Farewell ATOS


dsc00293

Kelmarin, 8 Mei,  merupakan salah satu hari bersejarah dalam hidup saya.

Sedih dan gembira, semuanya bercampur aduk.

Saya terkenang kembali pandangan terakhir saya buat kereta pertama saya iaitu ATOZ Inokom 1.1. Syahdu melihat ianya tersadai sepi di tepi bengkel kereta syarikat Naza. Beberapa keping gambar sempat saya snap sebelum meninggalkannya.

dsc00294

Keputusan yang berat namun terpaksa kami sekeluarga lakukan demi keselesaan semua ahli. Kami berjaya mendapat harga trade-in yang agak selesa. Cuma perlu membayar duit muka kereta yang baru memandangkan kereta baru kami adalah jenis model baru Naza. Sesak nafas seketika mengenangkan duit yang hanyut umpama air yang deras. Apa-apa pun, alhamdulillah, inshaAllah rezeki Allah itu ada di mana-mana.

Mac 2005

Saya baru sahaja memulakan kerja di HUKM, Cheras selama beberapa bulan. Mula-mulanya saya berulang alik ke HUKM hanya dengan berjalan kaki memandangkan kondo kami hanyalah 10 minit perjalanan ke Jabatan saya. Stroller Naurah ditolak dan tangan Saif dipimpin semasa menghantar mereka ke taska setiap hari. Hujan dan panas diteduhi dengan payung. Itulah kehidupan kami pada masa itu.

Selepas sebulan bekerja, sahabat baik suami saya menawarkan kereta extranya kepada kami iaitu Proton Saga 1.5 putih. Memang kekok saya membawa kereta tersebut kerana saya tidak pernah membawa kereta secara rutin sebelum itu walaupun lesen telah diperolehi dari tahun 1998. Pernah saya cuba memperolehi Irish license, namun usaha itu terbantut memandangkan kami bergegas pulang ke Malaysia pada Julai 2004.

Hanya berbekalkan ‘tuisyen’ selama 4 hari oleh kakak saya di dalam kawasan parkir HUKM, saya memberanikan diri membawa kereta sahabat kami itu. Memandangkan suami saya lebih banyak outstation dan menggunakan public transport, maka saya merupakan main driver kepada kenderaan kami. Saya juga ‘fail‘ dalam menggunakan public transport terutamanya LRT.

Saya menggunakan kereta Proton Saga tersebut selama 3 bulan. Akhirnya setelah mendapat slip gaji 3 bulan pertama, maka kami memberanikan diri untuk membeli kereta pertama kami. Tanpa survey dan fikiran yang panjang, ATOZ keluaran Inokom menjadi pilihan kami memandang bajet yang ada hanya mencukupi untuk membeli model ATOZ.

Hari yang dijanjikan telah tiba.
Saya membuat temu janji untuk berjumpa suami di kedai Hyundai di Taman Maluri selepas pukul 5 petang. Saya menjemput Saif dan Naurah terlebih dahulu di taska dan seterusnya ke Taman Maluri melalui Jalan Cheras dengan menggunakan kereta Proton Saga.

Di dalam perjalanan, saya berselisih pendapat dengan suami melalui panggilan telefon. Ntah apa yang digaduhkan pada waktu itu, saya pun dah lupa. Dek kerana fikiran yang tidak fokus, saya tersilap jalan dan termasuk ke Jalan Lock Yew. Oleh kerana panik, maka saya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya meneruskan perjalanan yang tegak itu hingga ke tengah bandar Kuala Lumpur. Panik yang tidak terhingga memandangkan saya memang tidak tahu mana-mana jalan di Kuala Lumpur kecuali jalan ke HUKM. Ditambah pula naurah yang cuma berusia 6 bulan itu mungkin kelaparan di dalam carseatnya di tempat duduk belakang serta Saif yang tidak mahu duduk diam pada ketika itu.

Allah! Menyesal sungguh saya terkasar bahasa kepada suami tadi, bisik hati saya. Ini mungkin balasan Tuhan!

Dengan satu tangan di stering kereta dan sebelah lagi memegang telefon bimbit, saya menelefon suami. “Abang, Na sesat!”

Suami saya cuba memberikan panduan melalui telefon, namun satu landmark pun tidak saya cam bagi memberhentikan kereta. Kereta dipandu sangat perlahan, hingga ada kereta lain yang membunyikan hon. Dalam kesibukan jalan raya selepas waktu pejabat, panik saya bertambah teruk. “Allah, tolong lah saya..!”

Saya beristighfar banyak-banyak mengenangkan semua dosa  yang saya lakukan. Ini semua kifarah.

Akhirnya, saya mendapat idea, saya membelok ke belakang bangunan Sogo dan memberhentikan kereta di situ. Alhamdulillah, sedikit sunyi namun itu sahaja tempat parkir yang saya jumpai buat sementara waktu. Masih berhubung dengan suami, saya mengeluarkan anak-anak daripada kereta dan segera melintas jalan bagi menuju ke stesyen LRT Bandaraya. Saya membeli tiket LRT menuju ke Taman Maluri.

Alhamdulillah, saya sampai di Taman Maluri sekitar Maghrib. Dek kerana kedai pun hampir tutup, tanpa penerangan yang detail tentang kereta, kami terus memasuki kereta ATOZ baru kami dalam keadaan keletihan dan memandunya dengan perlahan-lahan. Almaklum sahajalah, kereta baru. Manual kereta pun belum sempat dibaca.

Sampai di rumah, kami terus solat Maghrib dan juga Isya’. Kami terpaksa keluar semula untuk mengambil kereta Proton Saga, memandangkan tempat parkir tadi amat mencurigakan dari segi keselamatannya.

Sesampai di belakang bangunan Sogo, Alhamdulillah, kereta Proton Saga milik sahabat kami itu masih berada di situ dan tidak mempunyai apa-apa kecacatan. Kemudian kami pun terus pulang ke rumah dan jam pada waktu itu menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Kami semua kepenatan… Kasihan saya melihat Saif dan Naurah.

Pengajarannya

Itulah peristiwa dan memori lama saya tentang hari pertama kereta ATOZ kami. Semenjak, hari itu saya cukup takut untuk berselisih faham dengan suami terutama apabila saya sedang memandu.

Berbeza dengan ATOZ, kereta kedua kami dibeli setelah membuat penilaian yang lama dan mensyuarah pendapat ramai. Kami juga memeriksa dan mendengar setiap butir penerangan dengan teliti sebelum menaikinya buat kali pertama.

Pengalaman Yang Berjasa

Cerita di atas, mungkin cuma salah satu sahaja daripada beratus-ratus dan mungkin beribu memori yang lain selama tempoh 4 tahun kereta ATOZ berjasa kepada kami sekeluarga.

Selain dari perjalanan dan pengembaraan yang kami tempuhi, kereta pertama kami ini juga  saya jadikan sebagai tempat untuk suami dan saya berdiskusi dan meluahkan segala masalah dan perasaan yang terpendam. Terus terang saya katakan, saya lebih banyak mengenali hati budi suami semasa dalam kereta semenjak 2 tahun yang lepas walaupun usia perkahwinan kami sudah mencecah 10 tahun!

Sehinggakan suami saya pernah berkata beliau suka apabila saya mengambil beliau dari stesyen LRT berbanding menaiki teksi pulang ke rumah, kerana kami selalu bersembang dan berdiskusi apa jua isu yang ada di sekeliling kami hatta isu politik.

keseimbangan

Semasa di bengkel pada suatu masa dahulu

Nukilan saya pada kali ini, adalah untuk memperingati jasa kereta pertama kami dan mengajar saya agar lebih bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah Taala berikan kepada kami. Kecil, besar, murah, mahal, sementara atau kekal, itu semua nikmat yang Allah berikan agar kita sentiasa bersyukur kepadaNya.

Walaupun ekonomi dunia mengalami zaman kemelosotannya, namun kami bertawakkal dalam pelaburan yang baru ini demi keselesaan seluruh ahli keluarga. Sekarang ini pun, anak-anak sudah bertambah jumlah bilangan dan saiz mereka.

Bak kata suami, ibarat tin sardin semasa menaiki ATOZ.

02022008392e

Kini, Imad pun dah tak mahu duduk di riba lagi

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

18 thoughts on “Farewell ATOS

  1. “ibarat tin sardin semasa menaiki ATOZ”

    yang tin sardin tu laa banyak berjasa~~
    hehe…
    lepas ni tak jd sardin dah….

    “selamat hari ibu ummu saif”

  2. anak2 kami selalu berebut utk baring dalam kereta. siap bergaduh2.
    Bila gaduh, bising le dlm kereta tu. Bayangkan, sempit, bising, bertendang-tendang dll…mmm..

    Sebab jasanya tu lah, saya dedikasikan entri ini..

  3. Salam.

    Imad ni makin lama makin comel je.. geram nak cubit pipi dia🙂

    Selamat Hari Ibu buat ummu saif..

    Insya-Allah one day, moga dapat jumpa ummu saif di Indonesia😉

    Wallahu’alam.

  4. kereta kami VIVA. baru anak sorang dah terasa sempitnya…yalah mana nak letak2 cradle baby, barang2 sendiri. beg baby dll..kalau shopping goods, habis penuh..orng nak tumpang pun susah…:)

  5. masa atoz dulu,kami semua berenam (3 kids and 1 maid). Bila tambah carseat baby mmg tak muat. So, bila balik kampung, maid yg riba bby. Penat gak pegang bby, sampai tersengguk2 maid.

    So, baby yg bakal lahir nanti pun bakal mendapat nasib yg sama. Imagine, masa tu 7 org dalam kereta. Mana nak cari seatbeltnya lagi.
    Itu tak masuk lg beg baju, laptops, raga susu, bla, bla..

    So, tahun ni kene buat pelaburan dan pengorbanan sikit..

  6. tu lah ummusaif, saya pun tengah usaha untuk cari kerja tetap..sekarang status kontrak saja…kalau kerja tetap konsisten sikit gaji bulanan..pastu leh la beli kereta yang besar sikit. saya ni baru anak sorang dah kelam kabut hihi…🙂

  7. salam ya ummu saif??
    khefahal?anak2 sihat?
    subhanallah ana suka sgt family ummusaif…keluarga sakinah insyaAllah….

  8. salam ummusaif,
    sebelum ni saya berangan kalau ada baby nak gelar diri as mummy n daddy, tapi lepas baca blog ummusaif dan abusaif, terasa comel dan sejuknya panggilan ‘abi’ dan ‘ummi’ tu..kalau tak kita sendiri yang menyemarakkan panggilan tu, sape lagi kan?
    semoga dipermudahkan segala urusan ummusaif dan famili dipermudahkan,Aminn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s