No Money, No Talk!



MEDEVAC (sumber: wikipedia)

No money, no talk“.

Itulah kata-kata terakhir daripada pensyarah jemputan tutorial program Sarjana Perubatan Kecemasan pada tengahari itu.

If no travel insurance, then no medevac”, tambah rakan di sebelah saya.  

Tatkala itu, saya teringatkan hubby saya yang akan terbang ke Jepun. “Saya mesti beritahu hubby!”, bisik hati ini.

Pensyarah kami pada tengahari itu tidak lain tidak bukan ialah Dr Jaseemudin, seorang yang aktif dengan medical air evacuation (medevac). Pengalaman bertahun-tahun beliau telah menjadikan dirinya sangat pakar dalam bidang ini lantas beliau bukan sahaja ‘wanted‘ untuk misi di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Sebagai seorang intensivist (pakar bius di ICU) dan pesara tentera udara (Kolonel), beliau amat sesuai dan cekap untuk tugas ini. Beliau menceritakan bagaimana beliau berhempas pulas cuba meresusitasi pesakit di dalam perjalanan. Ramai pesakit yang menghadapi kadar dehidrasi yang serius disebabkan udara yang kering di langit tinggi. Pelbagai insiden yang menyebabkan pesakit dipindahkan melalui Medevac.

Di antaranya ialah jatuh sakit strok semasa melakukan ibadah haji.

Insurans Perjalanan

Insurans perjalanan bertujuan untuk menampung perbelanjaan perubatan, kecurian dan kehilangan barang serta kewangan (contohnya pergi ke luar negara untuk melabur tetapi mengalami kerugian yang tidak dijangka) semasa dalam perjalanan. [Rujuk: Travel Insurance di Wikipedia]

Lazimnya, insurans perjalanan dibeli ketika membuat pembelian tiket perjalanan daripada agen pelancongan. Misalnya, semasa membeli tiket Air Asia, insurans ini sudah sedia dimasukkan, tetapi pembeli diberi pilihan untuk membatalkannya.

Bagaimanapun, insurans yang dibeli dari agen pelancongan, coverage yang ditawarkan tidak menyeluruh berbanding dengan insurans yang dibeli dari syarikat insurans.

Di antara risiko perjalanan yang ditanggung oleh insurans ialah:

  • perbelanjaan kewangan
  • kematian dan kecederaan
  • bantuan guaman dan mahkamah
  • kehilangan dan kelewatan bagasi
  • pembatalan tiket
  • kehilangan, kecurian dan kerosakan barangan peribadi termasuk dokumen perjalanan.

Pelajar di Luar Negara

Bagi pelajar yang menuntut di luar negara, saya sangat mengesyorkan anda semua membeli insurans perjalanan daripada syarikat insurans sebagai pelaburan sepanjang tempoh berada di luar negara. Somehow, tidaklah balik ke Malaysia tanpa ‘modal’ untuk memulakan hidup.

Sekurang-kurangnya pelajar di luar negara patut mendapatkan Kad Kembara Pelajar (Student Card) seperti ISIC Student Card. Ia bukan sekadar menawarkan diskaun untuk anda melawat muzium dan membeli tiket, tetapi yang lebih penting, ialah soal insurans yang saya perkatakan tadi.

Kesan Ketiadaan Insurans Perjalanan

Kata hubby, kiosk menjual insurans perjalanan ini ada disediakan di airport secanggih Tokyo Narita, hinggalah ke airport sederhana seperti Ujung Pandang di Makassar. Tetapi tidak di KLIA mahu pun LCCT. 

Saya dan hubby tergesa-gesa mencari tempat untuk membeli insurans sebelum berangkat ke Jepun tempohari. Setelah mencari di internet, bertanyakan di kaunter tiket, KL Sentral dan KLIA, malangnya usaha kami hanya sia-sia. Sukar sekali untuk membeli insurans perjalanan. Mungkin kerana tiada kesedaran tentang kepentingannya di dalam masyarakat kita. Ia bukan sekadar diperlukan untuk negara bergunung berapi dan gempa bumi!

Saya sangat berharap agar fasiliti seperti ini dapat dipermudahkan lagi dan mudah diperolehi oleh penumpang yang berhasrat membelinya.

Malah semasa membeli tiket Air Asia, janganlah kita membuang option insurans perjalanan semata-mata untuk menjimatkan belanja dan bertanding tiket siapa lebih murah.

Jangan nanti, sudah terantuk baru tengadah!

Jika Ada Insurans Perjalanan

Kalau ada insurans perjalanan, pertamanya pelancong atau pengembara akan tahu pihak yang patut dihubungi jika berlaku kemalangan atau jatuh sakit dan sebagainya. Kedua, bayaran bil yang mahal di negara asing dapat ditampung hanya dengan sedikit pelaburan ketika membeli insurans tersebut. Mampukah kita membayar bil rawatan di kota semahal Tokyo, jika kita hanya seorang pelancong dan bukannya penduduk tetap?

Kemudian, kemudahan medevac  iaitu fasiliti ambulans udara untuk memindahkan kita pulang ke Malaysia sebagai pesakit HANYA terjamin jika ada insurans perjalanan tersebut. Setahu saya, menaiki kapal terbang secara berbaring di atas stretcher sekurang-kurangnya sama dengan 4 ke 6 tempat duduk jika anda menaiki pesawat komersil. Kiralah harga tersebut, di samping cas-cas lain itu.

Tidak lupa, soal menghantar pulang jenazah.

Saya teringat, hubby pernah bercerita, ada student Malaysia di Jordan yang terpaksa dibantu dengan derma kilat sebanyak RM25K, supaya dia boleh dihantar pulang dengan kapal terbang, selepas lumpuh akibat kemalangan jalan raya! Itulah kesan tiadanya insurans perjalanan untuk pelajar Malaysia di luar negara.

Sudah tentu, apabila saya menyebut tentang insurans, ia harus dibaca oleh seorang Muslim sebagai TAKAFUL dan mengambil kira kesesuaian polisi dengan syariat Islam kita.

Jadi, sebelum anda seronok dilambung roller coaster Disneyland di Florida atau Hong Kong, sudahkah anda mendapatkan perlindungan yang saya nyatakan ini?

Sediakan payung sebelum hujan!

UMMUSAIF.COM
56000 Kuala Lumpur

31 thoughts on “No Money, No Talk!

  1. Oh, ini yang ustaz ceritakan ketika di Narita. Sekarang tak sangka ada entri khas menerangkan dengan detail. Kesedaran baru yang mesti diambil tahu oleh rakyat Malaysia. Baguslah.

    Di KLIA sudah ada ke premis insurans perjalanan ni?

  2. Wah,ummusaif dh mule b’blog. Sronoknye.
    Rsnye dh ade kot kiosk insuran kt klia.
    tp bkn dkt ngn kaunter. Tersorok.

    Tp not sure lah tu specialist insuran pjalanan or just common insuran. Kalau betul tak ada, mmg tak ptut. KLIA kan best airport.

  3. Salam..

    terima kasih ummu saif..

    Cuma hingga kini, saya sedikit terkilan, kami JPA sponsored students di Mesir, (apa yang saya tahu) takde ISIC nih, MARA pula ada.. hrmm.. adakah wajar untuk kami buat tuntutan untuk memiliki insurans tsbt atau memiliki secara peribadi (self sponsored)?

  4. Jazakallah,ummu saif.InsyaAllah akan segera membelinya sebelum pulang ke tanahair.Nice article.
    Selamat turun padang dalam lapangan blog nasihat.Mohon banyak lagi pencerahan🙂

  5. Ttg ISIC card.
    Rasanya mmg student kena beli di Universiti masing2 sendiri. Pakai duit saku tu. Ada dijual di mana-mana student/youth society atau booth.
    Card tu insyaAllah affordable.

  6. Salam..

    Hee stuju dgn Kak Muna pasal travelling insurance ni. First time ke UK dulu (2006 – utk conference), terlepas pandang pasal ni. Pas tu in 2007, saya bersama Head of Dept dan seorang lagi senior staff ke Korea. Dialah yang memperingatkan kami about the insurance. Kebetulan waktu tu, kami pegi di bwh tajaan UM, jadi urusan airflight dibuat kat satu travel agency yg designated and located kat dlm UM utk staff ke luar negara. Utk bayaran tiket, boleh pakai PO yg dikeluarkan oleh HR dan takyah pakai cash / duit sendiri claim kemudian =). So kat travel agency tu lah kami beli Kurnia insurance khas utk traveling. Premium tu murah saja kalau nak dibandingkan dgn coverage yg diberikan. Prosesnya pun mudah saja dan dpt on the spot.

    About the insurance for overseas student tu pulak. Utk postgrad mcm saya nih (under UM), UM yg coverkan dan bukannya KPT. And benda ni purposely dinyatakan waktu briefing utk staff yg akan ke luar negara utk further study. Memang disuruh ambik utk cover staff dan keluarga (kalau ikut skali). Bayar dulu, dan akan direimburse kemudian. Again, amat penting kalau berlaku kematian di luar negara. Bukan mudah (dan bukan murah) kalau nak bawak balik jenazah ke Malaysia. On the second thought, its better kalau kebumikan kat mana arwah meninggal. The thought of having them to drain out all fluids in the body, before sending home (for international transportation purpose), makes me think twice before pursuing with the notion. Buat siksa mayat pulak jadinya, hanya semata2 nak dikebumikan kat M’sia.. haa kan dah melalut!

    Wasalam.

  7. Salam shiha.

    Tgk gak tempat meninggal dunia tu. Kalau kt Tanah Suci, maybe ramai org berebut2. Tapi dibuatnya meninggal kt tempat transit negara yg politik/geografi tidak membenarkan, susah gak.
    Rasa-rasanya jenazah dh tak rasa apa dh bcoz roh dah sampai ke alam barzakh. Kelaziman org kita je yg selalu cakap ‘seksa mayat’. Bagaimana pulanya urusan post mortem jika ianya satu keperluan untuk menuntut keadilan dan pembelajaran? Maaf ye shiha, sekadar akak punya 1 sen.
    Wallahu a’lam.🙂

  8. Salam…pada pendapat saya ada baiknya ummusaif membangunkan blog nie dengan kekuatan yang ummusaif ada…bukan dibayangi hubby…ustaz…aka Saifulislam sekali pun…fikir & renung-renungkanlah ya ummusaif…berblog memang mudah tapi kalau boleh biarlah blog yang satu dalan sejuta…

  9. Salam alert,

    Well, unfortunately or fortunately our life as a wife revolves around our family no matter how successful we are. If not because of our hubby support we won’t be where we are today.

  10. Salam..

    **off topic**
    Pengalaman mengajar saya, bahawa, walau apapun yg kita lakukan, tak mungkin kita dapat memuaskan hati semua orang. Jadi, eventhough its good to get feedback, be it positive or negative ones; namun tak mungkin kesemuanya dapat kita ubah mengikut feedback yg diberikan. Kerana kita hanyalah manusia. Orang yang memberi feedback adalah manusia. Orang yang menerima feedback juga adalah manusia. Maka berlapang dadalah wahai si pemberi dan si penerima🙂

    Anyway, (nak nyebok gak nih hehe sori tuan rumah!), mebbe En/Pn Alert nak tengok blog Kak Muna dipenuhi dengan artikel perubatan kot, where, that is your stronghold I suppose? Maafkan saya En/Pn Alert sbb dah langgar teritory😛

    ****
    Okeh, back to the discussion. Kak Muna, yes indeed, mungkin jugak tu, bab jenazah dah tak rasa apa sbb dah sampai ke alam barzakh. But thinking back, that gives me even more reason to let the body be buried at whatever place yg dia meninggal. Again, the rationale being it is not easy and cheap to bring the body back to the homecountry. Bukankah itu sudah menyusahkan mereka yg hidup? Anyway, curious to know, what kind of place/country yg mana politic/geografi tak membenarkan tu? Please gimme some examples, utk pengetahuan saya🙂

    Pasal post mortem tu, of course no qualms about that😉

    Wasalam.

  11. sorry kalau komen saya dianggap membayangi ummu saif🙂

    ideally, memang jenazah afdhalnya dikebumikan di mana kematian berlaku. Malah saya meyakini bahawa setiap si mati would wish the same. Tak kisahlah mati di Mekah ke atau di tengah2 kota Oslo. It doesnt matter anymore.

    tapi kalau yg masih hidup nak ini dan itu, which is the most cases referred, maka datang isu camne nak bawak balik jenazah ni.

  12. Sorilah ye, mula2 ingat nk tulis pasal how the Doctor did his job during Medevac. Alih2, jadi lain. Isk, isk.. jumping thought sungguh2.

    Tq abusaif for the pencerahan.

  13. Saya rasa tajuk artikel ini mungkin boleh ditukarkan kepada ‘No Insurance No Talk’!😀
    Satu artikel yang menarik. Very informative. Tapi pelik kenapa wakil embassy tak pernah tekankan perkara ini..hm..

    p.s.: Rasa romantis ummusaif menggunakan istilah ‘hubby’. ‘Hubby’ (ada kaitan dgn) ‘Habibi’?hmm..

    *Off topic* Jika sudi, Ummusaif bolehlah mencuba ‘quiz’ dalam entri terbaru saya.:)
    Hopefully you know the answer!😀

  14. Tajuk artikel ni, saya cuma ambik dari kata2 penceramah saya saje. Lagipun ianya lagi catchy.
    Ttg “hubby” tu biasa saje. Among rakan sejawat, kami bahasakan husband kami mcm tu. Kami tak addresskan husband kami as “abang saya” seperti sesetgh isteri, yg mana itu lagi sweet utk org kita. Mereka tak segan pun address husband mereka sedemikian rupa. Itulah kunci kebahagian mereka, i suppose?

    By th way, quiz kt mana tu ye?

  15. Salam..

    Hee maafkan saya juga kerana secara indirectly juga telah meng’off topic’kan artikel ni😛 Tapi, nak wat camana, bila menaip tu, cuba jugak nak ikut context perbincangan, but perempuan being perempuan.. do forgive me as well🙂

    Terima kasih juga to Ustaz di atas ilmu jenazah tu. Setiap hari, at least satu ilmu baru, alhamdulillah. Wiffy? Bunyi macam WiFi pun ada juga😛 Tapi memang ada kawan saya yg address isterinya dgn panggilan Wifey.

  16. hehehe…satu topik yang amat berguna. Ttg insuran tu mmg ana galakkan amik utk jangka masa yang panjang.Tak kira la travel insurans ke insurans hayat ke.

    Bukan apa ..ana lihat ramai kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia menitikberatkan hal insuran bagi mengelakkan hal ‘ berhutang & menagih simpati’ apabila berlaku sebuah kecelakaan.

    Thanks to ummu saif…
    Hehehe..best pulak citer org dah kawin ni..leh panggil hubby la..wifey la…(mula2 ingat Wifi)…:)

  17. Saya terfikir apalah kegunaan kad ISIC ini semasa pergi ke koperasi di universiti saya. Tidak tertanya pula sebab tengah kelam kabut beli tiket balik.

    Naruhodo… (( ohh faham..faham🙂 ))

  18. Hairan jugak saya betapa ada pelajar di luar negara yg tak kenal ISIC Card.
    Card ni international dan worldwide. Sepatutnya masa registration Universiti, diaorang akan bagi semua brochures/pamphlet student societies/facilities.

  19. salam ummi saif,
    pelik ya, di Ireland nampaknya macam takdak la pulak ISIS card tu. Ummu saif dulu masa di sini ada guna ka kad tu? Skrg ni mcm x pernah dgr pulak adanya kad tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s