Pangkor, Here We Come!


800px-pangkor

Tak sabarnya nak ke Pangkor. Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

Setelah penat menghantar bibik ke LCCT siang tadi, malam ini saya sibuk membuat persiapan untuk hari esok. Tatkala anak-anak sedang lena dan suami tercinta sedang menyiapkan manuskrip buku ke duanya, saya terkial-kial memikirkan baju yang perlu dibawa sepanjang percutian kami kali ini.

Sekali sekala, saya menjenguk suami. Milo panas dihidangkan bagi menyegarkan matanya yang separuh kuyu. Satu pertiga lagi katanya. Kasihan, dateline telah pun tiba. Buku baru perlu disiapkan bagi mengejar pesta buku April nanti. Ahh, tak sabar saya hendak melihat sambutannya..

Saya meneruskan usaha. Ah, apa lagi yang perlu dibawa?

Baju, swimsuit anak-anak, pelampung, susu dan botol susu, diapers dan yang paling penting ubat-ubatan. Ini adalah rutin biasa saya, memastikan bekalan ubat-ubatan cukup sebelum berpemergian, baik untuk diri sendiri, suami dan anak-anak. Actifast, sirap panadol, ubat batuk, ubat selsema, inhaler dan aerochamber serta antibiotik yang baru sahaja dibeli siang tadi sudah siap dimasukkan ke dalam bekas. Alhamdulillah, semua supply mencukupi. Diharap demam yang tidak surut-surut ini kebah selepas menelan antibiotik tadi.

Sudah 4 hari saya demam, manakala suami pula baru 2 hari demam. Alhamdulillah, anak-anak masih aktif dan ‘kebal’. Syif malam yang berlalu baru-baru ini begitu memenatkan, dek sebab demam viral yang melemah longlaikan saya. Antibiotik terpaksa ditelan untuk membantu sistem imunisasi demi percutian yang bermakna ini.

Sekali sekala, saya menjenguk blog suami.

Isk, ada seekor langau rupanya di sana. Suami telah pun ‘menguruskannya’.

Suami masih lagi mengadap manukripnya. Ntah bila siapnya. Harap, tidak sampai ke subuh. Teksi sudahpun dibook pada pukul 8.30 pagi.

Waduh, mata saya terkebil-kebil mengantuk.

Ok Pangkor, here we come.

Semoga, cuti kali ini benar-benar berbaloi dan menceriakan semua ahli keluarga saya.

UMMUSAIF.COM
68000, Selangor.

16 thoughts on “Pangkor, Here We Come!

  1. salam ummusaif..

    Hmm ubat sakit perut ada tak…
    ni selalu jadi kalau tak kena gaya..

    Semoga gembira dan ceria.
    Nanti balik cuti penat satu round lagi silap-silap.Post-holiday mood;
    tetapi melihat jadual Ustaz dan NATURE kerja doktor.. ni susah nak jadi.

    Saya juga bercuti.. sebab tu tak leh brek komen..
    Cuti adalah berpeluang mengadap internet…..

    • Hmm.. risau pulak SAYA langau tu.. asyik dok komen je..
      tak pa minggu selepasnya saya kena masuk gear 3 semula, dan hanya dapat baca je posting2 kat SIO dan USC ni..

      • @ummu_alya,
        maksud saya..
        risau pulak, adakah saya langau tu.. asyik dok komen je..

        Sebenarnya melihat wajah ummusaif mengingatkan saya kepada sahabat lama yang akrab yang berasal dari Teluk Intan, (dulu saya pernah ke rumah beliau di Teluk Anson masa tu…). That was more than 20 years ago..
        If we ever met now, i dont think we recognize each other..

        Sebab tu adakalanya saya melihat wajah ummusaif di sini dengan pandangan —
        ntah le.. campuran kagum, hiba dan empati..yang adakalanya terkeluar dalam nota2 saya disini.
        Hmm.. saya tak berapa mahu berjumpa beliau.. kerana diri ini yang tak setaraf ilmu dan sebenarnya telah jauh menyimpang, dan asyik jatuh bangun mencari kehidupan.

        Maaf- diluar tajuk dan diluar lingkungan. Maaf zahir bathin.

  2. Salam semua

    mm, baru sempat menjenguk blog saya ni.

    Oh, langau tu bukan ummualya. Definitely not!
    Muka saya ni macam2 rupa. Tapi, most of the time nampak stress aje, betul tak? Bukan apa, this pregnancy dan 3 anak kecil plus takde maid mmang memenatkan. Cuma saya jarang sekali menceritakan/mengeluh. Automatik aje terpancar kat muka saya ni.Kalau dulu, penat2, saya blh gagah jugak nak uruskan rumah dan anak2, tp kalau dah penat dan pening tu, saya betul2 surender. Abu saif sahaja lah harapan dan hero saya.

    Saya pasti ummu alya dah lalui zaman anak2 kecil ni. Tak sabar rasanya nak tunggu depa dah besar. Mungkin, masa tu relaks sikit. Tapikan, saya rasa sampai mati pun, risau dan overprotective kita takkan hilang utk anak2, betul tak?

    • @ummusaif,
      memangpun..
      lepas tu risau cucu pulak..

      Adakalanya nampak macam stress tapi tenang dan tabah..
      dan satu lagi.. apa ye.. tegas kot. Kalau tengok seri wajahnya anak perempuan, tapi kalau tengok “cool”nya anak lelaki.. ye la kalau tak lelaki perempuan kann he..
      Memang sukar tak de maid. Tapi ada maid pun susah!

      Semuga sihat dan tabah selalu..

  3. salam ummu saif.
    kuat semangat betul ummu saif ni. saya yg x kerja ni pun separuh pengsan uruskan rumahtangga, apatah lagi dr muna.
    cuma saya nak tanya pndgn ummu saif sebagai doktor, apa kesan jangka panjang pengambilan ubat2an yg base on drugs mcm panadol dan suma ubat2an klinik yg lain? macam mana dgn homeopathy? ada beberapa kwn saya yg x ambil langsung suntikan imunisasi utk baby sebab rely on homeopathy. apa pndpt ummu saif?

  4. Salam ummu Said.

    Semalam doktor conventional medicine/modern medicine, saya tak nak komen ttg perubatan yang lain. Cumanya kelebihan modern medicine ini ialah ianya evidence based ie research dah dilaksanakan berpuluh tahun dan kesannya telah dibuktikan sama ada baik atau buruk.
    Research juga telah buktikan apa kesannya kalau tak ambik imunisasi.
    Disebabkan bakteria dan virus telah berkembang jauh lbh advance dpd dulu dan lbh ramai pendatang asing la ni, maka saya rasa mmg tak wajar utk tidak ambil imunisasi.
    Saya lihat banyak kes dimana pesakit melewat2kan rawatan moden dengan alasan berubat ‘cara kampung’ dan sebagainya, tapi last2 cari jugak hospital bila dah teruk. Yg heran tu takde pulak yg stay dengan cara perubatan ‘itu’ hingga ke ‘akhir’nya. At the end, ‘pakar’ mereka itu advise gak gi hospital.

  5. assaamualaikum, puan maaf off topic tapi sy dah lama nak cari buku ATN kat book store tapi masih tak dpt2 sehingga sekarang ade ke stok pada puan buleh sy beli dan dptkan utk beri pada suami yg berada di luar negara..semoga dia dpt manfaat dari buku tersebut..tq

  6. salam puan nurul.

    Maybe blh cuba mph or hubungi pihak galeri ilmu sendiri. FYI, kami pun beli kt kedai bcoz ust cuma siapkan manuskrip tp the rest semua urusan galeri ilmu dgn stokis. Maybe blh contact or masuk web MPH.

    Semoga dpt membantu sedikit sebanyak.

  7. assalamalaikom wrt wbt ummusaif…semoga di rahmati Allah swt dgn health,strenght,patience ,hasanah thruout insyaAllah buat ummusaif n fmly.

    have u come across the book,’ what your doctor doesn’t know about nutritional medicine may be killing you ‘ by ray d. strand,m.d….he was in town recently. its worth a read. check out his web,www.nutritional-medicine.net

    anyways how was ur holiday? post holiday ni sometimes lagi meletihkan. moreover kena start work soon after the hols. i gave up my career to care for my boys when they started school. my work involved travelling,masa anak2 kecik boleh lah bawa. it was like going on holiday for them then. am happier n more settled now…just getting older,my sons are in their teens,a trying time for sure.alhamdulillah tho. challenging for both parents n anak2.

  8. Salam puan nur,

    tq for the suggestion. and i have no objection with nutritional medicine. it is just that at the moment, i am at my own speciality. nak peghabih belajo yg ini pun dah jenuh hehe..

    ya, it is true, post holiday is very tiring esp with the big bundle of dirty laundry and getting back to work. with rainy days and no helper at home, doby shop is our alternative.🙂

    how i wish to give up my work as well but i have no luxury in doing that which includes financial reason mainly plus long term and future stability.

    Alhamdulillah, still have 1 year to go b4 finishing my masters programme. Then, inshaAllah time will be more flexible and more holidays, definitely!

  9. assalamalaikom wrt wbt ummusaif….alhamdulillah. nice to hear from u.

    not everyone of us have the pleasure of giving up work. i am still contributing in my own time n way but its out of choice. from home mostly. i’m a psychologist by training. as an muslimah doctor its best u stay in practice, theres too few around. its an encouragement and pride to be a muslimah doctor. keep it up,barakAllah alaiki.

    before u know it ur children will be able to help out with household chores insyaAllah. at 5 or 6 yrs children boleh make their own beds, put laundry in the washing machine,separate the coloured,whites laundry….tak perfect,under supervision of course. my boys were taught to pack their bags for travel around that age too…kena siap lists lah. depa tengok list, masuk dlm bag. kalau tak letih bercakap. memang banyak reminders in black n white with my boys. until now! semoga di permudahkan Allah swt segala urusan insyaAllah.

  10. Assalamualaikum,

    Saya nak ucapkan pada suami puan, terima kasih atas buku beliau Bercinta Sampai Kesyurga telah membantu saya memberi fahaman & penerangan tentang tugas anak2 yang dah baligh dalam menghormati, menyanyangi & berikhsan kepada kedua ibu bapanya dan tidak menghukum mereka jika ada salah & silap semasa membesar & mendidik mereka.

    Ke tiga-tiga buku beliau telah saya beli & baca…saya berharap suami puan dapat berkarya & menghasilkan buku seperti itu bg membantu ibu2 seperti saya yang kurang ilmu untuk dikaitkan dengan hadis & al-quran.

    Terima kasih banyak2. (saya tak sabar nak datang kerja hari ini untuk melihat wajah2 comel anak2 puan)

    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s