Isnin Yang Sibuk


traumateam

Hari ini saya bekerja syif 8-5 di jabatan perubatan kecemasan (A&E). Dan sekali lagi saya dilantik sebagai Registrar dan Team Leader of the shift memandang semua senior sedang sibuk menyediakan diri untuk peperiksaan akhir mereka.

Seperti biasa, syif dimulakan dengan proses ward round dan pass over case daripada staf malam kepada staf pagi. Sebagai Team Leader (TL), saya wajib tahu dan bertanggung jawab ke atas semua pesakit-pesakit yang datang daripada kawasan yellow zone (triage 1) ke green zone (triage 3 dan triage 4).  Setelah selesai pass over dan melihat semua kawasan (memastikan keadaan terkawal dan cukup staf), saya memohon diri daripada staf yang lain untuk bersarapan sebentar. Almaklum sahajalah, hypoglycaemia bagi ibu mengandung. Jam ketika itu menunjukkan waktu 9.45 pagi.

ISNIN YANG SIBUK

Saya pulang semula ke yellow zone pada pukul 10 pagi. Sesampai sahaja di situ, saya terus dipanggil oleh TL Resus MO (pegawai perubatan yang menjaga Red Zone). Didapati seorang pesakit dalam keadaan kritikal sedang dirawat. Tak lama kemudian seorang lagi pesakit ditolak masuk ke dalam resus. Seorang demi seorang pesakit kritikal ditolak masuk ke dalam resus. Hinggakan kami kekurangan tangan. Mujurlah beberapa orang pelajar akhir sarjana perubatan kecemasan yang sibuk dengan persediaan peperiksaan akhir datang membantu.

Sebanyak 11 orang pesakit kritikal telah ditolak ke dalam resus dalam tempoh 5 jam, sehinggakan seorang pesakit terpaksa ditolak keluar ke yellow zone disebabkan kekurangan katil resus. Pesakit itu kelihatan stabil dan sedang disoal sejarah perubatannya oleh pegawai perubatan unit jantung (CCU MO). Beliau telah tidak sedarkan diri (collapsed) dengan asystole kelihatan pada monitor jantung sewaktu sedang berbicara dengan doktor berkenaan. Astaghfirullah!! Menyesal kami semua. Tapi, mengenangkan latar belakang sakit jantung yang pesakit itu hadapi, kami sejurusnya tidak terlalu terkejut dengan kejadian itu. Cuma sedikit terkilan kerana beliau collapsed di luar resus seolah-seolah beliau stabil dan tidak dijangkakan akan meninggal dunia.

Secara totalnya, kami telah mengintubasi 7 daripada 11 pesakit tersebut pada syif pagi (dalam tempoh 5-6 jam) hari ini. Fuhh!!

SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

sbs

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

  1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

RUJUKAN

  1. www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
  2. www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
  3. www.dontshake.org
  4. en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang

64 thoughts on “Isnin Yang Sibuk

  1. Salam,
    wah penuh action di emergency ward!

    best juga..tapi tak tau laa saya ni dpt tak cope dgn semua itu nanti.

    tak lama lagi saya nak masuk clinical..di sini indonesia,kami dipertanggungjwabkan macam housemen di Malaysia utk buat semua mcm doktor buat,kira kelebihan juga,tapi mesti kena siapkan diri dgn kekuatan mental dan fizikal..

    Semoga dipermudahkan semuanya ya Ummusaif..salam buat anak2 yang comel=)

  2. pertama kali terbaca tentang kecederaan yang boleh diakibatkan oleh aktiviti menimang bayi ni. maknanya kita perlu lebih berhati-hati dan tidak menimag bayi terlalu tinggi, begitu ke ummusaif?

    sewaktu anak kawan saya masih kecil, kadang-kadang tinggi juga dia ditimang-timang. alhamdulillah masih sihat.

    SBS tu ada tak sindrom-sindrom yang boleh dikesan, dan seorang bayi tu pada umur berapa pembentukan leher dan otaknya menjadi matang dan kuat, sehingga kalau ditimang pun tak memberikan kesan buruk yang ketara?

  3. Salam

    Seperti yg saya maklumkan di atas, the slightest shake can also causes SBS. Different baby differs.
    Paling tak stabil ialah bayi kurang dpr 2 tahun. Otak kanak2 juga dikatakan hanya fully developed apabila mereka menjangkau 12 tahun. Oleh itu sawan panas mudah berlaku pada lingkungan 6 bln-6 tahun kerana faktor ini. Sebarang sawan yg berlaku lbh awal atau lewat dpd lingkungan ini amatlah merbahaya dan perlu diperiksa dengan teliti.

  4. Assalamualaikum wbt Dr Muna,

    Terima kasih dia atas yang sgt berguna. Cuma saya nak bertanya, buaian tu = buaian tidur ke buaian kat playground?

    Bimbang juga jika buaian tidur memandangkan anak saya gunakan buaian. Anak saya berumur 7 bulan, start guna ms 4 bulan. Tak nak ajar sbnrnya tp for the 1st 4 months tu dia mmg susah nak amek nap siang2 hari.

    Soalan kedua – Dr ada cara ke mcm mana tanak kasik anak tido dalam buai?

    Terima kasih. Semoga usaha Dr diberkati Allah selalu🙂

  5. Salam puan nur,

    mmg takde study atau statistik yg kukuh ttg correlation antara baby bouncer dan SBS. Tapi, mmg kt US dah haramkan semua buai baby esp yg berenjut tu (bouncer). Even byk jugak kes budak lemas dalam buai esp sebab tersedak susu dan terjerut tali buai.
    Bcoz as u can see, dlm buaian, permukaannya tak even so budak senang lemas bila terterap dan terpekup muka. Baby juga tidak mampu mengangkat badan mereka apabila berada di dalam buaian bcoz of the uneven surface.

    Mmg tak dinafikan budak tido lama dalam buai. Tapi kalau kita tgk, kita pun tend to ignore baby sebab depa nyenyak tido dalam buai. Wchich is not very good attitude esp kalau yg jaga tu baby sitter atau maid bcoz kadar conscious level mereka maybe lower than the actual parents.

    Budak mmg macam2 ragam. anak saya yg no 2 tu pun kuat nangis till she was 4 years old. tido buaiannya cuma selama 4 bulan je. Lepas tu taknak dah. Lepas saya tgk byk kes SBS ni, saya terus get rid buaian saya. Alhamdulillah yg no 3 tu tido menerap dalam cot.

    Maybe ada yg akan berkata mak2 kita dulu semua tidokan anak dalam buai, tapi takde apa pun yg berlaku.
    Well, kita juga jgn lupa, most of the health problem in the past was under reported. Tiba2 je anak jadi terencat akal and no one cares to bring their kid to the hospital. Aleh2 kata demam panas then terus jadi cacat. The end.

  6. assalamalaikom wrt wbt dr.muna…semoga dr. n family juga semua sahabat disini sihat walafiah insyaAllah.

    jazakAllahu kheyran for sharing ur experiences yet again. sometimes perkara2 normal yg kita lakukan can be very dangerous if not fatal. be it ignorance or plain carelessness. hendak lagi bila anak2 tu bayi. kita rasa as long baby tu tidor,kita boleh buat kerja tanpa di ganggu, rehat juga mungkin. kita rasa baby selamat. buaian ke,tidor meniarap ke, apa hal sekali pun…tersangat penting kita check on baby every little while setelah berusaha memastikan all neccessary safety precautions ve been taken. pastikan pakaian baby selesa,suhu sekeliling sesuai juga bantu baby tidor dgn baik insyaAllah.then,its demi nyawanya di dlm genggaman Allah SWT.

    with my first child, with no org tua or maid, i was petrified of mandikan my son. no confidence at all. i ended up sponging him till he was 6 months old!funny to many but memang risau nak handle bath time. alhamdulillah,he’s now 16,healthy n a 6 footer. son no.2,saya lebih yaqin then. seperti dr.muna kata, setiap anak itu mcm2 ragam…tersendiri. kita perlu blajar ,ajar diri n baby adjust kpd sekeliling yg baru.tiap kelahiran is an adjustment and conformity…

    hingga akhir hayat…

  7. thanks dr atas artikel ni..sgt berkesan di hati saya..anak sya baru usia 2 bln..tp pengasuh kdg2 suka asgt hayunkan buai laju2 time baby x nak tido..memang marah sgt..puas kdg tegur..sya nak mntk izin dr utk ltk artikel ni dlm blog..boleh?tq

  8. Tip utk puan Nur…jgn ajar anak dengan buai sejak dari kecil.Saya mmg tak ajar anak sy tido dlm buai (skrg umonya 1tahun 7bulan),letak je atas tilam lepas menyusukan dia,tepuk2 punggung sambil berzikir, insyaAllah lena..alhamdulillah dia tak perlukan buai untuk tido jika saya ada bersamanya, cukup dengan menepuk2,belai rambutnya.cuma sy tak dapat nk elak dia tido dlm buai semasa dalam jagaan pengasuhnya dulu.
    Sekarang mak saya yg jaga.masih berbuai dengan mak tapi kembali ke tilamnye jika sy dh balik kerja…

  9. ummu saif,

    menarikla artikel nih..rasa cam terkena kat diri saya sebab saya pun sebenarnya tidurkan anak dlm buai..memang risau jugak sebab sekarang nih dia dah mula nak berdiri ( 9 months 2 weeks) n selalu jugak la terjatuh ,terhantuk kepala…risau jugak..kdg2 x sempat nak sambut dia bila berdiri .rasa cam nak g buat imbasan kepala la..

    saya nak mintak izin dr ummu saif nak forward artikel nih kat kawan2..

    Thanks.

    • Salam Ms Noras

      Suggestion saya, lbh baik stop buai tu sekarang. Jgn tunggu ada head injury baru nak stop buai.

      Kalau bby takde simptom, tak perlu buat CT scan.

      Normal baby means, active baby, feeding on time dan minum susu tidak lambat ie mengambil masa lbh 30 min utk habiskan 1 botol, development appropriate according to age contohnya duduk, meniarap, merangkak dan seterusnya mengikut umur yg sepatutnya dan tidak lewat.

  10. umar baru 1 bulan 20 hari. isnin hari tu dah hantar rumah pengasuh. dah masuk buai..macam mana ye nak suh pengasuh tu tak yah pakai buai…smua anak yang diasuh smua naik buai, siap pakai mesin lagi. sejak lahir memang niat tak mau pakai buai..hari tu ada cakap, kalau boleh takyah bagi umar naik buai sebab takut head injuries ni, tapi dia kata tak pa…pengasuh ni alhamdulillah ok, tapi yalah, org lama, kadang2 dah pakai/guna method tu turun temurun tak mau la percaya sebab tak pernah kena…agak nya print article nilah bagi dia baca….

    • mmg rata2 nursery pakai buaian sebab senang nk jaga. tp ada yg cuma ada bby cot aje.
      so, kalau rulza insist gak taknak buai, maybe blh cakap betul2.
      Tp terus terang pakai buai ni mmg ada tendency utk baby tido lama dan penjaga pun lama buat kerja lain. Which is satu fakta yg menakutkan. Saya ada sahabat yg baby dia meninggal pd usia 4 bulan sebab tersedak susu dalam buai. Baby dia meninggal kt rumah, masa tu maid tgh buat kerja, alih2 baby dah biru.
      mmg byk kes baby lemas dalam buai.

      • ohya lupa nak reply pasal contraception tu. tak kisah nak pakai yg mana. Maybe blh try implanon kalau takut lupa makan pil. Setiap orang berbeza dr segi keserasian dan side effectnya.

      • ya la ummusaif, umar memang suka tidor lam buai. masa kat umah pengasuh tu letak saja dah tutup mata tidor…waktu tidur dia pun dah berubah…slalunya umar akan tidor pagi dan petang berjaga…ni kat umah pengasuh sepanjang hari dia tidor, dalam pukul 1pg hingga 4-5 pagi dia berjaga…saya letih tak cukup tidor…sekarang ni nak tune waktu tidur dia supaya petang, balik kerja sampai malam tak yah tidor…..kenala main2 ngan dia…….

  11. Assalamualaikum wbt

    Terima kasih kpd Dr Muna dan semua yang memberikan bantuan kpd saya utk get rid buaian tu.

    Sekadar ingin berkongsi, saya juga telah mencuba kaedah yang diajar oleh Jennifer Waldburger and Jill Spivack melalui buku mereka The Sleepeasy Solution The Exhausted Parent’s Guide to Getting Your Child to Sleep—from Birth to Age 5. Ada juga CD tapi saya baca buku tu je.

    Sila ke website ni untuk mendapat gambaran kaedah

    http://sleepyplanet.com/.

    Alhamdulillah buku ni sangat bagus [mengikut pendapat saya la] dan kesannya positif setakat ini utk ‘si kenit’ saya ni. Saya dah mengamalkan kaedah utk 3 hari. Siang dan malam tido dalam cot🙂 Syukur kepada Allah dan harapnya si kecik saya tu akan terus tido dalam cot.

    Sapa2 yang teringin mencuba …sila la beli buku tu…hmm boley beli terus drp website tu or amazon ke…Kalu kat mesia kena cari kat kedai2 besar la kot..

    Harapnya Dr Muna akan terus memaparkan tips penjagaan anak/keluarga dan kaitan dengan dunia perubatan.

    Wallahua’lam

  12. salam =)
    mak saya tidorkan anak2 dia (8 beradik kami semua) menerap jer…jarang juga masalah kembung perut =)

  13. salam kak Muna..
    artikel yang menarik dan berinformatif..proud ngn akak sbnrnye..dlm sibuk2 tu,smpat lg update post baru utk tatapan kami ni..hehe..

    frankly speaking, suke tengok n baca kisah hidup kak muna and family..u’ve inspired me a lot! i wonder how i’m supposed to face the real world when i become a doctor soon!!( 3 years to go..insyaAllah)ye la..nak pikir psl keje lg,family,keje dakwah and so on..hoping that i can be like u!hehe..insya Allah..

    Teruskan perjuangan kak Muna! Moga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga..aminn

    Far away,
    Cairo

  14. Assalamu’alaikum, Dear Dr.,

    Thanx for the info.. sgt tepat pada masanya..

    Sebenarnya my 1 year & 5 months toddler suka sangat pukul kepala dia (with his hands or anything that he is holding) dan hantuk kepala dia on the floor whenever he’s angry, doesn’t get what he wants and perhaps some attention. It’s been a few months, developments are OK (I think), but we are still worried. and we don’t know where to go to ask for advise or help. We are also afraid that the doctors will scan his head, coz we’re under assumption that scans are not good for the brain cells.

    He only started to walk around 2 months ago, skrg pun masih jalan macam budak2 baru jalan, not yet running. spoken words yg clear are “nak, nah, Auwah(Allah), and aba(supposed to be abi)”.

    Please advise on how to control my baby from knocking his head. Should we go and have check?

    It’s good now that I have a good reason not to buy thouse bouncers etc. Hampir2 beli sebab baby susah betul nak tidur. Thanks again!

    Wassalam

  15. Salam,

    ni lari topik la pasal head injuries ni…umar memang kuat menyusu..kadang-kadag dah kenyang pun masih nak puting susu ada dalam mulut dia…jadi terlebih susu la…saya dah cuba bagi puting untuk tenangkan dia..tapi dia refuse..selalunya nak sekejap saja..bila dah sedar tak sama, dia luah..

    yang merungsingkan, bila dah lebih susu dia selalu terjeluak dan mendorong kepada muntah…selalunya budak biasa kita istilahkan temak..susu tu keluar sedikit saja..tapi umar akan muntah semua susu yang ada lam perut dia..sekali keluar bersembur macam orng dewasa muntah..habis basah tilam..kami terpaksa bentang toto dan tidor di bawah..sedih sangat..kalau orng dewasa muntah sakit tentu baby seusia sebulan setengah lagi sakit..dia tak menangis lansung boleh lak tersenyum..lg sedih dan kesian kat dia….

    seingat saya, masa jaga adik saya yang bongsu tak pernah pula jadi kejadian macam ni…

    normal ke ummusaif…???? selain puting, dan pegang apa cara lagi kita nak calming baby

    umar tak pernah menangis kuat..dia akan menangis bila dia sakit.dia lak jarang sakit..kalau dia nak kita angkat dia akan bunyi2 dan buat2 nak menangis….

    risaula ummusaif..semalam menangis saya bila dia muntah macam tu……

    • Salam rulza.

      Bukan ke umar baru less than 2 months old?

      Well, selalunya kalau kes macam ni ialah ialah terlebih kenyang dan tak burp after each feed which is compulsory to do, even after breastfeed.

      Kalau baby selalu nangis mungkin sebab perut dia kembung dan banyak angin either in between feeds atau after feed bcoz kenyang sangat.

      So blh try mingak angin baby, tuam perut dia dan continue pakai barut baby.

      Jgn ajar dia over feed sgt kalau dah sah2 dia dah kembung dan end up dengan muntah (MUAK).
      Maybe blh try bagi air suam sikit after susu instead of bagi susu lagi.

      Jgn biasakan bagi baby bottle feed while baby is lying flat. ie Make sure head is a bit 45 degree.

      Kalau baby muntah disebabkan dia sakit (and not bcoz dia muak), biasanya dia takkan ketawa atau senyum. Selalunya baby yg sakit akan kelihatan sakit.

      Just nak make sure yg dia nangis tu bukan bcoz dia nak buai bcoz dah terbiasa kt tempat pengasuh??

      By the way, just nak tahu..what do u mean bila dia sakit..? Dah byk kali ke dia sakit at 2 months old of age??
      “umar tak pernah menangis kuat..dia akan menangis bila dia sakit”.

      • Kalau kerap sgt, dan tak improve dgn method di atas, blh bawak cek kt doktor. At least to get a proper examination and assurance.

      • aah, lagi 3 hari nak 2 bulan insyaallah….
        yala ummusaif, malam dia selalu muntah sebab saya menyusukan dia sambil baring dan terlalu mengantuk untuk burpkan dia….
        sian pulak kat dia….barut dah tak pakai sebab dah tak padan…selalu sapu minyak angin, pakai romper saja….belum lagi beli barut saiz baru…
        maksud dia nangis bila sakit tu macam, terhantuk kat saya ke, dia tarik rambut sendiri masa belum cukur tu, dan ada sekali dua tak tahan sejuk lepas mandi…
        dia memang jarang menagis kuat2…malah saya pun tak tahu dia kembung ke tak sebab dia tak pernah menangis lama2..kalau nak tahu dia kembung selalunya dia kentut busuk dan kentut banyak…:)
        apapun terima kasih ummusaif..sekarang ni memang saya gagahkan bangun untuk burping dia lepas menyusu…letih dan mengantuk tapi nak wat camana, sian kat baby….

  16. thanks ummusaif atas info tentang buaian tu..xpenah tau pon psl SBS tuh. Dulu mmg rasa baby ni sgt delicate sampai takut nak pegang. Beberapa tahun ni je dah berani dah, tp bila baca artikel ni jadi takut blk..tmbh2 pulak kalo dukung anak orang, huhu..

    Saya perhati, orang jepun xde buaian ni. Diorg tidurkan anak sendiri, dodoi atas tilam je. Kadang2 biar gitu aje diorg bole tido. Kalo tgk baby carrier dier pon, byk yg guna getaran dan bole goyang2 sikit je. Takde yg ayun atau enjut. Maybe they had influence from America. Now I realized that.

    Rasanya kita boleh biasakan baby tido tanpa enjut. Sbb kalo perhati, banyak Malaysian di sini x pakai buaian. But their children grew up just fine. Maybe we can take that as an example.

    Wallahu’alam.

  17. salam ummusaif,
    alhamdulillah..harini my baby dah 4months old and i dapat this very good info.i tau yg hentakan or henjutan melampau tak bagus untuk baby..tapi taktau pulak,timang pun yea..
    my daughter mule2 dulu nak berenjut je,mmg makin spoilt bile belikan motor untuk buaian..tapi tak larat sangat die tak tidur kalau buaian berenti henjut..
    pastu i bincang ngn babysitter supaya kurangkan pakai buaian letrik dia..alhamdulillah..sekarang buaian pun dia kurang nak..
    cabaran untuk ibu bekerja mmg byk bile nak besarkan baby ni..tapi kene sabar je kan..ummusaif lagila penat,dengan anak,suami,study,kerja..kagumla..

    boleh tak ummusaif buat skit artikel pasal breastfeeding..i would really love to know from you =)
    ramai doc yang jadi activist breastfeeding ni macam dr. shiha..tapi dr muna pun ramai jugak pengikut kt sini..mane tau kan,ramai yang terbuka hati nak exclusively breastfeeding..

    ok..salam hari minggu semoga sihat2 selalu

  18. salam ummusaif.

    Minta maaf, nak tanya satu soalan luar topik boleh?

    Saya junior m.o kat HRPZ2.. baru nak transfer ke KK bln ni.

    Saya nak tanya.. dalam kes unstable angina contohnya, boleh ke kita guna clexane instead of heparin? sebab clexane kan pocine base?

    Kalau nak kata darurat- masih ada pilihan lain iaitu heparin. Cuma heparin kena monitor PT/aPTT 6 hourly.

    Saya ada dengar fatwa kata boleh, tapi saya search kat internet tak jumpa plak.Jadi, saya nak try tanya Kak Muna, kot2 ustaz tahu ke =)

    wallahua’lam

    P/s: dah lama tak dengar kuliah agama.. rasa tak bertambah ilmu agama ni.. malah yang ada pun semakin hilang..

    • Salam.

      Saya, ustaz dan unit kardiology PPUKM memegang fatwa mengatakan ianya blh digunakan. saya tak ingat fatwanya. nanti saya tanya ustaz ye..

  19. Salam.

    Info yg amat penting.. Baru saya dan suami tahu. Thanks kak muna. Hari tu ustaz ada bg no telefon akak pada suami saya, kamal, untuk tanya apa2 lepas bersalin hari tu. Tapi, saya malu nak telefon. hehe.. Apapun saya selalu ikut web page akak ni.

    Nak mintak izin copy paste artikel ni utk perkongsian bersama dlm web page saya pulak.. Izinkan ye? Terima kasih.. =)

  20. slm kak muna.

    semoga sentiasa sihat & ceria selalu hendaknya.

    anak buah saya (1thn 2bln) baru meninggal 14/4/2009 lalu. punca sebenar dr. pun xdpt nak pastikan. kakak ipar sy ambik dari rumah pengasuh selepas dimaklumkan muntah keluar air yang banyak. bawak pergi klinik, klinik suruh bawa ke Hospital Seberang Perai. nadi lemah dan meninggal. tapi diorang claim kata sawan. tp saya rasa tak macam tu.

    1st ada macam kesan lebam kat belakang dia. kemungkinan besar jatuh. 2nd dia selalu juga ditimang, tidur dalam buai, kerap jatuh dan kadang-kadang melibatkan kepala dan badan.

    apa pun semua tu nak jadi sebab ajalnya yang tidak panjang. sedih sangat saya. satu-satunya anak abang saya.

    cuma saya nak tanya kak muna, if dalam kes sawan. apa cara terbaik kalau tiba2 berlaku dirumah? terus bawa ke hospital @ klinik? atau blh usaha sendiri sebelum dibawa ke hospital?

    tq v.much

    • salam.

      mmm.. susah nk cakap. tp sepatutnya WAJIB buat post mortem bcoz unknown cause of death, esp kalau suspicious of child abuse or SBS. tak blh diagnose sawan bcoz takde sape2 pun witness, so wrong utk doktor tulis diagnosis tu.

      kalau takde buat post mortem, maknanya doktor pandai2 bg diagnosis. medicolegal, ianya salah. dlm islam, tak salah pun buat post mortem, so kenapa kita pandai2 bg cause of death just to waive the post mortem.

      Dlm kes sawan, esp 1st one and dlm famili yg takde doktor, wajib bawak ke HOSPITAL. Mana2 1st sawan akan diwarded for thorough observation, investigation and family education.

  21. terlupa pulak. yang anak buah saya tu, dia tak demam apa pun. cuma tak lalu makan, merengek dsb.

    satu soalan lagi, kalau anak age 1/6mnth, tak nak makan, biasa ke x? perlu bagi appeton etc ke?

    • less than 2 years biasanya tak perlu makan appeton lg.

      weight dia mesti proportionate to age. cuba tgk, weight dia kt bahagian mana (dlm kad imunisasi dia tu).

      kalau underweight sgt2, advisable jumpa pakar kanak2/dietician for thorough investigation. kadang2 anak kita ada sakit spt thalassemia ke, tumour ke dll yg lambat didiagnose tp the only symptom is failure to weight gain. kanak2 tak tunjuk simptom mcm org dewasa di mana org dewasa lbh spesifisik.

  22. salam k.muna.

    saya ada tulis komen dlm blog saifulislam.

    “assalamualaikum u.hasrizal & ummu saif.

    kami sekeluarga berkesempatan menziarahi booth galeri ilmu, tapi disebabkan terlalu ramai orang, anak pula tertidur agak sukar untuk menyelinap, bertemu dengan ustaz.

    apa yang saya terkilan sedikit, saya terperasan macam ummu saif yang berlegar-legar, malah memang berselisih dengan beliau, banyak kali juga rasanya. tapi takut pula untuk menegurnya. takut tersalah orang sebab muka macam lain bila bersemuka. bila tengok gambar di atas memang tidak syak lagi, memang betul ummu saif!.

    bila lah pula boleh berjumpa. belum berkesempatan nak kenal bersemuka. apa pun sampaikan salam saya pada ummu saif. mintak maaf kerana tak tegur kelmarin. kalau tegur tersalah orang pun apa salahnya kan… semoga ada rezeki untuk kenal lain kali..🙂 ”

    ala..rugi rasanya tak tegur akak semalam. tak taula akak perasan ke tak. hati nak tegur tapi mulut berat pula nak keluar salam. hanya senyum. saya pakai tudung kuning, pakai cermin mata, dukung anak. akak tak perasan kot, ramai orang kelmarin kan.. bila pula kita boleh berkenalan berdepan..

    apa pun semoga dipermudahkan Allah segala urusan.

  23. assalam..
    saya pernah dgr pasal SBS tp x detail sgt n x tau yg tdo buai pun blh jd puncanya. Anak sulung alhamdulillah sekarang dah 4thn n memang x tdo buai dari kecil. now rasa risau sangat dgn anak kedua sy yg umur 7bln. act sblm ni dia x tdo buai. tp bila saya mula krja sebln yg lepas, dia tngl dgn maid kat umah n tdo dlm buai sbb anak saya nih masa awalnya xnak dgn org lain n hanya nak breastfeed. jd nak mudahkan orang yg mengasuh. tdo buai tu antara caranya. now alhamdulillah dia dah nak minum susu dlm botol. maid sy suka enjut je buai tu walaupun baby dah tdo. adakah perbuatan tu blh sbbkan SBS dlm jangka masa panjang? sekarang ni sy rasa baby sy xde sebarang masalah kesihatan. then saya ingat nak simpan jer buai tu n biar baby tdo atas tilam je. tapi risau gak klu nanti baby nangis nak tdo, maid tu goncang2 kan lak nak suruh diam. harap ummusaif dapat berikan komen. terima kasih.

  24. salam ya ummu saif…..sy nk tnya ni….cofuse la saya…patut ka sy p wat medic kt mesir?…..sy duk search la skit2 sai medic ni….nmpk cam payah ja….tp ni hrpn mama dgn abh sy….sy pun rs tanggungjawab gak tuk amik medic ni demi islam….tp cam rmai ja yg dh wat medic….patut ka??….apa kriteria yg perlu tuk jd doktor ni???….ok dak medic kt mesi….sy search x la dpt bnyk sgt….tp mungkin pngalaman ummu ble bg skit2 kt sy..sbb bila sy bc blog dr.leokid…sy rs cam payah ja medic..takut x tergalas beban nnti….putuih orat kepala say…huhu…tlg yer….syukran…

    • Assalamualaikum Nur.

      Sementara menantikan jawapan Ummu Saif, saya nak share beberapa panduan.

      Awak kena tanya diri sendiri, apakah cita-cita emak dan ayah itu turut awak kongsikan bersama sebagai cita-cita awak juga? Study medic memang susah. Tetapi study benda susah ni selalunya lebih mudah untuk berjaya berbanding study benda senang yang menyebabkan pelajarnya suka main-main.

      Dah ramai yang buat medic? Masih ramai dan ramai lagi yang diperlukan. Nisbah doktor : pesakit di Malaysia masih jauh dari sasaran.

      Jemput baca artikel saya di saifulislam.com, KENAPA MAHU JADI DOKTOR http://saifulislam.com/?p=402

      • waalaikumussalam w.b.t….jazakallah abu saif….sy mmg ingin jd doktor 2….tp bla sy search2 tenet cri sai medic nya silibus….sy rs macam bnyk ja…sy tgk pun rs macam bole ka sy buat ni??….lagipun…abah sy ni nk antq sy p dgn duit sndri….sy takut nnti klu sy xle…sy membazirkn duit dia…..km bkn senang sgt pun….mmg Blajar lillahi Taala…tp sy cuma riSau bila tgk silibus dia bnyk…..
        ok….sy tgk dlu blog abu saif…mungkun membantu saya…syukran

  25. salam..maaf mencelah..semua orang akan ada rase perasaan sebegitu masa mula2.tp dah lama2 okla.study medic xsusah sgt sebenarnya.xla smpi bole putus urat kepala.hehe..cuma subjek die je yang tersangat banyak dgn byk bnda yang kena hafal plus perkataan yang pelik2.klu bole study secara konsisten, concentrate dan sgt memahami apa matlamat hidup kita, insyaAllah segalanya akan mudah.memang kadang2 tu akan rasa down sgt atau rase nak give up.so time ni la gunanya rakan2 untuk memberi kata2 peransang dan muhasabah diri secara berterusan sgt penting untuk survive dlm medic.saya masa mula2 dulu pun amek medic ni pun atas kehendak parents. terasa juga kesengsaraannya bile hati xikhlas dan rase nak memberontak.lama2 bila dah kenal cinta pun mula berputik.hehe..actually it is among the best job yang ada byk peluang untuk kita berdakwah.tolak tepi pasal ke’glamour’an seorang doktor..maaf terpanjang plak..hehe

  26. kepada nur,

    tambahan kepada komen abu saif.

    sekadar memberi pendapat. apa yang lebih penting ialah awak kena fikirkan bukan betul ke saya nak belajar medic, tetapi betul ke saya nak jadi doktor yang baik?

    retrospektifnya, saya pasti ramai doktor akan setuju dengan saya, sebenarnya waktu belajar tu adalah waktu yang paling senang. tak ada tanggungjawab lain , cuma belajar sahaja. tetapi bila dah bekerja, tanggungjawab dengan keluarga , dengan ibu bapa, dengan diri sendiri, dengan pesakit itu semua kena ambil kira. stress kerana gagal menseimbangkan perkara-perkara begini , menjadikan doktor tersebut tak sebaik yang sepatutnya. walhal itu yang patut menjadi matlamat utama, iaitu doktor yang baik. tak kiralah masa awak houseman, atau medical officer atau pakar.

    cadangan saya, pergi ke mana -mana hospital, perhatikan dan fikirkan . ini yang akan menjadi cara hidup selama berpuluh-puluh tahun. belajar tu 5 tahun saja, tak memaparkan kehidupan sebenar doktor pun. lain belajar dan lain alam pekerjaan,

    kalau rasa tak sesuai dengan diri, banyak bidang lain lebih menguntungkan dan tak kurang peluang berdakwah pun. bidang farmasi sekarang ni, banyak peluang terbuka luas. doktor gig. Physiotherapy.

    silibus mana-mana pun banyak. percayalah cakap saya, 5 tahun pun tak cukup belajar. masa houseman masih banyak belajar. masa jadi medical officer pun, masih kena belajar. nak jadi pakar, lagi banyak nak kena belajar.

    buat attachment kat hospital. duduk di wad atau jabatan kecemasan, paling kurang 2 minggu. tengok apa kerja doktor, di luar dan dalam waktu pejabat. kemudian buat keputusan, apakah aku sudah bersedia untuk jadi macam ni? kalau ya, teruskan cita-cita tu.

  27. tambahan sikit, untuk pengetahuan abu saif, dalam 5 ke 6 tahun lagi, nisbah doktor ke pesakit di Malaysia akan melebihi yang sepatutnya. sekarang ni terlalu ramai graduan baru, tak semuanya seperti yang diharapkan. satu department ada 15-18 org houseman, setiap tahun akan meningkat dan meningkat. mungkin dalam 10 tahun, para doktor tak ada kerja!😀

  28. kepada 5th year m.o,

    tunggulah 100 tahun lagik (atau lebih)utk tengok doktor2 kat malaysia ni tak de keje hehe

    Tunggu lah biar dapat tengok doktor keje shift dalam setiap department dulu (macam kat A&E)

    p/s- doktor bertambah, patient pun bertambah. penduduk pun makin health conscious

    kepada nur,

    cuba tanya medical student mesir nama Fatin (www.izzrawda.wordpress.com)

  29. 😀

    ummudamia, saya pun harap begitu juga. orang tak ada master macam saya, kalau excessive doctor . mesti jadi keutamaan untuk dibuang kerja….

  30. Salam ummu saif,

    im interested to do ED or ICU for my elective back in Malaysia.
    Boleh suggestkan whih hospital yg bagus x?
    I heard Sg Buluh is one of the high-tech hosp.

    • salam.

      kalau teaching ED, saya cuma tahu satu je iaitu PPUKM. Tmpt lain saya tak tahu. Tp kalau nak banyak kes, gi lah HKL. EPs pun ramai kt situ. HOD dia pun father of EM Malaysia.

  31. salam ummu saif…sy sedang blajar dalam jurusan yg sama…kalau bole mahukn sedikit nasihat waktu dalam keadaan tengah down2 ni,paling2 lagi dalam waktu exam ni,waduhh..kadang rasa macam not at the right place aje…

  32. salam lin.

    nak nasihat camana ye? InshaAllah ok punya. Blh minta tolong dr rakan2 disekeliling juga.
    Maaf tak dpt byk membantu. La ni tgh warded kt hospital.

  33. wassalam ummu saif,

    mm mcm ni, slalunye ape yg ummu saif ingtkn dlm minda kalau dlm keadaan tgh xde semanga..i mean what makes u go through it,n nt regretting wht u r doing,sbb sy baru aje thn 2 dh rasa macam nk give up je kadg2…

    susah utk sy nk tahan pressure,n buatkn sy x bole nk bg yg terbaik dlm exam…trus terang sy ckp,thn ni pn sy ade carry 2 papers…semangat dh makin hilang bile tgk kwn2 yg lain yg x carry papers,n membuatkn kadg2 sy rasa course ni mcm bkn utk sy je…susah utk sy nk bina semangat dan motivasi baru…jadi sy nk tau klu2 ummu saif n rakan2 lain dsini pernah ade x situasi mcm sy,dn ape yg boleh dbuat utk nk boose up that spirit blk…kadg sy rasa mcm sy dh lost diri sy,mcm bkn sy yg dulu,yg sentiasa akan overcome ape kesusahan pn yg dtg,n sebenarnye sy masih lagi mencari cara study yg berkesan

  34. slm ummu saif,maaf sy terlepas bce ummu warded,sy doakn ,moga ummu saif bertenaga kembali dan sentiasa kuat utk hari2 yg akn dtg…moga rahmat Allah sentiasa berada bersama ummu n keluarga..jazakillah

  35. Salam ummusaif..

    Saya baru naik office semula setelah seminggu cuti.Kena jaga umar sendiri sebab belum dapat cari pengasuh yang baru..

    Dilema sangat2 bila cakap pasal pengasuh ni…

    ummusaif tau, khamis dua minggu yang lepas bila saya ambil umar petang tu, ada satu garisan panjang kat atas kepala umar. seolah-olah kepala umar crack…garisan bermula dari depan kepala. memanjang secara vertical naik ke tengah kepala kemudian memanjang ke sebelah kanan hingga ke hujung secara horizontal…masa tu saya sangat panik..terkejut sangat bila tengok keaadaan umar macam tu…saya tanya pengasuh kenapa kepala umar ni…ummusaif tau terkilannya saya bila pengasuh jawab macam mana saya boleh tak sedar yang garisan tu dari kecil lagi umar dah ada…Suami saya angin la..dia tinggikan suara sikit dia kata jangan nak tipu garisan ni tak pernah ada…pastu pengasuh jawab dia tak perasan pulak…
    saya detect la macam dia nak sembunyikan sesuatu…

    masa tu malas nak panjangkan cerita kami terus balik dan ke klinik..

    meraung saya lam kereta sebab saya takut sangat…

    tapi umar seperti selalu jarang nak menagis..dia cuma senyap saja.dan tiada reaksi sakit..

    mujurlah saya ke klinik garisan tu hilang beransur2…kami tunjukkan gambar kepala umar…dctor kata mungkin takda apa sebab umar pun tak menunjukkan reaksi tak selesa dan sakit…apapun alhamdulillah tak da benda yang serius jadi…

    saya terkilan sangat cara pengasuh ni….sebelum ni pun ada la beberapa kes..

    ada sekali tu saya pergi mengejut tengok umar,saya dengar umar menagis kuat..masa tu tengah mandi..saya tanya mandikan dengan air panas tak? tapi pengasuh beria ia cakap ya…tapi saya dapat rasa dia bohong sebab umar sepanjang ngan saya memang dua kali saja dia nangis masa mandi..sebabnya mandi air sejuk…saya detect dia bohong…Ada sekali jari kelingking umar kena gigit binatang…bisa binatang jangkit ketangan kelingking satu lagi..saya tanya pengasuh dia perasan tak apa yang gigit..tapi dia kata benda tu dah ada sejak kami hantar sedangkan saya dah cek masa hantar takda apa2…

    huh banyaklah kes pengasuh ni….

    lagi satu pengasuh ni suka tuang bedak atas baju dan dekat diaper..
    kalau kar diaper tu habis masuk bedak lam “nunu” umar….pastu kalau kat baju bila tepuk2 belakang umar atau alih umar abis bedak terbang2..saya pesan kat dia kalau nak letak sapu2 dah la…takyah letak banyak sebab takut “nunu” umar sumbat dan merah2 dan takut jadi asma.
    last pengasuh terus tak letak apa2.saya pesan supaya letak krim kat anus umar pun dia tak buat..abis merah sebab pengasuh selalu lambat tukar lampin….sian umar bila berak nangis sebab pedih..

    saya bukanlah cerewet tapi saya cuma sedih bila pengasuh ni sembunyi hal2 yang patut dia bagi tau kat saya…saya takut kalau apa2 jadi kat umar kat rmah pengasuh dia diam saja..saya bukan nak marah kalau umar kena gigit binatang ka, dia tersalah apa2 ka.cuma bagilah tau supaya boleh ambil tindakan cepat kalau rasa benda tu bahaya..

    sedih sangat ummusaif…sudahla saya tak dapat jaga umar..bila dah bagi pengasuh dia pulak buat cincai….

    fobia nak cari pengasuh….9/6 ni nak bawak umar pi paed untuk imunisasi keempat..nanti nak tanya pasal kepala umar tu..perlu atau tak untuk buat imbasan….

    tapi alhamdulillah setakat ni umar ok saja…

  36. Assalamualsikum, Dr Muna… I just came across your article. Requesting permission to publish this on my clinic page…Klinik Danau Kota, to share the info with my patients. Pete Kate your respond…may I…? JKK

    • Wkmslm. Blh apa salahnya. Just masukkan skali the original link and my name (just in case ada org lain yg akan xerox/copy later and for copyright purpose). Tq🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s