Basikal Mampu Membunuh


Hari ini seperti biasa saya bekerja di bahagian bukan kritikal jabatan perubatan kecemasan.

Salah satu kes yang saya lihat adalah seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang mengadu sakit di bahu kiri selepas jatuh daripada basikal 5 hari yang lalu.

Daripada cerita yang kami dapati melalui bapa kanak-kanak tersebut, beliau telah jatuh dari basikalnya ke dalam parit sedalam 7 kaki. Beliau telah ditemui oleh orang ramai dalam keadaan sedar dan bengkak yang tidak ketara di bahagian bahu kiri.

Kerana sakit dan bengkak yang tidak terlalu teruk, ibu bapa beliau tidak membawa beliau terus ke hospital. Pada hari ke lima, barulah beliau mengadu sakit dan dihantar ke hospital.

Beliau telah didapati patah teruk di bahagian bahu kiri beliau dan perlu disimen (U-slab).

Pengajaran daripada kes ini:

Kebiasaanya, patah tulang akan menunjukkan bengkakan yang ketara serta sakit yang amat sangat dalam tempoh 24 jam. Namun, kita mungkin boleh terlepas pandang terutama pada kanak-kanak yang sangat aktif.

Daripada kedalaman parit tersebut, adalah disyaki kanak-kanak tersebut mempunyai kecederaan dalaman (dan bukannya ringan).

Adalah tidak rugi bagi ibu bapa untuk mendapatkan pemeriksaan dengan lebih awal berdasarkan cerita di atas.

Dengan kata lain, ibu bapa sepatutnya lebih risau akan sebarang kecederaan anak-anak (high suspicion index).

Kecederaan major yang mungkin boleh berlaku adalah pendarahan pada organ dalaman, seperti di dalam perut, dada atau otak.

Kanak-kanak (malah orang dewasa), sepatutnya memakai topi keledar dan padding semasa berbasikal.

UMMUSAIF.COM
56000, Kuala Lumpur

32 thoughts on “Basikal Mampu Membunuh

  1. assalamualaikum…
    saya berpendapat rata2 rakyat Malaysia punyai kesedaran yang rendah tentang isu keselamatan ni. Lihat pada penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang belakang, rata2 masing2 ambil endah tak endah je. Jangankan berbasikal, entah berapa ramai yang mennggang motorsikal tanpa memakai helmet. Sepatutnya tiada istilah ‘nanti dulu’ untuk soal keselamatan ni.

  2. Alhamdulillah budak-budak di rumah kalau naik basikal selalu pakai alat-alat keselamatan tu. Betullah kan, kanak-kanak kalau jatuh sikit pun kena cek betul-betul bimbang cedera yang dalaman, cedera luaran mungkin lebih mudah nak rawat & ubat. Cedera dalaman betul boleh bawa maut seperti mana yang berlaku kat sepupu kakchik sendiri.

  3. Salam Ummu Saif.
    Artikel yang sangat berguna, sebagai persediaan sebelum saya bergelar bapa.

    High suspicion index, rata-rata masyarakat Melayu kita tidak punya kesedaran itu. Bila anak-anak mengadu sakit yang biasa (yang dilihat ringan), cuma akan dibalas dengan kata-kata rangsangan contohnya: “Ala, luka sikit je tu. Aiman kan kuat.”
    Dari segi psikologi anak itu, mungkin semakin berani dan tidak mudah menangis. Tapi, si bapa tidak membuat tindakan lanjut untuk membuat pemeriksaan lanjut.

    Malangnya saya sendiri ada perspektif sebegitu. Saya menganggap sakit yang biasa-biasa (tanpa melihat kesan dalaman) sebagai masalah kecil dan tidak khuatir.
    Mungkin selepas ini, perlu untuk saya mengubah cara pemikiran begini.

    p/s: Saya berharap UmmuSaif.com terus istiqamah dan paling utama: FOKUS cuma pada satu topik sahaja, iaitu Kesihatan dalam Kekeluargaan, kerana saya ke sini cuma dahagakan ilmu itu.

  4. Assalamu’alaikum…

    Saya setuju dengan pandangan Sang Pelangi supaya Ummu Saif menumpukan kepada topik Kesihatan dalam Kekeluargaan.

    Namun begitu ada + and – nya juga. Sebab web ini dilayari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang nak tahu tentang soal kesihatan, hati dan perasaan, kaunseling, tazkirah, rencana, hukum fiqh dan pelbagai ilmu lain. Mungkin boleh dibuat pautan mengikut topik yang sesuai…setiap artikel dibahagikan mengikut topik. Jadi ia lebih memudahkan semua pembaca…just cadangan. Saya bukanlah orang yang arif mengenai hal ini.

    Apa pun…isu kesihatan merupakan isu yang amat penting untuk diketahui oleh ibu bapa. Contoh paling mudah tentang penyakit exima (how to spell)…sejenis penyakit kulit. Ummu Saif lebih arif tentang hal ini. Saya pun baru sahaja menggetahuinya… walaupun penyakit ini tidak perlu dibimbangkan tetapi sebagi ibu bapa, mereka perlu tahu tentang penyakit ini supaya mereka dapat mengawal penyakit ini daripada terus merebak. Nisbah penghidap di Malaysia agak tinggi…tapi maaflah saya tak ingat nisbahnya.

    Semoga memberi manfaat…
    Wassalam.

  5. Mmg saya berminat menulis isu kekeluargaan dan kesihatan.

    Tapi, speciality saya lbh kepada kesihatan memandangkan saya tak ada/byk ilmu agama utk diselitkan dalam isu kekeluargaan dan kebanyakan point saya telah pun diulas dlm SIO (bcoz some of the points dlm SIO adalah hasil discussion kami), so buat apa nak ulas lagi kt USO eg isu doktor baru2 ni.

    That’s why kadang2, saya dah takde idea nak tulis apa bila semuanya dah dibincangkan di SIO (bukan nak komen apa2, ianya realiti bcoz saya pun byk menempek di sana).

    So, saya pun nekad nak fokus pada isu kesihatan, tapi nampaknya tak dapat byk respon. Yg orang suka respon, isu poligami, bertunang, masalah remaja.

    Tapi, takpelah, memang itu realitinya.
    Niat saya untuk menyampaikan walaupun sepotong ayat.
    Saya akan terus menulis walaupun seperenggan (bak kata Abu Saif, 1 perenggan pun jadi la).

    Cumanya untuk pengetahuan umum, saya bukanlah tahu semua isu perubatan bcoz speciality saya ialah Emergency Medicine.
    Sat gi jangan pulak ada yg tanya macam mana nak rawat severe eczema (after already seeing dermatologists).

    Barakah Friday untuk semua.

    Wassalam.

  6. Assalamualaikum Ummusaif,
    Umur saya nak masuk 39 tahun. Anak yang pertama meninggal semasa 8 bulan dalam rahim, kedua gugur, ketiga sekarang 7 tahun, keempat, lima & enam -gugur secara berturutan. Ketujuh ,alhamdulillah sekarang dah 15 bulan. Saya sebenarnya amat takut untuk mengandung lagi walaupun dalam hati redha kalau Allah nak beri. Kalau pregnant, saya jadi amat lemah dan extra carefull sebab takut gugur. Masalahnya tugas saya perlukan banyak pergerakan dan saya tak suka orang kata saya amat manja masa mengandung. Apa yang boleh saya ambil untuk pastikan janin saya kuat dan tidak mudah gugur?

  7. salam ummu saif..
    betul tu… kurgnya pengawasan dalam hal-hal mcm ni.. apepun sy suka juga baca isu kesihatan ni. diharap ummu saif dapat tulis byk lg artikel mengenai kesihatan.. mcm trademark uso “you complete me”… semoga saling mlengkapi…

  8. Terima kasih al-misk.

    Untuk puan nurul, hmm saya pun tak berapa arif ttg Obs&gynae ni.

    Tapi, biasanya kalau kes yg recurrent abortion ni biasanya berkaitan dengan penyakit keturunan atau genetic (baby itself tak kuat) atau uterine insufficiency iaitu rahim tak kuat oleh byk faktor. pasal ubat2an dalam bidang ni mmg bukan kepakaran saya.

    Yg tu puan kena investigate dengan detail untuk tahu sebab sebenarnya.

    Kalau nak plan next pregnancy, saya cadangkan puan berjumpa dengan pakar sakit puan di mana2 teaching hospital.
    Bcoz saya pernah jumpa kes begini apabila baby di masukkan ke dalam NICU selepas di lahir atas komplikasi. Berdasarkan history previous abortion mereka juga buat investigation on the baby’s genetic/disorder. Apparently, baby patient yg gugur tu semuanya baby boy. Yang girl, 2 survived. So, that’s why depa query.

    Precious pregnancy requires extra precaution so mmg kena byk berehat, dan tak blh fikir sebab nak manja ke apa. Org lain kena jadi more supportive.

  9. Assalamualaikum Dr. Ummu Saif…tahniah sbb terus blogging dgn isu2 menarik..esp bab keselamatan ni…zaman semakin canggih,risiko kemalangan makin tinggi…tahniah ummu saif…moga baby baru selamat dilahirkan nanti insya allah..canggih benor skrg..yg dlm perut pun boleh nampak dlm blog…huhuhu…bila sebut pasal melahirkan anak,apa pandangan islam tentang melahirkan anak dalam air?ada kesan baik dan kesan buruk jugak ke??syukran

  10. Salam Ummusaif..Entri kesihatan pun ada yang baca..hehe..seperti saya..Bahaya ya jatuh basikal tu..sampai jadi serius kerana sikap endah tak endah..

  11. assalamualaikum wbkt..

    kenapa ummusaif pilih emergency medicine ye..and bila ummusaif decide untuk buat specialty yang ini?..semasa houseman?.. selepas houseman..? lepas ni akan jadi lecturer di UKMMC ke pergi Govt. Hospital ke macammana..?

    p/s : casualty kerja shift ye? bukan office hour?

  12. Alhamdulillah… input yg simple tp amatlah bermakna utk pengunjung di USO ni. Smg terus istiqomah dlm tinta penulisan di alam maya ini. ALLAH yubarik fiki ya dr. ummu saif..=)

  13. salam imad.

    saya decide utk join EM semasa bekerja di ed hukm.
    Masa tu teruja dengan teaching yg ada di situ.

    Byk beza teaching di teaching hospital vs di hospital kkm. At least, kita tak rasa buat decision pandai2 sendiri. But, now almost semua hosp KKM di bandar2 besar dah ada emergency physician yang mengajar so maybe teaching di sana dah improved.

    Selepas ni saya akan jadi lecturer di PPUKM. La ni trainee.

    Semasa posting within 4 tahun ni, tak semuanya syif sebab kita pergi posting macam2. Tp bila kt ed, of course la syif. Tp setengah org prefer syif bcoz blh break tgh2 minggu.
    8-5 lagi penat rasanya. Selepas balik rumah tak perlu fikir pasal patient lg. Tomorrow is a new chapter.

    Selepas grad ie bila dah jadi specialist nanti baru office hours. Sama gak kalau jd specialist di KKM.

    Ntahle, saya rasa buat EM ni paling adventure antara semua. Sangat2 menguji minda, kecekapan, daya tahan fizikal. Semua kena cepat, cekap dan betul.
    Sub speciality banyak. Prospek pun bagus in future esp di private hospital in 5-0 years from now.

  14. Saya pun tak dapat bayangkan Ummu Saif buat speciality selain daripada Emergency Medicine. Selama menganggotai Kelab Suami Doktor, saya rasa Ummu Saif paling happy dan optimum ialah semasa posting di Emergency Medicine, terutamanya ketika di Tallaght Hospital, Dublin 24. Walaupun kena kerja shif malam atau beban kerja yang banyak, masih happy dan selalu kongsi cerita tentang kerja bersama saya.

    Cuma, kalau di Ireland, selepas shif malam 5 hari berturut-turut (sikit lagi je nak jadi zombie), dapat cuti 2 minggu! Wah, inilah kemewahan Emergency Medicine di sana🙂

    So, saya bagi sokong penuh kepada Ummu Saif dalam bab ni, juga kepada orang lain yang berminat menyertainya

  15. kalau macam tu nanti saya advise zaujah saya ambil Emergency Medicine lah yek ustaz..?..huhu (”,) ummusaif pun boleh tolong buat teaching.. (”,) ( tahu specialization ni lain orang lain..)

    ” Selepas balik rumah tak perlu fikir pasal patient lg. Tomorrow is a new chapter. ”

    – maksudnya, dekat casualty ni kita just manage patient punya acute problem sahaja lah ye..kan? lepas tu pas dekat each department..so kita tengok patient tu sekejap je, esoknya tengok patient lain pulak..? no long term management (long term bond with patient)..kan? (..baru saya perasan..)

    p/s : abu saif kena tunggu (doakan) imad jadi Pengarah PPUKM nanti insyaAllah boleh bagi cuti banyak2..(”,)

  16. bab beskal ni memang favorite ana. tambah2 isu pakai helmet. nanti boleh kot ana post via e-mail gambo mountain bike riadah ana siap pakai helmet…………….

  17. kak muna, saya juga interested untuk buat Emergency Medicine dulu, sebab kita macam kena tahu semua bende (superficially), dan praktikalnya kita boleh guna kat mana mana pun. Macam kak muna kata, tak ada pesakit tetap. Datang hari baru, lembaran baru (kecualilah patient yg kita d/c semalam datang kembali). Ada praktikal side (suturing, ATLS, fracture) dan yang penting, kalau saudara mara tanya kat kampung, kita boleh jawab dgn senang sebab kita tahu kebanyakan benda.

    Namun yg saya tak tahan adalah up to certain point masa buat EM dulu, dah jadi repetition. Org datang chest pain, maka gini gini kita buat. Finally kita refer kat medic/surgeon. Walaupun mulanya penuh dgn variability, namun sampai satu tahap dia jadi repetition.

    Kekadang tu terasa nak tahu apa jadi ngan patient yg kita admit. Bila ada medical SHO yg baik hati bgtau kita, barulah kita tahu. Nak tanya setiap kali… tak larat sungguh.

    Satu lagi kena ada ketahanan yg kuat. Kerja kat ward 8-6pm tak sepenat kerja kat ED 9-5 sebab kerja kat ward, kita boleh rehat, makan lunch, jalan sana sini, manakala kalau kat ED, tak habis lagi satu patient, dah kena ambik satu lagi patient… sampailah habis shift.

    Dan yg paling SAYA tak suka ED adalah ke’superficial’an dalam managing patient. Kita stabilise patient, then up to the medical team utk cari proper diagnosis and treatment. Bukanlah kelemahan, sebab setiap department ada specialty sendiri, dah memang ED specialise dalam stabilise and sorting out to which department will the patient go….

    Sekadar berkongsi dgn kak muna.

  18. Superficial tu rasanya sebab kita tak buat masters or MCEM.
    Itu adalah typical view of others on emergency medicine, superficial and tau refer aje.

    Bila kita study then kita akan tau lbh detail dan kita sentiasa berfikir. So, takde le ibarat macam hafal protokol atau algorithm aje.

    Tak tahu le dengan ed di ireland tu.
    Tp kalau kat teaching hosp malaysia ni, kami ada wardround and teaching daily.
    Basic sciences spt physio, biochem, pathophysio, applied anatomy kena tau in detail. Hari2 kena tanya.

    We have trauma lane so we deal with trauma cases ourselves. Mana yg kita blh blh kt ot ed, kita blh buat sendiri.
    In ED, we have our own OT, CT room. We do internal pacing in ED. Cuma open cardiac massage je belum. Future, maybe we have stroke thrombolysis, 24 hours angio suite and others.

    In edhukm our ed specialist are traumatologist (ortho), anesthesiologist and emergency physician (EP). So, we have a mix of all kind of teachings and inputs.
    eg We have to learn and study what people in anaes study.

    Kalau kita gi dept lain pun kita dapat tgk betapa “detail’nya dept lain tu. Contohnya dept surgery dan ortho taktau baca ECG. Medical tak tahu CPR dah 30:2.
    Surgery tak tau ATLS in prehospital care management. Medical mo tak lepas ACLS.
    Tak semua, tapi inilah realiti.

    EM can be sub specialise to so many things. In HUSM, they have EPs who specialise in Hyperbaric chamber. In US, EP adalah among the highest paid.
    Imagine in 10-20 years time, dept lain maybe tak laku kt private hospital kalau EM berkembang. Pt tak sempat naik ke ward pun!.

    Bab refer merefer tu. Itu mmg dah kerja ed.
    Yes, ed stabilise pt first. Some of the pt stayed in ed more than 12 hours intubated and unstable b4 pushed to icu or ward. Remember, this is the most crucial time of all.
    Tau2 je le m’sia ni, takde bed, 24jam duduk kt ed.

    So, terpulang. Kalau tak tahan/minat, mmg tak tahan/minat.
    Tp apa2 pun EM has its own speciality yang dept lain takde – cepat, cekap, tepat dan betul.

  19. Definitely, mana-mana bidang pun ada aje orang yang meminatinya. Bidang forensik yang mengadap mayat pun mengujakan orang tertentu. Begitulah Allah SWT mengagih-agihkan minat dan kecenderungan manusia agar setiap satu keperluan, ada pihak yang melaksanakan tanggungjawab kifayah berkaitan dengannya.

    Bagi emergency medicine, me personally, will only share my agreement with what I believe is the best for my wife, who only deserves the best. Go go.. EM!

  20. Rileks kak muna… it is not my intention to ‘downgrading’ emergency medicine at all. In fact when i was an intern, i kept saying to other people, i was 90% sure i wanted to do Emergency Medicine. However, things move on and things changed. Allah yang membalik-balikkan hati.

    I was sharing my experience of emergency department in Ireland, so that people can think and weigh the pros and cons. I am sure it is different, kak muna. Even reading your entry, surely things have gone far advance in teaching hospital in Malaysia.

    And i agree, to be a good EP, you have to be at your best – efficient, good clinical skills (to pick up subtle signs in very short period) and more importantly making good desicion… FAST.

    Bila ustaz nak datang Ireland lagi? (jangan marah aa kak muna tanya soalan ni…hihi). The other 2 contemporary Ustaz dah sambung kat Lampeter… we are waiting for the third one?

  21. salam..

    kita kat msia pn sdg tngktkan kesedaran kesihatan.. cme mgkn x applied holistically.. sbb mmg byk kn.. kita lak asyik concern keadaan yg termanifestasi sje (cth demam biasa take them too serious walhal ok pe, immune system react naturally..) pastu xmo wat regular screen, bila penyakit dh develope, n tnjkkan simptom2.. baru nk cri doc.. kesihatan gigi pn sme.. nk wat regular check up .. tau2 dh tanggal sume=P (erk.. sye pn sme x wat cek up)

    n satu agi kes kte overlook, dyslexia.. spelling n reading retardation.. ppl simply say they r lazy watsoeva.. tapi sbnrnye x.. memang mrk berusaha, cuma perlukan teknik yang sesuai.. n benda2 nih kte kena concern esp kat rural area..

    wallahua3lam..

    ps sye pn nk msk ED! tunggu ye.. sye bru 2nd yr.. bergelumang dgn basic medical sc agi =P

  22. kalo tak silap dlm bahasa diet kesihatan kadang2 mereka membahasakan kadar makanan yg kita ambil berdasarkan jumlah masa perlu berbasikal…..

  23. teringat kes jatuh basikal, sampai sekarang parut di kening jadi saksi pengalaman berharga.

    high suspicion index? kadang2 kita di sekeliling lebih risau dari mak ayahnya sendiri.. aduhai… (-_- )

    p/s : lain kali boleh jemput ummusaif buat ceramah kesihatan juga… Program Sehari Bersama Keluarga as-Saif : Bicara Agama & Kesihatan featuring Abu Saif & Ummu Saif.

  24. teringat jugak kenangan jatuh basikal masa umur 9 tahun..sampai sekarang parut masih ada di lutut..ini semua gara2 x mendengar cakap mak..dia suruh saya mandi tapi sy nak lumba basikal dengan adik dulu..sekali mmg kona maut betul…skrg tak naik basikal dah..hari2 naik bas je ;D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s