Tarbiyah Daripada Allah


24112007244

Khamis lalu saya pergi kerja seperti biasa.

Setelah 2 hari terlantar sakit dengan selsema, batuk dan asma, akhirnya Alhamdulillah saya segar kembali untuk meneruskan khidmat saya di green zone, Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM.

Sudah 2 minggu saya berada di green zone memandangkan saya sudah tidak bertenaga lagi untuk bekerja sesi syif dan juga melakukan oncall. Green Zone merupakan bahagian pesakit yang tidak kritikal dan mungkin juga pesakit yang tidak sepatutnya datang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan. Triaj pesakit adalah bermula daripada triaj 3 hingga 6. Tempoh menunggu bagi triaj 3 adalah selama 2 jam manakala 4 jam untuk triaj 4. Triaj 5 dan 6 adalah untuk kanak-kanak dan juga warga emas.

Pesakit pertama yang saya periksa adalah sekitar 8.20 pagi. Bilangan pesakit terus bertambah mengikut masa. Alah, ada saje pesakit di bahagian green zone ini, ianya tidah pernah berhenti. Yang paling merunsingkan ialah apabila kebanyakan masalah kesihatan yang diajukan adalah masalah kesihatan yang ringan dan non urgent. Malah, boleh dirawat di klinik-klinik berbayar atau klinik kesihatan kerajaan. Seawal 8 pagi, pesakit mengadu rabun mata yang sudah pun bertahun dihidapi. Ataupun batuk dan sakit kerongkong yang hanya bermula semalaman, yang mungkin boleh sahaja dirawat dengan ubat batuk Cap Ibu dan Anak. Apa masalahnya di sini?? Hmm, hendak diulas di sini, terlalu merunsingkan kepala saya.

Alhamdulillah, pagi saya di green zone tidak lama. Tepat pukul 10 pagi, saya terpaksa meminta izin daripada rakan setugas yang lain untuk pergi ke temujanji sakit puan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

TEMUJANJI SAKIT PUAN (ANTENATAL APPOINTMENT)

Hati berdebar-debar menunggu giliran. Lagipun, saya tidak ditemani suami pada kali ini. Tiada teman untuk berbicara.

3 minggu yang lalu, saya sudah pun membuat imbasan ultrasound ke atas kandungan. Ketika itu saya baru mengandung 28 minggu. Saya telah disahkan mempunyai kedudukan uri yang agak bermasalah iaitu Placenta Praevia posterior type 2.

PLACENTA PRAEVIA

Placenta praevia adalah kedudukan uri (placenta) yang tidak normal di mana uri terletak berhampiran dengan pintu serviks (os) atau menutupinya terus. Kelas 1, ialah uri berada berhampiran dengan os tetapi tidak menyentuhnya. Kelas 2, uri sudah pun menyentuh os. Kelas 3, uri menutupi sebahagian daripada os dan kelas 4 uri menutupi keseluruhan os.

Manakala, posterior pula adalah kedudukan uri di sebelah belakang uterus berbanding dengan anterior untuk bahagian hadapan.

lab09_f4

Risiko mendapat placenta praevia adalah kebarangkalian untuk tidak melahirkan kandungan secara normal iaitu vaginal delivery kerana laluan os iaitu laluan untuk bayi telah tertutup. Dengan kata lain, pembedahan Caesarean section adalah jalan terakhir. Pendarahan juga boleh berlaku kepada uri apabila aktiviti berat, hubungan kelamin dan contraction berlaku. Pendarahan sangat merbahaya kerana ia boleh berlaku dengan cepat dan banyak.

Memandangkan usia kandungan baru sahaja berusia 28 minggu, maka Prof Madya Dr Nor Azlin, pakar Obstetrik dan Ginekologi saya memberikan tempoh selama 3 minggu lagi untuk membuat keputusan yang seterusnya.

‘CONFIDENT’

Sepanjang tempoh 3 minggu tersebut, saya jalani hari-hari saya seperti biasa. Tiada amalan atau aktiviti extra dilakukan atau pun dikurangkan. Sesekala kerisauan melintas di fikiran tetapi segera saya lenyapkan dengan kesibukan dan kepenatan harian. Saya juga tidak menambahkan usaha dengan sebarang amalan yang khabarnya boleh memulihkan kedudukan uri seperti amalan-amalan ayat al-Quran atau memperbanyakkan posisi rukuk dan sujud. Malah, saya juga tidak menambahgandakan amalan-amalan sunat saya lebih daripada biasa. Saya terus menjalani kerja-kerja oncall dan syif seperti biasa sehingga minggu ke 30.

Dengan kata lain, saya tidak begitu risau dengan berita itu.

Ini mungkin kerana ini merupakan kandungan saya yang keempat. Saya begitu confident ianya akan semudah proses kehamilan yang sebelumnya. Sehinggakan saya belum lagi membuat sebarang shopping untuk bayi mengenangkan baju-baju bayi Imad dan barut masih elok dan cantik. Peralatan bayi yang lama seperti basin mandi, carseat juga belum dikeluarkan dari dalam bilik stor.

img_0030

TAHUN 2009 YANG ISTIMEWA

Tahun 2009 ini merupakan segala-galanya baru buat kami sekeluarga.

Rumah baru, sekolah baru untuk anak-anak, bibik baru, kerja baru untuk suami, buku baru suami dan juga kereta baru. Alhamdulillah, itu semua rezeki Allah yang Memberi dan Memudahkan segalanya.

Ditambah juga dengan rezeki yang paling istimewa iaitu kehamilan yang keempat.

Saya bersyukur. Dan saya sentiasa mengingatkan diri agar bersyukur.

Namun syukur saya tidak mencukupi. Syukur saya belum lagi menjadikan saya insan yang sentiasa tunduk dan patuh kepadanya. Saya masih lagi lalai dalam sesetengah ibadah khusus, ria’ dan sombong masih terlintas di hati, tingkah laku saya adakalanya kasar terutama setelah penat bekerja.

Malah setelah diberitahu oleh doktor pakar bahawa saya mesti dimasukkan ke dalam wad, saya masih lagi memprotes dengan ketentuan dan ujian Ilahi ini. Syukur saya tidak menjadikan saya seorang insan yang akur dengan ketentuanNya. Lupa, Dia lebih berkuasa dan kita sentiasa layak diujiNya.

TANDA ALPA

Semalaman saya tidak lena tidur mengenangkan hari esok iaitu hari yang dijadualkan untuk saya masuk ke dalam wad. Tambahan pula, saya masih bertungkus lumus untuk menyiapkan jadual syif kerja para pegawai perubatan Jabatan Perubatan Kecemasan untuk bulan Jun.

Hati saya tidak tenang. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Bagaimana dengan anak-anak? Tak jemukah mereka hanya terperap di rumah semasa cuti sekolah ini? Bagaimana dengan kerja suami? Bagaimana pula dengan pengajian Masters saya? Buntu. Saya lupa untuk bertenang dan berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, saya mengambil keputusan untuk mendaftar diri selepas suami bersolat Jumaat. Anak-anak tidak dihantar ke sekolah walaupun di sekolah mereka masing-masing ada sambutan Hari Guru. Kasihan Yop, dia beriya benar ingin memberikan hadiah lukisan kepada guru kelas dan guru subjek seninya. Namun, ‘cuti’  mereka itu adalah yang terbaik memandangkan kami mungkin akan lewat untuk mengambil mereka dari sekolah jika mereka tetap bersekolah pada hari itu.

Tepat pukul 2 petang, kami berangkat ke PAC, iaitu pintu masuk bagi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. Sepanjang perjalanan dan semasa menunggu untuk dimasukkan ke dalam wad, saya masih lagi bertanyakan hati sama ada ini adalah keputusan yang betul. Ahh, mungkin untuk 2, 3 hari sahaja. Kalau takde apa-apa, Isnin mungkin boleh keluar wad.

Saya dimasukkan ke wad 1A atau wad Nilam iaitu wad obstetrik.

Selepas hampir 1 jam di dalam wad, saya mula merungut akan kebosanannya. Belum apa-apa dah bosan. Jururawat dan doktor pun belum lagi sempat membuat sebarang pemeriksaan. Saya terus memikir dan mengenangkan betapa bosannya hidup yang bakal saya lalui untuk hari-hari berikutnya.

Alhamdulillah, nasib baik ada suami yang setia menunggu sehingga habis waktu melawat. Untuk memastikan saya tidak bosan, suami memberikan saya modem 3G BROADBAND CELCOM supaya saya boleh berinternet semasa di dalam wad.

Selesai solat Isya’, saya mula membuka laptop dan menyambungnya kepada internet. Niat asal laptop dibawa bersama agar saya dapat menulis thesis. Namun, dengan kebosanan yang melanda, Facebook menjadi teman setia, diselit bersama online messaging dengan suami tercinta.

Bosan, bosan dan bosan. Itu yang sering saya ungkapkan di dalam update Facebook saya. Kepada suami dan rakan-rakan juga saya menyatakan perkataan yang sama, bosan!

Tidak ada sedetik pun dalam hati, selain bosan dan cuba untuk melihat semua ini daripada perspektif yang lain. Sehinggalah suami saya membeli sebuah buku keluaran PTS yang bertajuk “Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman” oleh Professor Dr. Muhd Kamil Ibrahim.

travelog haji

TARBIYAH OLEH SEBUAH BUKU

Saya mula membaca buku tersebut selepas waktu Isya’ kelmarin. Dek kerana gaya bahasanya yang ringan dan santai, saya laju membaca dan memahami isi ceritanya. Tapi saya tidak pula berjaga semalaman untuk membacanya. Sekitar 11 malam saya sudah pun mengantuk dan meminta izin daripada suami (melalui sms) untuk beradu. Namun, saya digerakkan sekitar 4 pagi apabila jururawat hendak mengambil bacaan tekanan darah dan nadi.

Inilah bahananya apabila berada di dalam wad, tidur dan rehat kita sentiasa terganggu dengan apa yang berlaku di sekeliling. Alhamdulillah, hati kecil saya tidak mengamuk. Mungkin kerana sudah biasa terbangun malam apabila Imad meminta susu.

Saya cuba menyambung tidur semula. Namun, fikiran mula aktif dan berfikir macam-macam.
Saya segera mencapai buku yang dibaca sebelum tidur.

Satu muka surat ke satu muka surat hinggalah tamat.

Air mata bergelinangan..

Kisah perjalanan hidup si penulis semasa menunaikan haji terlalu menusuk hati.

Walaupun saya tidak pernah mengerjakan haji dan tidak pernah berniat untuk pergi menunaikan haji di usia yang muda, kisah beliau amat menyentuh jiwa ini dan saya juga bercita-cita ingin mempunyai pengalaman seperti beliau.

Dengan hidayah Allah, pengalaman beliau telah berjaya membuka mata dan hati saya untuk melihat apa yang berlaku kepada saya dan keluarga dengan persperktif yang jauh berbeza. ‘Kebosanan’  yang bakal saya dan keluarga lalui mungkin cara Allah mengajar kami agar lebih mengenaliNya iaitu Allah lebih berkuasa dan kita hambaNya tersangatlah kerdil serta lemah. Dan sebaik-baik pergantungan adalah kepadaNya.

Persoalan-persoalan seperti berapa lama saya akan berada di wad, adakah saya dan bayi akan selamat, bagaimana dengan suami dan anak-anak serta kerjaya saya, sepatutnya diserahkan kepada Allah SWT pada awal-awal lagi. Ada perkara yang di luar kemampuan kita dan kita mesti akur tentang itu. Itulah yang dinamakan dengan berserah seperti mana penulis berserah kepada Allah SWT semasa memikirkan siapa yang akan memelihara anak-anaknya semasa menjadi tetamu Allah. Dan juga semasa beliau membuat keputusan-keputusan lain di dalam hidupnya. Tetapi berserah sahaja tidak mencukupi jika kita sering lupa untuk berzikir mengingatiNya serta memperbaiki  hubungan sesama manusia.

Terlalu banyak perkara untuk saya muhasabah. Ini mungkin suatu permulaan bagi satu perjalanan yang lebih panjang. Saya masih mencari dan tidak tahu apa dan mana satu yang harus dimulakan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada diri ini.

UMMUSAIF
Wad Obstetrik, PPUKM

32 thoughts on “Tarbiyah Daripada Allah

  1. Syafakillah Dr.. Sekadar cadangan, cuba minta Ustaz Hasrizal mohonkan ayat-ayat ruqyah dari Darul Syifa atau di AKRINE

    Pengalaman saya melihat mak-mak saudara yang tempoh kandungannya tak stabil, kadang-kala disebabkan gangguan. Setelah mereka ‘merawat diri’, alhamdulillah, kesihatan ibu dan janin kembali normal.

    Tawakkalti ‘Alallah..

  2. Ya..btul kak Muna…karya Prof kamil amat2 menggugah jiwa.. Buku yg kedua setelah THMSI – Travelog Dakwah- juga amat terkesan dihati…Subhanallah…

    Alhamdulillah…

    Mg Allah trus kurniakan hidayah terbesar untuk kita semua…

    Utk Dr Muna dan keluarga, mg sgl urusan dipermudahkan..

    senyum-senyum selalu!Baby jangan nakal2 ya… =)

  3. Walaupun rumah terasa kosong dan kehilangan separuh sebab untuk balik ke rumah, membaca entri ini menjadikan kekosongan itu terisi dengan sesuatu yang mungkin Yop, Naurah dan Imad tidak berpeluang merasainya berbanding anakanda kita yang keempat ini…

    I love you…

    The kids too…

  4. Assalamualaikum Ummu Saif,

    Tersenyum bila terbaca Ummu Saif kata bosan.. Apapun, kami di sini doakan semoga Ummu Saif dan kandungan sihat, Insyaallah. Tengok suasana wad belakang Ummu, teringat hari-hari ‘muhasabah’ saya di wad 3 bulan lepas..

    Mudah-mudahan Allah memberi kelapangan dan kemudahanNya sentiasa buat Ummu Saif dan baby, Abu Saif juga seisi keluarga. Amin. 🙂

  5. semoga semuanya dipermudahkan Allah…insyaallah kak muna, segalanya akan berakhir dgn baik…

    kami mendoakan yg terbaik utk kak muna n family…

    saif, naurah n imad jgn nakal2 yer…tolong abi di rumah…tp jgn buat ‘swimming pool’ lg sekali…

  6. Salam’alaykum,

    Tahniah walhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya.

    Syafaakillah ya ukhtie.

    Salam ziarah.

    Salam ukhuwwah sebab ini kali pertama akak tinggalkan komen.

    Baru balik dari Family Day PAPISMA di Pantai Balok, Kuantan yang habis tengahari tadi.

    Bila lah dapat bersua wajah dengan ummusaif di Family Day PAPISMA? Belum ada jodoh nampaknya.

    Akak sekadar mahu kongsi pengalaman semasa bersalin anak ke tiga. Mungkin ada iktibar untuk ummusaif mengatur usaha. Mungkin juga tiada. Terserah pada ummusaif sendiri untuk memilih apa yang sesuai.

    Ringkas cerita, anak sudah ‘qada hajat’ dalam kandungan sedangkan contraction masih kurang. Bimbang bayi kelemasan, registrar yang bertugas memberi masa tempoh beberapa minit. Akak paling takut dibedah. Itu pun nasib baik suami yang juga seorang doktor ada di sisi. Kalau tidak, tiada tempoh-tempoh lagi (menurut pandangan suami). Sebaik doktor perempuan itu keluar dari label room, suami minta akak telefon kedua ibubapa dan dia sendiri telefon maknya. Kedua ibubapa akak meminta tempoh sehingga selesai mereka tunaikan solat hajat. Mak mertua di rumah tidak ketinggalan menunaikan solat hajat.

    Alhamdulillah, dalam anggaran orang tua kami selesai solat hajat, akak mendapat contraction yang menyebabkan pintu serviks mudah terbuka. Akhirnya bayi itu selamat dilahirkan secara normal.

    Kalau ikutkan suami, dia memang mengizinkan akak dibedah. Namun sikap suami yang menitik beratkan pandangan orang tua terutama ibu yang melahirkan akak menyebabkan dia bertolak ansur agar orang tua dimaklumkan terlebih dahulu. Dalam kes ini, akak yang mengalami kesakitan hendak bersalin lebih difahami oleh ibu kandung akak sendiri. Justeru itu, dia mahu meraikan pandangan ibu akak.

    Daripada pengalaman itu, apa yang akak nampak, doa ibubapa itu sangat makbul dan berterusan makbul meskipun kita sudah menjadi isteri dan ketaatan kita sangat besar tuntutannya untuk suami.

    Akak tidak bermaksud untuk ‘mengajar itik berenang’. Ia sekadar pengalaman untuk dikongsi dan memilih usaha.

    “Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”

    Tafsirannya, Akak kira Abu Saif lebih mahir.

    Wallahua’lam.

    Maaf andai terkhilaf bicara terlajak kata.

    Wassalam.

    Ummu Abbas

  7. Salam semua.
    T kasih untuk doa kalian semua.
    Dan juga ummuabbas, tk dgn perkongsian itu. Byk ilmu yg blh dimanfaat bersama.

    Kepada suami tercinta, antara tujuan entri ini ditulis juga, agar abang dan anak2 tenang dan juga berserah kepadaNya. Marilah kita sama-sama lihat ini semua sbg cara Allah mengajar kita dan utk perbaiki diri hubungan sesamaNya dan sesama kita.

  8. Salam ummusaif,

    Saya doakan segalanya selamat untuk kelahiran kali ini.

    Tersentuh saya membaca entry ni. Teringat pengalaman melahirkan kedua2 Putra saya secara pembedahan kerana sebab yang hampir sama – juga di PPUKM.

    Pembedahan pertama yg tidak dirancang, masih memberi harapan untuk kelahiran normal seterusnya. Saya mengesat air mata dengan selimut putih itu sebaik sahaja profesor keluar dari labour room memaklumkan pembedahan terpaksa juga dilakukan kali kedua.Kerana saya sudah maklum yang kelahiran seterusnya, sekiranya diberikan rezeki lagi, sudah tentu melalui pembedahan juga.

    Saya perlu beryukur kan, Ummu Saif? Kerana pengalaman itu pun seharusnya Tarbiyah Daripada ALLAH dan Musibah Itu juga menyimpan Rahsia Kebaikan.

    Terima kasih.

  9. salam…

    Rindu khabaran dari ummusaif..setiap hari saya buka blog nie, tapi hampa, hinggalah baca tentang khabar ummusaif dari abusaif..Rasa sedih..Itulah antara pengorbanan kita bila jadi ibu..Moga kita akan lebih menghargai n menghormati perasaan ibu kita juga insan2 lain yang bergelar ibu..Saya hanya mampu mendoakan segala yang terbaik dari ALLAH untuk ummusaif juga baby..

  10. salam aleik kak muna..

    baru berkesempatan bukak blog doctor ni..actly,tgh bz ngn exam skrng..terkejut dgn berita ni..but,Allah knows the BEST kak muna..and He knows that u can face this challenge,thats why He choose you..

    syafakillah kak muna..insyaAllah,kita sama-sama doakan keselamatan akak n baby nnti..sesungguhnya setiap yg brlaku ni terselit 1001 hikmah..

  11. Salam,kak muna…

    sy doakan akak selamat lahirkan baby yg ke 4. Sy dlm dilema,harap akak dpt beri pandangan utk sy jdkan sbg rujukan,Sy sgt rapat dengan mak sy. Baru2 ni dpt berita yg mak saya menghidapi breast cancer.Dia minta tolong jgn beritahu pada yg lain,kerana byk perkara2 yg perlu ditimbangkan.Saya cerita kpd kakak yg terapat dan dia pulak yg beritahu semua,bgnya family patut tahu.Saya dilema.Tlg la sy.. Apa jalan penyelesaian yg terbaik.Terima Kasih

  12. Salam Miss.

    Apa2 sakit pun, eventually orang lain akan tahu jugak esp family sendiri.
    Kalau semua ahli famili dah tahu, so act accordingly lah. Bcoz tak blh nak buat apa, org lain dah tahu. Tak blh nak reverse apa2.

    So, fokuskan dgn hal yang seterusnya iaitu perubatan dan rawatan ibu.

    Takde apa yg nak didilemakan. Fokus dgn future planning, iaitu what’s next.

    ok, pesan saya, pesan ibu dan semua agar bertenang dan bersabar. Ini semua ujian Allah dan kita kena berlapang dada. Tak perlu tensen2 sesama ahli keluarga. Tensen sama sekali tidak membantu apa2.

    Maaf, harap dapat membantu sedikit sebanyak.

    Wallahu a’lam.

  13. InsyaAllah,terima kasih byk2 atas nasihat kak muna .Really appreciate it,ujian yg paling terbesar buat sy ngan family setakat ni.Doakan kami berlapang dada menempuhnya ya.Terima kasih sekali lagi.Wassalam..

  14. salam k muna,
    moga beransur baik. Ya ambillah kesempatan ini untuk bermuhasabah dan belajar menerima.

    Saya turut merasai pengalaman sama setahun lepas kerana kena warded sbb water beg pecah masa kandungan 28 wks. Saya sangat risau dan tak tentu arah. Namun, dibekalkan tafsir akquran dan sebuah majalah anis utk dibaca, masuk hari ketiga, saya tersentak dan mula pasrah dan redha dgn segala ketentuanNya. Saya mula berdoa biarlah Allah bagi yg terbaik buat saya dan anak. Sekiranya kelahiran awal ini terbaik buat saya dan anak, maka saya terima. Dan berilah saya rasa redha dan tenang dengan apa saja yg bakal terjadi kerana Engkau Maha Mengetahui. Dan hari ketiga saya di wad, saya telah emlahirkan anak itu. Walaupun mulanya sukar, takut, risau, sedih dan rungsing memikirkan kesihatan baby yg tidak memuaskan, kebergantungan itu tidak pernah saya lupa. Saya hanya mohon yang terbaik dari Dia dan tidak lagi bertanya kenapa ia terjadi pada saya. Saya mohon diberikan ketenangan, maka saya harus menerima semuanya dengan tenang. Alhamdulillah semuanya baik hingga sekarang.

    Jangan berhenti berdoa. Moga baby dapat bertahan lagi di dalam sana.

  15. salam

    ummusaif, tersentuh hati bila baca entri ni sehingga mengalir air mata ini.moga ummusaif tabah dan sabar menghadapinya.

  16. Salam ummusaif,
    Entry ini mempunyai roh yang berlainan, ia meresap ke dalam jiwa.

    Mengenai pasrah, kesyukuran, (juga PKI dan buku best sellernya yang memang mempengaruhi)..Ia seolah bukan dari seorang doktor..

    Doa untuk ummu.. biarlah disimpan dihati, muga ceria selalu.

  17. salam Dr Muna,

    I underwent LSCS for my 5th after 4 normal deliveries.

    sakit memang lain.pengalaman ada saya ceritakan sedikit sebanyak di blog saya.

    Harap allah permudahkan segala urusan.

  18. Assalamualaikum Ummusaif,
    Semoga ibu dan baby berada dalam limpahan Nur Ilahi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya doakan agar Ummusaif selamat melahirkan anak.

  19. salam Dr Muna…

    sy setuju dgn Dr. Hari Rabu lepas, kami pelajar 5th year ade lecture dgn Dr Ismail Saiboon. mmg katanya, mostly patient yang datang ke ED bukan patient ED sebenar. Sebab tu la kena educate patient pasal perkara ni. hurm, xsabar pula nak masuk postin EM 5 minggu lagi… 🙂

    semoga Dr dan baby sihat dan selamat 🙂

  20. Salam Dr Muna, Semoga selamat bersalin. Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya…semoga saya direzekikan bersua muka dgn Dr Muna suatu hari nanti.Amin

  21. Assalamualaikum Ummu Saif.
    Smg masa2 yang terluang dpt kita isikan dengan tilawah dan bacaan mathurat.

    Smg kebergantungan kita kpd Allah melebihi drpd segalanya agar hati kita sentiasa tenang.

    InsyaAllah. Smg Allah mempermudahkan segalanya. Amin

  22. Salam sejahtera,

    Semoga Allah permudahkan, dunia dan akhirat.

    Ingat Allah sentiasa, Dia sangat hampir dengan kasih sayangNya.

    MKI

    • @mki, hmm.. sempat pulak penulis terkenal Travelog Haji menulis komen di sini..teruja juga membacanya walau pendek..

      Ummusaif dah ok pun.. syukran..

  23. As-Salam…

    Inilah yg dikatakan ketentuan Allah. Dia menguji hambaNya dengan selayak2 ujian. Ana teringat sewaktu mengandungkan anak yg ke-2 dan di waktu itu ana berada di semester ke-4 pengajian undergrad di UPM. Kepayahan hidup, dgn berulang-alik naik motor, tetapi Allah tetap berikan kemudahan untuk ana menempuhi semua ujianNya. Sewaktu kandungan mencecah usia 7 bulan, ana telah terjatuh dibilik kuliah dalam keadaan posisi perut yg sedang sarat itu tersembam ke lantai.

    Tetapi ketentuan Allah mendahului segalannya. Alhamdulillah tiada pendarahan n bersalin normal. Hanya kaki yang terseliuh. Selepas 2 minggu kejadian itu, buat check up blnan di KKSeri Kembangan, Dr scan bayi selamat dan kedudukannya juga normal.

    Mungkin kerana alpa, maka Allah uji agar kita selalu ingat DIA…..

Leave a reply to ummuzulfa Cancel reply