Saf Tidak Dipedulikan Lagi…


3040

Semalam, untuk kali pertamanya saya ikut hubby solat terawih di masjid semenjak bermastautin di ibu negara. Terukkan? Yelah, selalunya kena tinggal di rumah sebab kena jaga anak-anak. Semenjak ada bibik ini barulah saya berpeluang ikut hubby ke masjid.  

Semangat, memang semangat lebih-lebih lagi hubby akan bagi tazkirah di surau tersebut. Kerana kami bertolak selepas berbuka puasa di rumah, maka kami sempat sampai selepas solat isya’. Imam solat terawih merupakan seorang ‘hafiz’ yang berasal dari Riau.

Sewaktu masuk solat terawih, imam terus sahaja melafazkan takbiratul ihram di mikrofon. Saya pun bergegas masuk ke dalam saf dan menghampiri wanita yang di sebelah kanan saya. Terkejut saya melihat wanita yang di sebelah bahu kiri saya berdiri jauh dari saya lebih kurang se depa jaraknya. Saya lihat keliling. Ramai yang berjauhan bahu antara satu sama lain. Hairan.

Bagusnya di surau ini, tazkirah ramadhan dibuat selepas selesai witir. Siapa nak dengar, dengar. Siapa nak balik, silakan. Saya rasa cara ini lebih profesional dan ‘customer friendly’ tanpa perlu memaksa jemaah mendengar tazkirah dengan meletakkan ceramah panjang-panjang tu di tengah solat terawih.

Selepas habis solat terawih yang ke lapan rakaat, ada beberapa ahli jemaah yang pulang ke rumah. Sekali lagi, saya lihat kepelikan kedua berlaku. Banyak lompong-lompong di dalam saf. Ganjil sekali. Mengapa ramai yang tidak berusaha untuk mengisi kelompongan itu?

Kemudian, sewaktu solat witir, saya perhatikan wanita yang di sebelah saya solat tetapi tidak bersama dengan imam. Beliau solat 2 rakat dan kemudiannya beransur pulang. Begitu juga wanita yang di sebelahnya. Menjadikan sebelah kanan saya lompong yang boleh memuatkan 3 orang. Ini berterusan hingga selesai solat witir.

saf-1

saf-2

Pelik!

Mengapa ini semua berlaku? Adakah sebab surau yang luas maka jemaah tidak berusaha merapatkan saf? Seingat saya sewaktu di sekolah dulu, kami semua diajar untuk melurus dan merapatkan saf. Siap diajar bagaimana untuk bergerak ke hadapan, ke kiri atau ke kanan hingga kadang-kadang melebihi 5 langkah!

1090

“Mungkin sebab imam lupa ingatkan jemaah untuk rapat dan luruskan saf kot?”, saya mengagak.

لا تختلفوا فتختلف قلوبكم
“Janganlah kamu pecah belahkan (saf), atau nantinya hati kamu juga akan berpecah belah” – Hadith

UMMUSAIF.COM
56000 Kuala Lumpur

91 thoughts on “Saf Tidak Dipedulikan Lagi…

  1. ahmad memang minat ikut ke surau tapi lain la plak agenda nye sbb jd playground bila jumpa kaum seangkatannya…..

  2. tu le…

    si saif pun memohon jugak untuk ke surau, tapi takut kang abinya berceramah, dia mengenden pulak kat depan… naurah ngan imad.. emm.. soon🙂

    p/s: kome dah ada internet kat rumah ke?

  3. salam ya ummu saif..
    kejadian yang sama lalui semasa mengikut ibu angkat ana solat di masjid luar..
    kebiasaannya akan terawih di surau kolej tp pada hari tersebut ziarah ibu angkat dan ikut sekali utk terawih..

    amat menyedihkan apabila mereka tidak berusaha untuk merapatkan saf..
    ana hanya org baru di situ mahu menegur nanti dikata memandai…

    ana doakan agar terawih yang sterusnya mereka menyedari perihal ini..

    insyaALLAh

  4. Tiap2 hari Jumaat, isu nilah yang sentiasa mendera hati saya. Orang kat luar ada yg solat atas tanah atau anak tangga (pernah kena !), kat dalam lompong sana sini. Yang paling teruk, ada yang sengaja nak jarakkan diri, sebab tak tahan panas kot.

  5. salam…
    sy tertarik ngan isu yg dikemukakan tentang saf di masjid mahupun di surau..sy dlunya rajin ke surau untuk berjemaah pada bulan ramadhan..tp disebabkn isu ini menjadikan sy xmahu ke surau dan lebih selesa solat dirumah sebab sy rasakn solat sy mcm bukan solat berjemaah..tentu org menyatakan bahawa sy nie cube lari dr menyelesaikan masalah tp ape kan daya hendak ditegur semuanye makcik2.bkn sy x mahu tegur tp bile ditegur makcik tersebut seolah2 memarahi saya kerana menyuruhnya merapatkan saf.saya rase seolah2 mcm sy ni bersikap kurang ajar pula sebab menasihati org yg lebih tua dr sy bile org xboleh terima teguran kite…ape yg diperhatikn disini kebyakan warga tua yg tidak memahami saf sebenarnye..pada sy mungkin kerana pengajaran agama pada dahulunye tidak menegaskn perkara ini..seperti yg kite tau dahulunye pelajaran agama tidak penting..bagi kami generasi sekarang di skolah agama adalah pelajaran wajib dan diajar semuanye cara2 bersolat…alhamdulillah..oleh itu sy berharap isu ini dipandang serius.sy hanya memberi pandangan sy..sekiranye sy salah maafkan sy..=)
    wallahualam…

  6. Itule. saya pun perasan gak. tp saya assume maybe makcik2 ni sakit lutut/kaki.

    Saya hampir nk sms hubby saya sebelum tazkirah semalam spy dia pesan2 pada jemaah surau.

  7. sakit lutut tuh mungkin la kot..satu lagi malas nk gerak dah bile dah ade kat 1 tempat.klu leh,klu dah dok situ,situ gak la die nk solat xmo gerak2 dah kot..wallahualam..
    erm..jadi nk tanye la pendapat ummusaif ataupun sahabat2 lain..bile kite berhadapan ngn keadaan mcm ni mcm mane?solat kite tuh sah ke x ek?sy jadi confius..dan benda nie akan bermain2 dipikiran sy klu solat jemaah di surau wif them yg x berapa nk paham konsep berjemaah nie….

  8. Ada sessi soal jawab di Utusan Online pada hari Jumaat lepas tentang saf ini

    http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive

    Kebanyakan orang Malaysia memang macam tu, saya solat kt UIA je boleh rapat-rapat dengan orang kiri-kanan dek orang bukan Malaysia yang lebih faham tentang tuntutan merapatkan saf itu. Haaai, bilalah kita nak bersatu hati, nak rapatkan saf pun payah.

    Oh, ya..kuliah Abu Saif semalam di Wangsa Maju,kan? Saya dah uploadkan kuliah untuk sesiapa yang nak dengar..silakan ke http://www.4shared.com/file/61989274/103d5375/Tazkirah_Ramadhan_Puasa_Memproses_Taqwa_sept08.html

  9. Salam UmmiSaif..

    I have thought the same things and even almost can’t take it anymore and have write about it too in my blog.

    Perkara ni dah lama dirasa dan dibincangkan among our family. Selalu sebab jahil, malas, rimas dan panas etc.

    Allahua’lam

  10. Kalau masa ana belajar di Mesir dulu ada seorang ust dari seberang kata; sebab sejadah kita tak nak rapatkan, haramkan saja sejadah tu. Sarkastik bunyinya kan. Tp itulah hakikatnya kalau di tempat yg guna sejadah.

    Di UIA sahaja di Malaysia ini yg ana dapat rasakan nikmat sebenar berjemaah di Masjid.

  11. salam ummusaif.

    ana rasa x boleh nak salah kan jemaah pompuan tu.pelik jugak bila ummusaif pelik.bila kita byk mempelikkan diri sendiri,kita mcm memperlekehkan org pulak.hehehe.sebenarnya masalah merapatkan saf ni byk berlaku pd kalangan jemaah perempuan.

    ini disebabkan jemaah pompuan tu berasa panas bila rapat dan berhimpit2.jika masjid tu aircond pun bahang panas tu ttp terasa.ni pengalaman mama yg cite pd ana.knape panas? ia panas sbb jemaah pompuan pakai 2 lapis baju.satu baju biasa,satu lagi telekung.ini menyebabkan mereka panas.bila rapat,mereka akan bertambah panas sbb berkongsi haba dgn manusia sebelah mereka.

    penyelesaian? ana rasa tak perlulah pakai telekung jika kita dah sememangnya menutup aurat.org melayu kita menjadikan telekung sbg rukun ke-14 solat mereka.cukuplah baju yg sedia menutup aurat tu.mama pun dah tak pakai telekung sbb dia dah sedia menutup sejak dirumah.mmg org akan berkata2 bila mama selamba tak pakai telekung.tapi mama buat derk je.cayalah mama.

    hehhe saja kongsi2 cite.

  12. Assalamualaikum.

    whoaa! rupa-rupanya fenomena ini berlaku di serata malaysia.

    Di masjid kampung saya pun mengalami perkara yang sama. Di masjid tu, saya rasa sebabnya adalah penggunaan sejadah yang panjang (macam karpet)-seperti sejadah yang bersambung-sambung.:D

    Implikasinya, jemaah cenderung untuk mengaplikasikan konsep “satu-sejadah-satu-makmum”.

    Kalau diikutkan, satu bahagian sejadah daripada sejadah yang panjang itu mampu memuatkan 2-3 orang jika saf dirapatkan dengan sebetulnya.

    Selaku orang yang tahu maka wajarlah kita memberitahu kepada makcik-makcik tersebut, semestinya dengan berhikmah.

    Saya rasa cukup sekadar kita memberitahu, “makcik boleh ke sana sikit/ke sini sikit” dengan tidak perlu kita memberitahu hujah-hujah dan sebagainya. Dengan nada meminta, bukan menasihati. (buat muka cute ke~)

    Mungkin juga, kita boleh menggunakan bahasa badan (body language), iaitu dengan merapatkan serapat-rapatnya badan kita kepada makcik di sebelah kita agar beliau bergerak merapati jemaah yang ada di sebelahnya pula. (Yeala, sure dia tak selesa kalau kita rapatkan sangat badan kita kat dia..hehe)🙂

    Saya optimis jika ramai orang berkesedaran melakukan apa yang sepatutnya, insyaAllah perubahan ke arah yang lebih baik akan dapat dilihat di masjid-masjid seluruh Malaysia.

    Wallahu’alam.

  13. salam…
    very interesting topic…tahniah buat ummusaif…blog ni menambahkan bhn bacaan di internet =)
    buat masa skrg nih, sy ade di kolej, jemaah terawih di kalangan siswi shj… alhamdulillah hingga ke hari ini, dr penglihatan dan kedudukan sy sbg jemaah, takdek masalah saf..mayb sbb kita berada di kalangn rakan2, kalo terasa jauh sblom solat kita tak segan nk tarik tgn kwn supaya rapat dgn kita..
    tp dr pengalaman sy berjemaah di surau di rumah, kdg2 nmpak dengan jelas ade gab…nk menyelit rs cm tak muat,tp dorg takdek plak usaha nk hilangkan gab tuh…yg kelihatan jelas, kdg kala beza umur mewujudkan gab tuh…maybe yg muda2 ni segan nk minta makcik ni mendekat…tp as an adult, takdek plak makcik tuh nk ajak yg muda nih mendekat..wallahu’alam..kdg2 ade jugak, terasa diri jauh dr org kanan, kita pon beranjak la sket nak kasi rapat tp yg frustnyer, org sblah kiri tak ikut bergerak..saf ttp putus..sy pelik n mase tuh terpikir gak..kalo dah jauh sgt bukan ke dah putus saf? kita tak dpt pahala jemaah(betul ke ummusaif?)…
    teringat kt skolah asrama dulu…kalo rasa bahu kita tak kene ngn org sebelah je, mmg dah gerak kasi rapat…tp bila dah kuar skolah, n perkara yg sama tidak dipraktikkan di tempat lain…buat sy rindu sgt2 perasaan berukhuwah di skolah dulu…

  14. Sekadar mencerahkan apa yang kabur…

    Salam semua.

    Yang pastinya dah jelas hadith mengatakan kena rapatkan saf. Takde yang peliknya mengapa saya rasa pelik org tak rapatkan saf. Saya pelik bukan sebab saya perlekehkan orang tapi sebab saya betul2 musykil.

    Masjid2 yg saya pernah pergi di malaysia ni (in the past)semuanya berhimpit2. So maaflah ye, saya tak pernah tgk senario sedemikian rupa. Maybe sebab saya jarang pergi surau/masjid agaknya.

    Kalau Rasulullah ada, mungkin Rasulullah pun akan tegur ahli jemaahnya. Tak silap saya ada satu perang zaman Rasulullah, di mana rasulullah tegur ttg saf solat yang tidak teratur. Rujuk juga dalam surah As-Shof: 1-4 yg menerangkan ttg kepentingan saf yang tersusun rapi.

    Ia jadi tak pelik bila kita dah terbiasa, immuned atau mangli. Yang biasa tak semestinya betul.

    Sila baca artikel utusan online yg diforward oleh rakan kita di atas.
    Kalau ikut saya, sah solat kalau ada lompong macam tu (berbalik kepada syarat sah solat), terutama kalau bukan kita yang sengaja menyebabkan kelompongan itu..

    Pendapat ulama’ pelbagai. Abu Saif kata biasanya ulama’ bg pendapat tgk keaadaan di lokaliti atau pada zaman tersebut. Maka jawapannya blh jadi sah atau tak sah tgk keadaan. Sorilah saya tak pandai sgt nk terang. Nanti, abu saif akan terang dgn lbh detail.
    Lainlah kalau jemaah solat dalam masjid, kemudian ada satu group terpisah dari yang lain solat kt padang rumput masjid bcoz nak cepat2 masbuk. Itu betul2 terpisah dari jemaah. Contoh itu berlaku pada solat Jumaat di masjid KLCC. Dengan kata lain, blh berlaku di kalangan lelaki juga.

    Faktor telekung mungkin salah satu sebabnya.
    Ini kerana bila dah pakai telekung, kita tak pasti saiz badan org tersebut. Maka kita berhati2 untuk menghampiri orang di sebelah takut2 terlalu mengambil banyak kawasan solatnya.Tapi, biasanya saya tahu apabila saya dah bersentuhan dengan bahu orang sebelah.

    Faktor panas juga diterima. Tapi, kebanyakan surau atau masjid sekarang ni dah ada kipas dan aircond. Tak macam dulu-dulu. Zaman Rasulullah takde kipas atau aircond.

    Saya rasalah, lbh senang membetulkan saf daripada menyuruh makcik tua jangan pakai telekung. Bak kata depa orang tua, biar mati anak, jgn mati adat.

    Wallahu a’lam. Selamat berfikir 🙂

  15. Saya fikir, selain mengingatkan kepada jemaah, apa kata tampal poster peringatan untuk betulkan saf di mana-mana. Sama ada di tempat mengambil wudhu’, di dalam ruangan solat, mahupun di papan kenyataan surau.
    Peringatan berkali-kali perlu dilakukan untuk mengajar kita ini. Kesedaran tidak boleh datang dengan sendiri.

    Saya cuma mampu mencadangkan dari segi teknikalnya saja. Membetulkan saf membawa banyak kelebihan yang kita tak sedar. Antaranya perpaduan, kesama-rataan, dan banyak lagi.

    Peringatan membetulkan saf ini sudah jarang didengar berbanding dulu.. terima kasih kepada ummu saif tentang peringatan semula ini.

  16. betul tu…kekadang bila saya teringat kembali citer ustaz2 masa sekolah dulu…saidina umar al khatab akan meluruskan serta merapatkan jemaah menggunakan pedang…

    Bagi saya melurus dan merapatkan saf merupakan salah satu daripada motivasi dalam pengukuhan serta penyatupaduan umat islam…

    Umat islam tak bersatupadu kerana dalam solat pun tak menitik beratkan hal yg kecil cam ni..

  17. telitinya fadil menjiwai masalah wanita. boleh jadi ketua wanita lelaki pertama ni🙂

    salam ramadan… inni saa’im

  18. Saya jarang perasan keadaan begini, sekali dua mungkin. Dan bila terkena tu, pelik juga.

    Kalau di berjemaah di masjid di Jepun, mak-mak Arab di sana kasar sedikit. Time betulkan saf tu disentap tangan ni. Tapi kami-kami faham la kenapa mak-mak arab buat begitu. Kalau yang lain, nanti dipeluknya kita untuk rapatkan saf ( dah terbiasa buat macam ini ).

    Kat sini, bila time terkena… fikir banyak kali juga. Kot-kot terkejut pula makcik-makcik, kakak-kakak kat sebelah tiba-tiba ada orang peluk nak rapatkan saf.🙂

  19. mmg benar tak dinafikan ttg kebaikan meluruskan saf.dalil2 nya kuat sekali.tapi disini timbul masalah mengapa org tak mahu rapatkan saf(dlm kes ni org pompuan).jika kita suruh mereka rapatkan saf dgn baju berlapis dgn telekung,natijahnya mereka tetap panas.seperti ana jelaskan sblm ni mcm mana mama pun tetap panas walaupun kipas berpusing kuat semasa solat tarwih.jadi nak kurangkan panas mereka akan renggang kan saf utk mengurangkan panas.

    jadi dlm pikiran mereka2 ini ialah biar renggang asalkan tak panas dan aku selesa abiskan 23 rakaat mlm ni.kena pk semua sudut juga.bila ikut sunnah rapatkan saf panas,bila panas tak selesa nak solat.
    pdhal nak juga abiskan solat tarwih.nak selasa jugak supaya abiskan tarwih maka diorg akan renggangkan saf supaya dapat bernafas,selesa dan tidak panas.

    tiba2 esok pagi tersebar dlm internet org ingatkan supaya rapatkan saf tak kira lelaki pompuan.tersebar juga dlm internet ade org pelik saf pompuan renggang.hehehe.imam kaki online terbaca dlm internet.lalu mengingatkan dgn keras anak jemaah nya mlm ni ttg peri pentingnya luruskan saf sblm solat magrib.imam siap perli2 lagi anak jemaah sapa tak rapatkan saf.

    makmum pompuan dgr,”aik apehal imam ni,dia tak tahu ke kita kt sini panas mcm neraka dia suruh rapat gak.dah lah bc surah2 panjang.xde rehat lak tu”

    konflik timbul,nak jaga ati imam kacak,rapatlah jugak.tapi last2 renggang juga sbb panas.

    esok imam marah sbb saf masih tak rapat terutama dikalangan pompuan.siap marah dan perli2 lagi.hati makmum terusik.mana yg muda dah tawar hati nak ngurat imam kacak ni jadi bini no 2.mana yg tua,ini malam last aku kt sini.esok cari masjid lain.

    aduss,semua imam kt daerah ni kaki internet.gesaan rapatkan saf makin menggegarkan.mmm,last2 jemaah pompuan solat tarwih kt umh.sedangkan malam 10 terakhir makin menjelma.apa boleh buat,imam2 tak nampak masalah basic dan kejahilan anak jemaahnya.

    mmg tak setuju dgn pepatah biar mati anak jgn mati adat.walaupun pepatah berasal dari nenek moyangku.jika adat menyusahkan buat ape dipertahankan.makcik2 ni jika diberitahu dgn elok diorg ok je.sbb kebanyakan dah pegi mekah.diorg dah nmpk pompuan2 arab solat x pakai telekung.makcik2 ni lagi suka ringkas2.kita tak tanya mana kita tahu kan.bahaya juga kita pukul rata tanpa buat survey.bukankah tugas pendakwah ialah educate the people.kita seboleh2 taknak org lari dari agama.bila suruh rapat saf,panas,org lari dari agama.maksud disini tak kira lelaki pompuan akan tinggalkan masjid.

    ape pilihan kita?

    Wallahu a’lam. Selamat berfikir🙂

  20. salam ust hasrizal,

    ana mmg rapat dgn mama lah.mama sblm2 ni mmg bila balik terawih akan merungut benda yg sama kt ana.rungutannya mesti PANAS.sedangkan ana sendiri selalu baca hadis suruh rapatkan saf kt mama.mama kata,”wajib ke?mama panas tau bila rapatkan saf”.

    infact mama sengaja pindah saf bawah bila ada org menyelit kt saf depan.

    dlm ahkam.net,ust ali tantawi berkata suruhan rapatkan saf tu sunat.terus tunjuk kat mama.mama hepi.bertambah hepi bila ana berjaya tunjuk u tube dr. maza ttg pakai telekung.sebelum2 ni dah bagitahu x payahlah pakai telekung tu,bukan wajib pun.tutup aurat sudahlah.mama buat tak reti,padahal sama2 pernah saksikan org2 melayu capetown kt afrika selatan solat tak pakai telekung.

    itulah ceritanya.:)

    *bangga juga org2 melayu kt capetown,walaupun tak cakap melayu mereka bangga jadi melayu.

  21. Teringat pesanan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah di dalam buku TALBIS IBLIS bagaimana liciknya Iblis menipu para musallin.

    “Solat di masjid, nanti orang sebelah kacau, mulut jemaah berbau, panas, karpet bau stokin, tahiyyat jatuh atas kaki orang sebelah, bla bla bla… tapi solat di rumah khusyu’. Dalam solat, khusyu’ itu penting, maka lebih baik aku solat di rumah sahaja!”… maka berjayalah belitan Iblis menipu musallin.

    Sebab itulah, PENTING untuk STICK WITH THE RULE… alasan-alasan yang didatangkan akhirnya membantu Iblis mengosongkan perlaksanaan satu demi satu Sunnah. Yang sunat itu sunat, tetapi apabila beramai-ramai meninggalkan sunat dan mempertahankan perbuatan meninggalkan yang sunat itu, bagai kuterdengar tangisan Nabi SAW di pusara Nabawi!

  22. ishh ust hasrizal ni.jika lelaki mmg xde kompromi.pompuan pula jemaah kt masjid dlm 10 malam terakhir ramadan.ust janganlah salah faham dgn fadil ye.

    takpelah harap ust tak salah faham dgn ana.
    hihihi.selamat fadil tekan button pause.🙂

  23. Assalamualaikum ummusaif. Pertama kali komen kat sini. Memang sedih kalau tengok saf yang berlubang-lubang. Pernah sekali waktu solat jumaat, ada ruang yang agak besar ditinggalkan kosong. Jadi tak khusyuk bila tengok saf-saf cacat macam ni.

    Itu satu masalah. Satu lagi, jemaah sekarang berebutkan saf belakang. Bukan ke saf di hadapan lagi afdhal? Saya, dah orang tak nak amik saf depan, peluang kita la kan? Hoho.

    Bab ibadat, orang kita merendah diri.
    “Takpelah, pahala lebih untuk diorang”
    Tapi kalau bab lain, berebut-rebut. Pening2.

  24. ana rasa situasi ni berlaku kat mana-mana saja…yang datang bertarawih ni sesetengahnya orang yang tak biasa solat berjemaah di masjid, suka hati diarog nak berada di saf mana. Ingatkan solat bersendirian, tetapi mengikut imam, tapi jauh ke belakang. Saf di depan tidak dipenuhkan…

    Saya bersembahyang di masjid besar pasir mas, kelantan. Tahun lepas, imam sudah mengingatkan para jemaah sekalian, supaya memenuhkan saf di hadapan.

    Itu soal memenuhkan saf, belum lagi soal merapatkannya, kebanyakkannya suka berada dalam keadaan selesa, tidak mahu bersentuh bahu, mahukan ruang yang selesa di kiri kanannya. Jahilnya mereka tentang solat berjemaah…

    Kepada orang pasir mas yang bersembahyang di masjid besar pasir mas, harap kita semua prihatin…kepada yang bawak anak atau adik, pastikan mereka tidak membuat bising di belakang, dan juga tidak membakar mercun di halaman masjid.

  25. saya pernah bersolat di surau di kampung saya apabila cuti panjang. memang kes saf yang tak rapat dan lompang-lompang ni amat menyedihkan.

    jadi, apabila masuk saf di surau itu, saya akan pegang tangan makcik2 (mostly kat surau tu) dan sesape saje kat sebelah rapat kepada saya agar saf rapat. Mula-mula mereka terkejut jugak, tapi saya senyum je dan buat dek je sambil terus pegang sampai makcik tu really tak menginjak menjarangkan saf. Dia tak marah pun lame- lame.

    Adakalanya, saya sengaja menindih sejadah mereka yang besar2 tu dengan sejadah saya yang cute ni. Saya buat muka kesian. Ada sekali tu punyalah besar sejadah makcik tu sampai saya boleh berdiri separuh daripada sejadahnya bersama dengan makcik tu…nak ketawa jugak tapi niat nak betulkan saf…redha.

    Sebenarnya, saya kesian kat mereka tu. Sesetengahnya tak tahu pun yang merapatkan saf tu bukan hanya rapatkan sejadah dia orang yang bagaikan permaidani tu saje…buktinya tercengang bila saya merapat kat mereka.

    tapi, apapun tingkah laku saya yang pelik bagi makcik-makcik kat sana merapatkan hubungan saya dengan mereka walaupun saya jarang-jarang balik kampung. apabila saya balik, wah…ramai yang mengambil berat. kadang-kadang saya pula yang tercengang-cengang apabila mereka memanggil nama saya “Dah” (dengan suara concern) apabila berbicara…alahai mak saya pun tak memanjakan saya begini…

    Baru2 ni, bila saya datang terus makcik tu umum kat surau tu “Ni la ha budak yang selalu pegang tangan aku bila datang datang surau ni…kalau dia datang mesti nak pegang tangan” (sambil senyum lebar seolah -olah saya ni begitu manja dengannya)

    Aduh, begitu pulak!

  26. kebanyakkan jemaah yang solat bsama kak muna tempoh hari sememangnya muka2 yg kurang dikenali pd hari2 biasa..bsar kemungkinan mmg x memahami kepentingan merapatkan saf..perkara mcm ni berlaku bukan sj d surau yg kak muna pgi tp hampir di mana shj.lbih menyedihkan bila kanak2 mummayiz yg bersedia utk merapatkan saf dihalau berkali kali dgn alasan memutuskan saf.. aduih penin..

  27. ” Saya rasalah, lbh senang membetulkan saf daripada menyuruh makcik tua jangan pakai telekung. Bak kata depa orang tua, biar mati anak, jgn mati adat. ” Quote from UmmuSaif.

    Betul tu. Kalau ikut kaedah feqhiah pun sama. Ambil mana yang mudah dalam pendekatan dakwah dan dapat meliputi lebih banyak majoriti dalam sasaran dakwah selain memerhatikan adat yang tidak bertentangan syariat dalam approach.

    Semalam rasa seronok sangat. Setelah satu hari suami on call cuti satu hari dari tarawih di masjid, then dapat pi masjid semula semalam. Yang lagi best kali ini dapat duduk di tepi nenek dan makcik-makcik yang peka dan merapatkan saf juga. Rasa nikmat kesatuaan hati terasa sangat. Tambahan di masjid Kusza, boleh dikatakan setiap kali rakaat terawih Imam akan baca hadith :

    ” سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ “.

    So, nak taknak semakin lama jemaah perempuan makin peka. Rasa gembira dan terus terfikir nak share dengan Ummu Saif hari ini.^^

    Selain pegang tangan yang biasanya kita amalkan, ana cuba pegang pinggang atau belakang dengan cara senyap mengajak meluruskan barisan saf.

    Segala puji atas nikmah di bulan Ramadhan.

    Allahu’alam.

  28. kadang kadang kalau nak rapat jemaah yang sebelah kita lari2 pulak…

    belum pergi jemaah di masjid…alahan mengan dung ni buat badan tak selesa….jemaah dengan suami saja kat rumah…..

  29. Masa semayang terawih baru-baru ni pun sy mengalami peristiwa cmni. Saya dgn housemate sy duk saf paling belakang kt surau taman perumahan kami mlm tu. Housemate sy kt sblh kanan saya. Then, datang lagi 2 org kt sebelah kiri sy. Kami berempat je kt blkg. Sy rapatkan diri ke tengah saf sehingga rapat dgn org di sebelah kiri sy n tarik housemate skali. Apa yang pelik bila duduk antara dua sujud, sy terasa ada gap antara sy dgn org di sebelah kiri sy…pelik. Then after hbs solat 2rakaat terawih tu, sy rapatkan blk saf. Tapi perkara yang sama berlaku. Seolah2 dia sengaja nak jarakkan. Geram jugak sbb sy tau org kt sebelah sy tu dulu bljr sekolah agama. Bukan nak salahkan sekolah agama…tapi…entah, pelik. After habis solat wktu km berslm, sy gtau ‘Saf kita tadi ada jarak’. Reaksi dia ‘ummp’, seolah2 dh sedia maklum.

  30. Salam,

    Di tempat saya saf lopong jarang berlaku tetapi saf yang jaraknya renggang sedikit memang banyak esp di kalangan jemaah perempuan.

    saya terfikir.. mungkin jika terlalu rapat org2 yang dah berumur ni susah bergerak sebab sakit lutut dll dan kadang2 terduduk atas kaki org bila tahiyyat akhir. Pernah jugak terasa adus sakitnya bila org sebelah terduduk atas kaki.
    Jadi, apakah yg terbaik bagi kes2 mcm ni?

    lagi satu… ibu2 yg bawa anak2 kecil (3/4 thn ke bawah).. sepatutnya faham la… solatlah dibahagian tepi sekali atau belakang sekali bg membolehkan anak kecil tersebut berada sebelah.
    Pengalaman sy… ada ibu yg bawa anak baring menyongsang disebelah sambil memerhatikan org bersolat dan kaki terjulur mengadap org yg sujud di saf belakang. Saf confrim la terputus…
    Dalam hati takkan la tak faham2.. orgnya nampak berilmu.. nak tegur serba salah

  31. Kalau gi solat di negara2 arab/Europe, mmg biasa mereka bwk anak2 solat. Dan ada yg letak baby di sebelah. Saya rasa itu tak jadi hal as long as baby tu tak bergerak kemudiannya. Kalau bwk anak kecil yg blh bergerak, lbh baik siibu pilih utk solat di saf belakang sekali.
    Mmg di malaysia ni, kita rasa merunsingkan bila kanak2 ni berada di masjid tetapi sesungguhnya itulah cara tarbiyyah awal utk mereka rapat dgn masjid.

  32. makcik2 kt kampung sy pn camtu…bila sy cuba nak rapatkan saf, diorang jauhkan diri…panas kot dok rapat2 ni…hmm

  33. saya tak tahulah ini betul ke idak…tapi mak saya dulu selalu pesan macam ni..kalau pi masjid dok rapat2 nanti BABI ngan SYAITAN dok sebelah kita dan lari2 masa kita tengah solat..masa kecik dulu rasa geli juga bila mak kata macam tu..jadi kalau pi masjid nak solat dok rapat2…tapi bila dah besar barulah faham kenapa kena betulkan dan rapatkan saf..ada maksud yang mendalam disebalik perbuatan itu….

  34. Salam..saya nak menambah kepelikan yg ade..
    baru2 ni saye g masjid yg agak terkenal kat m’sia n ramai non muslim dtg untuk melihat keindahan seni bina masjid tersebut..saya dan rakan2 pergi untuk merasa terawikh di masjid tersebut…dan yg memelikkan saye ade 3 saf bg muslimah..pertama saf depan..kedua saf di belakang n ketiga saf sebelah kiri..mmg terpecah..bukan dalam satu saf..saf dihadapan rata-rata muslimah yg berkemampuan..saf dibelakang makcik2 yg uzur dan saf sebelah kiri ialah saf kanak2 yg disediakan satu ruang khas untuk mereka…ini bukan sahaja kelompongan dalam saf, tapi ade 3 saf..setahu saye x boleh kan? pelik..tapi benar..

  35. bila Sumaiyyah cerita pasal sah terpecah2 ni teringat saya masa solat magrib kat masjid kluang sebelum puasa haritu…Bukanlah berkaitan dengan saf tapi ni lari sikit tajuknya…

    saya sampai azan dan pu dialunkan..saya terlambat sedikit sebab saya tak biasa dengan masjid tu saya tercari bahagian wanita..bila selesai wuduk saya terus solat..tapi iman sudah pun rakaat kedua..jadi saya pun masbuq. saya ingatkan kakak disebelah saya berimam dengan imam rupanya tidak..sebenarnya saya sorang wanita jadi makmun…

    kecewanya bukan kakak tu sorang tapi ramai lagi dalam 10 orang rasanya yang solat sendiri sedangkan mereka tiba lebih awal dari saya…

  36. Kesimpulannya, orang-orang lelaki yang jadi Imam, tak pernah tahu betapa teruknya masalah saf muslimat ni. Justeru para Imam haruslah bertindak sesuatu mengingatkan jemaah lelaki dan perempuan, khususnya perempuan.

    p/s: “teringat masa zaman study di Jordan dulu, ahli mesyuarat yang orang tengah bermesyuarat, rupa-rupanya muslimat senyap-senyap gi dapur goreng cucur. memanipulasi tabir yang menyekat pandangan. last2, tabir tu yang difitnah orang”

  37. Alhamdulillah….

    sebenarnya ramai juga yang concern tentang saf yang tunggang terbalik macam nie…. kadang kita yang datang nak sembahyang jemaah nie jadi tak khusyuk nak solat bila ada tempat yang lompang-lompang kat kiri kanan… bila kita dekat, dia mula menjauh… macam nak bermusuh atau terasa kat hati “busuk ke bau aku nie?”… sedih sebenarnya bila tengok keadaan saf yang kucar kacir begini…banyak pengalaman berdepan dgn keadaan begini, kalau nak citer boleh wat satu artikel lagi…. kesimpulannya rata2 kaum muslimat di malaysia memang tak reti buat saf (sesetengahnya)…nak kata tak pernah disentuh bab saf yang sempurna, saya rasa al-kulliyah pernah siarkan forum khas utk saf beberapa bulan lepas…mungkin ramai atr kita yang ada kefahaman ada, tapi praktikal tak de…

  38. Jadi, kita semua jelas masalah ini ada berlaku dan ianya sering tidak disedari atau diabaikan.

    Sama ada kurang ilmu ataupun masalah sikap, kedua-duanya perlulah diperbetulkan.

    Antara caranya ialah:
    Imam kena proaktif dan remind jemaah setiap kali solat.

    Tampal poster/peringatan di dinding2.

    Sikap jemaah yg ada ilmu utk proaktif dan mengajak kepada yg lain dgn cara yg berhikmah dan penuh ikhlas serta kasih sayang.

  39. Salam..

    “Kemudian, sewaktu solat witir, saya perhatikan wanita yang di sebelah saya solat tetapi tidak bersama dengan imam. Beliau solat 2 rakat dan kemudiannya beransur pulang. Begitu juga wanita yang di sebelahnya.”

    saya tak faham ttg statement ni. setau saya witir tu penutup. kalau ada niat nak sambung solat sunat kat rumah, tak perlu buat witir. betul ke?😕

  40. Soalan:
    berdasarkan hadis yg mafhumnya nabi kata ‘solat lelaki lebih afdal di rumah kecuali solat fardu’, dan ‘solat wanita afdal dirumahnya’,

    1. macam mana dengan solat tarawikh? ramai yg buat di masjid. dan umar alkhattab ra sendiri kata ia ‘bid’ah yg terbaik’.

    2. adakah solat wanita yg lebih afdal dirumahnya khusus untuk solat fardu? kalau dia belum kahwin adakah sama hukumnya?

    3. kalau orang yg duduk di haramain, adakah qiam di rumah juga lebih afdal, sedangkan telah jelas kelebihan solat di masjidilharam dan masjid nabawi?

    terima kasih

    jawapan:

    Jawapan soalan 1:

    Melakukan solat tarawikh secara berjemaah dan dilakukan di masjid adalah merupakan perbuatan yang termasuk dalam sunnah / petunjuk Rasulullah saw berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw :

    قام بأصحابه ثلاث ليال وفي الثالثة أو في الرابعة لم يصل وقال : إني خشيت أن تفرض عليكم

    Rasulullah saw solat bersama dengan para sahabat selama 3 malam berturut-turut dan pada malam ke empat beliau tidak solat bersama.Berkata Baginda saw : Aku takut sekiranya (solat sunat) itu menjadi kewajipan ke atas kamu.”

    (HR Imam Bukhari no : 872)

    Kata-kata sebahagaian masyarakat bahawa melakukan solat tarawikh di masjid merupakan perkara bid’ah dalam agama yang direka-reka adalah suatu kenyataan yang amat cetek pengetahuannya terhadap sejarah Islam dan pensyariatannya , dan ianya tertolak dengan sendirinya.

    Jawapan soalan 2 dan 3 :

    Asy-Syaikh Ibn ‘Uthaimin berkata : Secara umumnya wanita dibolehkan keluar untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid-masjid sekiranya mereka selamat daripada fitnah , menutup aurat , dan tidak memakai perhiasan serta wangian.

    Walaubagaimana pun mereka ini (wanita) lebih baik / afdhal menunaikan solat dirumah dan di bilik masing-masing.Ini kerana Baginda saw pernah bersabda bahawa tempat terbaik bagi wanita untuk menunaikan solat fardhu dan sloat sunat ialah di rumah.Malah ia lebih baik daripada solat secara berjemaah di Masjidil haram , Masjid Nabawi ataupun dibelakang Nabi saw.

    Ummu Salamah ra berkata , Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis :

    خير مساجد النساء قعر بيوتهن

    Sebaik-baik masjid bagi wanita ialah di bilik rumah mereka

    (HR Imam Ahmad no : 26002 , Dinilai Hasan oleh Albani dalam Sahih al-Targhib : 341)

    Malahan terdapat juga sebuah hadis lain dari Ummu Humaid ra dimana Rasulullah saw telah menetapkan bahawa solat dirumah adalah lebih baik bagi kaum wanita.Begitu juga dengan solat di masjid (kawasan perkumpulan) wanita lebih baik daripada solat di Masjid Nabi saw , seperti mana hadis dibawah :

    وصلاتك في مسجد قومك خير لك من صلاتك في مسجدي

    Dan Solat kamu di masjid kaum kamu lebih baik daripada solat di masjid ku

    ( HR Imam Ahmad , no : 26550 , Ibnu Khuzaimah , no : 1689, Ibn Khuzaimah mengatakan hadis ini Sahih.)

    http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36766&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=&sid=b0e1d9eeb4491f6261d76432b0509efb

  41. TK fadil kerana meng’copy paste’kan Q&A dari al-Ahkam.net di atas.
    No question about that issue.

    Cuma sekadar reminder, main point entri saya di atas ialah:

    1: PENGABAIAN merapat dan meluruskankan saf.
    Sama ada disebabkan oleh kurang ilmu atau kurang peringatan.
    Valid application dan tidak kurang pentingnya utk solat di rumah atau di bilik juga.

  42. syukran ummusaif for a wonderful and thoughtful blog🙂 penuh dgn cerita2 yg bermanfaat.

    Org sekarang nampaknya mmg dah ramai cenderung kpd Islam tapi kefahaman dan praktikal masih sgt kurang. dlm kes saf ni, bagi saya, peranan harus dimainkan oleh oleh pihak masjid (imam) dan lagi bagus dimainkan oleh sahabat2 kita yg dah faham, yg berada bersama2/dalam jemaah tu sndiri. macam cerita indah tu kan, bagus sgt pendekatan macam tu. Sbb effect bg saf yg tak betul tu akan terkena pada kita jugak kan…

    esp utk wanita, bagi saya sentuhan mmg berkesan sbb saya pun kalau berada dlm saf, akan menyentuh tangan (sama ada pegang atau sentuh sikit) utk menarik perhatian jemaah di kiri atau kanan, utk merapat dan membetulkan saf. jgn lupa tambahkan senyuman ketika melakukan “aksi” tersebut🙂 gerenti kalau makcik2 tu ada anak lelaki, mesti nak diambil dijadikan menantu hehehe (sekadar lawak..nasi tambah)

  43. salam ziarah..

    pelik juga kerana ari pertama terawih, jemaah xnak rapat2 saf ke tengah..

    rupa2nya nak bagi ruang utk bilal..

    tapi ada juga org xnak rapat2 sbb xnak kepanasan dlm surau/masjid.. maklumla kalo ramai orang nnt jd panas.. ish3..

  44. jenuh dok tarik tgn jamaah biar rapat,abih solat renggang balik.shaz cuba cari something utk bacaan jamaah.tq 4 the comment akak!😉

  45. salam..
    sy slalu jugak jmpa bnda2 gini..klu kat surau sy pn hairan knpe die org jauh sgt..prnah dulu sy ada sorang sahabat ni ms kat masjid, tak bagi pun si hamba Allah ni duduk tpi dier..padahal sy lihat msh dpt muat sorang lagi utk penuhkn saf..hairan btol..kesian tgk org tuh, prnah skali tu Allah beri sy keberanian sy tegurlh..ms kat masjidil haram dulu, sy lihat org lain rapat2kn saf, smpai brtmu bahu tp kbnykn org kat tmpt sy ni tak pulak..mgkn dia org tak tahu kot..mslh nya sy mmg nak tgr pun, tp dia org tu lbh tua dr sy kbnyknnya..mcm mane ek?doakn spya sy ade keberanian tu..
    ps:entah knpe ek, sy mcm dh anggap akak mcm akak sy sndri..

  46. salam,

    saya pun tarik tangan mak cik2 tu.. ^___^
    to be specific, genggam bhgn lengan atas dan tarik
    tarik beberapa kali kadang2 tu..
    sampai dia nak jugak rapat…

  47. assalamualaikum ummu saif.

    first time ana masuk blog ni, coz ada kawan linkkan utk sertai perbincgn saf tak rapat ni. ya, ini juga berlaku kat masjid ana, specifiknya di saf prempuan. spt kes2 shbt2 tulis di atas, itu juga yg berlaku kat ana.
    cuma nak share satu citer la. hari ke-3 or 4 puasa, ana dah rancang strategi ngn 2 org lagi adik pmpuan ana. kami akan pegi masuk saf dan duduk rapat mcm yg sepatutnya. but earlier stage, ana arahkan adik2 ana utk mgesan terlebih dhulu mana2 space kecil, dan sumbat sjadah kat situ. takyah mintak kbenaran, masuk jer…ataupun kalu lg berani, tak yah guna sjadah kita langsung,tumpang je.lelama krn tak selesa, mereka akan pepandai makan space sjadah org sebelah dan mnyebabkan jurang secara keseluruhannya jadi kecik. huhu..

    taktik ni available only at weekend whenever all my sis back home. erm..mcm smalam, ana tak dapat nak buat apa..pandang dgn hati ‘bengkek’ gak la.. yang geramnya, kalau org hadapan keluar, mereka sanggup tinggal kosong saf tu.. kalu org tua boleh kata sakit lutut nk gerak2.. ni org muda pun sama.. hm..cuma kalu ana nmpak yg muda liat2 mcm tu, ana suruh jugak..tapi senyum mleret-leret lah..nnti kata kita sombong pulak.

    ummu saif, apa pndapat ttg moreh? Tempat ana tak der moreh..ana rasa kurang satu slot utk lebih dkt ngn masyarakt. huhu, ana rasa sedih, rugi dan kesal.

  48. qoute

    “Abu Saif pun kata sekarang ni kadang2 imam pun dah tak jadikan kelaziman untuk berkata, “Sila lurus dan rapatkan saf..”””

    hmmm.tapi kadang2 walaupun imam dah cakap pun,makmum masih macam tu jugak,sebab arahan tu macam just adat sebelum solat…tak ada penguatkuasaan dan sesi pengaran untuk pemahaman yang sepatutnya diberi bagi memahamkan orang awam…

    benda yang kena buat selalu ni mesti selalu diberi ingatan dan diadakan kelas or apa2 alternatif lain(poster dll)untuk memahamkan dan terus memahamkan orang awam…

    sedangkan ustaz pun boleh terlupa ….inikan orang awam.

    Setahu saya isu soff ini amat penting,sebab setahu saya ALLAH tak pandan soff yang x lurus…

    tapi tu la,macam tak berapa diendahkan dan dikuatkuasakan dengan bersungguh-sungguh..
    apa lagi nak bagi penghayatan..

    sepatutnya “pihak” yang bertangungjawab …yang patut sensetif benda2 macam ni…

    sebab mereka punya kuasa,kita sebagai orang awam ,kuasa kita terhad…

    p/s-“pihak” yang bertangungjawab sila jalankan tugas anda.:)

  49. Saya pun tak berapa pasti, saya bukan ustazah. Tapi saya rasa, moreh ni bid’ah. Baik jika tidak membazir dan dapat menggalakkan ramai ke masjid serta merapatkan komuniti.

    Nanti saya tanya pada ustaz.

    • Pada ummuafif pula, moreh bukan satu perkara yang wajib.. tetapi boleh j dianggap sebagai kenduri.. asalkan jangan membazir.

  50. kalau buat moreh dengan alasan nabi saw pun buat, atau buat juga moreh walaupun tak mampu or takde siapa pun yang makan… maka bid’ah jadinya.

    tapi kalau membuat jamuan ringan selepas jemaah selesai tarawih dan jamuan itu dalam kemampuan untuk ia dibuat, maka ia adalah sesuatu yang baik dan diterima Insya Allah

  51. aslm wbt

    antara satu Talbis Iblis ialah mencari2 alasan utk kesilapan yang dilakukan, malas pergi solat jemaah sebab takut riak, tak nak pergi masjid sebab saf tak rapat, malas nak rapat saf sebab panas, atau Talbis Iblis yang power sikit tak nak solat Subuh berjemaah sebab imam Subuh baca Qunut.

    Isu saf adalah satu isu yang sukar apabila saya balik kampung, saya cuba takat mana mampu tarik tangan pakcik dan datuk2 yg solat sebelah saya supaya rapatkan saf. kadang kala saya dtg lewat tengok saf tunggang langgan, kalau jemaah tu kanak-kanak atau remaja pelajar sekolah, saya akan terus pegang bahu mereka dan gerakkan supaya rapatkan saf.

    Cuma tindakan di kampung tidak sama di UIA, di UIA kita selalu akan pastikan rapatnya hingga bahu bertemu bahu, jika di kampung bagi saya cukuplah rapat, tak perlu keras sampai bahu bertemu bahu, takut bengang pula pakcik-pakcik tu.

    Saya ingat dulu ada kawan-kawan saya join aktiviti di rumah anak yatim Al-Khadeem dibawa kelolaan ust Hussein Yee, bagaimana adik2 kita disitu disiplin sungguh waktu solat, saf rapat.

    wallahua’lam.

  52. alih2 teringat masa solat asar kat masjid muttaqeen smlm,walaupun jamaah muslimat cuma 2 org,saf kami rapat sungguh sampai sujud pun siku bertemu siku…

  53. ya Allah! inilah entry yang sangat2 saya mahukan🙂
    yup, it happens satu Malaysia. Sampai penat nak menarik2 orang sebelah rapatkan saf. Nak di marah, level makcik2.. kena cari pendekatan untuk ini…

    Saya bercadang nak print hadith di atas dan tampal kat partition.

    Syukran UmmuSaif🙂

  54. Pingback: mohdshahizal.com » Rapatkan saff

  55. salam ummi saif, setelah berlalu 23 ramadhan saya baru terjumpa perbincangan ini dan saya tak sangka fenomena ini terlalu meluas di seluruh malaysia.. saya pun seperti ummi, terkejut dengan perempuan yang solat jemaah tapi seolah-olah macam solat di rumah sendiri.. Saya dah jadi sakit jiwa pergi solat terawih tengok saf macam ular kena palu. bengkang bengkok. kalau tengok kan telekong yang jemaah pakai memang cantik2 tapi solatnya langsung tak cantik.. bila ditegur imam, katanya bahaya nanti tak ada jemaaah, macam ni punya imam pun ada.. Saya jadi bertambah sakit jiwa, akhiirnya saya mengambil keputusan tak payah lah pergi solat berjemaah. Saya tertarik dengan komen saudara fadil tentang mamanya yang panas ketika solat berjemaah, alhai mama fadil api neraka lagi panas. kalau nak solat dalam sejuk, dok rumah, buka ekon, dan solat lah sendiri kat rumah.. Bila kita solat berjemaah kita dah tak boleh pentingkan diri sendiri lagi, jaga tatatertib solat berjemaah yang sebagaimana yang diajar oleh agama, Kalau tak tahu beljar dulu,, bagitau kat mama anta tu wahai fadil..

  56. di surau tempat saya bersolat pon menghadapi masalah yang sama..masa itu rasa tidak selesa hendak solat kerana rasa seolah2 solat tidak sempurna.dulu, ketika tingkatan 1, saya dalam usaha untuk menambah2kan ilmu tentang saf pada makcik2 ini dengan menyebarkan artikel tentang solat..namun belum berjaya disempurnakan.Insya-Allah akan cuba dilaksanakan..

  57. mmmm…..
    sy pown slalu alami bnda cmni….terutama kalau solat kt kg…..
    sy rs kalau nk letak notis suruh rapatkn saf ni…elok letak dgn ilustrasi BESAR2 smpai kt hujung dunia bleh nmpak….skali dgn ayat & hadith yg suruh rapatkn saf…..

    p/s : patut la org islam (terutama MELAYU) kat malaysia ni xleh nk bersatu…..kn?😉

  58. Saya cadangkan macam ni la…apa kata:

    SEBELUM SOLAT BERJEMAAH, RINGKAS DAN PADAT DARIPADA IMAM ITU SENDIRI MENGINGATKAN PADA JEMAAH SUPAYA MERAPATKAN SAF DAN MELURUSKAN SAF.BERIKAN SEDIKIT PANDUAN SEKIRANYA ADA KELOMPONGAN SAF, BOLEH BERINJAK2 MENGIKUT PANDUAN DENGAN MELANGKAH SEDIKIT-SEDIKIT.ORANG RAMAI TAK TAU…KALAU DAH SOLAT TU,SOLAT LA KAT SITU SEBAB TAK TAU BOLEH BERGERAK MERAPATKAN SAF.IMAM TAK PAYAH TIAP2 HARI MENGINGATKAN PUN TAK PE…SELANG2 HARI….

    -maaf kalau ada salah silap..mohon diperbetulkan.

  59. salaam ummu..
    walaupon dah lmbt nak komen, tp rasenye nak kongsi jugak sedikit idea..

    sy sgt setuju dgn pandangan saudara fadil yg mengatakan tentang kepanasan telekung tu..sbb mmg merasakannya..
    so ade 2 penyelesaian utk mslh ni,
    1. samada pakai terus je baju yg menutup aurat, cthnye baju kurung..(kene citer sikit kat makcik2 ni, yg pelajar2 di jepun kalo solat pakai telekung, agaknye lari org Jepun tgk kita sbb nmpk mcm hantu-sbb kain putih,hehe)
    ATAU
    2. boleh pakai baju nipis2 sblm pakai telekung..t-shirt pon xpe, pastu xyah pakai tudung dah, sbb nak cover dgn telekung..

    lagi satu, makcik2 ni agaknye bkn xtau or xnak rapatkan saf, tp mereka bimbang, kalau2 pergerakan tu membatalkan solat..
    imam2 boleh cuba citer kat makmum, dlm solat kita boleh langkah sebesar yg mampu berturut2 xlebih 3x asalkan x memaling dari kiblat..lps 3x tu, stop, and kalo x rapat lg, boleh gerak lg..silap2 boleh pusing satu masjid kalo perlu..hehe(kalo salah tlg betulkan ye..)
    haa mesti diorg terkejut..hehe

    lg comel kalo anak2 yg citer psl ni kat ibu bapa..
    lps solat terawikh tu..kita citer la masalah saf ni, pastu DENGAN PENYELESAIANNYA..
    kalo dok kutuk2 je..sampai abes ramadhan la wat dosa..hehe
    wallahu’alam..

  60. Salam zalizabrina.

    Memang, tiada sape yg kata pakai telekung tu tak panas. Even, pakai tudung biasa pun panas kalau cuaca sangat panas contohnya musim summer atau di timur tengah.

    Tak payah le di Jepun, di timur tengah pun orang tak pakai telekung. Yang pakai telekung cuma orang Malaysia dan Indonesia.

    Isu di sini ialah kita ni fleksible. Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang kerbau menguak.

    So, jangan le kita di Jepun kita gi pakai telekung kat tengah2 public place bcoz saya sendiri ada pengalaman semasa di Uk di mana sahabat saya solat pakai telekung di train station, habis kena kerumun dan diganggu orang ramai yang lalu lalang.

    Pastu di Malaysia, tak perlulah kita tengok orang2 tua yang taknak berubah ni sesuatu yang ketinggalan zaman. Kita memang blh bercerita pada mereka dengan cara pakaian selain telekung, no problem.

    Tapi, saya tak setuju kalau kita pandang lekeh pada mereka yang rasa untuk kekal kepada telekung itu sesuatu yang salah. Bukan senang nak ubah orang tua. Depa dah hidup 50-80 tahun dengan telekung. Terpulang kepada mereka.
    FYI, yang dok kutuk2 tu ialah mereka yang dok pertahankan pendapat masing2 dan rasa orang lain salah serta tidak berusaha utk mengubahnya.

    So, conclusionnya.. fleksibiliti (asalkan menutup aurat) dan ya, saya setuju tugas kita untuk menyampaikan tuntutan sebenar tentang merapatkan saf.

  61. salaam ummu..

    itulah sebabnya sy x setuju dgn mereka yg terus mengutuk tanpa memahami pihak yg dikutuk..sbb tu sy bg 2 option, pakai bj kurung or telekung..tp kalo disebabkan pakai bj kurung tu membuatkan org lain x khusyuk solat, sy pon berpendapat kene pakai telekung jugak.. sy sendiri bila blk msia, xpenah solat tanpa telekung..

    Islam is flexible..we have to tell our parents and elders about this, not to change their lifestyle, just to share our thoughts to widen their eyes about flexibility in Islam..without forgetting to respect their thoughts too..

    sama2 kita melengkapi satu sama lain..:D

  62. assalamualaikum

    ummu, sy pun perasan masalah nie dalam surau dekat akademi sy…
    kalau waktu solat tu, jemaah perempuan akan terbahagi kepada 2, yang nak ikot imam, ngan yg tak nak ikot imam.
    then, yg tak ikot imam akan take up space untuk yg nak solat dlm saf…
    at last, saf akan terbahagi kpd bbrp bahagian, ade lompang2 bekas tpt mrk yg solat sendirian…
    tak tau mcm mane nak tegur…
    ummu ade suggestion tk?
    sbb kalau tk tegur, sy rase bersalah sgt2…

    ttng pemakaian telekung pulak, bile mule2 sy dtg ke sini (malaysia-sy nie org dagang), bile waktu solat sy tk pakai telekung, teman-teman pandang semacam je…tp bile da explain, alhamdulillah mrk faham…

    wallahu ‘alam..

  63. Salam.

    Maaf, agak lewat meniggalka komen. Baru perasan akan entri ini.

    Tahun lepas, saya solat terawih di satu masjid ni. Ada seorang makmum, yang paling hujung (sebelum beliau adalah saya), solat jauh dari saya. Selepas selesai, saya ajak dia datang dekat. Tapi katanya, dia tidak selesa. Katanya lagi, nak beribadat ni, nak kena selesa. Entahlah, saya pun tidak mahu berbicara panjang. Bukan tidak sudi menegur, tapi ya, kita akan tahu, bila dan pada siapa harus ditegur. Dan beliau memang kelihatannya tidak bersedia untuk ditegur.

    Tahun ini, seperti tahun-tahun yg terdahulu, isu saf memang ada. Mungkin alasannya sama dengan insan tersebut, untuk selesa atau lain-lain yang saya pun tidak mahu fikir. Cumanya, pendapat saya, ini adalah MASALAH ILMU. Saya tidak rasa mereka-mereka yang melanggar saf itu tahu betapa pentingnya menjaga saf.

    Kadang-kadang bila musafir, saya tidak menggunakan telekung. Dan malam semalam, pertama kalinya saya merasa, solat tidak pakai telekung adalah lebih baik. Mungkin telekung itu pun salah satu punca saf muslimat terputus-putus. Kasaihan jiran saya masa tun, kena mengelak dari terpijak telekung saya🙂. Jadi satu hal pula kan! Nak jaga saf punya pasal.

    Selain hal saf ni, satu lagi yang saya perasan, SOLAT DITENGAH JALAN atau DIPINTU ORANG KELUAR MASUK. Inipun MASALAH ILMU juga. Saya harap sangat, makmum-makmum di tingkat bawah, sila lah naik ke tingkat atas atau cari lah tempat lain yang lebih sesuai untuk solat. Tidak di laluan orang ramai keluar masuk. Akibatnya kena tunggu mereka selesai baru boleh naik ke tingkat atas.

    • @Nr,

      “kerana nyamuk, kelambu dibakar”.

      Bukan masalah dgn telekung tp mentaliti dan kurang ilmu. Mungkin salah masjid, ibu bapa dan guru2 sekolah yg kurang mengingatkan kita.

      Org dulu2 pun pakai telekung dan cuaca tetap sama iaitu panas malah takde kipas dan aircond tapi blh je rapatkan saf.

      Kalau pergi ke Sudan, muslimat dia pakai jubah sekali dgn tudung dia sgt labuh seolah2 pakai telekung. Depa solat pun pakai baju depa (yg mcm telekung) tu. Sana lagi panas, tp masih blh rapatkan saf.

  64. Itulah masalahnya bila majlis ilmu (tazkirah) dibuat selepas witir. Orang jahil akan terus jahil sebab tak dengar tazkirah. Solat tarawikh hanya jadi tradisi…nak jaga saf pun tak pandai. Padahal majlis ilmu itu lebih utama dan dituntut oleh agama berbanding solat tarawikh. Bukan soal paksa orang dengar, tapi itu pendekatan terbaik untuk mendidik masyarakat. Cumanya, ustaz yang baigi tazkirah jgn pulak abuse dan amik masa terlalu lama. Cukup dengan sampaikan ilmu yang bermanfaat dlm temph yg munasabah.

  65. salam kak,
    kejadian saf tak dijaga ni berulang lagi saban tahun. walau sudah ditegur, ditampal hadith2 yg sahih tentang kepentingan saf masih jugak lagu tu.. yg sedih imam.. walau imam dah diperingatkan untuk mengingat dan menegur para makmum.. tindakannya masih macam tu..macam takut takut nak menasihatkan makmumnya… kami yang di belakang sana satu saf tu 7-8 orang boleh muat tapi lopong. bertaburan.. tadi satu line lopong..dah cuba tegur tapi tak mau… rasa tak sedap hati berjamaah keadaan tunggang langgang mcm ni😦

  66. Saya rasa perkara cara merapatkan saf ini khilaf lagi, Dulu masa sekolah menengah kerana imam suruh merapatkan saf… masing2 duduk atas kaki orang sebelah masa tahiyyat akhir sampai hilang keselesaan. Tambah pula waktu zuhur yang memang panas 33 celcius di malaysia.

    Keselesaan dalam solat bertujuan untuk rasa khusyuk itu lagi penting sebenarnya. Pada saya cukuplah saf itu penuh janganlah terlalu besar ruang antara jamaah.

      • bertindih-tindih sebab suma orang nak duduk iftirasy (betulkan saya kalau sebutan salah), iaitu duduk tahiyat akhir cara lipat kaki tu. bagi saya dan kawan-kawan yang faham merapatkan saf, saf kami rapat antara bahu dan sentuh tepi kaki. apabila tahiyat akhir, ada antara kami yang akan duduk iq’a (duduk antara dua sujud) supaya tidak duduk atas kaki jemaah yang duduk iftirasy.

  67. mungkin sebab takut ditindih kaki masa tahiyyat akhir, jadi ada yang rasa kena jarakkan sikit saf sebab nanti adalah ruang untuk duduk tahiyyat akhir (yang mengambil ruang agak besar)..Kesimpulannya; mungkin salah satu sebab berlaku saf yang tidak rapat adalah kerana tidak mahu duduk tahiyyat akhir atas kaki orang dan takut ada yang duduk atas kaki dia masa tahiyyat akhir..mungkin kerana tidak tahu bahawa kita boleh duduk tahiyyat akhir seperti tahiyyat awal jika tidak muat ruang. wallahu a’lam..=)

  68. Minta ummusaif halalkan ilmu yang dikutip di sini, Selalu berlaku saf berlubang. Imam perlu ingatkan tiap kali sebelum solat. Manusia senang lupa atau buat lupa.Pernah solat di surau pekan rabu alor setar. Imam ingatkan makmum sila rapat luruskan saf dan MATIKAN HANFON, Jadi peringatan sehingga sekarang. Tiada panggilan lebih penting.

  69. I leave a response each time I appreciate a article on a site or if I have something to contribute to the
    conversation. It’s caused by the sincerness communicated in the article I looked at.
    And after this article Saf Tidak Dipedulikan Lagi | UmmuSaif.Com.
    I was excited enough to write a thought😉 I actually do have a couple of questions for you
    if it’s allright. Is it simply me or do some of these remarks look like they are written by
    brain dead visitors?😛 And, if you are writing on other online
    social sites, I would like to keep up with you. Would you list every one of your social sites like your linkedin profile, Facebook page or twitter
    feed?

  70. Hi! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog platform are you using for this website?
    I’m getting sick and tired of WordPress because I’ve had problems with hackers and I’m looking
    at options for another platform. I would be awesome if
    you could point me in the direction of a good platform.

  71. Do you have a spam issue on this site; I also am a blogger, and I was wanting to know your situation;
    many of us have developed some nice procedures and we
    are looking to trade solutions with other folks, why not shoot me an email if interested.

  72. Very nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say
    that I’ve truly loved surfing around your
    blog posts. After all I’ll be subscribing in your feed
    and I am hoping you write again soon!

  73. Magnificent items from you, man. I have have in mind your stuff previous to and you’re simply too great.
    I really like what you have acquired here, certainly like what you’re stating and the best way during which you say it.

    You are making it entertaining and you still care for to stay
    it wise. I cant wait to learn much more from you.
    This is actually a wonderful website.

  74. Just wish to say your article is as astonishing. The
    clarity in your post is just spectacular and i
    could assume you are an expert on this subject.
    Well with your permission allow me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post.
    Thanks a million and please keep up the gratifying work.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s