MAMPUKAH HOSPITAL KITA MENANGANI H1N1?


h1n1Kosmo 7 Ogos 2009

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini telah menyebabkan rata-rata hospital kerajaan sekitar Lembah Klang sesak sejak akhir bulan lalu gara-gara diserbu orang ramai yang ingin mendapatkan pemeriksaan mengenai wabak itu.

Keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada perasaan bimbang orang ramai terhadap wabak itu lebih-lebih lagi jika terdapat simptom-simptom H1N1 pada diri mereka.

Wartawan Kosmo! yang ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1 di Hospital Kajang kelmarin mendapati, orang ramai penuh sesak di hospital berkenaan yang rata-ratanya ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1.

Ramai di antara mereka yang terpaksa berdiri atau menunggu di luar ekoran kerusi yang disediakan tidak mencukupi selain terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dapat berjumpa doktor.

Doktor dan jururawat yang bertugas ketika itu turut mengakui bilangan orang ramai yang ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1 bertambah berlipat kali ganda sejak kes kematian pertama di negara ini akibat wabak itu dilapor pada 21 Julai lalu.

Seorang pemandu lori, Mohd. Nazim Awang, 34, berkata, dia terpaksa menunggu lebih empat jam sebelum anak lelakinya berusia sembilan tahun dapat berjumpa doktor akibat demam.

Sementara itu, wabak H1N1 yang semakin menular meragut satu lagi nyawa semalam melibatkan seorang lelaki berusia 57 tahun dengan menjadikan angka korban akibat pandemik itu meningkat kepada 14 orang di negara ini sehingga semalam.

UMMUSAIFCOM
68000, Ampang.


5 thoughts on “MAMPUKAH HOSPITAL KITA MENANGANI H1N1?

  1. Syukurlah Ummu Saif sedang bercuti panjang. Simpati kepada rakan-rakan lain yang sedang bertungkus lumus di hospital. Moga segera redanya.

    Saya sendiri susah hati sebab selalu naik LRT dan hadir ke program-program yang crowded. Moga dilindungi Allah hendaknya

  2. Sepatutnya kalau demam sehari dua just stay di rumah tak payah cek dokter..ambil la cuti sakit for a few days. quarantine sendiri di rumah lagi senang. rather than wasting time di hospital berjam2 and increase exposure kepada patients lain.

  3. Salam kak muna, kak muna tak kenal saya, tapi saya kenal/tahu kak muna,pernah jumpa dulu masa prog kat uk…masa tu saif kecik lagi…by the way, adakah betul cara kementerian kesihatan malaysia dgn alert yg bagi org panik tu? baru ni dlm news, dinasihatkan “kalau demam dan selsema jgn tunngu lama, demam demam terus gi spital”..betulkah cara begitu, saya rasa itu yg buat spital crowded, dan silap silap kat spital tu menular lebih virus ni…ambil cth ministry of health di new zealand, kalau ada flu simptom biasa, selsema demam etc…stay home, plenty of water, panadol etc…after 3 to 4 days should feel better, kalau worse, then baru seek medical advice (swab dah tak dibuat di sini, unless really unwell and getting worse)…sekarang dah 3000 org di sini yg kena H1N1, tapi yg mati kekal 14 sejak few weeks ago, yg lainya sembuh dgn simple medication even bukan dgn tumyflu…time malaysia belum catat kematian, nz dah 11 kematian, tapi once ministry buat polisi utk tak panic, cuma 3 kematian yg bartambah dan kekal di situ sampai hari ni, tapi malaysia dah naik 50 kematian…disini, ministry of health kata, mmg ada risk utk somebody tu jadi teruk sbb tak seek medical attention earlier, tapi risk yg lebih besar utk berlaku secondary bacterial infection di klinik dan hospital (akibat berkumpul lama utk jumpa doktor) adalah much worse, org yg sepatutnya boleh sembuh atau yg bukan H1N1 mungkin akan kena jangkit time kat situ…worth utk kaji balik pendekatan malaysia tak?

  4. MEMANG BENAR RATA RATA HOSPITAL KERAJAAN PENUH. SPITAL PRIVATE PUN LEH TAHAN GAK. KAWAN AKU NASIB BAIK ADA POLISI TAKAFUL BSN PRUDENTIAL. ANAK DIA COMFIRM POSITIF H1N1. MASUK KPJ KAJANG. DIA KATA BILLED ANAK DIA DEKAT RM4K JUGA. TAKAFUL DIA TOLONG SATTLE BIL. AKU ADA TANYA TAKAFUL LAIN [TAK YAH SEBUTLAH]. CUSTOMER SERVICE DIA ORANG KATA TAK COVER COZ BENDA NI PENYAKIT WABAK / PENDEMIK. KORANG KALAU NAK TAHU BENDA NI REPLY MASEJ AKU NI. AKU PUN AGEN TAKAFUL PRUDENTIAL GAK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s