CONDOS ARE NOT SAFE ANYMORE?!


gambar-hiasan

Semalam, saya bekerja seperti biasa. Sibuk, penat dan pening dengan pelbagai sakit dan ragam manusia sudah menjadi lumrah bagi kerjaya yan saya pilih ini. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Dan alhamdulillah, keadaan di jabatan saya semalam tidaklah begitu sibuk.

Namun, ada sesuatu yang merunsingkan saya. Satu kes kanak-kanak perempuan sekolah rendah yang dicabul di tangga kondominium tempat tinggal beliau.

Ceritanya begini.

Seorang murid perempuan tahun 6 sedang turun dengan menggunakan lif rumahnya. Manakala si ibu menunggu di tingkat bawah kondominium. Sampai di satu tingkat, seorang lelaki memasuki lif tersebut. Lelaki tersebut telah menahan beliau daripada keluar dari lif dan kemudian menekan butang lif ke atas. Beliau telah dibawa ke bahagian tangga kondo.

Daripada cerita murid tersebut, lelaki tersebut ingin memeriksa sama ada beliau ada dijangkiti demam denggi. Maka, lelaki tersebut meminta untuk memeriksa badan beliau. Dimulai dengan pemeriksaan tangan hinggalah ke paha dan seterusnya. Ditanya sama ada beliau dipaksa dan sama ada beliau ada menjerit meminta tolong, beliau mengatakan tidak.

Geram, pelik, marah, runsing!

Geram dan marah dengan tindakan lelaki itu.

Pelik dan runsing dengan betapa mudahnya hal ini berlaku. Ini bukanlah kali pertama berita pelajar sekolah dicabul di kawasan pangsapuri atau kondominium. Ada yang melibatkan pembunuhan mangsa.

Saya  hairan, mengapa murid tersebut dibenarkan menaiki lif sendirian?

Saya juga hairan, mengapa murid tersebut tidak menjerit meminta tolong?

Mengapa ini semua berlaku (khususnya kepada murid-murid sekolah rendah)?

Kecuaian ibu bapa?
Mengapa ibu bapa begitu mudah percaya dengan persekitaran tempat tinggal mereka? Ibu bapa mestilah menemani anak-anak di bawah umur apabila memasuki lif. Bagaimana pula ceritanya dengan murid-murid yang menaiki pengangkutan awam? Adakah wajar mereka dibenarkan menunggu bas keseorangan di luar pondok jaga di subuh hari? Adakah mereka sudah terselamat daripada anasir-anasir jahat?

Kurangnya pemahaman ‘dont talk to a stranger’ dan juga pendidikan seks?

Saya masih mencari jawapan bagi persoalan-persoalan di atas. Tidak tahu di mana puncanya. Tapi apa yang saya pasti, sebagai ibu bapa kita haruslah lebih peka, proaktif dan ‘expect the unexpected‘.
Kita mesti mengajar anak kita agar tidak mengikuti mana-mana orang yang tidak dikenali. Jerit apa bila perlu dan dipaksa.
Jangan sesekali benarkan orang lain menyentuh anggota badan mereka di luar pengetahuan ibu bapa mereka (kecuali doktor di klinik atau hospital).

Akhir sekali, sentiasa lihat kepada perubahan emosi dan tingkah laku anak. Jangan lewat dalam mengambil tindakan yang sepatutnya apabila anda mengesyaki sesuatu. Dan yang paling penting, jangan malu atau takut dalam mengambil tindakan!

UMMUSAIF.COM
68000, Kuala Lumpur

24 thoughts on “CONDOS ARE NOT SAFE ANYMORE?!

  1. Dear Ummusaif.

    Fully agreed!

    Hampir setiap hari semenjak suami bertugas di level ke 2 department emergency, beliau akan menceritakan kes yang melibatkan kes-kes polis termasuk sexual harassment.

    Yang kadang-kadang tak faham, ada kes yang si anak umur 5 tahun dicabul oleh jiran sebelah yang baru kematian isterinya. Bila ditanya oleh suami dan nurse-nurse yang bertugas, si ibu menjawab bahawa dia pun pernah kena sexual harassment dengan diajak melakukakan sexual intercourse. Paling tak faham, dalam kes macam ni, macam yang Ummusaif mention dalam entri ini, mengapa ibubapa lalai dalam penjagaan anak kecil terutamanya perempuan. Macam kes ini, si ibu sepatutnya boleh prevent bila tahu lelaki sebelah rumah can harm her family dan wajib bagi si ibu menghalang si anak dari bermain dan masuk ke rumah sebelah. A very careless mistake that will lead to unforgettable dark memories.

  2. astaghfirullahaladzheem…..
    berbalik kpd topik di SIO yg masih hangat, mengenai common sense.
    Kalau lah common sense itu boleh diklasifikasikan sbg suatu ilmu atau subjek kehidupan, makanya sewajibnya ibubapa kena ‘top-up’ ilmu common sense ini.

    Sekarang ini murid2 sekolah rendah banyak dan cepat sampai umur akil baligh (gadis), pertumbuhan secondary sexuality pun cepat, tidak dinafikan lelaki2 melihat mereka dgn pandangan nafsu serakah. Justeru,buat kanak2 seperti ini pastinya sudah mumayiz (boleh membezakn yg mana baik yg mana buruk) atau ada yg telah baligh sentiasa memerlukan pendidikan ‘common-sense’ drpd penjaga2 mereka.

    Perlu juga ditanamkan sifat MALU atas nama iman, berani kerana benar…insyaALLAH, kecil2 cili padi jadinya. Mereka bukan golongan ‘mainan’ utk org dewasa yg biadap!

  3. Rasa terkilan yang amat sangat, bukan semata-mata sebab kejadian tu berlaku, tetapi memikirkan betapa senangnya untuk ia berlaku! Itu yang paling mengecewakan.

    Ya Allah selamatkan anak-anak kami ya Allah.

  4. Ya Allah

    takutnya hidup di akhir zaman ini
    penuh dengan perkara2 sebegini,,, untuk kita yang dah dewasa ini satu hal
    pasal anak2 kecil pun lebih parah lagi memandangkan mereka innocent dan tak punya ‘kudrat’

    ada kawan saya seorang yang dah berkahwin tanya, macam mana nak besarkan anak di zaman sekarang yang penuh dengan kemusnahan akhlak ini? *saya tidak punya jawapan pasti*

  5. suasana hari ini benar2 berlainan dengan dahulu.
    kalau dulu, jiran tetangga adalah komuniti yang boleh diharapkan untuk tolong nengok2 kan anak2, kalau buat salah ditegur, kalau hadapi masalah dibantu, terutamanya di kampung2.

    tapi kini masyarakat hidup dengan sikap ananiyah yang tinggi (walaupun tidak di semua tempat). dengan kadar jenayah yang makin meningkat, benar2 membimbangkan.

    anak2 perlu diperhatikan dan diberi pendedahan, ibu bapa perlu memberi didikan dan kefahaman.

    masyarakat kini perlu memikirkan langkah2 praktik untuk mewujudkan perpaduan dan sikap mengambil peduli ahli komuniti lain.

    “Tidak beriman seseorang dari kalian sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (HR al-Bukhari).

  6. assalamualaikum…………

    saya terfikir sendirian setelah dapat tahu dari scan pada 36 minggu mengandung, jantina anak saya perempuan….
    saya jadi takut….adakah saya dapat menjaga dan mendidik anak saya ini dengan yang sepatutnya…
    ramai yang kata anak perempuan senang untuk di jaga, memang betul, mudah dijaga pada usia baby..tapi bile usianya telah meningkat dewasa, hati ibu ini sentiasa dilanda kerisauan….
    kami suami isteri bekerja….kami terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anak saya ini…
    saya pastikan bagaimana keluarga tersebut…beragama?
    saya akan pastikan anak2nye bukan lelaki dewasa, dan pengasuh tersebut perlu menjaga anak saya sepanjang masa…jgn ditinggalkan….
    tapi apakan daya, hati ini tetap risau….saya akan sentiasa pastikan anak saya terjaga dengan baik….saya akan menelefon pengasuh tersebut untuk mengetahui keadaan anak saya…tapi kalo saya tak sibuk…
    saya pernah ada pengalaman semasa bertugas di bahagian kanak2 (paediatrik), ada satu kes dimana kanak2 berusia 5 tahun dirogol suami kepada si pengasuh tu….
    ibu kanak2 tersebut perasan keadaan anaknya yg menolak untuk ke rumah pengasuhnya lagi…pasti ada yang tak kena….anaknya memberitahu ibunya sendiri apa yang berlaku padanya….
    kenapa begitu kejam? sehinggakan nafsu syahwatnya tak dapat dikawal dan menyebabkan anak kecil tak berdosa menjadi mangsa?

    YA ALLAH…peliharalah anak kami….amiin
    kak muna, bagilah saya sedikit nasihat dan tunjuk ajar dalam menjaga anak saya dalam keadaan saya bekerja…

  7. Sedih bila pikir yang negara kita dah makin tak selamat… geram dengan kebiadapan manusia berakal yang tak bertanggungjawab.. saya ingat lagi masa kecik2 sekolah rendah dulu saya masih selamat berbasikal pegi balik ke sekolah dengan kawan2…

    Apa yang dapat saya perhatikan di sekitar kediaman kami di UK (FYI, kami sekeluarga merantau di sini sepanjang pengajian PhD saya), tahap keselamatan kanak2 sangat diambil berat, ibubapa perlu menghantar anak2 ke sekolah (primary school), dan bila sesi persekolahan tamat, cikgu cuma akan lepaskan anak muridnya pulang setelah ibubapa/’carer’ yang dikenali datang menjemput kanak2 berkenaan.

    Saya rasa kesedaran ibubapa kita perlu ditingkatkan, kanak2 juga perlu didedahkan tentang keselamatan diri dan persekitaran.

  8. parents terlalu bz sehinggakan takleh take care terhadap ank2. sebenarnya ini adalah masalah tanggungjawab mereka. mereka xfhm priority. mereka lebih pentingkan dunia. mereka xsedar bahawa anak2 adalah amanah allah yang berharga kepada mereka. mereka beralasan yang mereka sedang mencari rezeki kononnya. sedangkan anak juga adalah rezeki yang mereka sendiri pinta di dalam doa: ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماماً
    the point is., how to explain them bout this trouble? dukacita ana menyatakan bahawa, ini adalah salah 1 maslah ummah masa kini…

  9. assalamalaikom wrt wbt …jazakAllahu khayran ummusaif for sharing the above ‘case’. if only we who claim to be muslims adhere to the alquran n sunnah rasulullah saw, we will see a change insyaAllah. its not idealic but a commitment .tentunya ada tentangan coz kita ni masyarakat yg ‘tak kan lah…’ dan ‘relax lah…’, ‘susah lah gitu…’, ‘…dulu lain lah…’. tiap zaman ada challenges nya…what n how we live with the challenges,it question nya.

    jangan kata anak perempuan aje yg kita perlu risaukan coz boys pun are exposed to sexual abuse. then theres dangers of being whisked away even under ur very eyes, in ur own homes, crimes commited by those these innocent children rely on n trust.buka akhbar ,tiap hari ada sahaja anak2 yg di anianya. siapa salah, di mana silapnya? dari leaders to each and every one of us in the society lah yg salah. coz we all ve a duty to play in a masyarakat n tamaddun. pusing2..its about ilmu,amal, commitment .ya robb…pelihara lah kami dari fitnah dunya kami ini.

  10. salamalaika ummu saif… sy seorg guru. pd pendapat sy, kekdg ibu bapa lupa utk mengingatkan ank2 ttg bahaya sprti yg diats… pda mereka, ibu bapa tidak sehrusnya menakutkan ank2… jdi, dlm hal menaiki lif sendrian pd mereka akn memdahkan kehdpn mereka. ibubapa moden tidak menganggap ank sbg “anak” ttpi sbgi teman ataw teman serumah… naluri utk protect dah semakin hilang… mcm kabus di pagi hari… selagi tak terkena btang hidung sendri, takkan mereka serik…

    mcm satu kes bru2 ni kat sek yg saya mengajar, waktu akhir sblm balik, saya perlu mengganti seorg guru yg tak hadir… sms dlm kelas tu, bdk perempn membt aduan bdk lelaki meraba bdak perempuan. jdi, saya panggil bdk perempn yg terlibat… bdak yg diraba ni plak tak nk membt aduan kpd guru disiplin… (sy mmg tekejut, n i did have conversation with her) dia (bdk perempn yg diraba memberitahu bdk lelaki yg merabanya adlh kwn baiknya, bdak lelaki tu plak tempat dia cerita mslh and stuff… cuba lah ummu bygkan, umur dah 15 thun, tp, still tak boleh nk bezakan mana yg baik dan buruk… saya nk tnya pendapt ummu… apa jln penyelesaian yg ummu rasa sy perlu ambil?

  11. salam to all,
    @hidayah_adam,
    Ya ALLAH ini baru satu kes…(yang dilaporkan)…
    Ya ALLAH please protect us….from such evil doings
    ameen ya Rabb..

  12. Assalamualaikum
    Ummu saif…
    Saya ingin berkongsi dialog antara saya dan anak perempuan yang kini berumur17 tahun.

    Kakak: Mama bole la kakak naik bas balik umah weekend ni k…
    saya : Kakak, selagi mama ada daya dan upaya biar le mama pegi ambik. Tak payah lah berebut2 nak naik bas tu. Lagipun kakak tak ingat apa papa cerita, yang dalam bas ni macam2 orang nanti kita jumpa. Dah la makin ramai pendatang belah2 area kita sekarang ni. Dengarlah nasihat papa tu.. kakak memang tak sesuai naik bas..

    Itulah antara ikhtiar yang boleh saya lakukan setakat ini. Risau juga bila difikirkan sampai bila? Anak-anak makin membesar dan selepas ini akan lebih terdedah pada dunia luar setelah melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Semua harus di tangani sendiri.

    Apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa dan bertawakkal pada Allah. Mohon agar Allah melindungi anak2 dari segala bahaya. Wassalam.

  13. Salam.

    Saya pun sama, risau dengan keselamatan anak2 di masa hadapan. Dalam saya stress tak dapat bas sekolah utk saiful islam, saya masih bersyukur kerana diberi kudrat dapat hantar dan ambik dia sendiri ke sekolah.

  14. Assalamualaikum

    Salam perkenalan..
    Saya Aishah Azlan, pelajar Undang-Undang UIA.

    Mahu mencoret sedikit..
    Semua orang terutamanya kaum ibu dan golongan perempuan takut dan terlalu gerun dengan situasi masyarakat sekarang. Masyarakat yang sudah tidak ada perasaan belas dan kasih sayang.

    Tapi, bila difikirkan semula masalah umat ini, balik-balik kita perlukan penyelesaian yang segera lagi berkesan bukan untuk jangka masa yang pendek tapi jangka masa yang panjang kerana generasi yang kita lahirkan nanti akan kita tinggalkan meneruskan kehidupan sendirian tanpa kehadiran kita di sisi.

    Saya sangat setuju, persekitaran memang mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Jika persekitarannya baik, InsyAllah peribadinya terbentuk cantik. Begitulah sebaliknya. Ini adalah fitrah manusia. Ini mungkin sebab para ibu mengandung mahu berlumba-lumba membaca surah pilihan dalam Al Quran kerana percaya ia akan membentuk anak di dalam kandungan. Teori ini juga terpakai kepada air yang dibaca ayat Quran yang nantinya terbentuk molekul cantik seperti kristal.

    Maka semua individu pelu ambil bahagian dalam pembentukan peribadi anak-anak. Memang sekarang masyarakat susah sangat nak diletakkan kepercayaan. Tapi bukan tidak ada golongan masyarakat yang terpecaya. Siapa yang perlu membentuk masyarakat terpecaya ini kalau bukan kita golongan ibu yang sudah Allah lengkapkan dengan perasaan cinta dan kasih sayang dalam mendidik.

    Pembentukan masyarakat bermula dengan pembentukan peribadi

    dari seorang peribadi melangkah bersama pasangan dalam baitul muslim

    nanti lahirnya zuriat yang ditarbiyah ibu bapa muslim

    keluarga ini nanti akan membesar

    tapi syaratnya semua orang perlu berusaha.
    jika tidak..tak jadi masyarakat muslim
    bila semua orang berusaha
    maka tumbuhlah 2 keluarga dan seterusnya 3, 4 ,5 …..
    maka terbentuklah masyarakat muslim

    so, para ibu semua! jangan kita berputus asa
    walau kita bekerja..pentarbiyahan anak-anak terjaga =)

  15. sekadar perkongsian

    – setelah mengalami pengalaman pahit SENDIRI (lebih dari sekali) mengenai perkara ini..
    saya membuat kesimpulan, bagi jangka pendek ILMU pengetahuan sangat-sangat penting..

    Oleh itu saya mengajarkan anak perempuan saya dari umurnya 2-3 tahun (sekarang dah umur 9 tahun)
    – pertama bahagian sulitnya TIADA SIAPA yang boleh SENTUH, kecuali IBU (saya) dan Mak Teh (pengasuhnya). Walaupun untuk nak basuh kencing, samada AYAHNYA, DATUKNYA, abangnya, sepupunya dan pastinya semua orang yang dikenali dan apatahlagi tak dikenali (saya sebut semua yang kami biasa jumpa, termasuk DOKTOR WANITA dan LELAKI yang kami kunjungi ketika dia sakit, staf-staf dipejabat saya apabila dia sesekali ikut ke ofis, pakcik VAN berulang-alik ke tadika..MALAH SESIAPA SAHAJA..selain kami berdua)
    – selepas umurnya sedikit matang dan telah bersekolah rendah, saya ajarkan bahagian lain yang tidak boleh DISENTUH dan tidak boleh DIBUKA sama sekali (lutut, paha ke pusat dan ke dada)
    – saya juga mengajarnya tentang pandangan mata lelaki setelah dia hampir 9 tahun.. dan kepura-puraan oleh “strangers” (saya masih ingat dia mengadu anak tok arab melihatnya seperti nak mengorat pada umurnya 8 tahun – kerana dia pakai tudung semasa dalam flight ke Timur Tengah – apa yang saya buat, saya suruh dia buka tudungnya kerana sebahagian lelaki arab menganggap anak perempuan bertudung sudah baligh..)
    – dan tentunya saya tidak pernah setakat ini melepaskan dia dari pandangan mata, dikompleks beli belah, tangga atau lif, apatah lagi menyuruhnya ke kedai!
    – pada masa ini walaupun dia belajar di sekolah agama, saya menghalang anak saya membuat fizikal “contact” dengan ustaz lelaki.. dan memesannya jangan berseorangan di bilik guru, atau mana-mana tempat disekolah..
    – syukur juga sekolahnya tidak membenarkan murid melepasi pagar sekolah kecuali kenderaan/bas mereka sampai. Pengawas-pengawas bertugas menahan anak-anak dipintu pagar, walaupun sukar, kerana terpaksa memperkenalkan diri – ibu bapa gembira dengan kawalan keselamatan ini!
    – satu lagi, saya telah menceritakan dengan BENAR, dari mana bayi datang dan bagaimana ia terjadi – secara saintifik!!! dengan keadaan relax, bukan lucah..(JANGAN MEMANDANG RENDAH TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN ANAK2 mengenai SEKS DAN ORGAN REPRODUKTIF!)
    – saya melarang SAMA SEKALI anak perempuan saya DUDUK DIRIBA, MEMELUK lelaki muhrimnya (TERMASUK AYAH DAN ABANGNYA) bermula dari umurnya 8 tahun, malah meminta kerjasama mereka untuk itu. (sebab itu saya pesan kepada suami dan abangnya, peluklah puas2 adik/anak perempuan kamu sebelum 7-9 tahun..) kerana badan dan ketinggian yang begitu molek di mata saya (saya sangat MENCEMBURUI kecantikan anak anak perempuan!)

    Inilah sebahagian perkara yang telah saya praktikkan.. kerana kebimbangan terhadap anak2 yang tiada common sense dan ilmu. Kalau ada kedua-duanya, perlukan keupayaan pula untuk bertindak. Selebihnya kuserahkan kepada ALLAH SWT Yang Maha Melindungi anak-anakku itu..

    sekadar untuk perkongsian.. dan semoga bermanfaat..WALLAHUALAM

    • @ummu_alya,
      salam, ummu alya,
      perkongsian yang menarik.
      Saya juga mempunyai seorang anak berusia setahun 5 bulan.
      Ya, nama nya juga Alya Insyirah.
      saya akan kongsikan pengetahuan ini bersama isteri.
      Terima kasih ummu saif atas cerita, terima kasih ummu alya atas saranan dan nasihat.

      Ridwanto (abu alya)

  16. Alhamdulillah, saya dikurniakan dengan seorang anak perempuan. sekarang sudah berusia 5 tahun. Dan saya sedang dalam proses utk pisahkan dia mandi bersama abangnya. Alhamdulillah, slowly but surely.

  17. Salam,

    Teringat apabila saya masih kecil dalam 7-8 tahun, tidak faham pun kenapa mak tidak benarkan saya tidur bersama-sama abg-abg saya.

    mungkin sebab itulah kenapa dalam Islam sendiri hukum wanita bermusafir adalah strict * ada berbagai khilaf.

    Sejak saya melanjutkan pelajaran jauh drp rumah, sudah terbiasa utk naik bas sendiri, di puduraya berseoarangan, LRT, ..naik flight, (baca doa byk2)huhu

    Pernah juga ada pengalaman buruk, tapi tidak pernah disclose dkt parents.

    Dan kisah-kisah yang kak Muna ceritakan mmg menakutkan. Nauzubillah.

  18. Budak perempuan sekarang 5-7 tahun ada yang dah besar dan badannya macam dah matured!
    Itulah sebagai parents kena beringat banyak.

    Kadang-kadang ngilu teringat kes budak umur 8 tahun kena kahwin di Yaman, Pakistan malah di negara jira; Indonesia dll,,
    Saya masih “struggle” untuk memahami dan tidak berat sebelah dalam perkara ini…

    Wallahualam

  19. salam…
    sekadar lontaran idea,ada x kajian mengenai libido lelaki dan child abuse,bagi saya pengaruh keadaan sekeliling yg teramat terbuka luas dgn pendedahan aurat mungkin antara satu sebab mengapa kes seumpama ini berlaku.mana tidak disebabkan revenge dan nafsu terpendam lelaki maka final destination tidak ada dah kesian dan dosanoda maka kes ini berterusan berlaku…

  20. Assalamualaikum
    Ummu Saif dan para pembaca yang dihormati
    Saya merasakan bahawa kita perlu bersikap empati kepada pelaku jenayah tersebut, menjiwai dan cuba memahami kenapa dan apa yang mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut. Secara normalnya, seorang bapa takkan tergamak ingin mencabul anak sendiri kecuali kalau ada faktor yang perlu kita selidik dan fahami. Empati lebih banyak menyelesaikan masalah berbanding simpati.
    Ingin saya kongsi satu perkara. Saya ada terbaca artikel yang ditulis oleh Dr Ismail Thambi(kalau tak silap). Beliau mengecam tindakan sesetengah orang Melayu yang mempertikaikan perkahwinan di usia tua. Orang tua yang berkahwin dengan orang muda dikatakan gatal dan sebagainya. Akibat daripada mindset tersebut, orang tua yang nafsunya masih tinggi tapi tersekat akan tergamak merogol cucu sendiri dan sebagainya.
    Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada ummu_alya atas komenan yang cukup berinformasi. Salah satu contoh langkah penyelesaian berdasarkan empati. Memahami peluang yang mungkin dapat dimanipulasi oleh golongan lelaki dan menyekat peluang tersebut daripada terbuka luas. Dan saya harap dapat diamalkan di dalam rumahtangga. Terima kasih kepada ibu-ibu sekalian.
    Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

  21. salam…
    saya amat berminat mengikuti blog ummu saif ini..
    banyak ilmu dan nasihat yang dapat saya ambil sebagai iktibar

    sekadar berkongsi sedikit pendapat dan pandangan..
    saya mungkin masih muda dan mungkin masih boleh dikategorikan sebagai remaja..
    tapi inilah fakta bagi perkongsian kita bersama..

    alhamdulillah ibubapa saya amat mementingkan pendidikan agama sejak kami kecil..
    walaupun masih disekolah rendah..kami adik-beradik telah pun didaftarkan di sekolah agama swasta,
    di mana sekolah ini terbina atas usahasama ibubapa kami dengan teman mereka yang melihat betapa pentingnya pendidikan agama sejak di bangku sekolah lagi..

    walaupun ketika itu kami menetap di sg.buloh, ibubapa kami sanggup menghantar kami ke gombak memandangkan sekolah tersebut terletak di sana
    setelah meningkat dewasa saya kini faham apakah tujuan sebenar yang mereka lakukan
    setelah saya menjejakkan kaki di Universiti..banyak gelagat remaja kini yang saya dapat lihat
    sebenarnya penekanan sebenar y ingin sy sampaikan adalah mengenai gelagat remaja kini

    ramai sahabat-sahabat saya yang datang dari sekolah agama…
    datang dari keluarga yang baik2…
    tapi kini..telah berubah..mungkin di depan ibubapa mereka kelihatan baik
    tapi apabila bersama teman-teman,ada segelintir yang sanggup menanggalkan hijab..
    memakai pakaian yang menjolok mata tanpa segan-silu
    mungkin ada segelintir ibubapa tidak menyangka keadaan ini akan berlaku
    mungkin mereka berfikir apabila anak2 telah didedahkan dgn pendidikan agama mereka tidak akan lalai dan terpengaruh..
    mungkin bagi mereka cukup jika anak2 telah menutup aurat ketika bersama mereka…
    adakah mereka tahu apa aktiviti yang anak2 mereka lakukan sekarang?
    saya makin mengerti mengapa ibu saya tidak mahu melepaskan saya untuk belajar di luar negara selagi belum berumahtangga..
    saya semakin faham mengapa susah bagi ibu saya melepaskan saya untuk keluar bersama teman2 walaupun kesemuanya perempuan
    saya juga tidak menyalahkan ibu saya jika dia kadang kala mencurigai saya..
    mungkin lebih baik daripada dia langsung tidak ambil peduli..

    Ya ALLAH lindungilah kami….dari perkara yang melalaikan kami..
    ameen ya Rabb..
    maafkan saya kalau ada tersilap kata..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s