Jangan Mencarut Bila Selsema


picture0005

Ummi, ustazah kata tak baik cakap AH1N1

Hari ni saya bercuti.

Setelah 4 hari berturut-turut menjadi Team Leader dan juga oncall, akhirnya saya bercuti. Alhamdulillah.. Saya guna sepenuhnya cuti saya untuk mengumpul kembali tenaga fizikal dan menguruskan sedikit sebanyak urusan rumah dan keluarga yang tidak sempat diurus sepanjang kesibukan saya beberapa hari yang lepas.

Terlalu banyak perkara yang berlaku di sepanjang 4 hari yang berlalu itu. Di antaranya menguruskan beberapa kes disyaki sebagai jangkitan virus H1N1. Prosedur dan protokolnya renyah namun sangat penting dan wajib diberi prioriti yang tinggi. Alhamdulillah, setakat ini semua kes yang disyaki adalah negatif.

swine-flu

Selsesamu diberi nama saintifik, berbanding selsema burung, lembu gila dan demam kura-kura

Ini adalah di antara kriteria yang diguna pakai oleh pihak PPUKM untuk menyaring pesakit-pesakit yang mungkin dijangkiti dengan virus ini:

Kriteria A (semua):

  1. Mempunyai simptom-simptom seperti batuk, selsema, masalah pernafasan, sakit-sakit badan dan sendi, cirit-birit atau muntah.
  2. Demam dengan suhu melebihi 38.0ºC

Kriteria B (sekurang-kurangnya satu):

  1. Perjalanan ke negara Mexico dalam tempoh 14 hari yang lalu.
  2. Perjalanan ke negara-negara yang lain yang mempunyai kes yang disahkan positif dengan virus ini dalam tempoh 14 hari yang lalu.
  3. Mempunyai contact dengan sesiapa yang disahkan dijangkiti dengan virus H1N1.

Berdasarkan kriteria-kriteria di atas, saya pasti ia akan menimbulkan banyak tanda tanya dan kemusykilan terutama di kalangan mereka yang sering berulang alik ke luar negara serta pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara terutamanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Jadi, di sini saya menasihatkan, para pembaca sekalian agar tidak panik. Hanya mereka yang memenuhi kriteria-kriteria di atas sahaja yang wajib disaring di hospital (dan bukannya di mana-mana klinik).

Bagi mereka yang bercadang untuk ke luar negara pula, anda tidak dihalang daripada berbuat demikian, namun adalah dinasihatkan agar tidak mengikuti mana-mana konferens antarabangsa atau perhimpunan orang ramai di dalam tempat yang tertutup. Ini adalah kerana tempat-tempat seumpama ini mudah bagi pencemaran air liur (water droplets) tersebar apabila manusia berinteraksi sesama mereka.

Penganjur-penganjur Spring Gathering, Summer Gathering hingga ke Winter Gathering, mungkin kena tambah agenda dalam mesyuarat anda!

UMMU SAIF @ http://www.ummusaif.com
68000 Ampang

9 thoughts on “Jangan Mencarut Bila Selsema

  1. Tajuk entry kali ini interesting..hihi

    Tapi, yg peliknya..certain non-Muslim masih ‘membela’ dgn binatang AH1N1 ini. Bahkan mereka rasa ‘senang hati’ makan AH1N1 ketika ini.

    Main reason due to the infection cant trasmit frm food-borne. adeyh..

  2. salam doct..
    recently dgr dlm berita, researcher ckp xde kaitan pun actually kandang babi kt mexico tu ngn virus baru ni..jd kriteria kedua tu maseh on ke doct? tq^_~

  3. Alhamdulillah, setakat hari ni, belum dengar lagi berita disekitar Leeds, risau jugak. Semoga Allah lindungi kita semua dari wabak penyakit berjangkit ni.

  4. thnks doct 4 d info=) sambil2 ade bhn muhasabah diri kat cni, ade jgk latest news regarding health y supposely all medical students should know. em, betul..byk2 doa kat Dia.

  5. salam… jazakillah dr muna atas ingatan…

    mmg kena tambah agenda niyh nak wat prgm kat overc nii…
    alhamdulillah, stakat ni br 1st case confirmed kat south poland…
    doakan semua student2 malaysia di cni selamat… insyaAllah..

  6. kat japan, semua tak pakai istilah swine flu atau selsema b***
    pakai istilah shingata infuruenza= new type influenza.

    kat college saya pagi tadi dah kuar arahan kepada semua class teacher untuk check keadaan semua student every morning.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s