Sihat dan Sakit Anugerah Allah


ummusaif

Terima kasih kepada Aunty Gee dan Teacher Shaz kerana tidak jemu membantu menghiburkan anak-anak kami

Salam semua.

Sudah lama saya tak update blog ini. Bukan apa, terlalu menghayati kehidupan saya sebagai suri rumah SEPENUH MASA semenjak 2 minggu yang lalu.

Cuti sakit yang diberikan oleh pihak hospital kepada saya amatlah berbaloi. Selain daripada berehat kerana masalah kandungan yang ada, saya gunakan sepenuhnya untuk melayan suami dan anak-anak.

Saya juga dapat mengqada’ masa bersama keluarga ketika berada di dalam wad tempohari. Ragam dan rindu suami dan anak-anak dapat ditebus ganti semasa bercuti sakit di rumah. Terutamanya anak bongsu saya iaitu Imad, yang sering mencari umminya semasa ketiadaan saya, kelihatan lebih ceria dan semakin kuat makan sewaktu saya berada di rumah.

Naurah juga mengalami penurunan berat badan yang ketara sejak ketiadaan saya. Saya mendapat ‘penemuan’ baru di atas kepala beliau yang beliau sempat ternak sebelum cuti sekolah bermula tempohari. Saya mengesyaki Naurah telah menternak parasit-parasit itu semasa tempoh 2 minggu saya berada di wad lalu menyebabkan beliau tidak ada selera untuk makan. Pada hari kedua saya berada di rumah, saya telah membuat penemuan itu dan sejak hari itu saya bertungkus lumus untuk membasminya. Alhamdulillah, sekarang tiada lagi kelihatan makhluk itu di dalam rumah kami. Dan Naurah juga telah bertambah selera makannya.

shazdananakanak

Saiful Islam, Naurah Sabihah dan Imaduddin bergambar bersama best friend mereka Iman dan best teacher mereka Teacher Shaz

Dalam tempoh cuti sakit ini juga, saya dapat mengajar dan menguji tahap pembelajaran Saif dan Naurah. Naurah masih lagi tidak mengenal beberapa huruf ABC hingga Z walaupun sudah 6 bulan belajar di tadika. Pada mulanya Naurah amat bersemangat untuk belajar, tapi lama-kelamaan beliau kelihatan tidak berminat dengan buku. Setelah difikirkan masalahnya, saya dan suami bertekad untuk menukarkan beliau ke Smart Reader. Setelah puas mencari di sekitar Ampang, akhirnya kami menjumpai sebuah pusat Smart Reader yang diuruskan oleh guru-guru muslim. Ini antara faktor yang kami pertimbangkan apabila memilih pusat Smart Reader selain faktor pengangkutan dan keselamatan. Pusat Smart Reader ini juga menyediakan pengangkutannya sendiri. Ini sangat penting memandangkan kami suami isteri menghadapi masalah ini terutamanya apabila saya cuti bersalin kelak.

Kami juga telah mendaftarkan Saif untuk tuisyen Bahasa Inggeris di Smart Reader yang sama pada setiap hari Sabtu. Ini kerana, kami mendapati Saif menghadapi masalah dalam memahami arahan dan komunikasi di dalam Bahasa Inggeris terutama apabila menjawab kertas soalan peperiksaan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sebelum ini, prestasi Saif adalah lebih bagus semasa berada di Pasti pada tahun lepas. Tapi, semenjak beliau belajar subjek di dalam Bahasa Inggeris, prestasi subjek akademik Saif menurun.

Inilah juga antara sebabnya kami tidak memilih Pasti untuk Naurah seperti yang kami lakukan untuk Saif sebelum ini.

Saif juga telah berjaya menghafal hampir semua bacaan dalam solat dengan betul termasuk Iqamah, berkat latih tubi yang dilakukan setiap hari. Sebelum ini, saya akui saya sentiasa tidak sempat memperbetulkan bacaan solatnya walaupun Saif solat berimam setiap hari di sekolah.

Selain urusan anak-anak, saya juga sempat menyelesaikan beberapa urusan rumah yang lain seperti kebocoran paip rumah, membasuh baju-baju bayi lama Imad, menyusun peralatan dan pakaian bayi di dalam kabinet bayi, mengeluarkan peralatan-peralatan bayi seperti carseat dan basin mandi daripada stor dan membayar segala macam bil yang belum dibayar.

Alhamdulillah, bibik saya banyak membantu kerana tanpa beliau saya memang tidak mampu untuk melakukan semuanya kerana contraction di perut sering berlaku terutama apabila saya kerap berjalan. Kadang-kadang, perut akan mengeras lebih lama daripada biasa iaitu sekitar 10 minit dan agak kerap iaitu hampir setiap setengah jam. Saya juga tidak larat berjalan dengan lama apabila bersiar-siar di pasaraya. Selalunya saya akan menunggu di kerusi-kerusi santai apabila suami pergi membeli belah barang rumah. Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang amat arif tentang barang-barang dapur dan masakan. Segala jenis ikan, sayur dan ulam-ulam bukanlah suatu yang asing baginya. Sesekala, suami akan bertanyakan saya menu yang diidamkan, bagi memecahkan kebosanan memakan masakan harian bibik.

Begitulah aktiviti saya selama bercuti sakit di rumah. Cuti sakit yang diberikan amatlah berbaloi untuk saya seisi keluarga. Mungkin peluang seperti ini, tidak akan dapat saya kecapi lagi. Almaklum sahajalah, selepas ini saya akan bertambah sibuk dengan kehadiran bayi kecil serta timbunan kerja yang bakal menunggu selepas tamat cuti bersalin nanti.

InsyaAllah esok, saya akan pergi untuk rawatan susulan di klinik sakit puan bagi mengetahui progres kedudukan uri dan bayi. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk saya dan kandungan. Saya yakin Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang

19 thoughts on “Sihat dan Sakit Anugerah Allah

  1. salam ummu saif,

    sayapun semasa mengandungkan si kecil, masuk 32 minggu mengalami plasenta praevia type 4.saya dapat surat doktor utk light duty..(maksudnya, takde kena cabut gigi2 patient🙂 ).

    alhamdulillah, dengan rehat yg cukup, dan amalkan minum air zamzam, bila masuk minggu 36, uri naik kembali ke kedudukan sepatutnya..doktor kata miracle..wallahu a’lam..

    saya doakan ummusaif dimudahkan urusan. take care🙂

    • @ummu najiyya, air zamzam?salah sorang kwn saya kat cni ada buat penelitian tentang air zamzam dan gastritis..dan resultsnya positif mean highly significant dalam mengurangkan luka yg dibuat di tikus..
      ~ummusaif mungkin boleh amalkan juga(^_^)~!InsyaAllah~

  2. mga Allah mudahkn urusn ummu saif..
    mmm…bersama mereka yg tersyg memg membhagian diri dan mereka jga..
    Mga Allah berkati waktu2 itu..

  3. Salam,

    Semoga Ummi Saif bertambah sihat. Saya ingin bertanya, apakah ubat kutu yg sesuai utk diberikan kpd anak2. Saya di UK, dan mmg kutu ni perkara biasa. Anak-anak memakai tudung tetapi bila di rumah mereka sering berjangkit sesama sendiri. Bagaimana ye utk membasminya. Mohon nasihat ubat dan teknik membasminya. Terima kasih.

    • @Zaujah Jasmin,
      Salam.
      Syampu kutu blh dibeli over the counter(otc) di mana2 farmasi(di UK). Shampoo for lice.

      Mungkin mereka juga ada sikat kutu seperti yg ada di M’sia (tak berapa pasti, blh tanya).

      Tp yg pastinya, puan kena periksa kepala anak setiap hari. Cuba bunuh telur kutu sebanyak yg mungkin.

      Dan blh ulang guna syampu seminggu sekali kerana telur kutu akan menetas selepas seminggu.

      Lastly, pastikan rambut anak pendek. Blh potong boy style, tp bukan botak atau slope yg terlalu pendek.
      Kutu tidak akan duduk lama atas kepala jika rambut anak pendek walaupun kerap memakai tudung.

      Selamat Cuba Jaya.

  4. salam wbt kak muna

    semoga selamat segalanya..

    insyaAllah saya balik julai ni,,,
    kalau berkesempatan masa balik ni boleh datang lawat akak ye =D

  5. salam ummusaif….

    semoga selamat segalanya.Alhamdulillah placenta ummusaif dah berada di kedudukan normal.Saya mendoakan segalanya selamat.Kandungan ummusaif seusia kandungan saya tapi baby saya baru sahaja minggu lepas kembali ke rahmatullah.Tidak sempat diselamatkan sebab saya terlewat jumpa doktor.Semoga baby ummusaif selamat lahir ke dunia dan menjadi anak soleh….

    • @jidan,

      Inna Lillah wa Inna Ilayhi Raaji’un.

      Saya berasa amat sedih mendengar berita ini. Tabahkan hati. Allah menghendaki sesuatu kebaikan yang mungkin belum mampu kita fahami hari ini, mudah-mudahan difahami sedikit masa lagi di sini atau di Sana. Moga puan sekeluarga diberi kekuataan oleh Allah.

      Doakan kami juga…

  6. Kereta ummusaif KIA Rondo merah ker??? WSD…. Mcm ada ternampak kelibat seakan2 ummusaif depan Hero Bdr Seri Permaisuri beberap minggu lepas…

  7. salam..

    just nak share pengalaman anak saya di taska shaz..walaupun sebulan saje tapi alhamdulillah taska ini bagus kerana menitikberatkan nilai islami selain bahasa inggeris..

    anak saya balik rumah suka azan dan nampak sedikit perubahan positif..saya juga berasa gebira apabila mereka turut melatih anak2 solat sunat dhuha dan solat jemaah zuhur di surau berdekatan..

  8. Salam,

    saya nak tanya, puan hantar anak puan di Smart Reader ampang tu kat mana? saya sedang mencari tadika yg sesuai utk anak saya di sekitar ampang.

    Terima kasih

    • saya cadangkan masuk PASTI taman dagang. so far pengalaman saya dgn anak sulung, PASTI sgt bagus utk foundation pengajian Islam esp JAWI dan Bahasa Arab serta subjek BM.

      ttg BI, jgn risau, budak2 akan catch up bila dia masuk sekolah rendah. Anak saya pandai JAWI dpd first semester exam darjah satu, sbb dia tadika Pasti.

      utk BI, saya masukkan dia ke sekolah KHALIFAH MODEL SCHOOL, sblh ampang point, dan dia dh blh speaking BI sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s