Berpantang Itu Tenang


ummusaifberpantang

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari yang ke-15 saya berpantang. Maknanya, Ahmad Muizzuddin juga sudah berusia 15 hari. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar nanti sudah 15 minggu, 15 bulan malah 15  tahun.

Berpantang untuk saya bukanlah berpantang hingga segala-galanya jadi terlarang. Namun banyak petua dan nasihat orang tua itu ada kebenarannya, dari segi ilmu perubatan. Pemakanan, cara menjaga diri, semua itu penting bukan sekadar untuk kesihatan semasa, tetapi untuk kesan jangka panjang.

Bagi ibu yang menyusukan anak seperti saya, salah makan juga akan terus memberi kesan kepada bayi yang menyusu. Kasihan Muiz, kalau saya tersilap memilih sayur, saya rasa perut berangin, Muiz pun terikut sama. Saya boleh menahannya, tetapi Muiz yang akan berasa tidak selesa. Menangis dia, tidak tidurlah kami semua.

Tetapi Abu Saif lena.

Keletihan barangkali.

Selepas bercuti daripada berceramah di hari-hari kritikal semasa melahirkan Muiz, kini ceramahnya jadi bertubi-tubi dan bertimpa-timpa. Setiap kali pulang ke rumah, sentiasa letih yang bersangatan. Kepada sesiapa yang menjemput Abu Saif ceramah, ketahuilah bantuan anda menghantar Abu Saif balik amat besar maknanya untuk dia, dan kami juga.

Sehingga hari ini Abu Saif belum berjaya mendaftarkan Muiz di Jabatan Pendaftaran Negara.

Salah kami juga. Kami tidak perasan yang pendaftaran Saiful Islam (kesnya sedikit berbeza kerana lahir di luar negara), Naurah dan Imad, berbeza pula dengan pendaftaran Muiz. Ada dokumen tambahan yang diminta iaitu kad pranatal yang tidak pernah diminta sebelum ini.

Setelah dua jam Abu Saif menunggu giliran, tiba-tiba dia diberitahu yang permohonan tidak boleh diproses kerana ketiadaan kad tersebut. Ceramah yang tidak putus-putus juga menyulitkan keadaan untuk pendaftaran dibuat segera.

Teringat saya kepada pengalaman melahirkan Saiful Islam di Belfast. Ibu bapa tidak perlu bersusah payah pergi ke Pejabat Pendaftar. Sebaliknya setiap hari pekerja daripada Pejabat Pendaftar akan datang ke hospital dan mendaftarkan semua bayi yang lahir di hospital. Ibu bapa hanya perlu ke Pejabat Pendaftar kemudian jika mereka mahu mendapatkan long birth certificate untuk kegunaan-kegunaan tertentu.

Banyak betul wang yang dapat kerajaan jimatkan, jika kaunter mendaftarkan bayi yang lahir, dilakukan di hospital.

Saya bercuti panjang.

Saudara mara dan teman pun ramai yang datang.

Rezeki Muiz… Alhamdulillah.

Semoga urusan-urusan penting berkaitan dapat diselesaikan, amin.

UMMUSAIF.COM
68000 AMPANG

35 thoughts on “Berpantang Itu Tenang

  1. Kesian Muiz…
    belum berdaftar lagi…

    Semoga ummusaif sihat hendaknya…
    kesian ummusaif dengan jadual abusaif yang pack tu….

    semoga semuanya berjalan dengan lancar….

  2. salam..
    best kan tempoh berpantang ni .. 24 jam dapat bersama baby.. pengalaman tie 3 kali berpantang memang cukup menenangkan dan masa tu lah ambil peluang untuk pulun membaca buku2.. pasal register dgn JPN tu.. ada masa lagi tu.. kalau terlewat pun kena denda RM 5 jer .. kami dulu pun kena denda RM 5… hihihi

  3. Sekejap saja masa berlalu.
    ummusaif pun kelihatan lebih ceria….gmbar-gmbar dulu wajah nampak letih saja….

    saya dulu tak berpantang sangat.cuma elakkan makan yang boleh bagi kesan kat Umar. Jamu pun tak makan sebab umar cirit birit pla…sekarang pun masih kena hati2 makan..umar macam alergik seafood pula…

    hari ke enam pantang kena pegi temuduga pula.patutnya hari ke 4 tapi bila minta tunda dia bg hari ke 6…turun naik tangga sampai cam nak pitam2 rasa..bila diingat lawak sungguh…

    anyway mudah-mudahan dengan bertambah Muiz bertambah bahagialah ummusaif dan keluarga….

    Amin.

  4. Assalamualaikum.

    Alhamdulillah Dr Muna semakin sihat dan ceria.Dan syukur kerana Muiz sihat dan tiada masalah kesihatan.Sedar-sedar dah 4 orang cahayamata Dr Muna dan ustaz.Ana, sebagai sahabat, walaupun tak pernah berjumpa dengan Dr Muna,doakan semoga kegembiraan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi rumahtangga Dr dan ustaz.

  5. Assalamualaikum Kak Muna…

    Mabruk atas kelahiran putera keempat. Didoakan moga bertambah barakah dan sa’adah akak dan ustaz sekeluarga. Selamat berpantang dengan tenang dan bermesra 24 jam dengan Muiz sebelum menyambung semula tugasan. (“,)

  6. saya melahirkan anak pada awal tahun ini..semasa hendak discaj dari wad, pihak hospital bersalin sudah memaklumkan kepada saya dokumen2 yang perlu dibawa untuk pendaftaran di JPN, jadi tidak timbul isu tidak tahu apa yang patut dibawa waktu pendaftaran..

    mungkin hospital tempat ummu saif terlupa atau terlepas pandang..kalau tidak diberitahupun pada kertas pendaftaran ada dicatatkan dokumen yg perlu dibawa seperti kad pranatal..

    memang pendaftaran sekarang ketat kerana mereka mahu menjaga keselamatan sijil kelahiran daripada dicetakrompak oleh pihak tak btanggunjawab..

  7. T kasih semua.

    Ttg kad pranatal tu, unfortunately, saya tak pernah isi pun kad tu. so in other word, kad tu tak pernah ada. Bila saya jumpa specialist, depa tak isi pun. Maybe bcoz saya doktor. So, after several consultations, saya tak bwk pun kad tu sampailah saya kena warded at 31 week. Nurse dok tanya mana kad tu? Saya kata tak pernah isi pun. But then, depa tak cakap pun kad tu penting.

    Masa saya deliver imad in 2006 pun, kad tu tak abih isi. Tp rasanya masa tu JPN tak mintak pun.

    This time, saya call JPN then alhamdulillah dia kata blh ganti dgn kad temujanji antenatal saya.

    Masa kat kaunter JPN, org kaunter tu sendiri cakap, “ini mesti kes doktor. bcoz kenal sesama sendiri, member tak isi pun kad member”. 🙂

  8. bila baca citer ummusaif ni, teringat kes nak daftar anak sulung dulu. suami dan beratur pjg tp tak dpt nak dftr sbb takda kad antenatal. :)sabar jelaa.

    sebenarnya saya sendiri sedang menanti kehadiran anak kedua yg boleh lahir bila2 je ni. dlm pd tu, tetiba saya terfikir ttg satu perkara. mungkin sesuai ditanya pada ummusaif. solat itu wajib kecuali ketika kita keluar darah haid, dan nifas. maknanya, bila lendir putih+darah (cecair amnion) dan keluar, kita masih perlu bersolat kan? sehingga bila baru kita tak perlu solat ye? saya jadi musykil pulak. kalau kita dimasukkan dlm labour room pukul 4.30pm(blom waktu asar) dan hingga 5.30pm kita blom melahirkan, adakah kita wajib solat asar dlm labour room tu? mohon ummusaif beri penerangan yea…

  9. air ketuban atau amniotic luid atau liquor adalah product of conception. Apa2 discaj yg keluar sebagai tanda of labour dan discaj itu sebahagian daripada product of conception, maka kita sudah dalam berhadas besar. Therefore, show is considered in hadas besar walaupun bby hanya keluar bbrp jam selepas itu.

    Tapi, kalau discaj keluar tetapi bukan in labour ie bukan tanda utk bersalin contohnya bleeding di awal pregnancy, maka itu hanya istihadhah ie darah berpenyakit.

  10. ok thanks ummusaif. mmg bukan mudah kalu nak bersolat time dah start contraction. cumanya timbul kemusykilan tu bila pengalaman kakak saya yg disuruh solat dulu oleh nurse di sebuah pusat pakar kanak2 dan wanita Islam swasta walupun time tu my sis dah alami contraction yg agak kuat dan kerap.

    pengalaman saya anak yg pertama (dlm bulan ramadhan), mmg bila amniotic fluid dan kuar, posa saya pun terbatal n kontraksi berlaku saya dah tak solat. then baru ni terfikir, betul ke tindakan tu atau masih perlu solat. atleast penerangan ummusaif melegakan saya. thanks again!

  11. just nk clearkan sstu, contraction doesn’t mean sudah berhadas besar kalau takde apa (product of conception) yg keluar.

    contraction can happen but it’s intensity(sakit)increses gradually. So, selagi takde show (bloody discharge) atau air ketuban keluar, maka masih blh solat. Selalunya, masa ni contraction tak kuat lg.

    Tak dinafikan mmg ada istilah premature contraction dan premature rupture of membrane(prom). iaitu ketuban leaking atau contraction sebelum masanya iaitu bukan masa utk bersalin. Ada pendapat ulama’ ttg tempoh PROM ini. saya tak brp ingat tmpohnya.

  12. ye, spt kata suami saya, kalu dah start contraction (ni dah minggu ke 38+ kehamilan) tp masih ‘clean’ mmg kena solatlaa (walupun terpaksa duduk sbb menggigil lutut nak berdiri). tp bila dah kluar air ketuban+darah, rasanya mmg dah dlm hadas bsr.
    PROM tu mcm mana nak bezakan dgn kluar air ketuban yg btol yea. tp kalu dah ming 38+ mcm saya ni, bila dah ada contraction n bloody discharge, mesti nnt nurse akan sarankan saya beranak terus agaknya.

    lg 1 kan ummusaif,bila baby dah slmt kluar, mcm mn cara nak bagi dia breastfeed bila susu kita blom terhasil lagi. saya bimbang sbb 1st child dulu nurse dah bagi FM (sbb sy caesar n bius 1 bdn, tak sedar apa) n baby terus serasi dgn botol, hingga dia reject BF.

  13. PROM, P bermaksud premature iaitu sblm 37 minggu mengandung. itu aje. kalau leaking sikit maybe tak bahayakan kandungan dan tak lead to labour. ini dikira istihadhah bcoz air yg keluar tu bukan pada waktu yg sepatutnya ie abnormal. maka kena solat.

    so kalau dah 38 week dan dh keluar discaj/air maknanya dah in labour so maknanya dah dlm hadas besar.

  14. pasal breast feeding, mmg susu hanya akan keluar 48jam selepas placenta/uri keluar.
    tp kita blh introduce breast pd bby awal utk stimulate pengeluaran kolustrum.

    kalau bby lapar dan hypoglycemic masa tempoh tu, nak tak nak mmg kena bg formula sikit. tp cuba bg breast feed sekerap yg mungkin walaupun susu masih sikit utk elakkan bby reject breast feed. breastfeed dulu, then br top up dgn bottle kalau bby masih lapar. masa bby bottlefeed, jgn lupa pump breast utk pastikan masa bottle synchronise dgn masa breastfeed. ini penting utk pastikan aliran susu ibu sentiasa ada good flow.

    • @ummusaif,

      so beza PROM dgn real amniotic fluid discharge ialah tempoh ms pengeluarannya samada sebelum atau selepas minggu-37. ok got it!

      pttlaa, hari pertama lps deliver tu mcm tak berapa nak kluar susu. hrplaa baby tak meragam nanti. ada stengah org sarankan kalau dah terpaksa sgt bg susu formula, gunakan sudu or shringe dulu.

      thanks a lot for d info yea…

      *menanti hari kelahiran 2nd baby🙂

  15. ooo baru tau slps 48 jam kelahiran baru susu kelua. sblm tu cuma nak stimulate susu je.

    Ingat lg masa anak ni klua. keesokan pgnya kena mrh dgn misi sbb tak susukan anak. sy tau tp lupa nak buat sbb taktau camne nak mulakan (anak pertama la katakan).bg juga anak hisap tp rs mcm tak klua susu pun. sy dah rasa down sgt. dgr misi ckp, “awak tak bg anak awk susu kang dia kuning kang!” (dgn nada suara tinggi).. masa tu sy rasa tertekan sgt dan rasa diri ni bkn ibu yg baik.

    Sedih dan pilu rasanya masa sy berpantang pertama kali ni. Sy takmoh ingat lg dah rasanya. Mudah2an saya dpt rasa ketenangan dlm berpantang ni pd masa akan dtg.

    • @khadijah,

      selepas saya bersalin umar terus dimasukkan ke wad. di kuatiri ada jangkitan sebab air ketuban pecah lebih 24 jam. alhamdulillah umar ok saja. umar sorang paling ok lam wad tu..pilunya baby yang lain ada komplikasi. wayar selirat satu badan. nafas pun perlu di bantu..

      mula2 saya sedeh juga.. tengok semua orng bersama anak masing2. baby saya dok kat wad. umar memang minum susu lembu la untuk kali pertama…tapi alhamdulillah bila dah BF umar lekat dengan BF sampai sekarang (dah 6 bulan). tapi yang risau nya kalau perah masuk lam botol dia tak suka juga. kurang minum di taska badan dah susut.

      tapi keesokkan harinya pas bersalin tu rasa bersyukur sangat umar masuk wad bila tengok keadaan ibu2 lain yang tertekan sebab lepas lahir anak diletakkan bersama ibu.kebanyakkan lansung takleh rehat dan tidur. ada ibu tu siap termarah anak dia sebab anak dia meragam dan tak mahu tidur. Ada ibu tu bleedingnya melimpah sebab kena jaga baby walaupun menjalani pembedahan C.mungkin kalau umar ngan saya, saya pun jadi kurang sabar sebab masih belum kuat betul.

      saya lepas bersalin nak duduk pun payah sebab koyak banyak, masa bersalin saya tertidor2 sebab kesan penthidin. saya pun tak sedar bila masa contraction. jadi saya push saja tanpa kira masa contraction tu sebab masa tu ingat nak keluarkan anak saja.pas umar keluar saja saya terus padam. uri pun masa tu belom keluar lg. stafness yang buat semua.umar lahir 4.15 saya sedar2 pkul 11 malam tapi masih di dewan bersalin, lapar nya waktu tu. pukul 2 baru keluar dari dewan bila dr cek semua ok. Huhu pengalaman yang meyerikkan saya untuk pregnant lagi…aduh…balik rumah berpantang(tak pantang sangat) adik saya yang jaga. alot of thaks to her. tak taula kalau dia takda…

  16. salam ummusaif..

    saya nak tanya tentang pendapat doktor tentang penggunaan epidural.banyak orang kata epidural ni tak bagus.pada kelahiran anak saya yang pertama ni, saya telah mengambil epidural kerana saya tak tahan sakit😉

  17. Salam ukhti, kami pun lambat daftar anak tempohari sebab suami terlupa. Lepas 2 minggu lebih baru daftar jadi kena denda RM5 kot. Tak perasan rupanya kena daftar within a week sebab dok ingat kat UK dulu boleh daftar within 6 wks lepas lahir. Hospital dah bagi info pun pasal tu. Mmg agak byk syarat daftar kat sini berbanding di UK atau Eire tapi mungkin mcm kata amoi Ida untuk keselamatan harapnya.

  18. Salam, untuk pengetahuan puan-puan, JPN sekarang memang tengah develop and jalankan projek untuk kaunter di hospital. Rasanya untuk mendaftar kelahiran dan kematian supaya memudahkan lagi rakyat. Projek maybe dah dapat kelulusan menteri. Sebab tu susah sikit, tau jela kalau projek govt ni semua kene tanya menteri. Step dia bkn main lagi bertapis2. Termasuk KSN, KSU. macam2 skit la. hehe.

    ya kalau daftar lepas 2minggu dikira daftar lambat, dan denda rm5. Kalau selepas 14 hari dan seterusnya dinamakan daftar lewat.

    Untuk daftar kematian pula sekarang ni dah dilanjutkan ke 7 hari dari dulu hanya 24jam sahaja, selepas 7hari baru dikira daftar lambat. Seterusnya kalau lagi lambat dikira daftar lewat.

    Maaf kalau off topic, just nak inform sekadar yang saya tahu.

  19. salam ummusaif…
    saya seorang ibu kepada 2 orang anak.. ke2-2 anak saya lahirkan secara c-section..
    saya teringin mempunyai anak yang ramai tapi terpaksa menghadkan kelahiran hanya kepada 3 kali.. saya amat menginginkan anak kembar untuk kelahiran yang ke-3.

    saya selalu berdoa agar untuk kehamilan ketiga nanti saya dikurniakan anak kembar.

    selain itu dari segi medical adakah cara2 (pills atau sebagainya) untuk menyebabkan mengandung anak twins atau triplets yang mana cara2 tersebut tidak melanggar hukum Allah swt??

    tima kasih.. wassalam..

  20. salam puan shafrinah.

    actually, puan blh mengandung lbh 3 kali kalau keadaan mengizinkan. puan juga blh plan utk twin pregnancy melalui IVF (in vitro fertilization).

    saya cadangkan puan berjumpa dgn prof jamil, pakar sakit puan di optimax (private wing) PPUKM, cheras.

  21. saya lagi mengandung anak 3,d jangka akan bersalin pada pertengah bln 3 ini.selama saya mengandung ni saya terlalu cepat sangat terrasa hati dengan apa yang suami saya lkukan sehinggakan menyebabkan bergaduh dan bertegur sapa 2minggu lamanya.Kdang2 ada sampai terfikir rasa seperti pula mengandung.Adakah ini memang sifat wanita masa mengandung?

  22. @dtg norliha

    mmg hormon wanita extra masa pregnant. tu pasal lbh emotional. maka kita kena byk berdoa serta suami pun kena byk bersabar. maybe puan blh baca artikel saya bertajuk “FOR MOTHERS” DAN BG SUAMI JUGA BACA.

  23. salam

    sy nak bertanya tentang solat.sy alami showing (bleeding) pd 38mggu hamil (2may2010).
    tp,hanya kuar sehari shj.adakah sy dlm hadas besar lg sekiranya showing telah berhenti??

    terima kasih

  24. show bukan bleeding/istihadhah. Show adalah darah plus product of conception (air ketuban/mucus dari uri dan kandungan rahim) yg selalunya membawa kepada delivery atau bersalin. To confirm this, blh minta doktor cek cecair yg keluar sama ada show atau tidak. Mereka blh cek dgn melakukan swab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s