Jumaat Yang Malang


motor-accident

Salam Jumaat buat semua. Semoga semua dalam kemanisan iman.

Seperti biasa pada setiap hari Jumaat, saya akan mengambil Saiful Islam dari sekolahnya pada pukul 12.30pm. Sekolahnya terletak di Taman Resmi Jaya, bersebelahan Taman Kosas di Ampang.

Pukul 12pm ke atas memang sudah lazim waktu yang sibuk kerana ia waktu rehat bagi semua penjawat awam serta waktu rehat sekolah sementara masuk waktu sesi petang. Jalan utama di Taman Kosas sudah pun jem. Semua kereta dengan perlahan-lahan menyusuri sepanjang jalan utama tersebut.

Sampai di satu simpang pintu masuk sebuah kawasan kondominium, kereta saya terpaksa berhenti seketika kerana jalan semakin sesak.

Tiba-tiba, saya terdengar bunyi “bang” di luar pintu kereta saya, seolah-olah ditendang dari luar. Saya melihat ke luar tingkap, cuma kelihatan sebuah motorsikal dan pemboncengnya yang sedang bergerak laju menentang arus kereta. Tetapi dek kerana jaraknya yang tidak begitu hampir dengan kereta saya, maka saya tidak meneka pembonceng itu yang melanggar kereta saya. Saya teruskan perjalanan lagi dengan sangat perlahan, kira-kira kurang daripada 5 km sejam.

Tiba-tiba, tidak sampai 1 minit selepas itu, pemandu van di hadapan saya keluar dari kenderaannya dan terus menahan serta menendang sambil memarahi pembonceng motor tadi. Saya amat terkejut dengan kejadian itu. Apa sebenarnya yang sudah terjadi?

Kemudian datang seorang lelaki lain pula segera menghampiri sisi kereta saya dan terus membongkok di tepi pintu kanan kereta saya.

Allahu akbar!

Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 8-9 tahun dipapah dalam keadaan kepalanya berdarah! Terasa luruh jantung saya di buatnya. Rupa-rupanya, bunyi “bang” tadi adalah bunyi kanak-kanak tersebut jatuh dan menghentak kereta saya. Mujurlah kereta saya tidak bergerak laju. Jika tidak, mungkin kereta saya juga boleh menambahkan kecederaannya.

Saya tergamam seketika bersama debaran jantung yang kencang. Semua yang berada di situ juga tergamam termasuklah semua kereta yang sedang berjalan.

Saya ingin sekali memberhentikan kereta dan membawa kanak-kanak tersebut terus ke Hospital Ampang. Akan tetapi jalan terlalu sibuk hingga untuk berhenti di sisi jalan pun tidak boleh. Kanak-kanak itu pula telah dibawa terus ke dalam perkarangan kondominium tadi.

Saya cuma berdoa agar kanak-kanak tersebut tidak mendapat kecederaan yang parah.

Dan yang paling penting, dia hendaklah segera dibawa ke hospital dan bukannya ke mana mana klinik.
Sekurang-kurangnya, beliau perlu mendapat pemeriksaan X-ray dan pemerhatian di wad pemerhatian (Observation ward) selama 12 jam oleh pihak jabatan kecemasan untuk kecederaan kepala (Cerebral Concussion).

Pengajaran daripada cerita saya pada kali ini ialah
1. Jangan biarkan kanak-kanak di bawah umur melintas jalan raya tanpa ditemani orang dewasa.
2. Motosikal mestilah mengikut jalan yang sepatutnya dan bukannya menentang arus jalan.
3. Semua mangsa yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya mesti dibawa segera ke hospital yang berhampiran.
4. Semua pemandu mesti peka dengan keadaan sekeliling mereka walaupun di saat kenderaan tidak bergerak. Kerana di saat kereta mula bergerak, anda mungkin terlupa untuk memastikan keadaan di sekeliling selamat untuk semua.

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

12 thoughts on “Jumaat Yang Malang

  1. ana & member pg td on way ke off pg td terlanggar moto..die nak u-turn tp duk belah kiri,kami nak msk simpang..so terus bertembung..berderau rasa time tuh..mmg selalu kene aware walaupun bkn salah kite..huhu..berdebar sapa lani

  2. wut a horrible n tragic moment for those an eyewitnesses!! may ALLAAH saves the boy as gud as well..ameen~

  3. Assalamualaikum UmmuSaif,
    MashaAllah! Kesiannya kat kanak-kanak tu. Berdasarkan cerita Ummu ni mungkin pemandu motosikal tu ada kena mengena dengan kanak-kanak yang jatuh dan terlanggar kereta Ummu. Alhamdulillah dia masih sempat diselamatkan. Moga-moga dia segera dibawa ke hospital. Tentu Ummu berdebar-debar jadinya selepas kejadian tu. Semoga dah tenang. Menjadi pemandu berhemah ni kadang-kadang turut menjadi mangsa keadaan yang disebabkan pemandu tak berhemah. Semoga kita sentiasa selamat di mana saja.

  4. 4 tahun tinggal di Cheras yang sesak, dengan pemandu yang meletak kereta sesuka hati, berperangai ala-ala self centered hingga terasa macam nak naik temperature racism dibuatnya. Tapi TAK PERNAH accident!

    Tapi baru nak masuk 5 bulan pindah Ampang, rasanya dah lebih 10 accident, sebahagiannya mengerikan, termasuklah entah empat atau lima kali di area Taman KOSAS!

    Ngapa le gamaknya… hmm. Moga Allah selamatkan budak tu dan syukur kepada Allah kerana isteri dan anakku terselamat. Plus kereta yang masih berplastik tu🙂

  5. masa accident tu, saya tak teringat langsung pasal kereta..ingat nyawa budak tu je. Dah ptg, baru saya teringat nak cek pintu kereta tu. Maybe saya sangat2 terkejut dgn kejadian tu. Bukan apa, risau..kalau2 ada darah ke apa ke terlekat kt kereta. Nanti lain lak ceritanya..

  6. salam ummu saif,

    sori off topic sket..nk tny bkaitan produk istaf yg alkohol free tu..btol ke?cm pelik je if tgk..huhuh..
    ni copy paste artikel bkaitan..

    Pengarah Eksekutifnya, Azizi Ahmad berkata, pihaknya menyedari istilah bir mempunyai konotasi negatif di kalangan masyarakat Islam meskipun ia berasal daripada perkataan Jerman iaitu ‘bavarian malt’, merujuk kepada semua jenis minuman berasaskan bijirin barli.

    ”Minuman malt jenama Istak telah memperoleh sijil halal daripada kerajaan Iran sejak 10 tahun lalu dan seperti mana kita tahu republik Islam itu mempunyai syarat halal dan taibah yang ketat termasuk melibatkan produk untuk dieskport.

    ”Malah Pameran Halal Antarabangsa 2009 (MIHAS 2009) mempunyai peraturan ketat membabitkan soal halal, kalau meragukan sudah tentu syarikat kami tidak dibenarkan menyertai pameran itu minggu lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin semalam yang tidak bersetuju dengan penggunaan istilah ‘bir halal’ kerana dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat Islam.

    Katanya, PPIM menerima aduan daripada pengguna Islam mengenai bir halal yang dijual di MIHAS 2009 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) di Kuala Lumpur minggu lalu dan mereka berasa kurang senang dengan istilah berkenaan.

    MICSB yang merupakan pengedar tunggal produk Istak bagi rantau Asia-Pasifik sebelum ini dilaporkan bercadang membuat pelaburan hampir RM50 juta bagi membina kilang mengeluarkan minuman malt tanpa alkohol di negara ini.

    Menurut Azizi, pihaknya akan segera menghubungi PPIM bagi menjelaskan perkara tersebut supaya orang ramai tidak terkeliru.

    Ini kerana katanya, MICSB tidak pernah mengeluarkan sebarang risalah dengan menggunakan istilah ‘bir halal’ sepanjang pameran MIHAS sebaliknya menyebut sebagai minuman malt.

    Dalam hal ini, pihaknya mengakui terdapat keraguan di kalangan umat Islam terhadap minuman malt yang dikeluarkan oleh syarikat minuman keras memandangkan sebahagian besar produk mereka adalah arak.

    ”Sedangkan produk Istak tidak mengamalkan proses penapaian yang biasa dilakukan bagi menghasilkan arak tetapi menggunakan kaedah yang halal daripada awal hingga akhir.

    ”Sekiranya minuman malt Istak telah luput tarikhnya sekalipun, ia tidak akan berubah sifat menjadi arak dan memabukkan sebaliknya hanya berubah warna dan rasa,” katanya.

    Tambah beliau, penyertaan MICSB dalam MIHAS ternyata mendapat sambutan termasuk di kalangan bukan Islam yang mendapati minuman malt tanpa alkohol mampu menjadi alternatif bagi mereka yang menghadapi masalah ketagihan alkohol.

    ”Dari segi corak, warna botol dan tin minuman malt Istak yang dikatakan menyerupai bir, itu hanyalah satu persepsi kerana kami menggunakan bentuk botol dan tin yang standard bagi semua minuman malt dan cola.

    ”Produk kami mempunyai 10 warna yang mewakili perisa minuman malt yang berbeza, kalau kami gunakan warna putih sekali pun, syarikat bir pun ada menggunakan warna putih, jadi kami hendak guna warna apa?,” katanya.

    Sumber Utusan Malaysia 13 Mei

  7. salam..

    saya tdak berapa menggemari tajuk posting ni, mohon supaya gunakan ayat yg lebih baik daripada itu yer..

    kasihan..tiada sesiapa pun di dunia ni inginkan malang dalam hidupnya..

    tidak dijadikan sesuatu itu tanpa sebab, dan tentunya ada hikmah disebalik sesuatu kejadian..

    wallahualam

  8. salam…tertarik ngn rtikel…
    ana pernah melanggar sebuah kenderaan didepan kereta yang ana pandu, kerana terleka, betul2 mengecewakan…

  9. eh..ummusaif bukan ke doktor bahagian kecemasan..? Doktor pun ada perasaan macam tu..lagi lagi la saya orang biasa ni kan.just to share my feeling. tak nak la tgk kemalangan.Takut

  10. @shima

    masa tu, sy risau, takut2 budak tu termasuk bawah/celah kereta saya selepas dia dilanggar. what if dia masuk bwh kereta saya, dan kemudian saya pulak gelek dia??

    camana pun kita ttp manusia biasa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s