MAMPUKAH HOSPITAL KITA MENANGANI H1N1? Bahagian 2


h1n1

Hari ini, subuh-subuh lagi saya sudah terima 4 missed call daripada adik bongsu saya, Mohsin. Bukan saya tak dengar panggilan telefonnya itu, cumanya saya malas nak menjawab telefon di awal-awal pagi memandangkan Muiz masih nyenyak tidur di sisi saya. Kalau  dah terbangun nanti, Muiz mungkin susah untuk tidur kembali.

Tepat pukul 8 pagi, saya menelefon adik saya. “Apa citer pagi-pagi dah telefon?” Rupa-rupanya adik saya merungut kerana tidak mendapat rawatan yang ‘sepatutnya’ di PPUKM semalam.

Kata adik saya, dia sudah demam panas sejak tengahari semalam. Mengikut pesan pihak sekolah, semua pelajar atau guru yang demam panas mesti mendapat pemeriksaan di PPUKM. Adik saya ini mengajar di sebuah sekolah berhampiran dengan PPUKM.

Maka, petang semalam beliau telah pergi ke PPUKM. Namun setelah 4 jam, nombor beliau masih belum dipanggil. Oleh kerana tidak larat menunggu lama, maka beliau pun balik ke rumah.

Saya maklumkan kepada adik saya, memang sekarang ini semua hospital dibanjiri oleh orang ramai. Di PPUKM sahaja ada pesakit yang menunggu hampir 10 jam sebelum diperiksa oleh doktor. Di Hospital Sungai Buloh, seramai 800 orang datang dalam sehari. Begitu juga keadaannya di hospital-hospital lain. Ini semua berlaku kerana kebimbangan orang ramai dengan virus H1N1.

Maka, saya nasihatkan adik saya supaya mendapatkan rawatan awal di klinik berbayar terlebih dahulu memandangkan simptomnya baru sehari dan simptomnya tidaklah begitu serius.

Panik

Saya yakin orang ramai akan semakin panik dengan penularan virus ini. Masakan tidak, sudah 15 orang telah terkorban. Disebabkan ini, orang ramai mula membanjiri hospital sehingga mengakibat jabatan kecemasan di hospital hampir lumpuh.

Jumlah doktor yang bekerja pada satu syif (tempoh 8 jam) di jabatan kecemasan adalah terhad. Jika kita lihat di hospital-hospital kecil,kadang-kadang jumlahnya hanya 2 orang doktor untuk satu syif. Bayangkan jika ada 400 pesakit datang pada satu syif, ditambah pula kes kemalangan dan kecemasan yang serius, kemungkinan besar sakit demam dan batuk yang hanya baru sehari terpaksa menunggu lebih lama berbanding kes-kes yang serius tadi. Dengan adanya panik ini, maka sudah pasti tempoh menunggu adalah lebih lama daripada biasa. Kes-kes yang datang pula akan dibahagikan mengikut sistem triaj iaitu, kes yang datang akan dikelaskan mengikut tahap keseriusan. Kes yang serius akan dilihat terlebih dahulu walaupun ia baru sahaja didaftarkan.

Pusat Saringan Khusus

Minggu lepas, PPUKM terpaksa membuat beberapa perubahan apabila ‘kebanjiran’ ini berlaku. Pihak hospital akan bertanggung jawab untuk menguruskan kes-kes flu (demam, batuk dan selsema) atau ILI (influenza like illness). Dengan kata lain, kes-kes ini tidak akan diuruskan oleh Jabatan Kecemasan tetapi diuruskan oleh pihak pengurusan. Ini dilakukan supaya doktor-doktor yang bekerja di jabatan kecemasan dapat memberi fokus dan keutamaan kepada kes-kes lain yang juga serius seperti kes-kes kemalangan, sakit jantung, strok, asma dan lain-lain.

Saya setuju dengan cadangan baru ini. Dan saya rasa ianya juga mungkin efektif untuk hospital-hospital yang lain. Ini kerana kebanyakan pesakit yang datang dengan simptom flu sudah pun mendapat rawatan awal di klinik-klinik berbayar. Namun, mereka masih pergi mendapatkan rawatan di hospital bagi mendapatkan ujian penyaringan H1N1. Kerja-kerja penyaringan tidak sepatutnya dilaksanakan oleh Jabatan Kecemasan kerana ia akan menambahkan kerja dan kesibukan yang sedia ada di sana.

Kerja-kerja penyaringan bukan sahaja boleh dilakukan di hospital, malah satu pusat khas sepatutnya disediakan oleh pihak kerajaan untuk memberi informasi dan panduan yang lebih terperinci kepada orang ramai.

Kerjasama dengan klinik-klinik berbayar juga sepatutnya dipertingkatkan. Doktor klinik berbayar atau GP sepatutnya lebih berinformasi dan tahu membuat pemeriksaan serta bijak memberi panduan. Bijak memberitahu pesakit bila masa perlu pergi ke hospital atau tidak.

Kementerian Penerangan

Media sepatutnya memberikan informasi yang lebih telus dan efektif kepada masyarakat. Mungkin Kementerian Kesihatan perlu mempunyai satu slot khas di media arus perdana dan sampaikan pesanan pada setiap beberapa jam kepada orang ramai. Talian telefon tanpa tol harus disediakan untuk kemudahan orang ramai. Mungkin di sini, pentingnya tugas operator paramedik untuk memberi panduan kepada orang ramai melalui telefon dan televisyen. Informasi yang tepat dan berterusan juga sepatutnya disalurkan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Hanyalah Cadangan

Di atas hanyalah merupakan cadangan saya. Saya pun tak pasti akan praktikalitinya. Tapi kalau virus ini sudah mencapai di tahap kritikal atau ‘Major Disaster’, mungkin langkah-langkah di atas sudah terlewat jika ianya tidak diaplikasikannya dari sekarang. Parlimen perlu bersidang untuk mendapatkan kolaborasi di semua kementerian.

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

23 thoughts on “MAMPUKAH HOSPITAL KITA MENANGANI H1N1? Bahagian 2

  1. assalamualaikum dr. bagusla penerangan dr tentang h1n1. Nak tanya kalau kepala kita bergegar kuat ada kesan sampingan tak.semalam saya jatuh.kepala hampir-hampir terhantuk kuat pada simen namun sempat dielakkan. tapi, gegaran yang kuat masih terasa di kepala. saya pernah scan tapi dr mengesahkan normal. dr rasa haruskah saya jumpa dr lsagi. Setakat semalam sudah puluh kali malah ratus kali kepala terhentak

    • @siti zaahira mohd zhahir,

      salam.

      kalau takde pengsan, benjolan yang besar, muntah2 atau sakit kepala yg lbh teruk dpd sebelum ini, rasanya tak perlu scan. Malah buat xray pun tak perlu. lagipun kepala tak terhantuk pun semalam. Cuma badan sahaja yg jatuh.

      So, rasanya tak perlu risau. Rehatkan badan, kerana anda mungkin masih sakit2 otot sejak jatuh semalam.

  2. wabak yang serius. moga Allah membantu kita mnghadapinya.

    Pihak hospital tak dapat menanggung begitu banyak pesakit dalam satu-satu masa. Memng sistem kene ubah mengikut keadaan semasa, tapi emosi pon turur berubah. Sian para DR yg kadang2 cepat marah-marah bila ramai pesakit…

  3. salam ummusaif,
    mungkin boleh minta bantuan fakulti pakai final year medical students, setakat screening ILI rasa tentu diorang boleh, lagipun masa tsunami dan gempa bumi di Indonesia pun diorang rekrut medical students, boleh bg diorang valuable experience yg jarang2 ada ni

    di UK NHS sampai bukak national pandemic flu service yang ada online questionnaire, siapa qualify criteria boleh dpt special code yg boleh dibawa ke farmasi utk ambil Tamiflu, bypass medical personel sampai begitu sekali, tapi dah major disaster nak buat mcm mana

  4. salam dr…baru2 ini ramai pelajar di sekolah saya yg mengalami simptom2 flu ini. tapi bila diajukan pada pihak kementerian pelajaran…dia kata mesti ada lebih drpd 50 org baru sekolah akan ditutup…apa pandangan doc?mestikah ada target amaun tertentu ..baru di bolehkan amik tindakan…berbanding masa awal2 dulu 1 orang kena dah kena tutup skolah…benarkah H1NIni normal flu?

  5. salam dr….boleh beritau saya secara tersgt ringkas dan padat..adakah sebenarnya H1N1 ini wabak yg berbahaya? macam2 yg saya dengar…

    • @zakiah,

      yang penting, mesti dengar semua updates daripada kementerian kesihatan di televisyen, radio dan surat khabar.

      H1N1 ni sebenonya macam flu biasa aje tapi bagi yg ada penyakit2 lain ianya akan jd lbh bahaya contohnya kalau ada asma, sakit jantung, dll.
      pasal polisi kementerian pelajarn tu, saya tak tau. maaf

  6. salam. kaka muna .saya azlina…exmatrixkulim…tak sgka akak kat ppukm..saya lahirkan anak bongsu saya di sana…atas tiket kecemasan…sepatutnya book hosp serdang…tapi ditolak bulat2 ke ukm…reason..tak diberitahu…

  7. salam…harap2 kak muna tak lupa junior akak ni…..pernah bagi talk kat sekolah2 dak?ada 1 soalan nak ditanya..baru2 ni anak buah saya abdullah tareeq masuk ke ppukm ..ada masalah jantung…dr kesan dari umur 2 minggu lagi..adakah penyakit ini akan pulih atau kena buat pembedahan?

  8. salam kak,

    makasih atas informasi ni. Risau juga saya pasal kes ni kat Malaysia.

    -anak murid tumpang belajar-

  9. assalammualaikum..seperti di jepun,org2 yang merasakan diri hendak demam(belum demm pon),di suruh terus telefon ke pusat paramedik,diberi nasihat,dan di guide,ape yg perlu mereka buat..dan tidak dibenarkan keluar rumah mahupun ke hospital.hasilnya,walaupun jumlah mangsa hampir 5ribu yg di suspek h1n1,angka kematian ialah 0!

    mungkin masalah kewangan negara,dan aspek2 lain menjadi penyebab mlaysia tak mampu buat seperti jepun..saya yakin,kementerian kesihatn pasti telah menilai cara2 negara lain menangani h1n1,tp dek kerana ada kekurangan dr segala aspek,bende2 seperti itu tidak dapat dilaksanakan..

    • @me,

      tapi saya rasa kita ada dana kecemasan. Duit msia sentiasa ada utk projek2 kerajaan yg tak penting. Waktu2 camnilah nak salurkan dana ni.

      PM pun belum announce bantuan kewangan lagi. Kem kesihatan baru nak buat action besar2an dengan kolaborasi kementerian lain selepas ramai dah mati. Patutnya depa dah forsee semua possible complication dan take the action sebelum jd buruk. Parlimen tak bersidang pasal ni pun lg.

      Obviously, msia underestimate this problem dan lambat bertindak!

  10. salam ummusaif. nak tanya pendapat. suami saya baru pulang dari luar negara, dan menghidap demam, batuk2 3 hari kemudian. ada kmgkanan H1N1 ke? masalahnya dia langsung tak mahu makan ubat yg diberi n mmg x suka mkn ubat, banyak dadah katanya.dia kata if badan dah biasa makan ubat nanti antibodi x kuat, asyik harap ubat. dia minum air asam jawa n 100 plus je. boleh ummu saif bg hujah yg kuat utk saya paksa dia?

  11. salam ummu.

    kalau simptom mild aje dan badan blh tahan lg, yes plenty of rest and fluid is enough. most will heal within 1 week.

    tp kalau teruk sampai kahak warna hijau (pneumonia), demam tak kebah2 atau susah nafas, definitely kena jumpa doktor atau bwk doktor ke rumah.

  12. Salam Ummu saif,

    UK lagi ramai penduduk pun , tetapi jumlah kematian lebih sedikit.

    Berapa jumlah kematian di US?

    Iklan di uk cadangan menarik. Kerajaan tak buat ke?

    Boleh buat siri khas semasa berita. Ini dok buat siri khas kasi hentam sama orang saja…tarak bagus maa…

  13. salam..ummu saif..
    sy ade soalan, tapi mungkin x berkaitan dengan topik di atas..
    kalau-kalau ummu saif mahupun ustaz..mahupun gabungan keduanya boleh memberi pendapat sekaligus jawapan kepada kemusykilan saya…🙂

    baru-baru ni kawan-kawan saya ada mendaftar untuk melabur dalam amanah saham bumiputera (ASB) saya nak tau status pelaburan tu,sama ada duit yang bertambah itu riba’ mahupun tidak.. rase macam nak bukak jugak akaun tu, untuk bekalan buat bayar yuran, kebetulan tak suka PTPTN, tapi bile fikir segala keuntungan yang berlipat ganda bak kate kawan,terfikir setiap sen darinya riba’ ke??

    tq ummu saif for reading my comment..:)
    may Allah bless

    • @shamila,

      Salam,

      Kalau mengikut Ustaz Zaharudin, memang ASB tak patuh syariah, maknanya ada unsur-unsur pelaburan yang tak halal.
      Kalau boleh elakkan, boleh melabur dalam tabung haji/ unit trust Islamik.

  14. assalamualaikum…
    tul la kak,bnd2 ni semua mmg dah lama n patutnya dah masuk general info just bl info2 begini disebarkan byk info +ve nye je yg diheboh2kan. vital details such side effects, cr tul nak guna, dos n etc yg patut disertakan xda. cam certain herba mmg baik tuk badan tp juz on several organ,bl gn xbetul leh affect organ lain lak.madu pun elok tp kn jaga dr segi pengambilan dia ngan makanan lain…bttr ada medicinal practioner (cam akak)yg sokong fakta tu so kurang gak la was2 nak amalkan,tul x? ^_^

    wallahualam…

  15. Salam Doktor Muna,
    Saya jaga sistem kat Hospital Serdang dan disini ada Balai Saringan utk pesakit H1N1.
    Mase mula-mula dulu mmg ramai sgt pesakit yg datang check.Kasihan saya tengok,baby,org tua,anak2 kecil. Terpaksa tunggu lama utk check sbb doktor yg bertugas cuma 2 org.Balai Saringan H1N1 dibuka hingga pukul 11 mlm.Alhamdulillah,sekarang pesakit yg dtg pon kurang.Saya pon ade kena tempias demam,tapi Viral Fever,demam sampai 40 darjah celcius.Alhamdulillah dah sehat.

    Kita berdoa dan berharap muga org islam dan org Malaysia ni sembuh dan selamat dr H1N1.

  16. salam…..sy tidak demam…cuma batuk selama seminggu…2 klinik telah sy pergi…hasilnya masih batuk…adakah sy menghidap H1n1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s