Pena Binasa


Entri saya kali ini adalah salah satu komen saya dalam artikel Abu Saif yang bertajuk Pena Jasa Pena Binasa.

Ya, sudah tentu setiap perkara itu ada kebaikan dan keburukannya.

Kalau bercerita tentang kebaikan internet, pasti tidak mampu untuk disenaraikan semuanya.

Tapi bagaimana pula dengan keburukannya?

Apa yang saya nampak tentang internet, ia bukan sahaja mengubah penulisan orang, ia juga mengubah identiti, hati serta perwatakan orang itu.

Mungkin apa yang akan saya nukilkan kali ini berbeza sedikit daripada apa yang telah disampaikan oleh Abu Saif di dalam artikel tersebut.

Namun, marilah kita renung sejenak..

SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.

Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas(sms), facebook, Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain.

Memang dari awal penggunaan internet, saya sudah melihat perkara ini berlaku. Dan sekarang ianya sudah sebati serta jadi kebiasaan.
Orang sudah tidak melihat ia sebagai sesuatu yang memalukan.

Kita bertegur sapa dengan lelaki atau perempuan yang kita tidak kenali di internet. Siap bergurau-gurau.
Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan mereka bergurau dan mengusik.
Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.
“Isk, seronoknya kacau mamat ni.”
“Hari ni apa update dia di facebook ye?”
Sejurus sahaja orang yang diminati update status mereka di facebook, terus sahaja mereka meninggalkan komen di facebook mereka.

Walaupun hanya niat untu bertanyakan permasalahan agama pada orang agama, lama-lama jadi perkara lain.
Itu yang silap hari bulan, minat pada suami orang melalui internet lantas membawa pada percintaan walaupun sekadar minat dalam hati.

Seperti yang pernah dinukil oleh Ustaz Cahyadi di dalam bukunya di mana di antara seorang lelaki dan perempuan. Mula-mula hanya memberi salam, kemudian tanya khabar, kemudian suruh bangun solat sunat malam, lama-kelamaan rindu dan mengucapkan kata sayang.

Ada yang setiap waktu menatap internet hingga keluarga terabai.
Masakan tidak, setiap malam tidur lewat hingga 2-3 pagi hingga isteri atau suami kesunyian.

Tidak kurang yg menatap internet, chatting hingga study mereka terganggu lantas gagal dalam ujian akhir degree mereka.

Berdiskusi di shoutbox pada asalnya untuk kemusykilan agama atau isu semasa lama-lama menjadi sembang-sembang kosong. Yang paling buruk, dijadikan untuk tempat melamar suami atau isteri orang.
Tidak kurang bagi suami yang menceraikan isteri melalui sms.

Yang pastinya ini semua cerita di atas bukan rekaan semata-mata. Ia benar-benar berlaku di sekeliling kita.

Tidak kira apa title lelaki atau perempuan itu di internet sama ada seorang kakak, adik, abang, suami orang, isteri orang, guru, ustaz, ustazah, mak orang, nenek orang , mereka tetap bukan mahram kita.

Saya teringat suatu ketika dahulu,suatu kajian telah dilakukan di UK/US tentang statistik kadar penggunaan telefon. Di mana mereka memecahkan penggunaannya kepada mereka yang tidak pernah lekang dengan telefon dan tidak pernah menutup telefon, tidak pernah lekang dari telefon tapi boleh menutup telefon dan seterusnya.

Jadi, mungkin kita blh lihat analisa diri sendiri dan lihat bagaimana ‘addicted’nya kita pada sistem-sistem perhubungan ini.
Adakah kita melenting atau jadi defensive apabila ada orang menegur kita tentang komputer?

Daripada wikipedia:
The term “addiction” is used in many contexts to describe an obsession, compulsion, or excessive physical dependence or psychological dependence, such as: drug addiction, crime, alcoholism, compulsive overeating, problem gambling, COMPUTER ADDICTION, pornography, etc.

BAGAIMANA UNTUK MENANGANI KETAGIHAN?

1. Mula-mula kita kena tahu definisi ketagihan itu sendiri supaya kita sentiasa tahu dan tidak lupa.
Saya pun tak berapa pasti tapi mungkin kita boleh ukur melalui tempoh penggunaan kita iaitu berapa jam sehari dan adakan jadual atau seumpamanya supaya semua aktiviti stabil dan seimbang.

2. Pastikan waktu berinternet kita tidak mengambil waktu kita bersama keluarga, sahabat atau kerja kita.
Contohnya, jika itu waktu tidur kita dengan suami/isteri kita, jangan sesekali kita abai atau ambil lewa kerana lama-kelamaan hubungan suami isteri akan retak tanpa kita sedari.

3. Jadikan dan ambil teguran orang lain sebagai nasihat terutama sekiranya teguran itu daripada keluarga sendiri yang mungkin terasa atau terkesan daripada ketagihan kita itu.
Tidak rugi melepaskan ketagihan kita itu demi kebahagiaan rumah tangga sendiri. Jangan tunggu nasi menjadi bubur baru ingin berubah.
Dah bercerai berai baru nak berubah.

4. Bak kata Abu Saif,
Dalam kesyukuran kita menyambut nikmat Allah berupa medium komunikasi dan penyebaran maklumat, HATI BERASA GUNDAH DENGAN KEBINASAAN YANG DATANG BERIRINGAN.

5. Akhir sekali, pintalah hidayah dan kebersihan serta keikhlasan hati daripada Allah SWT. Agar sentiasa di bimbingan dan naunganNya.

Saya menulis komen ini untuk peringatan bersama. Supaya kita tidak leka dan alpa.
Wallahu a’lam.

UMMUSAIF.COM
56000, Kuala Lumpur

42 thoughts on “Pena Binasa

  1. salam ziarah ummusaif…

    mungkin saya juga sudah hampir2 addicted…namun,alhamdulillah masih mampu menahan diri sedikit sebanyak mana yang mampu dari terus terleka ^^

    jaga diri ya ummusaif….

  2. Assalamualaikum WBT.

    Dari sudut lain, addiction selalu associated dengan depression dan ia menjadi escapism bagi mereka. So, jika ada sesiapa yang anda tahu dia itu addicted dengan sesuatu, give some effort untuk fahami mengapa dia jadi macam tu. Mungkin mendesaknya untuk berhenti dari addiction tersebut kepada kehidupan yang so-called normal, adalah invitation dari sesuatu yang merehatkan kepada sesuatu yang menyakitkan.

    Seek first to understand then to be understood… the addicts deserve it too

  3. Macam tergantung aje solusi ni abi?
    Sebagai contoh drug addict, takkan le cukup hanya memahami mereka sahaja?

    Kalau dah sampai mereka abaikan tanggung jawab dan aniaya orang lain, camana pulak?
    So, mungkin abu saif ada penjelasan seterusnya.

  4. tidak sama sekali abu saif mahu mengiyakan addiction sebagai sesuatu yang positif. ia tetap sesuatu yang tidak baik. konotasinya sentiasa negatif.

    tetapi, kita kena cari punca addiction itu berlaku. memang ada antara addiction, berpunca dari perangai seseorang. tetapi, ramai drug addict, dan addicts yang lain jadi begitu sebab mak bapak bergaduh, keluarga tunggang langgang, tak pernah ada rasa bahagia and kasih sayang… so, addiction itu melarikan mereka dari realiti yang pahit. definitely cara tu salah. cuma kalau kita tak endah dengan punca addiction tersebut, penagih yang sudah dirawat, jika dipulangkan kembali ke realiti tersebut, akan mengulangi tekanan yang sama dan sebab tu ramai yang rosak semula.

    so, kalau kita faham apa punca seseorang menagih sesuatu, selain dia harus diputuskan dari ketagihan tersebut, dia juga mesti disokong oleh persekitaran. malah seorang suami atau isteri yang ketagihan internet, sebahagian mereka memang sebab tersungkur di kaki setan. namun ada sebahagian yang lain, mengalami tekanan, stress tertentu, suami yang tak prihatin, atau isteri yang merimaskan atau menjemukan… boleh je benda-benda macam tu terjadi.

    so, jika kita mahu bertindak secara proaktif, selain suruh penagih tu hentikan ketagihannya, kita juga kena sambut dia pulang ke realiti dengan perubahan-perubahan accordingly. jika mak bapak bergaduh, berdamailah jika nak sambut si penagih yang bertaubat tu balik. suami yang geram isterinya addicted dengan party tupperware, ubahlah sikap, jadi lebih penyayang, understanding, membelai sebelum minta dibelai. isteri pun sama juga… instead of marah2 suami kaki YM, cuba cek, macam mana discussion yang suami suka. ada kemungkinan, benda yang suami suka, isteri tak pernah suka. so, suami hanya dapat share benda2 yang dia suka dengan makhluk lain di balik skrin komputer… rugi.

    gitulah seadanya…

    wallahu a’lam

    yang addicted dengan bihun sup ummu saif,

    ABU SAIF

  5. Assalamualaikum Ummu Saif. This article is very beneficial. It is a very kind and gentle reminder. Kita semua memang selalu kena muhasabah diri supaya dapat perbaiki diri. Moga kita semua berada di jalan siratol mustaqim selamanya.

  6. Salam ummusaif. Berharga sekali tulisan ummu ni. Terasa bagai nasihat yang menusuk masuk ke dalam hati kakchik. Sungguh memberi peringatan. Kadang-kadang kita terleka dalam berkomunikasi kerana merasakan sedang berdakwah atau dinasihati hingga terlalai akan unsur-unsur yang kurang sihat itu. Moga Allah ampunkan diri ini sekiranya pernah terlajak ke situ.

  7. salam ummusaif,
    bila tgk ustaz dan ummu berbalas2 komen di sini, sy nmpk di sini kebaikan internet..sbb antara suami isteri kdg2 xbole nak ckp or bincang perkara2 mcm ni..(walaupon xde pengalaman tp itulah yg slalu didengar,hehe)
    tahniah atas kandungan baru ummu..
    moga kandungan ummu sehat walafiat..moga selamat semuanya..
    thanks for the entry..=)

  8. Nice article!
    hehe..abu saif addicted benda len lak upenye..
    apakan daya, abu saif jadi kempunan la buat sementara waktu..

    agree with zalizabrina..
    medium mencentus idea..
    di situla salah satu kebaikan medium ini.

  9. ala..tak payah tumis bawang. masukkan je rempah sup dlm rebusan daging. dah siap, terus masukkan bawang goreng. lagi instant

  10. salam rohul.
    saya bukan saje tak larat nak menumis, nak cium bau sup pun dah nak termuntah.
    Mmmm, macam2. Harap, hilanglah alah saya ni dalam bbrp minggu ni.

  11. salam ummusaif….artikel ni sangat berguna kpd kita untuk sentiasa beringat2…
    mudah mudahan hubungan kita semua sentiasa di bawah pemeliharaan Allah…(,”)

  12. kat mana nak dapat kak muna nye email ye??
    maaf la, sy ni 1st time cntct akak..=) sbelum ni dok rajin baca je, skrg tringin plak nak berinteraksi dgn akak.. moga akak sudi…=)

  13. terima kasih ummu saif…
    artikel ni amat mmberi peringatan kepada saya…
    sbb saya pn mengalami mende ya sama..

  14. erm…betul..addiction mmg tetap negatif…like suami yg suka sgt dgn bola..walopun sukan tu baik utk kesihatan…bayangkan…balik kerja..rehat then petang main bola….malam lak gi men futsal dgn kawan2…balik men futsal..layan lak siaran langsung chanel ESPN sampai kul 2-3 pagi…sy pun dah naik muak kdg2…nk layan minat suami yg satu ni…walopun tak penah minat pun dgn bola…terpaksa me’minat’kan diri utk menonton bola sama2…semata2 sbb syg….harapnya suami juga melakukan perkara yg sama buat saya…melayani minat sy…hadoi..sampai skrg masih belum berharap..huhuh..sob sob..

  15. salam insan kerdil.

    maaf lewat reply, bz pindah randah ni. Anyway, kalau nak contact saya blh Hubungi Abu Saif di SIO.

  16. assalamu’alaikum..
    ummu saif,terima kasih atas peringatan,betul2 terjadi pada diri saya.internet addict since sek.menengah,masuk universiti ,ada wireless makin parah,sekarang ni dah beransur ok,insyaALLAH.pasal hubungan dgn bukan mahram tu,nasihatnya sangat3X berguna,lagi2 muslimah kena jaga maruah dan adab.jangan sampai hilang rasa malu,nanti iman pun makin menipis.

  17. assalamualaikum
    syukran ummu saif atas peringatan di atas…
    moga-moga kami terpelihara dari sebarang fitnah dan kemungkaran..

  18. alhmadulillah n jazakillah kpd ummusaif atas masukan yg sangat analitikal di saat2 ramai di antara kami yg ‘internet addict’ banyak melanggari batasan syariat pabila berada di alam maya yg sudah pasti amat jauh beza daripada alam realiti (kadang2 terasa seperti memakai topeng bila dlm alam ni)… yes… Adab Ikhtilat di alam maya adalah satu adab yg perlu ditekankan oleh kita semua as muslim internet users…

    syabas kpd pasangan sejoli ummusaif n abusaif kerana menunjukkan contoh yg baik kpd kami dlm berikhtilat di alam maya…. doakan kami dapat memperbaiki adab ihktilat kami sebagai interenet users agar dpt menjaga ADAB ini secara istiqamah… AMEEN!!!

    di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mempromosi artikel yg berkait rapat dengan tulisan ummusaif…

    from web halaqah-online bertajuk “Ikhtilat Ikhwah & Akhawat, Bagaimana Dengan Kita?”

    ini pula urlnya http://halaqah-online.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=74:ikhtilat-ikhwah-a-akhawat-bagaimana-dengan-kita-&catid=35:dakwah-a-harakah&Itemid=83

  19. Assalamualaikum

    Saya ni pula risaukan adik yang addict ber sms.. risau memikirkan kalau dia bersms dgn org yang bukan2.. sekali sekala nasihat dengar, kadang2 memberontak. Macam mana yer?

  20. Satu lagi ummusaif, fenomena kurang malu ni pun boleh dilihat dlm gambar2 facebook, frienster, fotopages dll.. Macam2 gaya yang sebenarnya kurang manis pun nak ditunjuk pada bukan muhrim.. terlompat, terbaring.. hmm.. tu tak termasuk lagi yang menunjuk2 koleksi barangan..
    rsnya dah hilang malu sbb dah menjadi kebiasaan dan masing2 nak menunjuk gaya siapa yang lebih hebat

  21. Terima kasih atas peringatan ini untuk semua.Saya setujuh dengan pendapat dan penulisan yang ditekan tentang pergaulan dalam internet yang perlu dititikberatkan soal bukan muhrim walaupun kita tidak nampak empunya diri atau berjumpa secara reality tetapi hakikatnya pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam dunia siber ini masih bukan muhrim dan ianya adalah haram sama sekali. Adakalanya kita sering kali terdengar atau terbaca mengenai isu ini. Seharusnya wanita yang telah bergelar isteri haruslah tahu garis panduan dalam pergaulan dalam net. Banyak keburukkannya dari kebaikkan. Apa yang saya ingin menekankan disini wanita-wanita yang telah bergelar isteri haruslah ada displin dalam etika pergaulan dalam dunia siber ini. Bukan saja didalam dunia siber malah didunia reality juga harus tahu jaga pergaulan seharian ditempat kerja mahupon dimana-mana. Jangan terlalu bersosial networking sehingga tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu terabai begitu saja. Jangan tegur menegur lelaki yang bukan muhrim atau berkenalan dengan mana-mana lelaki. Jangan terlalu menonjolkan diri sehinggakan menjadi public figure. Saya amat kecewa apabila ada wanita yang bergelar isteri masih menjejaki bekas kekasihnya didalam net meninggalkan pesanan ringkas dengan berkata”i always love u”. Dimanakah letak kasih sayang sejati untuk suaminya? Sedangkan dirinya itu berfoya-foya dengan bekas kekasihnya dan seringkali berYM bertanyakan khabar. Bukan itu saja malah dia juga sering menghantar sms dan menghubungi bekas kekasihnya dan juga ibunya. Dosa perbualan menerusi Ym yang bukan muhrim. Kenapa saya nyata sedemikian. Takut kalau hatinya akan kembali rasa suka dan akan menimbulkan fitnah. Jauhilah perkara yang akan mendatang keburukan kepada kita. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amiin.

    Sabda Rasullullah SAW:

    “AKU MELIHAT KE DALAM NERAKA, MAKA AKU DAPATI KEBANYAKKAN PENGHUNINYA DARI WANITA-WANITA YANG MENGKUFURI KEBAIKKAN SUAMINYA. JIKA ENGKAU BERBUAT BAIK KEPADA SEORANG DARI MEREKA SEPANJANG MASA, KEMUDIAN IA NAMPAK SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIMU TERHADAPNYA, LALU IA BERKATA: AKU TAK PERNAH SAMA SEKALI MELIHAT KEBAIKAN DARIMU”
    (HR: al bukhari)

    dan rasullullah juga bersabda:

    “jika sekiranya aku menyuruh seseorang sujud kepada seseorang tentulah aku menyuruh wanita sujud kepada suaminya”
    (HR: AT TARMIZI, AHMAD DAN AL HAAKIM)

    INGATLAH WAHAI KAUM ISTERI BAHAWA KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI SANGAT BESAR.

    wallahu’alam bissowwab

    Fikirkanlah wahai insan.

  22. ASSALAMUALAIKUM..
    HUHUH RASENYE SY DA KTGIH TAHP PECAH TERMOMETER DH..
    MLE BRKNLAN NGN INTERNET LPAS SMBUNG BLAJA AFTER SPM RESULT..
    JD BEST JER LYAN INTERNET NI KDNG2 SMPAI X TDO MLM..
    BTUL AP YG UMMU SAIF CKP..
    MLE JER BEK..LME2 MEN TENET NI MLE LA GURAU NTAH AP2 NTAH..
    SY ORG SSH..X PRNH MRASA NKMT BRINTENET MSE KT KG..
    SSH JER NA HLNGKN KETGIH KT TENET NI..
    ASL BKK LPTP JER,MSTI CLICK MOZILLA..WAJIB!
    HUHU AP NA JD LA..SEDEY JGK RSE..
    UMMU SAIF AD X APA2 NSHT KT SY??
    TRIMAS..
    WASSALAM

  23. Pingback: meloncat-loncat blog. « "ukhuwah itu indah jika ianya kerana Allah"

  24. Assalamualaikum Ummi dan Abi Saif,
    Apakah hukumnya seorang suami selalu call seorang gadis atas dengan alasan ‘saling berpesan-pesan kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran’? Tapi memang ada kebaikannya, sebab isteri menegur dan mengingatkan waktu yang hampir tamat pernah dimarahi, tetapi bila sigadis ini yang mengingatkan, si suami dah mula solat tahajjud di waktu malam.

  25. Salam hamba Allah,

    Rasanya kita semua tahu apa hukumnya.

    Nasihat saya buat isteri, tanya aje secara baik2 dan direct pada suami apa hubungan mereka berdua. Kalau deny ada hubungan, then berdoa, solat ditetapkan hati suami dan tawakkal. Layan suami lebih daripada biasa dan jgn marah2.

    Personally, saya nasihatkan cuba call wanita tersebut dan bagitau itu suami awak. Maybe wanita itu taktau itu suami org. Tp elakkan sumpah seranah.

    The rest, berdoa..

  26. baru perasan…..

    nmpknya pihak yg comment tajuk pena binasa ni majoriti is mereka2 yg sudah mendirikan umahtangga.

    tapi acteli, sebnrnya bab ikhtilat ni bukan juz 4 those yg dah bergelar ummu n abu jer, right?

    i mean, bagi yg lom nikah pun kena gak jaga ikhtilat dier di alam cyber, xkan biler dah berumahtangga baru nak belajar kan? i believe, syariat bab ikhtilat langsung x exclusive 4 those who haven’t married… ^_^

    p/s – minta diberi tguran if ders mistake….

  27. assalamualaikum…
    insyaALLAH..nie baru kali kedua ana melawat blog ummu…AlhamdulilLAH..pada masa nie sya risau dgn diri sya yg leka dgn penggunaan internet nie..tapi mmg susah nak kawal,apa lagi bila kat bilik asrama dpt wireless,dalam keadaanan nie sya mendapat kesedaran disini sebelum terjerumus terus tapi nie mngkn tuk seketika j……paasti lepas nie wat lagi.
    penggunaan internet nie da jadi kebiasaan pada pelajar.mungkin sebelum sya memiliki komputer sendiri nie sya cuma menggunakan computer kawan2 tuk mencari maklumat dan sambil2 ana mengambil peluang melawat forum dan perbincangan..mgkn masa tu ana cuma addicted kat internet pada ilmu2 agama,dan mendapat ramai kawan2 yg memberi pesanan&berkongsi ilmu sampai tido lewat sbb nak baca article dan blog dan sya tak nafikan yang ramai adalah lelaki,…memang kadang2 kita tak menjaga dari segi percakapan dan pergaulan walaupun secara tidak langsung..dan sya jgk merasai pelajar juga terganggu kerana addicted dgn internet nie…leka dgn ym…dan membaca2 blog2 sedangkan ada perkara lain yg perlu diutamakan…macam mana nak kurangkan diri kita tuk tidak terlalu leka dgn internet…sya da cuba dgn tutup laptop bila xda assigmnt,tapi…sya tak kuat,kadang2 masa wat assgmnt pun boleh leka wat benda lain…
    sya harap ummu dapat beri tips2 tuk kurangkan diri sya nie dari leka dgn internet…

  28. tengs ummu saif..tersedar sy dr “lena” d dunia maya ni..
    actually, i’m da one who was addictd wif intrnt..mmg parah la..
    keje xbyk x jalan, tido lewat….

    skg ni sy dlm proses tingglkn semua ni, n artikel ummu ni dtg tepat pd awktunya..alhamdulillah…allah masih sygkan sy, dberikan ksempatan utk berubah..

  29. assalamualaikum…
    lepas baca artikel n semua comments readers, bt sy terdiam dan terfikir sejenak..
    rasanya saya mungkin tergolong dalam golongan yg addicted to internet…
    tapi sy xlayan chatting, ym or fs tu semua coz sy lbh prefer baca blog e-novel n cerpen…
    sememangnya perbuatan jenguk blog macam2 bnyk melalaikan sy…
    masa yg sepatutnya dihabiskan dgn study akhirnya terbuang begitu sahaja…
    sememangnya membuatkan saya menyesal dan sedih…
    dan ia memang memberi kesan yg teramat sgt terhadap pelajaran saya…
    sekarang ni sy sdg berusaha untuk mengurangkan dan menghentikan perbuatan yang agak kurang bermanfaat tue…
    insyaallah boleh…
    tapi macam mana sy nak buat ya?…
    laptop sy ni 2 rasenye macam selalu je memanggil-manggil…

    ummu saif…blh x bg email ummu…sy nk tanya about something…

    kalau oleh bagi ..syukran..

  30. salam ummu saif
    sy mmg tertarik dgn entry ni….sy ade 1 perkara yg sya pening…wujudkah istilah ukhwah fillah bg laki dan perempuan??…sya ambil situasi spt seorg lelaki yg tiada niat ske atau cinta atau yg sme waktu dgnnya yg berkawan dgn seorg wanita dan kdg2 berbicara spt tanya khabar dan kdg2 berckp soal islam dan dia tiada apa2 perasaan kpd wanita itu walaupun sdh lma berkenalan…dan satu lg sejauh mana perkataan ‘berkawan’ bagi wanita dan perempuan??…hara budi bicara ummu saif(kalau bleh minta abu saif hurai skali)…terima kasih…sy bru lg dalam hal2 ini kerana sya msh budak hingusan(skolah menengah)

  31. ‘dan satu lg sejauh mana perkataan ‘berkawan’ bagi wanita dan perempuan??…’ maaf tersilap…hehehehe :)….ini yg sebetulnya…dan satu lg sejauh mana perkataan ‘berkawan’ bagi lelaki dan perempuan??…maaf ya slp tlis..

  32. terima kasih ummusaif.baca ni rasa macam ZUUPPP kat hati.Nak menangis pun ada.Kena batang hidung sendiri.Malunya kat Dia dan diri sendiri.

  33. salam..
    thanks diatas peringatan ini..insyaallah sama2 lah kita beringat dengan apa yg kita lakukan..yang baik datang dari ALLAH..yang buruk datang dari ciptaan kita sendiri…

  34. assalammualaikum ummusaif…saye pon nak mengucapkan terima kasih atas peringatan ini..insyallah sye tak lupe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s