Tangan Itu Berdosa di Hari Ramadan


Godaan Syaitan

Ada sesetengah email yang hubby saya tak larat nak layan. Adakalanya kerana soalan yang sama berulang-ulang. Sebahagiannya pula adalah kerana ia terlalu mengaibkan. Atas rasa perlu untuk kami saling bantu membantu dalam menghulurkan bantuan (walaupun macam-macam perasan negatif melanda), maka ada di antaranya yang hubby minta saya sahaja yang menjawab persoalan tersebut.

Salah Alamat

Lebih memenatkan, apabila email yang dihantar melalui borang di saifulislam.com, disertakan dengan alamat yang salah. Setelah puas menaip, apabila dihantar email itu, ia berpatah balik, tidak sampai.

Salah satunya ialah email di bawah. Oleh kerana saya dah penat menaip dan rasa sungguh membuang masa disebabkan ia berpatah balik akibat salah alamat, maka saya siarkan sahaja di sini untuk manfaat semua, dan dengan harapan, ALAMAT EMAIL DAPAT DITAIP ELOK-ELOK.

EMAIL TERSEBUT BERBUNYI:

Salam, ustaz..
persoalan ni, lama dah bermain terutama bulan ramadhan. saya, gadis, pelajar, tapi saya bernafsu kuat. terutama apabila makan daging n minum kopi. tapi saya terpaksa mnm kopi sb nak alert belajar sb saya pun kuat tido. tp nafsu pulak naik. saya tak pernah berzina, saya cuma masturbate sb kalu tak fkrn teringat tu je. bulan puasa lg lah, tgh puasa pun nafsu naik. sy sedih, sy nak dekat dgn Allah. sy ingat stp bulan ramadhan adala 3 hari sy masturbate. batal tak puasa. kalu dulu saya teruskan puasa tp saya ganti smula. tapi puasa tahun ni, sy berazam taknak, tp nafsu kuat sgt ustaz. sy plan nak nikah, tp belum bertemu jodoh. ada 7 bulan lg graduate. saya pelajar sains tp tahu agama, solat, puasa tak berzina, tak berkawan dgn lelaki, tp nafsu sy kuat sgt. kdg2 tersalah kan taqdir nape kuat nafsu tp tak bertemu jodoh?,rasa makin jauh je dgn Allah. nak tumpu belajar susah.agak  merosot.pass exam pun Allah yg tolong. tak cukup pun ilmu.ustaz, apa hukum puasa, apa perlu saya wat nak kurangkan nafsu. sy bingung

INI PULA EMAIL BALASAN SAYA KEPADANYA (BAGI PIHAK ABU SAIF):

Salam adik…

Pertama-tamanya, akak doakan adik sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Yang pastinya, memang ada remaja yg menghadapi masalah seperti ini. Saya pun tak berapa pasti apa puncanya. Mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada explicit videos / movies via internet atau cd. Saya rasa kalau orang tak pernah tahu, baca  atau tengok bagaimana mastubasi dilakukan, tentunya dia tidak tahu untuk melakukannya.

Ada dua isu besar dalam masalah adik ini:

  1. Kurang memahami betapa besarnya dosa mastubasi di luar perkahwinan. Ia adalah perbuatan MENGHAMPIRI ZINA, dan berterusan melakukannya adalah DOSA BESAR.
  2. Gagal mengelak daripada perkara-perkara yang mencetuskannya.

Hukumnya jelas. Ia adalah dosa besar. Maka bukan soal hukum perbuatan itu yang patut ditanya, tetapi bagaimana cara untuk menghentikannya dan BERTAUBAT.

Cadangan akak ialah:

  • tanamkan azam yg kuat untuk memberhentikannya.
  • sentiasa ingatkan diri bahawa ia adalah DOSA BESAR.

Cara untuk mengelakkannya:

  • Berhenti ambil / lakukan semua yang boleh menjurus atau mencetuskan keinginan ke arahnya termasuklah kopi. Berkorban apa sahaja!
  • Berhenti melihat buku/video/internet tentang seks/masturbasi.
  • BERHIJRAH dengan:
    • Tukar semua suasana yang associated dengan perbuatan tersebut.
    • TUKAR SUSUNAN BILIK
    • TUKAR PERFUME
    • TUKAR CADAR / SARUNG BANTAL
    • Tukar apa sahaja yg boleh trigger kepada perkara itu.
  • Sibukkan diri dengan banyak aktiviti
  • Jangan biarkan diri bersendirian
  • Pastikan tinggal dengan roommate / housemate (bukan regu)
  • Banyakkan membaca al-Quran, solat sunat dan berpuasa.

Berikut ada link daripada Ustaz Zaharuddin tentang kaitan masturbasi dengan tuntutan menggantikan puasa: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=605&Itemid=63

Setakat itu sahaja yang akak dapat bantu. Selebihnya bergantung kepada kesungguhan dan kadar keseriusan usaha adik sendiri. Jika adik benar-benar ikhlas untuk bertaubat, maka adik akan lakukan semua usaha untuk memberhentikannya.

Sekian dulu dari akak yang serba kekurangan ini. Akak doakan agar adik diberi pertolongan oleh-Nya. Maaf sekiranya ada salah dan silap tutur bahasa.

Wassalam.
Zaujah Ustaz.

Pengaruh Syaitan

Mengaibkan

Saya kesian tengok hubby dan hairan dengan email-email yang diterimanya saban hari. Memanglah dalam bab belajar agama, kita tidak perlu malu. Sirah pun tunjuk banyak contoh. Maka kalau soalannya tentang haid, tentang nifas, tentang kaedah perancangan kehamilan, maka saya memahaminya. Tapi apabila email itu berbentuk pengakuan zina, masturbasi, dan segala perbuatan kotor yang semua orang sudah tahu hukumnya, saya tidak tahu apa motifnya soalan ini ditanya.

Hukum dah jelas, dosa dah tahu, so apa sebenarnya yang nak ditanya dari ustaz?

Jelasnya, setiap email itu mengaibkan kaum Hawa (muslimah) dan saya sendiri jadi malu dengan kaum sendiri.

Moga Allah menolong saya dan kita semua, ameen.

UMMUSAIF.COM
56000 Kuala Lumpur

39 thoughts on “Tangan Itu Berdosa di Hari Ramadan

  1. salam ummu saif,

    selamat berpuasa, tahniah kerana dapat bermujahadah.

    terlanjur membaca article ni, ummu saif ada mention tentang persoalan haid, saya ada persoalan yang tak terjawab. harap sangat kalau mungkin ummu/abi saif dapat bagi bantuan. (malu nak ty kat SIO)

    1. Is it consider as menses if only there is steak of blood mixed with vagina discharge on day LNMP 30, for 2 consecuitive days & stopped afterward with no more menses that month?

    2. Where we should put dysfunction uterine bleeding(DUB)? Is it under menses or illness
    ( istihadah) ? How about ibadah especially solat &saum during DUB?

    Saya dah cuba bertanyakan gynecologist, but they too cannot give definite answer regarding these matter.

    Jazakillah khairan:)

  2. Erk.. (terkesima sebentar)

    Hrmm.. regarding da case, she has an obligation get married ASAP, rite?

    hurmm.. but then.. as ummu saif have blogged, it’s not needed for kaum hawa to jump gender to ask anything anymore.. huhu.. segan.. segan..

    Wallahua3lam

  3. because of the addiction, one cannot solve this problem by simply getting married. she might continue doing the same thing even after marriage and that will lead her to another serious problem with the husband.

    she must stop doing it, and then getting married.

  4. Salam Ummu Saif,

    Allahuakbar.. ada jugak yek,kes macam ni.Ini dinamakan cabaran seorang isteri ustaz kena kuatkan semangat.

    Terima kasih kepada Ummu Saif yang mampu mencoretkan masalah ini untuk renungan semua.Mungkin dengan cara ini kita dapat bantu saudara @ sahabat yang mempunyai masalah seperti ini.

    ” KUATKAN TEKAD UNTUK BERTAUBAT, INSYA-ALLAH TAK MAU BUAT”…

  5. salam ummu saif,

    dahulu saya adakalanya (bukan selalu, kadang2 jek) skeptikal juga dengan ummu.. sebab kalau baca komen ummusaif tu dalam SIO, direct to point, tade nak selindung2 dan nak berbasa basi..

    tapi bila membaca balasan ummu kat pertanyaan adik di atas tu..
    i think u r gifted with syariatullah..
    it is really a great combinations – u and ustaz..u two complete each other..

    semuga sentiasa sabar, tinggi kepedulian dan
    jangan mengalah dengan komen2 negatif..
    kita memerlukan pertumbuhan blog sebegini
    dari blog yang pelbagai/cacamerba di alam siber ini..

  6. oops.. maaf salah..
    bukan syariatullah, tapi sunnatullah..
    tak boleh full concentrate..

    ni bahana JAKEL buat promosi karpet dll..
    pasang lagu2 raya, punya lah awal, siap DJ lagi
    kuat sangat microphone, mengganggu di ofis..
    sakit telinga, terngiang2 tanpa henti 9 to 5
    (OFIS sebelah JAKEL)

  7. Assalamualaikum semua,

    melalui pengalaman suami saya membaiki PC pelajar rata2 dia kata memang akan berjumpa dengan FOLDER yang ada simpanan video2 lucah. malah kalau lihat folder bin dan sebagainya pasti ada web yang tidak sihat dilawati….

    mengikut statistik hampir semua pelayar internet akan membuka atau terakses laman lucah secara tidak sengaja..kadang2 ia mencetuskan trigger untuk tahu lagi dan tengok lagi….bak kat pepatah curiosity kill the cat…

    masalah ni memang pun bukan hanya kepada golongan yang tak tahu agama tapi yang tahu agama juga…

    memang sedih pun ummusaif, ia memang gejala yang ramai ingin lari darinya..jadi sebenarnya kalau kita boleh membantu sekiranya diminta berilah bantuan…macam UZAR, ada gak yang cemuh kenapa isu SEKS selalu dibangkitkan. tapi saya satuju dengan penulisannya…supaya bagi yang terbuat salah kalau2 terbaca penulisan2 yang begitu akan menguatkan lagi semangat untuk berubah…

    Zina adah penyakit di akhir zaman…apatah lagi dengan ada banyak sumber untuk mendapatkannya….

    betul kata ummusaif, perkahwinan bukanlah jalan yang mudah..yang penting perlu berhenti dari melakukannya dan bersungguh2…dan barulah berkahwin…..

    kadang2 kita berada di kelompok org baik2 kita tak nampak sangat…tapi memang pun di kalangan student benda ni macam jadi “DADAH”.

    Ya allah kuatkanlah iman kita semua….

  8. saya bercakap berdasarkan pengalaman saya dengan student tapi saya rasa orang dewasa dan sudah berkahwin juga ada yang bermasalah begitu

  9. saya rasa remaja tu sangat nak berubah, dan sangat perlukan motivasi luar, memandangkan dia rasa dia seorang diri tak mampu nak tangani masalah dia.

    dan saya rasa, nasihat yang kak ummusaif beri sangat baik, sebab ramai orang yang kalau dapat email macam ni akan terus marah-marah budak tu.

  10. cam abu saif kata…banyakan keja…jgn biar masa berlalu tu kosong tanpa berbuat apa2… jgn biarkan kesunyian…

    pendek citer…busykan diri dengan amal ibadah

  11. Maaf, tak sempat nk reply..kerja.

    Anyway, ummu alia. Kelemahan saya mmg tak pandai buat joke/lawak kering dgn org yg saya tak kenal dan saya tak pandai bermadah pujangga. Saya cuma pandai tulis puisi buat suami tercinta sahaja. lagi satu saya selalu berhadapan dgn pesakit, di ajar untuk berterus terang tetapi tidak laser. Saya sendiri tak suka org yg laser. Sometimes kena direct otherwise people wont get the point. Tapi, kalau saya buat silap, saya tak berat mulut untuk mintak maaf atau perbaiki diri.

    Saya melengkapi ustaz dgn cara saya sendiri..

    p/s: posa, posa, posa…

  12. Sejak bila ustaz-ustaz kita sudah disamakan dengan paderi kristian, tempat untuk mengisytiharkan dosa?
    Ni terpengaruh dengan filem-filem barat ke?

  13. “Hukum dah jelas, dosa dah tahu, so apa sebenarnya yang nak ditanya dari ustaz?”
    (ummusaif 2008)

    saya kira, ada unsur “untuk menjustifikasikan perbuatan buruk” di sini. maksud saya, kerap juga kita sedar yang apa kita buat ni jelasnya haram (kalau tak jelas pun, kita tahu ia menghampiri kepada haram), tapi kita tanya juga; mencari-cari kalau-kalau ada pengecualian atau kelonggaran agama.
    mungkin sebagai cara memujuk diri agar jangan terlalu kecewa dalam mujahadah melawan nafsu.. atau mungkin juga untuk menipu diri sendiri agar tidak rasa terlalu berdosa.
    kalau sebab yang pertama tu, saya kira tidak apalah sangat (saya mungkin salah, ye) tapi kalau sebab yang kedua tu.. entahlah. terbisu dan tercengang jadinya.

    peringatan ini lebih kepada untuk diri yang menaip, yang sering jatuh bangun dalam mencari redhaNya. mujaahid linafsihi, insyaallah.

  14. salam.

    Sekarang, banyak media yang mempromosikan “curiosity” baik dari segi penulisan ataupun elektronik bukan sahaja kepada golongan remaja malahan kanak-kanak juga.

    “Contohnya, di sekolah tempat ibu saya mengajar, sebuah sekolah di luar bandar, seorang murid lelaki tahun 1 (7 tahun)telah di bawa berjumpa ibu saya selaku guru kanan murid. Pengaduan dari guru ialah murid perempuan sekelas dengannya mengadu bahawa murid lelaki tersebut telah mengajaknya mencuba sesuatu yang obscene di bawah meja.”

    Poor that 7 year old girl who know nothing but feel ashamed when the boy want to prove his curiosity beneath her petticoat and then report to the teacher.

    Bagi saya, banyak permasalahan dan persoalan yang timbul apabila kanak2 berumur 7 tahun telah didedahkan dengan obscene yang mungkin dari media elektronik ataupun ibu bapa sendiri kerana pada umur 7 tahun,

    1. rata-ratanya kanak2 di Malaysia masih belum boleh menilai ethical disebalik perlakuan itu. Quran pun belum khatam, apatah lagi tadabbur tafsir. Mestilah tak dapat memahami pabila di suruh ‘menjauhi zina’ dan ‘menjaga kemaluan’ seperti yang diperintahkan di dalam Quran.

    2. mereka masih belum pandai mencari bahan bacaan picisan di luar. So, mestilah permasalahan itu timbul dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Dan ini akan menjadi satu topik baru iaitu: “Bagaimana menjaga pemikiran dan penglihatan anak-anak dari dicemari atau terdedah dengan lambakan adengan dan perlakuan yang tidak sepatutnya dari siaran televisyen dan secara langsung di jalanan pada tahun millenia” .

  15. Sebab tu kena bentuk jati diri pada anak dari keci lagi…kadang2 ibu bapa ambil enteng untuk bercakap/pesan tentang isu aurat dan batasannya, rasa hormat pada diri dan sebagainya..lagi satu itulah, pengaruh TV…Kadang2 mak ayah tak tapis apa yang anak tengok, bila tertengok adegan yang pelik anak-anak yang “tiada program ilmu agama” dalam minda dan hatinya akan mudah ikut2..Anak2 kecil juga ada perasaan terhadap seks tapi mereka tidak tahu itu apa..Contoh dari blog saya baca tapi tak ingat di mana..Ibu dan dua org anak melihat tv, dan tertengok satu adegan yang kurang elok..ibu tanya anak lelakinya yang baru berusia 6 tahun, “APA YANG ABANG RASA BILA TENGOK GAMBAR TADI” anak lelaki cakap Kemaluannya rasa tak selesa…kalau ibu bapa leka untuk kawal pengunaan media(internet tv,buku dll) sedikit demi sedikit anak kecil akan belajar ITU APA….dan akhirnya jika mereka rasa tiada salah maka terjadi perkara yang tidak diingini….

  16. membaca luahan penanya berkali2,
    saya sense ada kesedihan, ada taubat (yang belumlengkap) ada kekesalan dan keinginan untuk kembali ke pangkal jalan,
    dan dia mencari dan memerlukan pertolongan…

    dia merasa selamat menulis kepada ustaz..

    kalau abu saif dan ummu boleh menanganinya dengan baik, masyaALLAH..

    saya doakan keupayaan dan kesabaran untuk ummu dan ustaz..

  17. Salam ‘alaik. Saya rasa mereka yg menghantar pengakuan2 tersebut bukanlah tidak tahu hukum hakam, tetapi ingin tahu cara-cara untuk berhenti dr melakukan dosa tersebut dengan efektif lagi. Mungkin mereka dah cuba untuk berubah tp x dapat, sebab tu try nak minta pertolongan dengan org2 yg lebih berilmu ni. Manusia tidak sempurna kan. Kita x tahu apa yang bergolak dalam hati dieorg. Wallahualam.

  18. mungkin ustaz tension sebab email yang diterima, meminta ustaz mencarikan pendapat-pendapat ulamak yang mengharuskan apa yang mereka buat. so tak sure ada atau tidak penyesalan tu

  19. sokong ummusaif..hukum dah tahu berdosa..tanye lagi nape..kadang2 memalukan diri sendiri la pada saya..adik ni mesti ader nonton or bace baha2 terlampau kot..kalo tak camne tahu..sendiri dah buat taubat dan hentikan…kalo tak takder sape boleh tolong…awk kena tlg diri sendiri..

  20. ain, tak baik cakap macam tu…kita lihatlah dari sudut bahawa dia ingin cari jalan untuk berubah….

    ingat tak kisah pembunuh yang telah membunuh 99 0rang..akhirnya suatu hari dia terfikir bagaimana dia nak mengadap allah nanti…lalu dia pun keluar dan dia pergi jumpa seorang rahib..pembunuh ni tanya aku boleh diampunkan atau tidak, rahib tu jawab tiada taubat bagimu lalu dibunuh rahib tersebut..kemudian akhirnya dia jumpa seorang alim. dia tanya soalan yang sama dan org alim tu jawab boleh…

    Tapi org alim tu BERI NASIHAT..Tinggalkan kampungnya yang penuh kejahatan dan maksiat, dan cari jalan2 kebaikkan…

    pembunuh ni penuh harap dan terus keluar dari kampung..tapi dalam perjalanan dia mati..

    jadi perselisihan antara malaikat, dan akhirnya allah suh kira jarak antara kedua kampung…akhirnya kerana lagi sedikit nak sampai tempat yang ada kebaikkan tu dia diberi balasan syurga berserta dengan taubat yang dia lakukan…(wallahualam)

    moralnya jangan jadi alim ulama yang sombong dengan ilmu yang ada…mungkin dia kebuntuan jalan untuk mengubah cara hidupnya..

    yang ada ilmu patut sokong dan terus sokong..jangan cemuh…

    Macam saya kata kalau dok dikalangan orng yang baik2 kita rasa masalah ni picisan saja…tapi kalau dok dengan masyarakat yang jahil agama ia adalah isu berat…6 tahun saya dok Batu Pahat..ANAK LUAR NIKAH ITU PERKARA BIASA….Jadi rasa berat sangat..sebab nilai saya menolak perkara tersebut…

    BANTULA DIA BANTULA DIA…

    jangan jadi juga seperti satu kisah…dalam mastika rasanya..Seorang pemuda yang ingin bertaubat minta nasihat dari org agama..Tapi dicemuh dan dihina…akhirnya sebab hati dah kotor dan keliru dia terperangkap dengan pujukan agama lain..sedangkan bukan dia taknak berubah..dia nak tapi takda orng nak bantu…

    Bukankan golongan alim ini punya karisma un tuk melembutkan hati..jika niat ikhlas pasti nasihatnya menjadi..Org yang biasa buat maksiat hatinya gelap..bukan mudah untuk suruh dia tinggalkan serta merta..ingat dosa pahala..zikir2 dan amal itu ini…pendekatan terhadap PSIKOLOGI lah yang penting dulu..Jadikan dia bersama dengan KITA..banyak progam dan aktiviti..malah banyak wadah yang boleh kita guna..jika tidak antara dua mata saya rasa sokongan melalui email dan penulisan pun boleh melembutkan hatinya….

    Kalau dia ada niat yang terpesong itu urusannya dengan Allah..Allah tahu membalasnya…

    Mak saya selalu pesan..
    Buat baik pada semua org jangan fikir apa yang orng buat pada kita..kalau kita tak mampu balas dan hindar insyaallah, Allah sentiasa Ada dan dia pasti menolong kita….

  21. salam.

    astaghfirullah, saya terasa insaf.

    Betul cakap rulza tu. Yang dah lepas tu antara dia dan Allah.

    Dan hari esok dia, mungkin melibatkan dia, kita dan Allah. Sebab dia dah minta bantuan kita, kita pula dah tahu permasalahan dia dan kita insylh ada cara yang mungkin boleh membantu dia.

  22. sedih…sedih..

    (berkata dengan diri)
    masalah sebegini semakin menular
    gusarku,ia akan berlarutan sehingga tidak mampu dibendung lagi
    sedih..sedih..

    rasanya semakin berkeperluan untuk memberatkan sex education kepada masyarakat. Buat ummusaif &zaujnya serta yang biasa melontarkan topik ni, skop ‘sex education’ dilihat dengan lebih luas. Bukan hanya tertumpu kepada contraceptive method semata tetapi seharusnya diberatkan kepada menjaga kehormatan.

    Anak zaman kini, seharusnya dipupuk dengan nilai keperluan menjaga kehormatan diri semuda usia 7 tahun sekali pun.Tetapi penyampaiannya mestilah bersesuaian dgn akal kerana kalau x,habis saliva ni pun tapi kalau maksud tak sampai, tak guna juga…

    Apa yang saya maksudkan adalah kita seharusnya membaluti diri mereka dengan rasa malu (yang bertempat ye). Menyedarkan kanak-kanak itu ada lelaki dan ada perempuannya yang dilengkapi dengan alat kemaluan yang berbeza yg perlu dijaga kerana itu amanat Allah. Apabila tiba umur yg sesuai, asingkan tempat tidur anak-anak lelaki dan perempuan.

    Apabila remaja, fahamkan mereka keindahan perkahwinan dan bagaimana ia berfungsi untuk menjaga kehormatan kita dan menjaga maruah seorang wanita; Tidaklah seperti sex out of wedlock, masturbation, fetishism, voyeurism atau homosexsual seperti yg dicanang oleh anasir-anasir hitam itu; Tapi bukan hanya tidak terlibat dengan aktiviti seksual, bahkan dengan aspek menjaga aurat juga sangat berkeperluan.

    The list goes on. Yet again, im not much a Thinker but more a Doer. So, identify such problems or spaces that could lead to such conditions and bring those resolutions to your homes. Start it with your sisters, brothers, nephews, nieces etc. Act to provide those changes, the respond might not be positive as u hoped for. Yet again who says that this path which u have chosen, welcomed u with red carpet. Instead, set ur believe to Allah because He has EVERYTHING to offer and EVERYTHING that u want. Therefore La Tahzan (Do not be sad).

  23. Walaupun malu bila membaca soalan2 seumpama spt di atas, tapi saya cuba memahami perasan gadis tersebut. kadang2 kita tak perlu mempersoalkan motif etc dpd org yg bertanya krn tahap “kejahilan” dan kefahaman kita tak sama. kadang2 mereka hanya perlukan tempat utk diperdengarkan luahan dan persoalan sbb mereka betul2 tak tahu. walau bagaimanapun saya rasa soalan2 begitu sekiranya masih perlukan pejelasan, patut ditanya kpd kaum sejenis (ustazah).

    terima kasih ummusaif seronok sgt berada di blog akak ni. syukran🙂

  24. saya sgt bersetuju ngan Mazlina..

    “..kita tak perlu mempersoalkan motif etc dpd org yg bertanya krn tahap “kejahilan” dan kefahaman kita tak sama..”

    mmg la kadang2 motif soalan tu penting utk diketahui, spy dpt dijawab sebaiknya spt yg diulas oleh Abu Saif di saifulislam.com sblm ini, tp jangan sampai reaksi kite dlm berhadapan dgn individu seperti penghantar email di atas menyebabkan mereka menjauhkan diri (dr org yg berilmu, e.g;abu saif dan ummu saif sendiri)..rasa tersindir dan sbgnya.

    pada pendapat saya,husnuzzon..itu yg penting.saya sendiri pon pernah berhadapan dgn situasi di mana bile bertanya dgn org yg ‘alim’ ni, disalah anggap.kononnya kita menguji la..dah tau buat2 tny..etc.kecik dan sakit hati dibuatnye, tp sbg org yg jahil,sabar je la.tanya salah..x tanya pon salah.hurmmm

    p/s;mohon maaf kalau tersilap bicara.teguran dan nasihat dialu2 kan,.coz saya pon masih kurang ilmunye.
    salam ramadhan

  25. Assalamualaikum…

    Apapun yang kita lakukan ataupun jawab pada seseorang yang bermalah… lihat dunia melalui Point of View (PoV) mereka…. lihat sejarah mereka, latar belakang ibu bapa, pendidikan, agama, pergaulan sahabat2 dll. Kita memang boleh anjurkan seseoran ityu itu utk buat sth (baca Quran, zikir, cuba jauhi perkara2 yang tidak elok), tetapi kita kena ambil kira keadaan dan environment mereka juga.

    Alangkan untuk membuka perniagaan, kita kena buat market survey, inikan pula hal2 agama…

    Wassalam…

  26. assalamualaikum
    time kasih rulza…mungkin ain ter’emosional’..maklumlah baru 2 tahun jadi cikgu..mcm2 masalah yang tak pernah jumpa kita jumpa…tergezut…biasa bc kat akhbar,majalah skang berlaku depan mata..mmg slalu ingatkan diri depa muda lagi dosa sikit banding ngan saya yang lebih tua saya lagi banyak dosa..mungkin depa masuk syurga dulu kalo mati skang…
    tapi sometimes kita kena berhikmah secara tegas..biar jelas dan nyata..ain berniat baik sebenarnya..ampun maaf andai terkasar bahasa…

  27. dr p`ngalam sndr…klu nk b`ubah..tekad mmg kn kuat sgt2..my kaunselor pnh ckp…klu insan yg pnh t`pesong dr jalan-NYA n ingin kembali semula…dugaan mmg sgt besr…Dugaan tuk b`ubah mmg sgt besr coz tuhan nk uji adakah kt btl2 nak b`ubah @ sekadar hangat2 tahi ayam..sy pn dlm process tuk b`ubah, apa yg sy buat…sy bnyakkn m`baca buku2 motivasi n agama…bnykn solat sunat(wlpn dlm process tuk blajar) n slalu b`istighfar n b`doa..stp kali t`ingat bdn yg bkn2 atau ksh slm yg xbaik..sy cpt2 ingat ALLAH..
    ALLAH tau siapa dr kt sbnrnya, tahu apa niat kt n tau apa yg kt perlukan…apa yg sy cdr…seteruk mn pn sy, ALLAH tetap sygkn sy n nak sy kembali ke jalan-NYA..
    tuk c p`ngirim email..wak perlu kuatkan ati n tekad…I`ALLAH, ALLAH akn p`mudahkan sglnya..
    `ALLAH x m`beri apa yg kt minta, tp ALLAH m`beri apa yg kita perlu`..
    segala k`sulitan pasti ada k`mudahan

  28. tak cukup ngan tekad…perlu juga ada bantuan dari yang mampu di sekeliling nya…

    senang ke nak suruh orng yang gelap hatinya untuk tekad dengan mengingati allah….??? Bukan sesuatu yang mudah…

    perlu ada permulaan yang mudah dan berperingkat2 baginya….

  29. Salam

    Atas kesedaran dan ilmu saya yang sikit inilah saya bangunkan sistem untuk orang yang mempunyai maslah personal dan terlalu private…. tapi dalam hati ingin mencari penyelesaian semoga tuhan dapat ampunkan.
    http://www.gurumurshid.com

    Saya teringat naqibah saya pesan(masa kat sekolah dulu) “tuhan tak tanya apa hasil kejayaan kita berdakwah kepada seseorang… tuhan tanya apa usaha kita”

    Disebabkan saya ni bukan dari bidang agama(background IT)saya amat mengalu-ngalukan cadangan dan komen anda mengenai sistem saya ni.

    Saya dsedang mengumpulkan sebanyak ustaz, ustazah yang mungkin semoga banyak persoalan ummah dapat dijawab.

    Saya mengenakan caj sebanyak RM 2 bagi setiap soalan. Dari RM 2 ni lah saya akan bahagi2 kan dengan ustaz, company saya dan payment gateway(akan datang).

    Saya masih lagi mencari ustaz bagi menjadi panel shariah saya.

    Harapan saya semoga orang yang bermasalah boleh mengajukan soalan kepada guru yang murshid.

    Saya kenakan charge tu sebab saya nak kena maintain sistem tu…tapi ada orang kata mahal sangat.

    Tapi apalah sangat RM 2 tu kalau permasalahan terungkai dan mungkin boleh menolong dia sehingga ke saat berhadapan dengan malaikat kelak?
    Ini cuma pendapat saya yang jahil… saya memerlukan komen tentang perkara ini…

  30. Bila kita sudah mula mahu menawarkan khidmat atas dasar “Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan…” maka itu adalah risiko yang perlu ditanggung. Yang melawat blog ini pula ada yang belajar ilmu, menduga ilmu atau saja-saja nak memperlekehkan. Itu kerana penyakit hasad dengki. Jadi tak boleh rasa pelik dengan bebenda pelik yang datang.

    Bagi saya, jika kepenatan nak menjawab, hantar sahaja dalil ayat 101-102 Al maidah. Lepas tu katakanlah “lu fikirlah sendiri” Tetapi jika sudah ada niat “…Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan…” maka sebaik-baiknya berprasangka baiklah dengan semua yang datang.

    Ingatlah ada yang menulis bukan sahaja meminta ilmu, tetapi memperingatkan atas dasar keimanan. Sebabnya bagaimana kita mahu memperingatkan orang, kita juga kena hati terbuka untuk diperingatkan.

    Seperti mana kita kecewa orang salah anggap penulisan kita, orang juga ada yang kecewa bila maklumbalasnya disalah mengertikan. Apa-apa pun berhati-hatilah dengan lambakan pujian.

    Ada yang ikhlas nak memuji tetapi ada yang “memancung leher” bak kata Nabi SAW.

    Apa-apapun teruskanlah usaha-usaha anda. Insya Allah ada keberkatannya.

    Wassalam wallahu a’lam

  31. salam ummusaif,

    macam mana nak dapatkan buku aku terima nikahnya yer? dikedai mana yang boleh saya perolehi? atau adakah boleh penghantaran melalui post

    terima kasih

    laili

  32. lah nak tanyer sket….masturbate tuh aper???….
    naper macam tak tau…..
    takut la plak terbuat…….
    saya masih bdak skola lagi……..

  33. ada akak tu slalu citer sal sex….
    kadang2 macam tak tahan…
    bukan naek nafsu tapi naek marah….
    saya bukan la budak sekolah sangat pun….
    saya belajar di matrik…….
    saya nak tau…..
    tapi macam malas……
    tapi kena tau kan….
    tu r tanya masturbate tu ape??
    macam orgasm???
    hmmmmm…………….

  34. Assalamualaikum..
    Ustaz..Saya telah membatalkan puasa lebih kurang 10hari seigt saya pada tahun 2007 dan menggantikannya pada 2008 sebelum bulan ramadhan seterusnya tetapi saya ragu-ragu dan menggantikannya pada tahun ini.Ini kerana nafsu saya yang kuat untuk melakukan onani.Saya harap ustaz dapat terangkan dengan sepenuhnya tentang ini.Adakah saya perlu membayar fidyah?

Comments are closed.