Penentuan Kepada Penantian


0671

Hari ini, hari kedua belas saya berada di wad sakit puan. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana saya mengharungi hari-hari di wad ini.

Ada masa sedih, ada masa tenang, ada masa optimis, ada masa pesimis, ada masa berlapang dada dan macam-macam lagi perasaan bermain di dalam perasaan. Usaha saya untuk menceriakan diri sendiri ada kalanya dikalahkan dengan kesunyian dan kebosanan yang sering menjengah. Masakan tidak, pergerakan saya hanyalah sekitar ruang katil dan bilik air. Selebihnya hanyalah sekadar bergerak ke suis kipas dan lampu bersebelahan dengan kaunter jururawat. Umpama penjara bagi mereka yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pada mulanya saya begitu pasti kemasukan saya ke wad ini hanya untuk sehari dua. Namun, sekarang sudah pun menjangkau hari kedua belas.

Esok, merupakan penentu bagi segala keputusan yang bakal dilakukan. Esok, saya akan genap mengandung selama 33 minggu dan 6 hari. Kalau mengikut pelan asal, ultrasound scan hanya akan diulang pada minggu ke 34 hingga 36. Walau bagaimanapun, saya meminta ihsan para doktor agar mempercepatkannya agar status saya dapat disahkan awal.

Sebelum saya dimasukkan ke dalam wad pada 29 haribulan tempohari, saya sudah pun memaklumkan keadaan  kepada pakar-pakar perubatan (dengan kata lain, bos) di jabatan saya. Memandangkan sebarang cuti sakit yang panjang, berkemungkinan ‘mengganggu’ tempoh pembelajaran program sarjana saya, maka sebagai menghormati mereka (curtesy), saya memaklumkan segalanya dengan lebih awal.

Namun, kata putus sama ada saya terpaksa menangguhkan pengajian masih lagi di peringkat ‘wait and see‘.

Sepanjang tempoh 12 hari ini, saya banyak berdoa dan berserah kepada Allah. Saya doakan yang terbaik buat semua. Saya sendiri tidak tahu apa yang terbaik. Adakah bersalin normal, cuti bersalin selama 3 minggu dan kemudiannya rushing menyiapkan thesis dan 5 case write up dalam tempoh yang berbaki ini adalah yang terbaik untuk saya? Atau bersalin secara cesarean section dan kemudiannya cuti bersalin selama 2 bulan (dengan kata lain, menangguhkan pengajian) adalah yang terbaik?

Dilema, sungguh dilemma..

Menangguhkan pengajian bermaksud, saya hanya akan menduduki peperiksaan akhir selepas satu setengah tahun dan bukannya hanya setahun. Memikirkan saya akan bekerja syif dan melakukan oncall serta belajar bersungguh-sungguh dalam tempoh yang lebih panjang daripada yang sepatutnya memang merunsingkan. Aktiviti bersama keluarga sentiasa terpaksa disesuaikan mengikut jadual kerja dan belajar. Cuti juga terhad iaitu 14 hari dalam tempoh 6 bulan dan cuti adalah merangkumi semua cuti iaitu cuti rehat, cuti sakit dan cuti kecemasan. Jikalau sudah menjadi pakar kelak, semuanya akan menjadi office hours. Apabila oncall, kita tidak perlu berada di hospital kecuali apabila dipanggil. Cuti juga lebih banyak dan fleksibel.

Namun, positifnya saya akan mempunyai lebihan masa untuk menyiapkan semua kerja-kerja yang terbengkalai. Saya juga berkemungkinan besar dapat berhari raya di kampung dengan sepuas-puasnya pada tahun ini memandangkan cuti raya jatuh dalam tempoh cuti bersalin itu nanti.

Saya juga dapat cuti bersalin selama 2 bulan. Teringat selepas saya melahirkan Imad, saya cuma bercuti selama 3 minggu. Selepas tamat cuti saya terus diletakkan bekerja syif malam selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang belas ihsan. Imad di rumah menangis setiap malam kerana meminta susu badan pada ketika itu. Sedih, sungguh sedih apabila mengenangkan itu semua.

Maka, hingga hari ini saya belum lagi membuat keputusan yang muktamat. Semuanya bergantung pada hari esok.

Sekiranya scan menunjukkan placenta praevia saya masih di tahap yang sama, maka pengajian saya harus ditangguhkan. Jika placenta praevia saya sudah beransur pulih iaitu naik ke tahap satu atau normal, maka saya akan berbincang dengan pakar sakit puan sama ada perlu sambung cuti berehat di rumah atau tidak. Sekiranya cuti rehat diperlukan bagi memastikan uri terus berada di atas, maka saya akan tetap menangguhkan pengajian. Dan sekiranya saya boleh bekerja seperti biasa, maka saya akan akur dan tidak menangguhkan pengajian. Namun, hati tetap berat kerana ini bermakna saya terpaksa bergegas untuk menyiapkan segala thesis dan kerja-kerja yang lain dalam tempoh yang singkat. Pada ketika itu, saya amat memerlukan kekuatan dan semangat yang berlipat ganda lebih daripada biasa.

Inilah dilema saya sehingga hari esok.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berilah apa yang terbaik buat diriku dan keluargaku. Kau berikanlah kami petunjuk dan kekuatan di sepanjang ujian ini, Ya Allah. Kau jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berserah gantung kepada Mu Ya Allah.

UMMUSAIF
Wad Nilam, PPUKM.

26 thoughts on “Penentuan Kepada Penantian

  1. masa first pregnancy sy ada by complication (leaking, rec UTI and byk kali masuk ward) + alahan teruk etc menyebabkan the whole year of starting MO (masa tu nbaru start MO) just started and have to learn byk tapi byk kali masuk ward and cannot do calls, cannot work in ward etc.. so sekarang baru start balik, initially very stressful but thebn when thinik back, everything ada hikmah disebaliknya
    hopefully ummusaif byk2 bersbar dan bertawakkal

  2. sabar ummu saif, ini hanya dugaan kecil supaya selalu ingat pada Nya. moga-moga Allah kurniakan yang terbaik

  3. SALAM…

    moga ummu saif dan keluarga sentiasa sabar dalam menghadapi ujian Allah.doa kami semua moga Allah beri kekuatan menghadapi ujian yang ada kemanisan hikmah disebaliknya…

  4. Dugaan Hidup…
    Dugaan hidup datang dan pergi,
    Datangnya sebagai ujian,
    Perginya sebagai pedoman,
    Datangnya tidak diundang,
    Perginya meninggalkan seribu satu pengalaman,

    Didiklah hati,
    Lembutkanlah hati,
    Walau betapa resah,
    Walau betapa kesal,
    Walau betapa pedih,
    Terimalah musibah dengan hati yang terbuka,
    Jadikanlah setiap detik hidup kita sebagai tanda penghargaan,
    Keatas nikmat yang tidak terhingga kurnia-Nya.

    Kesabaran,
    Akan seNtiasa TERuji,
    Bertahan dan tingkatkanlah kesabaran,
    Nilailah tahap kesabaran diri,
    Sebagai penilaian kepada keimanan diri,

    Janganlah ragu,
    Janganlah menyesal,
    Dan Janganlah bersedih,
    Setiap yang berlaku dijanjikan sebagai yang terbaik untuk diri kita,
    Jika kita seorang yang bersyukur,

    Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui,
    Sesungguh manusia dijadikan untuk berfikir…

  5. salam,
    saya doakan yang terbaik buat ummu saif~mmg xbest duk hospital,maksudnya apabila kita yg jadi patient..hehe..pengalaman2(~_^)!..

    Semoga dipermudahkan semuanya..

    Syafakillah~

    p/s:suka bace entry2 ummusaif sejak di hospital..Salam buat student UNPAD-UKM twinning dari bandung..

  6. slm
    bila saya membaca tulisan ummusaif..saya rasa ummusaif
    seorg yg kuat..setiap ujian yg
    allah beri pd kita, sebenarnya
    allah tau kita boleh melaluinya..

  7. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

    Doa dari kejauhan.. Muga DIA Yang Maha Kaya memudahkan keadaan ummu dan Ustaz sekeluarga..

    (sedih pula baca nota Ustaz di twitter dan entry ummu kali ini..)

  8. Salam ummusaif,

    Being the one who had went thru clinical master program, albeit on the lab-based program, the stress and dilemma is fully understandable.

    Writing a thesis and case report is very time demanding and mind-boggling at the same time, in other words – stressful.

    I’m sure you have listed out all the pros-and cons for every choice you will make.

    if you want to postpone – then have to undergo all the processes all over again , if you want to continue then have to RUSH doing everything.

    I wish I can help you decide but the best help that I can offer is dua’

    Syafakillah ya ukhti

  9. salam ummu saif,

    ketika ini saya melihat betapa bertuahnya ummusaif memiliki pengetahuan di bidang perubatan, sekurang-kurangnya ummu saif dapat merancang kehidupan dan persekitaran untuk masa terdekat dan pelan jangka panjang.

    mungkin sesetengah ibu2 di kampung kurang memahami penjelasan doktor, hanya menunggu hari2 di wad..tunggu dan menunggu.

  10. salam ummmu saif..

    kami semua doakan semoga ummu saif tabah dan di permudahkan Allah dlm segala urusan..ameen..

  11. assalamualaikum doctor..sy xpasti dr dah discharge or blum..dah lame xpg ward..klu dah,xsempat sy nak ucapkan terima kasih atas kerjasama dr selama berada kat ward..thanks a lot..kelakar ke presentation last sy mase hari jumaat lepas??nervous sgt kot..maybe dr xingat sy kot..sy 3rd year medical student 2..sy doakan moga dr selamat lahirkan baby y comel..salam sayang.tq

  12. Assalamualaikum. Bagi pihak Ummu Saif, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas doa-doa anda semua. Scan pada hari Khamis petang baru-baru ni menampakkan keputusan yang baik, ALhamdulillah. Placenta sudah beralih ke atas dan kini jadi Type 1.

    Syukur, Ummu Saif dibenarkan keluar dari wad tetapi diberi MC selama dua minggu. Kena rehat kat rumah.

    Sayalah yang pertama-tamanya berasa lega sebab risaukan anak-anak yang dah pakat demam dan cranky belaka sebab rindukan Ummi mereka barangkali.

    Terima kasih kepada semua yang ziarah. Terima kasih kepada seluruh warga Wad Nilam di Jabatan Obstetrik PPUKM. Juga tidak lupa kepada adik-adik X-UNPAD yang kini menyambung pelajaran di UKM, terima kasih kerana sudi menjenguk, meneman dan bersembang2 dengan Ummu Saif di bilik pink tersebut.

    Mudah-mudahan sebulan yang akan datang ini, ada lagi improvement. Baby masih breech tetapi nampaknya sedang bersenam robik gaya macam nak terjun tiruk ke bawah dah. Doakan…

    Salam hormat

  13. Salam

    TAHNIAH.. ummu +abu saif
    mg itu yang terbaik dr Alah

    Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat ziarah ummusaif jg

    wakil adik ppukm

  14. Salam…
    Ummu saif….
    saya doakan apa yg terBAIK buat ummu saif..
    ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG!!!! ALLAH LUVS U!

  15. salam ummusaif….semoga semakin sihat hendakNya. Yg penting skg, ummu benar2 sihat & kuat. Rehat la secukupnya espcly selepas bersalin(dlm pantang). Ummu lebih tau, masa muda mmg la kita rasa takde apa2,tp sya antara yg xb’nasib baik, m’jd ibu dlm usia 17thn, skg dah 30an, ibu 4kids, tp, dah lebih 10thn m’alami pendarahan tak berhenti. Ujian Allah utk saya. Saya doakan Ummu gembira & bahgia selalu. Amin…

  16. salam,

    lama sungguh tak ke sini.

    bila baca kes ummi ni, saya teringat kes saya sendiri, masa kandungan saya dah berusia 34 minggu, dr. scan dapati placenta saya di bawah tapi tidak terlalu ke bawah. dia bagitahu, kalau pada 36 minggu tak beralih jugak, maka ceaserean terpaksa dilakukan. risau jugak sebab 4 kelahiran sblm tu tak pernah cesar, ni ada kemungkinan nak cesar..
    sejak drp itu, saya selalu berdoa pada Allah kalau ceaserean adalah terbaik utk keselamatan saya dan baby, tak mengapalah kalau cesar, tp kalau bersalin normal adalah terbaik utk kami, Engkau naikkanlah uri ku ni..tanpa jemu saya berdoa. Kuasa Allah, pada temujanji seterusnya uri tu naik..alhamdulillah. jadi saya bersalin anak ke5 secara normal. dan sekarang saya tgh berpantang anak ke 6 pula. normal delivery gak 🙂

    Memang sesungguhnya kita kembali pada Allah atas segala urusan kita, Dia yang Maha Berkuasa menanganinya.

  17. Saya dpt rasa bagaimana perasaan duduk dlm bilik pink itu.

    Suami pernah nasihatkan sy. Jadikan kesakitan / ujian itu kekuatan kita. Mula2 sy tak faham. Tapi selepas melaluinya termasuk melahirkan anak sulung seorang diri dll baru sy faham. Sy percaya kak muna sudah pun menemui kekuatan akak sejak awal lagi.

  18. assalamalaikom wrt wbt dr. muna…how r u n fmly? rahmat n barakah Allah swt be upon u n fmly.kheyr insyaAllah…take care

  19. Salam ummusaif.

    Saya sedang mengandung 28minggu dan keadaan bayi adalah songsang. Saya ingin mendapatkan pendapat ummusaif jika ummusaif tahu sebarang tips untuk membuatkan bayi bergerak ke kedudukan normal. Saya sgt risau kerana bayi x berapa berpusing, tapi ia aktif menendang perut.Adakah kerana rahim saya kecil menyebabkan ia tak berapa berpusing?

Leave a comment