A Dinner For Two


p4140044

Baru-baru ini suami saya telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34.ย  Alhamdulillah, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkatiNya.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, kami akan membuat sambutan apabila tiba tarikh ulang tahun kelahiran walaupun sekadar makan-makan di luar seisi keluarga. Namun, kali ini saya inginkan kelainan, di samping tekak saya yang sangat teringinkan makanan di restauran ala Buffet dek kerana menunya yang pelbagai.

Di ceruk hati, saya mengimpikan Restoran Berputar Seri Angkasa di Menara Kuala Lumpur. Hasrat hati disampaikan kepada suami. Maka, pada pagi Selasa 14 April 2009, suami menghubungi restoran tersebut untuk membuat reservation. Ia perlu dilakukan terlebih dahulu kerana selalu juga restoran tersebut akan penuh dengan pengunjung. Tetapi saya rasa tempahan awal itu adalah untuk security memandangkan lokasi restoran di puncak Menara KL yang boleh jadi indah, mudah juga mengundang padah.
Alhamdulillah, masih terdapat kekosongan untuk sesi late dinner buffet.

Pada malam itu, kami bersiap selepas Solat Maghrib. Anak-anak telah terlebih dahulu disuap hingga kenyang agar mereka bersedia untuk tidur apabila tiba waktu untuk keluar rumah. Dengan bantuan bibik, maka semuanya teratur.

Saya mengenakan dress dan tudung yang dibeli khas untuk malam itu. Kebiasaan tahun-tahun sebelum ini, kami cuma berbaju kasual untuk pergi makan-makan di luar. Tapi, kali ini saya inginkan kelainan agar kenangan ini sentiasa segar di ingatan kami berdua. Sekali sekala kita perlu berbuat aktiviti begini bagi menyemarakkan cinta rumah tangga kita. Ini penting dan essential untuk keutuhan yang berkekalan. Jangan ingat, hanya mereka yang bercouple atau orang putih sahaja boleh buat seumpama ini.

Tapi suami tetap seperti biasa. Ke ceramah pun begitu, naik kapal terbang ke luar negara pun sama dan malam itu, beliau memakai baju Melayu favouritenya. Dan entah kenapa, saya sentiasa menyukainya. Mungkin kerana itulah imejnya sejak kali pertama kami bertemu.

Kami sampai di Menara Kuala Lumpur sekitar pukul 9 malam. Alhamdulillah, cuaca pada malam itu nyaman dan tidak mendung. Langit malam itu dipenuhi dengan bintang-bintang dan kami dapat melihat puncak menara dengan jelas sekali dari tempat parkir.

Inilah kali pertama saya sampai ke kemuncak Menara Kuala Lumpur semenjak ia dibuka pada tahun 1996. Teruja dengan layanan first classnya semasa menyambut ketibaan kami di pintu lif. Kami terus dibawa dengan lif ke Restoran Seri Angkasa yang berada pada ketinggian 282 meter dari permukaan tanah.

p4140036

Suasana di restoran sangat romantik. Lampu yang malap, pengunjung yang tidak terlalu ramai serta jauh dari bunyi yang bingit adalah suasana yang saya harapkan. Ditambah pula dengan alunan muzik piano yang didendangkan oleh seorang ahli muzik khas pada malam itu.

p4140037

Sejurus ditempatkan ke meja kami, kami terus menuju ke meja hidangan buffet. Almaklum sahajalah, perut masing-masing sudah keroncong. Kami terus memilih nasi minyak sebagai menu pertama. Seterusnya kami memilih makanan laut dan diakhiri dengan pastries dan kek. Terus terang, saya katakan makanan di sini tidaklah begitu pelbagai terutama di bahagian dessert. Saya pernah pergi ke satu hotel di seberang Hospital Kuala Lumpur yang mempunyai lebih banyak pilihan dengan harga yang sangat murah.

“Nampaknya, Ummi kena cari restoran yang lagi bestlah..”, bisik saya kepada kandungan saya.

Walau bagaimanapun, suasana romantik yang menyelubungi diri tetap menjadi pujian saya.

p4140052

Di akhir dinner kami, saya mendedikasikan lagu “Happy Birthday To You” dan “I Will Always Love You” kepada suami, yang didendangkan oleh penyanyi dan pemain piano khas tadi. Tetapi suaranya bermasalah sikit. Rasa nak minta suami gantikan sahaja.

Selesai makan, kami pun terus pulang ke rumah. Anak-anak sudah pun tertidur bergelimpangan di ruang tamu. Kasihan..

“Abi dan Ummi keluar sebentar sayang, demi untuk kebahagiaan keluarga kita..”

p4140051

UMMUSAIF.COM
68000 Ampang

62 thoughts on “A Dinner For Two

  1. assalamuallaikum…
    sweet sgt2…sy stuju!kdg2,org sllu pk bercinta okla nk buat semua ni without realize actually it was wrong…
    this is d best way…may Allah bless u both…insyaALLAH
    (^_^)

  2. baru nampak gambar kak muna tersenyum….. Alhamdulillah… semoga terus berbahagia dan diberkati… sesekali keluar berdua suami isteri memang penting … dan amat digalakkan… memang betul terasa kelainan dalam rumahtangga….

  3. Segan lak pulak. Keluar berdua, baru keluar senyuman saya..?
    Anyway, hari tu mmg kami cuti seharian, so takle penat cam biasa. Nak cari masa utk keluar berdua selalunya pagi jumaat utk ke pasar ampang aje.
    Setakat breakfast kat kedai mamak setiap jumaat tu kurang le sikit romantiknya..๐Ÿ™‚.
    So, kena lah extra effort sikit, esp sebelum deliver baby. Nanti lepas bersalin, mungkin susah sikit.

  4. hehehe.. tak pe kak muna… memang begitu adatnya.. bila gembira muka lebih senang tersenyum… hehehe, kalau dapat breakfast dan berbual2 pun jadiklah kan… kat sini… meja husband selang semeja dari saya… curik2 jugak berbual kalau kawan2 dalam opis nie tak ader… yang penting communication kan…

    dulu, saya nak keluar berdua tak bawak anak selalu aja tak berjaya sebabnya tak sampai hati… ada sekali tu keluar lebih kurang sejam .. hati dah mula nak balik rumah rumah, berbual pun kisah hal anak ajer…

    then, saya dan suami berpakat, sebelum keluar dating, kita kena gembirakan hati anak2 dulu… lepastu baru keluar, lepas tu dah tak rasa bersalah sangat… :):) In fact rasa bahagia dan gembira

    hopefully Allah lapangkan segala urusan kita untuk kebahagiaan bersama kan… aamiiin…

  5. Assalamualaikum wbt..

    So sweet=)
    especially ummusaif with the dress(it must be a jubah style of dress(^_^) and the tudung really make you an adorable pregnant mommy)..hehe.

    *kalo xsilap masa Permai lastyear abusaif ada pakai baju itu juge dan di cover ATN*

    Barakallahulakum ummusaif dan family.Ameen..

      • salam

        hahahha…sori…sy tergelak dgn ayat Ustza yg ni. Rs mcm nak setuju dgn Iman Aisyah. nasib baik ms ternampak Ustaz hari tu bajunya warna biru muda.

        Takpa. Janji isteri tersayang suka!

        hehehehe..

  6. UmmuSaif pergi Menara KL time mengandung coz teringin nak makan best2 yer!!sama jer kita.tp dinner u all romantika amat2. jeles pulak rasanya..ok salam perkenalan dari saya

  7. Romantiknya….

    Seronok tengok kebahagian ummusaif ngan ustaz…

    Saya pun berkira2 nak celebrate wedding anniversary yang pertama ngan suami..tapi mungkin kena bawa baby la kot….tengah plan nak suprisekan dia.

    lately, agak stress dan kurang layanan kat suami…nak tune jadi ummi ni susah jugak ye..

    kadang2 terlalu tumpu kat anak, pandang muka suami pun tak sempat…

    mmmm teruk kan…

    tapi orng still panggil loving couple sebab kebiasaan perkara yang ditunjuk masa di luar masih dibuat…
    cuma masa kat rumah jadi kelam kabut sikit….

    semoga ummusaif dan ustaz berbahagia selalu…seronok tengok suami isteri romantik romantik ni….:)

  8. Salam…
    pasangan romantik hingga ke syurga.Ameen..
    Selamat ulang tahun buat ustaz yg ke 34.Satu berkongsi tarikh dgn ayahnda sy.Semoga ummusaif dan Abusaif sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

  9. assalamalaikom wrt wbt dr.muna n abusaif…baarakAllahu laka wa alaika wa jama’a bainakuma fi kheyr…

  10. MasyaAllah. This is so beautiful! Saya yang membaca pun tersenyum simpul sepanjang pembacaan. Saya doakan UmmuSaif sekeluarga berbahagia di sini dan di sana. Ameen

  11. Assalamua’laikum ummusaif,

    Wah! seronoknya. Bagi yang mampu bolehlah. Tapi saya tak pernah rasa dan belum rasa nak rasa. Apa kata tahun hadapan ummu saif masak special pulak untuk suami tercinta. Kalau nak resepi ayam golek ada kat ibumithali.com. Cubalah. Semoga hidup berbahagian berpanjangan dan di berkati Allah hendaknya. Amin, amin.. ya Robbil alamin.

    • kalau tak dapat nak pi restoren berputar kat menara kl tu kita wat la candle lite dinner kat rumah saja….romantik juga…suprisekan dia dengan baju cantik dan hadiah yang sentimental…hihi…

      ok jugak candlelite dinner dan ayam golek……

  12. salam..dr muna..
    emm,senyum simpul sorg2 sy baca entry kali ni..sooo romantic!ehehe..wish to be like both of u-loving Islamic couples for every moment..anyway,semoga berbahagia for both of u and ur beloved kids also..may Allah bless all of u..

    salam ziarah~Cairo

  13. Ini baru true love. If di luar negara,makin tua bersama,makin romantik. Teringat kata-kata dalam sebuah buku, sepasang suami isteri itu perlu bagai ahli arkeologi,semakin lama semakin suka.^^ hihi…

  14. salam ummusaif. bila tengok anta dan suami, terasa memang anta berdua loving couple. ana suka tengok gambar anta berdua. romantik dan begitu tenang.semoga anta sekeluarga sentiasa dalam keredhaan dan rahmat Allah.

    • kenapa nak malu pula..ni lah salah satu cara utk menyemarakkan hubungan suami dan isteri..wajar diteladani dan dicontohi

  15. assalamualaikum kpd ummusaif dan abusaif,

    moga antuma berdua diberkati dan dirahmati Allah.sy amat2 berterima kasih kpd antuma berdua,krn bnyk menyedarkan kealpaan sy dlm mncari redhaNya.antuma berdua adlh pemudah cara dari Allah untuk sy memahami liku2 hidup,dan erti kehidupan itu sndiri.

    esp utk ummusaif,sy bnyk mengambil iktibar dr cerita2 ummusaif.ketabahan,rs tidak putus asa ktk bertugas mnjadi kekuatan+sokongan pd sy.doakan sy menjadi mukminah doktor spt ummusaif.

    jazakillahi khairan utk ummusaif.moga Allah berkati perjuangan dan usaha ummusaif+abusaif.doakan sy tergolong org2 yg beruntung.ntuk ummusaif,abusaif,saifulislam,naurah dan imad,sy sntiasa mendoakan kalian smua berada di dalam kebaikan dan rahmatNya.

  16. salam,
    syoknya kak muna date berdua mcm ni.. sejuk mata gee tengok.. spend time berdua dua ni perlu dlm rumahtangga.

    ps:- tudung purple nampak mmg kena dengan kak muna..cantik

  17. assalamualaikum ummusaif ….
    semoga bahagia selaluu bersama suami terchenta….
    romantik sesangat…..:)

  18. salam..

    Saya pun teringin nak meluangkan masa dengan suami macam tu..tapi tak pernah berkesempatan, mungkin ALLAH masih tak izinkan..Dengan suami yang terlalu sibuk dengan kerja, saya pun jadi hilang punca..Bukannya tak pernah mencuba, tapi jadi malu sendiri…macam bertepuk sebelah tangan…๐Ÿ™‚

    Tengok kebahagiaan org lain, saya jg merasai nikmatnya…moga ALLAH panjangkan jodoh kalian, berikan kebahagiaan yang berpanjangan dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat…

    Untung sgt ummusaif dan abusaif sbb ramai sgt yg mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kalian…Saya turut tumpang gembira…
    ๐Ÿ™‚

    • Salam ummie,

      maaf terpaksa reply pendek.

      Cuma pesan saya, dlm berumah tangga, jgn malu dengan pasangan sendiri dan jgn tunggu sapa buat dulu. Nanti takut terlewat baru nak menyesal, takde berguna. Itulah yg saya pegang selama ini. Kalau suami jenis segan nak manja2, kita manjakan diri dahulu. Lama2, dua-dua akan ok dan tak segan dah.

      Kecualilah suami tegur dah buang tebiat ke atau tak respon, baru kita slow talk dan tanya kenapa dia kata macam tu. Bagitau dia, walaupun respon dia tu nampak kecik dan takde apa2. Tapi kalau lama2, nanti jadi teruk dan perasaan akan hambar. Masa tu, nak duduk rapat2 atau berpegang tangan depan orang pun segan, apa halnya??!

    • kalau harapkan saya, sampai bila pun saya jadi suami typical yang ‘alergik’ dengan idea nak candle lite dinner ni. tetapi ummu saif yang mempengaruhi saya dan akhirnya saya menerima malah bersyukur.

      jangan jadikan keadaan suami sebagai halangan kerana mana-mana isteri yang mahukan hal seperti ini berlaku, mesti berusaha tanpa jemu๐Ÿ™‚

      tak ke gitu maknya?

  19. assalamualaikum….

    cantik la ummusaif, berseri-seri…..boleh jadi role model nie…..x pa anak2 kena tinggal mesti diorg faham dan bangga bila besar nanti, mesti diorg suka tengok kemesraan abi dan ummi diorang dari tengok pergaduhan. betul la tindakan yang ummi saif buat nie adalah untuk kebahgian keluarga jugak..
    keep ur good effort because keluarga bahgia masyarakat harmoni.
    semoga keluarga ummi saif membangun bersama Islam.

  20. Trima kasih atas nasihat dan panduan..mungkin usaha perlu ditingkatkan lagi kan?๐Ÿ™‚
    Apapun terima kasih sangat atas perhatian ummu/abu saif…

    terima kasih๐Ÿ™‚

  21. SALAM ZIARAH DR.MUNA…
    Alhamdulillah,ustaz dapat wife yg terlalu memahami.
    Saya respect pada Dr.
    Moga sentiasa dalam rahmat kasih sayang-NYA..
    ::Ustaz pernah datang kat Universiti saya..UMS Labuan..ceramah ‘Seminar pengurusan Cinta & Antara cita2 dan Cinta..’
    Memang seronok dengar dia bagi ceramah..

  22. sweetnye kak. hehe. versi saya kalo dinner for two, share nasi oncall dgn kawan yg kena TO pt, n tak sempat beli mkn.๐Ÿ™‚ Innalahama’ana.๐Ÿ™‚

  23. huhuu.. ok la cam tu. bukan suatu yang luar normal, normal dan masih biasa.

    org lain pun cam tu gak kan. apa nak malu.

    tp tu la. sy klu naik mkn kat tempat tinggi2, bukan nak pk makan dah, dok pk benda lain. hilang fokus lak. cari yg rendah2, boleh fokus, tenang… yg xkesah ngan tinggi2 xapa la.

    betoi apa yg ummu saif bgtau, laki ni kekadang suka biasa-biasa. tak suka sangat mengada-ngada depan org. cover2 control2 sket. kononnya la..huhu..

  24. bravo ummu saif for highligthing this issue…..sbb biasanya orang kita bila masih belum dalam ikatan yang sah je fikr nak buat cam ni…for me going out berdua dgn husband shj adalah very important…and what I normally do is try to go for lunch together sekerap yang boleh or early morning breakfast(which we used to do last time, but lately very difficult as nak kejar punch card at 8 am, sementelah bibik pun dah x time). Time macam ni x rasa bersalah sangat sebab anak2 dah ke sekolah msg2… Memang time limited but kerap2kan…I will say by going out together, nak tak nak you will be dependent on each other and will always remember the other half of you….somehow lately i’m missing most of the times we used to spend together as life is getting busier and busier nowadays…oh ye… cuti bersalin lam mana ye ummu saif..14 days? or ambik 60 days.. I’ve just delivered my no 7, and applied for 3-year unpaid leave , x tau approved atau tidak…any way enjoy your leave which i’m doing now….wasallam

  25. Salam,

    Both of u are just great.Alhamdulillah.Tak salah sesekali budaya bercouple, berromantik diterapkan dalam rumahtangga kan…Tak kisah pakai apa pun, yg penting sedap memandang di mata kita,isterinya.

    Anyway, congrates dari saya, salah seorang peminat anda, dan ustaz. U guys really give inspiration to me.!:)

    Doa saya for both of u, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berkekalan sehingga akhirhayat, sehingga di syurga.Amin.

    Salam…

  26. so sweat.. saya bgtu tertarik dgn kata2 ummusaif dalam petikannya yg berbunyi-โ€œAbi dan Ummi keluar sebentar sayang, demi untuk kebahagiaan keluarga kita..โ€
    may Allah bless both of u and your family n also the baby that will be coming soon..ameen

  27. Salam Ummu Saif,

    Sy selalu bc blog ustaz and never leave any comments. I’m a loyal follower of his blog and suddenly i notice a new look of Ummu Saif at his page. U look nice and calm..btw, boleh tau mana Ummu Saif beli tudung yg sgt cantik tu?

  28. salam..
    bestnya.. mmg bila kt dah lama berumahtangga mmg ada masanya kena spend time berdua jeee.
    cuma tulah ye, kekdg selalu teringat anak2 bila dah berdua tu.
    mmglah agaknya kita para isteri ni biasanya kita yang kena mulakan inisiatif untk bermanja2 dgn suami, sb kebykan suami ni klu bab manja2 kurang sikit.. cuma waktu2 tertentu je..
    walau macammanapun sy pun suka sgt tgk ummusaif dan suami beromantika begitu.. sb sypun teringin begitu gak

  29. Salam perkenalan,
    Alhamdulillah….That is how a husband and wife should always lakukan because love is a verb right….kak Lyn brkahwin 23thn and both of us still enjoy going out together.Dulu masa ank2 kecik,h bg tidur br keluar pegi mkn2.just spending the time together dpt menyemarakkan lg cinta kita suami isteri.This is something yang org kita jarang2 buat,sb trlupa dlm perkahwinan itu still ada the husband and wife…..

    Kak Lyn mula kenal buku aku terima nikahnya from sorang kakak ni, sb ank2 dh remaja.So it’s a good book for them to read.So kak Lyn pn beli and lps hbs baca bg ank perempuan yg 18yrs old baca n from there byk le discussion, then advice ank lelaki yg 19yrs old pulak baca.mlm ni buka saifulislam.com br tgk ada ummusaif.com.

    Baru2 ni di college ank perempuan di Sunway College ada simposium jemput ustaz, n ank kak Lyn pn excited bercerita.X plan k buat program bersama remaja n both of u ada ?

    Ok…last but not least, kak Lyn sentiasa berpegang teguh pada ayat Allah yg antara lain menyebut tentang mawaddah dan rahmah di antara suami isteri, so kita semua mesti berusaha ke arah itu dan kita akan sentiasa merasa satu ketenanagan bila memandang wajah pasangan kita.

    Wallahu ‘alam

  30. salam wbt, ummusaif…perkahwinan u”ll nmpk sweet sgt..nmpk seimbang dunia dan akhirat…contoh yg baik buat org bujang..hehe…doakan sy dpt jodoh spt ummusaif ye…tenang je..agak susah nk cr jodoh dan perkahwinan spt ni kat zmn2 skrg…pape pun sy tawakal je…hehe

  31. dont know why, tapi rase gembira and terharu bile bace post ni.. 2 great icons..2 excellent example of an ideal husband and wife…๐Ÿ™‚

  32. salam..

    alhamdulillah..seronok dan tumpang bahagia tengok pasangan merpati dua sejoli…

    teringin nak buat tapi belum berkesempatan..mungkin time balik umah mak ayah baru leh buat, tinggalkan anak2 kejap dgn parents…

    lama sangat rasa tak keluar berdua…dulu siap berangan nak naik motor berdua…kesian betul, huhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s