan kepada pengasuh kalo terjadi perubahan padanya.. Adakah saya perlu berjumpa doktor @ lihat dahulu perubahan ank saya.. sebelum ini pun dia pernah jatuh dari katil tp sy xtahu smaada terkena kepala @ tak semasa tu semua dah tido.. dlm ( 2-3kali )…

    • minta maaf kesilapan tarikh.. start terjadi 19/02/2011.. sy kerja ahad 20/02… hari ahad kebanyakan klinik berdekatan tutup….

  93. salam dr.bb saya sepuluh bulan.semenjak pandai duduk n merangkak dia ada jatuh ,kekerapan jatuh lebih tiga kali seminggu ( kadang2, kami sempat sambut kepalanya).maksud saya semasa dia duduk bermain, dengan sekelip mata dia akan jatuh dan kepala belakang terhentak ke lantai .kami juga telah membuat langkah2 keselamatan di mana kami memasang karpet tebal, rolling mat di tempat bb bermain .kami agak ralat bilamana bb kami jatuh di depan mata(saya berada tidak jauh darinya-di mana saya tengah memerhati dan mengajaknya menuju kepada ke arah saya).saya telah merujuk ke hospital pakar bhgn emergency dan doktor di sana (bukan pakar kanak-kanak) mengatakan insyaallah bb saya tidak mengalami pendarahan otak kerana tiada benjol dn bb sangat aktif.namun doktor di ER memberi surat rujukan untuk ke Pakar Puteri Jb di mana ada saya boleh mendapatkan kesahihan pakar kanak-kanak/neurology tetapi saya dan suami berbelah bahagi kerana ayah saya takut doktor di sana buat ct scan(yelah takut otak anak bagus2,dapat effect sebb sikap saya yang suka nervous).utk info, lebih 24 jm bb saya x da mengalami apa2 simpton yang x dikehendaki.cuma semalam bb saya benjol lagi di dahi(dia nak sayang saya tp dia hempaskan dahinya ke rahang muka saya).benjol telah surut dan bb aktif mcm biasa.utk pengetahuan doktor,bb saya prem 35wk tetapi suka skip step2 contohnya baru dua minggu pandai merangkak, dia nk berdiri, skrang dia sibuk tolak walker.adakah bb saya tergolong daripada bb hyeractive? ( tido siang sejam pagi dan ptg kadang2 sejam)-asyik bergerak ke sana sini.

  94. assalammualaikum.. UmmuSaif..
    TERIMA KASIH kerana Dr. menyediakan forum ini..
    saya hargai usaha Dr. ini..
    di malaysia sangat susah untuk dpat penerangan yang lebih lanjut tentang sesuatu hal, misalnya di hospital ramai doktor yang merawat dengan baik tetapi komunikasi amat menyedihkan..
    saya banyak didedahkan dengan cara orang barat berkomunikasi melalui television. cara mereka berkomunikasi pada saya TERBAIK walaupun kita tdak bertanyakan soalan itu dengan lbih lanjut namun tetap ada penjelasan yang amat memuaskan.. kalau di malaysia sepatah kita tanya kadang jawab kadang menghampakan.. tetapi cara mereka sangat lah mereka yakin dengan profesion mereka..
    tetapi UmmuSaif telah membuka sedikit mata saya walaupun kita berinteraksi di dalam forum tetapi penjelasan yang diberikan amat memuaskan dan saya juga yakin personaliti UmmuSaif sama seperti di dalm forum ini..
    terima kasih sekali lagi kerana menyediakan forum yang sangat berguna dan berfaedah ini..
    assalammualaikum..

  95. Assalamualikum doctor..

    Saya baru melahirkan ank pada 28/2011. Last week pada 12/3 (pd masa tersebut bby baru 13 hari) die jatuh di tarik oleh anak saya ygberumur 1 thun 4 bulan..
    Jatuh dlm ketinggian 3 1/2 kaki.. anak saya tak menangis..selepas diangkat baru die menangis..selepas di pujuk die diam..saya trus bawa ke hospital pakar.. doktot buat chk luaran, badan, kepala, tiada seberang lebam dan benjol..doktor minta sya balik n observe dari umah saja..sehingga hari ni , tiada seberang benjol di kepala..tiada muntah yg berterusan, cume lebihan susu yg kluar dari mulut, sebab anak saya susah sikit nak burb..
    sampai ari ni saya risau je..selalu chk kepala die..anak sya takde masalah minum susu, setiap 2 jam, dia akan bangun utk minum susu..
    Tolong beri nasihat doktor..

    • Salam puan dayana, kes kita hampir serupa..saya nak tahu apa perkembngan anak puan setelah kejadian tersebut? Saya agak bimbang dengan kesan jangka panjang akibat dari terjatuh pada bayi saya yg berumur 12 hari. Mohon share pengalaman puan.tq

  96. salam Dr,

    terima kasih di atas input2 yang amat membantu kami para ibu..
    cuma saya ada satu soalan ..

    jika baby muntah2 selepas tempoh pengawasan 24jam (baby saya muntah @ 41 jam dan 83 jam selepas terjatuh, perlukah saya membawanya utk pemeriksaan?

    terima kasih

  97. Assalamualaikum Doc.
    Anak saya berusia 4bln. sekarang dah mula meniarap. apa yang saya musykilkan, dia selalu menyengetkan kepalanya ke sebelah kiri. (macam teleng). kadang2 dia boleh tegak. Apakah ini normal atau ia memang teleng? apa langkah2 untuk membetulkan kedudukan kepala seperti biasa? Ada pembaca pernah mengajukan masalah ini pada doc, tapi saya lihat doc tidak menjawab permaslahan ini. Di minta doc dapat menjawab masalah saya ini. untuk pengetahuan, proses kelahiran bayi saya ini adalah normal dan mudah (tanpa bantuan vacum@forceps).
    saya amat harapkan penjelasan dari pihak Doc..
    Terima kasih.

  98. salam…
    anak saye telah jatuh 2 kali. first jatuh dari sofa, kedua dari katil. dah bawa gi hospital. alhamdulillah dia aktif… tapi ada bonjolan sebesar bola pinpong di dahi sebelah kiri dia. dia ok main aktif seperti biasa. tak muntah. minum susu pun ok. dah bawa jumpa doktor. doktor chek ok semua. dia suruh saya tuam dengan ais.. tapi saya bimbang dengan bonjol tu samapi sekarang tak surut. dah 5 hari dia jatuh dari katil.

      • saya pergi klinik swasta.dia kata tk yah risau just tuam jer , bonjol tue akan amnil masa yg lama tuk surut. betul ker doc????? suami ckp pun tk der ape coz dia aktif. dia tk nak bawa gi x ray, macam mane ni doc…..

  99. kalau getting smaller plus tak sakit bila ditekan pada bahagian benjol, yes maybe takde apa2. tapi kalau getting bigger atau sakit bila ditekan, should get xray done utk pastikan bukan tulang kepala retak.

  100. salam,anak saya 6 bulan ++ tadi jatuh dari buaian ketinggian lebih kurang 2 kaki,masa tu saya x perasan dia jatuh sbb saya sedang memasak. Masuk ni dah 2 kali dia jatuh,1st mase dia 3 bulan tapi xde kesan lebam jadi saya x bawa dia ke klinik. Kali ni jatuh pun tiada kesan lebam,dia menangis sekejap lepas tu saya bagi dia minum air masak then dia keluarkan muntah kan air tu. Perlukah saya bawa anak saya ke doktor? saya jadi trauma dan sangat risau.Tolong saya

  101. salam ummusaif..
    3 hari yg lps anak sy 10 bln jatuh kat blk air (dlm pkl 11 pg). sy pgg sebelah tgn, sebelah tgn tutp paip air. baby melonjak, licin dan jatuh terlentang. dia menangis kuat sgt. lps dipujuk, baru diam. sy rasa kepala takde benjol. sblm mandi, dia mmg agak mengantuk. dlm pkl 12.40 baby sy tertidur semasa menyusu. dan selepas 3 minit dia terjaga bila suami balik rumah. dia aktif bermain mcm biasa. dlm 1.45 baru dia tidur semula sampai pkl 3 lbh. pkl 4 br sy bwk pegi klnk. doc cuma cek bahagian blkg kepala, n mata. katanya baby ok, aktif, dan tak perlu risau. sy tny tak perlu scan ke. katanya kat klnk tu takde. doc cume bg ubat thn sakit+demam. tp baby tak demam. sy tak bg ubat pun. baby tak muntah, minum mcm biasa, tp tak byk mkn (3,4 hari sebelum dia mmg kurang mkn). mlm dia aktif mcm biasa wlpn mcm mengantuk. pkl 10 br tidur. sampai la cukup 24 jam dr waktu baby jatuh, keadaan dia mcm biasa. tp sehari lps dia jatuh, keluar muak lps baby minum susu. adakah muak tu kesan dr dia jatuh. bila teringat masa baby jatuh, sy risau sgt. suami langsung tak tau hal ni. sy takut nak bg tau. tp sehingga pg td, keadaan baby mcm biasa. perlu ke sy pergi klnk lain dan cek keadaan baby lg. harap doc dpt membantu..

  102. Salam,

    baby sy umur 4bulan 3minggu..2 hari lepas die jatuh tertiarap dari carseat yg sy letak kat lantai..dahi die terhantuk ke tiles..

    die menangis sampai hilang suara, lepas pujuk die diam, xde benjol or kuar darah, cume merah kt dahi, x mengantuk n menyusu ok…

    sy terus tuam dahi n sapu krim bengkak..da cek klinik, doc kate xde pape lepas die cek mata baby dgn lampu..

    tapi tadi sy nak cuci hidung die dengan cotton bud ada darah fresh dlm 2 titik dlm hidung belah kanan.. Itu effect jatuh ker? Perlu ke sy cek semula? Risau teramat sangat.. 😦

  103. assalamualaikum dr,

    anak sy br brumur 8 bln lebih dan baby boy, pg td dlm pkul 3.30pagi dia jatuh dr katil yg ketinggian lbh krg 2 kaki. sy x sedar brape lama dia jatuh sblm itu tp yg membuat sy trkejut hidung dia berdarah di kedua2 belah… sy x tau nk buat apa & dia hanya menangis shj sehingga pukul 5 pg barulah dia tidur semula slps pendarahan berhenti dan hanya hingus saje yg keluar.
    pagi td dlm pkul 9.30pg dia bangun dan masih merengek shj kmdn hidung dia berdarah semula so apakah yg patut sy buat??? sy tidak ke klinik kerana hari ini hari ahad. so adakah merbahaya utk baby ni….

    • salam winnie,

      seeloknya puan bawa anak periksa di klinik. klinik berbayar hampir kebanyakannya buka 24-7, 365days. Begitu juga wad kecemasan di hospital2 kerajaan dan private. Saya risau kalau2 anak puan, hidungnya patah atau ada luka. Kalau takde suami, blh naik teksi utk bawa anak ke klinik.

      • Terima kasih doktor.. saya dah membuat CT Scan kt Hospital Swasta semalam dan di sahkan hidung anak saya retak/patah. Tiada ubat dari pihak doktor cuma di suruh datang lagi 2 minggu utk cek susulan.Benjolan di kepala tiada kesan lebam cuma lembik sedikit tiu hanya ada darah sikit pada saluran darah. Terima kasih doktor atas nasihat anda 🙂

  104. salam,

    bengkak kat kepala dia tu lembik la macam ada air kat dalam.. saya tak tau nak buat apa… saya tuam ngan air batu tp tak de beza pun… (lembik macam kita kena minyak panas)

  105. anak saya berumur stahun 7 bln jatuh td dr kerusi.. bergulik terus terhehtak kepala d lantai jubin.. saya nak bwa anak saya g klinik swasta.. nak tanya apa keburukan yg berlaku sekiranya saya x bawa anak saya ke hospital…???

  106. salam @ummusaif..

    mcm mana dgn kes kalau anak jadikan hantuk kepala nie sebagai habit? as for now xde apa2 simptom la cuma saya risaukan dari segi kesan jangka masa panjang…. mcm mn ye ummusaif? harap dapat berikan penjelasan….

  107. hello,

    masa saya bersalin dulu.. baby keluar-keluar doc ckp ok..
    saya kene tahan 3 hr. hari kedua bapa mertua perasan kepala baby saya berdarah..
    kite satu femly xpuas hati la.
    tp doc ckp xperasan dan assume kepala bayi luka semasa keluar dari faraj.
    doc ckp kulit bby xcantik..saya terlalu sakit hati.. sekarang bby da 5 bln..
    luka di kepala di usia 2bln da sembuh.. tetapi luka dikepala membentuk seperti parut
    besar dan nampak jelas di bahagian pusar dikepala. apa yang harus saya lakukan?..
    saya xde tmpt nak buat rujukan sbb nurse kerajaan ckp.. klu Doc bg ubat maksudnye dy tahu ni sakit ape.. tapi yg xpuas hati kesan parot dy besar sgt

  108. assalamualaikum…
    anak saya baru berumur 1tahun 3bulan,
    2 hari lepas dia terjatuh and kepalanya terkena pada kerusi kayu.
    saya saya dapati sebelah kiri dia ada bengkak tapi bila ditekan mcm ada air or angin???

  109. salam , anak sy baru jer jatuh tergelincir atas mozek.. terus nangis kuat.. ada benjol. tapi xbesar sgt.

    lepas pujuk dia nangis. dia active mcm biasa.. main2. jerit2.. pegang2 benjol dia. nampak anak sy tu mcm tak sakit pulak.

    lepas 1/2 jam dr jatuh tu sy terus pegi bawak hospital putrajaya.. nurse ckp suruh monitor 6 jam. kemudian 24 jam.. skrg masih tgh risau takut ada apa2 effect lain nnt.. harap2 xde ape2.. byk info2 kt sini. tq.

  110. salam… anak sy mase umur 7bln lebih, die terjatuh dari katil… mase tu sy tinggalkan sekejap utk ke toilet… die tgh nyenyak tidur & dah letak bantal keliling die.. sampai sekarang saye taktau macam mane die boleh jatuh sedangkan die masih belum boleh merangkak… selepas jatuh, die menangis sekejap… tapi lepas diberi susu & di pujuk die tidur semula… kelam kabut sy mase tu… semuanye sy periksa… tgn die, kaki die.. kepala lebih2 lagi tapi tak ade tande2 yg die mengalami kecederaan… muntah pon tak… cuma sedikit tanda merah di dahi… ini adalah pertama kali die terjatuh & tak mungkin sy benarkan die terjatuh lagi buat kali kedua, insyaAllah… ni dah nak masuk 3 minggu dari waktu die jatuh, tetibe sy nampak ade benjolan di sebelah kiri bahagian hadapan kepala anak sy… benjolan tersebut agak keras…. adakah ianya kesan dari terjatuh dari katil sebelum ni… sy sgt2 risau… mahu ke PUSRAWI tetapi suami meminta supaya sy perhatikan lagi sampai esoknye… sy betul2 perlukan nasihat UmmuSaif….

    • Salam puan,

      t kasih dgn respon puan.
      nasihat saya ialah, puan teruskan pemerhatian puan. inshaAllah kalau bby sihat, aktif dan makan spt biasa, IA takde apa2 problem. Just perhatikan bonjolan itu. Jika semakin besar atau anak sakit, then maybe perlu rujuk doktor kanak2. otherwise, nothing to worry about…

  111. salam alaik ummusaif,

    bayi sy berusia 2 bulan, setelah ambil dr pengasuh sy perasan ada benjolan lembut di atas kepala anak sy.sy tak tahu puncanya (tiada jatuh di rumah dan pengasuh pn tak bg tau apa2),tp stlh bjumpa doc katanya itu cuma ‘kayput’ sy tak pasti ejaan.kini da masuk hari ke3,bayi sy aktif dan menyusu seperti biasa,benjolan tu pula rasanya makin surut.

    perluka sy buat pemeriksaan susulan di klinik ye?

    syukran atas perhatian ummusaif

  112. assalamualaikum,,

    bby sy b’usia 6 bln.. dia prnah terjatuh katil masa sy tinggalkan untuk membuat susu tapi memang saya da letak bantal,, lepas jatuh memang dia menangis,, sy da check condition dia,, dia aktif & ceria macam biasa, takde benjolan di kepala,, cuma ada kesan merah je,,tapi hilang tak lama lepas tu,,
    sy cuma nak tny pendapat ummusaif, is it okey with my baby ? boleh ke terjadi darah beku dlm kepala ke,, sy sgt risau,,.

  113. askm.anak sy skang 8bln lbh.4ari yg lalu dia jth bendul rumah kira2 1 anak tangga la dgn walker.ms tu nenek n adik sy yg jaga.baby jth ats lantai mozek sblh sisi badan n kepala. adik x pasti kepala baby thantuk@ X.Tp sy rs pasti thantuk. dia nangis dgn kuat n kmdian tmuntah. sy pujuk2 n bg susu bdn. dia nyusu ngan elok. kmdian dia aktif cm biasa. sy cek xde benjol. lame lps tu dia nyusu lg n tdo. bl dia bgn aktif cm xde ape2 tp sy ttp bw ke kcmasn krn rsau. dia muntah skali lg masa nk smpai A&E tu. M.A yg cek just suh sy observe bby kt rmh dlm 28jam cz bby aktif n nyusu elok. br je blk dr rmh, bby thantuk kepala kt lantai ms tgh meniarap.kt sblh kanan kepala yg jth pd sblh pgnya. shari lps tu pd sblh mlm, bby sy demam.2ari jgk
    la demam tp x truk n dia aktif cm biasa.yg sy perasan skang ni, bby sy time nyusu n tgh mlm ms tdo nafas laju n bunyi hembusan nfas kasar dr dadanye. sy rsau jgk la. xpasti sbb jth@tmsk air dlm hidung ms mandikn dia. pliknyer time siang ok je xde bunyi pe2 pn. dia mmg bby y aktf. tq. hrp ummusaif dpt melegakan kerisauan sy.

  114. Kata org tua2,klau budak jatuh2 tu adlh perkara biasa..” biasalah budak jatuh2 br nk blajar bangun dan bjalan” tp bg sy, org skelilingnya hrs beri perhatian y sewajarnya.. tidak mengangap itu perkara biasa.. sbg seorg jururawat, sy sentiasa lihat, kebanyakn kes sdh di thp y teruk, br nk hntr ke hosptl.. tolong kpd para ibubapa, perhatikan anak kecil itu… cegahlah sbelum parah…

  115. salam….
    anak saya berusia 7 bulan dn kerap jatuh kerana sudah pandai merangkak dn memanjat..saya ingin bertanya,adakah anak saya berisiko mengalami masalah di otak nya jika kerap jatuh,patutkan sye membuat CT scan?

  116. Salam…
    ank sy 1 thn 1 bln…dan mlm td dlm pukul 130 pg die jatuh katil…sy pun x perasan tibe2 tdgr ank sy nangis kuat sgt…bile dh pujuk die ok dan bg susu die tido semula.
    arini sy keja…sy mintak mak sy tlg tgkkan…stakat nie die ok,,,aktif, mkn n minum susu cam biase. xde kesan lebam @ muntah…tp sy tetap risau n rs bslh sgt sbb bende nie leh tjadi.
    ape pandangan puan, adakah sy patut bwk ank sy check kt klinik@ hspital? sbb sy btl2 risau….
    terima kasih

  117. Salam. Anak saya berusia 9 bulan. dia terjatuh dari baby chair pada 8/11/2011 lbh kurang 10 pg. kejadian berlaku terlalu cepat. Saya tidak tahu macam mana dia boleh keluar dari baby chair tu..saya ambil dia dalam keadaan dia terlentang di atas lantai simen (mozek). saya tidak pasti bagaimana dan cara dia jatuh. saya ambil cuti 2 hari untuk pantau dan dia aktif macam biasa. after 24 hours (9/11/2011- kul 11.00pg)saya bawa dia jumpa doktor and doktor ckap dia ok. doktor cek kepala dan badan…cuma malam td dia tido dari 6.30 ptg sehingga pagi. dia bangun untuk minum susu sahaja. saya rasa risau coz dia tak pernah tido selama itu dan selena itu.apa pendapat puan?

  118. Salam, sekadar nak bertanya pendapat. Andai berlaku kemalangan kepada bayi seperti jatuh katil tetapi tidak menunjukkan sebarang kecederaan luaran yang serius, adalah lebih baik refer pada hospital kerajaan atau swasta? bolehkah jika hanya rujuk pada klinik biasa? Kadang-kadang jika ke hospital kerajaan, jarang dilayan kerana kes dianggap tidak serius. Untuk ke hospital swasta/pakar kanak-kanak pula, kos agak tinggi dan tidak berbaloi sekiranya kes tidak serius. Klinik biasa mampukah menentukan kecederaan kanak-kanak?

  119. Salam Ummusaif..

    Anak sy 8 bulan++ dan seorg yg lasak.. dlm pengetahuan sy.. anak sy tak pernah lagi terjatuh..

    3-4 hari lepas anak sy ingin berdiri sambil memaut sofa sambil membebel dan bergoyang2..

    Mungkin sambil membebel dia hilang fokus & tiba2 dia terjatuh punggung dahulu then trus terlentang..

    anak saya menangis kuat tapi lepas dipujuk dia ok.. aktif, menyusu n tido macam biasa..

    tapi 3 hari ni dia mengalami cirit birit sampai naik ruam disekitar punggung & kemaluan nya..

    soalan sy.. ada kemungkinan tak cirit birit itu disebabkan hentakan di punggung anak sy..

    Mengikit maklumat yg sy baca di internet.. cirit birit selalunye disebabkan virus & bacteria which is tidak langsung b’kaitan dgn jatuh..

    Maaf jika soalan sy ni tak masuk akal.. Hanya inginkan kepastian..

  120. Salam.

    Doktor, anak saya 7 bulan. Mlm 7/12/2011 saya dapati kepala dia bengkak (bahagian atas telinga hingga ke belakang). Tanya nursery, x ada jatuh. Anak saya cuma selsema dan batuk. Saya terus pergi ke klinik.Doktor suruh observed within 48 hours (kalau ada muntah, nangis x berhenti, x aftif, x susu terus kena bawa hospital) dan doktor bagi ubat susut bengkak. Sepanjang malam anak nangis dan susah tidur sebab tak boleh mengiring. Esok subuh, saya perhatikan bengkak sebelah kanan dah agak surut, tapi kepala sebelah kiri pula bengkak.Saya mandikan anak saya dan dia akan menangis kuat jika saya pegang tempat yang bengkak.

    Saya terus ke hospital dan di hospital buat x-ray. Masa result xray keluar, bengkak di sebelah kanan dah surut , sebelah kiri still bengkak sedikit sahaja (almost tidak kelihatan, tapi bila pegang still rasa bengkak mcm ada air). Result xray , doktor kata ok, x ada fraction or infection.

    Seminggu sebelum itu, anak saya ada masuk wad sebab hb low , 6.4. Tapi tak jadi masuk darah sebab malam itu, dah naik 7.2. Darah anak saya dihantar ke HKL untuk further investigation sebab doktor tak dpt kenalpasti apa sebab anak saya anemia.(Hypochromic Normocytic Anemia). Actually sejak October dia demam on off (dah almost 2 months)

    Soalan saya, perlu tak saya buat CT Scan kat hospital swasta? Ada kaitan tak masalah darah dengan bengkak di kepala anak saya?Kalau saya buat blood test kat swasta adakah lagi cepat?

    Terima kasih.Maaf soalan terlalu panjang.

  121. Salam dr,anak saya umur 3 tahun sebulan.pada 30 hb 11, 2011,anak saya jatuh dr katil d tolak abgnya yg brumur 5 thn.abangnya tolak tak kuat,oleh krn dia brada d tepi sekali katil smbil baring telungkup dan sebelah tgn n kakinya brjuntai sebelum d tolak abgnya.semasa jatuh,anak saya trjatuh atas magnet kecil sebesar duit 5 sen.benjolan agak sebesar duit 50 sen.saya trus sapu minyak hangat n trus bagi panadol sirap.selepas 2 hari benjolan mengecil seperti skrg.dan trus kekal seprti tiada perubahn.saiznya spt duit 20 sen.saya risau takut ada side effect.dia spt biasa,menyusu mkn n brmain.tambahn pula dia dr kecil ada benjolan d blakang tlinga sblah kiri n kanan sama besarnya benjolan d bhgian dahi.sudahlah kerisauan trhadap benjolan blakg tlinga,ni d tmbh lagi benjolan yg dia bru dpt.satu lagi,saya hairan knp kpla anak saya umur 3 thn ni agak sama besar dr abgnya yg brumur 5 thn.ada kaitan dgn benjolan kt blakg tlinga ke.abg dia jenis tulg yg kecil sedikit brbnding dia yg agk besar sdkit.saya khuatirlah.tolong jelaskn..dr ya….

  122. Salam anak saya baru 3 bln 2 minggu, pagi tadi dia baring di kusyen yg tinggi yer 11 inci, didapati anak mengulingkan badanyer sendiri lalu terjatuh menelentang, lalu saya terdengar tangisan dan bergegas mangambilyer…selepas itu saya urutkan bahagian belakang kepala supaya lebam di kepala ye kurang. tetapi stakat ni saya tak nampak kesan lebam dikepala yer (mungkin x prasan)..kemudian saya susukan dan tidur kan…persoalan yer Dr saya risau dan apakah kesan dari apa yang berlaku dan apakah tindakan y perlu di ambil…

  123. Dua mgu lpas anak sy ade jatuh..anak jiran main tertolak anak sy..wkt jatuh dia nangis tp x muntah blik rumah terus tido..bla dia bgn atuknya bawak pegi pasar mlm..dia ada muntah tp waktu tu dia tgh mkan ayam…dia jatuh atas mozek..opah nya cakap kuat bunyi nya..tp wkt jatuh ada benjol..sy sapu ubat..esok nmpak surut..tp lepas 10 hari sy br perasan kepala dia sebelah kanan ada rasa lembik..adakah kesan tu sy kena rujuk spital?sy ada p klinik..dia suh tuam n bg ubat surut bengkak…

  124. Assalam untuk semua…

    Terima kasih kerana menyediakan info yg sgt berguna. Saya walaupun anak dah 3 org, tetap kena refer mane2 info berkaitan dgn kesihatan anak2… Saya juga x terlepas menghadapi situasi ini, anak saya terlepas dri pegangan ketika saya sibuk membeli brg, bayangkan baby 5 bulan jatuh terlentang di lantai simen dari paras dada, saya rasa lemah lutut ketika tu & setiap kali teringat rasa cam nak ketuk je kepala sendri kuat2, teruk btul saya ni.. ini kerana saya pakaikan dia legging, licin & tak dpt grab kaki dia dgn betul… sumpah saya akan buang suma legging yg ada kt umah tu… within 24 hrs, saya tgk dia normal je, cuma ada muntah2 sket cm biasa sbb x burp… after 24 hrs dia ada muntah2 kt umah bbsitter, balik umah dia muntah dgn byk lepas menyusu… skang tgh tggu husbnd balik nk bwk gi klinik/refer sepital… mintak2 xde ape2 berlaku

  125. salam..
    anak sya berusia 8 1/2 bln..sya nak tnya, bru td anak sya tersembam ketika dia tgh belajar merangkak.mka die tertiarap di lantai tp bnyi agak kuat…kmdian ank sya menangis dengan kuat n sya pjuk die ok..mle2 sya cbe check idng nye tp nmpk normal..2mnt slpas tu sya chck smala hdng sebelah kanan ad darah sedikit die bhgian tpi batang idung nye. selepas sya lap kan dgn pengorek telinga kapas drah dh xde..sya risau klau2 idung ank sya blh pth..blh bg pendapat Dr. mcm mne nk kesan idung bayi patah?..(selapas pd tu sya cbe sentuh perlahan hdung nya tp ank sya dh xngis n blh ketawa)

  126. Salam.
    Kalau hidung patah, biasanya akan sakit pada bahagian batang hidung, n anak pastinya akan merengek. So cuba tekan pada bahagian itu, dia sakit ke tak?

    • Alhamdulillah sya cube bnyk kali tekan di hidung nya..ank pn xde ngis2 n tjuk tnda2 skit..bru tenang hati sya..t.kasih ats pengetahuan yg diberi..

  127. Assalam… saya seorang ibu muda yang mempunyai bayi 6 bulan.. Semalam semasa di pusat membeli belah, saya ke nursery room untuk menukar lampinnya. dalam beberapa saat saya hendak membasuh tangan (sangat dekat dengan bayi ketika itu). Bayi saya terjatuh dan menangis sekuatnya. (saya pun turut menangis ketakutan). Selepas itu, saya cuba tenangkan dia dan dia tidur. Pulang ke rumah, dia makan seperti biasa dah menyusu seperti biasa. saya masih observe jika ada ape2 bendalir keluar dari ringga badannya. saya sangat takut dan tak dapat tidur semalam. Suami saya kata tak perlu bawa ke hospital, tapi hati saya sangat takut, risau dan gundah gulana. saya tak dapat lupakan peristiwa dia terjatuh, saya fobia dengan meja atau mana-mana tempat tinggi. Harap dapat membantu apa yang perlu saya buat.

  128. salam.saya mempunyai anak yang baru masuk umur 4 tahun.masalahnya anak saya tidak boleh bercakap lagi n berjalan pun x stabil,selalu je nak jatuh.die sering kali terjatuh.selalu juga pergi ke hospital,tap doktor bagitau tiada ape2.ape yang perlu saya lakukan untuk rawatan anak saya.

    • salam.

      sepatutnya pada usia 4 tahun, dah boleh berjalan dan bercakap. jika ada kelewatan, maka kita kena periksa sistem neurologi dan brain n motor skill development anak.
      Maka, saya syorkan encik bawak anak follow up di hospital pakar spt HUKM/HUSM/PPUM dengan segera. Blh dapatkan surat referral yg ringkas (simple scribble) dari mana2 doktor klinik kesihatan atau berbayar.

  129. saya dah bawak anak saya kehospital,dah buat speech,tumpuan gerak kerja kat hospital..sekarang ni xde ape2 perubahan lagi..yang membimbangkan saya pada usia 3 tahun anak saya berjalan ok je,n boleh jugak sebut beberapa patah perkataan tap sekarang x boleh..saya x tahu nak buat macamane.

  130. as salam,

    Anak saya baru berumur 2thn..saya nak tanya, smlm anak saya tergelincir dan jatuh terlentang ke belakang kat bilik air..2 jam kemudian ada darah keluar dari hidung dia tapi dia still aktif, makan n minum mcm biasa..apa pendapat DR?perlu ke saya rujuk anak saya ke hospital?

  131. salam doc..ari sbtu 11/2/12 ank sy 15 bln t’jtuh t’lentang keblkng smasa b’diri di tepi sofa..die mnangis agak kuat juga..slps di observe 24jam mmg takde muntah..ari ahad 12/2/11 lpas mkn bubur kacang die muntah yg agk byk sbb ketawa t’bahak2..mlm tu pas mkn die muntah air kosong..sy msuk buai smbil mnm susu die muntah lg..mlm isnin 13/2/11 die msukkn mainan dlm mulut pastu muntah susu pulak sbb mainan tu x bole kuar dlm mulut..adekah muntah ni kesan dari jatuh pd sbtu tu?

  132. Salam doc, anak saya(11month) jatuh pada 14/02/2012.. 16/02/2012 saya bawa anak saya ke hospital sbb kesan jatuh tu besar n lembik (mcm ubun-ubun baby baru lahir) kepala sebelah kanan..dah buat CT Brain doktor cakap ada tulang tempurung kepala yang retak sikit n darah beku luar tempurung..doktor tahan satu malam kat ward..esoknya dibenarkan discharge sbb baby aktif n tiada menunjukkan dia muntah or pasif..

    keesokkannya 18/02/2012 saya pergi semula ke hospital sbb kepala anak saya yg bekas jatuh tu semakin membesar n lembik,doktor tahan lagi untuk satu malam untuk observation,bila doktor tgok baby aktif dia cakap boleh balik pada 19/02/2012.. Doktor bagitahu normal kalau baby jatuh kat kepala mmg lembik tapi tak ada apa2 selagi baby tak muntah atau pengsan.. saya agak tidak berpuashati dengan jawapan tu..sebab tu saya tanya doktor..sbb apa yer kesan jatuh tu makin besar(bengkak) tapi tak biru dan kenapa lembik?

  133. Salam doc…masa anak saya berumur 10 bulan (08.11.2011), dia jatuh katil 1st time tp doc check ok…

    Sekarang anak saya berumur 13 bulan…pada 13.02.2012, baby saya jatuh katil kali ke-2 pd pukul 3pm…sya bawak jumpa doc pd mlm nya & doc cakap die ok…baby pun aktif…

    2nd day, die ade muntah pd pukul 3pm & 6.30pm…sya bawak lagi jumpa doc yang lain & doc suruh observe kalau masih mutah, x aktif & x mau minum susu atau mkn, trs pg emergency…

    3rd day, baby sya mutah slps minum susu, kurang aktif & x mau mkn jd sya bawak pg Emergency…bila doc x-ray,kata nya ok…tp sya mintak die org buat Ct Scan…bila dah buat,Alhamdulillah die ok….

    Tapi baru 7 hari sembuh & mlm tadik 22.02.2012(12.30am), anak sya jatuh lagi dari katil & benjol di dahi…sya sempat sambut badan tp kepala dah kena lantai…lepas jatuh,die aktif mcm biasa…skrg sya tgh observe kalau die ade simptom2 mcm sblm nie…

    Soalan sya, perlu x sya bawak jumpa doc & buat Ct Scan lagi sekali?tolong lah doc…sya dah x tauk lagi nak wat ape…

  134. salam doc, bby sy berusia 2m++ . sy telah hantar dia ke rumah pengasuh untuk janka masa 2-3 jam, supaya bby serasi. tapi xsampai 1jam pengasuh dah call mengatakan bby sy jatuh buai lebih 2m. sy dah tgk tida kesan lesam, benjolan n menyusu seperti biasa cuma bby spt letih lesu jer… apa perlu sy lakukan ? perlu ker bwa ke hospital?

    • salam puan,

      saya nasihatkan puan bawak anak segera ke mana2 jabatan kecemasan (A&E). Sekurang2nya doktor perlu observe anak puan selama 6-12 jam utk sebarang tanda2 gegaran otak (cerebral concussion).

      Ini kerana:
      1. anak puan masih terlalu kecil iaitu 2 bln. maka disyaki gegaran adalah kuat.
      2. ketinggian 2 meter adalah terlalu tinggi utk bayi berusia 2 bulan
      3. doktor perlu tahu anak puan jatuh atas apa? simen atau tilam?
      4. utk pastikan tiada pengabaian atau penganiaan kanak2 (negligence atau abuse). bcoz baby 2 bulan masih tak reti merangkak atau turun dari buai therefore tak sepatutnya jatuh!
      5. letih dan lesu adalah salah satu tanda2 gegaran otak dan kita kena pasyikan tiada kecederaan yang lain seperti perut dan dada sekiranya ada kes aniaya.

      6. jgn pergi ke klinik biasa (GP). mesti pergi ke hospital!

      Wallahu a’lam.

  135. Salam…(sory repeat soklan ni ummu saif:hati ni dlm kerisauan sebenarnya)

    ummu saif…saya ada soalan ingin diajukan…now,anak saya sekarang berumur 1 thn 6 bln..anak saya dh 5 kali jatuh yg menyebabkan benjol di belakang kepala setakat ni…kali pertama semasa dia berumur dlm 6 bulan terjatuh katil..2 kali terlentang di lantai semasa dia bertatih..paling teruk semasa dia berumur 1 thn 3 bln dia jatuh terlentang di pintu toilet terkena bucu lantai..n last seminggu lps dia jatuh terlentang di lantai dapur..terlalu kerap dia jatuh terlentang dengan benjol di belakang kepala..dan susah utk sy kenalpasti benjolan di kepalanya kerana permukaan kepala yg tidak sekata..sy telah berjumpa dengan doktor selepas dia terjatuh di toilet n doktor arahkan utk lakukan x-ray..dan mengesahkan yang tiada kecederaan..soalan saya : adakah kaedah x-ray ini cukup utk mengesahkan tahap kecederaan yg dialami oleh anak saya?dan perlukah sy rujuk utk lakukan ct scan terhadap anak saya?setakat ni tiada symptom yg dialaminya kecuali dia de demam lps jth..n plg last dia jth pn..dia demam jugak..terima kasih..

    • asslm.. azehan, ank sy yg umur 1thn 2bln ni pon kerap jato tlentang.. sy risau sgt sbb last week dia jato tlentang dpn bilik air n nangis.. tp x de muntah2.. cume 2mlm lps dmam..n hari ni sy tgk dia jln terhuyung hayang..

      sy nk tanye pendapat awk, elok bwk g ct scan o x-ray?
      sy buntu n nangis cam ape da risau..

  136. Salam ummusaif…sekarang baby sy berumur 11 bulan..masa umur 6 bulan dia penah jatuh terlentang…selepas jatuh dia menangis dgn kuat..kemudian dia muntah sedikit..sy bawak jumpa doktor n dktor ckp ok…skrg umur dia dah 11 bulan bulan n dah pandai bertatih memang dia tersangat lasak..semalam selepas ambik dia dari rumah pengasuh dia terus tido…masa dlm buai dia muntah2..terus saya angkat dan tepuk2 belakang dia..muntah dia agak banyak jugak lah..pg tadi pun dia muntah2 tp agak sedikit..pg tadi sy tanya pengasuh, semalam dia terjatuh ker?? pengasuh cakap dia selalu sangat jatuh terlentang…saya sangat risau nie..ptg nie balik kerja ingat nak bawak dia jumpa doktor..

  137. ummusaif,
    ank sy skrg umur 1thn 2bln n mggu lps dia jth telentang dpn blik air..dia x muntah, cume lps jth dia tdo.. cume mlm td sy tgk dia jln langgar semua bende dan huyung hayang,..sy risau n sy x bgtau ayah sy ttg ank sy jth.. ape sy perlu buat utk pastikan condition ank sy? kt hospital k’jaan ade sediakan ct scan ke?

    tlg bantu sy yg buntu sgt..

    • Salam puan anna.
      Saya syorkan puan anna segera bawak anak ke hospital besar. Hosp kecil takde byk facility/ct scan.

      Jgn terhoyong hayang blh disebabkan oleh gegaran otak atau lemah badan disebabkan kurang zat spt gula, garam dan juga kurang air dlm badan disebabkan oleh demam. Kekurangan zat juga blh disebabkan oleh kecederaan otak.

  138. Salam puan anna.
    Saya syorkan puan anna segera bawak anak ke hospital besar. Hosp kecil takde byk facility/ct scan.

    Jalan terhoyong hayang blh disebabkan oleh gegaran otak atau lemah badan disebabkan kurang zat spt gula, garam dan juga kurang air dlm badan disebabkan oleh demam. Kekurangan zat juga blh disebabkan oleh kecederaan otak.

    • thanks..esok pg sy bwk ank g check..

      err..kurang zat pon leh wat baby lemah? ank sy fully BF n x nak formula langsung..
      sy nk tnye ummusaif, ble ank jato n x de pape tande yg muntah2 o ank mate x tetap itu leh kite kate dia OK ke? ape tande2 baby cedera yg obvious yg kite leh tgk?? sy risau sgt sbb da lbh seminggu ank jato baru tgk dia gitu.. on 28 dia dmam sbb jln jauh dr kb ke phg n cuaca pns sgt …

      sy harap sgt doc leh bantu tp ble g check doc kate OK! ok!

  139. Askm.

    Mohon pandangan dan pendapat, anak saya berumur 1 tahun 10 bulan telah terjatuh ke atas jalan raya (terlentang) sebaik sahaja suami saya membuka pintu kereta. (Kereta berhenti untuk mengisi petrol). Selepas 3 jam anak saya muntah kerana menangis (terkejut dari tidur). Adakah perlu saya membawa dia ke GP untuk rawatan lanjut ?

    • salam puan,

      puan blh terus memerhatikan anak sehingga tempoh 24 jam. monitor di rumah pun memadai. Perhatikan sebarang tanda2 spt muntah yg berterusan, tidak aktif, lembik , tidak kelihatan seperti biasa atau sawan. Sekiranya tanda2 di atas ada, bawa segera ke wad kecemasan (hospital) yg berhampiran.

  140. Askm,

    Mohon pandangan dari Dr. Mungkin kes ini diluar tajuk perbincangan. W/bagaimanapun besar harapan saya jika Dr. dapat memberikan pandangan. Bayi saya yang sama berumur 1 tahun 10 bulan, mula mengalami sembelit ketika berumur 7 bulan apabila dia mula makan makanan yang dilenyek dan pejal sehingga sekarang. Setiap kali membuang air besar, dia mengalami sembelit, badannya menggigil kesakitan, meraung dan iikuti ‘kepala najis’ yang keras disaluti dengan darah. Saya pernah membawanya ke specialist tapi hanya diberi ubat sembelit dan sejenis ubat sapu untuk dilumur disekitar lubang najis. Saya agak musykil kenapa dia mengalami sembelit sedangkan dia kuat minum air masak. Mohon jasa baik dan pandangan dari Dr ? Terima kasih.

  141. 2 ari lepas anak saya 1thn 5bulan jatuh bilik air. berdarah sbb luka terkena bucu dinding pintu. berkejar ke klinik coz darah xberhenti. doktor hentikan darah. pastu dia xbagi injection sbb 2minggu lagi nak cucuk setahun setengah. luka pun kecik so doktor xjahit. selepas 24jam tiada sintom sawan, muntah atau lemah2. cuma ari ni badan dia sedikit panas cam nak demam. tolong beri pandangan?

  142. salam..
    anak saya berumur 8 bulan..anak saya baru jatuh katil pagi tadi..ini adalah kali ke-2 anak saya jatuh katil..saya sangat panik tadi sbb anak saya jatuh terhantuk kepala, dan dalam mulutnya penuh darah..dahinya sedikit lebam.adakah saya perlu bawa anak saya berjumpa doktor,anak saya menangis dgn kuat masa jatuh,15 minit kemudian pendarahan dah berhenti, saya nak tanya,sbb saya dah baca komen2 yang lepas,xde kes yang mcm saya. kebanyakan kes berdarah hidung,anak saya berdarah dalam mulut.anak saya belum tumbuh gigi.saya dah tengok sekitar bibirnya tiada yang luka,saya tak tahu pendarahan tu dari mana. harap dapat bantu saya.

  143. salam dr,
    maaf dr, sy ingin bertanyakan kes anak saya yg agak berlainan dr orang lain.

    anak sy skrg cukup 2bulan(60hari), 4 hari lepas (umurnya 56hari) semasa di rumah kawan, saya sedang menyalin lampin anak sy di atas katil, datang anak kawan saya yg berumur 1tahun 10 bulan bermain di sekitar kepala anak sy, saya tak pasti apa yang dilakukannya kerana kejadian berlaku sekelip mata, tiba2 sy mendengar bunyi ‘pap’ dan kemudian anak saya menangis dengan kuat,saya lihat bhgian sisi kiri kepala anak sy kemerahan. 5 minit kmudian sy susukan dia &tuamkan bhgian yg merah itu dn kmudian dia trus tidur. sy sgt risau kalau2 anak kwn sy jatuh ke kepala anak sy dgn lututnya kerana masa tu dia tgh melompat2 dii tepi anak sy, sy kurang beri perhatian kpdnya kerana sibuk menukar lampin anak saya dan ibunya pula ada disisinya.dia beritahu ibunya dia hanya menampar kepala anak sy.

    setgh jam kmudian sy membawa anak sy ke hospital kanak2 dan dr mnyuruh sy monitor dia slm 24 jam. semasa sy bawakan dia ke hosp dia terkena selesema sbb cuaca mlm yg sejuk (sy brada di luar negara ketika ini).keesokannya dlm masa 24jam anak sy tidur spt biasa,tidak sawan dan aktif bermain dan ketawa serta menyusu sprt biasa, cuma dia ada muntah susu sikit masa sy tgh susukan dia, mgkin sebab tak sempat nk burp kan dia. tiada bengkak atau benjol,merah di kepalanya juga telah hilang pd pagi hari. pd hari kedua dan ketiga sy perhatikan dia aktif spt biasa cuma dia agak meragam kerana hidungnya yg trsumbat dan sedikit batuk tetapi dia tidur agak lama mgkin disebabkn selesemanya. hari ini hari keempat sy cek suhu bdnnya 36.4’c dan selesemanya sudah kering dan dia tetap aktif sperti biasa.

    soalan sy perlukah sy membawa anak sy utk membuat pemeriksaan CT scan memandangkan usia anak sy yg terlalu kecil, sy takut ada gegaran pd otaknya dlm ms yg sama sy juga bimbang akan kesan pemeriksaan CT scan kerana sy dgr ia lebih merbahaya dr X-RAY. Tolong sy doktor, apa yg patut lalukan? sy ibu muda yg jauh di perantauan dan tiada pengalaman kerana anak sy ini yg sulung.

    Terima kasih sangat2 doktor!

  144. my son br berumur 1taun 1bln..kerap jatuh..mggu ni dh 2x terjatuh dlm bilik air..so far dia still aktif bermain n tiada muntah2 or cirit birit..tp dia kerap gosok kpala seiolah2 nk bgtau yg dia sakit kpala..perlu ke sy bwk pegi jmpe doc?

  145. salam puan,
    anak sy start jatuh dr sofa ms umur 4 bln..xde effect ap2…but start dr ari tu smpai skrg 8 bln…hampir EVERYDAY anak saya akan jatuh..terhantuk kepala ke lantai..setakat ni setiap kali jatuh xde muntah or ap2..just benjol.but hati kecil sy sgt takut for long term..if otak jd lembap..

  146. salam.. saya mempunyai anak berusia 1 tahun..anak sy agak lasak..selalu terjatuh..setiap kali dia terjatuh atau terhantuk saya akan basahkn kepala dia..sy x tahu sbb apa..cuma tu pesan mak saya..bila saya basah kn kepala dia..dia tidak menangis..dah kembali bermain…baru2 ini dia ada terjatuh dari sofa..dia menangis hingga x keluar suara..saya basah kn kepala dia..dia kembali ok.. saya cari kesan benjol jika ada tetapi x ada..sy risau..kerana bunyi dari jatuh tu kuat…sekitar usia 8bulan hingga kini dia slalu menantuk kepala dia di dinding..dan cermin..bila saya marah..dia bhanti.. adakah itu normal

  147. salam…
    anak sy dah 1 tahun..pg ni dia terjatuh dr tilam semasatidur dan terhantuk pada lantai dan bucu tempai sidai sejadah.dia menangis dan diam selepas sy pujuk dan dia menyusu. selepas menyusu dia sambung tidur..selepas itu sy mendapati bahawa terdapat benjol belakang telinga namun sy x dapat pastikan itu akibat jatuh atau bukan..apa pandangan puan…

  148. assalammualaikum dr..
    anak saya dah pun 9 m++.
    smlm ank saya thantuk di frame pintu and then ada lekukkan di dahi di atas mata sblh kiri..pas2 lekukkan hilang n jadi lebam di situ..slps thantuk dia menangis n aktif mcm biasa..mnum susu pun ok n xder muntah2.
    yang membuatkan sy risau sgt tentang lekukkan n lebam..apa pandangan doktor.
    sy hrp dktr dpt bg jwp ASAP..

  149. askum doktor,anak saya dr kecil smpi 1thn 10bln kerap terjatuh. Jatuh dr katil setinggi lutut ketika tidur dan jatuh terlentang bila lantai basah.lebih dr 10 kali terjatuh.patutkah dia menjalani ct scan?setiap kali jatuh dia akan menangis dan selepas itu dia akan seperti biasa.adakah ada kesan jangka panjang?

    • hi leen..sy nk tnye awk .. bile ank jato awk wat mcmane tok redakan nangis dia? ade x tanda merah , luka o bengkak pd tmpt jato tu? awk bwk g scan x? ank sy pon selalu sgt jato n sy yg akn nangis mcm org ‘gila’ sbb risau + takot .. ble bwk g spital doc kate x muntah x pe.. pelik sy dgn doc skrg! duit nak keje x wat sepenuh hati

  150. assalamualaikum dr, anak saya berumur 20 bulan, semalam akibat dari berlari dia telah terlanggar bucu katil.lebam di atas batang hidung di anrara kedua mata.dia menangis sekejap. kemydian tertidur.pagi ini bangun, minum susu dan tertidur lagi. saya sangat risau. suami kata tak serius.

  151. Salam ummu saif..
    anak sy berusia 10bln lebih,sdh blh berjalan.anak sy jatuh terlentang dan belakang kepalanya terhantuk sgt kuat kat lantai mozek yg licin.die nangis teruk jugak,setelah disapu minyak n dipujuk,dah OK.pada malamnya,ank sy muntah2 2x tp still aktif.sy risau sgt.arini sy mahu bw jumpa doc.

  152. salam,anak saya baru terjatuh dari walker sama ketinggian ,anak saya terjatuh belah kiri,dan selepas 5 hari terdapat benjolan dikepala belah kanan,saya x pasti benjolan itu baru atau memang ada sebelum jatuh,semasa jatuh saya telah bawa anak saya kehospital dan doktor mengatakan dia ok dan tak muntah.dan x perlu x-ray yang merisaukan saya perlu x saya membuat ct scan bagi benjolan belah kanan tersebut.Tq

  153. assalamualaikum dr
    ank saya 3 bulan++ terjatuh ke lantai semasa saya mendukungnya.saya sama-sama jatuh bersama bayi saya.ketika jatuh saya dalam posisi menunduk (bend) menyebabkan kepala saya benjol dan kepala bayi saya juga benjol di dahi belah kanan dan merah terkene lantai. lantai tempat terjatuh lantai jenis kasar.anak saya tida muntah dan pengsan cuma dalam perjalanan ke hosp (lebih kurang 15 min, dia nampak lemah mungkin sebab sebelum jatuh dia tidur) setelah hantar ke hosp, dr buat xray menyatakan tiada keretakan. semasa kejadian baby menangis dan selepas itu diam dan boleh menyusu. Setelah sejam dia aktif seperti biasa. anak saya dimasukkan wad untuk observation tapi selepas 6 jam kami minta anak keluar wad sebab dia sudah mula aktif dan ketawa macam biasa.Sekarang setelah 24 jam anak ssaya telah aktif semula seperti biasa dan bengkaknya sudah surut. melalui pembacaan saya dalam entry dr, kalau lebam mungkin ada pendarahan dalaman, perlu ke saya lakukan ct scan, walaupun baby saya nampak seperti biasa… harap dr dapat memberi pandangan

  154. Assalamualaikum Dr.

    Kami hantar anak yang berusia 2 tahun 11 bulan ke taska. Cuma pada hari Jumaat, 07/09/2012 dia ada jatuh dalam bilik air dan tidak dimaklumkan kepada kami. Kami hanya mengetahui bila anak bercakap yang dia jatuh dalam bilik air. Untuk kepastian kami telahhubungi pengasuh di taska dan mereka akui anak saya jatuh disebabkan lantai yang licin. Disebabkan tiada perubahan pada malam Jumaat dan hari Sabtu saya tidak membawa pemeriksaan ke klinik atau hospital. Namun pada hari Ahad anak telah muntah 2 kali pada siang dan 1 kali pada sebelah malam. Adakah perlu saya membuat CT Scan. Kebiasaan kesan jatuh dapat dilihat serta merta atau lebnih 24 jam? Mohon pandangan Dr.

  155. salam…dr, mlm kelmarin anak saya telah terhantuk kepada pada kerusi dan menyebabkan dahinya benjol…pada siangnya bbysitter bagitau anak muntah setelah memberi scoot dan badannya panas…tp hanya berlaku pada hari itu sahaja…adakah anak saya mengalami kecederaan dr???anak saya kelihatan normal dan aktif

  156. salam…saya pun pernah terjatuh dari tangga masa kecik,umur about 6 month mcm 2.. berdarah n luka dekat dahi,kena jahit,4 jahitan yg besar. now msih ada parut jahitan yg besar kt dahi. mungkin itu la puncanya sy skrg mudah sakit. n tkena sawan.

  157. Salam..bayi sy bru 29ari..semda dukug smbil tgn knan pegag remote control tv..xsengaja remote td trjtuh ats kpala byi.. Tgi x smpi 1 kaki..dkt sgt ngn kpla byi..beby x nangis cuma merengek.. xda kesn lebm n mnth..beby trus tdo pastu..then bgun lpas 15min..xtif n minum susu..risau beby blom sebuln..apa pndangn ummi?

  158. assalamualaikum dr,

    anak sy pernah jatuh tangga masa ikut kakak sy balik kg dia(tangga kg)…masa tu umur anak setahun lebih.ada benjol tp kakak sy perhatikan nampak die ok..x muntah or pasif.jadi saya x bawak dia ke dr sebab masa die balik dr kg pun dah semgu lepas tu..dan nampak die ok….bila terbaca post dr zubaidi dan ummu saif sy jadi takut pulak..selain jatuh tangga,die pernah jugak jatuh dari troli masa umur dia 2 tahun lebih.sy ada bawak jumpa dr..dr suruh observe 24 jam dan nampak dia ok…..sekarang anak saya umur 4 tahun lebih..nampak dari segi pembelajaran ok…tp bile baca komen2 mengatakan jatuh masa kecik efek masa besar,buat sy risau pulak..perlu ke sy buat CT scan?honestly,sy memang agak kesal dgn kecuaian yg berlaku…dan bila baca post dan komen2 buat sy risau..harap dr dapat bg pendapat.terima kasih

  159. salam,anak sya yg brumur 2 thun trjatuh dri trolley di pasar rya,sya smpat melihat kepala nye dulu yg jtuh ke lntai smin..dia menangis dngan kuat,dan ade benjolan di atas kepala yg brhampiran dngan umbum2. tpi dia tk ade mntah,dn sdar sperti biasa.blik dri pras rya sya bgi dia tdur,slepas satu jam dia tdur,dia bgun dan mengadu skit kepala.bila sya sruh dia pusing kepala ke kiri dan ke knan,anak sya ckap skit.bila sya sruh agkat kepala pun,dia ckap skit..sya bwa anak sya ke hospital ,slepas dktr peraksa,doktr sruh bwak anak sya melakukan ujian x-ray.slepas keputusan di ketahui,doktr bgi thu anak sya tiada apa2 mslah..dan doktr bgi thu skit kepala itu mgkin akibat trslah urat akibat jtuh..sya di bgi thu tiada apa2 yg perlu di bnbamgkn.. tpi msalhnya slepas 3 hri brlalu anak sya msih lgi mengadu skit kepala,dn msih skit bila di sruh mengangkat kepla dn menoleh ke kiri dn knan.jdi sya nk tnya,sbenarnya ape msalah anak sya?prlukah sya rujuk smula ke hsptal?dan lgi stu sya nk tnya apekah kesan bruk trhadap anak sya slepas melakukn ujian x-ray?sbab rmai yg brkta ujian x-ray tdak bgus untk kanak2..adakah itu bnar?

  160. syukur saya jumpa entry ni. tadi anak saya jatuh.. anak no 3 cuba angkat dia. x perasan pula ada lebam sikit kat tepi dahi tu. lepas tu mak mertua kata dia ada muntah susu tadi (tp mak merua kata sikit je…. )… risaunya.. sekarang tengah observe dia… nampak macam ok je.. aktif dan xnak tidur… mudah mudahan anak ibu ok je 🙂

  161. Salam.Ingin bertanya anak saya 6 bulan.semalam terhantuk di besi buaian dan ada benjolan.kemudian muntah susu selepas itu.tetapi aktif seperti biasa.cuma suka merengek hingga hari ini,hari ini benjolannya semakin pudar dan beransur hilang setelah dituam.bagaimana pendapat ummi.

  162. assalamualaikum. anak saya berumur 1tahun 1bulan. terhantuk terlentang masa tengah duduk bermain sabtu lepas 9.3.13 (atas carpet & ade satu lagi lapisan tikar). lepas terhantuk tu dia menangis dan muntah (sebelum tu minum susu). tapi lepas tu anak saya aktif macam biasa, makan n minum susu. saya observe dalam 3 hari ni anak saya still aktif, makan, minum n tidur cam biasa. yg buat saye risau pasal anak saya muntah lepas terhantuk tu. just sekali muntah. perlu ke saya follow up ke hospital?

  163. salam..sya nk tnye..ahad lepas ank sye dilanggar oleh sepupu berumur 5 tahun..ank sya berumur 1 tahun..skrg xnk minum susu n kerap menangis..perlukah untuk mlakukan ct scan..

  164. As slm ummusaif.ank sy berumur 1 bln,abangnya yg berumur 1thn 7bln terduduk di atas kepala adiknya ketika bermain sambil berlari.bby nangis kejap je tp sy risau sbb bby sy masih kecil.adakah sy ptt ke klinik@hspital?
    Ank sy yg berumur 1thn 7 bln pun sering jatuh teruk di ats lantai mozek.kerap kali jatuh,so far,alhamdulillah anak aktif mcm biasa.cuma sy risau utk masa depan die lambat pick up dlm pembelajaran.

  165. Assalamualaikum ummusaif. Kami pernah mengalami kemalangan dan anak saya cedera dikepala. Doc melakukan ct scan dan tiada kecederaan serius. Dia berusia 11bulan ketika itu. Sekarang dia berusia 4 thn. Sejak kebelakangan ini dia kerap berkedip mata dengan seluruh otot muka bergerak. Adakah ini disebabkan kemalangan itu? Apakah itu kesan jangka panjang kecederaan dikepala walaupun ct scan tidak menunjukkan apa-apa semasa kejadian. Tolong yer bagi pandangan apa perlu saya buat?

  166. Your own write-up has verified necessary to me.
    It’s extremely helpful and you’re simply clearly really experienced in this field. You have exposed my personal eye to be able to numerous thoughts about this particular subject with intriguing and reliable content material.

  167. Salam, pagi td anak saya yg berumur 5 bulan jatuh dari buai, dia menangis t p lps kasi susu dia ok then main mcm biasa tp lps 3 jam sy hntr kat rumah mak then mak saya hntr pergi urut badan dia sbb takut dia terkejut, tp lps tu x de simptom2 yg bahaya mcm muntah2 or lebam dia main mcm biasa tp sy risau lar perlu ker saya bawa ke hospital??

  168. Salam. ummusaif..saya ibu muda n anak saya umur bru 1tahun.anak saya dah kerap jatuh telentang.yg sebelum ni lantai papan jer..tp baru2 ni die jatuh gelincir dlm bilik air(simen) n terbaru minggu lepas kat dapur pun lantai simen. masa jatuh tu mmg nangis kuat sgt la..lepas pujuk die ok.tapi sejak 2,3 ari ni sy baru perasan ade benjol kecik kat blakang kepala bawah dekat ngan leher.tp benjolan tu mcm lembut n blh gerak..kiri n kanan ade banda yg sama.tp yg ketara sebelah kanan..saya cuba gak sentuh..bila sentuh dan saya picit kat bahagian tu mesti dia marah.Tapi dia aktif mcm biasa jer..cuma kdg2 dia merenget pegang kepala n tekup telinga..perlu ke saya bawa g klini or hospital?

  169. Salam, seronok baca komen di sini..mcm2 info saya dapat, ummusaif, saya nak tanya, benjolan di belakang kepala tu bahaya tak? Benjolan tu lembut je, kecik sikit dari bola golf, anak saya jatuh terlentang, dan jatuh di bahagian yg sama, dia sekarang memapah, umur 9 bulan..selalu sangat jatuh..walaupum pemerhatian saya, tak sempat nak sambut bila dia jatuh… Saya dah bawa ke hospital, doc cakap takde pape..24jam pantau anak lah..setakat ni, anak normal je..cuma sakit bila sentuh bahgian benjol tu.. Ada kesan buruk ke nanti? Risau sangat…terima kasih doc..

  170. Salam dr,anak sy 7 bulan,jatuh dr katil ketinggian standart.bila diangkat ada pendarahan dari kedua2 lubang hidung,sy panik dan menangis,sy cuba tenangkan diri dan observe jer.pendarahan sudah berhenti,tp sy ttp risau..dia nampak spt biasa,tidak muntah dan bf mcm biasa…cukupkah tindakan sy doktor dan brp lama sy kna observe dia?

  171. Puan, sy ada kemuskilan….sy terlalu risau ttg kesihatan anak lelaki saya berumur 4thn.baru2 ini anak saya terjatuh dr dukungan seorang bdk semasa berada di pdg sek dr ketinggian 4kaki lbih kurang.selepas terjatuh anak saya tidak sedar lbih kurang 3minit dan terus mukanya pucat dan sejuk.slps saya kejutkn baru la dia tersedar dan menangis dn terus saya bw ke klinik.perlu kah saya membawa anak saya pergi ke hospital utk buat scan.keadaannya slp 24jam aktif spt biasa….harap puan dpt beri sedikit penjelasan.saya sgt risau ttg anak saya..terima kasih.

  172. Assalamualaikum,

    Anak saya masuk kecil, dlm 9 bulan. terlalu aktiv sampai asek jatuh katil (skrg kami dh tido kt bawah), terhantuk, terlentang.. tapi, dia xde symptom2 yg pelik2. dia normal saja. still saya kena buat ct scan x? saya keliru

  173. Hello….
    saya perlukan pertolongan…..baby saya berusia 7 bulan…pagi tadi terjatuh dari katil tinggi kurang lebih 2 kaki. nangis kuat (dia memang kuat menangis) tapi setelah sya pujuk, dia ok…dapat senyum, dapat respon bila saya panggil nama, dapat ketawa seperti biasa bila nenek bawa main…ada merah di dahi, tapi lepas 5 minit, merah hilang.saya risau otak dan bahagian dada kena efek sebab masa dia jatuh, bahagian dada menghadap lantai (mozek) dan kepala terhantuk(bunyi kuat)….apa pendapat doktor?????

  174. salam..
    kelmarin anak sy berumur 1 thn 8 bln telah jtuh dihempap tv.separuh bdn dan kpala dia kna hempap.ada benjol kt bubun dai.bdn ok..setakat ni dia main n minum susu xde masalah.cuma muka dia x ceria,mcm monyok je..tdo ckup tp bwh mata dia mcm ada lingkaran hitam mcm org x ckup tdo..perlukah sy bwk dia cek ke hspital?setskat ni sy blum refer dgn mna2 klinik or hspital lg..apa pendapat doc?

    • Wkmslm puan.

      Dihempap tv adalah sesuatu yg dianggap kecemasan terutama berlaku kpd anak kecil.

      Monyok adalah salah satu tanda kecederaan otak.

      Lingkaran hitam pada sekeliling atau bawah mata adalah salah satu tanda kecederaan dalam otak iaitu Basal skull fracture.

      Saya nasihatkan puan segera ke jabatan kecemasan di hospital besar. (Bukan klinik) Beritahu doktor, puan risaukan kecederaan otak. Tanda2nya sudah ada spt di atas.

      Mohon puan bertindak sekarang. Semoga Allah bersama puan.

  175. assalam puan, anak lelaki sy berumur 8 bln..ptg smlm masa dia duduk bermain,dia jatuh terlentang dan belakang kepala terhantuk ke lantai..dia menangis, tertidur dan kemudian sedar dan aktif seperti biasa.pagi ni dia jatuh lg,sama juga kepala terhantuk ke belakang….perlukah saya bw dia ke hospital disebabkan dia jatuh 2 kali berturut-turut?

  176. Puan,
    Anak saya jatuh terlentang beberapa kali. Dah 2 kali dalam masa seminggu bawa jumpa doktor pakar.Pertama kali pada 15/1/14. Kali ke 2 pada Sabtu 18/1/14. Belakang sebelah kanan kepala ada benjol,lembik seperti ada cecair di dalam. Doktor itu sarankan bwa ke hospital. tapi kami belum bawa disebabkan bayi saya tiada tanda2 yg tidak normal + benjolan semakin surut. Benjolan semakin surut,tetapi masih belum hilang sepenuhnya. Bayi saya aktif + makan minum seperti biasa. dari hari dia jatuh sehingga sekarang.Memandangkan sekarang sudah dekat 2 minggu, patutkah saya bawa dia pergi ke hospital utk scan?..

    • salam puan anak sy 1 thn 1 bln dlm seminggu 2 x die jatuh sekali di bilik air dan skli di depan rumah.. jatuh terlentang… tp die masih aktif mcm biase perlu tak sy bwk ke hospital utk pemeriksaan

  177. salam puan…15/2/2014 baru ni anak saya jatuh terlentang..anak saya baru 11 bulan.dab pandai berjalan. lepas jatuh tu hidung die berdarah..keluar darah berketul..macam hingus,,saya bawak ke Klinik kesihatan dan doktor cakap takde apa2..cuma observe..sekarang ni die aktif mcm biasa..cuma saya musykil sebab apa darah keluar melalui hidung sedangkan anak saya jatuh terlentang? dan saya buat obsevation kat die 2 hari ni..bila dia berjalan..tiba2 dia akan jatuh ke belakang..mcm tak balance sgt sedangkan seminggu sebelum ni die dah ok berjalan..

  178. Assalammualaikum…Anak saya 1 thn 1 bln,jatuh terlentang swaktu sy mndiknnya..die mngis kuat dan bila dipujuk senyap..slpas mndi sy beri susu dan ank terus tdo (mmg time tdo)Ada benjolan di blkng kpla dan sy tlh tuam kn..Soalannya,perlukah sy bw bjumpa dktor??

  179. salam,

    ank sy bru usia 10bln, dh 2bln lps die ade jatuh telentang coz die nk cube berdiri tp xblh nk balance bdnnyer..& pg ini sekali lg die terjatuh telentang. sy cpt2 tuam dgn ais batu, die cume menangis kuat. tp xlama & sy check tiada benjolan @ luka. die pn still active, tp perlukah sy membawanya ke klinik @ bagaimana? suami sy kt tgk dlu keadaan die 1 ari ni, jk ada ape2 perubahan bru bawa ke klinik…TQ

  180. Puan, saya amat sedih terhadap kecuaian saya yg menyebabkan bayi saya terjatuh sebanyak 5-6 kali sepanjang 5-9 bulan..kini bayi saya 9 bulan, mengalami symtomp atonic seizure, saya tidak pasti adakah dia disebabkan kecuaian saya.. adakah sebab dia terjatuh menyebabkan atonic seizure.. hati saya sedih apabila melihat dia hilang ton ton mucsle selama 1 minit 2-3 kali setiap hari..doctor telah membuat tarikh EEG scaning yg perlu tunggu selama 3 minggu lagi.. puan, adakah EEG scaning dapat membantu untuk mencari punca bayi saya yg mengalami hilang ton ton mucslenya setiap hari… doctor telah memberi saya ubat sawan untuk menunggu hari EEG scanning… apakah pendapat puan? Saya betul2 dalam kerisauan…

  181. Salam puan, anak saya baru 12 hari jatuh dlm ketinggian 2 1/2 kaki sbb tlepas dari tangan semasa menyusukan dia kerana terlelap. Dia jatuh tertiarap atas tiles dan menangis dgn kuat. Saya periksa kepalanya dan tiada kesan benjol atau lebam. Hanya pipinya sedikit bengkak. Saya segera ke hospital dan doktor menyatakan bayi saya ok dan tdk perlu ct scan kerana masih terlalu kecil. Walaupundemikian saya masih risau dan cemas. Selepas pemerhatian dlm 4 jam d hospital kami dibenarkan balik. Bayi saya tidak muntah dan menyusu seperti biasa. Untuk pemantauan di rumah, saya amat keliru kerana doktor menasihatkan sekiranya bayi muntah dan mengantuk perlu dibawa balik ke hospital. Saya tdk dapat membezakan antara dia mengantuk akibat dari terjatuh atau disebabkan oleh mengantuk bagi bayi yg normal. Setelah 24 jam berlalu bayi saya hanya muntah sekali dua sahaja yang mana saya kategorikan sebagai lebihan susu disebabkan tidak disendawakan. Apa yang membimbangkan saya adalah bayi selalu terkejut semasa tidur dan lidahnya terjelir sedikit semasa tidur. Kaki dan tangannya tiba2 tersentak semasa tidur. Kekadang dia tiba2 menangis dgn kuat dan berhenti setelah didakap.Adakah ini normal? Tolonglah doktor kerana saya amat risau dan bimbang..terima kasih

      • Salam puan,
        Bayi saya sekarang berusia 1 tahun 5 bulan dan semenjak dia terjatuh sewaktu berumur 12 hari, hidup saya sentiasa dalam kerisauan. Ada juga beberapa kali dia terjatuh sewaktu berumur 4 dan 6 bulan kerana kecuaian pengasuh. Sewaktu belajar berjalan juga, anak saya kerap terhantuk membuatkan saya bertambah risau. Tetapi saya amat bersyukur kerana bayi saya ok dari segi perkembangan dan kesihatan. Dia kelihatan normal dan sihat seperti kanak-kanak lain. Walaupun demikian saya masih risau dan sentiasa memantau dari masak ke semasa. Bayi saya boleh berjalan, bercakap dan bermain dengan normal. Saya percaya ramai ibu-ibu yang bertanya mengenai bayi yang jatuh tetapi tidak mendapat jawapan yang pasti. Semoga perkongsian saya mampu memberi kelegaan kepada ibu-ibu di luar sana. Selebihnya saya berserah kepada Tuhan, semoga anak saya dijauhkan dari perkara yg tidak diingini.

  182. assalamualaikum..anak saya berumur 1 tahun 6 bulan..mggu lepas anak saya terjatuh dengan kepalanya terhempas kebelakang setelah berlari2…tidak lama kemudian dia telah muntah dan malam kemudiannya asthma dia datang kembali dan disusuli dengan demam..tidur pun dalam keadaan tidak selesa dan merengek2.. dia tidak mahu menyusu pada mlam itu mungkin kerana berasa loya selepas muntah ..pada keesokan harinya dia muntah lagi pada sebelah pagi dan langsung tidak mahu menyusu…hanya pada sekitar 6 petang dia mahu menyusu tetapi dalam kuantiti yang sedikit iaitu hanya satu botol pada seharian itu..dia juga tidak aktif seperti biasa pada hari kedua itu….pada hari ketiga pula pada sebelah pagi dia mintak minum susu dan ada perubahan positif tiada lagi asthma dan demam pun berkurangan.. tapi selepas saya bagi dia susu dia terus muntah dalam kuantiti yang agak banyak … dia baring sekeajap dan mula aktif seperti biasa dan pada sebelah tengahari dia sudah mula mahu makan dan minum seperti biasa ..pada sebelah petang saya membuat keputusan untuk membawa anak saya kehospital dan doktor yang memeriksa enggan melakukan ct-scan tetapi anak saya telah diletakkan diwad kecemasan untuk pemerhatian….tetapi tiada tindakan atau pemeriksaan lanjut dari pihak hosapital dan doktor yang bertugas yang menggantikan doktor yang sudah bertukar shif itu dan tiada apa2 penjelasan daripada doktor yang masuk bertugas dan hanya menyuruh anak saya balik tanpa diperiksa keadaannya….

  183. assalam,

    td babh saya jatuh lam ketinngian 2 kaki n atas karpet. jatuh memg terbalik. tapi nangis kejap je n tidur. saya nak cube bawak ke hukm sbb risau. perlu ke saya dpat kn refer letter dlu dr mane2 klinik?

  184. Salam Dr. Anak buah saya baru 11 bulan lebih. Dia jatuh katil dan tertiarap terhempap dada dan ada kesan benjol sikit ats dada. Dia menangis selak lepas dipujuk dia kembali aktif macam biasa. Apakah kesan pada dada dia nanti ? Perlukah saya bawa dia ke klinik ?

  185. Assalamualaikum dr.. pagi td anak saya yg berumur 1 thn 8 bln jatuh tangga dari atas sampai ke bwh… bergolek ke bawah tapi hanya sempat melihat bila jatuh ke tangga terakhir kepalanya tethentak ke belakang …dia menangis kuat… sy gosokkan kepalanya dan lihat keaadaan dia.. dia tiada kecedaraan tetapi ms sy angkat dia kwsn hidung dan keliling mulut nmapak pucat tetapi hanya seketika… kemudian dia kembali normal.. boleh berjalan, memegang dan membuat aktiviti seperti biasa. Dia juga memahami arahan sy… setakat 1 jam pertama ini beliau ok.. perlu ke sy merujuk kepada hospital? Bimbnag pulak takut ada kesan lewat…

  186. May asawa ako, ngunit hindi napansin na mas mababa at hindi gaanong nalulugod sa aming mga masinsinang sandali ang aking asawa (na nangyayaring mas mababa at mas madalas). Sinabi niya na hindi kailangang humarap sa mga sukat ng “dignidad ng tao”, ngunit natanto ko pagkatapos, bukod sa pagkakaiba-iba, dapat akong gumawa ng isang bagay tungkol sa aking titi dahil mahalaga ang mga sukat. http://titangel-in-philippines.com/#1 Testimonials + Comments. 15 Best Prostate Massagers Stimulators to Blow Your Mind.

  187. Assalam ummusaif.
    anak saya bersia 2bulan29hari.
    dia terjatuh dari katil semasa tidur malam. selepas jatuh dia merengek kecil mgkin sbb mamai terus diangkat selepas mak dia terdengar bunyi jatuh. selepas diangkat terus menangis kuat pujuk2 xnak diam. lps bgi susu diam dan sambung tidur. tiada mutah2. tiada lebam benjol pada kepala. cuma ada lebam pada cuping telinga kanan. selepas 2jam saya bawa berjumpa doktor di hospital .memandangkan hari sabtu, doktor tersebut bertanya pda doc lain mlalui wassap lpas cek2 anak sya tiada tanda negatif kerana dia kata anak saya aktif. dia kata xperlu xray sbb xnak unnecessary exposure. sya tnya bukan ct scan ke dia ckp xperlu buat ct scan sbb ctscan jika ada pendarahan etc. dan dia bgi discharge dan buatkan surat untuk dtg ke unit ENT sbb telinga ada lebam takut ear drum koyak tpi boleh baik dgn sendiri katanya. esoknya sya bgi minum susu dlm kereta dan mutah bayak mungkin sbb kenyang snagt .dan sekali.lgi pda ptg itu. slpstu tiada apa2. hari ni sudah 4 hari dan dia masih aktif.
    1.adakah semuanya ok? apa itu mild head injury?
    2. dan perlu x sya buat juga xray kerana mutah tersebut?
    3. dan adakah jika tiada lebam benjol pda kepala bermakna bhgian dlman kepala tu ok tiada pendarahan. ?
    4. berapa hari simptom pendarahan kepla boleh nampak.?
    5.apa beza xray n ctscan. dan pda hemat puan knpa pda doc tu nk buat xray bkn ctscan?

  188. Assalamualaikum..anak sy dlm sehari jatuh tilam..bukan katil..yg pertama dia smpt tahan badan dia..kepala tak kena lantai sangat..second berlapik dengan selimut tebal..dua2 ni anak tak nangis..yang ketiga jatuh dari tilam tapi saya xnampak sebab saya ke ruang tamu sekejap..dia memang sedang nangis..bila jatuh tu lagi kuat menangis..lebam smua tiada..

  189. Salam dr,
    Ank sy berumur 6bln 28hari dia telah katil dengan ketinggian yg tggi. Sy sdh bwa dia ke hsptl dan admit 24jam.. tiada nampak pape cuma muntah2 biasa seperti sebelum2.. tetap bila sy dah dischrge,ptg td.. dan mlm pukul 10 pm dia dah mula dmm.. bagaimana ye dr.. adakah sy kn pergi terus ct scan terus??

Leave a reply to athifah Cancel reply